Profile picture
Cheryna Glass @cheryna27
, 59 tweets, 28 min read Read on Twitter
Hari ni baca artikel pasal kuih muih di Malaysia. Jumpa gambar ni @malaymail (2016)

Very informative.
Lepas ni tak payah nak tanya, "Ni kuih apa?" sebab dah check 👌🏻
Malaysian kuih: A marriage of flavours and cultures

malaymail.com/s/1087719/mala…
Bila makan something, aku suka check pasal asal usul makanan, resepi dan tempat yang paling famous dengan makanan tu.

Tapi nak cari pasal kuih ni macam susah sikit. Orang kita tak rajin research & update; walaupun wikipedia.
Seri Muka

Ini kuih favourite. Pandan kat atas, pulut kat bawah. Kecik-kecik dulu arwah atuk akan belikan lepas solat Subuh untuk breakfast.

Bila Google, rupanya kat Singapore diorang panggil kuih ni Puteri Salat. Salat who? I also don't know 😅
Kuih Lapis

Kuih Lapis ni macam bendera Malaysia kan? Diperbuat oleh tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, santan, gula.

Tapi kalau Google, kue lapis dikatakan dari Indonesia. Kuih Lapis - dari Malaysia, Singapore, Brunei. Bahan sama, ejaan je lain 💁🏻
Kuih Cucur/Cucur Jawa/UFO

Kuih cucur ni nenek aku untuk minum petang. Tahun 2014, aku upload gambar kuih ni kat IG. Rupanya macam-macam nama termasuklah kuih UFO 😂

Bila Google, aku jumpa nama lain:
✅ Thailand: khanom chuchun
✅ Indonesia: kue cucur

Kuih Asia Tenggara? 🤔
Apam

✅ Apam Polkadot
✅ Apam Beras
✅ Apam Gula Hangus
✅ Apam Gandum

Pada aku, Apam Polkadot paling cantik tapi kurang sedap. Apam Beras, Apam Gandum & Apam Gula Hangus lebih traditional.

Tapi kalau kau Google perkataan Apam (kuih), kau hanya jumpa resepi, no story.
✅ Sri Lanka: Appam
✅ Malaysia: Apam
✅ Indonesia: Kue Apem

Aku cubalah Google kuih "Apam".
Tapi yang keluar "Appam".

"Appam" ialah pancake breakfast orang Sri Lanka. Ada macam-macam jenis & macam-macam nama.

Kue Apem Indonesia yang leper sikit tu.
Tapi kuih apam yang paling aku suka ialah Apam Daun Rambai/Apam Johol.

Bahan & rasa dia lebih kurang Apam Gula Hangus, tapi bau tak sama. Apam Daun Rambai dibalut pakai daun rambai, jadi wangi sikit.

Berita Harian ada artikel pasal Apam Daun Rambai:
bharian.com.my/node/91908
Apam Balik

#TIL: Apam Balik ada banyak nama!!!

Ban Jian Kuih, Chin Loong Pau, Min Chiang Kueh, Martabak Manis, Terang Bulan, Martabak Bangka, Kue Bandung, Apam Pulau Pinang, Kuih Haji, Kuih Malaya.

Terpulanglah nak claim yang mana satu 😜
Puteri Ayu

Aku tak tahu siapa yang cipta Puteri Ayu dan kenapa nama dia Puteri Ayu. Dari apa yang aku baca, Puteri Ayu ni spesies apam jugak dan yang membezakan kelapa putih masin dekat atas.

Kuih ni best beli utk buka puasa.
Setakat ni tak jumpa lagi nama di negara lain.
Apam Puri/Karipap Apam

Pernah jumpa kuih ni dekat bazaar Ramadan. Bila akak tu cakap nama kuih ni karipap apam, aku rasa nak gelak.

Rupa macam karipap, kulit macam apam & isi macam kuih ketayap.

Pening.
Kuih Ketayap

✅ Malaysia: Kuih Ketayap/Kuih Gulung
✅ Brunei: Kuih Lenggang
✅ Indonesia: Dadar Gulung
✅ Singapore: Kuih Dadar
✅ Sri Lanka: Surul Appam

Tepung, garam, telur santan, kelapa & gula merah. Banyak betul nama kuih ni. 💁🏻
I'm stuck in a traffic jam, so I'm going to just continue twitting about kuih muih. 💁🏻
Curry Puff & Epok Epok

Aku ada baca satu article best dari Singapura. Siapa yang biasa tengok rancangan masakan mesti pernah dengar Makansutra.

Katanya:
✅ Singapore (Curry Puff) - Left:
Pengaruh British

✅ Malaysia (Epok Epok) - Right:
Pengaruh Portugis
Honestly masa aku baca article Makansutra ni, aku nak tergelak pun ada.

But let's read this with an open mind:
Curry Puff and Epok epok are NOT the Same?

makansutra.com/stories/3/1237…
Di Malaysia, selalunya orang selalu hanya akan tanya tentang inti karipap - kentang, sardin ataupun angin.

Kuliy karipap ada dua - karipap biasa (kiri) atau karipap pusing (kanan)

Makansutra's definition is a bit different. Karipap pusing adalah curry puff sebenar.
Kalau kau baca lagi artikel lain, Epok epok adalah nama karipap di Johor. Karipap diberi nama "curry" puff sebab inti kari kentang dalam karipap. Epok epok berintikan sayur.

Aku tak tahulah pemahaman org Singapore & Malaysia ni tak sama ke apa, yang penting karipap berisi.
Kalau bukak wikipedia pulak, ada macam-macam nama dan filling karipap.

Katanya dekat Singapore ada karipap durian. Myanmar pulak letak daging itik dalam karipap. Hanya Thailand panggil nama yang sama & letak inti yg sama dalam karipap mereka.
Pada aku tak kisahlah siapa yang cipta karipap ni, yang penting isi karipap kena cukup & sedap. Kalau kau buat karipap giant tapi inti keledek lenyek, tak boleh pergi jugak 😅
Bagus jugak aku Google karipap hari ni. Baru aku tahu yang karipap sebenar adalah karipap pusing yang dicipta di Singapura hasil inspirasi dari Cornish pastries yang dibawa oleh British.

Yeah. I'm trying to keep a straight face while typing this. So, next kuih.
#TIL: Cucur di Brunei 🇧🇳🇧🇳🇧🇳
#TIL: Cucur Jawa/Kuih Cucur di Sabah & Sarawak

Bukan penderam.
Diorang panggil penyaram/penyaram/pinyaram/penjaram.
Kalau di Semenanjung:

Left: Denderam/Peniaram/Kuih Telinga Keling

Right: Kuih Cucur/Cucur Jawa

Beza tau dua kuih ni.
Rupa tak sama.
Yang kiri lebih manis dan keras.
Yang kanan lembut dan garing di tepi.
Denderam/Kuih Telinga Keling

Ini ada artikel dari @staronline pasal Denderam:

"Inspired by an Indian snack, denderam has become a popular Hari Raya kuih."

thestar.com.my/news/community…
Kalau baca artikel The Star pasal denderam tu, budak perempuan yang jual denderam tu dari Rembau & resepi denderam diturunkan dari generasi terdahulu.

Benda ni tak menghairankan. Dekat kedai-kedai cendol lama di Negeri Sembilan, ada jual denderam. Sekarang jual tepi jalan.
Tapi kira decent jugaklah artikel ni. Typical orang Rembau jarang panggil kuih denderam. Kami selalunya panggil kuih tingo koleng (kuih telinga keling).

Honestly, we are still using that name dengan orang kampung. Tapi demi menjaga sensitivity, nama kami cuba guna denderam 💪🏻
#TIL: Ini nota utk oustation.

Thank You! 👍🏻

#TIL: Coq Neram

Pembuatan denderam ni mudah dan murah. Sebab tu kuih ni senang dapat tempat di mana-mana.

Ini pulak artikel dari Indonesia yang aku jumpa masa Google denderam.

"Kue Denderam Riau, Jajanan Pasar Si Keling nan Legit yang Cocok untuk Teman Minum Kopi atau Teh."

m.potretnews.com/berita/baca/20…
Aku lagi suka bentuk denderam sebelah kiri dari denderam kecik dan komersial di sebelah kanan.

Yang sebelah kiri lebih lembut, kurang manis dan klasik.
Kuih Cincin

Left: Denderam
Right: Kuih Cincin

Tak sama!
Yang kiri ni banyak kat Semenanjung. Yang kanan ni kuih Sabah & Sarawak. Kuih Melayu Brunei.

Kawan-kawan aku kat sebelah sana selalu kirimkan Kuih Cincin sebelum balik ke Semenanjung. Sedap. Kurang manis.
Lepat

✅ Lepat Pisang
✅ Lepat Ubi
❌ Lepat Jagung

Pagi tadi pergi beli breakfast. Jumpa lepat pisang & lepat ubi je. Masa buat laundry, saja Google pasal lepat.

Baru tahu ada lepat jagung pakai kulit jagung. Tapi tak pernah makan pun! 🤔
Cikgu KH aku masa form 1 ajar buat lepat pisang. Aku rasa itulah pencapaian hidup aku yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Aku tak pandai buat kuih atau baking sangat.

Jadi lepat pisang yang mendapat pujian guru KH adalah satu betul kejayaan. Cuma ia tidak diulang 😜
#TIL: Kuih Lepat selain pisang & ubi. Rupanya selain lepat jagung (tak pernah try)

✅ Lepat Liat (dari utara)
✅ Lepat Labu
✅ Lepat Sagu
✅ Lepat Keledek

Phewww. Semua ni aku tak pernah jumpa kat kedai. Google resepi dan buatlah sendiri 🤔
Stop jap pasal kuih.
Nanti sambung mencari & membaca lagi 💪🏻
Found this article from @goaseantv :

7 Nyonya Kuih You Must-Have in Southeast Asia

goasean.com/7-nyonya-kuih-…
Kuih Bingka

Kuih Bingka (Bengkang) ada macam-macam jenis:

✅ Bingka Ubi
✅ Bingka Pandan
✅ Bingka Labu
❌ Bingka Kelapa
❌ Bingka Gandum
❌ Bingka Berkuah

Yang ❌aku tak pernah jumpa, Google pun macam tak banyak info. Paling famous of course bingka ubi.
Kuih Bakar/Kuih Kemboja

Left: Kuih Bakar
Right: Bingka Pandan

Ramai orang samakan 2 kuih ni tapi tapi pada aku Kuih Bakar lagi best sebab dia lagi tradisional. Kuih Bakar selalunya tak hijau sangat sebab guna air pandan. Bau pun best sebab bakar dalam bekas bunga ni.
Ada orang panggil Kuih Bakar - Kuih Bombay. Celah mana Bombay aku tak tau. Tapi kuih ni best bila dia buruk. Kerak-kerak sikit.
Story pasal Kuih Bakar dalam @hmetromy 👌🏻
google.com.my/amp/s/www.hmet…
Akok

Something I learned from @Wikipedia . Rajinnya orang Kelantan update pasal kuih diorang. #respect
Article from @NST_Online on akok.
You should read! 😀

"Lagi kedut akoknya, lagi sedap.”

nst.com.my/news/2016/09/1…
Ni artikel pasal Akok Risda kat @bharianmy tahun ni. Artikel ni aku baca masa bulan puasa kalau tak silap 🤔

"3,000 biji akok habis dalam masa 6 jam"

bharian.com.my/berita/wilayah…
Aku nak jalan-jalan kejap.
Lepas ni nak sambung baca pasal kuih apa pulak? 🤔
Rempah Udang: Udang
Pulut Panggang: Kelapa
Pulut Lepa: Ikan

Tapi lepas tu bila aku baca resepi satu-satu, pulut panggang ada udang kering & isi ikan. 😅

Rempah Udang ni resepi Nyonya. Pulut Panggang sinonim dengan Melayu. Pulut Lepa di pantai timur. Rupa semua sama ✌🏻️
Kuih-kuih yang berasaskan pulut:

✅ Pulut Sambal (golek dlm kelapa)
✅ Pulut Inti (balut dgn daun pisang)
✅ Kuih Pulut (Bee Koh Nyonya)
✅ Pulut Tai Tai (kuih biru)

Semua unik & sedap. Tapi leceh nak membuatnya. Bee Koh tu je aku jarang jumpa.
Resipi Pulut Tai Tai ada dalam AFC.
Aku jarang dapat makan kuih ni. Nak buat sendiri pun tak reti sebab dia makan dengan kaya.
asianfoodchannel.com/en/recipes/pul…
Kuih Koleh Kacang

Kuih favourite aku. Dulu aku panggil kuih ni Kuih Johor sebab selalunya makan dekat rumah orang Johor/dekat Johor.

Tapi bukan semorang pandai buat kuih ni. Ada satu blog ni best, dia tunjuk step by step 👍🏻

norazlitaaziz.blogspot.com/2015/08/kuih-k…
Left: Kuih Kasturi/Kuih Rengas/Cucur Kacang Hijau

Right: Kuih Koleh Kacang

Dua-dua diperbuat daripada kacang hijau. Kuih Kasturi tu banyak jual tepi jalan & kantin 💁🏻
Kuih ni kat tempat korang panggil apa?
Burger Malaysia
Pau Sambal
Donat Sambal

Ada lagi ke nama lain?
RT untuk Keria
Like untuk Donat
Artikel @Star2dotcom pasal keria. Siap ada step by step & gambar-gambar ❤️️

"Today, let’s celebrate the Malaysian doughnut – kuih keria."
star2.com/food/recipes/2…
#TIL: Kedua-dua pengasas Kuih Keria Antarabangsa, Limbongan, Melaka dah meninggal pada tahun 2018.

Innalillah.
Kuih Keria Gula Melaka ni sedap jugak. Tapi semua orang ada resepi sendiri so kadang-kadang bila dah banyak sangat tempat menjual kuih keria, terpaksalah kita memilih.

Aku suka yang macam ni. 👌🏻
Cek Mek Molek

Ni antara kuih berasaskan keledek yang aku suka. Seperti akok, nak membaca & research bukan main senang sebab orang Kelantan update wiki BM 👍🏻

Dulu ada staff aku akan belikan pagi-pagi buat breakfast. Makan panas-panas. Sedap.
Cucur Badak

Entah dari mana badak dapat nama, aku pun tak tahu. Puas aku Google asal usul Cucur Badak, semua berakhir dengan misteri.

Kesedapan kuih ini bergantung kepada inti kelapa kat dalam & keledek yg dipakai. Savoury 👌🏻
Hah yelah yelah aku stop tuit pasal kuih. Besok aku sambung lagi time engkorang tengah tengok Zamani kat Gegar Vaganza 😜
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Cheryna Glass
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!