Samudera.my Profile picture
Portal Berita | Isu Dalam & Luar Negara |“Melayar Samudera Merentas Segala Dimensi”

Jul 27, 2022, 14 tweets

Sedikit Rahsia Masjidil Haram

Makkah - Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia.

Tidak semua tempat dijelajahi jamaah , padahal sudut-sudutnya punya rahsia.

Thread 👇🏻

Kerana faktor lokasi hotel, kebanyakan jamaah baik umrah atau haji, selalu masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu masjid yang ada di sana.

Area yang dilawati jamaah menuju Kaabah, ya itu-itu saja. Namun jika ada waktu..

cubalah menjelajahi masjid suci ini, ada banyak hal menarik boleh ditemukan di sana.

*1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah*

Ramai jemaah keliru : kononnya tempat wudhu Masjidil Haram cuma ada di luar, jauh pulak tu, Sbb tu bila batal wudhu ramai yg suka berwudhu dengan air minum.

Padahal banyak tempat wudhu di dekat Kabah. Tak caya? Kalau Anda berada di dekat Kabah, tengok semua tangga besar dan lebar dari lantai 1 untuk turun ke pelataran Kabah. Ada 5 di berbagai arah Kabah.

bawah semua tangga besar ini tersembunyi tempat wudhu. Tak perlu penat keluar

*2. Tempat menonton Tutorial Umrah*

Masjidil Haram menyediakan tontonan video tutorial umrah. Jamaah boleh menonton video tutorial ini, supaya tahu bagaimana melakukan Tawaf dan Saie dengan benar. Tempat nya ada di dekat pintu Gate 74.

*3. Bagi-bagi buku agama percuma.*

Dapat buku-buku agama percuma? Tidak ramai tahu kalau ada tempat bagi-bagi buku agama percuma di Masjidil Haram. Buku ini terdiri dari panduan umrah dan kumpulan doa-doa. (gate 74)

*4. Panduan Streaming Khutbah Jumaat Via audio*

Tapi kalau tidak boleh bahasa Arab, mcm mana nak faham khutbahnya?

Jangan risau, kat sini ada terjemahan khutbah via audio, boleh translate dalam byk bahasa (ada kat gate 74)

*5. Khutbah Jumat dengan bahasa Isyarat*

Untuk jemaah kurang upaya yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat, ada spot khusus untuk solat Jumaat. Tidak besar, tapi boleh menampung sekitar 10 jemaah. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 93.

*6. "SPBU" Zam-Zam*

Jemaah boleh minum dari ratusan bekas yang diedar di seluruh masjid. Bekas bekas ini diisi secara berkala dan dihantar petugas dengan kereta sorong.

Tapi tahu ke, zam-zam ini dibawa dari mana? Kalau mahu tahu, kamu pergi saja ke pintu Gate 93.

*7. Escalator ke bumbung Masjid*
Solat di bumbung Masjidil Haram, Tapi tak ramai tau mcm mana nak cari.

Padahal, ada escalator yang mengantar jemaah terus ke bumbung Masjidil Haram. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 91.

Masjidil Haram Mekah mendahului senarai bangunan termahal di Bumi yang dibina dengan kos $100 Billion.

Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi kapasiti:

🕋Boleh memuatkan dua(2) juta orang
🕋Menerima dua puluh (20) juta pelawat setiap tahun

🕋Dibuka dua puluh empat (24) jam.Ia tidak pernah ditutup sepenuhnya dalam lebih 1400 tahun

🕋Mempunyai 1800 pembersihMempunyai 40 buah kereta pembersih sanitari elektrik

🕋Mempunyai 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan halaman terbuka

🕋Lantai ditutup dengan 40000 permaidani (lebih panjang daripada jarak antara Jeddah dan Makkah (79km))

🕋13000 tandas, dibersihkan empat(4) kali/6 jam setiap hari

🕋25000 dispenser air (salah satu sistem pendispensan air terbesar di dunia)

Kredit: Hjh Norizan Abdul Rasid

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling