twt_grafik Profile picture
Jul 31, 2018 88 tweets 23 min read
Ok guys, aku nak mula sembang pasal kerja2 aku dekat Invoke & as politikal designer. Thread ni mungkin pjg gilaaaaaa & ambil masa smpai mlm kot, so bertabahlah guys. Aku akan share hasil kerja dan apa2 yg berkait. Kalau ada soalan, aku akan cuba jawap.

THREADSSSSS MULA!
Sblm sembang makin kencang. Serba sikit latar Invoke.

Founded by former MP Pandan, Rafizi Ramli in 2016. Invoke position diri as big data firm. Last GE14, tugas Invoke ialah tlg kempen untuk kerajaan skrg.
Dlm Invoke ada lebih 70 staf yg terdiri dari analyst, developer, programmer and of course designers whom we call ourselves as the Creative.

This might be a shock, tp dlm Invoke, Creative is the 2nd largest department dgn 9 org fulltime staf yg aku sendiri lead.
So apa Creative buat?

Basically apa yg semua designer buat. Tak jauh beza pun. Full force campaign collaterals, dr poster smpailah ke video. And ktorang juga ada mini-tv studio sendiri yg ktorang produce our own liveshow program via FB live.
Last GE14, Invoke handle kempen untuk 90+ org calon. Kau bayangkan 9 org buat poster, banner dll utk 90 orang? Belum campur video, photoshoot lagi tu. Haha.
Ini bawah HQ kitorang dekat koridor Pizza Hut a week before buang undi. Jd open-air warehouse utk arrange for these collaterals hantar ke seluruh Malaysia.
Not to forget yg Creative juga jd entourage utk kempen trak Invoke jelajah seluruh MY yg kickoff Raya 2017 lepas. Almost non-stop every weekend.

Ada kampung sapa-sapa yg trak ni pernah sampai?
And yes, Creative also did the truck design. Seumur career xpernah buat livery-design, first time buat terus scale trak. Bygkan dia punya teliti ukuran taknak buat silap.
Sorry guys kalau terlalu bersifat politikal. Aku cuba utk pos gambar2 yg takda logo parti atau figure politic. Kalau terada, aku tak boleh nak elak sbb dah muka mmg besar2 dekat situ, haha.

But, bare with me aku akan cuba sampaikan cerita design sebaliknya.
Ini 3 staf Creative aku duduk tgh2 panas, sambil buat FB live.
Ini diorang lepas habis dekat 1 lokasi, pack stage trak & ready nak ke lokasi seterusnya. Sehari average dalam 2-3 lokasi.
Ini aku dekat kaki lima (rasanya ni dekat Pantai Timur), ada urgent design nak kena settlekan. Kepala botak sbb baru keluar hospital.
Ini event kick-off jelajah dekat JB. FYI, ktorang semua zero exp main sound-sistem. Semua try & error.
Siapa biasa buat event tahu, thrill buat event mcmana. Apatah lg kalau tour smpai utara & selatan.
It’s not about choosing side sgt although bila dah kerja dgn Invoke ni obviouslah side mana kan. Tp, tbh most of my Creative team, masa awal2 interview, dorang tak kenal pun sapa Rafizi Ramli. Mmg jenis xlayan politik.
Tp dorang ada fire dlm jiwa & dorang just nak buat kerja. Aku ckp kat dorang, just do your work, xpayah main politik, inshaAllah jiwa akan menjadi tenang. Haha.
Aku sama je mcm korang semua. Designer yg passionate GILA dgn design. Aku bkn member2 mana parti. Aku cuma follower politik mcm org biasa, baca news etc tu je. Jd keyboard warrior pun tak.

Tapi kenapa aku join scene politik?

Sebab aku ada agenda peribadi aku.
Aku ni spesis yg kalau blh nak buat lain dari apa org lain buat. So a few years back circa 2010-ish, bg aku design dlm politik ni mcm sampah habis. Apasal buruk gila poster calon kau ni? Takda designer ke cels.

Sampai mcm tu sekali, haha. Which aku rasa mostly pun agree, yes?
Aku cari2 lubang utk msk scene politik tp xnak entirely MASUK politik. Tak jumpa. Kalau ada semua direct under parti.

Then in 2013, Rafizi pos job vacancy utk cari designer. Aku apply & tgk mcmana. Vacancy tu specifically ckp jd designer dia. Kira mcm PA tp ni designer.
So aku fikir, kasilah can kot. Bila lagi nak realisasikan agenda peribadi utk tak jadikan design poster calon sampah, ya tak?

Tak cuba tak tahu dan takkan jadi.
Tempias permainan politik tu mmg akan kena juga sikit. Inside storylah apa bagai. Tp, STAY TRUE to yourself, kau msk as designer bkn nak main politik, so nak xnak org sekeliling kau akan faham.

Teruskan agenda peribadi utk ubah scene design dalam dunia politik.
Aku nak pos visual kerja2 awal aku as politikal designer tp rasa mcm terlalu politikal. Direct sgt parti atau anti itu-ini. Demi menjaga kemaslahatan semua, aku rasa baik aku tak pos kot.

Unless korang rasa OK?
Ok ni less partisan sikit, NGO related. Antara benda yg aku enjoy personally ialah design buku. Ini cover annual mag isu 1 utk @NOWMalaysia.
Ini pula cover buku yang NOW publish. Indeks pembaziran something. Buku ni memang penuh dgn numbers basically diorang ada cara utk rate gomen punya wastage/rasuah etc.
Kempen anti gst masa awal-awal nama gst disebut-sebut dulu.
Cover buku Belanjawan PR 2015.
Poster untuk Ketua Cabang PKR JB.
Oklah, aku rasa dahlah kot share design lama-lama dulu. Sebab mmg erghh bila tgk balik.
So masa awal2 aku msk dlm scene politik, mmg agenda dia nak menyah-sampahkan design. Tp mcm kalau kerja dgn mana2 company yg dah ada branding sendiri, xbyk yg boleh buat. Bila try buat lain sikit, let’s stick with the same. So lama2 aku pun dah terikut, mcm malas je, janji siap.
Sampailah tibanya 2016, Invoke Malaysia terlahir. Yang ni kira scratch, zero takda apa. Mmg aku bebas utk buat apa aku suka. Haha.
Kempen #itPays.
Kempen BSN ni kempen terbesar yg Invoke jalankan. Tour kitorang start Raya 2017 lepas sampailah sehari sebelum buang undi 8/5/18 lepas.

Dan aku rasa ni antara konsep yg paling less-political aku cuba utk buat. Striking colours, catchy phrases, cool collaterals dll.
Bg yg biasa buat kempen big brand dkt luar mungkin nmpak kempen BSN ni mcm biasa je normal. Tp dlm scene politik, benda ni mcm “aik ni kempen politik ke?” Which adalah perkara yg bg aku adalah 1 achievement.
Dgn segala limitasi yg ada, ktorang buat apa yg ktorang mampu. Kalau resources tak jadi isu, mmg smpai ke livery kapal terbang pun aku akan buat, walaupun takda kesan sgt.

Aku & the team cuba utk come out dgn something yg simple tp effective.
OK, more photos from BSN.
A3 printed placards.
Windflags utk ‘brand presence’.
Contoh function windflag dekat lokasi.
Oklah, rehat jap. Otak dah overheat. Kalau ada soalan, boleh tanya.
Lepas ni aku sambung non-grafik, audio visual pulak. Creative dekat Invoke bkn semata-mata grafik je, byk cabang creative kitorang support. Sementara tu, nah promo INV8 masa PRU14 lepas.

Ni acah2 ktorang nak lawan mainstream media.
So, salah 1 cabang besar Creative lepas grafik design ialah AV; audio visual atau video. Video ni pulak aku boleh pecahkan jd dua; production vid biasa yg shoot & edit dan multicam production (MCP).
Video yg shoot-edit ni yg normal hampir semua org boleh buat skrg. Video penerangan RR, profile calon, video event dsb.
MCP ni yg lain sikit. Kena ada special equipment mixer, switcher etc, kena ada audio sistem, lighting dsb. MCP ni ktorang guna utk FB liveshow kitorang.

Before election byk show yg kitorang produce. Antaranya:
“Terus Terang bersama Tuan Syed Ibrahim”

Konsep ala-ala hard talk dgn politikal figure. Soalan-soalan panas yg org xnak tanya tp kitorang tanya.
Segala branding & production design show, team Creativelah yang handle.
Opening sequence show ni aku buat dalam few hours sebelum pilot episod ke udara.

Yang nak tgk show ni boleh search dekat Youtube cari channel Invoke Malaysia. Last episod guest show DS Anwar Ibrahim.
Next show “Diskusi”. Ni mcm forum perdana je lebih kurang cuma ktorang discuss & invite guest ttg isu semasa yg tgh hangat minggu tu.

Again, branding, prod design, montage, camera, kerja Creative.
“So Apa Cita Minggu Ni?”

Talkshow yg kalau ikutkan proposal & cita-citanya mcm nak buat ala Late Late Show with James Corden. Ada elemen serious, ada fun.
“Bicara Srikandi”

Tgk nama pun dah boleh agak kot. Basically Wanita Hari Ini versi Invoke Malaysia. Cuma angkat topik lebih serius.

Wanita dalam kepimpinan contohnya.
“The Usrah Show”

Program berkonsepkan keagamaan pun kitorang buat ya guys. Topik yg dipilih bergantung dekat sentimen agama yg tgh panas minggu tu.
Musik montage Usrah Show ni mmg cliche habis elemen Islamik dia, haha.

Footage dlm montage ni aku shoot dgn phone je masa aku commute kerja naik LRT dulu.
“INVOKE+ NEWS”

Ini first news yg ktorang buat. Dia more casual dari news biasa mcm Buletin Utama, CNN, BCC.

More mcm AJ+ punya version tp live.
“Uji YB”

Liveshow 2-hala. Guest kena jawap live soalan2 yg netizen bg dekat komen. Soalan boleh tanya semua benda bkn politik je.

Tujuan show ni nak tunjukkan yg politician ni manusia biasa, so xyah feudal sgt kena salam ciom tangan.
Uji YB last show yg Invoke produce. Ikutkan byk lg nak buat tp masa & resources tak mengizinkan. Bygkan semua benda yg aku dah sebut sebelum2 ni, ada 9 org je fulltime yg buat semua tu.
Tak lama lepas tu Parlimen bubar & kena execute plan baru. Semua program yg aku sebut td dihentikan serta-merta & produce projek baru specifically utk kempen election.

So next, “INV8”.
INV8 ni, kalau direct competitor dia, Buletin Utama TV3 lah. Haha. So, kitorang produce our own news program yg kitorang bagi nama INV8 (sebut inveight).
INV8 ni lg gila dia punya coordination. Kena ada org jaga prompter, switcher dgn visual kena sync, kena make sure ticker title news keluar yg betul dsb. Siapa pernah involve dlm production news tau kot?

And ktorang buat dgn zero experience. Buat ikut logik kepala je.
Ini set news INV8 yg kitorang DIY sendiri, kitorang siapkan dalam masa kurang seminggu termasuk design all in.

Backdrop kedut terukkkkk.
Vision set macam ni sebenarnya. Tak lari teruk, so oklah.
So far OK guys? Ikutkan otak aku dah exhausted ni, tp aku semangat utk sampaikan passion aku pasal creativity & design, tu yg xboleh stop.
And waktu official kempen PRU yg dalam 14 hari tu, brand INV8 di-expand untuk beberapa siri kecil. Kita ada INV8-12.30, INV8-Semasa (berita ptg), INV8-War Room (analisis kerusi).
Ini opening sequence/montage War Room.
Dan hari 9/5, War Room tukar nama jadi ‘Election Night’ yg bawakan live result terkini election. Kitorang live malam tu sampai pukul 3 pagi dengan peak live view cecah 50k.
Set utk WR aku guna apa yg dah ada je; bilik meeting HQ Invoke & pacak TV loop logo sequence.

Pernah dgr myth yg pembaca berita pinggang ke atas smart, bawah kain pelikat? Tu hos aku pakai selipar tandas je tgh live. Haha.
Semua yg aku sembang pasal Invoke td, inilah dia 9 org tu termasuk aku, 2 org hos show & sorang intern. Gambar ni kalau tak silap 4-5 pagi lepas dah tau sapa menang PRU14.

Semua muda, tak cecah 30 pun lagi. 3 org baru kahwin, ada dah tunang.
Inilah dia politikal design yg aku maksudkan. Politikal bukan bermakna main politik, ada parti je. Mmglah content2 yg aku tunjuk semua politikal, tp kalau korang tgk beyond ‘politik’ design dlm politik boleh pergi jauhhhh.
Bygkan ni baru kerja 9 org creative. Bygkan juga kalau lg ramai yg involve? Lg ramai designer yg purely msk scene politik sbb ada agenda nak naikkan design.
Imagine the possibilities.

Oklah aku nak take a break jap. Nak blk amik anak isteri. Nanti malam aku sambung lg tweet.

Kalau ada soalan boleh tggalkan, mana sempat aku jawap.

Thanks guys for the siang session. Harapnya byk korang dpt harini.
Nak tgk design HQ Invoke? Sebab interior office pun antara job scope aku as Chief Creative huhu.

Malam aku share.
OK guys, smlm siapa yg miss aku sembang kencang habis pasal kerja ‘politikal design’ aku, boleh follow thread bawah ni.

Last aku ckp nak smbg mlm td, tp apakan daya, aku jd fulltime stay-at-home dad mlm td jaga anak. Mamanya pergi zumba.

Harini maybe slow sikit sbb keje byk.
Aku baru habis meeting, now aku punya lunch break, so aku sambung sikit.
Antara kerja luar biasa selain grafik yg aku kena buat ialah interior office. Masa Invoke awal2 launch dulu, antara plan awal ialah cari office space, sbb masa tu hiring tgh rancak. At one point dulu, staf Invoke ada dlm 100+ seluruh MY.
HQ ada 2 bangunan. Satu dlm 1000+ sqf & satu lagi 4000sqf x 2 tingkat. Siapa biasa pergi Pizza Hut The Trillium, Sg Besi akan nmpak terang2 signage ‘Invoke Space’.
Gambar awal 2017. Floor atas sekali & sign lightbox pun xwujud lg. Sekitar hujung 2017, ktorang acquired floor tgh utk accommodate staf.
Space yg 1000+ sqf tu. Buat double deck style sbb siling agak tinggi.
Ini 2nd floor Space: ada meeting room & skrg juga tempat management & studio Creative.
1st floor under construction end 2017. Boleh muat 30-40 org staf.
Our main lobby. Sapa2 nak dtg melawat, ada interview, korang akan lepak chill sini dulu. Lobi ni jugak kdg2 jd set utk Creative shoot video.
Segala concept interior adalah hasil kerja aku. Basically aku nak lari dr skema ofis politik & jdkan Invoke tempat yg hip & cool. Main konsep basically scandinavian+industrial.

Apa dlm kepala korang bila fikir ofis politik atau politician? Dan ofis Invoke berjaya lari dr skema?
Skrg ofis tgh undergo minor reno. Letak deco dan repair mana rosak. Studio pun dah xnak yg DIY, walau xlevel mcm stesen TV tp at least proper & ada rupa studio.
Main entrance yg korang xkan miss sebelah pintu Pizza Hut. Pintu ni kitorang DIY sendiri ok!

Partition baru warna hitam. Blkg tu studio yg akan jd tempat baru utk liveshow kitorang yg akan dtg. Wall of frame tu tgh slow2 penuhkan.
So mcm biasa, ada soalan? Kalau xda aku makan jap lepas tu aku sambung. Aku akan tunjukkan benda2 yg buatkan org yg first time dtg sini akan snap & share & gelak sorang2. Haha.
Signagessssssssss.

Ni yg masih terselamat lepas perang PRU14 lepas. Ada a few yg dah terkorban.

Signage ni nmpak je kasar. Tp aku rasa xda pun staf Invoke yg baca.
So, aku rasa dgn gmbar2 signage yg ada dekat Invoke tu, aku rasa habis dah kot apa yang aku nak kongsi pasal kerja aku as a politikal designer.

Aku harap korang dapat beroleh sesuatu yg berguna.
Yang paling aku harapkan ialah stigma most designer bila dgr perkataan “politik” sblm perkataan designer.

Mmglah bila dah msk scene politik, nak xnak mmg jadi sbhgn org dalam scene politik.

Still, aku masih lg seorang creative designer.
Agenda peribadi aku still sama dari awal2 aku msk uni dulu: aku nak angkat level design/creative/art dekat Malaysia ni.

& aku pilih utk buat tu dlm politik.

Aku xkata senang kalau korang decide utk ikut jejak aku. Tp kalau kau tgk, dekat2 mana2 pun kerja designer mana ada sng.
So guys, aku rasa aku tamatkan thread politikal designer aku di sini. Sila share sampai kejang jari-jemari korang.

Lepas ni aku akan cuba utk share benda lain pulak, maybe sebalik jiwa design aku & lain-lain.

Again guys, ada soalan terus tembak.

DM aku sini @designforpeeps
Aku tinggalkan korang dgn workstation aku masa election haritu.

Sekian,

THREAD HABISSSSSSSS!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with twt_grafik

twt_grafik Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @twt_grafik

Feb 24, 2019
Guys, so setelah dijanjikan aku akan buat thread pasal potrait vector guna adobe illustrator. Hihi
Aku tadi ada meeting dengan client tengah otw nak balik bukak pc. Sabar jap eh maaf lambat sikit 🙏🏻
This is sample artwork yang aku akan try buat tutorial dia. ImageImageImageImage
Read 36 tweets
Feb 8, 2018
Ini adalah story pasal SUPREME and ini adalah...
Supreme was founded by James Jebbia dan membuka store Supreme yang pertama di New York. Based Supreme adalah streetwear fashion iaitu fesyen2 or orang-orang street yang pakai.
Supreme jugak pada asalnya inspired by Skateboard Scene pada zaman tersebut dimana New York merupakan tempat yang ramai dengan Skateboarders. Walaupun Jebbia sendiri tak pandai main skateboard, tapi dia buat Clothing line untuk skateboarders pakai
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(