Shahrizal Denci 🇲🇾 Profile picture
Agriculture Enthusiast. Farming Artist. VP MUDA

May 25, 2022, 6 tweets

Tahukah kamu apa itu tanaman teknik Dutch Bucket?.

Ia adalah perkahwinan antara teknik fertigasi dan hidroponik.

Ia adalah teknik masa depan. Kejap saya share details. #ThreadTani

Air yang mengandungi nutrien akan menitis ke media netpot seperti fertigasi. Cuma air yang turun akan keluar semula melalui paip overflow dan mengalir ke pusat takungan. Dan air akan di pump semula keatas seperti hidroponik.

Kelebihannya, air nutrien tak dibazirkan seperti fertigasi. Ia juga tak perlu di pump 24 jam seperti hidroponik jadi ia jimat penggunaan elektrik.

Kami buat pakai baldi beli kat kedai Rm 2/baldi. Kami siram 4 kali sehari, setiap siraman 30 minit. Pokok kini dah besar. Kita kena berani cuba teknik baru kerana ambil foreign workers adalah mustahil bila ibukota Indonesia pindah ke kalimantan. Mereka mampu beri gaji lebih mahal

Kalau ada sesiapa yang kenal orang-orang #MDEC, tolong install iot untuk kami.

Fertigasi walau ia membesar sehingga 12 kaki, tapi kos pembelian cocopeat sangat mahal. Kita kena import dari filipina yang kekadang kualitinya teruk. Dutch bucket tak pakai cocopeat yang banyak sebagai media.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling