Ikan Puyu
Anabas testudineus atau climbing perch/gourami adalah spesies ikan air tawar yang lasak.
Habitat utamanya di kawasan air tawar seperti parit, tali air, sawah, kolam, lombong, paya, sungai dan tasik.
Kenapa ikan puyu naik ke darat?
Ikan puyu jenis berhijrah/nomad. Guna kelopak penutup insang & sirip untuk panjat/bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Waktu/musim hujan adalah masa yang sesuai untuk berpindah ke kawasan berair yang lain.
Mampu bertahan 6-10 jam tanpa air, 5-6 hari jika tanah lembab.
Nak pancing pun senang, mata kail jangan besar. Boleh guna umpan belalang, cacing, telur kerengga, anak tebuan & cengkerik.
Isi ikan puyu tak bertulang seperti spesis ikan air tawar lain.
Boleh dikeringkan, pekasam, masak gulai, kicap, lemak cili api, goreng, asam pedas dll.
Dalam kepercayaan masyarakat dulu-dulu, spesies ini mampu menghalang tuan rumah daripada dipukau/santau oleh orang yang mahu mencuri/khianat kerana ikan ini dipercayai tidak tidur dan duri pada atas & bawah badannya yang menghalang niat jahat seseorang.
Jangan terkejut atau fikir bukan-bukan jika nampak ikan puyu di darat, panjat tebing, dalam lopak air, tepi jalan atau depan rumah.
Sama ada ikan tu berhijrah, kucing bawa balik atau pemancing terjatuhkan ikan puyu tu. ☺️
Ikan puyu juga hidup berkumpulan. Apa perlu buat jika ternampak ikan puyu di darat?
Cari bekas apa2 yang sesuai, kutip je. Risau kena duri? Guna sarung tangan, kain/baju buruk. Nak guna kayu atau apa2 sampai dia masuk dalam bekas pun boleh. Kalau tak makan, sedekah je kat jiran.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.