Kepada warga Twitterjaya sekalian, nama saya Muhd Zaki, dan saya adalah Pengurus @CentralInfoMY dan seorang wartawan (baru nak up). Saya berasal dari Johor dan akan berumur 14 tahun pada tahun ini. Inilah kisah saya dan CInfo, serta saya ingin memerlukan bantuan anda. 1/19
Sebelum itu saya ingin memohon maaf jika ada kesalahan tatabahasa kerana saya masih lagi budak sekolah dan ingin belajar demi kebaikkan saya. Mari kita mulakan. 2/19
SEJARAH CINFO
Sebelum tubuhnya sepenuhnya CInfo, saya sebenarnya mempunyai pelbagai profesi, seperti animator dan tv fandom. Pada dulu juga, saya pernah membuat program berita untuk keluarga saya (yang mereka pun tak kisah pun) dan pada waktu itulah... 3/19
saya menarik minat dalam bidang kewartawanan sehingga pada pertengahan 2021, saya menjumpai sebuah pihak berita yang tidak berat sebelah dan dijalankan oleh murid sekolah dari Australia, iaitu 6 News. Mereka bermula dari kecil-kecilan sehingga menjadi popular dan dikenali. 4/19
Dan pada waktu itulah, saya bak kata 'jatuh cinta' dan mengambil inspirasi daripada mereka sehingga saya menubuhkan "CInfo" dengan misi, visi, dan objektif yang sama seperti mereka. Saya ingatkan perjalanan CInfo semudah sebegitu, namun... 5/19
ia sebenarnya adalah perjalanan yang 'banyak lobang jalan'. Pada satu masa viewers live di YouTube ada yang mencecah 43k tapi selepas itu, engagement YT dan medsos tak banyak sangat, kebanyakannya kosong. Saya dah cuba nak berkolaborasi/merger dengan si kompetitor tu tapi... 6/19
dia asyik reject, reject. Saya hampir berputus asa dan kurang bermotivasi. Lagi-lagi lah saya dah bersekolah petang, tak dapat buat apa sangat, siaran berita pun yang last dah setahun lepas. Namun saya ada satu mimpi, kalau saya berjaya membangunkan pihak berita ini... 7/19
saya dapat membanggakan ibu ayah saya, dan negara ini bahawa umur bukan segala penghalang untuk menjadi wartawan, namun disebalik itu, ada kesulitannya. Rupanya, disini anda memerlukan pas media untuk menjadi wartawan 'yang sebenar', namun dengan umur saya ini, saya... 8/19
tidak dapat melaporkan dengan sepenuhnya, lagilah CInfo tak didaftarkan perniagaan, memang lagi susah berbanding kompetitor lain. Lepastu, kena terpaksa 'copy paste' dari kompetitor kami dan pihak berita lain di Malaysia. Saya tahu... 9/19
ini salah di sisi undang-undang, namun nak buat apa lagi, takde team, takde idea so...begitulah. Dan saya sebenarnya juga seorang yang pemalu, kadangkala 'pemalas', tiada kawan, dll namun saya mahu membuktikan kepada semua bahawa... 10/19
umur dan penampilan bukan segala penghalang. Saya dah penat taip macam-macam, so bagi yang nak tahu lanjut, sila DM saya. Saya setia sambung sedikit. Ok, let's get straight to the point. 11/19
BANTU CINFO
Seperti yang dikatakan awal, saya mempunyai cita-cita menjadi wartawan, dan saya tak nak tunggu lama, oleh itu saya menubuhkan CInfo namun saya tak tahu ada penghalangnya dan tidak mudah perjalanannya. Oleh itu... 12/19
saya merayu bantuan semua, tak perlu susah-susahkan sangat, sikit-sikit pun jadi, asalkan kita boleh membuktikan kepada negara bahawa kita boleh capai segala-galanya. Sekarang ini anda lihat kita tak lah beroperasi sebesar sangat, buat outdoor report pun tak pernah... 13/19
lepastu kat rumah cuma ada telefon pintar Android, tripod yang dah nak rosak, dan mic besar (yang kecik dah rosak). Record berita pun pakai Zoom dan sumber berita pun semua dari Awani dll. Namun walaupun begitu, saya ingin cuba jugak untuk terus berusaha. 14/19
Oleh itu, inilah antara cara yang anda boleh bantu (sapot betul-betul, jangan sekelip mata je)
- Follow @CentralInfoMY di Twit, IG, dan Tiktok serta subscribe YT di CInfo Malaysia, serta saya juga 15/19
- Share twit, CInfo dan profile saya kepada kawan, ibu bapa (atau viralkan) supaya mereka boleh tahu kewujudan kami.
- Bagi remaja atau belia yang ingin menjadi wartawan muda, dialu-alukan menyertai kami.
- Saya juga mencari mentor (untuk networking dan jadi kawan) dalam- 16/19
bidang ini (tak kisah tua atau muda) soo bagi yang berminat boleh chit chat
- (maybe YB Fahmi or PM Anwar can help & sapot me hehe)
- Untuk sumbangan & sponsor, saya tak kisah, tapi yang sudi boleh contact
Jikalau anda bantu kami, insyallah, ini bakal menjadikan motivasi 17/19
kepada kami untuk terus berusaha dan siaran berita, artikel berita, dan membawa liputan selanjutnya terus kepada anda, rakyat Malaysia (dan mungkin boleh menyakinkan kompetitor kami untuk sapot kami). 18/19
So itu sahajalah untuk kali ini, sekian terima kasih atas bantuan dan sokongan anda terhadap saya dan CInfo. Semoga dimurahkan rezeki, amin.. 19/19 #cinfomy #wartawanmuda #wartawan #youngjournalist #journalist #malaysia
Muhd Zaki,
CInfo Malaysia
11 Mac 2023
(for our English readers, pls translate by yourself because I already tired of typinggg & pic credit goes to Leonardo & 6 News and sorry in advance, if there is something you want to change a bit, DM me)
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
