Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Potensi Gen Z
Ramai cakap Gen Z ni lemah. Tak pandai fokus. Suruh buat kerja tak reti. Membaca pun tak boleh tumpu.
Semua ni stigma. Dalam thread ni, saya akan buktikan sebaliknya.
Sebab Gen Z ni dalam perjalanan nak capai potensi mereka. twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread merungkaikan apa yang rumit supaya semua lapisan masyarakat boleh faham.
Kalau minat bacaan gini, jemput follow saya. Saya berusaha nak pastikan bacaan korang bermanfaat.
Pertama sekali, siapa Gen Z ni?
Gen Z ni adalah kelompok yang lahir antara 1997 hingga 2012. Give or take setahun dua.
Jadi in general, sesiapa yang berumur 11 hingga 26 tahun sekarang adalah Gen Z.
Ada satu benda yang membezakan Gen Z dengan generasi terdahulu.
Mereka membesar dengan Internet (Turner, 2015). Digelar “digital natives”. Sebab populariti TikTok, Gen Z dipukul rata tak boleh hidup tanpa screen.
Katanya mereka ni tak tajam bila membaca. Tak mampu fokus. Sebab dah overload dengan video content.
Tapi cuba tengok gambar.
Saya akan jelaskan benda ni sekejap lagi. Sebab sekarang nak fokus dulu pasal “digital natives”.
Tadi kita dah tahu jarak umur. Ramai kalangan Gen Z dah bekerja.
Microsoft dapati 66% Gen Z suka berniaga (Shah, 2022). Ada yang buat duit tepi. Ada yang jadi peniaga kecil.
3 Jun ni saya akan turun ke #PBAKL2023. Korang yang kat Kuala Lumpur tu jemputlah ke reruai The Patriots. Tak sabar juga nak jumpa korang kat sana.
PBAKL2023 dah masuk Hari Keempat. Mana yang tak dapat turun tu, boleh ke Shopee: shope.ee/4AUqcOWdAu
Bagi Microsoft, Gen Z ni terlalu banyak maklumat sebab mereka “digital natives”.
Mereka serba tahu. Google jer segala-galanya. Cara nak daftar perniagaan. Cara nak daftar cukai. You name it. Jadi dah ada dorongan “entrepreneurship vs corporate job”.
Dah berniaga ni, faham lah.
Kalau dah start sesuatu, usaha sampai berjaya. Ada masalah, selesaikan. Problem solvers. Ini bukan palatao. Microsoft sendiri kongsikan.
Kita buat benda ni sebagai buah penghujah.
Betul ka Gen Z macam tu?
Jom mula dengan Sharmadeen Reid. Dia buat The Stack World.
Ni kira content publication kewangan, tapi gabungkan roh Cosmopolitan dan The Financial Times. Dan dia aim pula kat perempuan.
Tahun 2019, dia jana AS$5.5 juta untuk kukuhkan empayar ilmu yang dia bina.
Selain dia, ni Hogoe Kpessou. Juga Gen Z dan pernah buat Uber Eats.
Kpessou berhenti kerja kat sebuah restoran sebab dia nak fokus buat brand handbag sendiri.
Dan dia cecah AS$1 juta sebab ada marketing plan yang betul-betul menjadi.
Nak faham marketing plan tu, kena tengok rahsia nak berjaya kat TikTok. Yup. Niche down. Tu rahsianya.
Jangan kejar semua orang semata-mata nak naikkan followers.
Niche down dan target audience sebetulnya.
Tu Reid dan Kpessou buat kat bisnes mereka. Niche down dan ada target demographics. Bersaing dengan jutaan peniaga. Dan sekarang dah berjaya gila.
Niching down ni bukan mereka jer buat. Nadya Okamoto berusia 16 tahun (Gen Z) masa dia launch brand tuala wanita.
Brand dia tu bebas plastik, mudah reput dan tak bocor.
Okamoto membuktikan pad dia buat boleh terurai dalam masa 12 bulan — pad biasa ambil masa 800 tahun!
Lancar Januari 2020. Dia guna TikTok, post video punya banyak setiap hari, untuk jual, jual dan jual.
Sekarang dah cecah AS$1 juta. Business model senang jer: dengar apa (bakal) pelanggan minta. Then usaha sampai buang “bakal” tu.
Convert ramai viewers (Bhattacharya, 2022).
Tapi itulah, semua ni kita tahu sebab media terbitkan. Kerana bisnes dah cecah jutaan dolar.
Media publish kisah yang “super-success”. Jadi “success” semata-mata tu tak disiarkan sangat.
Macam korang misalnya. Kalau ada bisnes AS$100K sekalipun, korang anggap bisnes tu gagal?
Of course tak.
Boleh bayang. Ada ramai Gen Z dah berjaya, tapi tak sensasi lagi.
Menariknya, di sebalik semua kejayaan ni, masih ramai guna stigma semata-mata kerana Gen Z ni “digital natives”.
Betul, Gen Z ni agak sukar nak capai.
Sains dapati Gen Z suka tukar-tukar screen:
TV. Telefon. Tablet. Laptop. PC. Kelima-lima screen mereka sebat (Patel, 2017).
Jadi run ads target telefon pintar dan PC, alih-alih mereka tengok TV. Run ads kat TV, sekali tengok orang tua jer dicapainya.
Tip pada peniaga: jangan guna teknik marketing Millennial pada Gen Z.
Generasi tak sama. Gen Z ada pemikiran yang unik.
Kajian Vanderbilt berkata Gen Z ni kuat bekerja. (Underwood & Wolf, 2016).
Kajian lain pula kata, mereka kuat berbelanja. Sebab duit boleh cari. Tapi mereka nak bekerja kat tempat yang sesuai.
Ewing (2020) cakap kalau nak tarik Gen Z jadi pekerja, kena cipta work culture yang sesuai dengan mereka. Gen Z ni hidup dengan teknologi. Mereka laju.
Jadi company yang slow pasti susah kekalkan pekerja Gen Z. Sini korang dah faham, Gen Z ni bukan tumpul. Mereka ni cekap.
Sekarang sesuai nak bincang pasal stigma:
“otak Gen Z tak mampu nak membaca. Sebab dah biasa dengan video. Daya pemahaman mereka lemah.”
You’re wrong.
Saya bagi dua jenis hujah —
1) Pengalaman: Gen Z paling cepat tangkap bila baca thread. Punya mudah mereka baca dan FAHAM.
Belum pernah Gen Z melalut bila reply. Belum.
Gen Millennial (lahir tahun 1981-1996) tak kurang. Ramai elok. Tapi malangnya, bani baca tajuk saya hadap ramai dari Millennial lah.
Triggered selepas baca tajuk sahaja.
Saya pernah jer diugut sebab tulis artikel:
“Betulkah Queen Elizabeth Keturunan Rasulullah?”
Padahal artikel tu menafi tau. Jadi tak pandai baca apanya? Fakta mendapati Gen Z kuat membaca.
(Baron, 2023) membentangkan data daripada tinjauan Gen Z dibuat Wattpad. 55% jawab mereka baca seminggu sekali at least.
40% jawab mereka baca setiap hari. Benda ni Forbes bersetuju. Cuba baca Salkowitz (2022).
“They’re reading on their phones.”
Bila COVID-19 melanda, ramai Gen Z membaca. Jumlah pembaca bertambah. Cuma majoriti baca kat telefon pintar. Tak kisah genre apa. Semua mereka sebat.
Saya buktikan Gen Z ni bagus dan mandiri. Mereka akan cari jalan.
Jadi lebih baik jangan stigmakan mereka. Belajar antara satu sama lain. Ni tengok berapa ramai demografi Gen Z dalam Malaysia.
Ramai tu. Ni lah bakal penentu nasib negara.
Satu jer saya belajar pasal para manusia ni. Kalau kita pergi ke longkang, kita dapat kotor dan berbau busuk. Kalau pergi ke air terjun, in shaa Allah indah dan cantik.
Longkang takkan setaraf air terjun. Ingat tu.
Alang-alang tu, saya nak bagitau saya buka request:
Mungkin korang nak saya ulas apa-apa. Saya buat percuma jer.
Kalau nak support penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA kat Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM
RUJUKAN:
Baron, M. (2023, Mei 3). What are the actual reading trends for Gen Z? Book Riot.
Bhattacharya, S. (2022, Jun 30). 2 Gen Z entrepreneurs launched a sustainable-period-care startup that's booked $1 million in revenue. Here's how their strategy of posting 100 times a day… twitter.com/i/web/status/1…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.