Ahmad Faezal Profile picture
Penulis geopolitik segmen 'Kenapa Penting Kita Kena Tahu...' dan 'Apa Akan Jadi Kalau...'

May 30, 2023, 30 tweets

Kenapa China Taknak Yuan Tumbangkan Dollar

Sepanjang tahun kita dengar pasal ‘de-dollarization’ bagai, alih tengok USD bantai semua matawang macam pembuli.

Persoalannya, asal China taknak buat matawang Yuan jadi ‘USD Baru’ jer?

Mesti banyak negara akan join punya kan? twitter.com/i/web/status/1…

Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Isu USD-Yuan ni, memang dua topik ni kena betul.

Kalau korang suka perbincangan gini, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread. Ada banyak kisah menanti.

Nak faham, saya mula bercerita pasal China dulu.

Ekonomi China sekarang ada masalah sangat besar.

Betul, statistik menunjukkan China sedang membangun dengan pesat.

Realiti kat lapangan juga mengesahkannya.

Tapi semua ni sampai sekitar 2010-an jer. Sekitar 2018 macam tu, ekonomi China sedang overheat.

Countdown TIGA HARI saja lagi, sahabat semua.

Kalau korang berkelapangan, jemput turun ke #PBAKL2023 3 Jun ni. Tak sabar nak jumpa korang semua. Saya akan ada kat reruai The Patriots pada hari tu.

Mana yang tak dapat hadir tu, Shopee ada untuk korang: shope.ee/4AUqcOWdAu

‘Kadar pengangguran’ China ada lah dalam 5.3% macam tu. Sini kita nampak macam sikit.

Tapi seram kalau tengok ‘kadar pengangguran anak muda’. 20.4% (Nulimaimaiti, 2023)!

Bermakna ramai anak muda China tiada pekerjaan. Mereka ni graduan universiti yang nak bekerja dalam bidang.

Tapi China tak dapat nak cipta peluang pekerjaan bergaji tinggi yang setimpal dengan kemahiran mereka (Xie, 2023).

Jadi banding terima jer kerja apa yang ada, mereka tunggu. Tunggu untuk dapat “the job”, bukan sekadar “a job”.

Cara ni mengundang masalah. Sebab setiap tahun—

—10+ juta graduan baru masuk dalam pasaran pekerja. Jadi setiap tahun, persaingan makin kental.

Semua ni berlaku pada ketika ‘hutang wilayah’ China bertambah teruk. Kuasa pengguna pun ada masalah. Mereka cetak wang dan salurkan pada rakyat.

Tapi rakyat taknak berbelanja.

Saya bagi kesimpulan mudah pasal ekonomi China.

Mereka dah menghampiri kemuncak. Dulu China boleh cabar sebab US buat globalisasi.

Industri global semua turun masuk labur kat China. Gaji rendah kan?

Tapi generasi baru China sekarang nak benda sama generasi Amerika nak.

Semua ni main peranan pasal kemampuan Yuan nak tandingi dolar.

Pada hemat saya, China taknak Yuan tandingi dolar. China palukan gendang sekuat mungkin untuk tajamkan ekonominya.

Mereka nak kedudukan geopolitik yang boleh buat mereka disegani. Kita luaskan dulu apa China buat:

Uruskan perdagangan guna matawang sendiri. China nak jual beli tanpa pakai USD sebagai ‘matawang tengah’.

China utamakan matawang pengimport masa nak beli minyak dan gas asli. China jual pula guna Yuan.

Harap maklum, ni tak kacau petrodollar. Sebab macam saya pernah cerita:

‘Oil sales bukan petrodollar. Oil pricing baru petrodollar’.

Saya jual buku RM28. Korang beli bayarlah US$6.08 sekalipun. Ni book sales. Harganya tetap RM28. Ni book pricing.

Faham dah kan petrodollar?

Usaha China masih jauh daripada usaha sebenar nak jatuhkan USD.

Pertama sekali, Yuan ni matawang keras. USD pula matawang cair.

Korang boleh masuk keluar duit kat Amerika. Habis kuat bayar fees. Transaksi akan dibuat punya.

Tapi kat China, lain. Kerajaan buat capital controls. Kawal berapa banyak duit asing boleh masuk dan keluar.

Bagi China, capital controls ni mengukuhkan status sebagai negara merdeka.

Nak kacau USD, capital controls kena kurang atau stop terus. Tu baru satu hal, kedua pula: China tak mampu nak buat defisit macam US.

Ni apa benda?

Apabila duit keluar lagi banyak dari duit masuk—

—ni kira defisit pada akaun semasa.

Nak kekal dominasi USD, Amerika kena buat defisit macam ni. Sebab global demand USD lagi banyak daripada perdagangan Amerika.

China taknak run deficit macam tu.

Masalah ekonomi pula semakin membarah di China. Ni maksudnya?

Yuan tak boleh menandingi USD. Tapi Yuan boleh kacau pasaran USD.

Cuma sekarang ni pun USD tengah mengukuh. Punca mengukuh tu pun bukan sebab cetak duit nak stimulate ekonomi.

Sebaliknya, orang Amerika makin banyak berbelanja (Mutikani, 2023).

Ni semua fundamental issues.

Belum kira lagi pasal trust issues. Dunia percayakan USD. Mudah cair. Sebab tu Dunia Arab sangat suka pada petrodollar.

Tapi tak ada alternatif langsung ka?

Dua jawapan: ada dan takda.

Sejarawan Niall Ferguson kata, bukan yuan yang boleh mencabar USD (Sor, 2023).

Pencabar USD adalah Euro. Tapi itulah, USD tengah jadi ‘matawang raja’ kat Eropah.

Masa Federal Reserve tengah naikkan kadar faedah gila-gila, Bank Pusat Eropah (ECB) cuba hold kadar faedah. Tapi apa jadi?

Matawang Euro menguncup jatuh ditunduk USD.

Bila jadi gini, ECB buat keputusan nak naikkan kadar faedah.

Situ korang nampak tak peranan USD tu kuat macam mana? Kesatuan Eropah! EU tukar haluan sebab USD tekan mereka.

Sampai sekarang USD tengah bagi tekanan.

Federal Reserve dah tak naikkan kadar faedah dah.

Tapi inflasi teras kat EU masih tinggi. Jadi ECB tengah risau boleh tak naikkan kadar faedah (pada ketika Federal Reserve dah stop naikkan).

Mudah kata: ECB ikut Federal Reserve. Euro is not above USD.

Jadi hal de-dollarization ni sebenarnya berskala rantau/zon. Bukan global.

China kena tarik allies US. Bukan haters US yang bengang sebab USD tengah bantai banyak matawang. Rusia jangan cakaplah. Ruble tahun ni dah tak utuh banding tahun lepas.

Meskipun apa yang China buat, USD tak tercabar tau.

Tengok pengeluaran US (25% banding dengan dunia).

Trade US? 10% jer.

Tapi 50% perdagangan dunia guna USD. 90% transaksi antarabangsa diakaunkan dalam USD.

Antara 2000-2023, angka ni TAK BANYAK BERUBAH. Jadi walaupun dollar share tengah turun, currency power USD masih sama.

Dan US juga dah taknak berperang.

Selagi benda ni tak berubah, ekonomi US akan bertambah kuat.

Kerajaan China pula kena fokus selesaikan masalah mereka buat selama ni: property bubble dan government overinvestment sampai hutang keliling pinggang kat kerajaan negeri.

China juga tengah serabutkan Rusia.

Sejak melanggar Ukraine, kedudukan Rusia dah jatuh. Korang boleh banding sendiri prestij dan reputasi Putin 2010-2015 dan 2020-2023 ni.

Berbeza! Minggu lalu, ada perkembangan pasal Rusia-China.

PM Rusia pergi ke China nak negotiate gas pipeline besar iaitu Power of Siberia 2.

Ikut plan ni, Rusia akan bina saluran gas merentasi Mongolia dan masuk dalam China.

Kalau ada PS-2 ni, Moscow boleh kata kuat gila. Sebab EU taknak beli gas asli? Jual jer kat China.

Tapi PM Rusia balik tangan kosong. China tak setuju apa-apa.

China suka panjangkan rundingan.

Sebab nak dapat deal yang terbaik. Tu cara China berniaga. Tengok jer macam mana Power of Siberia 1 dibuat.

Project approval pada tahun 2007. 2014 sign kontrak 30 tahun (AS$400 bilion).

2019 baru hantar gas.

China banyak diam pasal PS-2. Hari tu Xi Jinping turun kat Kremlin—

—dia tak cakap banyak pun pasal projek ni.

Sebab Xi taknak terlalu bergantung pada Rusia. Betul, China perlu gas asli sangat banyak.

Tapi Rusia supply 5% jer.

Mereka buat kontrak dengan banyak negara untuk bekalkan gas asli (dalam bentuk LNG).

Jadi dengan cara ni, mereka takkan ada masalah kalau supplier buat hal.

Kalau bergantung pada Rusia jer, andai kata operation gas asli Rusia ada masalah... apa jadi?

Pendek kata, walaupun sesama BRICS, China tunjuk dengan jelas, “masalah Rusia adalah masalah Rusia”.

Sekarang ni Rusia tengah dipulau teruk. Mereka dah hilang pelanggan (EU) barangkali buat selamanya. Prestasi perang pun teruk.

Dan China pula lagi focused nak settle masalah ekonomi dalaman... berbanding nak tumbangkan USD yang semakin mengukuh.

Business as usual lah.

Kalau korang nak saya ulas apa-apa, jemput PM saya. Ada banyak benda mungkin saya terlepas pandang. Korang boleh request.

Saya buat percuma jer. Kalau korang nak support penulisan percuma saya, jemputlah beli PUTIN: TSAR MODEN RUSIA: shope.ee/5fIXSr85TM

RUJUKAN:

Mutikani, L. (2023, Mei 27). Strong US consumer spending, inflation readings put Fed in tough spot. Reuters.

Nulimaimaiti, M. (2023, Mei 18). What is China’s youth unemployment rate, which hit a record high in April, and why does it cover ages 16 to 24? South China… twitter.com/i/web/status/1…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling