KEPALA DALAM HELLO KITTY - The Gruesome Murder Of Fan Man Yee
👩🏻 Fan Man Yee - Mangsa
🧑🏻🦱 Chan Man Lok - Bapak Ayam
👧🏻 Lau Ming Fong - Anak Ayam
🍲 Rebus Kepala
🧸 Hello Kitty - Sorok Kepala
👻 Fan Man Yee - Hantu
This is one of the STRANGEST murder stories I’ve ever read...
LET’S START WITH THE HANTU...
Pada bulan Mei 1999, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun hadir ke balai polis untuk membuat aduan.
Menurut remaja itu, tidurnya semakin kerap diganggu hantu perempuan berikat wayar elektrik dan berlumuran darah sejak beberapa minggu lalu.
Aduannya, walau bagaimanapun, tidak diambil serius oleh anggota polis yang bertugas.
-Kamu ada ambil apa-apa barangan terlarang?
-Tak ada Tuan, tapi...
-Tapi apa?
-Saya rasa hantu ni kacau saya sebab saya sama-sama bersubahat bunuh dia.
-?!!!
Remaja itu kemudian membawa pihak polis ke lokasi kejadian di mana terdapat patung Hello Kitty berbentuk ikan duyung. They discovered the girl’s dreams were in fact very real nightmares. Di bahagian kepala Hello Kitty itu, tersembunyi tengkorak seorang wanita.
VICTIM’S BACKGROUND
Fan Man Yee dilahirkan pada 1976 di Hong Kong tetapi dibesarkan di rumah anak yatim piatu setelah ditinggalkan kedua ibu bapanya. Ketika berusia 15 tahun, Man Yee diminta meninggalkan pusat jagaan itu atas faktor had usia penghuni.
Bergelandangan di usia remaja memaksa Man Yee menjadi kupu-kupu malam demi kelangsungan hidup. Ketika itu jugalah dia mula menjadi penagih dadah.
Sewaktu berumur 21 tahun, Man Yee meninggalkan kancah persundalan di lorong-lorong gelap dan mula menjadi pelacur kelas atasan
di Romance Villa, Sham Shui Po yang terletak di Kowloon.
KALAU DAH BODOH...
Man Yee mengahwini salah seorang pelanggannya yang juga penagih dadah, Ng Chi Yuen pada tahun 1996 ketika berusia 20 tahun. Pada November 1998, Man Yee melahirkan seorang anak lelaki.
Namun, perkahwinannya dirundung 1001 masalah. Selain bersikap agresif, suaminya juga tidak memberi wang belanja untuk menyara anak mereka.
Demi masa depan yang lebih baik untuk anaknya, Man Yee mengambil keputusan berhenti menjadi sundal dan penagih dadah. Selepas meninggalkan
suaminya, Man Yee bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam, namun menyedari pendapatannya tidak lagi mencukupi untuk menyara anak tunggalnya. She was struggling financially.
MAN YEE’S LIFE IN HELL
Salah seorang pelanggan tetap Man Yee bernama Chan Man Lok atau Ah Lok, ahli kongsi gelap serta pengedar dadah yang cukup digeruni di Kowloon.
Pada awal 1999, Man Yee mencuri dompet Ah Lok berisi wang HKD4,000 (RM2,360). Ah Lok yang menyedari tingkah laku mencurigakan Man Yee meminta wanita itu memulangkan semula dompet berserta wang dengan bayaran tambahan HKD10,000 (RM5,900). Walaupun dompet dan wang Ah Lok
dipulangkan serta-merta, Man Yee merayu agar diberi masa untuk melangsaikan bayaran tambahan tersebut.
IT BEGINS
Pada 17 Mac 1999, Man Yee telah diculik oleh tiga lelaki termasuk Ah Lok, 33, dan seorang remaja perempuan yang merupakan kekasihnya, Lau Ming Fong atau Ah Fong, 14.
Mereka membawa Man Yee ke sebuah apartmen di No 31, Jalan Granville, Tsim Sha Tsui, di mana dia dikurung dan diseksa selama sebulan. Ah Lok pada mulanya mahu menyimpan dan melacurkan Man Yee, tetapi menukar fikirannya pada saat akhir.
LIFE IN HELL
Kesengsaraan dialami Man Yee sepanjang penahanannya:
1-Diperkosa
2-Dipukul dengan batang besi
3-Digantung seperti punching bag sebelum ditumbuk dan disepak
4-Kepala diterajang 50 kali
5-Luka-luka dibadan dilumur dengan serbuk cili
6-Kaki dan tapak kaki dibakar dengan lilin dan plastik cair
7-Dipaksa makan taik dan minum air kencing
8-Dipaksa senyum sepanjang seksaan
Selepas beberapa minggu menanggung azab sengsara, Man Yee akhirnya mati di antara 14 hingga 15 April 1999.
ALAMAK, DIA DAH MATI!
Kematian Man Yee tidak mencetuskan sebarang rasa simpati dan belas kasihan, malah mayatnya terus menerus diperlakukan dengan kejam.
Mayat Man Yee ditempatkan ke dalam tab mandi sebelum dikerat menggunakan gergaji. Anggota tubuh Man Yee —termasuk kepalanya
direbus di dalam periuk sehingga cebisan dagingnya mula empuk dan gugur. Kepala itu kemudian disembunyikan dan dijahit di dalam patung Hello Kitty ikan duyung manakala anggota badannya yang lain dibuang ke dalam mangkuk tandas dan beg plastik hitam.
Menurut laporan forensik, yang tinggal hanya tengkorak, sebatang gigi dan beberapa organ dalaman.
PERBICARAAN
Pada 7 Disember 2000, Ah Lok dan dua pembantunya dibicarakan dan disabitkan kesalahan ‘membunuh tanpa niat’ kerana juri berpendapat ketiadaan jasad Man Yee
yang sempurna menyukarkan mereka membuat keputusan sama ada wanita itu mati kerana dibunuh ataupun akibat overdose.
Ah Fong diberikan imuniti dan tidak dijatuhkan sebarang hukuman kerana telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sehingga terbongkarnya kes tersebut.
Sewaktu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat —dengan kemungkinan boleh dibebaskan mengikut sistem parol— ke atas Ah Lok dan dua pengikutnya, Ketua Hakim Peter Nguyen berkata, “Never in Hong Kong in recent years has a court heard such cruelty, depravity, callousness,
brutality, violence and viciousness”.
Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman penjara sejak tahun 2000 tanpa kemungkinan boleh dibebaskan mengikut sistem parol sehingga 2020.
HANYA TINGGAL KENANGAN...
Tengkorak Man Yee merupakan satu-satunya bahan bukti sewaktu perbicaraan.
Bangunan lokasi pembunuhan itu telah dibeli seorang tokoh korporat sebelum dirobohkan pada September 2012 untuk memberi laluan kepada pembinaan hotel Soravit On Granville pada 2016. Terdapat desas-desus mengatakan hotel itu kini berhantu.
Seutas rantai milik Man Yee yang ditemukan di dalam peti ais telah diserahkan kepada anak lelaki tunggalnya yang kini menetap di Singapura
Kisah Man Yee telah diabadikan dalam dua filem seram Hong Kong bertajuk:
1-Human Pork Chop (2001)
2-There Is A Secret In My Soup (2001)
BEFORE YOU GO...
Wajarkah Ah Fong yang sama-sama bersubahat membunuh Man Yee terlepas daripada sebarang hukuman dan diberi imuniti kerana telah bekerjasama dengan polis?
SUAMIMU, SUAMIKU JUA - Kisah Lelaki Penyondol
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.