daisy Profile picture
28. Shah Alam . Semoga Anis Najihah diberikan rezeki yang melimpah. DAYTRIP PULAU REDANG & PERHENTIAN RM100 ONLY https://t.co/8gitnxDxqJ

May 11, 2023, 20 tweets

A thread :

15 tempat menarik di TERENGGANU

Jom jalan- jalan pantai timur . Selain pantai dan pulau yang cantik ada banyak lagi tau tempat best dan cantik . Bookmark siap2 . Plan your trip ahead 🫶 #amazingterengganu

1.TASIK KENYIR 📍

Aktiviti menarik di sekitar Tasik Kenyir melawat santuari gajah, junggle trekking, menerokai gua , memancing, melawat santuari ikan kelah, mandi manda di Air Terjun Lasir dan bersuka ria di Kenyir Water Park. Anda boleh menyewa rumah bot untuk bermalam.

2. AIR TERJUN CHEMERONG

Tempat mandi manda.Air Terjun Chemerong merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia dan di sini jugalah tempat pendaki memulakan pendakian menuju ke Gunung Berembun sambil mandi manda di Sungai Bangang yang sangat jernih membiru seperti di laut

3. PULAU PERHENTIAN

Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, sangat dicadangkan untuk anda kesini.Penginapan seperti resort & chalet juga banyak . Pulau Perhentian disenaraikan sebagai salah satu pantai yang tercantik di Dunia oleh CNN

4. PULAU REDANG

Merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih. Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu karang di sini.

5. PULAU KAPAS

Pulau Kapas merupakan pulau peranginan di Terengganu yang paling dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda ingin santai-santai di kawasan pulau dalam sehari, Pulau Kapas adalah destinasi paling ideal untuk anda lawati

6. TAMAN TAMADUN ISLAM

Pelancong boleh melihat sendiri keunikan replika-replika 21 monumen bangunan terkenal di dunia seperti Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Sakhrah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga bersebelahan dengan satu lagi bangunan ikonik iaitu Masjid Kristal

7.PANTAI BUKIT KELUANG, BESUT

Laluan pejalan kaki yang dibina adalah untuk mendaki ke puncak bukit ini menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang terbuka, di mana Pulau Perhentian pula menyediakan latar belakang yang indah.

8.PANTAI PANDAK, CHENDERING

6km dari Kuala Terengganu.Pantainya yang berteluk dengan sebahagiannya berbatu dengan deretan pohon kelapa memberikan suasana nyaman, sesuai untuk berkelah dan berehat.Terdapat juga beberapa warung makanan menjual air kelapa dan makanan laut segar.

9. PANTAI PENARIK,SETIU

Melalui laluan di tepi pantai ini menyediakan pemandangan laut yang sangat indah. Pelancong dpt beli hasil tangkapan nelayan yg fresh seperti ikan, ketam atau udang yang baru ditangkap . Deretan kedai viral celup tepung dengan view pantai yg indah twitter.com/i/web/status/1…

10. Kota Putra Paragliding & Extreme Park

Kalau suka aktiviti outdoor yang lasak, apa kata ke Besut Terengganu. Lokasi yang sangat cantik dikelilingi laut, pantai, hutan, bukit & . Banyak aktiviti best seperti paragliding, hiking, rock climbing, berkanu.

11. Air Terjun Lata Belatan
Destinasi air terjun ini memang sangat best sekiranya anda bercuti bersama anak-anak kerana kawasannya tidak dalam, tidak terlalu berbatu, sungainya lapang, tidak deras, pasirnya halus & yang paling best, airnya sangat-sangat jernih.

12. BUKIT KLUANG

Dari hilltop, pengunjung boleh melihat keindahan laut membiru & pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Perhentian. Pemandangan yang paling best sebenarnya adalah pada waktu pagi ketika matahari baru nak muncul & sinaran jigga merah

13. AIR TERJUN SEKAYU

Terletak di Kuala Berang. Air terjun
bertingkat yang jernih di kelilingi Hutan
Lipur Sekayu ini memang sesuai untuk
pelancong berkelah, buat kem motivasi, berkhemah atau menginap di
chalet .Terdapat juga taman tema air mini dan water slide

14. PASAR PAYANG

Semua produk negeri Terengganu boleh didapati di sini baik makanan seperti keropok keping, keropok sira, keropok lekor, ikan masin, serunding ataupun produk kraftangan seperti batik, songket sutera, hasil tenunan, produk tembaga dan sebagainya.

15. JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

Siang cantik malam pun cantik . Biasanya malam ramai orang berkelah area dataran berlatar belakangkan jambatan . Kalau anda nak merasa naik bot dan pusing kawasan-kawasan tarikan sekitar bandar Kuala Terengganu.

16. ZOO KEMAMAN

Kalau anda bercuti ke Kemaman atau
Dungun, salah satu destinasi taman
haiwan yang boleh dilawati adalah di sini yang menempatkan pelbagai haiwan yang dibawa dari dalam negara /luar negara seperti gajah, harimau, singa, kucing hutan
buaya, tapir dan reptilia

Banyak kan tempat menarik dan cantik di terengganu . Walaupun anis sendiri lahir di terengganu , kampung halaman pun kat sini tapi still banyak tempat belum explore. Btw anis ada buat servis pakej daytrip ke pulau redang dan perhentian kalau korang berminat boleh tengok sini

More info daytrip pulau redang dan perhentian boleh baca thread di bawah . RM100 je pakej all in

Nak book boleh terus whatsapp
Wa.me/60164469048

Korang ni thread kedai makan best di TERENGGANU

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling