Media Selangor Profile picture
Segar. Semasa. Selangor. Kami sampaikan berita mutakhir dan perkembangan negeri di SelangorTV dan Selangorkini.

Nov 12, 2022, 20 tweets

Tiga jajaran politik terbesar negara iaitu PH, PN & BN telah membentang manifesto sempena #PRU15. Apakah tawaran mereka? Dari bayi ke warga emas, kami ringkaskan semuanya mengikut kumpulan penerima. #InfografikMS

Ini thread (1/n):

Ringkasan ini merujuk manifesto dibentang PH 2 November lalu, PN (6 Nov), dan BN (7 Nov) semata-mata.

Teks penuh boleh dirujuk kepada manifesto penuh dan dokumen sokongan seperti Dokumen Strategi Belanjawan 2023 Pakatan Harapan dan Bajet 2023 BN-PN.

2/n

BAYI DAN KANAK-KANAK

Ketiga-tiga jajaran politik tumpu tawaran berkenaan bantuan jagaan kepada anak berusia 6 tahun ke bawah dan pendidikan awal. #InfografikMS

3/n

PELAJAR & GURU

Ketiga-tiga jajaran mahu tangani jurang pendidikan yang wujud dalam "the lost generation" pasca Covid-19. PH kekal komited laksana sarapan percuma yang pernah diusul @maszlee. #InfografikMS

4/n

BELIA

Fokus utama PH, PN & BN ialah menangani kos pengajian dan PTPTN. #InfografikMS

5/n

PEKERJA GIG & PENCARI KERJA

PH & BN tawar pentadbiran ekonomi gig manakala PN mahu beri jaminan pinjaman perumahan kepada pekerja gig. PG turut tawar skim insurans hayat dan khairat kematian. #InfografikMS

6/n

B40 & MISKIN BANDAR

Ketiga-ketiga jajaran politik tawar bantuan asas dan kemudahan belajar. PH turut tawar saringan kesihatan rumah ke rumah di pangsapuri kos rendah. #InfografikMS

7/n

M40

Tawaran khusus bagi M40 berbeza bagi setiap jajaran. PH beri tumpuan kepada kesihatan dan penjagaan, BN tawar potongan cukai dan biaya PTPTN, manakala PN mahu beri peranti siswa dan tambah baik skim perumahan. #InfografikMS

8/n

WANITA

Ketiga-tiga jajaran politik tumpu inisiatif wanita bekerja, penjagaan diri & kesihatan, serta inisiatif pembangunan ekonomi. #InfografikMS

9/n

WARGA EMAS

PH mendahului tawaran kepada warga emas dengan inisiatif baucar beli-belah, pengangkutan percuma, penstrukturan semula PERKESO, dan peruntukan khusus bantu pemulihan selepas banjir. #InfografikMS

10/n

OKU

Ketiga-tiga jajaran politik tawar peningkatan infrastruktur dan kemudahan mesra OKU. PH cadang agensi khas untuk menyelaras bantuan dan peruntukan pelbagai kementerian kepada OKU. #InfografikMS

11/n

ATLET & PENGGIAT SUKAN

PH beri tumpuan bukan hanya kepada infrastruktur, malah tawar latihan untuk atlet mengurus kerjaya dan persediaan atlet selepas tidak lagi aktif. #InfografikMS

12/n

PENGGIAT SENI

PH ketara sebagai jajaran politik paling banyak tawaran kepada penggiat seni, termasuk pembentukan Dasar Industri Kreatif Negara untuk memperkasa industri muzik, filem, dan seni kreatif. #InfografikMS

13/n

ORANG ASAL

PH tumpu tawaran kepada peroleh geran tanah dan selesai pertikaian tanah adat. Tiada tawaran khusus kepada Orang Asal dalam manifesto BN. #InfografikMS

14/n

PETANI, PENTERNAK & NELAYAN

Ketiga-tiga jajaran tawar reformasi tanah pertanian, pertanian moden, bantuan pendapatan, dan petani generasi muda. PH tawar peningkatan subsidi padi dari RM360 kepada RM500 setiap tan. #InfografikMS

15/n

PEMBELI & PENYEWA RUMAH

PH, PN & BN tawar dana jaminan dan biaya rumah kepada pembeli. PH mahu rangkum hak penyewa dalam peranan Tribunal Perumahan. #InfografikMS

16/n

PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM & JALAN RAYA

PH mendahului tawaran meningkatkan mutu pengangkutan awam, termasuk had tambang harian dan pertambahan bas seluruh negara. #InfografikMS

17/n

USAHAWAN PMKS

Ketiga-tiga jajaran politik tawar pembiayaan dan kredit mikro. #InfografikMS

18/n

Ikuti perkembangan terkini #PRU15 terutama 22 kerusi Parlimen di Selangor di semua platform media sosial kami. Siaran langsung di YouTube SelangorTV setiap hari jam 9 pagi, 1 tengah hari, 5 petang, dan 9 malam:

n/n

youtube.com/c/TVSelangorMY

[RALAT] Kemaskini perbandingan tawaran PH, PN & BN kepada warga tua. #InfografikMS

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling