Bola Muntah Profile picture
Membahas bola sepak dengan lebih analisis dan kritis.

Mar 4, 2023, 16 tweets

#AnalisisTaktikalBolaMuntah Perlawanan Pilihan LS2:

Kuching City FC vs Selangor FC

#LigaSuper2023
#MKLK
#kamekkuchingcity
#KitaSelangor
#iamkuchingcity
#DemiLigaKita

[BEBENANG]

Kesebelasan-Formasi KCFC

KCFC bermula dengan 4-2-3-1 tetapi tiada Joseph Kalang dalam kesebelasan kali ini.

Adam Shreen mengambil peranan kapten, bergandingan bersama Sirojiddin membentuk Double Pivot.

Di dalam padang mereka "mencair" kepada 4-4-2 ketika fasa DO.

Kesebelasan-Formasi SFC

4-3-3 adalah sistem kegemaran Cheng Hoe. Zikri mengambil tempat Quentin yang regular pada musim lepas di posisi RB.

3 di tengah adalah gandingan Noor-Alex (no.6)-Brendan.

Faisal (LWF), Htet Aung (RWF) dan Ayron (CF) adalah Trio Serangan mereka.

SFC

SFC bermain seperti biasa - konsep Positional Play versi Cheng Hoe, cuba mencari Superiorities di Area tertentu dalam padang.

Zikri lebih advance di sisi kanan berbanding Fazly yang 'secukupnya' di sisi kiri - lebih banyak berlegar di Half Space.

SFC

SFC mendapat gol pertama sekitar minit ke-4 berpunca daripada Throw In.

Di sini jelas betapa leka dan bersahajanya pemain KCFC dalam melindungi gawang mereka ketika situasi Throw In tersebut.

Ball Watching adalah kata tepat untuk mereka.

KCFC

Sedikit perdebatan terjadi tentang;

adakah KCFC melakukan Pressing? atau tidak?

adakah pemain serangan mereka tidak agresif melakukan Pressing?

Jawapan:
KCFC melakukan Pressing tetapi dalam sistem yang keliru & bercelaru.

KCFC

Sistem Pressing mereka keliru antara:

1) menanti di Mid Block (selepas Half Line) dalam Shape 4-4-2 kompak

atau

2) berada atas daripada itu (ala High Press)

Ini kerana; Kamara & Sudi sering berada di Half lawan ketika 2nd Line mereka berada di sekitar Half Line.

KCFC

Melakukan Pressing begitu merugikan kerana jarak besar Between the Lines (1st Line & 2nd Line) mudah diekploitasi SFC.

Benar, Kamara & Sudi kurang agresif dalam menekan SFC Playing Out from the Back.

Mungkin ia terjadi kerana "support" yang ketinggalan jauh di belakang.

KCFC

Cadangan kepada sistem Pressing KCFC yang keliru itu:

Tetapkan sistem mana.

1) Jika ingin menanti di Mid Block, Kamara & Sudi tidak perlu berada dalam Half lawan.

2) Jika ingin High Pressing; jadi agresif & naikkan Defensive Line.

SFC

Counterpressing kerap dilakukan pemain SFC apabila mereka kehilangan bola; menghalang transisi KCFC daripada berlaku.

Situasi ini menyukarkan KCFC "bermain", ditambah dua Pivot mereka yang 'lesu' sekali.

KCFC

KCFC juga mengalami masalah dalam memenangi 1st Ball atau setidaknya melindungi 2nd Ball daripada terus dikuasai SFC.

Mereka gagal hampir kesemua perebutan 2nd Ball dalam perlawanan ini.

SFC

SFC mendapat gol ke-2 mereka yang juga berpunca daripada Throw In.

Sekali lagi KCFC gagal mengawal ancaman Throw In SFC.

SFC

Gol ke-4 SFC juga berpunca daripada Throw In.

Lihat bagaimana "buruknya" KCFC bertahan menghadapi Throw In SFC ini.

KCFC

Entah mengapa; dalam perlawanan ini KCFC seakan tiada jawapan kepada Throw In SFC yang sebenarnya "normal".

Tidak pasti jika SFC mendapatkan Throw In Coach atau pemain KCFC memang gemar Ball Watching ketika Throw In SFC terjadi.

KCFC

Jika ada perkara baik bagi KCFC dalam perlawanan ini selain 2 percubaan mereka yang terkena tiang;

ia adalah kemasukan Zahrul Nizwan yang sedikit sebanyak menaikkan moral pasukan dengan effort beliau.

Saksikan analisis lengkap di sini⤵️

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling