Fareez Azman Profile picture
Journalist | Emcee Corporate | Music Lover Any enquiry: paishazman@gmail.com

Jun 18, 2022, 9 tweets

[TERKINI] 4,800 liter larutan garam akan disembur dalam Operasi Pembenihan Awan di sekitar Kerian, Perak sebentar lagi.

Ia berikutan paras air Empangan Bukit Merah berada tahap kritikal.

Penerbangan guna pesawat C130 Hercules milik TUDM.

@501Awani #AWANInews

Pesawat C-130 Hercules berlepas jam 12.30 tengahari tadi.

Pesawat dijangka tiba di Kerian 30 minit sebelum mula semburan garam.

Menurut @metmalaysia hari ini dan esok cuaca paling baik untuk pembenihan awan (cloud seeding). @501Awani #AWANInews

Operasi Pembenihan Awan dgn kerjasama MAFI, TUDM dan @metmalaysia

All the best for our unsung heroes!

Jika Operasi ini tidak dijalankan, lebih 9,000 pesawah terjejas akibat kekurangan air. @501Awani #AWANInews

Ada yg tanya, garam apa digunakan?

Garam yang biasa kita guna tu digunakan utk Pembenihan Awan.

Ini proses mencampurkan garam dan air.

Operasi ini juga atas kerjasama @mynadma @501Awani #AWANInews

Ada kesan semburan larutan garam?

“Dari segi kesannya tiada, ramai yang risau kita sembur garam.

“Ia hanya garam biasa dan kita guna kuantiti yang sedikit utk disembur di awan, berbanding kandungan air dalam awan itu sendiri” - TKP Operasi @metmalaysia Lim Ze Hui.

Semburan dimulakan kira-kira jam 1.00 petang di daerah Kerian.

Awan Kumulus tebal berjaya dikesan.

Dua tong semburan larutan air garam ambil masa 20-30 minit.

Pasukan Cloud Seeding @metmalaysia dan TUDM mula menjalankan operasi. @501Awani #AWANInews

Semburan dibuat pada ketinggian 7,000 kaki.

Operasi selesai jam 3.00 petang, diharapkan kuantiti hujan bertambah di daerah Kerian dalam masa terdekat.

Tq TUDM, NADMA, MAFI, MetMalaysia! @501Awani #AWANInews

Pembenihan awan terdapat 2 kaedah:

1. basahan iaitu guna larutan air garam.

Bancuhan pula 1,200 liter air dicampur dgn 200kg garam. Ada 4 tong khas utk semburan.

Air larutan akan disembur ketinggian 7,000 kaki.

Air garam akan mempercepatkan proses kondensasi dan hujan.

Selalunya Malaysia guna kaedah basahan sbb lebih mudah larut dengan awan.

Kaedah 2: Flare gunakan pesawat ringan.

Pernah digunakan di Malaysia. Konsep sama, cuma flare keluarkan partikel garam utk dilarutkan dalam awan kumulus.

Jadi itulah proses pembenihan awan. ✌🏻

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling