Profile picture
Namora-Natora @IlmuNamora
, 30 tweets, 5 min read Read on Twitter
Bila saya menulis berkenaan bangsa Melayu mempertahankan haknya, ada yang kurang senang dan label tindakan, contohnya mempertahankan UiTM, sebagai pengecut dan tak berani bersaing.

#thread #Malaysia #UiTM #MalaysiaBaru #opinion
Ini naratif mudah dan simplistik. Suatu konklusi mudah tanpa benar-benar menyelami aspirasi dan akar permasalahan.

In fact, jika anda mempertahankan sesuatu, hak anda, anda dikira sebagai berani atau pengecut? Nampak tak ironinya di situ?
Untuk tahu mengapa, kita kena ambil beberapa langkah ke belakang untuk menyoroti sejarah.

Jangan risau, ini bukan penerangan sejarah komprehensif. Cukup sekadar 'overview' untuk semua pembaca memahami rentetan peristiwa.
Pada awal tahun 1800, British membawa pekerja dari luar untuk menguruskan estet-estet dan lombong-lombong. Ini adalah golongan apa yang mat saleh panggil sebagai 'coolie'.
But it was not just the workers that are brought in, business owners and tycoons too were brought in as proxies to manage these mines and the workers.

Jadi imaginasi anda tentang hanya 'worker class' yang mai Tanah Melayu ketika itu bolehlah dibakul-sampahkan.
Tak percaya? Baca buku Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya.

Kemudian orang Melayu di 'marginalised'. Ditolak ke kampung-kampung untuk melaksanakan tanaman sara diri, serta disekat hak pembelajarannya.
Kaum India ditempatkan di estet.

Kaum Cina ditempatkan di lombong-lombong dengan taikun-taikun dan ahli perniagaannya dibenarkan bermastautin di bandar-bandar, membuka perniagaan dan sekolah.

Situasi ini berlarutan sehinggalah kita merdeka pada 1957.
Jadinya kepada mereka yang dok serang kerajaan sebelum ini yang menjaga hak Melayu dan Bumiputera selama 61 tahun, konon bertongkat bagai, suka saya ingatkan anda dan taikun-taikun anda dijaga kerajaan British selama 157 tahun, memonopoli perniagaan di bandar-bandar dan--
--membina kekayaan di atas mineral terbaik Tanah Melayu.

Dan selepas merdeka orang Melayu sekelumit TAK TUNTUT kekayaan tanah mereka yang diragut ini dari bangsa-bangsa lain.
Bila merdeka, sebuah negara baru dibina. Dari Tanah Melayu, dah jadi Malaysia. Kalau ini tak akomodatif tak tau nak kata apa lah..
Bangsa-bangsa lain diberi kerakyatan, dan semuanya bersedia untuk membina sebuah Malaysia bersama BERDASARKAN asas-asas yang dipersetujui bersama di atas meja rundingan.
Menginjak 10 tahun ke depan selepas merdeka, bangsa Melayu masih marginalised. Peluang pekerjaan kurang. Tokey-tokey tak nak beri peluang. Kalau ada pun jadi macai saja. Langsung menyebabkan 'wealth and income gap' yang besar..
Sehinggalah terjadinya peristiwa hitam dalam sejarah negara pada Mei 1969.

Selepas reda keadaan, kerajaan kata;

"Eh benda ni tak boleh biar berlarutan. Kita kena ambil affirmative action."
Lalu DEB dilaksanakan. GLC diwujudkan untuk beri peluang orang Melayu kerja. Sekolah dan universiti dibina untuk beri peluang orang Melayu miskin belajar. Dan mana yang bagus dihantar belajar ke luar negara untuk bantu bina orang Melayu bila depa balik nanti.
(*yang akhirnya kebanyakan orang Melayu yang berjaya atas dasar DEB ni lupa diri bak kata Prof Ungku Aziz)

So you see, all these GLCs and university (UiTM in particular) was not set up because Hak Ketuanan Melayu and what not..
It was set up because the Malays were marginalised and wasn't given the chance to have proper education, work or do business together with our supposedly new found family. (And you call us racists.. pfft..)
Jadi faham tak kenapa adanya sentimen orang Melayu mempertahankan apa yang jadi haknya? Sebab institusi-institusi ini dibina kerana ada penolakan hebat ke atas orang Melayu.

Dan tiba-tiba, ini pun nak dituntut?
Sentimen mempertahankan hak ini tidak hanya wujud kerana perihal itu saja.

Sentimen ini diperkuatkan lagi dengan kebencian yang ditunjukkan secara terang-terangan ke atas apa saja Melayu dan Islam.
Orang Melayu dah penat asyik nak kena mengalah dan berkorban tanpa ada penghormatan dan timbal-balik yang setara.

Tanah Melayu dah tukar nama.
Tulisan Jawi dikorbankan untuk tulisan yang lebih mainstream.
Bahasa Melayu dah jadi Bahasa Malaysia (pun kena kutuk bahasa kasta rendah).
Sekolah Jenis Melayu tak wujud. Yang ada hanya sekolah jenis kebangsaan lain.
Sejarah Melayu terpaksa disorok-sorok untuk tak nak bagi kaum lain terasa.
Tanah dan kekayaan dikongsi bersama (tanpa ada tuntutan untuk ambil balik kekayaan hasil bumi Tanah Melayu).
Dan banyak lagi yang dibuka, digadai dan dikorbankan untuk menjadikan Malaysia lebih akomodatif untuk semua kaum.

Tapi apa yang dah diberi selama ini seperti tak cukup. Apa saja Melayu Islam diserang..
Lepas tu masih nak meminta lagi?

Sekelumit yang tinggal ini pun nak diminta gadaikan ke?
Kesimpulannya, bila anda baca semua ini, adakah anda masih rasa orang Melayu mempertahankan haknya kerana mereka penakut atau tak mahu berasimilasi dan akomodatif?

Apa tak cukup lagikah..?
Bila dibuka perbincangan untuk menuju Malaysia yang lebih sehati sejiwa dengan pertamanya korbankan sekolah vernakular, oh tau pula dipertahankan bermati-matian.

Siap mintak orang Melayu korbankan tahfiz pula (kena korban lagi?)
Mengapa perbuatan anda yang pertahankan sekolah vernakular tak boleh dianggap rasis dan penakut, tetapi bila ada orang Melayu mempertahankan hak mereka digelar rasis dan penakut?

Siap orang Melayu sendiri yang keji bangsanya begitu..
Saya menulis ini bukan untuk menimbulkan ketegangan diantara kaum.

Saya sendiri ada rakan berbangsa dan beragama lain, yang sesetengahnya I would gladly say, I would take a bullet for..
Saya cuma nak, dalam penulisan ini, rakan-rakan berbangsa Melayu dan berbangsa lain memahami kenapa orang Melayu mempertahankan haknya.
Jika nak orang Melayu berkorban haknya lagi, boleh, tapi apa kata anda pula tunjukkan yang anda juga rela mengorbankan hak-hak anda dan menerima asas-asas pembinaan negara ini yang telah dipersetujui bersama.
Dari situ, kita boleh bina asas baru.

Tapi kalau masih nak orang Melayu cair, manakala anda makin tebal rasisnya, lupakan sajalah..

*Tulisan ini bukan saya punya. Saya ingin kongsi saja

Kredit kepada: Jamalee Bashah

Link kepada posting asal: facebook.com/jamalee.bashah…
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Namora-Natora
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!