Ahmad Faezal Profile picture
Penulis geopolitik segmen 'Kenapa Penting Kita Kena Tahu...' dan 'Apa Akan Jadi Kalau...'

May 31, 2023, 26 tweets

Apa Akan Jadi Pada Turkiye Selepas Erdogan Menang

Ramai PM saya minta ulasan pasal Erdogan.

Saya ambil sedikit masa nak ulas guna pancaindera geopolitik.

Selepas tiga hari menganalisis, saya membawa korang antara thread paling mendalam mengenai Erdogan.

Jom baca! twitter.com/i/web/status/1…

Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread bercerita hal-hal rumit guna bahasa marhaen. Saya percaya ilmu adalah untuk semua.

Kalau minat usaha saya ni, jemput follow saya.

Sebab ada banyak thread menanti korang.

Ramai tak nampak punca Erdogan kekal relevan kat pentas politik Turkiye.

Senang jer marahkan pengundi.

Walaupun suka guna naratif berapi-api, Erdogan tiada ideologi tunggal. Erdogan ni “ideologically fluid” tak kira zaman.

Mudah kata, ideologi Erdogan adalah Erdoganisme.

Kita tengok cara Erdogan berkempen. Ramai nampak pilihan raya ni “Erdogan vs Barat”. Tu naratif dibawa Team Erdogan sampai ke peringkat menteri kanan.

Ni Erdogan menang, semua pakat seronok sebab Turkiye menang mengatasi US dan EU (Yildiz, 2023).

Padahal semua sama NATO.

48 JAM SAJA LAGI!

Jujur tak sabar nak jumpa korang kat #PBAKL2023. Buku Putin dah masuk Top Ten kat The Patriots.

Buat semua pembeli, bawa naskhah korang 3 Jun ni. Saya boleh bagi autograf.

Yang tak dapat turun tu, Shopee ada kalau nak beli buku: shope.ee/4AUqcOWdAu

Sama NATO tak bermakna sama bantal kan? Betul. Tu saya setuju.

Macam saya cakap, Erdogan ni pragmatik dari segi ideologi. Sekarang ni kita semua nampak Erdogan lantang terhadap Barat kan?

Tapi korang tahu tak Erdogan antara penyokong utama Perang Iraq? Ambil contoh tahun 2003.

Erdogan baru jadi PM. Dia bagi memorandum yang dilulus tentera Turki membenarkan kerajaan hantar anggota berperang lawan Iraq (Hurriyet, 2012).

Erdogan menyokong US guna bumi Turki untuk serang Iraq (Yildiz, 2023). Tapi tak menjadi sebab DITOLAK PARLIMEN (Daily Sabah, 2016).

Jadi sini kita nampak dengan jelas. Erdogan akan buat apa saja yang dia rasa sesuai untuk Turkiye. Always was and still will.

Tapi nak buat benda ni, dia perlu pentas politik. Betul, dia menang pilihan raya. Namun cuba tengok betul-betul majoriti Erdogan.

Ada satu red flag.

Secara kasar, kita nampak Erdogan (AKP) dapat majoriti 2.3 juta lawan Kilicdaroglu (CHP).

Tapi...

Cuba banding majoriti Erdogan 2023 dengan penggal-penggal sebelumnya. Situ korang nampak angka turun sangat mendadak.

Majoriti Erdogan:

2014 — 5.4 juta.
2018 — 10.9 juta

2023? 2.3 juta. Alarming.

Kita boleh argue yang percentage Erdogan sama jer. Selalu kat 52+-%.

Tapi kalau kita hujah macam ni, kita sebenarnya membayangkan Erdogan vs “United Pembangkang”.

Contohnya, tahun 2018 tu “Erdogan vs Ince + Demirtas + Aksener”.

Hakikatnya?

Boleh jer Demirtas atau Aksener endorse Erdogan meninggalkan Ince seorang diri.

Kalau jadi gini, jurang majoriti dah lain dah.

Tapi kena tahu: Erdogan tak ngam dengan Demirtas mahupun Aksener. Si Aksener tu siap pernah kata, “aku tak terkejut kalau Erdogan mengaku diri nabi.”

Jadi anggap jer bayangan endorsement ni sebagai contoh.

Sebab benda ni jadi masa pilihan raya 2023. Kilicdaroglu dan Sinan Ogan menempa nama dalam sejarah sebagai calon-calon parti yang menafikan kemenangan mudah Erdogan.

Mereka force Erdogan masuk Round Two.

Sebab tiada majoriti mudah masa Round One. Ada dua minggu antara dua round ni.

Dalam masa 14 hari ni, Ogan fikir masak-masak dan buat keputusan untuk endorse Erdogan. Sebab tu saya buat contoh pembayang gitu.

Sebab politik Turkiye ni fleksibel. Bukan “Erdogan vs All”.

Ikutkan boleh jer jadi “Erdogan vs Kilicdaroglu + Ogan”.

Hakikatnya masa Round two, situasinya “Erdogan + Ogan vs Kilicdaroglu”.

Tapi apa yang jadi sebenarnya?

Percentage Erdogan masih tak lari dari 52%!

Tengok angka Round One:

Erdogan dapat 27.133 juta undi. Kilicdaroglu dapat 24.595 juta. Sini Erdogan dah ada majoriti 2.538 juta.

Maka kalau tambah endorsement Ogan, patutnya Erdogan dapat majoriti 5.3 juta lah masa Round Two.

Benda ni tak jadi. Erdogan hanya dapat 700+ ribu undi baru jer.

Kena consider yang 700+ ribu ni mungkin pengundi dia sendiri yang tak undi masa Round One. Peratusan undi masa Round Two juga TURUN.

Ini bermakna satu jer: pengundi Ogan tak keluar mengundi. No Erdogan. No Kilicdaroglu. Maka Erdogan masih tak selamat sebenarnya.

Penggal ni adalah lima tahun yang sangat penting. Erdogan dah janji nak buat team pengurusan kewangan yang ada kredibiliti antarabangsa (Karakaya, et al., 2023).

Ada banyak isu yang membaham ekonomi Turkiye. Masa berucap lepas menang tu pun, Erdogan ada sentuh:

“Menyelesaikan masalah yang dicetus kenaikan harga barang dan inflasi adalah topik paling mustahak!”

Erdogan dah tekankan pasal kos sara hidup. Inflasi dah cecah 105%. Tinggi sangat tu.

Menang jer, matawang lira menyusut lagi. Ni selalunya petanda pelabur tak yakin.

Kat pentas antarabangsa pula, Joe Biden dah main hardball.

Masa call nak ucap tahniah, Erdogan straight to the point jer. Dia tekankan yang dia nak beli F-16 dari US. Biden kata tiada masalah “asalkan kau setuju Sweden masuk NATO” (Reuters, 2023).

Kenapa Biden nak Sweden masuk?

Sweden masuk NATO ni tak ubah apa-apa sangat pun. NATO tetap force yang tak tercabar.

Tapi secara politik, lain. Boleh kata lawan pengaruh musuh. Biden sebagai ketua utama NATO dah score gol pertama bawa Finland masuk NATO.

Finland ni betul-betul sebelah dengan Rusia.

Rusia pula serang Ukraine guna “pembesaran NATO” dan “Russian security” sebagai casus belli.

Jadi sini korang fahamlah. Biden ibaratkan cakap kat Putin, “aku tak peduli kau cakap apa.” Kalau Sweden masuk, dah jadi 2-0 lawan Rusia.

Pada hemat saya, dia takkan stop kat Sweden.

Ukraine masuk akan menoktahkan ultimate political victory. Tapi tu long-term lah. Perang kena tamat dulu.

Buat masa ni, Biden perlu Erdogan untuk dapat 2-0 tu.

Dan Erdogan pula taknak izinkan Sweden masuk sebab isu berkaitan PKK.

Nak thread pasal isu Turkiye vs PKK?

Keadaan sekarang ni tertakluk pada Erdogan jer.

Dunia tahu dia sangat fluid.

Dia tahu majoriti dia tak berapa besar.

Dan kita pula tahu Erdogan taknak kalah.

Saya rasa 2023 takkan jadi last pilihan raya dia. Dia mesti nak continue lagi... asalkan settle isu ekonomi.

Lira dulu sangat kuat bersaing dengan USD. Sekarang dah merudum.
Krisis ekonomi pula nampak masih membara.

Kalau korang nak faham pasal isu ekonomi Turkiye, baca ni:

Dunia ni ada banyak isu. Kalau nak saya ulas apa-apa, PM jer. Thread ni pun ramai request. Saya buat tanpa bayaran.

Kalau korang nak support penulisan percuma saya, jemput dapatkan PUTIN: TSAR MODEN RUSIA kat Shopee. Murah jer: shope.ee/5fIXSr85TM

RUJUKAN:

Daily Sabah. (2016, Februari 15). Ex-minister reveals why Turkish parliament voted ‘no’ to participation in Iraq war.

Hurriyet. (2012, Disember 30). Former US president Bush stopped Turkey's involvement in Iraq War: Erdoğan.

Karakaya, K., et al. (2023, Mei 30). World… twitter.com/i/web/status/1…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling