Shahrizal Denci 🇲🇾 Profile picture
Agriculture Enthusiast. Farming Artist. VP MUDA

Mar 12, 2023, 8 tweets

Kenapa saya tidak pernah romantiskan teknik tanaman fertigasi walaupun saya sendiri buat?

Saya agak sedih bila melihat gambar-gambar menteri kagum di kebun fertigasi.

Percayalah, kita tidak akan capai kedaulatan makanan dengan bergantung teknik ini.

#ThreadTani

Ini kerana kebanyakkan penggiat teknik fertigasi di Malaysia bergantung kepada sabut kelapa sebagai media tanaman. Fakta sedih, kita bukan negara pengeluar kelapa. Maknanya kita akan import lagi sabut kelapa dari Indonesia, India atau Filipina.

Keselamatan negara hanya boleh dicapai bila kita boleh produksi semua supply chain di dalam negara sendiri. Sama ada kita cari sumber media selain sabut kelapa atau kita ikut teknik baru dari kami. Rujuk twit sebelum ini:-

Itulah sebabnya kami kalibrasikan dutch bucket jadi Shah bucket supaya boleh sesuai dengan sumber dan keadaan cuaca tempatan negara kita. Ia bukan kerja mudah untuk lakukan ujian dengan fasiliti yang serba kekurangan tapi ia menunjukkan hasil.

Saya bukanlah agropreneur, saya cuma seorang penggiat industri yang punya passion yang tinggi. Mudah-mudahan semua dapat manfaat dari perkongsian saya. Kita semua sayangkan Malaysia kan. 🇲🇾

Mula lihat inovasi anak tempatan. Perubahan sederhana yang berimpak tinggi. Suatu hari nanti kita akan punya pasar borong yang lebih perkasa dari Talad Thai. Di dalam video ialah CEO Agridata. Kami ambil langkah kecil melebar rangkaian ke negara yang menghargai talenta kami.

Dengan bajet yang agak sederhana dari Timbalan kementerian Ekonomi, BantuAid x Agridata bina sebuah kebun bandar di Tanjung Aru, KK. Berikan juga peluang kepada b40 pekerjaan. Kill two birds with one stone. Dalam gambar ialah seorang lagi pengasas, Najib tengah brief YBTM.

oh btw, Shah bucket tu saya dah pattern kan di MyIPO. Jangan nak memandai tiru. Saya dah pernah kena sekali dengan orang gomen.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling