Azizul Farhan Profile picture
SKTDH 1 | SMKTDH | Diploma in History and Islamic Civilization UniSZA | Bachelor of Arts Southeast Asia Studies UM | History and Culture Enthusiasts

Jun 6, 2023, 7 tweets

#SejarahApaHarini

6 Jun 1976

Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku di Kota Kinabalu. Pesawat yang dikendalikan oleh Sabah Air, datang dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Nahas ni mengorbankan semua penumpang pesawat termasuk:-

1. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Pertama Sabah.

2. Menteri Datuk Salleh Sulong

3. Datuk Peter Mojuntin

4. Chong Thien Vun

5. Timbalan Menteri Darius Binion

6. Anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens

7. Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau

8. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa

9. Isak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah)

10. Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad)

11. Juruterbang Kapten Gandhi Nathan

Punca kemalangan masih tak diketahui. Banyak konspirasi tersebar antaranya dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu.

Kerajaan Australia hantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan.

Hasil siasatan mendapati terdapat lebihan muatan pesawat dan kesilapan juruterbang. Tetapi banyak persoalan yang timbul daripada siasatan kes ni.

Boleh baca lebih lanjut di thread ni:

Tugu Peringatan Double Six dibina untuk memperingati kejadian tersebut di Sembulan.

Selain daripada Tragedi Double Six, MH370 dan MH17 juga antara nahas pesawat terburuk yang pernah dicatatkan dalam lipatan sejarah Malaysia. Dapatkan buku ini sekarang di link: shope.ee/4pjSWDaGJ5

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling