Profile picture
amirulhanafy 🇲🇾 @amirulhanafy
, 23 tweets, 5 min read Read on Twitter
Kalau korang tengok animasi Coco, mesti korang suka dengar lagu "La Llorona" yang dinyanyikan oleh watak Mama Imelda dan Enersto. Yeah, lagunya catchy dan suara penyanyi sangat lunak.

Lagu ini sebenarnya ada 'cerita' yang tersendiri.

Dan ya, ini adalah bebenang.
La Llorona merupakan cerita rakyat Mexico yang mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Maria. Maria anak orang susah, miskin gila, memang papa kedana. Tapi, dia ni cantik. Sangat cantik sehinggakan menjadi tumpuan jejaka di pekan dia tinggal.
Pada suatu hari, seorang pengembara dari daerah lain datang ke tempat dia, untuk berdagang. Sewaktu dia berurusan, dia terpandang pada kejelitaan yang dimiliki oleh Maria dan lelaki ni cuba nak tackle Maria dengan menghadiahkan beberapa barangan yang agak mewah.
Disebabkan Maria orang susah, pemberian lelaki ini membuat dia sangat senang hati dan akhirnya jatuh cinta pada lelaki ni. Maka mereka menjalinkan hubungan cinta tanpa memandang darjat.
Kahwin atau tidak, aku tak tahu. Tapi, Maria melahirkan sepasang anak kembar lelaki hasil jalinan cinta dengan lelaki berkenaan. Ayah lelaki ni tak suka hubungan dia dengan Maria disebabkan Maria ni orang miskin. Dan lelaki ni, agak termakan hasutan si ayah.
Seperti biasa, lelaki ni sentiasa keluar masuk pekan untuk mengembara dan berdagang sehinggalah pada satu hari, dia pergi dan tidak pulang. Hanya meninggalkan sekeping nota di atas meja untuk Maria. Apa isi surat tu? Tak ada siapa tahu.
Maria sedih dan sentiasa sendu. Tiap-tiap malam menangis, nantikan kekasih yang tak kunjung pulang. Membuatkan dia rasa hidup dalam keadaan yang sangat sempit disebabkan tiada lagi kemewahan untuk dibekalkan pada dirinya sendiri dan anak kembar dia.
Lagi parah, bila pemergian partner Maria ni menjadi buah mulut orang kampung. Sudah la hidup dalam keadaan kesempitan, diumpat pula oleh komuniti bawang setempat, membuatkan dia rasa makin down untuk meneruskan kehidupan.
Pada satu malam, ketika Maria hendak pulang ke rumah, dia lalu jalan tepi sungai. Sedang berjalan, ada kereta kuda hendak lalu dari arah belakang dia dan dia pandang orang dalam kereta kuda tu.
Pabila mata bertentang mata, dia sedar yang penumpang kereta kuda itu adalah laki dia. Tapi.......dalam carriage tu juga ada seorang wanita yang sangat cantik, berpakaian mewah. Dia terdiam sambil memandang, memeluk kedua-dua anak kembarnya.
Kereta kuda tu berhenti, dan lelaki itu keluar dari carriage kemudian mendekati Maria. Tanpa memandang maria, dia hanya membelai anak kembar dia dan berkata "Suatu hari nanti, ayah akan datang ambil kamu untuk memberi kemewahan kepada kamu". Kemudian dia blah.
Dia blah masuk dalam carriage, and kereta kuda itu meluncur laju tanpa rasa ragu-ragu (wah). Tapi Maria sedih. Sedih yang amat sangat. Sedih tahap lahantat. Laki dia hanya sayang pada anak kembar mereka sahaja, tidak sekalis pandangan pun diberikan untuk Maria, membuatkan Maria..
Hilang pertimbangan dan mencampak kedua-dua anak dia ke dalam sungai yang arusnya deras. Take note guys, depression will kills you. Dia overthinking nak mampus sampai tak boleh kontrol emosi dia dan pandang sahaja anak kembarnya mengalir dibawa arus deras. Kemudian....
Dia sedar yang perbuatan dia tak rasional. Terkebil-kebil dengan tindakan dia sendiri, dalam keadaan cuak & panik dia cuba menyelamatkan anak-anak dia dari kejahatan tangan sendiri & terjun ke dalam arus yang deras, cuma menyelamatkan anak-anak dia namun, mereka lemas, dan mati.
Maria dan anak-anaknya mati dalam satu tragedi sahaja. Dan tersebar berita tentang kehilangan Maria dan anak-anaknya disetiap pelusuk kampung. Namun kisah Maria tidak tamat begitu sahaja, orang sekitar melaporkan kejadian aneh. Mereka sering mendengar tangisan yang mendayu-dayu.
Hampir setiap malam, orang kampung terdengar tangisan dan rintihan Maria, "Anak aku, mana anak aku?!". Bukan sekadar menangis dan merintih, seringkali juga Maria mengganggu orang kampung dengan memunculkan dirinya. Dia tiba dari arah belakang, dia pegang bahu mangsa dia dan...
Apabila kau pandang, dia sedar yang kau bukan anak dia. Dia akan mengamuk dan menangis dengan lebih kuat sebab dia nak cari anak dia. Ini kalau mangsa dia orang besar, lain pula cerita kalau budak-budak.
Apabila dia ganggu budak, dan budak tu bukan anak dia, dia akan campak budak tu dalam sungai seperti dia campak anak-anak dia. Ada juga melaporkan bukan sekadar campak, dia akan culik atau bunuh dengan kejam, disebabkan laki dia curang.
Cerita ini diturunkan generasi ke generasi, dan masyarakat Mexico sekarang menanggap kisah Maria itu sebagai folklore untuk menghalang anak-anak mereka dari keluar rumah, seperti mana kisah Kuchisake-onna dari Jepun.
Mereka menggelar kisah Maria ini sebagai La Llorona, atau tafsiran dalam lirik lagu "Cry baby", namun maksud sebenar dari Lagenda La Llorona ini adalah "Wanita Yang Menangis".
Sekian, Lagenda La Llorona, rujukan pop-culture yang menginspirasikan kisah Maria ke dalam naskah filem dan cerita antarabangsa. Tutup salam.
Ada permintaan suruh story pasal gadis mulut kena gunting dari Jepun. Insya Allah esok bro story. Follow la bro hiks.
Kuchisake-Onna is here, baby. Nah, for you <3
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to amirulhanafy 🇲🇾
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!