Official Menteri Pasola ™ Profile picture
Menteri Kanan di Kementerian Rakyat Marhaen, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pasir Berdenggung, Wakanda. #FaktaPasola

May 5, 2023, 25 tweets

FAKTA: Kontraktor utama yg dianugerahkn utk mengendali projek Loji Rawatan Air di Kedah dgn jumlah tender & pinjaman sekitar RM931,000,000.00 adalah merupakan kontraktor sama yg bermasalah dlm “skandal” projek Lebuhraya KBKK (alami kelewatan tinggi di Kelantan)

🧵yg wajib dibaca

1. Untuk faham secara menyeluruh berkenaan dgn permasalahan bekalan air bersih (paip) di Kedah, pembaca perlu tahu fakta syarikat yg dianugerahkan utk mengendali projek loji rawatan air (LRA) ini.

Secara dasar, client kpd 5 projek besar ini ialah Syarikat Air Darul Aman (SADA).

2. Syarikat Widad Group Berhad (WGB) melalui anak syarikatnya Widad Builders Sdn Bhd telah dianugerahkan 2 projek besar utk mengendali LRA di Bukit Selambau, Kuala Muda dgn kos sekitar RM129,400,000.00 & LRA Sungai Limau, Baling yg bernilai sekitar RM89,900,000.00.

Surat ‘LoA’👇🏻

3. Syarikat HSS Engineers Berhad (milik penuh HSS Group) juga dianugerahkan 2 projek besar iaitu LRA di Pelubang, Kubang Pasu yg bernilai sekitar RM22,700,000.00 (revised) & LRA di Lubuk Buntar Lama, Bandar Baharu Kedah dengan anggaran kos sekitar RM5,200,000.00.

Surat ‘LoA’👇🏻

4. Manakala satu lagi syarikat gergasi iaitu Bina Darulaman Berhad (BDB) telah dianugerahkan 1 projek besar “Upgrading Pelubang Water Treatment Plant Project” LRA Pelubang, Kubang Pasu dgn kos sekitar RM431,000,000.00.

LRA terakhir ialah Jenun Baru, Pendang (sekitar RM250 juta).

5. Fakta menarik: Lantikan pengarah bebas & pengerusi Board Risk Committee di dlm syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) merupakan lantikan Menteri Besar Sanusi kpd YB Ahli Parlimen Jerantut, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin

Dia merupakan Ketua Penerangan PAS. Pi mai pi mai tang tu.

6. Lagi fakta menarik: Syarikat HSS Group yg mndapat 2 projek besar LRA Pelubang & Lubuk Buntar Lama, memiliki pengurusan syrkt yg bermasalah di mana pd tahun 2020, siasatan bebas dijalankan kpd CEO syarikat tersebut atas dakwaan salah laku dlm pengurusan & kebajikan pekerja HSS.

7. Tetapi apa yg saya nk tumpu di sini ialah permasalahan yg berlaku kpd 2 projek besar LRA kendali syrkt Widad Group tersebut (Bukit Selambau & Sungai Limau)

Berikut merupakn perbahasan YB Datuk Suraya Yaacob, bekas Exco Kerja Raya, Tenaga & Bekalan Air di dlm DUN Negeri Kedah.

8. YB Datuk Suraya Yaacob yg juga wakil rakyat kawasan Sungai Tiang mendedahkan bahawa hanya kurang 10% kemajuan bagi projek LRA Bukit Selambau & hanya 7% kemajuan utk projek LRA Sungai Limau

Which is sepatutnya sudah perlu melangkau 20% kemajuan & 50% secara keseluruhan projek.

9. Baik kenapa ini semua berlaku & siapa dia pengurusan syarikat Widad Group Berhad?

Sebenarnya syarikat “kesayangan PAS” ini merupakan syarikat yg berpangkalan di Kedah dan KL. Pengerusinya ialah Tan Sri Muhammad Ikmal Opat dan Pengarah Urusan Widad ialah Dato’ Dr. Mohd Rizal.

10. Mereka berdua lah yg memainkan peranan besar dlm melobi & mendapatkn tender Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri Kedah sekitar tahun 2020-2022

Pada 2021, Dato’ Dr. Mohd Rizal memaklumkn bahawa Widad Group telah ‘secured’ nilai kontrak keseluruhan berjumlah RM1,740,000,000.00

11. Seperti yg saya maklumkan di awal-awal thread, Widad Group Berhad juga berjaya meraih projek rundingan terus dari Kerajaan Negeri Kelantan bagi pembinaan Pakej 3C Lebuhraya Rakyat Kota Bahru-Kuala Krai (KBKK-Central Spine Road) yg menelan kos sekitar RM244,300,000.00 tersebut

12. Untuk faham mengapa “skandal” projek Lebuhraya Rakyat KBKK ini mengalami kelewatan yg sangat tinggi sehingga menanggung kerugian/hutang sekitar RM60,000,000.00 & ingin memulangkan semula kpd Kerajaan Pusat, anda perlu baca balik “skandal” yg saya dedahkan dua bulan lepas 👇🏻

13. Dan seperti biasa apabila Melayu gemar mengambil keuntungan atas angin, syarikat Widad Group Berhad telah award-kan semua projek besar mereka kepada sub-contractor syarikat PTT Synergy Group Berhad (di mana anak syarikatnya ialah Grand Hoover Berhad) sekitar RM373,800,000.00.

14. Tak henti di situ, syarikat “Widad kesayangan PAS” juga dianugerahkn utk mengambilalih projek mega di Langkawi: The Langkasuka kerjasama syarikat Bin Zayed International (BZI) yg bernilai sekitar RM40 billion & MB Sanusi sendiri jumpa Tun Mahathir utk bincang projek tersebut.

15. Lagi & lagi, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan melalui Menterinya, Zuraida Kamaruddin menganugerahkn projek sisa pepejal secara rundingan terus yg bernilai RM120 juta pada asalnya (ditender) tetapi tiba-tiba naik RM170 juta (direct nego).

Hebat! Duit jajan RM50 juta

16. Juga tidak ketinggalan Kementerian Tenaga & Sumber Asli melalui Menterinya, Datuk Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agong PAS) telah menganugerahkan secara rundingan terus projek pembangunan loji turbin gas (CCGT) di Kapar yg menelan kos besar sekitar RM9.5 billion kerjasama TNB.

17. Tapi sebelum saya akhiri bebenang ini, apa yg lebih menarik yang ingin saya sampaikan sebenarnya ialah anak-anak syarikat milik penuh Widad Group Berhad (WGB) ini juga terpalit dengan beberapa kes salahguna kuasa, penyelewengan & rasuah kepada bekas Menteri.

Shall we start?

18. Yang pertama, Widad Tours & Travel (proxy Widad Business Group) yg berpangkalan di Kedah telah didakwa keatas pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan intensif Perkeso & Program Penjana Kerjaya 2.0 sekitar hampir RM30,000.00. Syarikat ini mengendali pakej & penerbangan Umrah.

19. Yang kedua, pada 15/2/2023 mengikut sumber rasmi Berita Harian & Metro, SPRM telah reman 3 pengarah syarikat yg dipercayai dua daripadanya ialah orang kanan bekas Menteri yg meminta rasuah sebanyak RM15 juta drpd anak syarikat Dataprep Holding Berhad, iaitu Asia Coding Centre

20. CEO Asia Coding Centre ialah Hep Kim Hong, dimana syarikat ini milik penuh Dato’ Dr. Mohd Rizal (Dataprep Holding Berhad) & syarikat ini pula adalah milik penuh (proxy) kpd Widad Group Berhad (Tan Sri Muhammad Ikmal Opat)

Sumber risikan: Data Inteligence Solution (DIBots)

21. Apa yg menarik berkenaan dgn reman SPRM tersebut ialah, Asia Coding Centre diarah utk mengambilalih projek direct nego pembinaan pelabuhan Agensi Maritim APMM yg bernilai RM420,000,000.00 di bwh Kementerian Dalam Negeri ketika itu. Siapa Menteri KDN yg dpt duit suapan itu? 🥰

22. Namun apa yang paling menarik ialah, secara kebetulan juga Widad Business Group (Widad) menjadi penaja utama bagi pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) dimana cadanganya untuk ambil alih 80% saham besar KDA FC atas permintaan Presiden Kedah Football Association (KFA)🤡

23. Siapa Presiden KFA?

Sudah tentu lah Muhammad Sanusi, Menteri Besar Kedah. Sebagai timbalbalas, Widad telah menyumbang utk membayar sebahagian daripada hutang KFA yg berjumlah sekitar RM5,000,000.00 bagi tujuan pengurusan & gaji pemain bola yg pernah tular tak dibayar dulu.

24. Sambungan thread di mukasurat baru..(sikit je lagi)

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling