#AnalisisTaktikalBolaMuntah Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Malaysia 2 - 0 Hong Kong
"Menang Tanpa Bertenang"
#HarimauMalaya
#FAM
#MASvHKG
[BEBENANG]
Kesebelasan & Formasi Harimau Malaya:
- Kembalinya Shahrul Saad bergandingan bersama Dion Cools di posisi Centre Back
- Gandingan Azam, Nooa & Paulo Josue di tengah
- Matt Davies digantikan Quentin Cheng selaku RB
Game Plan KPG
Entah kenapa tetapi jika Azam dan Corbin berada dalam kesebelasan; KPG akan bermain begini:
- Azam jarang berada di Centre sebaliknya bergerak ke Wide Area untuk 'menarik' WF lawan merapat dan itu
- bebaskan Corbin advance di atas untuk 1vs1
Dan Corbin akan dicari dengan Diagonal Ball atau Vertical Searching Pass
- Dion Cools atau Shahrul Saad yang melaksanakannya
- Targeted Long Ball tersebut setidaknya melepasi 1st Line Pressing Hong Kong
Bermain begini membuatkan Nooa jarang mendapat bola jika beliau tidak bersungguh "mencari" & meminta bola tersebut dimainkan kepada beliau.
Seperti contoh dalam klip di bawah.
Sama juga dengan Paulo Josue yang berada lebih di atas daripada Azam & Nooa
Beliau tidak terlibat aktif dengan fasa Building Up
Beliau hanya aktif setelah Diagonal Ball sampai kepada target - 2 FB yang advance dalam Half lawan atau kepada 2 WF
KPG pernah bermain taktikal ini beberapa kali namun kali ini masalah timbul bila;
3 pemain Midfield tidak mampu menterjemahkan idea beliau dengan baik:
- Azam dengan bad & heavy first touch
- Paulo sering hilang bola ketika AO & Transisi
- Nooa bergelut bermain taktikal ini
Juga Quentin yang boleh dikatakan 'tidak mencapai teknikal dan keagresifan setara Matthew Davies' untuk setidaknya "mencantikkan" taktikal KPG ini.
Taktikal KPG ini sendiri ada cacatnya;
2 FB yang terlalu tinggi dalam Half lawan meninggalkan jarak yang besar dengan Pivot
Jika Hong Kong menekan dengan High Pressing agresif dan CB tidak sempat melancarkan Diagonal Ball,
Pivot hilang Passing Option
Satu perkara positif tentang corak permainan Harimau Malaya adalah elemen High Pressing yang dikekalkan
High Pressing inilah yang membawa kepada gol pertama Harimau Malaya
Awal Separuh Masa Kedua KPG menggantikan;
Nooa Laine - Syamer Kutty Abba
Nor Azam Azih - Stuart Wilkin
Tidak pasti jika arahan taktikal juga berubah tetapi Syamer-Stuart lebih "klik" berbanding Nooa-Azam
Syamer lebih inisiatif untuk "mencari" & meminta bola dimainkan kepada beliau
Syamer-Wilkin kerapkali bertukar hantaran - hal yang jarang terjadi kepada Nooa-Azam
Centre Area mula diiisi 2 pemain Pivot ini dan Diagonal atau Vertical Ball mula berkurang
Analisis lengkap boleh disaksikan di sini⤵️
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.