ONE WORD: SHOCKING!!!
Dia macam si suami pakar bedah IJN dengan ratusan ribu pengikut di media sosial dan si isteri pula doktor pakar yang selalu muncul di Astro AWANI. Semua orang kenal pasangan suami isteri ini. They were described as the power couple.
And then, shit happens.
HER BACKGROUND
Elana dilahirkan pada 1977 di dalam sebuah keluarga pendatang Croatia yang menetap di Windsor, Kanada. Ibu bapanya, Jo dan Anna Fric, bekerja di kilang kereta Chrysler dan General Motors.
Sejak di bangku sekolah lagi, Elana sering mendapat markah kepujian di dalam mata pelajaran sains dan matematik, dan bercita-cita menjadi seorang doktor.
Selepas beberapa tahun hidup tanpa teman istimewa, Elana berjaya menamatkan pengajiannya di dalam bidang perubatan dan bertugas sebagai doktor. Dia bertemu dengan seorang pelajar pembedahan saraf, Mohammed Shamji, pada 2003.
HIS BACKGROUND
Seperti Elana, Mohammed Shamji juga bukan calang-calang orangnya dari segi akademik.
Walaupun cemerlang dari segi akademik dan kerjaya, sifat pemalu, pendiam, dan kekwat menjadikan Mohammed sukar didampingi.
Kalau jodoh tak kemana,
Adinda idaman kanda,
Kalau jodoh tak kemana,
Kekanda idaman dinda.
Takdir akhirnya menyatukan mereka berdua. Cinta Elana untuk Mohammed ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah walaupun pada hakikatnya dia cuma bertepuk sebelah tangan.
-Aiks? Kenapa Min kata bertepuk sebelah tangan? Bukan ke Mohammed pun sayangkan Elana.
-Sayang kata kau? Elana tu cuma kekasih gelap dia sebab waktu tu dia dah ada girlfriend. Kau ghaser?
Kini ku terluka,
Kembali terluka,
Saat menyadari,
Cintaku bertepuk sebelah tangan.
Menyedari dirinya ‘bertanding’ dengan wanita lain untuk memikat hati Sang Pria, Elana tidak kisah menghabiskan wang gajinya untuk menghujani Mohammed dengan kemewahan.
Mohammed pula disifatkan sebagai ‘lelaki pemalas’ yang tidak menunjukkan sebarang usaha untuk kekasihnya.
Ibu bapa Elana mula ghisau melihat anak mereka terlalu bersungguh-sungguh ibarat perigi mencari timba. Campur tangan ayah bonda menjadikan hubungan mereka terputus sebanyak DUA kali pada tahun pertama namun Mohammed memujuknya untuk kembali bersama.
Walaupun dibesarkan di dalam keluarga Muslim, Mohammed sering kali berzina dan kehamilan luar nikah Elana akhirnya menjadi asbab untuknya mendirikan rumah tangga pada September 2004.
Syukur Alhamdulillah 🤲
Malangnya kelahiran cahaya mata pertama mereka pada Januari 2005 tidak langsung mengubah sikap Mohammed. Masanya banyak dihabiskan di hospital dan sekiranya bercuti, dia lebih gemar mengurungkan diri dan menyendiri.
ALERT: Red Flag 🚩
Ibu bapa Elana menyedari sikap dingin menantu mereka dan sedia maklum tentang kelakuannya yang mula berubah menjadi agresif. Mohammed dilaporkan pernah menghamburkan kata-kata kesat sewaktu Elana berbual dengan ibunya di telefon.
Rumah tangga mereka kembali berantakan.
Kemuncak pertengkaran mereka berlaku pada musim panas 2005 apabila Mohammed menumbuk muka Elana sehingga bibir isterinya terbelah dua.
Mohammad yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang PhD ketika itu sedar sebarang rekod jenayah akan menjahanamkan masa depan kerjayanya.
This sudden realisation forced him to beg Elana to drop ALL charges.
“Bi, tolong jangan buat laporan polis. Kalau Bi buat juga, habis punah masa depan Abang,” pujuk Mohammed.
Hati isteri mana yang tidak cair mendengar pujuk rayuan suami. Elana percaya kepada peluang kedua.
Mohammed berjaya melanjutkan pengajiannya di Duke University, North Carolina, dan mereka sekeluarga berhijrah ke sana dan menjalani kehidupan T20 mereka seperti biasa.
Aktiviti mingguan pasangan berpengaruh ini diisi dengan aktiviti larian dan marathon.
Mohammed berjaya menamatkan kursus PhD lima tahunnya dalam tempoh tiga setengah tahun. Elana juga berjaya mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Academically speaking, both of them were rising stars in their respective fields.
Mereka sekeluarga pulang ke Ottawa, Kanada pada 2009, selepas Elana tamat pengajian. Dia kini bergelar doktor di sebuah hospital tempatan, manakala suaminya pula pakar bedah saraf.
Bermula tahun 2012, mereka mula menonjolkan diri di media sosial sebagai pasangan berpengaruh.
Mohammed dan Elana disifatkan sebagai ‘pasangan suami isteri yang masing-masing berjaya di dalam bidang perubatan, serta saling mencintai’.
Alaaa... jenis yang dak-dak Twitter kalau tengok akan cakap #RelationshipGoals gitu. Like, why can’t my husband be like hers?
Pasangan Shamji mengecapi kehidupan sebagai jet-setting doctors yang sering diterbangkan untuk menghadiri persidangan perubatan bertaraf antarabangsa.
Everything was looking perfect on the surface. Semua mencemburui kejayaan dan kemanisan cinta mereka.
Tapi kan...
Ramai tidak mengetahui imej media sosial Elana dikawal dengan ketat oleh Mohammed. Secara perlahan-lahan, sikap toksik dan mengongkong Mohammed kembali semula ke dalam perkahwinan mereka.
Pertengkaran sering tercetus dan Elana sering menjadi mangsa makian suaminya.
Pada waktu yang sama, Mohammad mula bertugas sebagai felo di Foothills Medical Centre, Calgary yang membolehkannya mendalami kepakaran di dalam bidang pembedahan tulang belakang.
Mohammad dan isterinya menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh selama setahun.
Ketika ini jugalah dia kembali berfoya-foya dengan wanita lain, dan sikapnya ini dapat dihidu Elana. Mohammed juga tidak menafikan hubungannya dengan wanita lain bila disoal siasat oleh isterinya, namun memilih untuk memaafkan suaminya dan terus menjadi isteri yang setia. Duh!
Pada Oktober 2013, Elana kembali hamil. Kini berlima, dia beranggapan kelahiran cahaya mata mereka akan mengubah sikap panas baran suaminya. She was not wrong.
Kehadiran anak lelaki membawa kebahagiaan dan selama dua tahun, perkahwinan mereka kembali tenang.
Mohammed diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah terbaik ‘yang mampu menyelamatkan nyawa’. Elana juga semakin dikenali sebagai doktor di dalam bidang kepakarannya sendiri.
Netizen yang hanya melihat dari luaran tidak pernah sesekali menduga apa yang telah dan bakal berlaku.
KES DR MOHAMMED SHAMJI &
DR ELANA FRIC-SHAMJI
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.