Ahmad Faezal Profile picture
Penulis geopolitik segmen 'Kenapa Penting Kita Kena Tahu...' dan 'Apa Akan Jadi Kalau...'

May 24, 2023, 26 tweets

Kenapa Matawang Amerika Sedang Kuat Gila Sekarang?

Jujur cakap, bengang juga dengan Amerika ni. Segala hukum ekonomi tak terpakai kat mereka. Selamba USD tengah sembelih matawang lain sekarang — padahal seminggu jer lagi mereka nak default.

Thread ni akan jelaskan apa dok jadi. twitter.com/i/web/status/1…

Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak permudahkan isu-isu rumit agar semua faham.

Kalau suka bab gini, jemput follow saya. Ada banyak kisah menanti!

Mula kena cerita dulu pasal ‘default’. Mungkin ada yang tak faham.

Korang baca dengan tenang. Senang jer.

Joe Biden ni korang dah kenal siapa. Kuasa dia tak melebihi kuasa U.S. Congress, yang serupa Parlimen Malaysia senang kata.

Parlimen ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. US Congress ni terbahagi pada House of Representatives dan the Senate.

Setiap dua tahun, US Congress dirombak. Tahun 2020, Democratic sapu bersih. Menang White House. Majoriti kat House dan Senate. Tahun 2022, Democratic kalah tipis kat House dan dapat majoriti mudah kat Senate. Sini mula masalah.

Sebab apa-apa hal, kena dapat sokongan Republicans.

Saya pula nak minta sokongan korang semua ramaikan reruai The Patriots sepanjang #PBAKL2023... bermula 26 Mei ni!

Mereka bawa 20,000+ buah buku nak jual kat sana dengan tawaran sangat menarik.

Mana yang tak dapat turun tu, Shopee mereka masih ada: shope.ee/4AUqcOWdAu

Ni sekarang Biden perlu sokongan US Congress nak naikkan had hutang. 219 wakil House kena setuju. Tapi naik ke Senate, jadi masalah.

Sebab 60 Senators kena setuju (Democratic pegang 50 jer). Maksudnya, apa-apa hal wajib bekerjasama dengan Republicans. Wajib.

Republicans demand macam-macam lah. Tapi sesama mereka pula berpecah-belah. Nak pilih Speaker of the House tu, 15 kali mereka buat undi. Last kali baru Kevin McCarthy menang. Kat Senate ni takde drama. Sebab Democratic dapat majoriti.

Mereka taknak berkompromi. Agak ramai yang pro-Trump. Taknak kerjasama. McCarthy minta kurangkan perbelanjaan. Biden setuju.

Tapi McCarthy juga minta kaji balik sistem cukai. Ni Biden tak setuju. Sebab dia nak kenakan cukai kat orang kaya (Republicans nekad takkan setuju ni).

Beberapa wakil Republicans boleh pintas McCarthy dan sokong Biden. Bila naik ke Senate yang masalah. 50 Senator Democratic sedia setuju.

Tapi 43 Senator Republicans dah umum “takkan sokong” selagi tak yakin pasal perbelanjaan. Kira Biden ada 7 Senator Republicans jer.

Boleh kata ni plan Trump. Kat town hall hari tu, Trump kata, “kalau (Democratic) tak potong bajet, biar jer default.” Trump percaya Democratic akan setuju potong bajet punya.

Mereka kena capai persetujuan sebelum 1 Jun. Kalau gagal, ni yang menakutkan.

Amerika secara rasmi tak dapat bayar segala kewajipan (default). Gaji penjawat awam. Duit Social Security. Banyak lagi.

Treasury (Jabatan Kewangan) kena tarik duit daripada tabung kecemasan. Mereka boleh tampung sampai Julai atau September jer.

Nak bayang impak ni?

Boleh ada krisis lagi teruk dari Pandemic tau. Lagi teruk dari 2008 silap-silap. Pemerhati ekonomi guna perkataan “cataclysmic” (ala-ala kiamat).

Amerika melutut. China akan rebah. Ekonomi dunia runtuh.

Jadi nasib dunia dalam tangan 435 wakil House dan 100 Senators kat Senate.

Serta Presiden Amerika Syarikat. Sini korang nampak betapa kuatnya Amerika ni? 536 orang jerut dunia.

They have to do the right thing. Dan sementara geng tua bangka ni semua gaduh, pelabur sedunia mengeluh, “eh, seriau tengok”. Dalam bahasa ekonomi, keluhan ni ‘uncertainties’.

Kita sedang cakap pasal ‘cataclysmic’ kan?

Ini yang saya sakit hati dengan Amerika. Kalau ni negara lain menghampiri default, awal-awal dah bungkus. Matawang hancur.

Tapi Amerika? USD tengah kuat. Mereka ni main game ekonomi guna hukum berbeza. Kenapa USD boleh kuat ya?

Korang kena tahu USD ni ‘matawang rizab utama dunia’. 40% hutang dunia diisytihar dalam USD. Bank-bank Amerika tak pegang juga berurusan dalam USD.

Bank-bank ni ada liabiliti (tanggungjawab kena tunai) yang bernilai $27 trilion. $18 trilion dari jumlah tu diisytihar dalam USD.

Malah Jerman, France dan UK pegang lagi banyak liabiliti dalam USD berbanding Euro/GBP. Banyak lagilah. Senang bayangkan, dunia adalah USD.

Kalau 536 ahli politik ni semua tak sempat nak buat deal, interest rate akan naik dulu. Pemiutang akan demand interest lagi tinggi—

—untuk tanggung risiko pegang harta US. Bond sebenarnya, tapi anggap jer lah harta. Mudah semua nak faham. Tak stress baca.

Negara-negara yang pinjam dari US kena bayar lagi tinggi lah sebab interest naik. Ini akan jadi tamparan hebat.

Sebab kita tak tahu tinggi mana akan naik.

Pasaran saham kemudian akan ranap. Investor akan panik jual saham. Sebulan ni pun Dow Jones dah turun. NYSE stagnant.

Tu tandanya, investors dah mula jauhi saham. Mereka tengah simpan duit mereka beli T-Bill. Rilek. Saya akan terangkan.

T-Bill ni bond USD. Investors beli.

Sebab tu USD makin kuat, sampai emas pun melutut. Dalam berpuluh tahun, tak pernah investors beli T-Bill sebegini banyak.

US jual T-Bill ni guna kiraan antara AS$1,000 ke AS$5 juta. Kena peram kadang 4 minggu. Kadang setahun.

Short-term. Bebas cukai. Tiada dividend.

Habis kat mana untung?

Macam ni. Korang nak beli T-Bill? Minimum kan $1,000. Okay. Korang bayar $950 jer. Peram katakanlah 4 minggu. Sampai masa, jual.

Masa jual, dapat $1,000 cash. Untung bersih $50. Sebab tadi bayar $950 untuk “T-Bill $1000”.

Baik tak payah? $50 jer. Kejap!

Korang ada cash $5 juta? Haa. Ni yang gila. Beli “T-Bill $5 Juta”. Bayarnya berapa? $4.75 juta.

Peramlah setahun sekalipun. Sampai tempoh matang, korang jual balik. Buta-buta dapat untung $250,000.

Ada cash $15 juta? Do your math. Buta-buta buat duit. Easy money!

Ramai tengah beli T-Bill sekarang. Sebab ada tempoh peram. Mereka yakin isu had hutang ni akan settle sebelum tempoh peram tu.

Jadi 1 Jun tiada deal, korang expect USD akan mengaum lagi dahsyat. Sebab semua akan parking duit beli T-Bill.

Sekarang pun dah lumba beli T-Bill.

Ini pun akan bagi ekonomi dunia sakit... on top of interest rate naik tu. Sebab tu ada geng macam BRICS bengang dengan USD.

Tapi takdak mende mereka boleh buat sekarang. USD ni dah jadi macam darah daging ekonomi dunia. Sebab ia telus, cair dan pantas.

Buatlah apa pun. Investors tetap akan pilih USD. EU sendiri tak dapat nak challenge benda ni. Kita tengok jer lah apa 536 ahli politik ni akan buat.

Harap-harap mereka cepat settle masalah dangkal ni. Makin hari, makin teruk USD sembelih matawang asing.

Korang ada apa-apa isu yang nak saya ulas? PM saya terus. Saya buat percuma jer. Kalau ada nak support penulisan percuma saya, jemput dapatkan naskhah autograf PUTIN: TSAR MODEN RUSIA.

Tak mahal kat kedai Shopee saya: shope.ee/5fIXSr85TM

Jemput subscribe Telegram Channel saya. Kat sini ada semua thread saya dah tulis. Mudah korang nak baca, dan ya, ada exclusive content yang tak naik kat sini.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…

Kalau ada yang tak faham, boleh bertanya. Tiada masalah. twitter.com/i/web/status/1…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling