Azizul Farhan Profile picture
SKTDH 1 | SMKTDH | Diploma in History and Islamic Civilization UniSZA | Bachelor of Arts Southeast Asia Studies UM | History and Culture Enthusiasts

Jun 6, 2023, 8 tweets

Aku nak mulakan 1 thread setiap hari dengan #SejarahApaHariNi

6 Jun 1944

Kalau korang pernah tgk Saving Private Ryan, mesti korang tau D-Day. Ya, harinilah berlakunya Pendaratan Normandy.

Operasi Neptune ni ialah operasi terbesar angkatan laut dalam sejarah dunia.

Kenapa terbesar?

Sebab direkodkan berdasarkan jumlah kapal digunakan, peralatan dan bekalan bagi membebaskan Perancis dan Eropah Barat daripada Nazi.

Serangan udara dan bedilan kapal perang menghentam kawasan di belakang pantai dan sejurus selepas tengah malam.

Awal pagi 6 Jun, 24,000 tentera Amerika Syarikat (AS), British dan Kanada memulakan operasi mendarat.

Sasaran mereka ialah menawan kawasan sejauh 80 kilometer sepanjang pantai Normandy yang dibahagikan kepada lima sektor iaitu Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword.

9,000 tentera Jerman terbunuh ketika D-Day. Kira² 10,000 anggota bersekutu cedera dan 4,414 terkorban.

133,000 tentera mendarat melalui laut dan 23,000 lagi mendarat dari udara dengan 13,000 anggota payung terjun AS daripada Divisyen Udara ke 101 dan 82 turun di Pantai Utah.

Operasi Neptune membabitkan 6,939 kapal, jumlah terbesar pernah direkodkan. Pasukan pendaratan membabitkan 4,126 bot dan kapal pendaratan membawa tentera serta kenderaan, termasuk kereta kebal dan berperisai.

Kira-kira 20,000 kenderaan dan 1,000 kereta kebal didaratkan disana.

Jerman pulak tak sampai 150,000 tentera dan 50,000 mereka ditempatkan di kawasan pendaratan Tentera Bersekutu yang hanya menempatkan satu divisyen berperisai dan enam divisyen infantri berdekatan pantai.

D-Day merupakan permulaan operasi bagi Tentera Bersekutu yang akhirnya akan membebaskan Eropah Barat, mengalahkan Jerman dan menamatkan Perang Dunia Kedua.

Berminat nak tau lebih lagi pasal Perang Dunia Kedua? Dapatkan segera PERANG DUNIA KEDUA di Shopee:
bit.ly/perangduniaked…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling