Pokok pisang sebenarnya bukan pokok, ianya sejenis tumbuhan herba yang besar atau 'herbaceous perennials' kerana batangnya tidak keras seperti kayu tapi lebih kepada batang jenis succulent atau pseudostem.
Pisang juga sebenarnya adalah dalam kategori beri (berries). Jantung pisang yang kita selalu buat kerabu tu ada bunga, bunga tu kaya dengan nectar. Bunga tu yang jadi buah pisang yang kita makan. Jadi dalam botani, bila buah tu dari single ovary bunga, ianya adalah beri!
Tumbuhan pisang terdapat di hampir 150 buah negara dan sebenarnya ada lebih daripada 1000 jenis pisang di dunia. Biasa kita dengar, Pisang Montel, Pisang Tanduk dan Pisang Emas tapi ada juga di negara lain pisang Mona Lisa, pisang Goldfinger etc.
Ini Pisang Biru Jawa (Blue Java Banana). Warna biru itu terhasil apabila proses hibrid dua jenis pisang dari keluarga Musa Balbisiana dan keluarga Musa Acuminata. Katanya rasanya mirip aiskrim vanila, malahan teksturnya pun macam aiskrim. Popular di Hawaii dan Fililipina.
Ini pula Pisang Merah (Red Banana). Kata orang rasanya manis dan seolah-olah raspberries. Ianya dianggap sebagai super food kerana mengandungi banyak khasiat penting yang membantu sistem imun, hati dan sebagainya. Tapi Pisang Merah pantang besar dimakan oleh orang suku Rawa.
Di Thailand, mereka percaya pokok-pokok pisang liar adalah kediaman kepada hantu bernama Nang Tani atau Phrai Tani. Nang Tani adalah hantu wanita cantik yang muncul ketika bulan mengambang. Nang Tani tak ganas tapi akan menghantui lelaki yang suka kacau wanita. Good Nang Tani!
Tahu tak kenapa kat kedai, pisang digantung dan jarang diletak kat atas permukaan? Tu salah satu cara nak bagi fresh lama. Nah ada 6 cara kat artikel ni untuk bagi pisang tahan lama.
google.com/amp/s/www.toda…
Dan semestinya istimewa pisang ini apabila ianya disebut oleh Allah dalam Surah Al Waqiah ayat 29 sebagai buah di syurga. Allah menceritakan bahawa mereka di syurga nanti akan menikmati buah pisang yang enak.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.