HELENA Profile picture
Aug 31, 2018 8 tweets 2 min read Read on X
[THREAD]

10 PANTANG LARANG MELAYU - dan logik di sebaliknya:

1 Jangan lalu bawah ampaian, nanti pening kepala — Takut kain jemuran jatuh, satu hal nak cuci balik
2 Jangan makan berpindah tempat, nanti kahwin ramai — Satu tempat dah bersepah, nak sepahkan tempat lain pulak Image
3 Anak dara tak elok duduk di tangga, nanti jodoh lambat sampai — Ya Allah, kan susah orang nak lalu tu
4 Jangan meniarap kaki ke atas, nanti mak / ayah mati — Nak elak sakit dada / kebas kaki
5 Anak dara tak elok menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua — Hangus masakan nanti
6 Lepas makan, tuang air sikit dalam pinggan agar rezeki tak kering — Senanglah nak basuh pinggan nanti, tak payah menyental
7 Jangan makan bertindih pinggan, nanti kahwin banyak kali — Tak kuasa nak basuh pinggan banyak-banyak
8 Jangan lepak luar rumah lepas senja, nanti kena sorok hantu kopek — Maghrib kan singkat, tak reti-reti nak balik rumah solat?
9 Jangan bersiul waktu malam, nanti ular masuk — Annoying bunyi siul
10 Jangan potong kuku malam-malam, nanti mak mati — Terpotong isi dalam gelap nanti
11 Jangan mandi malam, nanti paru-paru basah — Bilik mandi orang zaman dulu kan kat luar rumah. Jalan nak ke sana gelap, buatnya terpijak duri ke, kena gigit haiwan berbisa ke, kan susah. Sekarang jangan dibuat tak mandi malam lepas balik kerja. Bau masam jer. Image
12 Jangan bergambar bertiga, nanti mati seorang — Sewaktu fotografi dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Inggeris, kos bergambar masih terlalu mahal. Sesi fotografi kemudian dikhaskan untuk pasangan mempelai di studio gambar. Larangan bergambar bertiga juga berkait rapat dengan […] Image
[…] kehadiran ‘orang ketiga’ yakni pengganggu rumah tangga. Pada mulanya, taboo bergambar bertiga dikhaskan untuk LELAKI + PEREMPUAN + LELAKI atau LELAKI + PEREMPUAN + PEREMPUAN sebelum diseragamkan kepada ‘bertiga tanpa mengira jantina’ supaya tidak begitu ketara. […]
[…] Berbalik kepada ‘kos bergambar masih terlalu mahal’, orang dahulu kala berpendapat adalah merugikan seandainya cuma ada tiga orang sahaja di dalam gambar - melainkan mereka pasangan raja sehari. Sebab itulah foto zaman nenek moyang kita dulu sekampung ramainya.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with HELENA

HELENA Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @LVGIF

Feb 17
IMPORTANT: PLEASE DO NOT SKIP!!!

SILA TONTON video ini sekiranya anda tergolong dalam kategori di bawah:
1. Warga Singapura Pro-Palestin
2. Warga Singapura Beragama Islam
3. Warga Malaysia Pro-Palestin
4. Warga Malaysia Bekerja di Singapura

AMARAN: Anda sedang diperhatikan!
Image
Image
Camira Asrori, seorang warga Singapura pro-Palestin, berkongsi pengalamannya DITAHAN di Kastam Singapura sejurus pulang dari KL.

KRONOLOGI
Bila terkandas di laluan automatik pasport, mula-mula dia ingatkan sebab dia pakai coloured contact lenses.

Image
Dia pun pergi ke kaunter, tapi pegawai kastam ambil pasport dan suruh dia tunggu. Bila ditanya sebab apa, pegawai tak nak beritahu. Pegawai lain datang dan bawa masuk dalam bilik soal siasat. Dia tanya sekali lagi sebab apa, tapi cuma diberitahu ‘kamu akan tahu sebentar lagi’.

Image
Read 8 tweets
Oct 5, 2023
THE DARK SIDE OF PARENTING - Are You Monetising Your Children?

10 UNPOPULAR OPINIONS

Ibu bapa yang menggunakan anak sebagai konten media sosial lebih mengutamakan kehendak dan nafsu mereka berbanding keselamatan dan masa depan anak. Image
Ibu bapa yang menggunakan alasan ‘mama buat ni untuk masa depan kamu, senang dah ada duit simpanan’ tidak mengambil kira kehendak anak yang mungkin mahukan kehidupan serba biasa seperti kanak-kanak seusianya.

And one more thing, betul ke semua duit tu masuk tabung anak?
Trend berkongsi segala telatah dan emosi anak di media sosial tanpa mengambil kira persetujuan mereka boleh mendedahkan anak kepada ancaman buli oleh rakan-rakan sebaya.

-Eh, betul ke kau anak pungut, sebab tu mak kau tinggalkan kau kat toilet IKEA hari tu?
Read 11 tweets
Oct 6, 2019
‘Doktor BMW’ Dibelasah, Ini Penjelasan Si Suami.

Aiman Ariff Ahmad Amirudin berkata dia bertindak memukul doktor tersebut selepas amaran supaya tidak lagi bertemu isterinya dikenali sebagai Intan, 28, tidak diendahkan.
“Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya. Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat... tapi takkan solat selama tiga jam?”
Aiman menafikan dakwaan bahawa dia jenis cemburu buta dan kerap menuduh bukan-bukan terhadap isterinya.

“Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia. Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue”
Read 8 tweets
Feb 25, 2019
Intermittent Fasting / IF - Kurus Sambil Tidur:

Untuk yang masih terpinga-pinga dan tak tahu macamana nak buat, sis cadangkan awak buat 12 jam dulu.
Contohnya dinner 6:30 petang.
Breakfast 6:30 pagi.

Bila dah ok, buat 14 jam.
Dinner 6:30 petang.
Breakfast 8:30 pagi.
Lepas tu, buat 16 jam pula.
Dinner 6:30 petang.
Breakfast 10:30 pagi.

Tapi tak perlulah rigid sangat. Buat ikut keperluan. Kalau semalam ada kenduri 8:30 malam, esok skip breakfast dan terus lunch.
IF memang ‘puasa’ tapi bukan macam puasa Ramadan. Awak masih boleh minum, cuma tak boleh makan.

Kalau lapar, minum:
1. Air masak.
2. Air garam – garam bukit 1/2 sudu dengan air mineral.
3. Teh hijau.
4. Kopi.
5. Teh.

No 3, 4, 5 semua tanpa gula ya!
Read 5 tweets
Feb 4, 2019
Nak Guna BOSSKU? Jangan Sampai Kena Saman Sebab Trade Mark Itu Milik...

Perkataan BOSSKU mirip gelaran yang diberikan kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin. Di litar, Hafizh diberi nama jolokan ‘BO55KU’ sempena nombor bertuah ’55’ yang merupakan nombor perlumbaannya.
Lebih menarik, perkataan tersebut bakal menjadi tanda dagangan / trade mark buat Hafizh apabila dia membuat permohonan di MyIpo untuk menjadi pemilik hakcipta perkataan Bossku.

Hal ini didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Zaiful Zalizam.
Menurut Zaiful, permohonan Hafizh pada ketika ini masih lagi dalam proses dan sekiranya diluluskan, Hafizh bakal mempunyai kuasa untuk menyaman mana-mana pihak yang menggunakan perkataan ‘bossku’ pada produk tanpa kebenaran daripada pihaknya.

Nak kena saman bossku?
Read 4 tweets
Jan 7, 2019
FAKTA ANEH...
Suka tidur?
Senang tidur?
Tidur lebih 20 jam sehari?

Usah khuatir. Anda berpenyakit sebenarnya: Sindrom Kleine-Levin atau lebih dikenali sebagai sindrom Sleeping Beauty.

Foto: Mason Howe
Mason Howe, 11, yang tinggal di Callington, UK, disahkan menghidap sejenis penyakit —Sindrom Kleine-Levin atau lebih dikenali sebagai sindrom Sleeping Beauty— yang membuatkan dia tidur 20 jam sehari kadangkala sehingga beberapa minggu sekali.
Punca penyakit itu tidak diketahui tetapi dipercayai diwarisi secara genetik. Dia mendakwa mengalami episod pertama penyakit tersebut ketika berusia enam tahun.
Ibu bapanya memberitahu, Mason akan tidur sekitar 20 jam sehari dan sering berada dalam keadaan separa sedar.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(