RimauXI 🇲🇾 Profile picture
No face. No name. Only the few know him.

Dec 29, 2021, 21 tweets

Masalah pembalakan berleluasa di Malaysia ada persamaannya dengan plot filem #DontLookUp. Namun, masalah pembalakan ini menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif.

Are you ready for this conversation?

Peter Isherwell, billionaire & CEO syarikat BASH menganggap bahawa komet yang akan memusnahkan dunia adalah terlalu berharga kerana mengandungi elemen rare earth bernilai trillion dolar.

Di Malaysia, kita memiliki kilang rare earth yang merupakan antara terbesar & termoden di dunia.

Kilang itu dimiliki Lynas, satu-satunya pengeluar rare earth besar di luar China. Lynas melombong rare earth di Australia, sebelum menghantarnya untuk diproses di Malaysia. Sisa pemprosesan itu dibuang di fasiliti pembuangan tetap (PDF) yang dibina oleh Gading Senggara Sdn Bhd.

Pemegang saham terbesar Gading Senggara Sdn Bhd ialah Tengku Mahkota & Pemangku Raja Pahang.

Ayahanda baginda pula memiliki lesen pembalakan di hutan simpan & hutan kerajaan (tanah kerajaan).

Janie Orlean ialah Presiden & ahli politik yang lebih mementingkan pemilihan midterm bagi mengekalkan kuasa politik di Congress (Parlimen jika di Malaysia), berbanding ancaman komet yang akan memusnahkan dunia.

Di Malaysia, kuasa mutlak untuk mentadbir & mengurus sumber hutan terletak di tangan kuasa politik negeri, bukan kerajaan Persekutuan.

Untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, sekurang-kurangnya 2/3 undi ahli Parlimen diperlukan, atau 66.667%.

"Call it 70% and let's just move on."

Sokongan politik dari pemimpin-pemimpin negeri adalah penting untuk mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuan. Akibatnya, ahli-ahli Parlimen lebih cenderung untuk membiarkan pembalakan dilakukan oleh kuasa-kuasa politik negeri.

Di Sarawak contohnya, beberapa syarikat pembalakan dikaitkan dengan pemimpin tertingginya.

Syarikat pembalakan ini contohnya memiliki pengerusi eksekutif yang merupakan sepupu kepada YDP Negeri.

Salah sebuah lagi syarikat pembalakan yang dikaitkan dengan pemimpin negeri Sarawak, turut memiliki ahli lembaga pengarah yang merupakan adinda kepada Sultan Selangor.

Anakanda kepada Sultan Selangor
pernah dikaitkan oleh @straits_times dengan syarikat Titian Jutaria, yang terlibat dalam perancangan menyahwarta sebuah hutan simpan di Selangor.

Baginda pula menafikan terlibat dengan syarikat Gabungan Indah Sdn Bhd.

Benedict Drask bukanlah seorang CEO billionaire, mahupun ahli politik.

Beliau digambarkan sebagai seorang marhaen yang menerima sahaja apa yang dikatakan oleh Presiden.

Di Malaysia, adakah golongan marhaen menyokong sekiranya kuasa negeri ke atas hasil hutan ditarik balik & dikawal oleh kerajaan Persekutuan?

Tidak.

Bahkan pakatan politik berasaskan kenegerian meraih sokongan luarbiasa daripada marhaen.

Bagaimanakah sokongan luarbiasa marhaen ini dicapai?

Dengan memfokuskan kempen kepada isu yang jarang dikaitkan dengan hasil hutan: contohnya MA63.

Ini bukti di alam realiti bahawa golongan marhaen yang mengaku sayangkan hutan, mampu dialihkan perhatian mereka di hadapan peti undi.

Tidak ubah seperti marhaen dilalaikan dengan cerita perpisahan DJ Chello & Riley Bina, daripada bertindak terhadap ancaman ke atas bumi.

Jadi bila golongan kayangan, ahli politik & marhaen sekalipun hanya sekadar mengaku sayangkan hutan, siapa pula yang mahu selamatkan hutan Malaysia daripada kemusnahan total?

"At this very moment, I say we, sit tight and assess."

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling