Nostalgia Keluang Man, asalnya bukan Borhan ?
Tahukah anda, Keluang Man pada asalnya bukan dipegang oleh Borhan (Rujuk episod 1 Keluang Man). Keluang Man pada awalnya dipegang oleh watak seorang yang tidak didedahkan identitinya. Episod 1 menampilkan...
Keluang Man (sebelum Borhan) mempunyai bentuk fizikal yang sedikit besar berbanding fizikal Borhan yang kurus dan tinggi.
Babak Keluang Man (sebelum Borhan) pada awalnya bertarung dengan penjahat (orang kanan Ahmad Nisfu) dan berjaya mengalahkan penjahat itu tetapi malangnya...
Beliau pula telah ditembak oleh Ahmad Nisfu sendiri dan terjatuh dari kapal di mana pertarungan itu telah berlaku.
Selepas itu, kita dipertontonkan dengan satu babak yang mana Keluang Man telah dihanyutkan oleh arus laut yang membawanya ke daratan.
Borhan, yang keluar daripada Hospital Bahagia Tampoi pada malam itu telah tersepak tunggul kayu semasa perjalanannya dan tersungkur di hadapan satu rangka manusia.
Rangka manusia itu ialah rangka Keluang Man yang telah ditembak oleh Ahmad Nisfu dan terdapat sut Keluang Man...
Bersama rangka tersebut.
Menariknya, ada cerita mengatakan rangka itu ialah rangka manusia lain dan bukannya rangka Keluang Man asal. Rangka ini diletakkan oleh Keluang Man asal bersama sutnya bertujuan untuk menyebarkan berita bahawa Keluang Man telah mati.
(Thread ini diulas berdasarkan siri di televisyen sahaja, dan tanpa melibatkan versi lain seperti majalah/komik, dll)
Beralih kepada siri televisyen Keluang Man, Borhan telah mengambil sut Keluang Man tersebut dan mengenakannya pada diri beliau.
Borhan kemudiannya menanam rangka tersebut bersama pakaian "superhero" beliau sendiri bagi menggantikan sut Keluang Man yang telah diambil olehnya, maka dengan ini bermulalah era Keluang Man yang diterajui oleh Borhan.
Di sebalik seorang Borhan, adanya seorang rakan dan pembantu setia, iaitu Samad (Tiong Man). Seorang pemuda yang bekerja sebagai mekanik namun memasuki hospital bahagia kesan (mental) terkena kejutan elektrik ketika bekerja. Samad pula lebih muda usianya daripada Borhan.
Saat perkenalan Borhan dan Samad...
Borhan terserempak Samad yang berada di tempat pelupusan sampah. Ketika itu Samad sedang menyelongkar sampah-sarap untuk dimakan namun sempat dihalang oleh Borhan.
Borhan sempat membawa Samad merayau-rayau serta melawan penjahat ketika bersama dengan Samad (saat ini Samad belum menjadi Tiong Man).
Borhan menyatakan bahawa Samad perlu menyamar untuk merahsiakan identitinya, dan telah menemui satu sut yang telah dibuang dalam kotak sampah.
Oleh itu, pada episod 3 Keluang Man lengkaplah gandingan Borhan dan Samad. Satu gandingan animasi adiwira yang menjadi fenomena untuk kanak-kanak serta remaja ketika 90-an.
Borhan lebih kepada aura pesilatnya ketika beliau masih "sihat", Samad lebih kepada santai-santai.
Keluang Man & Tiong Man pun tak single...
Borhan (sebelum menghuni hospital bahagia) mempunyai tunang bernama Suriati. Gambar merujuk ketika Borhan memujuk Suriati (episod "Teringat") yang merajuk kerana Borhan mendapat tawaran menjadi jurulatih silat di Terengganu, manakala...
Samad pula mempunyai kekasih hati iaitu Aishah, seorang cikgu sekolah yang masih setia dengan Samad dan berharap Samad akan sembuh.
Gambar merujuk kepada episod yang mana Aisha menziarahi Samad yang berada di hospital bahagia. Babak ini ditayangkan pada episod "kenangan lama".
Begitulah serba-sedikit bagaimana kisah Keluang Man bermula. Keterujaan berita Keluang Man yang akan ke layar Perak menyebabkan @kisahtwt teringin membuat satu thread santai berkenaan Keluang man ini. Kami pasti ramai yang tak sabar akan kembalinya adiwira legenda ini.
Thread ini adalah untuk bacaan ringkas dan santai sahaja, untuk perjalanan cerita lebih tepat dan padat adalah digalakkan untuk menonton episod-episod animasi ini sendiri melalui sumber yang ada.
Admin sendiri meminta maaf jika ada sedikit kesilapan dalam penulisan ini, Siri Keluang Man yang sudah lama ditonton, terdapat babak-babak tertentu yang admin dah lupa.
Kredit gambar :- Youtube Syam Sam
Penulisan :- @kisahtwt
Admin tak guna pakai yang versi ni tau.
keluangmaniax.blogspot.com/2008/01/untold…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.