Azizul Farhan Profile picture
SKTDH 1 | SMKTDH | Diploma in History and Islamic Civilization UniSZA | Bachelor of Arts Southeast Asia Studies UM | History and Culture Enthusiasts

Jun 7, 2023, 6 tweets

#SejarahApaHarini

7 Jun 1974

Ejen Parti Komunis Malaya menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara Malaysia yang ketiga.

Kejadian ni berlaku di persimpangan Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak), berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.

Beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menaiki kenderaan rasmi Mercedes Benz 250 yang dipandu oleh Sarjan Omar Yunus.

Kenderaan mereka berhenti di persimpangan jalan kira-kira pukul 8.20 pagi dan didatangi dua lelaki tidak dikenali dengan moto.

Diorang pecahkan cermin belakang dan tembak bertubi-tubi ke arah beliau dan pemandunya.

Tragedi ini diselitkan di dalam filem Tanda Putera.

Daripada 11 tembakan yang dilepaskan, 7 daripadanya kena bahu kiri, rusuk dan pangkal peha beliau. Manakala Sarjan Omar pula mengalami kecederaan pada bahagian leher dan dagu.

Beliau gagal diselamatkan, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi ketika dalam perjalanan ke HKL.

Sejak daripada itu, kenderaan rasmi KPN seterusnya Tun Hanif Omar diberikan Mercedes-Benz 230.6 keluaran tahun 1974 yang merupakan kereta kalis peluru pertama di Malaysia untuk elakkan perkara serupa berlaku lagi.

Kereta ni dipamerkan di Muzium Polis Kuala Lumpur.

Ramai pejuang negara kita yang terkorban berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Ikuti kisah Dato' Mohd Rani dalam PERTEMPURAN DI HUTAN yang boleh didapati di sini:
bit.ly/PertempuranDiH…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling