Shahrizal Denci 🇲🇾 Profile picture
Agriculture Enthusiast. Farming Artist. VP MUDA

Mar 10, 2023, 9 tweets

Sebelum kita ke solusi, saya jelaskan dulu faktor-faktor yang menyebabkan situasi kekurangan telur ini berlaku untuk pasaran domestik. Amaran! #ThreadTani kali ini agak panjang. Bacalah dengan hati terbuka kerana saya memang kekadang kasar bahasa.

1. Permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan.

Purata penggunaan telur seorang rakyat Malaysia ialah 349 telur per tahun. Penternak telur tidak mampu cukupkan permintaan tempatan. Tapi terpaksa eksport untuk cover kos operasi yang tinggi kerana harga kawalan terlalu rendah.

2. Faktor Cuaca dan kekurangan bekalan makanan ayam yang berkualiti mempengaruhi penghasilan telur dalam industri ternakan ayam. Lihat taburan hujan kita. Produktivi ayam telur merosot bila cuaca taburan hujan tinggi.

3. Penyakit ayam telur. Cabaran ini juga mengganggu produktiviti. Tu la asyik bergantung import. Taknak empower kajian dari ahli akedemik negara sendiri.

Ok, kita dah kenal pasti masalah. Mari selesaikan ia:-

1. Permintaan tinggi pasaran tempatan boleh diselesaikan dengan meningkatkan bekalan. Tingkatkan bekalan dengan inject dana kepada penternak untuk scale up, latihan dan teknologi baru. Thailand dah pakai robot di kandang.

2. Explore sumber lokal untuk bekalan protein yang baik contohnya Palm Kernel Cake (PKC) dalam menghasilkan makanan ternakan daripada terus-terusan import animal feed yang mahal nak mampos. Btw, kita pengeluar PKC kedua terbesar di dunia. Dengar ulasan saya pada video ini.

3. Penyakit ayam ni boleh kita cegah dengan cara pengambilan vaksin alami yang banyak dilakukan di negara luar. Tapi saya lebih minat kalau kita explore teknologi cross breed chicken untuk hasilkan ayam yang lebih resilient kepada penyakit.

Major corporation jangan dipanggil kartel. Ia konotasi yang bodo dan jahat kepada usahawan kita. Itulah ada anak Malaysia lari ke Vietnam buat penternakan. Kita sokong mereka praktis iot dalam ladang ayam mereka dan secara perlahan SME akan belajar dari mereka. Menteri ada kuasa.

Ini solusi saya. Ia terbuka untuk didebatkan. Saya sayangkan negara ini. Saya akhiri dengan kata-kata Sasterawan Negara Usman Awang "Suatu Bangsa takkan menjadi besar tanpa memiliki sikap KURANG AJAR".

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling