Samudera.my Profile picture
Portal Berita | Isu Dalam & Luar Negara |“Melayar Samudera Merentas Segala Dimensi”

Sep 8, 2022, 24 tweets

Tular Tentang Operasi London Bridge, Sosial Media ‘Blackout’,

Apa maksud Kod London Bridge Operation?

Dikatakan, ketika sang Ratu mangkat, kalimat "London Bridge is down" akan disampaikan kepada Perdana Menteri dan staf penting agar rencana ini segera dilaksanakan👇🏻

Sebenarnya ‘London Bridge Operation’ adalah kod rancangan yang akan dilaksanakan sekiranya Ratu Elizabeth II mangkat.

Sekiranya Perdana Menteri mendengar kod ‘London Bridge is down’ itu, beliau akan memulakan operasi tersebut.

dlm masa beberapa minit, 15 kerajaan luar UK yg terlibat akan dimaklumkan melalui talian selamat mengenai perkara itu.

Ia diikuti 36 negara komanvel serta pemimpin lain seluruh dunia.

Ketika itu pintu pintu istana Buckingham akan menyampaikan ‘black notice’ tentang perkara ini.

Pada masa yang sama, media massa akan memberi ‘amaran’ kepada dunia, saluran media akan bersedia dengan suasana ‘bencana kebangsaan’.

Semua rancangan BBC akan dihentikan untuk beri perhatian khusus untuk isu terbabit.

Pembaca berita akn pakai sut hitam, penjenamaan (logo etc) BBC News akan ‘dihitamkan’.

Surat khabar, TV, radio bersedia buat liputan termasuk untuk beberapa hari berikutnya.

Difahamkan, pada hari yang sama pewaris Ratu akan dinaikan tahta.

dan dilaporkan bursa saham, perniagaan, kedai kedai seluruh UK bakal ditutup untuk menghormati kemangkatannya.

*dinaikkan tahta.

Sumber rujukan:

1. Global News
2. Reader Digest
3. Bussiness Insider

Like & Follow twitter @MySamudera & website Samudera.my. Kami suka kongsi info terkini ‘Luar kotak’ dari sisi berbeza mengenai isu semasa dalam & luar negara.

Disclaimer: Gambar gambar yg disertakan dalam lampiran thread sekadar hiasan.

Pastikan berita yang anda perolehi sahih.

Update terkini 👇🏻

TERKINI: Ratu Elizabeth II (Queen Elizabeth ll) diisyhtiharkan mangkat pada usia 96 tahun.

Pengumuman rasmi itu disampaikan oleh Istana Buckingham sebentar tadi.

Queen Elizabeth II dilaporkan mangkat pagi ini di samping ahli keluarga dirajanya.

Berita penuh: samudera.my/queen-elizabet…

Charles iaitu Putera Wales, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British, menjadi raja serta-merta.

Apakah impak kemangkatan Ratu Elizabeth?

Kesan kepada ekonomi dan politik dunia adalah minimal. Ratu Elizabeth II adalah "constitutional monarch" yang tak ada pengaruh ke atas dasar Britain.

Lebih kepada nilai sentimental sebab Elizabeth bertakhta cukup lama (70 tahun) dan menyaksikan naik/turun 15 orang PM.

Sumber: @AymanRashdanW

Kesan jangka panjang 👇🏻

Queen Elizabeth II pernah datang ke Malaysia dalam lawatan rasmi negara bersama Putera Philip untuk Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1989, dan juga pada tahun 1998 untuk Sukan Komanwel.

Protokol London Bridge & Operasi Unicorn

Sumber: BH

Beberapa acara sukan di Britain telah ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada kemangkatan Queen Elizabeth II.

Penuh di: samudera.my/britain-berkab…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling