Splash Mania di Gamuda Cove, water theme park yang terbaru di Malaysia. Telah dibuka kepada orang ramai bermula hari ini!
Splash Mania dibuka setiap hari Rabu - Isnin dari jam 10am - 6pm. Ditutup hari Selasa (kecuali hari cuti umum dan cuti sekolah). twitter.com/i/web/status/1…
Lokasi tak jauh dari Cyberjaya. Sekarang ada tiket Early Bird dari 25 Januari - 31 Mac 2023:
• Adult RM79
• Child RM63
• Senior RM63
Tiket boleh beli online je dekat website:
👉🏻 glplay.com.my/splashmania
Ada permainan yang masih belum dibuka. Locker agak terhad dekat sini.
Dalam Splash Mania ni ada food court, cuma pilihan makanan & meja makan yang disediakan agak limited.
Kawasan parking berbatu, bila hujan lecak sikit kawasan ni.
Parking tak banyak, kalau datang lambat tu terpaksa parking area Cove Aerobar atau Goosebumps. Tapi kereta buggy ada disediakan. twitter.com/i/web/status/1…
Dekat luar Splash Mania ni korang boleh merasa tram yang akan dibina dalam bandar Gamuda Cove nanti.
Splash Mania ada dress code, cuma mereka tak strict sangat. Water theme park yang paling strict dengan dress code ialah Escape Penang. 🥲
Dari Splash Mania ni, boleh nampak flyover yang under construction. So nanti akan ada direct access Gamuda Cove ke Cyberjaya, cuma tak tahu la bila akan siap.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.