Ahmad Faezal Profile picture
Penulis geopolitik segmen 'Kenapa Penting Kita Kena Tahu...' dan 'Apa Akan Jadi Kalau...'

May 29, 2023, 27 tweets

Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kejatuhan Leicester City

Ahad lalu, ada tragedi besar menimpa jutaan orang.

Leicester City FC tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris. Ini bukan ulasan sukan.

Saya nak tulis satu sisi perniagaan yang saya yakin semua boleh buat iktibar. twitter.com/i/web/status/1…

Nama saya Ahmad Faezal, penulis sejarah ekonomi (dan isu geopolitik). Sehari saya buat 1-2 thread merungkaikan benda-benda rumit supaya orang marhaen boleh faham dengan mudah.

Ilmu milik semua. Maka kalau korang minat bacaan gini, jemput follow saya.

Balik ke Leicester City.

Konsep EPL — bagi yang tak tahu — senang. Ada 20 kelab.

Kelab kat tangga ke-18, 19 dan 20 tersingkir ke liga bawahan (EFL Championship). Sama kat situ juga. Tiga tercorot kat EFL Championship turun bawah lagi (EFL League One).

Tiga kelab best performers liga bawahan akan naik.

EMPAT HARI lagi nak jumpa korang semua. Buat yang tak tahu, 3 Jun ni saya turun kat #PBAKL2023. Korang yang ada kelapangan masa tu, jemputlah ke reruai The Patriots. Boleh jumpa.

Yang tak dapat turun boleh beli buku kat Shopee: shope.ee/4AUqcOWdAu

Ada satu benda yang sangat special pasal Leicester. Mereka pernah menjuarai EPL. 38 perlawanan berakhir dengan mereka di kedudukan No. 1.

Benda ni tak terjangkau dek akal. Punyalah tak terjangkau sampai syarikat-syarikat judi rugi £25 juta. Ada seorang bet £20 pada awal musim.

Dia dapat £100,000+. Punya tak terjangkau sampai bekas penyerang Leicester (Gary Lineker) berjanji, “kalau Leicester menang liga, aku akan host show aku pakai seluar dalam” (dia tunaikan janji tu).

Point One: Kita boleh berjaya. Tak kisah betapa kerdilnya kita.

Apa yang special mereka menang liga? Setiap liga mesti ada pemenang, kan? Ya. Tapi kena tahu. Mereka menang liga musim 2015-16. Dua musim sebelumnya, mereka ada kat liga bawahan.

Jadi dalam dua tahun, mereka ubah nasib gila-gila.

Itu yang special. Tiada kelab berjaya buat ni.

Siapa arkitek di sebalik kejayaan Leicester?

Claudio Ranieri (pengurus) dan Jamie Vardy (penyerang).

Ranieri buat taktik sangat menjadi. Vardy jadi penyerang digeruni lawan.

Nak kata tiada cabaran? Ini EPL. Cabaran sentiasa ada. Senang kata, mereka main bagus.

Tapi musim seterusnya, masalah bermula. Leicester kalah 18 kali. End up kat tempat ke-12.

Ranieri dipecat. Figura yang bawa mereka ke puncak liga DIPECAT.

Siap ada fan cakap, “aku mula ragu-ragu sebab dia terlalu menjaga hati player yang tak perform.” (Whiting & Morgan, 2017).

Teruk jadinya. Pemain mula memberontak (Taylor, 2017). Malah ada yang bagi ulasan kononnya cita-cita Leicester dah terlalu tinggi sebab pernah menang liga.

So Point Two: “You either die a hero, or live long enough to see yourself become the villain.”

Tu lah realiti.

Tapi apa jadi bila Ranieri keluar?

Ni performance Leicester:

2016-2017 — 12th
2017-2018 — 9th
2018-2019 — 9th
2019-2020 — 5th
2020 -2021 — 5th
2021-2022 — 8th
2022-2023 — 18th (singkir).

Korang kena tahu: ada yang cakap Leicester akan menang liga tanpa Ranieri (Boakye, 2022).

Persoalan utama: kenapa tak menang dah? Kenapa tak masuk Top Four langsung dah?

Nak kata manager tak bagus, tak boleh. Leicester dapat Brendan Rodgers kot. Mamat ni hampir-hampir anugerahkan EPL pertama kat Liverpool musim 2013-2014.

Dia pergi Celtic dapat treble 3 musim.

Maka apa masalah? Tiada pemain bagus?

Vardy masih main untuk Leicester. Belakang dia ada James Maddison, Harvey Barnes dan Youri Tielemans. Jual tiga ni, Leicester boleh dapat £150 juta.

Senang kata: Leicester tak patut disingkir. Jadi where did it go wrong?

Okay. Saya nak mula pasal pemilik Leicester: Vichai Srivaddhanaprabha. Dia ni billionaire Thailand. First match dia tengok kat England adalah Leicester vs Middlesbrough tahun 1997: League Cup Final.

Leicester menang. Dari mata turun kat hati.

Ogos 2010, dia beli kelab tu.

Oktober 2018, Vichai meninggal dunia. Helikopter terhempas. Leicester turun ke anaknya iaitu Aiyawatt.

Ada satu benda ketara sejak Leicester menang liga. Ramai players keluar. N’Golo Kante, Harry Maguire dan Wesley Fofana. Tiga ni jer dah £187 juta.

Mereka keluar tahun berbeza.

Tapi keadaan Leicester masih tak ubah. Setiap musim mesti isytihar rugi. Asyik-asyik rugi. Musim 2021-2022 jer mereka dipercayai rugi £119.5 juta. Tu kalau tak jual Fofana, confirm rugi £194.5 juta.

Musim sebelumnya pun rugi. Puncanya mendalam. COVID-19 salah satu jer.

Jadi in the long run, Leicester ada masalah 1) skuad makin berusia dan 2) tak boleh sign pemain baru.

Owner tak bantu bagi dana ka? Bantu. Kena faham Aiyawatt run bisnes dia guna satu “ibu syarikat” – King Power International (KPI).

Leicester City FC sebagai bisnes ada bawah KPI ni. Tahun 2013 macam tu, Leicester ada hutang banyak. KPI bayarkan. Total up, KPI dah salurkan £194 juta. Dan Aiyawatt Februari lalu dah bagitau, “tak perlu bayar balik dah.” (Palma, 2023).

Jadi apa punca Leicester asyik rugi?

Point Three: tiada branding yang setaraf dengan champions lain.

Walaupun dah menang liga, Leicester baru bertatih. Tak boleh lawan Man Utd, Man City dan Liverpool kat luar padang.

Mereka ada buat usaha nak tarik pemain masuk. Mereka labur banyak upgrade training ground.

Long-term plan, buat hotel dan luaskan stadium (30,000+ orang jer boleh masuk).

Jadi apa korang boleh takeaway dari sini? Korang peniaga? Alright. Mungkin ada satu produk korang yang viral teruk.

Tapi apa game plan lepas tu? Tengok Leicester. Viral teruk (jadi champion).

Long-term plan mereka agak slow. Kelab tak mampu buat duit dengan betul. Branding tak tajam.

Dah tu pula kat padang, katanya main tak berapa yakin. Kalau pihak lawan tukar taktik jer, Leicester tak mampu buat apa dah (Whitebloom, 2023).

Point Four: Fail to Adapt. Adapt to Fail.

Leicester berazam nak mai balik. Tapi tak mudah. Kalau kat EPL pun mereka asyik catat kerugian.

Turun ke EFL Championship? Lagi teruk kang jadinya. Ni belum kira kalau pemain-pemain utama angkat kaki keluar. Memang expected ramai akan keluar... harga mereka pun turun nanti.

Maka mengambil iktibar daripada kisah Leicester, ada beberapa benda kita boleh guna dalam hidup kita:

1. Usaha kena betul, strategik dan serius.
2. Jangan fokus pada produk sampai abaikan branding.
3. Nampak ada masalah, rawat cepat-cepat. Adapt!

Leicester tak berjaya.

Umpama macam ni lah.

Kita dapat kerja gaji RM5K. Setiap bulan, kita spend RM6K. Korek tabung nak cukupkan defisit -RM1K tu.

Selagi kita bekerja kat situ, mungkin mampu tampung. Tapi saat hilang kerja/turun pangkat?

Tu lah kiasan EPL ➡️ EFL.

Jangan terlalu selesa. Kang jatuh.

Kalau korang nak saya ulas apa-apa, PM jer. Saya buat dengan percuma tengok pada kesesuaian. Trending issues diutamakan.

Korang dijemput support penulisan percuma saya dengan cara beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Saya jual kat Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM

Juga jemput masuk kat Telegram Channel saya. Sana dah ada 15K subscribers so far.

Langganan (percuma) korang sangatlah dialu-alukan.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…

RUJUKAN:

Boakye, K. (2022, Januari 26). Peter Schmeichel has downplayed Claudio Ranieri role in Leicester City glory. LeicestershireLive.

Palma, M. (2023, Februari 1). Leicester City chairman writes off £194m in debt-to-equity swap. SportBusiness.

Taylor, D. (2017, Februari… twitter.com/i/web/status/1…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling