THREAD: Skandal Projek JanaWibawa “RUNDINGAN TERUS” berskala besar & apa hubungkait antara TS Muhyiddin Yassin (PM ke-8) sebagai suspek utama, Naza Engineering & Construction, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM/PKMM) & sepupu menantu TSMY (Adam Radlan).
1/20
Apa itu Projek JanaWibawa?
Projek JanaWibawa ialah singkatan bg Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa yang dilancarkan sendiri oleh TSMY sewaktu memegang tampuk pemerintahan Perdana Menteri ke-8 yg bernilai RM5.7 billion di bwh Stimulus Package.
2/20
Memetik laporan Berita Harian pd 16/2/2023, TPM Datuk Seri Zahid Hamidi telah memaklumkan bahawa MOF menangguhkan Projek JanaWibawa ini serta-merta kerana didapati terdapat banyak unsur pecah amanah & kaedah perolehan secara “RUNDINGAN TERUS” membabitkan 6 pakej teras.
3/20
Secara keseluruhan, Projek JanaWibawa ini terbahagi kepada 2 unsur rasuah. Rasuah yg dikendali oleh “ikan jerung” seperti Presiden PKBM (Datuk Azman Yusoff), sepupu menantu TSMY (Adam Radlan) dan “ikan bilis” yang berskala kecil. Tapi saya nak tumpu kepada “ikan jerung”.
4/20
Baik, bagaimana skandal ini bermula?
Pada 11/1/2021 kerajaan PN pimpinan TSMY tlh mengumumkan Proklamasi Darurat seluruh Persekutuan sehingga Ogos 2021. Dua hari lepas penguguman tersebut, TSMY telah mengarahkn Menteri Kewangan meluluskn projek Central Spinal Road Pakej 2.
5/20
Yang jd masalah ialah projek ini (yang meliputi pakej 2 & 3) merupakn projek “DIRECT NEGO” oleh MOF kepada syarikat Naza Engineering & Construction (Naza Group) untuk 59 km & IDX Multi Resources Sdn. Bhd. untuk 93.8 km. Sila lihat surat perolehan MOF bertarikh 13/1/2021.
6/20
Surat perolehan MOF bertarikh 13/1/2021 secara terang menulis bahawa pembinaan projek Central Spinal Road ini diberikan kepada Naza Group secara konvensional (rundingan terus) dan gambar di bawah membuktikan projek tersebut yg dinafikan telah pun dibukti dari dapatan kami.
7/20
Mcm mane Naza Engineering & Construction ni boleh dpt projek secara direct nego? Jeng jeng jeng.. Ya tuan-tuan, kerana pd 30/3/2020 sebelumnya, TSMY telah menerima sejumlah RM4.25 juta sumbangan Covid-19 dan RM1.25 juta daripanya adalah dr Syarikat NAZA Corporation Holding.
8/20
Jadi mcm mane TSMY setelah dipanggil SPRM pd 18.2.2023 berkata dia “tidak tahu”? Tak pernah jumpa & tak pernah kenal. Syndrome “saya x tau” ni biasanya Tun M je guna😜. Dia juga menipu berkata dia bukan suspek utama walhal SPRM sahkan dia terlibat dalam Projek JanaWibawa.
9/20
Tapi dlm semua hal ini, siapa sebenarnya antara “ikan jerung” yg mengurus pemberian kontrak & projek rundingan terus ini? Ya, seperti yang saya maklumkan tadi iaitu Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) dan sepupu menantu TSMY (Adam Radlan). Rujukan👇🏻
10/20
Tapi di sini saya nk fokus kpd Datuk Azman Yusoff. Siapa dia ni?
Dia merupakan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) & dilantik juga sbg Anggota Lembaga Pengarah CIDB. Drpd sinilah dia main peranan utk agih-agih projek besar kpd kontraktor “terpilih”.
11/20
Malah pd tahun 2022, Datuk Azman Yusoff ini diangkat pulak untuk dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KPDNHEP di bawah pemerintahan Kerajaan PN/BN Dato’ Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri yg ke-9. Nak tahu kenapa pengurusan PKBM ni kroni? Haa mari tengok..
12/20
Memetik laporan akhbar MalaysiaKini bertarikh 14/7/2022, PKBM & PKMM membuat kenyataan bahawa mereka sokong penuh kpd DS Ismail Sabri kerana “sangat memerlukan perbelanjaan kerajaan” dan bodek kata “darah saya tetap biru, tetap UMNO selamanya” mcm filem “Mat Kilau”. Fuhhh.
13/20
Dh jadi majlis penasihat kementerian KPDN, apa lagi mintak tambah lah projek ransangan ekonomi & pakej PEMULIH khusus utk kontraktor melayu yg “mesra parti”. Dan di sinilah komisyen 3-5% dari projek JanaWibawa disakau masuk dlm akaun sesebuah “parti”. Win-win situation 🤫.
14/20
Adakah saya bercakap melulu berkenaan dengan pengagihan kontrak & projek Kerajaan kepada kontraktor yg “mesra parti”? Tentulah ada buktinya. Memetik laporan Berita Harian bertarikh 19/2/2023 semalam, SPRM akan memanggil wakil PKBM & PKMM untuk siasatan skandal JanaWibawa.
15/20
Sudahlah agihan 3-5% komisyen disakau dari projek JanaWibawa dan dimasukan ke dalam akaun sesebuah “parti politik”, pengagihan projek pulak diberikan kepada kontraktor “mesra parti” tertentu walaupun MEREKA TIADA PENGALAMAN & KEPAKARAN. Sumber dipetik dari Berita Harian.
16/20
Sebab tu apabila ucapan YDP Agong pada pembukaan sidang Parlimen 13/2/2023 dan mengalu-alukan usaha banteras rasuah secara agresif, SPRM tumpu kes berskala besar seperti ini utk selamatkan wang rakyat berbillion-billion. Kenyataan dari YAB Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim.
17/20
Ini baru pendedahan skandal rasuah berskala besar, saya belum lagi cerita “skala kecil - ikan bilis” dalam Program JanaWibawa ni. Dalam kajian kami selama berbulan, skandal ini merupakan antara skandal rasuah yang terbesar dalam radar SPRM. Sedih guys. MALAYSIA KU..🥺😢
18/20
Ini semua ada hubungkait bila YAB Perdana Menteri sendiri berkata rasuah dlm Malaysia sudah menjadi satu “sistem yg teratur” untuk merompak & memunggah kekayaan utk kroni & anak menantu. Dilaporkan bahawa dlm beberapa hari lagi TSMY, Adam Radlan akan di”charge” di mahkamah
19/20
Nanti saya akan ceritakan kajian secara detail “money trail” yg dikatakan RM300 juta dimasukkan ke dlm akaun parti Bersatu. Kpd walauncai, alah baru suspek je pun, sikit masa lagi ada “kluster mahkamah 2.0”.
Menteri Pasola,
Kementerian Rakyat Marhean & Hak Asasi Walaun 🤡
20/20
Di sini saya sertakan semua rujukan Menteri Pasola dan sumber yang sahih dari laporan akhbar tempatan. Kepada walauncai sila baca dan jangan malas. #PNyangak #PNyakau #PNyamun
Jadi kepada yg membaca, sila tag walaun & anak abah untuk berdebat dengan saya pasal isu ni. Shall we start? Kalau nak saman or buat laporan, silakan. I repeat, silakan.
Boleh ikuti perkembangan lanjut berkenaan dengan skandal projek JanaWibawa di tiktok @menteripasola92
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.