Short trip hari ni di Kuala Terengganu. Lecterur kita ada mesyuarat hari ni. Kita pun terus buat aktiviti menghealingkan diri. Check point pertama, Masjid Kristal. Cuaca hari ni agak mendung sikit. Jadi, gini jelah hasil tangkapan gambar dari jurugambar amatur.
Next checkpoint, gerak g ke Muzium Terengganu. Memandangkan hari mendung, kita masuk ke Kampung Budaya. Kita snap beberapa gambar la buat kenang-kenangan.
Dalam kawasan Kampung Budaya ni, banyak jenis rumah orang² Terengganu, tapi saya tertarik dengan bahan² dan seni yang ada pada rumah tu. Dinding rumah tu macam² pesen ada. Dok renung sambil mengelamun macam mana la orang dulu² buat. Dahla buat rumah tak pakai paku.
Kalau masuk di setiap rumah tu. Macam² perabot lama ada. Congkak, Meja Solek, Katil, Almari macam² lagi. Tapi yang paling menarik tu. Tobol pintu diukir kepala singa dengan meja solek. Rajin betul nenek moyang kita ni. Detailing alat dalam rumah mantaps habis.
Perabot lama yang lain.
Yang ini, saya tangkap ja gambar. Yang best meriam kecik (ada nama spesifik dia, lupa), kalau perasan, ada tanda V.O.C. Mungkin meriam ni buatan dari Belanda. Awat la meriam belanda ni ada kat sini. Jadi tertanya-tanya pulak kita.
Ada beberapa rumah tu, pihak muzium ada sedia aktiviti kat bawah rumah. Hari ni ada aktiviti goreng kepok dalam pasir, main gasing, telepuk, menganyam, dan mengukir. Telupuk ja tak sempat buat. Boleh la buat aktiviti tu sikit².
Selesai ja pusing Kampung Budaya, terus ke Batu Rakit. Tengok pantai. Muzium hari ni tak masuk dah, penat woo.Kat Batu Rakit ada tempat best untuk mengopi. Kopi pun nice² jewr. Hohoho
Sambar ja kopi, terus gerak balik ke Permaisuri. So tu ja aktiviti menghealingkan diri sendiri. Jadi la 12k langkah untuk hari ni. Terima Kasih ya kalau ampa enjoy dengan cerita kami ni...😅😅
#cuticutimalaysia
#ganukite
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.