Kemenangan Recep Tayyib Erdogan di Pilihan Raya Presiden Türkiye menandakan AK Party yang membawa perjuangan ideologi Islam masih teguh di Türkiye.
Tepat 569 tahun lalu, sinar Islam mula bertapak di bumi Konstantinopel yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Datanglah beramai-ramai ke #PBAKL2023. Buku-buku The Patriots yang habis stok hari tu dah menjelma kembali!
Jadi jom semua serbu reruai kami! Mana yang tak dapat hadir, jangan risau... Shopee ada: bit.ly/bukupatriots
Mari kita selami sejarah bagaimana Konstantinopel akhirnya jatuh ke tangan umat Islam Turki Uthmaniyah.
Konstantinopel, ibu kota Kerajaan Byzantine pernah cuba dibuka Islam sejak zaman Umayyah di bawah pimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Namun cubaannya gagal.
800 tahun sebelum kelahiran Al-Fateh, Rasulullah pernah bersabda ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
“… Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Sultan Muhammad Al-Fateh sempat tawarkan kesepakatan untuk Constantine IX. Dia dan pasukannya diminta menyerah dan dipersilakan untuk meninggalkan kota. Namun Constatine IX menolak dan memilih terus berperang.
Banyak kali cubaan masih tak mendatangkan hasil. Sehinggalah 6 April 1953, 80 ribu tentera Uthmaniyyah dipimpin Sultan Muhammad Al-Fateh mencuba sekali lagi menawan Konstantinopel.
Kota Konstantinopel yang tingginya 12m dari aras laut menyukarkan perjalanan tentera.
Malah rantai raksasa membentangi Selat Tanduk Emas menjadi penghalang angkatan laut Uthmaniyyah.
Api Yunani yang mampu terbakar atas air menjadi senjata rahsia Byzantine.
Uthmaniyyah memiliki Meriam Basilica dibina Urban yang mampu meledak peluru sejauh 1.6km.
Tentera Uthmaniyyah melayarkan ratusan kapal mereka di daratan untuk merentas Selat Tanduk Emas.
Mereka juga turut menggali terowong bertujuan merobohkan tembok kota tersebut. Namun mereka tewas kepada Byzantine dalam pertempuran bawah tanah lalu mengundurkan diri.
Konstantinopel diserang dari 2 arah sehinggakan pintu gerbang Kerkoporta tidak dikunci. Tentera Uthmaniyyah menyerbu masuk, memanjat temboknya dan memacakkan bendera Uthmaniyah di puncak.
Konstantinopel akhirnya berhasil ditembus dan jatuhlah kota tersebut pada 29 Mei 1453.
Konstantinopel diubah nama kepada Istanbul. Istanbul dibangunkan dengan sentuhan Islam dan gabungan seni bina Barat dan Timur.
Selepas menakluk Konstantinopel, Turki Uthmaniyyah menjadi empayar yang kuat dari segi ketenteraan, politik dan ekonomi sehingga akhir abad ke-17.
RUJUKAN
Halil Inalcik, (1997), An Economic and Social History of the Ottoman Empire, Volume 1, Cambridge University Press.
Johannes Fried, (2015), The Middle Ages, Harvard University Press.
Timothy E. Gregory, (2010), A History of Byzantium, Wiley-Blackwell Publications
Berakhirnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah memberi impak besar kepada umat Islam seluruh dunia. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Cepat borong di #PBAKL2023 di PWTC atau di Shopee kami: bit.ly/ktislam
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.