Kisah betapa bahayanya fitnah & berita palsu, mungkin tak ramai yang pernah dengar pasal sos cili Aminah Hassan ni..
Dulu mmg ia sgt popular, tapi jenama ni 'jatuh' bila ada khabar angin selepas pengasasnya meninggal dunia..
Thread 👇
Hebatnya jenama ni sebab ia bukan je popular di Malaysia tetapi berjaya tembus pasaran United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara di Asia Barat, Arab Saudi, Kuwait dan Dubai..
Difahamkan, bisnes ini bermula sejak 1966 dan diusahakan sendiri oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan.
ia bermula secara kecil-kecilan di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.
GAMBAR HIASAN
Hingga akhirnya perniagaan perniagaan berkembang, kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang.
Sekarang, ia diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan.
Didakwa punca kejatuhan drastik produk tersebut adalah bila muncul khabar angin bahawa syarikatnya dimiliki bangsa lain & syarikat telah dijual slps pengasasnya meninggal dunia.
Justeru pengguna beralih ke jenama lain dan terpaksa ditutup operasi kerana alami kemerosotan jualan.
Justeru dikatakan pihak syarikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sebenar & menafikan khabar angin yang telah tersebar.
Mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.
Tapi kini, sos cili jenama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa lokasi tertentu sahaja..
Terkadang kita tak sedar, cepat sangat percaya, atau sebarkan benda yang tak pasti,
tapi pernah fikir tak impaknya kepada mereka yg terkesan?
Like & Follow twitter
@MySamudera . Kami suka kongsi info terkini ‘Luar kotak’ dari sisi berbeza mengenai isu semasa dalam & luar negara.
Dikatakan dulu KFC pun pakai sos ni ?
Video penuh di tiktok & youtube kami , like & subcribe ye vt.tiktok.com/ZSRg4CXJe/
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.