Selesai declare income tax 2022. Saja I nak share cara I simpan e-filing form & segala resit-resit untuk tax relief.
Dapat resit terus snap & save dalam hp dulu. Original resit simpan dalam folder khas. Masa e filing tampal semua original resit buat macam buku skrap 😄😄
Memang kita tak perlu hantar pada cawangan LHDN kita tu tapi simpan semua elok-elok, kemas-kemas bagi memudahkan urusan kita kemudian hari apabila LHDN perlu buat semakan.
I senang je, bawak satu file terus. 7 tahun punya rekod ada dalam satu file.
Ramai dah share rasanya tapi I share juga sekali lagi senarai pelepasan cukai yang kita boleh dapat bagi tahun 2022 👇
Bukan resit2 pembelian sahaja, resit lembaga zakat (termasuk zakat fitrah) , takaful, donations, sspn, hotel booked dekat agoda ke, EPF statement semua I print masuk folder siap2.
Tapi jangan lupa simpan softcopy or photostat dulu resit tu especially resit termal paper.
Kalau ready semua ni tak perla kita takut atau risau LHDN kejar.
I sentiasa menunggu je LHDN call nak audit I. Questioning my intergrity and honesty? Ok. Bring it on 😆
Derma/hadiah boleh claim tax relief juga. Cuma kalau tak silap perlu derma pada badan atau organisasi yang diluluskan kerajaan sahaja.
Contoh 👇saya claim tax relief sebagai penderma tahunan UNICEF.
Sekiranya LHDN punya query datang untuk audit lepas I meninggal, LHDN akan cari waris I. So I sediakan satu file lengkap untuk waris I bawa pergi LHDN.
Tak perlu waris I tanggung apa2 hutang I dengan negara hanya sebab LHDN tak dapat bukti pelepasan cukai I.
Pendapat I, LHDN dan kena ada improvement. masa declare submit e-filing tu terus je attach receipt tu semua. We settle once for all. Tak perlu simpan 7 tahun. Lepas dapat refund move on terus.
I hairan apa purpose sampai 7 tahun. Anak dah darjah satu baru nak call buat audit.
Disclaimer :
I cuma share I punya style ye. Tak mintak korang ikut pun. Korang nak simpan apa cara sekali pun terpulang ye 😁
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.