Mat Hades Profile picture
Jangan malas membaca!

Aug 28, 2021, 11 tweets

Penggunaan senjata api oleh pahlawan Melayu ketika menentang penjajah antara kisah cuba dikaburkan dalam peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

Kononnya angkatan tentera Melayu ketika itu hanya menggunakan keris, tombak dan sumpit beracun sebagai senjata melawan musuh.

Biarpun dalam sukatan pelajaran mengakui kewujudan senapang dan meriam, penggunaan senjata tradisional seperti keris, tombak serta sumpit beracun acap kali digambarkan sebagai senjata utama dalam menghadapi serangan Portugis pada 1511.

Sebenarnya tentera Kerajaan Melayu Melaka memiliki lebih 8,000 laras senapang dan meriam.

Mengikut fakta sejarah, selepas Melaka ditawan, Alfonso de Albuquerque menemui gudang senjata ditinggalkan di Melaka. Catatannya turut menyebut senapang ditemui itu, menyamai kualiti senapang buatan Jerman, malah tidak mampu ditandingi Portugis.

Albuquerque pada 1557 turut menyatakan senjata api dirampas sebanyak 3,000 laras dengan 2,000 daripadanya berkualiti tinggi dengan hasil buatan besi mengagumkan.

Orang Melayu sudah memiliki senjata api sebelum kedatangan Portugis ke Melaka yang dibuktikan menerusi beberapa catatan sejarah penjajah Barat, termasuk Albuquerque.

Catatan Albuquerque turut mendedahkan penemuan meriam bersaiz jauh lebih besar daripada milik Portugis tetapi ia dihantar ke Kota Calicut sebagai hadiah.

Senjata api disebut juga bedil itu turut ditemukan dalam manuskrip Melayu dengan sekurang-kurangnya enam manuskrip bertulisan jawi lama setakat ini dikesan membicarakan ilmu bedil orang Melayu.

Di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, bedil dirujuk sebagai senapang.
Bedil merujuk kepada dua karakter senjata api berbeza, iaitu artileri, manakala senjata api ringan yang diertikan pada masa kini ialah senapang.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling