🇲🇾 Reza Razali 🇲🇾 Profile picture
Ejen Penyatuan UMMAH.. Perkasakan MN, Pertahankan PN #satire #parody #troll

Dec 1, 2022, 6 tweets

Apabila pemimpin Musyrikin Makkah menawarkan jawatan raja, harta kekayaan, dan wanita kepada Nabi Muhammad SAW semasa fasa Makkiyyah, asalkan Nabi SAW meninggalkan dakwah Islamiah, Baginda SAW dengan tegas menolak tawaran tersebut.
.

Walhal boleh saja Nabi Muhammad SAW menerima tawaran tersebut, kerana dengan kuasalah Baginda mampu melakukan apa-apa sahaja. Namun, Nabi SAW menolak kerana Islam tidak dapat memimpin dan perlu menuruti kehendak orang kafir Quraisy.
.

Selepas berhijrah ke Madinah, barulah Rasulullah SAW menjadi pemimpin Madinah kerana Islam sudah boleh memimpin dan menyatupadukan seluruh masyarakat majmuk di sana. Inilah petunjuk Sirah Nabawiyyah yang patut kita teladani.
.

Malangnya hari ini, apabila ditawarkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar, Exco, dan sebagainya, terus kelabu mata untuk menerimanya dan sanggup menggadaikan prinsip. Kita sebenarnya belajar daripada siapa?
.

Maka, rakyat yang melihat dan memahami mesti menolak jenis pemimpin seperti ini. Marilah sama-sama kita mendukung Perikatan Nasional untuk melakukan perubahan dan membina kepimpinan negara secara istiqamah berdasarkan petunjuk Allah SWT.
.

Ceramah Perdana PRK N.42 Tioman

#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#BEST
#TurunMengundi
.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling