Dalam minggu ni je dah jumpa 3 kes baru HIV.. nampaknya statistik semakin menaik.. It's good that more people are starting to be aware/ concern of their HIV status.. so that treatment can be started
Jangan sampai ke tahap AIDS baru nak jumpa Dr .. Eh, tahu ke apa beza HIV dan AIDS?
HIV stands for Human Immunodeficiency Virus. HIV ni bila dia infect badan manusia dia akan serang sistem pertahanan tubuh kita so badan akan jadi lemah imun sistem dan terdedah kepada mcm2 penyakit.
AIDS pula Acquired Immune Deficiency Syndrome. NI dah tahap sistem pertahanan badan lemah sgt sampai mcm2 virus/ bakteria boleh serang. Even kuman biasa yang orang biasa boleh lawan pun boleh menyebabkan pesakit AIDS sakit sgt dan susah utk sihat semula.
Selalu nya Dr akan tengok pada 2 benda dalam pesakit HIV. CD4 dan Viral Load. CD4 ni macam askar dalam badan kita lah. CD4 ni yang bantu badan untuk lawan segala jenis kuman yang attack. Viral Load - berapa ekor virus HIV dalam badan. Kita nak tinggi CD4 dan rendah Viral Load.
Semakin cepat kita startkan treatment, hopefully semakin cepat CD4 naik dan kemungkinan untuk ke tahap AIDS tu kurang lah..
Walaupun nampak macam the statistics declining, ada perubahan dari segi mode of transmission over the last few years ie , lebih kurang pesakit dapat HIV melalui pengunaan suntikan jarum/dadah. tetapi meningkat melalui sexual intercourse ie heterosexual, bisexual, homosexual
Nak bg refresh balik, HIV hanya boleh dijangkiti melalui:
1) suntikan / berkongsi jarum
2) aktiviti seksual yg tidak selamat
3) dari ibu kepada bayi yg dilahirkan / menyusukan
4) melalui transfusi darah
Jika ada diantara anda / kenalan yg berisiko untuk dapat HIV, mai dtg ke klinik utk check status HIV anda.. buang jap perasaan negatif, yang penting kita taknak sampai ke tahap AIDS. Kami sedia membantu. Gitew.
and yes, as cliche as it may sound, prevention is better than cure;
1) SAFE SEX , USE CONDOM
2) limit number of sexual partner
3) dont inject drugs or use only sterile needle - do not share
Jika anda / kenalan pernah terlibat dlm aktiviti berisiko tinggi please, please, get yourself / them tested for HIV. Rapid test tu tak lama pun, almost instantly boleh dpt result. At least buat sekali.
Tapi bear in mind juga, jika result negatif boleh jadi positif selepas beberapa minggu atau bulan disebabkan oleh “window period” HIV . Jadi jika anda mmg aktif dlm aktiviti2 yg berisiko disarankan supaya buat test setiap 6 bulan.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
