Faisal Aziz ☕️🇲🇾 Profile picture
Presiden @abimalaysia / Cosmopolitan Islam / #BangsaMalaysia - FA 150

Jan 7, 2023, 10 tweets

Sempena kehangatan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, saya kongsikan bebenang sejarah nama #HarimauMalaya yang menjadi gelaran pasukan kebangsaan.

Terdapat tiga cerita di sebalik nama asal Harimau Malaya.

1/10

Pertama -

Harimau Malaya asalnya adalah gelaran yang diberikan oleh Sukarno kepada seorang anak jati Malaysia Dollah Don.

2/10

Dollah Don bersama pasukan Melayu Singapura dijemput untuk menentang Peseja yang diwakili oleh campuran rakyat Indonesia dan Belanda. Ketika separuh masa pertama, pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0.

3/10

Memasuki separuh masa kedua, pasukan Melayu Singapura mencipta keajaiban dengan menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Apa yang lebih menarik adalah ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Dollah Don.

4/10

Sukarno yang melihat aksi Dollah Don berasa kagum lantas menyamakan pemain itu persis Harimau Malaya. Sejak itu, gelaran Harimau Malaya terus melekat ke Dollah Don lalu diturunkan ke skuad bola speak Malaysia.

(kredit iSportsAsia, blog Meor 'Ballack' Azmil, V12gether)

5/10

Kedua -

Ia adalah nama spesis Harimau Malaya - (Panthera tigris) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesis harimau yang hanya wujud di Semenanjung Malaysia.

6/10

Ketiga -

Nama Harimau Malaya adalah jolokan yang diberikan kepada General Tentera Jepun - Tomoyuki Yamashita yang memimpin tentera Jepun dalam serangan ke atas kekuasaan British di Tanah Melayu dan Singapura.

7/10

Kekuatan tentera Jepun pimpinannya yang mengalahkan British dalam tempoh 70 hari telah memberi pengiktirafan besar kepada beliau apabila diberi gelaran Harimau Malaya.

8/10

Untuk rekod, antara pencapaian terbesar skuad Harimau Malaya adalah ketika berjaya layak secara merit dalam Sukan Olimpik 1980 dengan kisah suka duka terpahat dalam sejarah - baca cerita chedinsphere.blogspot.com/2012/12/cerita…

9/10

Alhamdulillah, hari ini pasukan Harimau Malaya kian gah mencipta nama terutama hasil kejayaan pasukan di bawah jurulatih Kim Pan Gon untuk membawa Malaysia layak ke Piala Asia secara merit. Semoga terus maju Harimauku!

#HarimauMalaya

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling