The Letter to Suri

“Aku tak tahu Man. Mungkin rumah ni ada simpan.. Mungkin aku kena cari.. Kau rasa? Apa?”

- Shah Darman.
“Biar seribu tahun, atau walau selama apa sekalipun, aku akan terus menunggu. Tersenyum menantikan kepulanganmu.”
Dalam perjalanan ke sebuah tempat. Di sebuah kampung yang terpencil dalam negeri Melaka.

11 February 2017, 2:30 PM.

Shah Darman, atau lebih senang dipanggil sebagai Shah. Berusia 22 tahun.

Shah memandu sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam.
“Shah, nanti belok kanan.” Kata Farouk Darman, ayah kepada Shah Darman.

Shah memulas steering dan belok ke kanan.

Ibu dan adik lelaki Shah, sedang nyenyak tidur di seat belakang.
Setibanya Shah sekeluarga ke destinasi..
.
.
“Rumah sape ni Yah?” tanya Shah.

“Rumah moyang kita.” jawab Farouk, ayah Shah.
.
.
“Sayang, bangun. Kita dah sampai.”

“Ibu. Radhi. Sampai dah ni.” panggil Shah.
Sebuah rumah tradisional melayu. Yang berusia 140 tahun. Terbiar tidak dijaga. Rumah dua tingkat.

Dibina dengan gaya seni bina melayu lama. Agak luas. Dengan bumbung curam. Masih gah.

Jarang-jarang Shah melihat rumah tradisional melayu. Shah agak teruja.
Shah mematikan enjin kereta. Farouk mengeluarkan sebatang rokok, dan dia hisap.

Sambil memerhatikan rumah peninggalan keluarganya di depan mata.

Agak lama Farouk menatap tajam ke depan.
.
.
“Yah, buat apa lagi sini. Cakap nak ambil barang.” tegur Shah.
“Bang, kat mana ni?” tanya Radhi.

“Rumah moyang... Kau jauh sikit. Abang nak hisap rokok dengan ayah.” jawab Shah.
.
.
Ibu Shah, Azura. Dia berjalan menghampiri suaminya. Dan memeluk erat lengan suaminya.
.
.
“Awak rasa, barang tu ada dalam rumah ni?” tanya Azura kepada Farouk.
“Ya. Kalau bukan rumah ni, kat mana lagi Ju.” jawab Farouk.
.
.
Radhi berjalan ke arah rumah.
.
.
“Adi, sini!” panggil Farouk.
Shah agak hairan melihat reaksi ayahnya.

Farouk, yang masih menghembuskan asap rokok, menggigil perlahan.

Jarinya yang memegang puntung rokok, terketar-ketar.

Kakinya sedikit bergoyang.
“Yah?” panggil Shah.
.
.
Farouk tersedar dari lamunan. Dia membaling puntung rokok ke tanah dan dia pijak dengan tapak kaki.
.
.
“Jom, kita masuk dalam rumah.” ajak Farouk.
Selepas menaiki tangga di serambi rumah,

Farouk membuka perlahan-lahan pintu rumah.

Pintu rumah agak berdebu. Farouk memasuki rumah.

“Radhi, Shah, tolong buka semua tingkap.” arah Farouk kepada anak-anaknya.
Shah dan Radhi bergerak di setiap sisi rumah untuk membuka tingkap.

Rumah ni ada 5 Anjung. Ada dua ruang rehat atau dipanggil sebagai Rumah Ibu.

Ada 6 buah bilik. Dan satu bahagian Dapur.
Shah bergerak ke satu sudut rumah, Pelantar Rumah. Dia jumpa satu tangga. Dia naik, dan menuju ke tingkat dua.

Bunyi tangga dipijak oleh Shah, jelas kedengaran.
.
.
.
Farouk berada dalam bilik tidur pertama. Dia cuba membuka laci dan almari. Mencari sesuatu.
Azura berada di dalam bilik tidur kedua, juga seperti mencari sesuatu.

Radhi bergerak ke bahagian dapur. Untuk membuka tingkap.

Shah berjalan menaiki tangga. Dan setibanya dia di tingkat dua, Ada dua ruangan tamu yang dipisahkan dengan satu tirai kain.
Kain berwarna kuning. Shah memegang kain kuning dan dia cuba hidu,

Wangi. Masih wangi

Masa dia hidu kain kuning, dia seolah-olah sedang membayangkan satu suasana yang tenang.

Dia berjalan menuju ke tingkap,

Dia masih memegang kain kuning, mengalunkan kain tu, sambil berjalan
Sesampainya di tingkap, dia buka dan kemudian, deruan angin masuk melalui tingkap menghembus muka Shah.

Satu perasaan yang sungguh tenang dan Shah, bagaikan ternoda dengan suasana bilik dan angin yang mendamaikan.
Ruang di tingkat dua agak gelap, dengan hanya satu tingkap terbuka.

Kemudian, Shah membuka kesemua tingkap.

Ruang menjadi terang.

Banyak perabot-perabot lama masih lagi kukuh terpacak di ruangan tingkat ni.
Angin menerpa masuk ke dalam tingkat dua melalui tingkap-tingkap.
.
.
.
“Shah.” panggil Farouk. Farouk berada di belakang Shah. Shah berpaling,

“Ayah, dah berapa lama rumah ni takde orang duduk?” tanya Shah.
“Cantik rumah ni. Sekarang waktu petang, tapi sikit pun tak rasa panas. Tu yang pelik tu.” sambung Shah.
.
.
“Dah hampir 50 tahun takde orang duduk rumah ni.”
.
.
“Gulp!!” satu degupan kencang di dada Shah.
50 tahun, satu jangka masa yang lama. Tapi bukan itu yang membuatkan Shah terkejut.
.
.
Tidak dijaga. Tidak berpenghuni.
.
.
Hanya pintu masuk yang berdebu, tetapi di dalamnya,
.
.
Kemas dan bersih

Perabot-perabot antik, masih lagi nampak kukuh dan tegap menghiasi halaman tamu..
Ya. Ianya seperti,

Rumah ini baru sahaja dikosongkan dalam beberapa hari yang lepas.
.
.
Benar sekali.
.
.
Rumah ini, seperti,
.
.
DIJAGA.
“Dalam rumah ni, banyak barang-barang cantik.

Setiap barangnya, menyimpan banyak kenangan, rahasia, suka duka, dan cinta.” kata Farouk.
.
.
Shah mengekori belakang Farouk.
.
.
“Cermin ni, pemberian nenek moyang Shah kepada isterinya. Nama isterinya, Melati.” sambung Farouk.
Cermin yang dipegang oleh Farouk, masih lagi bersih. Cuma ada sedikit debu yang masih boleh dimaafkan.

“Kenapa ayah tak pernah bawak Shah dan Radhi datang sini?” soal Shah.
.
.
Farouk hanya mendiamkan diri. Kemudian dia memegang satu sisir rambut yang berukiran burung merak.
Kemudian, Farouk membuka laci meja cermin, dia mengambil dan memegang satu utas rantai.

Rantai leher, permata delima merah.
.
.
“Rantai siapa tu ayah?” tanya Shah.
.
.
Shah berjalan menghampiri Farouk. Dia cuba melihat barang-barang yang berada dalam laci meja cermin.
Farouk meletakkan rantai yang dipegangnya, ke atas meja cermin.

Kemudian dia mengambil sekeping kertas usang yang ronyok dan kekuningan
.
.
“Surat?” bisik Shah dalam hati

Shah memandang ke arah cermin, tiba-tiba..

Apa yang dia lihat, air mata keluar berlinangan di mata Farouk.
“ZOSHHHHH” satu kepulan angin masuk menerpa melalui tingkap.
.
.
“BAM!”

Shah tersedar dari lamunan dan berganjak ke belakang, melanggar pagar serambi rumah, di depan pintu masuk rumah.
.
.
Muka Shah dalam ketakutan. Peluh menitik di pipinya. Mulutnya ternganga.
Farouk sedang memegang pemegang pintu rumah, dia berpaling ke arah Shah,

“Shah, kenapa Shah?”
.
.
“Takde.. Takde pape. Shah, tersadung ke belakang.” jawab Shah.
.
.
“Hati-hati sikit. Rumah ni rumah lama. Kang patah pagar tu, kau terjatuh ke belakang.” kata Farouk.
Farouk kemudiannya, membaca sesuatu secara berbisik sebelum membuka pintu rumah.

“Sreeett..” bunyi pintu lama dibuka.

“Shah, Radhi, masuk dalam rumah, buka semua tingkap.

Lepas tu, duduk kat anjung ni. Jangan bergerak ke mana-mana, jangan sentuh apa-apa.” arah Farouk.
“Yang paling penting dan mustahak, jangan cuba-cuba pergi ke tingkat dua.” sambung Farouk.
.
.
“Tingkat dua?” bisik Shah dalam hati.
.
.
“Ayah ulang, jangan sesekali pergi ke tingkat dua. Faham?” arah Farouk kepada anak-anaknya.
Shah dan Radhi mengangguk perlahan. Kemudian, mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah.
.
.
Mata Shah terbeliak. Kakinya menggigil. Ini kerana, apa yang dia lihat sekarang, adalah tidak sama dengan apa yang dia lamunkan sebentar tadi.
.
.
Isi rumah ini begitu usang dan berdebu.
Usang, bersarang dan berdebu.

Dengan bauan yang tidak menyenangkan.

Ya, seperti tidak pernah dihuni oleh sesiapa pun selama berpuluh-puluh tahun.
.
.
.
“What the...fuck!” carut Shah dalam hati.
“Ju, cuba awak tengok kat bilik empat. Saya cari kat tingkat dua.” kata Farouk.

“Shah, Radhi, tunggu kat anjung.” sambung Farouk.
.
.
“Ibu, kita nak cari apa?” tanya Radhi.

“Takde pape sayang. Tunggu kat bawah ea.” jawab Azura.
“Bang, asal ayah dengan ibu macam pelik hari ni? Kita cari apa kat sini?”
.
.
Shah hanya mendiamkan diri. Susunan perabut dan reka bentuk dalam rumah di tingkat satu, begitu mirip dengan lamunannya tadi.
.
.
Rasa ingin tahu Shah semakin membuak-buak. Apa yang ada di tingkat dua.
“Radhi, tunggu sini kejap. Abang nak ikut ayah.”

Shah berjalan menuju ke pelantar rumah. Kemudian, dia menaiki tangga menuju ke tingkat dua.
.
.
Kain kuning, pemisah antara dua ruang tamu. Sama! Sama seperti apa yang Shah lihat dalam lamunannya.
.
.
“Oh...Shit!” bisik Shah.
Ada 8 tingkap di tingkat dua, semuanya terbuka. Angin menerpa melalui tingkap. Kain kuning beralun-alun lembut.

Farouk sedang memeriksa perabut-perabut di dalam kedua-dua ruang tamu.
.
.
“Sama. Sama! Susunan perabut pun sama! Perabut pun sama! Cermin?!” bisik Shah.
“Ayah, cari apa? Kita cari apa dalam rumah ni?” tanya Shah.
.
.
“Kau buat apa kat atas ni?! Ayah cakap suruh tunggu kat bawah kan?” balas Farouk.

“Tak.. Tak, Shah nak datang, tengok.. Kot Shah boleh tolong.”

“Kau turun sekarang Shah.”

Shah memegang kain kuning ditepinya.
.
.
Shah mengalunkan kain kuning di tangannya.
.
.
“Rumah ni..

Berpuaka ea ayah?” tanya Shah.

Farouk memandang tajam ke arah Shah.
.
.
“PAMM! PAMM! PAMMM!!” bunyi tingkap terbuka dan tertutup, seperti dilibas angin.
Farouk berdiri tegak, dia memandang ke sekelilingnya.
.
.
.
“Dia datang.” kata Farouk.
.
.
.
“BAMMM!!! BAMMMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!!”

Bunyi kesemua tingkap di tingkat dua, terbuka dan tertutup seperti dilibas-libas angin.
“Ibu!!!” jerit Radhi di tingkat bawah. Radhi berlari ke arah Azura.

“Abang! Turun bang!” jerit Azura.
.
.
Shah melilaukan matanya ke semua tingkap di tingkat dua. Kemudian dia memandang ke arah Farouk.

Mulut Farouk terkumat kamit. Seperti membacakan sesuatu.
Farouk mengeluarkan sebilah keris dari pinggangnya. Dia tarik keris dari sarung keris. Keris yang mempunyai 13 Luk.

Kemudian dia pacakkan bilah keris ke lantai. Dia keluarkan seutas tasbih dari poket seluarnya,

Dengan mulut terkumat kamit, dia melafazkan kalimat-kalimat Allah.
Farouk mengeluarkan seuncang beras dari poket kiri seluar, dia taburkan ke tapak tangan kanannya,

Dengan lafaz,

ALLAHUAKBAR!!!

Dia melempar, melibaskan butiran beras ke setiap penjuru ruangan tingkat dua
.
.
Suasana kembali tenang, pintu-pintu tingkap berhenti tertutup terbuka
Badan Shah menggigil. Kakinya bergoyang. Jari-jemarinya terketar-ketar. Peluh menitik ke lantai. Dia menggenggam erat kain kuning di tepinya.
.
.
.
“SREETTT BAMMMM!!!!”

Farouk di tolak sehingga terpelanting ke meja cermin. Cermin retak. Keris tercabut dari pacakan di lantai.
“Ayah!!!” jerit Shah.
.
.
“SHINGGGG!!!” telinga Farouk berdesing, seolah-olah telinganya mendengar satu pekikan yg tak dapat didengar oleh Shah

“KAU TAKKAN DAPAT APA YANG KAU CARI!!! KAU PULANG TINGGALKAN RUMAH PUSAKA NI!!!”
.
.
Farouk terus membacakan ayat-ayat suci di bibirnya
Kemudian...

“TINGGALKAN XXXXXXXXXXX!!!!”
.
.
Selepas satu suara menghabiskan ayatnya,

Mata Farouk terbeliak, dengan riak muka yang dalam kemarahan.
.
.
“Shah!!!! Pacak balik keris ke lantai!!!” jerit Farouk.
Shah melompat ke arah keris yang tercabut dan dia pacakkan kembali ke lantai.

Kemudian dia berlari ke arah Farouk. Dia papah Farouk yang rebah bersandarkan meja cermin.
.
.
.
“Cepat yah!! Kita keluar! Kita keluar dari rumah ni!!” jerit Shah.
Shah memapah Farouk dan turun ke tingkat satu. Azura dan Radhi sedang berpelukan ketakutan di anjung rumah.
.
.
“Bang, cepat bang! Shah cepat!” jerit Azura sambil melambaikan tangan ke arah Shah supaya bergerak lebih cepat.
.
.
Mereka berlari dan menuju ke depan pintu rumah.
“BAM!” pintu masuk rumah tertutup kuat.
.
.
Radhi cuba membuka pintu rumah.

Clack! Clack!” pintu rumah seolah terkunci.
.
.
“Radhi, pegang ayah!” jerit Shah.
.
.
“BAMM!! BAMM!! PRAK!!” Shah menendang pintu masuk dan kemudian, pintu itu terbuka dan tercabut.
Shah kembali memapah Farouk dan bergerak menuruni tangga. Kemudian berlari-lari anak ke arah kereta.
.
.
Shah merebahkan Farouk di seat belakang. Kepalanya beribakan Azura. Radhi duduk di seat depan.

“Vroom!! Vroom!!”

Shah start enjin kereta.
Shah memasukkan gear reverse, dia pulas steering, kemudian dia masukkan gear D, dan dia tekan pedal minyak sekuat hati.

“VROOMM!!!!”

“Fuck!! Fuckk!!! Siang hari kot siang hari!!!” bisik dan carut Shah dalam hati.

Dia memandang Farouk yang sedang kesakitan di seat belakang.
“VROOMMM!!!”

Kereta Toyota Vios yang dipandu Shah, meluncur laju di jalan berpasir dalam kampung.

Ada beberapa orang kampung yang memerhatikan pecutan kereta Shah.
.
.
.
“Bingai punya kereta. Laju nak mampus. Bergambat dengan hantu ke?” kata seorang lelaki.
“Dorang datang dari rumah tu.”

“Anak cucu cicit Darman?” balas seorang lelaki tua.
.
.
.
Shah masih memandu dengan laju. Dia menunggu masa yang sesuai untuk mempersoalkan segala kejadian yang berlaku sebentar tadi.

“Bang! Apa jadi kat tingkat dua?” tanya Radhi
Shah, berdiam diri. Soalan Radhi tidak berbalas. Dia fokuskan matanya ke depan. Memandu selaju mungkin.

“Bang!” panggil Radhi

“Eh kau diam kejap boleh tak?!” jerit Shah.
.
.
Radhi terkejut dengan reaksi Shah

“Kita bawa ayah pergi klinik dulu. Lepas tu kita bincang.” sambungnya
Bandar Kinrara, Puchong.

13 February 2017, 10:00 PM.

Shah, Radhi dan Farouk berada dalam satu bilik. Bilik membaca.

Farouk mengambil sebuah buku dari rak buku di penjuru bilik.

Shah dan Radhi duduk di atas kerusi berhadapan dengan sebuah meja membaca.
Farouk menghempas buku ke atas meja membaca.

Kemudian dia duduk atas kerus secara perlahan-lahan. Luka dan kesakitan di bahagian belakang badannya, masih terasa.

Dia nyalakan sebatang rokok.
.
.
“Buku ni, atok yang bagi. Sebelum ayah kahwin.” Farouk memulakan bicara.
“Buku ni, menyimpan sejarah, keluarga Darman.”
.
.
“Sejarah, tentang susur galur keturunan kita. Dari tahun 1890, sampai sekarang..” sambung Farouk.

Farouk membuka helaian terakhir
.
.
Nama Shah Darman dan Radhi Darman tertulis di beberapa helai muka surat terakhir.
Kemudian, Farouk membuka helaian tengah,

Ada penulisan berbentuk penceritaan, penerangan, dan beberapa kejadian yang direkodkan.

Selain itu, gambar lama sebuah rumah melayu tradisional.

Ya, rumah yang baru saja dua hari lepas, mereka kunjungi.
Shah agak teruja, mendengar penjelasan ayahnya. Sama sekali dia tidak menyangka, bahawa keluarganya mempunyai catatan sejarah yang berusia lebih 100 tahun.
.
.
“Jap yah. Shah tak faham lagi. Ayah tak cerita lagi, benda yang jadi kat rumah lama tu. Ada kaitan dengan buku ni ke?”
Farouk membuka satu helaian, terpampang satu lukisan. Lukisan seutas rantai, permata delima merah.

Mata Shah Darman terbeliak melihat gambar seutas rantai yang sangat mirip, dalam lamunannya di rumah lama dua hari lepas.
.
.
“Yah, Shah ada benda nak bagita...”
“Rantai ni peninggalan arwah nenek moyang kita.” celah Farouk.

“Usia rantai ni lebih 250 tahun. Dalam buku ni ada catatan tentang rantai ni. Nama rantai ni,

Du Sang Sur La Rubis.”
.
.
“Atau apa yang nenek moyang kita panggil sebagai,

Rantai Darah Delima Merah”
“Dalam rekod sejarah, rantai ni missing. Hilang, tenggelam dalam sejarah.

Ahli sejarah, ahli arkeologi, ahli sains, dorang semua cari rantai ni sejak beratus tahun tapi tak jumpa!

Dalam ni, dalam buku ni!

Ada!” jelas Farouk dengan bersungguh-sungguh.
“Keturunan kita, bergenerasi, mencari rantai ni tapi tak pernah jumpa.

Moyang korang, ayah tok korang, atok korang, dorang cari rantai ni tapi tak pernah jumpa!

Tapi ayah yakin, rantai ni masih ada.

Dalam rumah lama tu!” sambung Farouk.
“Tapi masalahnya, rumah lama tu..

DIJAGA!”

Farouk menyalakan rokok yang kedua.

“Benda yang jadi dua hari lepas, pernah terjadi 25 tahun yang lepas.

Masa tu, ayah sebaya kamu Shah.

Atok bawa ayah ke rumah tu. Cari rantai tu. Tapi kitorang tak jumpa.”
Radhi berada dalam ketakutan, setelah mendengar cerita ayahnya.

Shah cuba membelek-belek helaian dalam buku.
.
.
“Mana hilang catatan sebelum tahun 1890?” soal Shah.
.
.
“Hilang.
.
.
Cukup untuk malam ni.” balas Farouk sambil menutup buku dan mematikan bara rokok.
Shah seakan masih belum puas mendengar cerita ayahnya.
.
.
“Yah, sape Melati?”

Farouk memandang tajam ke arah Shah. Dia berjalan menghampiri Shah.
.
.
“Mana kau dengar nama tu?”

“Ayah yang bagitahu.”

“Bila?”

“Masa kat rumah lama.” jawab Shah.
.
.
Farouk memandang ke arah Azura di belakang Shah. Azura berada di pintu masuk bilik membaca.

Matanya dalam kerisauan. Apabila Farouk memandangnya, Azura menggelengkan kepalanya perlahan.
.
.
“Ibu?” panggil Shah. Dia berpaling ke belakang.
“Masa Shah kat rumah lama tu, depan pintu masuk, Shah nampak dalam rumah tu bersih. Macam ada orang jaga.”
.
.
“Shah, kejap..” celah Farouk.

“Lepas tu Shah naik tangga, Shah pergi tingkat dua..”

“Shah berhenti kejap..” celah Farouk lagi sekali.
“Shah buka semua tingkap. Lepas tu ayah datang tegur Shah dari belakang..”

“Shah!! Ayah cakap berhenti kau berhenti!” tengking Farouk.
.
.
Radhi dalam ketakutan. Dia berjalan memeluk Azura di depan pintu masuk.
Farouk memandang ke arah Azura. Memberi satu isyarat bahawa,

“He needs to clarify something”
.
.
Farouk menongkat kedua-dua belah tangannya ke atas meja. Dan dia memandang ke mata Shah
.
.
“Shah kau jawab soalan ayah ni. Kau nampak, kat mana rantai tu?”

Shah mengangguk perlahan
“Dalam laci, meja cermin.”
.
.
Farouk telah menyelongkar kesemua ruangan dalam tingkat dua. Meja cermin yang dikatakan Shah turut diselongkar olehnya.
.
.
“Ayah dah cari kat meja tu takde! Kat mana?!”

“Shah, Shah cerita satu persatu apa yang Shah nampak.” kata Azura
“Awak diam Ju!!

Abang peduli apa cerita si Shah ni macam mana!!

Apa yang abang nak tahu sekarang,

Kat mana rantai tu!! Shah!!

Kau jawab sekarang!!

Kau nampak “DIA” bawak rantai tu pergi mana??!!” tengking Farouk.
.
.
Shah menggigil. Farouk seperti dirasuk.
“Shah.. Shah tak tahu ayah. DIA pegang rantai tu, dia letak atas meja cermin.”
.
.
Dengan pantas, Farouk bergegas ke bilik tidurnya.

“Bang, abang nak pergi mana??” tanya Azura kegelisahan.

Kemudian, Farouk menyalin pakaiannya. Dia selit sebilah keris di pinggang.
Dia capai seutas tasbih di dinding. Dia masukkan satu uncang beras dalam poket kirinya.
.
.
“Kalau Shah nampak rantai tu ada dalam rumah tu, bermakna memang rantai tu ada dalam rumah tu!”

Farouk berjalan laju ke pintu rumah.

“DIA cabar abang Ju!

Dia cabar keturunan abang!!”
“Lebih seratus tahun keluarga Darman terkena sial!!

Rasul! Yaakob! Salleh!!

Dorang semua DIA boleh pedajal!!

Tapi bukan Farouk!”
.
.
“BAMM” Farouk membuka dan menghempas pintu rumah ke dinding.
“Bang jangan bang. Kita pergi siang hari. Bukan malam.

Kita bawak Shah sekali nanti. Kalau abang nak rantai tu, kita kena bawak Shah, kita tunggu esok pagi...

Ju tak sedap hati abang pergi malam ni. Tolong Ju kali ni. Dengar cakap Ju.” pujuk Azura.
Farouk memandang ke mata Azura.

Tidak!

Sedikit pun tidak melemahkan semangat Farouk untuk mencari seutas rantai di rumah lama peninggalan nenek moyangnya.

Rantai Berdarah Delima Merah.

Seorang lelaki separuh abad, begitu gigih, ingin mencapai matlamatnya.

Kenapa.
“Ju..

Abang akan buat apa saja, asalkan Ju boleh sihat semula.

Kita dapat rantai ni, kita kaya Ju. Abang boleh tanggung kos rawatan.

Takde guna abang hidup di dunia ni kalau Ju hilang di mata abang.” kata Farouk.
.
.
Kemudian, dia mengambil kunci kereta di tepi pintu.
Farouk buka pintu kereta, buka enjin kereta.

“VROOOMM!!! VROOOMMM!!”

Farouk menekan pedal minyak dan meluncur laju meninggalkan rumahnya.

———-

Di bilik membaca, Shah tekun meneliti setiap helaian di dalam buku peninggalan keluarganya..
Rasa ingin tahunya menebal. Apakah sejarah yang tercatat dalam keluarganya.

Bayangan siapa yang menyerupai ayahnya di rumah lama.

Sisir rambut berukiran burung merak.

Rantai Berdarah Delima Merah.

Meja cermin yang usang.

Sepucuk surat. Surat? Surat siapa?
Shah terus membelek. Membelek dan membelek setiap halaman

Sehingga terpampang satu gambar di halaman 35

Gambar hitam putih, seorang wanita berpakaian kebaya

Bersanggul. Gambar yg tersenyum. Cantik. Shah seolah-olah terpukau

Shah membaca nama di bawah gambar,
.
.
.
Meriam Hawa
“Meriam.. Hawa.” Shah meraba halus gambar di halaman 35.
.
.
“1858 - 1890” Shah membaca butiran tentang Meriam Hawa.
“Sape perempuan ni? bisik Shah dalam hati.
.
.
Azura berjalan ke bilik membaca.

“Ibu? Ayah pergi mana?” soal Shah.
.
.
Azura hanya mendiamkan diri.

“Ayah pergi rumah lama.” jawab Radhi.
Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.

14 February 2017, 12:05 AM

Farouk memecut laju Toyota Vios Hitam. Fokusnya hanya satu,

Rumah lama tinggalan arwah nenek moyangnya.

Matlamatnya,

Rantai Berdarah Delima Merah,

Atau pernah dikenali sebagai,

“Du Sang Sur La Rubis”
.
.
25 tahun yang lalu,

March 1992, 6:00 PM
.
.
“Dah bergenerasi keturunan kita cari rantai tu dalam rumah ni.

Tapi sorang pun tak jumpa. Kita cari tempat yang diorang dah cari. Kita bazir masa.” kata Rasul Darman, ayah kepada Farouk Darman.
Rasul Darman. Seorang lelaki yang berusia 54 tahun pada tahun itu.

Memakai kopiah putih, seluar slack hitam dan berbaju kemeja putih.

Farouk Darman, yang berusia 24 tahun, berada di samping Rasul Darman di tingkat dua, di rumah lama, rumah pusaka.
“Kenapa semua orang cari rantai tu?” tanya Farouk sambil menyalakan rokok dengan sebatang mancis.
.
.
“Rantai bersejarah. Tinggi nilainya.” jawab Rasul sambil mengeluarkan sebilah keris dari belakang seluar.

“Kalau mahal, kenapa kita tak jual je sebelum ni?”
Rasul melumurkan bilah keris dengan perahan buah limau nipis.
.
.
“Rantai tu rantai warisan keluarga kita Farouk. Banyak cerita di sebalik rantai tu.“
.
.
“Hahaha! Inilah orang tua-tua. Sentimental. Warisan la apa la. Nak buat apa? Simpan dalam peti buruk??” balas Farouk.
.
.
.
“DUMMM!! DUMMM DUMMM!!” bunyi perabut-perabut di tingkat dua bergoncang, menghentak lantai dan dinding.
.
.
.
“Farouk..... Ayah dah cakap....mulut jangan celupar!”
.
.
“SREEETTTT!!!” Sebuah kerusi terheret laju dan terbaling ke arah Farouk.
Rasul yg sedang melumur air limau nipis di bilah keris,

Melepaskan buah limau nipis ke lantai,

Dia mengangkat dan menghalakan tapak tangan ke arah kerusi yg dibaling kpd Farouk.

“BAMMM!!!” kerusi itu terpelanting ke dinding, seperti ditolak dengan angin dari tapak tangan Rasul
Farouk menggigil. Seumur hidupnya, itu adalah kali pertama dia melihat dengan matanya sendiri,

Kelibat Bangsat Seekor Saka!

“Farouk! Berdiri belakang ayah!”
.
.
“Farouk berlari ke belakang Rasul seperti anak kecil yang ketakutan.”
.
.
Mulut Rasul terkumat-kamit.
Rasul memgambil langkah perlahan.

Dia berjalan ke depan, dengan tangan kiri memegang sebilah keris, dan telapak tangan kanan dia hembuskan sesuatu
.
.
Suasana senyap. Kemudian, Rasul menghalakan tapak tangannya ke depan
.
.
“PAMMM!! PAMM!! PAMMM!!” bunyi tingkap terbuka tertutup
“SREEEETTT SREEEETTT SREEEETTT!!!!”

Kerusi, meja, peti kayu dan almari, habis terseret ke dinding.

Kain-kain kuning dan jendela berkibar seperti dihembus taufan.

Kemudian,
.
.
“SHINGGG!!!!!” Satu bunyi nyaring bertempik di telinga Rasul dan Farouk.
“ANAALAAURIDUZZALIK!!!”

Jerit satu suara yang bergema nyaring dalam tingkat dua.

Badan Rasul terundur ke belakang. Bibirnya terketar-ketar membaca, melafazkan ayat-ayat suci.

“Dengan nama Allah Subhanahuwataala!! Pencipta Agung Segenap Alam!!! Sebut nama kau!!!!” jerit Rasul.
“TIDAK BISA!! ITU TIDAK BISA!!!

“Kenapa??!!”

“KAU!!! ANAK CUCU CICIT HABIB!!!

“Siapa Habib??!!”

“HABIB DARMAN!!!!!”

"Allahuakbarrrr!!!!" Laungan kalimah pujian bagi Allah oleh Rasul, bergema satu rumah.
Tingkap di tingkat dua terbuka dan tertutup seperti dipukul-pukul angin kencang.

Rasul membuka mulut dan memulakan bacaan Ayat Kursi..

"Allahulaillahailla.."
.
.
"ALLAHULAILLAHAILLAHUWALHAYYULQAYYUMM!!”

Makhluk itu, turut sama melafaz Ayat Kursi sejurus Rasul memulakan bacaan.
Darah mengalir keluar dari hidung Rasul. Kakinya mula bergoyang. Nafasnya semakin kencang.
.
.
Rasul mengenggam hulu keris secara terbalik dengan tangan kiri. Dan dia rapatkan hulu keris ke telapak tangan kanan.
.
.
"Aku, Rasul Darman!

Anak jantan Yaakob Darman!!!

Keturunan mulia Nabi Adam!!!

Makhluk Tuhan yang terpilih!!!!

Khalifah di muka bumi!!!!

Pantang keturunan aku jatuh!!!

Tersungkur!!!!!

Oleh kutukan kau wahai Hamba Iblis!!!!!

Allahulaillahaillahuwalhayyulqayumm!!!!!"
Setelah habis bacaan Ayat Kursi dilafazkan,

Rasul Darman dengan sekuat hati dan tenaga,

DENGAN KALIMAH

"ALLAHUAKBAR!!!!!"

Menikam lantai dengan keris di tangan kirinya

Kepulan-kepulan angin bertiup dari tempat tikaman keris, menerpa dan menutup kesemua tingkap di tingkat dua
Suasana dalam tingkat dua kembali senyap...gelap...
.
.
.
“SREEEETTTTTT!!!!! BAMMMM!!!!!”

Rasul Darman ditarik dan dibaling ke dinding.
.
.
“Ayah!!!!” jerit Farouk.
.
.
.
“TAKK! TAKK! TAKK!!” bunyi sesuatu sedang merangkak ke arah Farouk.
Farouk jatuh tersungkur ke belakang. Kedua-dua tangannya tertongkat di belakang. Dia mengengsot tubuhnya ke belakang.
.
.
.
“TAKK!! TAKK!! TAKK!!” bunyi semakin hampir.
.
.
“TAKTAKTAKTAK!!” semakin hampir!
.
.
“TAKKK!!”

Satu wajah perempuan berambut panjang,

Bermata merah,

Berdarah leher,

Berbibir pucat,

Menjelma di depan muka Farouk dalam jarak 2 inci!
.
.
.
.
.
.
—————

“PEEEPPPPP!!!” bunyi hon kereta.

14 February 2017, 12:30 AM

“Astaghfirullahalazim!!” Farouk mengucap panjang. Dan cuba mengawal steering kereta.

Kejadian 25 tahun lepas di rumah lama peninggalan nenek moyangnya,

Kembali bermain di dalam fikirannya.
Farouk mengenggam kemas steering di tangan. Dia keluarkan sebatang rokok, dan dia nyalakan.

Dia buka cermin, dan dia hembus asap rokok berkepul-kepul.

Tenang..

Wajah perempuan yang muncul di mulanya 25 tahun lepas, masih jelas dalam ingatannya.
Ya.. Masih jelas. Jelas di dalam ingatan Farouk Darman. Bentuk matanya, panjang rambutnya, pucat bibirnya. Masih jelas

Jelas.. Sangat jelas.

Apakah ianya menghantui Farouk?

Atau hati Farouk telah berpaut kemas kepadanya?

Atau mata Farouk telah terpukau oleh pandangan matanya?
August, Tahun 1882.

Di sebuah kampung (kini dipanggil Kampung Kundang, Selangor)

5:30 PM
.
.
.
Seorang lelaki yang berbaju melayu hitam, bersamping, sedang membuka gelanggang dengan satu aksi silat, atau seni silat.
Seperti menari,

Dengan tangannya membuka jari, mengeras seperti cakar harimau.

Bunyi gong, gendang dan terompet bersahut-sahutan.

Sorak sorakan dari semua orang kampung yg bertepuk tangan!

Hari ini adalah hari yg gembira!

Menyambut kepulangan sebuah keluarga

Keluarga Hawa!
“Lanun-lanun itu tidak akan lagi menjejakkan kaki ke kampung kita!!”

“Hidup kembali senang! Anak-anak kita boleh bermain pasir di pantai pada saban hari.”

“Lekas, kita raikan hari ini dengan hati yang gembira.”

“Ini semua mustahil terjadi kalau bukan kerana Keluarga Hawa!”
Sebuah kapal melabuhkan sauh berhampiran dgn sebuah jeti kayu

Ketibaannya disambut meriah
.
.
Seorang wanita berjalan keluar dari kabin kapal

Bunyi tapak kakinya jelas kedengaran ini kerana,

Orang-orang kampung yang melihatnya, terutamanya lelaki, terdiam,

Oleh kecantikannya.
Kecantikan yg mampu membuatkan semua lelaki terdiam dan kaku buat seketika.

Kecantikan yg membuatkan semua lelaki termimpi-mimpi akan wajahnya di dalam tidur

Seperti seekor merak di dalam taman

Bulan, bulan juga akan kalah terangnya berbanding dengan cahaya di wajah wanita ini
Dia adalah anak perempuan sulung kepada Damak Hawa. Puteri kesayangan.

Sering memakai sepersalinan kebarung biru laut dan berseluar panjang berwarna hitam.

Sampin songket berwarna hitam. Dan selendang putih dililitkan dilehernya.

Rambutnya panjang hitam mengurai.
Diberi gelaran sebagai,

“Merak Biru Dari Kayangan”

Kerana saat rambutnya dihembus angin, umpama seekor merak mengembangkan ekornya.

Juga digelar sebagai,

“Puteri Laut Yang Pertama.”

Kerana kepakarannya dalam mengendalikan kapal layar. Umpama laut dan dirinya, adalah satu.
Wanita melayu yang mampu membuatkan ikan-ikan di laut kelemasan kerana lupa bagaimana ingin berenang,

Wanita melayu yang handal dalam menggunakan senjata,

Menjadi kegilaan setiap lelaki dan juga kesemua lanun yang bermaharaja lela di lautan.

Namanya ialah,
.
.
.
Suri Hawa!
Semua pemuda kampung, terpegun melihat kecantikan Suri

Ada yg terlepas keris di tangan, tertikam di kaki,

Namun mereka tetap, terpaku melihat kecantikan Suri bak bidadari di depan mereka

Termasuk pesilat-pesilat yg rancak membuka langkah, terhenti apabila melihat kelibat Suri
“Harusnya anak raja, atau anak bangsawan saja yang layak memperisterikan si Suri ini.” kata seorang perempuan tua.

“Cantik.. Sungguh cantik sekali..” kata seorang pemuda.

“Mati dan hidup kembali sekalipun, belum tentu aku mampu memiliki wanita secantik ini.” kata pemuda lain.
Seorang lelaki lewat 50-an berjalan dari arah belakang Suri,

“Lekas Suri, mari kita turun. Ibu dan adik-adikmu menunggu di rumah.”

Suri menurut perintah ayahnya. Satu angkatan, atau skuad berbaju melayu merah seramai 40 orang,

Mengiringi keberangkatan Suri dan Damak.
Rombongan Suri dan Damak akhirnya tiba di sebuah rumah.

Rumah Kediaman Keluarga Hawa.

Sebuah rumah tradisional melayu yang cukup besar dan panjang.

Dengan kemegahan bumbung limasnya, tegak berdiri dengan 24 tiang, dan berwarna kehitaman.
Kepulangan mereka disambut oleh sanak saudara Keluarga Hawa.

Seorang wanita awal 50-an, tegak berdiri di hadapan tangga rumah, tersenyum melihat kepulangan puteri kesayangannya, Suri.

Dan dua orang pemuda kembar, masing-masing berusia 21 tahun, berlari ke arah Suri.
Daim Hawa dan Darus Hawa memeluk Suri Hawa.

Gembira apabila kakak sulungnya pulang dengan selamat.

Daim mengambil sebilah Parang Belitung di lipatan sampin pada pinggang Suri.

Dan Darus mengambil selaras senapang Spencer di tangan Suri.

Kemudian mereka bawakan ke dalam rumah.
Kemudian, Suri bersalaman dengan ibunya yang menunggu dengan sabar di depan tangga rumah.

Salwa Membunga.

Air mata menitik di pipi seorang ibu.

Resah dan gelisah yang terhapus setelah kepulangan puteri kesayangannya.
“Syukur Alhamdulillah. Anak ibu selamat pulang ke rumah.

Mari kita masuk ke dalam. Ibu sediakan masakan kegemaran Suri.

Mari, ibu bawa kan.” ajak Salwa kepada anaknya, Suri.
.
.
Suri menurut ajakan ibunya, dia berjalan menaiki tangga.

Langkahnya penat, namun tetap tersenyum.
“Whoosshh..”

Satu kepulan angin melintas di depan pintu masuk rumah kediaman keluarga Hawa.

Melibas lembut rambut Suri.
.
.
“Allah makbulkan doa kami, kau selamat pulang ke rumah, Suri.” kata seorang wanita yang berbaju kebaya merah, berkulit putih dan berambut panjang mengurai
“Alhamdulillah. Doa dari seorang saudara kepada saudara yang lain, pasti sampai, Allah Maha Mendengar.” balas Suri.
.
.
“Angin makin kencang, eloknya kita berehat di dalam rumah. Makanan telah terhidang untukmu Suri.” balas wanita itu.
Wanita yang tidak kalah cantiknya berbanding Suri Hawa

Anak perempuan kedua Keluarga Hawa

Perancang, dan strategis kepada Skuad Baju Merah Keluarga Hawa,

Wanita yg digelar sebagai,

“Bunga Mekar di Taman Syurga.”

Dengan jolokan nama Melati,

Nama yg diberi,
.
.
.
Meriam Hawa.
.
.
Satu suara kedengaran, memanggil satu nama.. Sayup kedengaran.
.
.
.
“Meriam Hawa..”

“Meriam Hawa!”

“Meriam Hawa!!”

“Meriam Hawa!!!”

“MERIAM HAWA!!!”
.
.
.
“ERGGHHHH!!” nafas Shah Darman tersekat dan dia terjaga bangun dari tidurnya. Matanya terbeliak ke atas.
Bandar Kinrara, Puchong.

14 February 2017, 1:15 AM

“Mimpi??” bisik Shah dalam hati.

Shah Darman baru saja dikejutkan dengan satu mimpi.

“Meriam Hawa? Melati?”

Shah cukup kenal dengan nama Melati yang didengarnya di rumah lama. Pemilik cermin di tingkat dua.

“Meriam Hawa?”
Meriam Hawa, gambar seorang wanita berkebaya di dalam buku peninggalan arwah nenek moyangnya.
.
.
Dengan sepantas kilat, Shah berlari menuju ke bilik membaca. Dia bukakan pintu sekuat hati dan dia capai buku lama arwah nenek moyangnya.
.
.
“Halaman 35! Halaman 35!” bisik Shah.
“Sama!! Muka sama!!”
.
.
Wanita berkebaya merah bernama Meriam Hawa di dalam mimpinya, adalah sangat mirip dengan wanita berkebaya di dalam gambar di halaman 35.

Ya, ianya adalah orang yang sama. Wanita yang sama.
.
.
“Asal aku mimpi macam tu sial??” bisik Shah.
Shah Darman menatap tajam ke arah gambar di halaman 35.
.
.
“Shah!!!” jerit Azura, ibu Shah Darman.
.
.
“Kenapa bu?”
.
.
“Ayah! Ayah accident!!”
.
.
Mata Shah terbeliak,

Nadinya seolah-olah terhenti seketika, dan masa..

Masa dirasakannya, bergerak dengan cukup perlahan...
Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban

14 February 2017, 12:45 AM
.
.
“Huhh..huhh..huhh..” nafas Farouk semakin berat dan pendek.

Kereta Toyota Vios Hitam miliknya berasap, terbaling jauh.

Darah menitik ke mukanya. Kedua-dua kakinya dan tangan kirinya, patah.
Bunyi angin sepoi-sepoi bahasa kedengaran, seolah-olah sedang meniupkan alunan sebuah lagu.

Bauan wangi menusuk ke hidung Farouk yang rebah meniarap.

Bauan yang membuatkan Farouk terlupa akan kesakitannya
.
.
Satu susuk tubuh langsing seorang perempuan, menjelma di depan Farouk
“Kau...sape..” tanya Farouk.
.
.
Perempuan itu berjalan semakin hampir dengan Farouk.

Farouk, yang dalam kesakitan, terpukau, oleh kecantikannya.

Seperti bidadari, puteri kayangan yang jatuh dari langit.

Sedangkan dia begitu sedar, makhluk di depannya,

Bukan lah manusia.
“Peep!! Peep!!” bunyi hon kereta dari belakang. Beberapa orang lelaki berlari ke arah Farouk.

“Call ambulance!!” jerit salah seorang dari mereka.
.
.
“Ja..jangan pergi lagi..sape nama kau..” laung Farouk tidak bertenaga.

Jelmaan perempuan tadi hilang dari pandangan Farouk.
Farouk dikejarkan ke hospital. Azura, Shah dan Radhi turut bergegas ke hospital.

Tiada siapa pun yang tahu, apakah sebenarnya yang terjadi kepada Farouk.

Dan juga perempuan yang menjelma di depan Farouk, kekal misteri.
Sejak dari hari itu, Azura berada dalam ketakutan. Seperti menyimpan sesuatu.

Shah Darman, cuba untuk merungkai rahsia yang terpendam dalam sejarah dan rumah lama keluarganya, tersekat dengan ketiadaan sumber.

Ya, begitu juga dengan misteri Rantai Berdarah Delima Merah.
Bandar Kinrara, Puchong.

17 February 2017, 8:30 AM.

“Ibu, Shah balik universiti dulu. Kalau ada apa-apa, call Shah. Shah balik rumah.” kata Shah kepada Azura.

Azura hanya mengangguk perlahan.

Shah mengemas barangnya, dan dia bawa sekali buku lama tinggalan keluarganya.
Cafe Kolej Kediaman ke-12,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

17 February 2017, 10:00 PM.
.
.
“Kau cakap ada benda nak bagitahu aku Shah. Apa benda?” kata Aman, kawan rapat Shah Darman.
Shah mengeluarkan sebatang rokok, dan dia nyalakan.
.
.
“Selamba badak kau je smoke sini, mana boleh!” tegur Aman.

“Ahh suka hati aku lah! Jap.” balas Shah sambil mengeluarkan telefon pintarnya.
.
.
“Kau tengok ni, kau tengok gambar ni.” kata Shah.
“Gambar rumah lama?” tanya Aman.

“Haah. Cuba kau tengok rumah ni. Kau rasa pape tak?”

“Ok jap.” jawab Aman.
.
.
.
.
.
“Hurm, tak nampak la Shah.” kata Aman.

“Betul ke? Bukan ke kau boleh tengok hantu ke?” tanya Shah.
“Palehotak kau. Mana nak nampak hantu dalam gambar.” jawab Aman.

“Oh tak boleh ea?”

“Yela mana boleh.”

“Dah tu?”

“Kalau nak tahu ada ke tak, kena pergi tempat ni.” jawab Aman.
“Rumah sape ni Shah?”

“Rumah lama keluarga aku.”

“Oh.. besar. Pastu?”
.
.
“Okay macam ni Man. Aku rasa aku boleh tengok hantu la. Macam kau.”

“Bukan senang Shah. Aku memang ada Saka.

Jadi aku boleh la tengok benda ghaib ni. Kan?” kata Aman sambil berpaling ke belakang.
“Kau bercakap dengan sape?” tanya Shah.

“Dengan Saka aku. Kat belakang ni. Kau nampak tak?” tanya Aman.

“Fuhh babi. Babi babi babi. Kau buat aku cuak sial. Bodoh la kau man!” carut Shah.

“Hahahaha! Okay-okay sambung cerita kau.” kata Aman.
“Okay macam ni.. Jap.. meremang sial bulu roma aku.” kata Shah.
.
.
“Okay sat.”

Aman memandang ke arah belakang Shah.

“Kau pergi main sana. Kau kacau la sape-sape. Tu ada couple tengah ringan kat tepi tasik. Kau kacau dorang. Nanti aku panggi balik.” arah Aman kepada Sakanya
“Okay Man macam ni. Empat hari lepas, ayah aku bawak aku satu family pergi rumah ni.” kata Shah sambil menghalakan jari telunjuknya kepada gambar rumah dalam phone.
.
.
“Dia kata, dia nak cari barang. Tapi tak jumpa.”
.
.
Shah menceritakan satu persatu peristiwa yang terjadi.
“Rantai Berdarah Delima Merah... Aku macam pernah dengar pasal rantai ni. Tapi aku lupa.” kata Aman.

“Cuba kau ingat balik. Sebab ni forst time aku dengar. Ok jap, aku bawak buku yang aku cerita tadi. Ni..” Shah mengeluarkan buku lama tinggalan keluarganya.
.
.
“Kau tengok.”
Shah menunjukkan gambar Rantai Berdarah Delima Merah kepada Aman.

“Haah. Du Sang Sur La Rubis. Nama ni aku ingat Shah.” kata Aman.

“Okay, apa yang kau ingat?”
“Keluarga aku keluarga dukun, kau tahu la kan.

Ada dulu la, dulu, dah lama dah, lebih 200 tahun dulu, ada satu keluarga ni yang simpan rantai ni.

Keluarga ni dulu mengamalkan ilmu hitam yang paling bangsat dalam sejarah.

Keluarga tu tak silap aku... Jap, ah aku lupa ni. Jap..”
“Keluarga apa man?” tanya Shah.
.
.
“Jap, aku nak cuba ingat ni.

Haah, Keluarga Yassir!

Dulu, lebih 200 tahun yang lalu, Keluarga Yassir yang simpan rantai ni!” jawab Aman.

(p/s : keturunan Yassir di mention dalam cerita Redemption of a Joker dan Redemption of an Illusionist.)
“Keluarga Yassir? Keluarga apa tu Man?” tanya Shah.
.
.
.
“Macam aku cakap tadi,

Keluarga Yassir adalah keluarga yang mengamalkan ilmu hitam paling bangsat dalam sejarah melayu!

Kau tak dengar ke aku cakap tadi??

Kewujudan keluarga ni dihapuskan dalam sejarah!” tegas Aman.
Aman menyambung penjelasannya..
.
.
“Dulu, lebih 200 tahun yang lalu, satu Keluarga Yassir kena bunuh secara beramai-ramai.

Bagaimana kena bunuh, takde dinyatakan la.

Keturunan dia dah pupus.

Aku tahu pun sebab nenek moyang aku masih pegang sejarah ni.” jelas Aman.
Aman masih menyambung penjelasannya..
.
.
“Hanya ada satu keluarga je yang berani lawan Keluarga Yassir ni. Keluarga aku pun tak berani.

Nama keluarga tu,

Keluarga Sadek!”
“Okay balik semula pada rantai tu.” kata Shah.

“Okay Keluarga Yassir ni simpan banyak benda yang telah disumpah.

Salah satunya rantai ni. Rantai ni missing.

Pengkaji-pengkaji sejarah, dorang cari rantai ni.

Rantai ni asalnya milik ahli kerabat diraja Perancis.”
“Aku serius tak sangka, rantai ni ada dalam simpanan keluarga kau Shah!” kata Aman.
.
.
“Takde Man. Bergenerasi ahli keluarga aku cari rantai ni, tapi tak pernah jumpa.” kata Shah.
.
.
“Kau yakin memang takde dalam rumah tu?” tanya Aman.
Shah memandang ke arah gambar rumah lama di dalam telefon pintarnya.
.
.
“Aku tak tahu Man. Mungkin rumah ni ada simpan.. Mungkin aku kena cari.. Kau rasa? Apa?” tanya Shah.
.
.
“Rantai ni penting untuk keluarga kau, aku rasa Shah. Kalau tak, ayah kau takkan bersungguh cari.”
“Aku rasa, kau kena pergi lagi sekali rumah ni. Mungkin kau jumpa benda yang kau cari.” kata Aman.
.
.
Sejarah keluarga.

Rantai Berdarah Delima Merah.

Suri Hawa.

Meriam Hawa, Melati.

Sepucuk surat yang kekuningan.

Banyak persoalan muncul dalam kepala Shah Darman.
“Aku pergi Man. Kau ikut? Boleh?”

“Takde hal. Cover makan minum, aku ON.”

“Kita pergi esok pagi.”

“Esok pagi?? Hahaha!”

“Asal kau gelak?”

“Kau nak berentap, kau nak cari rantai yang “BENDA” tu simpan, kau nak pergi waktu pagi??”

“Dah tu?”

“Macam ni, kita pergi malam esok.”
Kolej Kediaman Ke-12, Universiti Malaya.

17 February 2017, 11:30 PM

Shah Darman meneliti setiap halaman di dlm buku peninggalan keluarganya

Gambar Meriam Hawa, begitu cantik sekali. Sungguh cantik

“Ni kalau Meriam ni hidup zaman sekarang, confirm jadi Instafamous.” bisik Shah
Shah cuba mencari satu lagi gambar seorang wanita,

Suri Hawa.

Tapi tidak dijumpai.

“Siapa dorang ni? Keluarga Hawa?” bisik Shah.

Tiada penerangan yang diberikan dalam buku itu tentang Meriam Hawa, melainkan gambar dan tarikh hidup dan mati beliau.
“Apa kaitan perempuan ni dengan keluarga aku?” tanya Shah dalam hati.
.
.
“Mana Ajib ni?? Dah la aku sorang-sorang dalam bilik.” tanya Shah dalam hati. Ajib adalah roomate-nya.
.
.
Shah meneruskan belekan halaman di dalam buku.
Belekan, demi belekan.

Tangan Shah semakin keletihan.

Matanya makin layu.

Dalam kiraan, 3..

2..

1..
.
.
Shah Darman tertidur di atas meja study.
August 1882,

Di sebuah kampung (kini dipanggil Kampung Kundang, Selangor)

Rumah Keluarga Hawa.

11:30 PM.
.
.
“Assalamualaikum!! Assalamualaikum!!” jerit beberapa orang lelaki di luar rumah.
“Waalaikummussalam.” sahut Damak Hawa.

“Kenapa ramai-ramai datang ke rumah? Ada hal yang ingin disampaikan?” tanya Damak.
.
.
“Ada seorang lelaki terdampar di tepi pantai.

Memakai baju yang sepertinya, dari sebuah kumpulan lanun!

Kami minta Tuan Damak untuk datang periksa!”
“Baik, bawa saya ke sana!” kata Damak.

“Suri ikut juga ayah.” minta Suri Hawa.

“Kamu tinggal di sini saja Suri.

Lonjong! Jaga rumah. Mungkin ada lanun yang sudah pecah masuk kawasan kita!

Suri, ambilkan parang dan senapang ayah.” arah Damak.
Suri bergegas dan mengambil dua bilah parang dan selaras senapang.

Kemudian dia bawakan kepada Damak.
.
.
“Suri ikut. Ayah pernah bilang,

Perempuan,

Tidak kalahnya juga kepintaran dan kepandaian berbanding lelaki.

Suri ingin turut sama mempertahankan kampung kita” kata Suri
Damak tidak mampu menghalang permintaan anak perempuan kesayangannya.
.
.
“Ya, dan kamu juga tidak kalah degilnya berbanding lelaki.” kata Damak sambil tersenyum kepada Suri.
.
.
Mereka dua beranak, bersama beberapa orang ahli Skuad Baju Merah, bergegas ke pantai.
Sesampainya mereka di pantai.
.
.
Seorang lelaki yang memakai baju hitam dan seluar hitam, diikat dengan tali oleh penduduk kampung.

Tertera di belakang bajunya satu tulisan jawi berwarna kuning yang dibaca,

“Senja Merah”
Damak dan Suri menghampiri lelaki itu.

Riuh rendah suara orang-orang kampung yang meminta untuk dibunuh saja lelaki itu.

“Tuan Damak, seeloknya kita bunuh saja lelaki ini!”

“Ya. Siapa tahu, dia mungkin adalah mata-mata yang dihantar oleh puak lanun!!”
“Senja Merah...” Damak berbisik di dalam hati.
.
.
“Anak muda, kenalkan dirimu. Sebut nama mu.” arah Damak Hawa.
.
.
Lelaki yang berbaju hitam itu, mendongak kepalanya perlahan-lahan. Dengan penuh keletihan.
.
.
“Nama.. Habib.. Habib Darman.”
.
.
Shah Darman, meronta-ronta. Cuba untuk bangun dari lelapan.

Badannya menggigil.

Ini kerana, segala flashback ini, muncul dalam mimpinya.

Dan yang membuatkan Shah Darman meronta adalah,

Wajah Habib Darman,

Begitu mirip dengan wajahnya!
Namun, dia gagal untuk bangun dari tidurnya.
.
.
Seolah-olah, dipaksa untuk menyaksikan kejadian yang berlaku lebih dari 100 tahun itu di dalam mimpinya.
.
.
Lucid Dream.
.
.
Situasi dimana, sang pemimpi sedang “berjaga” di dalam tidurnya.
.
.
——-

“Ceritakan, apa tujuan kamu datang ke mari.” tanya Damak.
.
.
Habib Darman hanya mendiamkan diri. Tidak berdaya untuk bersuara.
.
.
“A...Air...Air..” minta Habib Darman.
.
.
“Suri, bawakan segelas air.” arah Damak.
.
.
Suri Hawa berjalan menghampiri Habib Darman.

Dia bawakan segelas air, dan dia halakan ke bibir Habib Darman.
.
.
“Bidadari? Di manakah saya sekarang? Di syurga?” tanya Habib Darman setelah meneguk segelas air dan memandang wajah Suri Hawa.
“CLACK! SHINGG!” Damak Hawa mengeluarkan sebilah parang dari sarungnya.

Dan dia halakan ke muka Habib Darman.
.
.
“Jelaskan sekarang, apakah tujuan kamu datang ke mari!

Pilih ayat-ayat kamu dengan benar.

Sekiranya tidak,

Leher kamu akan ku pancung!” kata Damak Hawa.
Habib yang telah diikat tangannya dan dijatuhkan tubuhnya,

Melutut di atas tanah, hanya berdiam diri dengan ugutan Damak Hawa.

Kemudian,

Habib Darman mengukirkan satu senyuman sinis

“Panjang parangnya Tuan.” kata Habib.
Damak Hawa merasa terhina dengan ejekan Habib Darman.

Damak mengangkat parangnya menghala ke langit..
.
.
Dan kemudian, dia melibas parangnya ke leher Habib Darman.
.
.
“ZASSSSSSSS!!!”
.
.
.
.
Dalam jarak dua jengkal sebelum mata parang memancung leher Habib Darman..
.
.
Habib Darman menolak tubuhnya ke belakang dan menundukkan kepalanya dari di pancung.
Kemudian dengan sepenuh tenaga yang berbaki,

Dia melompat ke arah Damak Hawa, dan dia menendang tangan kanan Damak yang memegang parang, dengan kaki kirinya.

Parang Damak jatuh ke tanah.
.
.
.
.
Dan ketika berada di udara, Habib menendang dengan kaki kanannya ke leher Damak Hawa.

Tetapi tendangan itu ditangkis oleh tangan kanan Damak.
.
.
Damak Hawa terundur ke belakang, hasil dari impakan tendangan Habib.
.
.
Kemudian Habib memusingkan badannya dan memberi tendangan terbang ke arah pemuda-pemuda kampung yang berada berhampiran dengannya,

Sambil, menggapai parang Damak di tanah.

Dan dengan menggunakan parang Damak Hawa, Habib Darman menghiris dan membuka ikatan tali ditangannya.
“SHINGG!! SHINGG!! SHINGG!! SHINGG!! SHINGG!! SHINGG!!”

Enam orang ahli Skuad Baju Merah menghunus parang ke arah Habib.

“CLACK! CLACK!”

Damak dan Suri mengacukan senapang ke arah Habib.
.
.
Habib memegang kemas parang di tangan, dengan lagak seorang pendekar.
Orang-orang kampung melaungkan kata-kata bunuh, penggal dan tembak kepada Habib.
.
.
“Tu kan!! Sudah saya katakan, lelaki ini pasti kuncu lanun yang ingin merosakkan kampung kita!!”

“Tuan Damak!! Bunuh saja lelaki ini!”
“Nama aku Habib Darman.

Tidak kira apa yang keluar dari mulut aku,

Aku tetap dihumban dan dijadikan tahanan sampai mati!

Daripada mati dalam penjara, lebih baik aku mati dalam bertarung!”
“Kata-kata yang berani, anak muda!” kata Damak
.
.
“CLACK!”

“BAMM!!” satu tembakan dari senapang milik Damak
.
.
Habib memegang hulu parang secara terbalik.

Dia menekan tapak kaki kanan ke tanah, dan membuat satu tujahan yang laju, ke arah Damak sambil mengelak bedilan senapang
“KACHINGG!!”

Libasan parang dari Habib, yang dituju kepada Damak,

Ditangkis oleh salah seorang ahli Skuad Baju Merah.

Kemudian dua orang lagi ahli Skuad Baju Merah menerpa ke arah Habib.

Masing-masing cuba menusuk badan Habib dengan parang mereka.
Habib menendang dada lawannya di depan,

Kemudian, dia berundur ke belakang.

Tusukan parang dari kiri dan kanannya, tidak mengena badan Habib,

Dan kemudian, Habib bergerak ke kiri dan ke kanan dengan rentak yang sangat laju.

Seperti menghilang dari mata kasar, di dalam gelap.
“ZASSSS!!! ZASSSS!!! ZASSSSS!!!”

Tiga libasan Habib ke tubuh 3 orang ahli Skuad Baju Merah.
.
.
“Mana dia??” kata salah seorang ahli Skuad Baju Merah.

“Ilmu hitam!! Lelaki ini guna ilmu hitam!!”

“ZASSS!!” seorang lagi ahli Skuad Baju Merah jatuh tersungkur.
“SURI!! TEMBAK!!” arah Damak.
.
.
“BAMM!!! BAMM!! BAMMM!! BAMMM!!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!! BAMMM!!!”
.
.
Tembakan demi tembakan dilepaskan oleh Damak dan Suri.

Namun tiada satu pun yang mengena.
.
.
Kemudian..
Habib sekali lagi menerpa ke arah Damak Hawa.

Dengan niat membunuh yang sangat kuat, mata Habib jelas kelihatan di dalam gelap, mata yang berwarna,

MERAH!
.
.
“KACHING!!!”

Libasan parang Habib kali ini, ditangkis oleh Suri Hawa.
“Pantang mata parang hinggap di tubuh ayahku!

Kalau kau mahu berdepan denganya,

Langkah mayat aku dulu!!
.
.
“KACHING!!”

Suri dan Habib, masing-masing berundur ke belakang.

Suri menghayun parangnya, dengan lenggok seorang srikandi wanita yang nampak gagah di mata.
Habib membuka langkahnya,

Seperti seekor harimau memburu kijang,

Seperti seekor helang memburu anak ular.
.
.
“Sayang sekali, tangan yang begitu halus dan lembut,

Layaknya menyuapkan nasi ke mulut saya,

Bukan berentap parang ke parang seperti ini.” ejek Habib kepada Suri.
“Kurang ajar!”

Suri menghayun parangnya kepada Habib.

“KACHING! KACHING! KACHING!! KACHING!!”

Libasan demi libasan. Lompatan demi lompatan. Pasir-pasir di pantai bertaburan mengaburi mata yang melihat.

Dua jasad yang bertarung, seolah-olah seperti seekor naga dan cenderawasih
Damak Hawa menunggu ruang yang sesuai untuk menyerang Habib.
.
.
Manakala Habib, begitu teruja bertarung dengan wanita secantik Suri Hawa.

Belum pernah selama ini, Suri Hawa mengambil masa yang lama untuk menewaskan seorang musuh.

Kekuatan Habib Darman, bukan calang-calang.
Dalam beberapa detik, Damak Hawa mengacukan senapangnya kepada Habib.
.
.
Dalam kiraan 3..

2..

1..

“BAMMM!!”

Tembakan dari senapang Damak.
.
.
Pertarungan antara Suri dan Habib masih lagi kencang berlangsung,

Peluru yang ditembak Damak, menghala ke tubuh Suri!
Habib memegang bahu Suri, dan dia menolak Suri jauh ke tepi

Kemudian, dia menangkis tembakan dari Damak menggunakan parang

“KETINGGG!!!”
.
.
Suri menjunam ke arah Habib. Dia patahkan kaki Habib dan dia acukan parang ke leher Habib
.
.
“Tangkap dia!!!” arah Damak kepada kuncunya
Habib Darman ditangkap, diikat dan dibawa ke Rumah Keluarga Hawa.
.
.
Satu sorakan gemuruh dari orang-orang kampung.

“BUNUH!! BUNUH!! BUNUHH!!! BUNUHHH!!”

“HIDUP DAMAK!! HIDUP DAMAK!! HIDUP DAMAK!!”
Rumah Keluarga Hawa, Kampung Kundang.

August 1882, 1:15 AM.

Tiga orang ahli Skuad Baju Merah, membawa Habib Darman ke dalam penjara bawah tanah, atau dipanggil,
.
.
Penjara Gelap.
Ini kerana, di dalam penjara ini, hanya ada satu alur cahaya yang menerangi ruang dalam penjara.

Sekiranya pada waktu malam, ruang penjara adalah gelap gelita.

Hanya lampu pelita yang menerangi jalan.
.
.
“Clack! Bam!” salah seorang lelaki membuka pintu penjara.
Kemudian dia menendang Habib Darman, terjunam ke dalam penjara.
.
.
Habib Darman tercampak.

Tangannya telah diikat. Dua orang lelaki mengacukan senapang ke muka Habib

Seorang lagi mengikat kemas kedua-kedua belah kaki Habib
.
.
“Clack! Bam! Clack! Clack!” pintu penjara dikunci
Habib Darman berseorangan di dalam gelap, di dalam penjara.
.
.
“Ahhh... Penat. Hahaha. Akhirnya.. Aku bebas.” kata Habib, bercakap seorang diri.
.
.
Habib mengimbas kembali kejadian yang berlaku sebelum dia terdampar di tepi pantai Kampung Kundang.
.
.
.
.
——————

Dua malam yang lepas.

Di sebuah kapal, di tengah lautan dalam.

11:00 PM

Satu pertarungan berlaku di antara dua buah kapal lanun.

“KACHING!! KACHING!! BAMM!! BAMM!!”
“SENJA MERAH!! SENJA MERAH!!” jerit seorang lanun.

“Siapkan senjata!!! Tembak!!”

“BAMM!! BAMM!! BAMM!!! BAMM BAMM!!”
.
.
Tiga orang lelaki, yang dikenali sebagai Skuad Bertiga Senja Merah, melompat ke atas kapal musuh.
.
.
“ZASSS!! ZASSS!!! ZASSS!!!!”
Hanya berbekalkan tiga bilah pedang,

Tiga orang lelaki ini, mampu membunuh hampir 20 orang lanun hanya dalam masa tak lebih 30 saat.
.
.
“Habib! Kali ini, kita dibayar dengan lumayan!

Jangan sampai kecundang!” kata seorang lelaki yang mengetuai Skuad Bertiga Senja Merah.
“ZASSSS!! ZASSS!! ZASSS!!”

30 nyawa...

“ZASSSS!! ZASSS!! ZASSS!!”

40 nyawa...

“ZASSSS!! ZASSS!! ZASSS!!”

60 nyawa...
.
.
60 nyawa telah tumbang di tangan Skuad Bertiga Senja Merah.
Habib melompat dari satu tempat ke satu tempat, bagaikan pelesit.

Kemudian, dia mencantas tiang-tiang agong kedua-dua kapal layar dengan libasan pedangnya.
.
.
“Kapten!!” jerit Habib kepada kapten Senja Merah.

Dia melontarkan pedang di tangannya.

Dan disambut oleh kaptennya.
“Sampai sini saja!! Aku berundur!!” Jerit Habib Darman.
.
.
“Habib!!” jerit kapten Senja Merah.
.
.
“Rantai ini aku simpan! Bagus untuk cari makan!! Semoga ketemu lagi kita berdua!!” jerit Habib Darman.
.
.
“Basyir!! Ikut aku!!”

Mereka berdua berlari mengejar Habib
Habib melambaikan tangannya, dan dia terjun ke dalam lautan dalam.
.
.
“Habib!!!!!” jerit kapten Senja Merah.
.
.
————-

Lamunan Habib terhenti.

Bunyi telapak kaki, kelibat manusia yang berjalan menuju ke penjara.

August 1882, 1:30 AM.

“Siapa??!” tengking Habib.
Satu susuk tubuh langsing seorang wanita. Wajahnya terang di dalam gelap, dihiasi cahaya lampu pelita.

Berbaju kurung tradisional melayu berwarna biru laut.

Rambutnya panjang mengurai.
.
.
“Ahh.. Srikandi cantik jelita rupanya. Apa hajat datang ke mari?” tanya Habib kepada Suri
“Kedatanganku ini, hanya sekadar hendak berterima kasih.” kata Suri.

“Untuk apa?” balas Habib.

“Peluru yang kau tangkis.”

“Itu adalah tugas aku sebagai seorang lelaki.

Aku paling tidak tahan, kalau melihat wanita tercedera.” balas Habib.

“Tapi kerna itu kau dipenjara.”
“Lebih baik dipenjara, dari hidup dalam dunia yang penuh kekejaman.

Bukan begitu, tuan puteri?” soal Habib.
.
.
Suri tersipu malu. Mukanya kemerahan.
.
.
“Cantik sekali wajahmu, pasti menjadi kegilaan pemuda kampung, bukan?” soal Habib.
Wajah Suri semakin kemerahan. Dia alihkan wajahnya.
.
.
“Aku bawakan sebekas hidangan untuk kau makan.” Suri menghulurkan bekas berisi nasi kepada Habib.

“Benar kata orang, wanita cantik itu tidak semestinya bijak. Tanganku terikat. Bagaimana mahu makan?” Habib bercanda.
“Kamu cuba untuk memperdayakan aku bukan?!

Untuk membuka ikatan tangan mu?” soal Suri sambil menghunuskan sebilah parang.
.
.
“Tidak.. Aku hanya minta, untuk disuapkan.” jawab Habib.
.
.
Suri meletakkan parangnya ke lantai.

Hatinya tersentuh.
Suri membuka bekas hidangan, dan dia cubit dengan jarinya yang lembut,

Kemudian, dia suapkan ke dalam mulut Habib.
.
.
Habib menelan nasi dengan gelojoh.

Suapan demi suapan.

Habib tersedak.

“Nah airnya.” Suri menghulurkan segelas air ke bibir Habib.
“Glup glup!... Ahhh... Tenang.. Tenang.. Terima kasih...err”

“Suri.. Suri Hawa.”

“Terima kasih Suri.”
.
.
“Aku pulang dulu. Nanti ayah bimbang aku tiada di kamarku.” jelas Suri.

“Baiklah. Hati-hati Suri.”
.
.
Suri Hawa berlalu, meninggalkan Habib Darman di penjara.
Rumah Keluarga Hawa.

August 1822, 2:00 AM.

“Suri, jangan selalu keluar malam. Kita banyak musuh.” tegur Meriam Hawa, juga digelar sebagai, Melati.

“Aku pergi ke Penjara Gelap.”

“Untuk apa??”

“Aku beri lelaki itu makan.”

“Jaga tingkahmu Suri. Jangan sampai ayah tahu.”
“Ingat. Dia masih lagi banduan yang harus kita siasat latar belakangnya, asal usulnya.

Jangan sampai perbuatanmu, meninggalkan barah kepada keluarga kita!”
.
.
“Aku tahu. Aku yakin dengan segala tindakanku. Aku yang bawakan dia ke dalam penjara. Bukan kamu.” balas Suri
Melati memandang tajam ke mata Suri.

“Jangan sampai ayah tahu, jangan sampai menyusahkan keluarga kita.” kata Melati.
.
.
Kemudian, mereka berdua, berjalan masuk ke kamar masing-masing.
Keesokkan paginya.

Penduduk Kampung Kundang digegarkan dengan satu serangan dari satu angkatan tentera lanun.
.
.
9:00 AM.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”
“Pertahankan kampung kita!! Pertahankan perempuan-perempuan kita!! Keluarga kita!!!” jerit seorang pemuda.
.
.
“Suri!! Kerahkan orang-orang kita!! Bawa semua senapang!!

Daim!! Darus!!

Bawa 10 skuad pertahankan orang-orang kampung!! Kita serang habis-habisan!!” jerit Damak
Melati berlari menuju ke Penjara Gelap.
.
.
“Clack! Clack! BAMM!” pintu penjara terbuka.

Melati mengeluarkan sebilah keris dan dia halakan ke muka Habib Darman.
.
.
“Ini semua berpunca dari kau!! Jelaskan!! Siapa kau untuk mereka!!” jerit Melati.
Melati cuba untuk menjadikan Habib sebagai tahanan.

Untuk menyekat kemaraan tentera lanun yang menyerang kampungnya.
.
.
“Siapa mereka?? Tiada hubungkaitnya dengan aku!!” jerit Habib.

“Bohong!! Kau jelaskan sekarang!! Sebelum aku tikam dada kau!! Sebelum aku ratah tulang kau!!”
“Melati!!!” jerit Suri dari jauh.

Melati dan Habib berpaling ke arah Suri.

“Lanun yang menyerang kampung kita,

Lanun Panji Timur. Bukan Senja Merah!”

Melati menarik kerisnya kembali.
.
.
“Lepaskan aku! Mungkin aku bisa membantu!” pinta Habib.

“Tidak! Sekali lagi kau buka mulut, akan aku kerat...!!” jerit Melati.

“Melati!” jerit Suri. Dia berjalan menghampiri Habib dan Melati.
.
.
“Sebut asal usulmu Habib.” tanya Suri.
.
.
“Salah seorang ahli Skuad Bertiga Senja Merah!

Skuad yang diupah untuk kerja membunuh!

Aku bukan lanun!” terang Habib tegas.
.
.
“Apa kau mampu membantu kami? Tanpa membelot kami?” tanya Suri.
.
.
“Ya! Aku akan pertahankan kampung ini dengan segala tenagaku!

Kekuatan aku, mampu merebahkan 100 orang lelaki dewasa hanya dengan tangan kosong!!”

“Bohong!! Kenapa kau sampai begini ingin membantu kami?!” tanya Melati.

“Untuk menebus dosa-dosaku!” jawab Habib.
.
.
.
.
“Dan, untuk mempertahankan tanah air yang kau cinta, Suri.

Kerna aku, telah jatuh cinta pada mu Suri.

Aku akan berbuat apa sahaja, asalkan kau gembira dan tenang..” sambung Habib Darman.
.
.
Ketiga-tiga mereka terdiam seketika.
Suri membuka ikatan di tangan dan di kaki Habib

“Suri!” tengking Melati

Habib bebas dari ikatan
.
.
Dia berjalan menghampiri Suri
.
.
“Izinkan aku...” kata Habib sambil mengambil sebilah parang di pinggang Suri
.
.
Rantai di leher Habib menyala merah. Matanya bertukar kemerahan
Habib mengenggam kemas parang di tangannya.

Dia pusing hulu parang secara terbalik.

Dia menekan tapak kakinya ke tanah.

Dalam kiraan..

3..

2..

1..

“ZHOOOSHHHH” Habib menerjah kakinya dan hilang dari pandangan mata Suri dan Melati.

Laju bagaikan angin. Bagaikan pelesit!
Suri dan Melati terpaku melihat kejadian di depan mata mereka.

Melati seolah-olah mula memandang Habib Darman dengan pandangan hujung matanya.

Mukanya kemerahan. Sesuai dengan gelarannya,

Bunga Mekar Di Taman Syurga.
“ZASSS!!! ZASSS!!! ZASSS!!

15 nyawa...

ZASSS!!! TING!! ZASSS!!! ZASSS!!!

35 nyawa...

ZASSS!!! ZASSS!!! TINGG!! TINGG!! ZASSS!!!

55 nyawa...

ZASSS!!! ZASSS!!! TINGG!! TINGG!!ZASSS!!!

70 nyawa...

ZASSS!!! ZASSS!!! ZASSS!!! ZASSS!!! ZASSS!!! ZASSS!!!”
“SREETTTT!!” Habib berhenti dan terseret di tepi pantai.

Dengan memegang kepala ketua lanun yang dia penggal.

Badannya penuh dengan darah.

Semua orang kampung, dan juga semua Skuad Baju Merah, termasuk Damak Hawa,

Terkesima.

Melihat perkara yang terjadi di depan mata mereka.
“Siapakah kau sebenarnya anak muda?? Jin?? Manusia berilmu hitam??” soal Damak Hawa yang berjalan tempang di tembak musuh.
.
.
Habib tercungap-cungap. Dia melontar kepala ketua lanun ke kaki Damak Hawa.
.
.
“Tidak! Huhh...Huhh...Huhh.” nafas Habib semakin pendek kepenatan.
.
.
“Aku hanyalah manusia, yang ingin menebus dosa-dosa lampau.” sambung Habib.
.
.
Kemudian, Habib terjatuh ke tanah.
.
.
Penduduk kampung bersorak-sorakan di atas kemenangan mereka.

“Bawakan dia ke rumah, sediakan tempat untuk merawat lukanya” arah Damak kepada Daim, anaknya.
Keesokkan harinya..

Rumah Keluarga Hawa, Kampung Kundang.

August 1882, 10:30 AM.
.
.
Habib Darman terlantar di atas katil. Ditemani oleh Suri di belah kanan, dan Melati, di belah kiri
.
.
Habib membuka matanya perlahan-lahan
.
.
“Bidadari? Dimanakah saya? Di syurga?” kata Habib
Suri dan Melati tersipu malu.

Masing-masing menyangkakan Habib telah memanggil mereka, bidadari.

Merak Biru Dari Kayangan.

Bunga Mekar Di Taman Syurga.

Hanya orang gila yang tidak terpukau dengan kecantikan Suri dan Melati.
“Air..” kata Habib perlahan.

Melati mengambil segelas air di tepi katil,

“Apa kamu masih mahu menikam aku?” tanya Habib bercanda.
.
.
“Ish.. Tidaklah. Aku takkan menikam orang yang telah menyelamatkan keluargaku.” jawab Melati lembut.

Dia halakan segelas air ke bibir Habib.
Suri memandang dengan penuh kecemburuan.

Melihat Melati mengambil kesempatan ke atas Habib.

“Tenang?” tanya Melati.

“Ya. Terima kasih Melati.” jawab Habib.

Habib cuba membetulkan tubuhnya. Dia cuba untuk bangun.

Suri merapatkan badannya ke tubuh Habib.
“Perlahan-lahan lah Habib. Lukamu belum sembuh.” kata Suri sambil memegang bahu Habib.

Melati memandang tajam ke mata Suri.

Kedua-duanya cuba, untuk mengambil perhatian Habib.

Demikianlah perempuan, rasa cemburu dan menagih perhatian itu, tidak dapat dipisahkan.
Damak Hawa berjalan ke arah katil Habib Darman.
.
.
“Suri.. Melati.. Tinggalkan ayah sebentar bersama Habib.” minta Damak.
.
.
Suri dan Melati berlalu meninggalkan Habib dan Damak.
Damak duduk disamping Habib.

Dia keluarkan segulung rokok daun dan tembakau, dia gulung, dan dia nyalakan.
.
.
“Senja Merah. Aku pernah mendengar khabar berita tentangnya.

Kejam, tidak berperikemanusiaan.

Maka, salah seorang dari mereka, adalah kau Habib?” tanya Damak.
Habib mendiamkan diri.
.
.
“Saya hanya ingin menebus dosa-dosa saya, Tuan Damak.” jawab Habib.
.
.
“Dan bagaimana kamu ingin menebus dosa?”

“Melindungi yang lemah, tanpa balasan. Selagi nyawa saya dikandung badan.” jawab Habib.
Damak memerhatikan luka ditubuh Habib.

Kemudian dia memerhatikan seutas rantai di leher Habib Darman.
.
.
“Ini, rantai apa ini.” tanya Damak sambil memegang rantai di leher Habib.

Habib memegang tangan Damak dan berkata,

“Jangan, jangan dipegang rantai ini Tuan!”
“Rantai ini, rantai yang disumpah.

Hanya manusia yang rela disumpah, yang sanggup memakainya.” kata Habib.
.
.
“Sumpah? Sumpahan apa? tanya Damak.
.
.
Habib tidak menjawab pertanyaan Damak.
.
.
“Berehatlah. Tenangkan fikiranmu. Setelah elok tubuh dan akal fikiran, akan aku bawa kamu berbincang beberapa hal.” kata Damak.
.
.
Damak berlalu meninggalkan Habib.
Setelah dua hari Habib terlantar di atas katil, lukanya kian sembuh
.
.
Damak Hawa membawa Habib Darman berjalan mengelilingi Kampung Kundang.

Memperkenalkan keindahan kampung dan kemesraan penduduknya

Ramai orang kampung yang berterima kasih kepada Habib di atas keberaniannya
“Kampung ini, dijaga oleh keluarga saya setelah sekian lama.

Keluarga Hawa.” Damak memulakan perbualan sambil berjalan bersama Habib, mengelilingi kampung.

“Nasib orang kampung terbela. Namun ancaman dari lanun-lanun, tidak pernah putus.”
.
.
“Habib, bagaimana kalau kamu bersama kami. Bersama saya, kita pertahankan kampung ini

Kamu bisa mengetuai Skuad Baju Merah saya.” tanya Damak

“Haha. Tidakkah terlalu cepat Tuan Damak. Saya ini hanya pemuda yang tiada asal usulnya. Percayakah mereka terhadap saya?” tanya Habib
“Saya orang cerdik pandai.

Orang kampung pasti yakin dengan keputusan saya.

Kepandaian saya adalah undang-undang di kampung ni.

Semua terpulang kepada kamu Habib.” jawab Damak Hawa.
.
.
“Kalau itu yang Tuan mahukan, saya menurut.” kata Habib.
Maka bermulalah kehidupan Habib Darman sebagai ketua Skuad Baju Merah.

Namanya tersohor!

Menjadi kegerunan semua lanun yang cuba mencabar dan menceroboh Kampung Kundang!

Ramai orang yang bercerita tentangnya!

Tentang ketangkasan dan kekuatan belahan pedangnya!
Hasil kendalian Habib Darman, Skuad Baju Merah mula digeruni.

Digelar sebagai,

Pahlawan Selendang Merah,

Kerana Habib melilitkan selendang merah di lehernya, bagi menutup penampakan rantai sumpahan di lehernya.
Hubungan Habib Darman dan Keluarga Hawa juga semakin rapat.

Daim Hawa dan Darus Hawa menjadi anak murid didikan Habib.

Habib memperturunkan segala ilmu ketangkasan dan bela diri kepada keseluruhan Skuad Baju Merah,

Termasuk, Suri Hawa.
.
.
“Tarik nafasmu Suri, dan hembus ketika membuat cantasan.

Hasilnya, luka di badan musuh bisa lebih dalam.” kata Habib sambil memegang tangan Suri yang memegang parang.
.
.
“Be...Gini??” tanya Suri sambil membuat cantasan.

“ZASSS!”
.
.
“Ya, begitu.” mereka berdua ketawa perlahan.
Melati memandang dari jauh. Dia genggam erat sisir rambut berukiran merak di tangannya.

Rasa cemburu yang menebal di dadanya, saat melihat Habib begitu mesra sekali dengan Suri.
.
.
“Melati?” tegur Damak dari belakang.

Melati sedikit terkejut dengan teguran ayahnya.
“Ya ayah.” jawab Melati.
.
.
“Kamu senang melihat Habib?” tanya Damak.
.
.
“Ya, senang sekali.”

“Ayah juga senang, sekiranya bermenantukan Habib.”
.
.
Melati terkesima dengan kata-kata ayahnya.

“Benar ayah?”

Melati merasa gembira bukan kepalang.
“Benar. Kamu suka?” tanya Damak.

“Suka!” jawab Melati teruja.

“Sekiranya Habib menjadi abang iparmu?”

DUBBB!!!

Satu hentakan jantung di dada Melati.

Terdiam, apabila mendengar kata-kata ayahnya

Disangkakan Habib bakal berjodoh dengannya, tetapi tidak!

Suri adalah orangnya!
“Su...Suka.” jawab Melati.
.
.
“Alhamdulillah. Akan ayah usulkan kepada Habib tentang perkara ini.” balas Damak.
.
.
Melati mengenggam sisir rambut di tangannya, sekuat hatinya, sampai berdarah tapak tangannya.

Dia tidak boleh menerima kenyataan.

Di atas keputusan ayahnya.
Kampung Kundang, Selangor.

November 1882, 9:00 PM.

Di sebuah pondok,

Habib dan Suri bermadu kasih. Berbicara dari hati ke hati.
.
.
“Suri, sudah lama saya mengimpikan kebahagiaan ini. Tuhan telah memakbulkan doa saya.” kata Habib

“Juga doa saya. Dipertemukan dengan lelaki gagah perkasa, penyayang, dan bermulut manis.” balas Suri sambil ketawa kecil

“Siapa sangka, dulunya saya dari neraka, sekarang disyurga”
Suri memandang mata Habib. Di bawah cahaya bulan yang terang.

Angin yang berhembus halus, membelai-belai rambut Suri.
.
.
Suri merapatkan kepalanya ke dada Habib. Dan dia mendongak, memandang Habib.

Habib menundukkan kepalanya, merapatkan wajah,

Dan mencium, bibir Suri Hawa.
Satu ciuman yang hangat. Ciuman pertama Suri Hawa, begitu juga Habib Darman.

Cinta suci di antara dua sejoli. Burung-burung bersiulan seperti meraikan keindahan cinta di antara Habib dan Suri.
.
.
Habib memeluk tubuh Suri.

Suri meletakkan tapak tangannya ke dada Habib.
“Rantai ini, belum pernah diceritakan kepada saya.” celah Suri.

Habib membuka kancingan rantai di lehernya. Dan dia letak di atas tapak tangan kanannya.
.
.
“Rantai ini, rantai sumpahan.” kata Habib.

“Sumpahan?”

“Ya. Rantai ini diberikan kepada saya, oleh sahabat saya.”
“Sahabat dari Senja Merah?” tanya Suri.

“Ya benar. Kapten Skuad Senja Merah.” jawab Habib.
.
.
“Sumpahan apa?” tanya Suri.
.
.
“Rantai ini, punca kuasa sakti.” jawab Habib.

“Kuasa sakti?”

“Ya. Tubuh menjadi ringan bagaikan kapas berterbangan. Tenaga berlipat kali ganda.”
Sekarang, Suri lebih jelas dan lebih faham akan kekuatan dan kelajuan luar biasa Habib Darman, berpunca dari mana

“Setiap sumpahan, ada bayarannya bukan?” tanya Suri

“Ya. Benar.” jawab Habib

“Apakah bayarannya.”

“Dia menghisap darah. Darah saya adalah bayarannya.” jawab Habib
“Darah??”

“Ya. Nama rantai ini,

Rantai Berdarah Delima Merah.

Rantai yang menelan darah sang pemakai.”
.
.
“Seperti pedang bermata dua..

Kenapa kamu masih berkeras menggunanya?” tanya Suri.
.
.
“Untuk melindungi orang yang saya cintai. Iaitu kamu Suri, dan keluarga kamu.”
“Jangan khuatir, sumpahan hidup saya sebelum ini, lebih keras dari sumpahan rantai ini.

Saya ada kamu Suri. Yang mampu menghapuskan sebarang sumpahan dengan kemanisan senyumanmu.” kata Habib.
.
.
Suri tersipu malu.
.
.
“Mari saya tunjukkan sesuatu.”

“Tunjuk apa?” tanya Suri.
“Kesaktian Rantai Berdarah Delima Merah.”
.
.
“Ayuh, pegang tangan saya.”

Suri memegang tangan kanan Habib.

Kemudian, Habib merangkul tubuh Suri.

Kaki suri di atas lengan kiri Habib.

Badan dan kepala Suri di atas lengan kanan Habib.

Suri merapatkan kepalanya ke dada Habib
Cahaya merah kelihatan menyala di batu delima merah, rantai di leher Habib.

Mata Habib bertukar kemerahan.
.
.
Kemudian,
.
.
Habib menekan tapak kakinya ke tanah, dan melompat tinggi ke atas dahan-dahan pokok.

Dari satu dahan, ke dahan pokok yang lain.

Bagaikan berterbangan.
Angin di udara, di awangan, membelai lembut rambut Suri

Suri begitu teruja sekali

“Lihat, burung-burung juga ikut terbang sama.” kata Habib

Suri memandang ke arah burung-burung

Habib melompat dan terus melompat.

Seolah-olah, detik-detik ini, diiringi dengan siulan lagu merdu
Kampung Kundang, Selangor.

December 1882, 2:30 PM.

Rumah Keluarga Hawa.

Satu perbincangan tertutup di dalam kalangan Skuad Baju Merah.

“Surat dari mata-mata kita, Lanun Panji Barat akan menyerang kampung kita pada bila-bila masa!” tegas Damak Hawa
“Kita harus hapuskan mereka, sebelum mereka sampai ke kampung kita!” tegas seorang ahli Skuad Baju Merah.
.
.
Damak dan Habib mengangguk setuju.
.
.
“Habib! Bawa 10 skuad kita, patahkan serangan mereka!”

“Baik Tuan Damak!” balas Habib.
.
.
“Suri ikut juga ayah.” pinta Suri.
“Suri, kau di rumah saja. Bahaya!”

“Kalau Habib pergi, Suri harus pergi. Nyawa Habib, nyawa Suri. Habib bakal suami Suri.” rayu Suri.
.
.
Damak memandang Habib.
.
.
“Habib, jaga Suri, pulang biar selamat. Berdua. Kamu bisa?”
.
.
“Saya akan menjaga Suri, dengan nyawa saya!”
Segala persiapan, termasuk senjata api, parang, pedang, dan meriam lela rentaka telah siap diperkemaskan.

Habib dan Suri, bersama 10 angkatan Skuad Baju Merah, berlayar ke tengah lautan.

Pemergian mereka, disampaikan dengan lafaz doa dan harapan dari orang-orang kampung.
Di tengah lautan Selat Melaka,

December 1882, 11:30 PM.

Suri bersendirian merenung ke langit.

Habib menegur dari belakang.

“Kenapa Suri? Ada hal yang menganggu fikiranmu?”

“Hati saya, rasa kurang tenang.” jawab Suri.

“Jangan khuatir, saya ada di sini. Di sampingmu”
Suri tersenyum manis. Maka pada malam itu, Habib meluangkan masa sepenuhnya, bersama Suri Hawa.

Malam yang penuh dengan ketenangan dan rasa syahdu.
.
.
Keesokkan harinya,
.
.
Sebuah kapal layar, kapal lanun, deras berlayar ke arah kapal Skuad Baju Merah.
.
.
“Musuh!! Musuh!! Lanun Panji Barat sudah tiba!!!” jerit ahli Skuad Baju Merah.
.
.
Habib, Suri dan semua angkatan skuad bersiap sedia dengan segala kelengkapan perang.
“BAMMM!!! BAMMM!!!” beberapa das tembakan meriam menghala ke arah kapal Skuad Baju Merah.
.
.
“Serang!!!!” jerit Habib Darman.
.
.
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!!” beberapa das tembakan meriam dari kapal Skuad Baju Merah menghala ke kapal musuh.
Jarak antara dua kapal, makin mendekat.

Dan mendekat.

Dalam beberapa minit,
.
.
Bunyi tembakan senapang, saling berbalas.

“BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!! BAMM!!!”
.
.
Skuad Baju Merah melompat dan menerjah kapal musuh.

“KACHINGG!!! BAMM!! BAMMM!!”
Satu peperangan antara dua kapal telah bermula!

Peperangan yang menyaksikan pertempuran darah yang tiris bagaikan air hujan.

Darah memercik!

Badan ditembus peluru.

Leher dilibas pedang!
.
.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!” belahan pedang Habib hinggap di tubuh musuh.
Suri Hawa dengan seni parang uniknya, memenggal kepala-kepala musuh tanpa belas kasihan.
.
.
“ZAPP!! ZAPP!!”
.
.
Tiba-tiba, seorang musuh berlari dari arah belakang Suri, dan cuba menikam leher Suri.
.
.
“ZAPP! ZAPP!! CRACK!!” tetapi berjaya dihalang oleh Habib Darman.
“Suri, berdiri dan berdamping dengan saya! Jangan terlalu jauh dari mata saya!” kata Habib
.
.
.
.
“DABBB!! CRUSH!!”

Dada Habib Darman ditendang oleh seseorang sehingga terpelanting jauh merempuh kabin kapal
.
.
“TAP! TAP! TAP!” bunyi tapak kaki berjalan, kaki yg menendang Habib
Kemudian, dia mengangkat tangannya, dan melibaskan ke bahu Suri Hawa.
.
.
“CRUSH!!”

Suri Hawa terpelanting melanggar tiang agong kapal.

“Suri!!!” jerit Habib Darman.
.
.
Habib mendongak kepalanya, dan memandang ke arah lelaki yang menendangnya dan melibas tubuh Suri.
.
.
Mata Habib Darman terbeliak, seolah-olah tidak percaya akan apa yang dilihat di depan matanya
.
.
“Kap..Kapten..??” kata Habib.
.
.
“Hahaha!! Habib Darman!! Sudah lama kita tidak bersua muka!!” kata lelaki itu.

Suri mengengsot dan merapati tubuh Habib.

“Siapa lelaki ini Habib?”
.
.
Bibir Habib terketar-ketar. Tangannya menggigil.
.
.
“Kap..Kapten Senja Merah..

Johan..

JOHAN YASSIR!!” tegas Habib Darman.

(p/s : Johan Yassir is one of the character in these following stories, Redemption of a Joker and Redemption of an Illusionist.)
Suri memapah Habib Darman.

Situasi tegang. Penuh cemas.

Mereka berdua sedang berdepan dengan seorang lelaki yang mampu menggoncangkan kaki Habib.

“Suri, kamu beredar dari sini. Biarkan saja saya yang menentang Johan!” arah Habib.

“Tidak! Saya akan sentiasa disampingmu Habib!”
“Jangan berdegil Suri! Johan bukan seperti laki-laki yang kau penggal sebelum ni!

Kekuatannya tiga kali ganda kekuatan saya!!”

“Ya saya berdegil! Kita hidup bersama, mati pun bersama!” balas Suri.
.
.
Habib akur akan pendirian Suri. Bukan mudah melawan wanita degil seperti Suri
Habib dan Suri, kemudiannya, membuka langkah, menghayunkan pedang dengan lagak seperti seekor harimau belang.
.
.
Bersedia, untuk menyerang Johan Yassir!
.
.
“Hahahaha!!!” Johan ketawa.
“Habib! Orang kananku! Anak muda harapanku! Kaaaamu di antara semuanya, harus kenal benar akan apa yang mampu aku binasakan!!” kata Johan Yassir.
.
.
Habib mengenggam kemas pedang di tangan. Dia pusing hulu pedang secara terbalik

Suri mengeluarkan sebilah lagi pedang di pinggang
Nyalaan batu delima merah di leher Habib Darman, menyala terang.

Mata Habib bertukar kemerahan!

Kemudian dia menyentuh bahu Suri, seolah-olah berkongsi satu kuasa sakti kepada Suri.

Mata Suri turut bertukar kemerahan!

Itulah kekuatan sebenar,

Rantai Berdarah Delima Merah!
Empat mata merah!

Tiga bilah pedang panjang!

Sepasang kekasih yang sedang berdepan dengan maut!

Berdepan dengan maut!

Ini kerana!

Sesiapa pun yang berdepan dengan Johan Yassir, melainkan Murad Sadek,

Akan mati meninggalkan jasad di medan perang!
“Johan Yassir!!” jerit Habib Darman.

“Langit hari ini cerah. Laut masih biru. Ombak masih bergelora. Hari ini belum kiamat.” kata Habib.
.
.
“Hari yang sesuai untuk perkuburan.

Kubur kau!!!” jerit Habib.
.
.
Dan kemudian, Habib dan Suri menerjah ke arah Johan Yassir.
“Habib Darman!!!

Sekiranya kau ingin menentang aku!!

Bawakan satu batalion tentera untuk membunuh aku!!!” jerit Johan Yassir.

Dengan satu kali hentakan kaki, badan Johan menerjah ke arah Habib dan Suri.

Satu libasan Pedang Sadek I dari Johan Yassir,
.
.
“KACHING!!”
Pertarungan di antara Habib, Suri dan Johan bermula.

Bunyi libasan pedang, kuat kedengaran.

“KETINGG!! KETING!! KETING!!” KETING!! KETING!!”

Suri menerjah dari belakang Johan,

Dan melibas pedang ke leher Johan,

Tetapi Johan sempat menangkis dan mengenggam mata pedang Suri!
Johan cuba menusuk dada Suri dengan Pedang Sadek I,

Tetapi sempat dilibas dengan pedang Habib.

“KETING!!”

Habib menolak Suri jauh ke kabin kapal.

Johan menendang dada Habib. Habib tercampak jauh ke kabin kapal.

“CRUSHHH!!”
Johan menerjah ke arah Habib. Dan melepaskan satu libasan pedang.

Habib turut menerjah ke arah Johan dan melepaskan satu libasan pedang.

“KETING!!”

Mata pedang bertemu mata pedang.

Johan dan Habib melibas dan saling melibas.

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”
Suri cuba menyerang Johan dari belakang,

“Suri!! Jangan ikut campur!! Beredar dari kapal ini segera!!” jerit Habib.
.
.
“Tidak!! Tidak kalau bukan dengan kamu Habib!!” balas Suri.

Suri terus meneruskan larian, laju bagaikan pelesit. Menerjah ke arah Johan Yassir.
Johan memberi satu libasan pedang kepada Habib.

Habib menahan dengan mata pedangnya dan tercampak ke belakang.

Johan berpaling dan berlari ke arah Suri.
.
.
“Suri!!!” jerit Habib.
.
.
Habib menekan tapak kakinya ke lantai, dengan sekuat hati. Dengan nafas berat.

“ZAPPPPPP!!!!”
Bahu kiri Suri ditusuk dengan mata Pedang Sadek I, milik Johan.

“Suri!!!!!” jerit Habib.

Pecutan Habib, belum cukup laju untuk menahan tusukan Johan.

Suri rebah ke lantai.

Habib menyambut rebahan tubuh Suri.

Hati Habib, hancur, dan musnah.
Satu perasaan dendam, benci, marah dan gila membarah di dalam tubuh Habib!

Matanya kemerahan!

Batu delima merah di lehernya, menyala dengan terang!

Dia berdengus, dengan nafas yang berat.

Dia rebahkan badan Suri perlahan-lahan di atas lantai.

Kemudian, dia berdiri.
“Bagus!! Beginilah!! Beginilah Habib Darman yang aku kenal sebelum ni!!

Bukan sekadar lelaki bodoh yang kalah dan ampuh kerana cinta!!

Kau lihat sendiri apa yang perempuan ini telah lakukan kepada diri kau Habib!!

Kau lemah!!! Lembut!!! Dalam ni!! Dalam dada ni!!!” jerit Johan
“Persetankan kata-kata kau Johan...

Sudah lama aku menunggu saat ini...

Saat di mana aku tidak perlu merasa terhutang budi kepada kau!!!”
.
.
Habib menikam pedangnya ke lantai.
.
.
“Ayuh! Kita bertarung secara anak jantan!” kata Habib sambil mengenggam erat penumbuknya.
“Hahaha!!” jerit Johan.

“ZAPP!” Johan menikam pedangnya ke lantai.

“Ayuh!” Johan memberi senyuman sinis.
.
.
“WHOOSSHHHH!”

Kelibat Habib hilang dari kata kasar.
“DUMMBB!!” satu tujahan kaki Habib hinggap ke dada Johan.

Johan tercampak ke belakang. Serangan Habib seperti tidak memberi kesan kepada Johan.

Johan bangun dengan ketawa kecil.

Habib menerjah ke arah Johan dan menendang Johan dengan kedua-kedua belah kakinya.
Tetapi disambut dengan sikuan kedua-dua belah lengan Johan ke peha Habib.
.
.
Pertarungan menggunakan tangan dan kaki berlangsung.
.
.
Kapal Lanun Panji Barat hampir separuh musnah akibat dari pertarungan di antara Johan dan Habib.

Lanun-lanun berhampiran, turut cedera.
Pertarungan berlangsung cukup lama,

Habib hampir kehabisan tenaga.
.
.
“DUBBB!! CRUSHH!”

Habib terpelanting jauh dan terlanggar Pedang Sadek I, milik Johan.
.
.
Habib mencabut Pedang Sadek I di lantai dan menyerang Johan.

Habib mengenggam kemas hulu pedang, dan membuat tujahan
“ZAPPPPPP!!!!”

Tusukan Habib menikam dada Johan.
.
.
Satu riak muka puas, terpampang di muka Habib.
.
.
“Mampus kau!!! Johan!!!”

Habib memulas hulu pedang dan menarik mata pedang dari dada Johan.

Darah bersemburan dari tubuh Johan.
Sementara itu, Skuad Baju Merah telah berjaya menumpaskan Lanun Panji Barat.
.
.
Mereka bersorak kemenangan.
.
.
Salah seorang lanun yang tercedera hampir mati, merapati tubuh Johan yang berdarah di dada.

Dia mengengsot di lantai, dan memegang kaki Johan yang tegap berdiri.
.
.
“Kami upah kau Johan!! Kami upah kau!!! Mana kemenangan kami!!!” jerit lanun itu.
.
.
.
“Ha..ha..haa..haaa..Ha..Haha..Hahaha..Hahahahah...HAHAHAHAHA!!!”

Gelakan syaitan Johan kuat dan jelas kedengaran.
.
.
Johan mengangkat kaki kanannya, dan memijak kepala lanun itu.

“PRAKKK!!”
Johan berjalan menghampiri Habib. Dia koyakkan bajunya dan dia balut luka di dada.
.
.
“Apa????!!!” Habib terkejut melihat Johan.
.
.
“Sudah aku katakan, sekiranya kau ingin menentang aku, bawa satu batalion tentera untuk membunuh aku.” kata Johan sambil berjalan
Pada saat itu, Habib Darman mulai sedar, bahawa, pertarungan ini, tidak akan berakhir dengan baik

Pertarungan ini, akan menyebabkan ramai nyawa bakal terkorban

Walaupun Johan Yassir keseorangan tanpa bantuan lanun-lanun,

Namun, cukup untuk Johan menghancurkan Skuad Baju Merah
Habib berpaling kepada Suri Hawa yang rebah terlantar.
.
.
Habib mencampak Pedang Sadek I di tangannya, dan berlari ke arah Suri Hawa.
.
.
Dia mencabut Rantai Berdarah Delima Merah dilehernya, dan dia pakaikan rantai itu ke leher Suri.
“Lonjong!!! Turunkan layar!!!” jerit Habib kepada seorang ahli Skuad Baju Merah
.
.
Habib mengambil pedang Suri dan menghiris tapak tangannya

Darah berlumuran di tapak tangan Habib

Kemudian, dia genggam batu delima di rantai, di leher Suri, dengan tapak tangannya yang berdarah.
Batu delima itu menyala terang. Secara perlahan-lahan, mata Suri Hawa kembali terbuka.

Luka di bahu Suri juga kian sembuh.

Habib menangis kegembiraan melihat keadaan Suri yang semakin pulih.
.
.
“Ha...Habib?” ujar Suri.
“Suri!” Habib memeluk erat tubuh Suri.
.
.
“Kamu harus beredar dari sini! Segera!” kata Habib.

Suri memandang ke arah Johan yang sedang berjalan ke arah mereka.

“Johan..?” ujar Suri.

“Tunggu kepulanganku di rumah.” kata Habib sambil tersenyum.
“Tidak!! Tidak Habib!! Tidak kalau bukan dengan kamu!” jerit Suri.
.
.
“Jangan berdegil! Suri! Ini di antara hidup dengan mati!!” balas Habib.

“Aku telah berjanji dengan orang tuamu, untuk memulangkan kamu Suri, ke pangkuan mereka..” sambung Habib.
.
.
Suri menangis, berair mata
“Jangan khuatir, aku pasti akan pulang kembali. Dan menikah denganmu.

Aku ini laki-laki Suri. Aku tahu jalan pulang. Aku pasti bisa pulang ke pangkuanmu.” kata Habib sambil tersenyum duka.
.
.
“Berjanjilah kepada ku Suri, kau akan tetap menungguku.” sambung Habib.
Suri Hawa, menggelengkan kepalanya, air matanya terus berlinangan di pipi.
.
.
.
“Biar seribu tahun, atau walau selama apa sekalipun, aku akan terus menunggu. Tersenyum menantikan kepulanganmu.” kata Suri Hawa.
.
.
Habib Darman tersenyum mendengar kata-kata Suri.
Habih mengenggam kemas batu delima di rantai, di leher Suri,
.
.
“Wahai roh semangat!

Semangat Rantai Berdarah Delima Merah!

Aku putuskan ketuananku terhadapmu!

Maka berdampinglah!

Pertahankan ketuanan baru mu!

Maka aku, Habib Darman! Meleraikan sumpahanmu terhadapku!!”
Satu ledakan semangat menusuk di dalam tubuh Suri Hawa. Mata Suri kemerahan, batu delima menyala terang!
.
.
Habib memimpin tangan Suri, dan menghayunkan Suri ke arah Kapal Layar Skuad Baju Merah.
.
.
“Lonjong!!! Bawa Suri pulang!! Berangkat sekarang!!!! jerit Habib.
.
.
“HABIB!!!!” jerit Johan Yassir.

“Serahkan rantai itu kepada aku!!!!”
.
.
Johan melompat tinggi ke arah lambungan tubuh Suri Hawa.
.
.
Tetapi ditendang oleh Habib Darman.
.
.
“Bunuh aku dulu!!”
.
.
Johan menerjah ke arah Habib.

“Berangkat sekarang!!” arah Habib kepada Lonjong.
Habib menerjah ke arah Johan Yassir.
.
.
“DUBBBBB!!! CRUSHHH!!!”
.
.
Pertembungan terakhir di antara Habib dan Johan,

BERMULA.
.
.
Setelah hampir satu jam,

Pertarungan di antara dua ahli Senja Merah,

BERAKHIR.
.
.
“TAK...TAK...TAK...” bunyi tapak kaki Johan, menghampiri tubuh Habib, yang sedang jatuh melutut ke lantai.

Darah berlumuran di tubuh, dan di kepala Habib
“Sebut, kata-kata terakhir kau Habib.” tanya Johan sambil membersihkan mata Pedang Sadek I.
.
.
Habib berdiam seketika.
.
.
“Ja...Jangan pernah...Jejakkan kaki kau..Kampung...Kundang...” Habib bernafas berat. Lelah. Hampir mati.
.
.
“Siap!” kata Johan.

“ZAPPPP!!!”
Tusukan mata Pedang Sadek I menikam dada Habib Darman.

Johan memulas hulu pedang, dan menarik mata pedang dari dada Habib.
.
.
Habib jatuh, terbaring di atas lantai.
.
.
Johan Yassir, menyarung pedangnya. Membelakangi Habib Darman.
.
.
Kemudian, dia berpaling kepada Habib Darman,
.
.
“Selamat malam, sahabat.” ujar Johan Yassir.
.
.
Johan berjalan, meninggalkan Habib.

Dia melompat ke atas sebuah perahu. Dan dia hilang dari pandangan.
Habib Darman, terlantar di atas lantai. Matanya hampir tertutup. Nafasnya semakin perlahan.
.
.
Matanya memandang ke langit.

Habib, berbisik di dalam hatinya..
.
.
“Langit masih cerah.. Laut masih biru.. Ombak masih bergelora..“
“Ya Allah.. Ya Rabb.. Belum tiba masanya untuk aku tinggalkan dunia ini.

Bukan hari ini. Aku hampir mengecap kebahagiaan. Bukan dengan cara ini.

Ya Allah.. Ya Rabb.. Mengapa sebegini malangnya nasibku.. Katakanlah kepadaku, agar aku segera tenang..”
.
.
“Ya Allah.. Ya Rabb.. Aku ini manusia yang berdosa, manusia yang kerap melanggar hukum,

Saban hari aku berdoa, berbicara dalam bahasaMu, memohon kepadaMu, memohon untuk dikasihani,

Berapa besarkah dosaku sehingga aku dihempas sebegini rupa.”
.
.
“Ya Allah.. Ya Rabb.. Dengarkanlah rintihanku.. Dengarkanlah batinku..

Tiada siapa lagi yang dapat aku sandarkan kesedihan ini melainkan kepadaMu..

Ya Allah.. Ya Rabb.. Pertemukanlah diriku.. Satukanlah diriku.. Dengan kekasihku di dunia ini..”
.
.
“Cintaku kepadanya terlalu berat.. Terlalu kencang meniup dalam sanubariku..

Dia sedang menungguku di anjung rumah.. Menantikan kepulanganku..

Ya Allah.. Ya Rabb.. Satukanlah kami, dengan segala KekuasaanMu, dengan segala KebesaranMu..”
.
.
“Ya Allah.. Ya Rabb..

Sekiranya berat permintaanku ini,

Maka sampaikanlah kata-kata terakhirku, kepadanya..

Agar dia bisa mendengar..

Agar dia tahu akan nasibku di sini..

Agar dia berhenti dari terus menungguku.

Aku memohon kepadaMu, memohon dengan sangat!!”
.
.
Habib Darman, memohon kepada Sang Pencipta, agar dipertemukan dengan Suri Hawa walau dengan apa cara sekalipun.

Tetapi itu adalah satu doa yang sia-sia.

Maka, dia meminta agar kata-kata terakhirnya, dapat disampaikan kepada Suri Hawa.

Dan permintaan itu juga, tetap sia-sia.
Namun, Habib Darman tetap bernekad,

Kata orang, apabila seseorang itu di ambang kematian, fikirannya akan kembali mengingati memori-memorinya ketika dia masih hidup

Habib Darman, mula membayangkan wajah Suri Hawa yang tersenyum, suapan nasi ke mulutnya, dan juga ciuman di bibir
Kemudian, Habib Darman, memulakan permintaan terakhirnya, iaitu,

Kata-kata terakhirnya kepada Suri Hawa.
.
.
“Duhai kekasihku, Suri..........”
.
.
Setelah habis surat cinta dilafazkan oleh Habib,
.
.
Dalam beberapa saat,
.
.
Habib Darman berhenti bernafas.

Mati di tengah lautan
Kampung Kundang,

December 1882, 8:00 AM.

Di persisiran pantai.

Suri Hawa, bersama Skuad Baju Merah, selamat sampai ke kampung halaman.
.
.
Ketibaan mereka disambut dengan kemeriahan!

Orang-orang kampung bersorak-sorakan!
Damak Hawa sekeluarga, berlari-lari ke arah Suri dengan wajah yang gembira!
.
.
Suri Hawa, keluar dari kabin kapal.
.
.
Dengan wajah yang memilukan.
.
.
Damak Hawa dan Salwa Membunga terus berubah riak muka.
.
.
“Anakku, Suri, mengapa bersedih??” tanya Damak.
Melati berjalan ke arah Suri Hawa dengan hati yang gembira.

Untuk menyambut kepulangan Habib Darman.
.
.
“Habib!!” jerit Melati.
.
.
“Benar juga, di mana Habib? Suri??”
.
.
Suri Hawa hanya mendiamkan diri.
.
.
Kemudian dia memeluk tubuh Damak Hawa.
“Suri!! Di mana Habib??” tengking Melati.
.
.
Suri masih mendiamkan diri, dan kemudian, dia menangis dengan sekuat hatinya.
.
.
“Sabar anakku. Jelaskan kepadaku. Katakan kepadaku, apa sebenarnya yang telah terjadi.” tanya Damak.
Suri menceritakan segala perkara yang terjadi di tengah lautan, Selat Melaka.
.
.
.
.
“Bangsat kau Suri!!!” jerit Melati. Dia mengenggam bahu Suri.

“Mengapa kau sanggup tinggalkan Habib seorang diri??!! Mengapa kau sanggup membiarkan dia berjuang seorang diri??!!”
.
.
“Bukankah kau adalah srikandi termasyur di tanah kita??!!

Bukankah kau tidak pernah kalah dalam berjuang??!!!” sambung Melati.
.
.
Melati memandang kepada semua Skuad Baju Merah.
.
.
“Dimanakah kamu semua sewaktu Habib ditinggalkan!!??

Pengecut!!!” jerit Melati sambil merampas pedang di pinggang Suri.
.
.
Dia melibaskan pedang ke arah ahli Skuad Baju Merah.

“ZASSS!!!” tetapi ditahan oleh Damak Hawa.
.
.
“Sabar Melati. Sabar!”
“Kita tunggu kepulangan Habib. Dia pasti akan pulang!

Dia sudah berjanji kepada Suri. Kita percaya dan berdoa saja!” tegas Damak Hawa.
.
.
Melati mula reda dari kemarahan. Dia memandang ke arah Suri dengan satu pandangan yang tajam.
.
.
Suri pulang ke rumah, dengan penuh kehampaan. Rindunya kepda Habib, bukan kepalang.
.
.
Sejak dari hari itu, Suri dilanda kemurungan.
.
.
Setiap hari, dia akan menunggu Habib Darman di anjung rumah.
.
.
Setiap hari, dia akan menunggu Habib Darman di tepi pantai.
Dia memegang erat pemberian terakhir Habib kepadanya,

Rantai Berdarah Delima Merah.

“Dia pasti pulang. Kau juga percaya bukan?” kata Suri kepada Rantai Berdarah Delima Merah.
.
.
Suri terus menunggu.

Menunggu.

Dan terus menunggu kepulangan Habib Darman.
Hari demi hari.. Suri tetap setia menunggu kepulangan Habib Darman.
.
.
Di Rumah Keluarga Hawa,

January 1883, 2:30 PM.

Suri Hawa berada di dalam kamarnya.

Bersendirian mengenang nasib.

Melati mengintai dan memandang ke arah Suri.
Dia genggam erat sisir rambut berukiran merak di tangan kirinya.
.
.
Dan memegang sebilah keris di tangan kanannya.
.
.
Melati mula curiga akan kepulangan Habib. Setelah berhari-hari menunggu.
.
.
Dia meletakkan semua kesalahan ini di bahu Suri.
Niat membunuhnya membara, hasad dengki, dendam dan benci meluap-luap dalam dirinya.
.
.
Dalam beberapa saat sebelum Melati menerjah Suri Hawa,
.
.
Suri menekan perutnya, dan kemudian,

Dia memuntahkan isi dari dalam perut, ke atas katil.
Melati membatalkan niatnya.
.
.
“Mengapa Suri? Kamu sakit?” tanya Melati.
.
.
Suri diam lemah tak bermaya.
.
.
Damak Hawa dan Salwa Membunga, membawa Suri untuk berubat.
“Bagaimana dengan Suri?” Tanya Damak Hawa kepada seorang dukun wanita.
.
.
“Sihat. Alhamdulillah. Anakmu Damak, Suri, mengandung tiga minggu.”
.
.
Damak dan Salwa terkesima.
Damak menarik keris di pinggangnya,

“Katakan kepadaku Suri!! Siapakah yang mengandungkan anak haram dalam perut mu??!!” jerit Damak Hawa.
.
.
Mata keris hanya tinggal sejengkal di leher Suri. Tetapi dihalang oleh Salwa.
.
.
“Sabar Damak!” jerit Salwa.
“Habib.. Habib Darman..” kata Suri lembut.
.
.
Damak terkejut. Keris ditangannya, jatuh ke lantai.
.
.
Dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan.

Tidak dia sangka, Habib berani menconteng arang di mukanya.
.
.
“Bunuh saja anak ini!” jerit Damak.
.
.
“Tidak!” jerit Suri.
“Bunuh saja, dengar kataku Suri! Kau telah memalukan keluarga kita!!” jerit Damak.

“Anak ini adalah tinggalan Habib kepada Suri! Biar saja Suri menjaganya!” balas Suri.
.
.
Salwa menenangkan Damak. Damak bangun, dan mencantas pokok di luar rumah dukun, melepaskan kemarahannya.
“Suri mohon, izinkan Suri menjaga anak ini.” minta Suri.
.
.
.
“Baiklah. Namun, kau mesti ingat Suri!

Aku tidak akan mengaku, anak haram dalam perut mu itu, cucu kepada ku!

Pantang dia menggunakan nama keluarga Hawa!!” tengking Damak Hawa.
Berita kehamilan Suri, sampai ke telinga semua orang kampung. Suri dicemuh, Habib dicemuh.

Satu Keluarga Damak dicemuh.

Dosa berzina, adalah satu dosa terkutuk, yang dikutuk oleh semua penduduk Kampung Kundung.
.
.
Melati membatalkan biat membunuh Suri.

Cemuhan ke atas Suri, umpama menjawab dendamnya terhadap Suri.

Namun, Melati tidak dapat menafikan kasihnya kepada anak hamilan Suri.

Ini kerana, anak di dalam rahim Suri, adalah benih dari keturunan Habib Darman.

Lelaki yang dicintainya
Hari terus berlalu.

Bulan demi bulan..

Suri terus menunggu kepulangan Habib Darman, untuk membela nasibnya.
.
.
Namun, itu semua adalah sia-sia.
.
.
Bayangan Habib Darman, masih belum kelihatan.
Kampung Kundang,

Rumah Keluarga Hawa,

October 1883, 2:40 PM.
.
.
Suri selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Bayi lelaki ini disambut oleh Melati, Salwa dan Suri.
.
.
“Alhamdulillah..” ucap Salwa.
“Anak lelaki Suri!” kata Salwa gembira.
.
.
Suri mengukirkan senyumannya.
.
.
“Salleh... Salleh Darman..” ujar Suri.
.
.
“Salleh? Cantik namanya Suri.” kata Melati.
.
.
“Nama ini, Habib pernah bilang untuk anak lelakinya.” kata Suri terus tersenyum.
Kampung Kundang,

Rumah Keluarga Hawa,

November 1883, 10:30 PM.

Suri tidur, bersama dengan anaknya, Salleh Darman di kamar Suri.
.
.
Damak Hawa berjalan menghampiri kamar Suri.
.
.
Damak memandang ke muka anak Suri, anak Habib, cucu lelakinya..

Semakin lama, hatinya semakin sebak. Mengenangkan nasib Suri dan Salleh.
.
.
.
Kemudian, anak Suri menangis.

Damak cemas dan cuba beredar dari pintu kamar Suri.

Bunyi bayi menangis makin kuat.
Damak berhenti, dia masuk ke kamar Suri.
.
.
Kemudian, dia menggendong anak Suri, dan dia bawa, menuju ke anjung rumah.
.
.
“Salleh, mahukah kamu melihat bulan dan bintang?” tanya Damak.

“Mari aku bawakan.” kata Damak.

“Lihat, bintang dan bulan. Cantik seperti kamu.”
.
.
”Kamu bakal menjadi lelaki yang gagah perkasa seperti ayah mu, dan berhati mulia seperti ibu mu.”

Anak Suri terus menangis

“Tenang cucuku, dengarkan sebuah lagu ini,

Lagu yang selalu aku nyanyikan untuk ibumu, di waktu dia sekecil kamu.” tanya Damak
.
.
Kampung Kundang,

Di persisiran pantai,

January 1884, 6:00 PM,

Sudah setahun lebih,

Suri masih menunggu kepulangan Habib.

Menunggu dengan penuh pengharapan.

Tanpa putus asa.
“Suri..” tegur Melati dari belakang.
.
.
“Ya? Ada apa Melati?” tanya Suri.
.
.
“Jangan terus begini. Habib mungkin tidak akan pernah pulang kembali.” kata Melati.
.
.
“Tidak! Habib pasti akan kembali pulang. Dia sudah berjanji!” kata Suri.
Melati, mula merencanakan strateginya.

Dendamnya belum pernah pudar.

Bencinya kepada Suri, masih meluap-luap.
.
.
“Sekiranya kau benar yakin, Habib masih hidup, kenapa tidak kau berlayar dan mencarinya sendiri?” kata Melati.
.
.
Suri berpaling kepada Melati.
“Lonjong bisa temankan kau Suri.”
.
.
“Lonjong?” tanya Suri.
.
.
“Ya. Lonjong pengemudi kapal keluarga kita. Dia pasti mahu menolong.” balas Melati.
.
.
“Kalau begitu, aku harus berangkat segera!” kata Suri.
“Tapi kau harus merahsiakan perkara ini dari ayah kita. Aku tidak mahu dia menghalang kau Suri.” kata Melati.
.
.
“Ya benar. Kau yakin aku bisa mencari Habib??” tanya Suri.
.
.
“Ya. Aku yakin.”

“Kau haruskan merahsiakan perkara ini, Melati?” kata Suri.

“Apa pun untuk mu Suri.”
“Biarkan aku bicarakan hal ini kepada Lonjong. Kau tinggal siap saja Suri.

Anak mu Salleh, akan aku jaga seperti anakku sendiri, sepanjang kau di pelayaran.”
.
.
“Melati. Jasa mu sungguh besar. Tak mampu untuk aku balas!”
.
.
Kemudian, Suri dan Lonjong, berangkat pada malamnya
Ketiadaan Suri di rumah, menjadi persoalan di dalam kepala Damak.
.
.
“Daim! Darus! Di mana kakak mu Suri? Melati? Di mana Suri?” tanya Damak.
.
.
“Melati tidak tahu ayah. Mungkin dia di luar sana. Di pantai, menunggu Habib.”
Pada malam itu, semua penduduk kampung mencari kelibat Suri, tetapi tidak dijumpai.

“Kita sambung pada esok harinya saja Tuan Damak. Orang-orang kita sudah kepenatan.” kata seorang pemuda.
.
.
“Tidak! Biarkan aku sendiri saja mencarinya!”
.
.
Damak meneruskan pencarian.
Sampai esok pagi.

Namun masih belum dijumpai.
.
.
Pada waktu senja keesokkannya,

Sebuah perahu sampai ke persisiran pantai.
.
.
“Maafkan saya Cik Suri, kita harus pulang, sudah seharian kita berada di lautan.

Tuan Damak pasti gundah menunggu kepulanganmu.” kata Lonjong.
“Ayah tahu tentang keberangkatan kita?” tanya Suri kepada Lonjong.
.
.
“Ya, katanya Cik Melati, Tuan Damak merestui saya membawa Cik Suri berangkat mencari Habib.”
.
.
Suri kehairanan. Keliru dengan kata-kata Melati.
.
.
Lonjong memimpin tangan Suri untuk turun dari perahu.
“Suri!!!” jerit Melati dari jauh.

Damak, Salwa, Melati dan kesemua penduduk kampung berjalan ke arah Suri dan Lonjong.
.
.
“Rata-rata orang mencari kelibatmu!! Tapi lihat! Apa yang telah kau lakukan!!!” jerit Melati.
.
.
“Apa yang telah aku lakukan?” tanya Suri.
“Kau telah melakukan zina buat kedua kalinya!!! Lonjong!!! Mana hormat kau kepada keluarga kami??!!” jerit Melati.
.
.
“Astaghfirullahalazim! Tidak Melati! Bukan seperti itu!! Ayah!! Ini semua fitnah!!” jerit Suri.
.
.
“Lonjong!!!!!!” jerit Damak Hawa.
.
.
“ZAPPPP!!!”
Parang menembusi dada Lonjong. Damak Hawa menarik parang dari dada Lonjong, dan dia menghalakan kepada Suri.
.
.
“Sabar Damak!!!” jerit Salwa.
.
.
“Hentikan kegilaan ini!!! Kita dengarkan dulu penjelasan Suri!!” sambung Salwa.
“Berkata benar lau Suri!!

Pilih ayat mu benar-benar!!

Sebelum aku pancung lehermu!!” arah Damak.
.
.
“Suri berangkat mencari Habib!! Tidak ada sekelumit dosa yang Suri lakukan bersama Lonjong! Melati tahu semua ini!!! Dia yang...”

“Jangan berbohong Suri!!” celah Melati.
“Ikat tangan dan kakinya!!” arah Damak kepada kuncu-kuncu Baju Merah.
.
.
“Tidak ayah!! Tidak!! Ini semua fitnah!! Melati!! Terangkan kepada ayah!! Ini semua tidak benar. Ini semua dusta!!”

“Aku tidak akan membela penzina seperti kau Suri. Biarpun kau adalah darah daging ku!”
“Bawakan Suri ke atas kapal!!” arah Damak.
.
.
Skuad Baju Merah membawa dan mengheret Suri menaiki Kapal Layar Baju Merah.
.
.
Salwa, Daim dan Darus cuba untuk menghentikan kegilaan ini. Namun sia-sia.
.
.
Damak sudah tidak tertanggung menahan malu kerana dosa anaknya, Suri!
Tindakan Damak disokong oleh penduduk kampung.
.
.
“Penzina seharusnya dihukum mati!!!”

“Suri telah menconteng arang ke muka kita!!!!”

“Bunuh saja anakmu Tuan Damak!!!”
.
.
Salwa, Daim, Darus, Melati dan beberapa kepala pemimpin Kampung Kundang, turut menaiki Kapal Layar Baju Merah.

Kapal Layar Baju Merah berangkat, ke tengah lautan.
.
.
Suri Hawa diikat di kaki dan tangan.

Suri meronta meminta ampun kepada ibu dan ayahnya.

Tetapi, sia-sia.
“Bawakan Suri ke geladak agong!!” arah Damak.
.
.
Suri diheret oleh Skuad Baju Merah.

Air mata Suri tidak putus mengalir. Menangis mengenangkan nasibnya.

“Tidak ayah!! Suri harus menunggu Habib pulang!! Salleh menunggu Suri di rumah!!” jerit Suri dalam tangisan.
Salwa, Daim dan Darus memujuk Damak untuk berlembut dengan Suri, supaya dibatalkan pembunuhan Suri.
.
.
Tetapi tetap, sia-sia.
.
.
“Suri! Ucapkan kata-kata terakhirmu!” kata Damak sambil menghunuskan sebilah parang.
.
.
Suri meraung kesedihan. Memohon maaf berkali-kali.
“Katakan sekarang!!!!” tengking Damak.
.
.
Suri membuka mulutnya..
.
.
“Ini semua FITNAH!!!!! Aku tidak melakukan ZINA!!! Ini semua dusta, perangkap dari kau MELATI!!!” jerit Suri.
.
.
“Jangan berdusta!!! Kau telah berzina Suri!!!” jerit Damak.
“Penzina tidak akan pernah mengaku berzina!!!” jerit Melati.
.
.
“Persetankan kau MELATI!!

AKU TIDAK AKAN PERNAH MEMAAFKAN KAMU SEMUA!!

TERMASUK KAU DAMAK!!!

KAU TELAH BERLAKU KHIANAT KEPADA ANAK KAU SENDIRI!!

AKU BERSUMPAH!!

HIDUP KAU SEKELUARGA TIDAK AKAN PERNAH TENANG!!!”
“AKU SUMPAH KELUARGA KAU DAMAK!!! KELUARGA HAWA!!! TIDAK AKAN TENANG SAMPAI KIAMAT!!!

MELATI!!!!!

AKU TUNGGU KAU DINERAKA!!!!

DAN KAU HABIB DARMAN!!!!!!!!

KAU TELAH MEMUNGKIRI JANJIMU!!!!!!

DENGAN SEMANGAT ROH!!!!

AKAN KU SUMPAH KELUARGA HAWA DAN DARMAN SAMPAI KIAMAT!!!”
Batu Delima Merah di leher Suri menyala terang. Matanya bertukar kemerahan.

Bagi Damak dan penduduk kampung,

Mata Suri yang kemerahan, adalah tanda Suri telah dirasuk oleh roh jahat dari laut.
.
.
“Ayah!! Bunuh saja si Suri!!! Dia pembawa bencana keluarga kita!!!” jerit Melati.
Pada hakikatnya, nyalaan Batu Delima Merah di leher Suri, adalah tanda kebangkitan kuasa sakti.
.
.
Roh semangat yang diseru oleh Suri, telah membangkitkan,

Semangat Rantai Berdarah Delima Merah.
.
.
“ZAPPPPP!!!” Damak menikam dada Suri.

Dan dia menendang Suri, dari kapalnya.

Suri terjatuh ke dalam lautan, dengan linangan air mata yang menitis di pipinya.
.
.
Segala kenangan dan memorinya bersama Habib Darman, muncul dalam kepala, di saat dia menghembuskan, nafas terakhir.
“SPLASHHHHH!!!” bunyi pecahan air setelah badan Suri menjamah lautan.
.
.
Bunyi sorakan dari penduduk kampung yang menyaksikan pembunuhan Suri, bergema.
.
.
Air mata Damak menitis ke pipi.

Dia baru sahaja, membunuh puteri kesayangannya..

Suri Hawa.
Jasad Suri Hawa, dipukul ombak, dibawa arus

Kapal Layar Baju Merah, berangkat meninggalkan jasad Suri Hawa
.
.
.
.
Pada malamnya, pukul 12 pagi,
.
.
.
Nyalaan Batu Delima Merah masih terang di leher Suri Hawa

Dan secara tiba-tiba,

Mayat Suri Hawa, matanya, terbuka,

KEMERAHAN!
Kampung Kundang,

January 1884, 3:00 AM.
.
.
Suasana dalam Kampung Kundang begitu tenang dan nyaman.
.
.
Seorang pemuda berjalan menaiki basikal di lorong di dalam kampung.
.
.
Tiba-tiba, dia ternampak satu kelibat perempuan sedang berjalan di depannya.
“Wahai cik adik, berjalan seorang diri? Mahu di tumpangkan?” tegur pemuda itu.
.
.
“Kalau abang sudi tumpangkan, adik tidak akan sama sekali menolak.”
.
.
“Ayuh lah!”
.
.
Perempuan itu, memalingkan tubuhnya..
Setelah perempuan itu berpaling,

Mata pemuda kampung itu terbeliak, seolah-olah, tidak percaya akan apa yang menjelma di depan matanya!
.
.
“Cik... Cik Suri?????”
.
.
Perempuan itu membuka jarinya, seperti cakar harimau, dengan kuku-kuku yang panjang dan tajam.

Matanya memerah.
“ZAPPPP!!!” kepala pemuda kampung itu terpenggal.
.
.
Dalam masa kurang sejam,

Penduduk kampung digegarkan dengan kelibat Suri Hawa membunuh penduduk-penduduk kampung.
.
.
“Tuan Damak!! Tuan Damak!!!!” jerit seorang lelaki.
.
.
“Kenapa Bani?? Ada hal yang ingin dibincangkan??”
“Tuan Damak!!! Suri!!! Suri menjelma dalam kampung kita!!!”

“Mustahil!!! Suri sudah aku bunuh!!!”

“Sudah lebih sepuluh orang pemuda telah dibunuh olehnya!!!!”
.
.
Damak tergamam.
.
.
“Daim!! Darus!!! Kerahkan orang kita!!! Bawakan senjata!!!”
Nyawa demi nyawa..

Jasad demi jasad..
.
.
“ZAPPP!!!”

“ZAPPPP!!!”

“ZAPPP!!!”
.
.
Mayat Suri, bergerak dengan semangat roh yang menyimpan dendam!
“Melati!!! Bawakan senjata!!” arah Damak.
.
.
“Kenapa tergesa-gesa ayah???” tanya Melati.
.
.
“Jangan banyak bicara! Bawakan Salleh bersama!!”
.
.
Melati mengejutkan Salleh Darman dan mengekori Damak dari belakang.
Mayat Suri, semakin mengganas!!
.
.
“DAMAK!!!! MELATI!!!! HABIB!!!!!” jerit mayat Suri.
.
.
Gemaan suara Suri hinggap di telinga Damak dan Melati!

Salwa, Daim dan Darus turut mendengar.
.
.
“Itu suara Suri! Anak kita!” kata Salwa kepada Damak.
Kesemua ahli Skuad Baju Merah memagari Damak dan Melati.
.
.
Mata mereka memandang kiri dan kanan.
.
.
“Serahkan Tuan Damak!! Serahkan Melati!! Agar kampung kita bisa tenang dari amukan SAKA SURI!!!” jerit seorang lelaki tua.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!!” Seorang demi seorang ahli Skuad Baju Merah dibunuh oleh Mayat Suri!
.
.
Beberapa orang lebai datang ke tempat kejadian.

Bacaan Ruqyah dilaungkan!

Mayat Suri atau, Saka Suri mengamuk kepanasan!

“ARGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!”

“DAMAK!!!!!! MELATI!!!!!”
Damak mengarahkan anak-anak buahnya untuk membawa Melati dan Salleh keluar dari Kampung Kundang.
.
.
“Bawakan Melati dan Salleh, jauh!! Jauh dari kampung ini!!!!”
.
.
Melati dan Salleh di bawa oleh beberapa ahli Skuad Baju Merah, keluar dari Kampung Kundang.
Saka Suri berkeras, untuk mengejar Melati dan Salleh,

Tetapi dihalang oleh lebai-lebai yang membacakan Surah-Surah Ruqyah tanpa putus
.
.
“Suri!! Ini bukan lagi duniamu anakku!! Pulanglah kamu ke tempat yang secaranya!!” jerit Damak

“PERSETANKAN KAU DAMAK!!! KAU AKAN KUBUNUH!!”
Tanah bergegar, dahan-dahan pokok bergoyang. Suara pekikan Saka Suri bergema di dalam Kampung Kundang.
.
.
Dengan kalimah Allahuakbar!!!!

Saka Suri hilang dari pandangan.
.
.
“ZAPPP!!!!!”

Tusukan jari Saka Suri menembusi dada Damak.
Damak tergamam. Darah keluar dari mulutnya.
.
.
“Maafkan ayah, anakku... Suri...” kata-kata terakhir dari Damak Hawa.
.
.
Saka Suri, mengalirkan air mata dari matanya yang kemerahan.
.
.
“WHOOOSHHH!!!”

Saka Suri berterbangan mengejar Melati dan Salleh.
Namun, tidak berjaya, Saka Suri dihalang oleh bacaan Ruqyah yang berterusan.
.
.
.
“ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAHA!!!!!!!!!!

MELATI!!!!!!!! HABIB!!!!!!!!!!!” jerit Saka Suri.
.
.
“WHOOSHHHH!!!” Saka Suri hilang dari pandangan.
Maka berakhirlah, kegilaan yang melanda Kampung Kundang pada malam itu.
.
.
Damak mati dengan mata yang terbuka.
.
.
Salwa, Daim dan Darus menangis tanpa henti.
.
.
Melati dan Salleh melepaskan diri dari Kampung Kundang.
.
.
.
.
Kolej Kediaman Ke-12, Universiti Malaya.

18 January 2017, 7:30 PM
.
.
Satu suara muncul di dalam kepala Shah Darman yang terlelap di atas meja study.

“TUNAIKAN PERMINTAAN HABIB! TENANGKAN ROH SURI!!”

“Shah!!! Shah!!!! Shah!!! Bangun Shah!!!” jerit Ajib, roomate Shah.
“AHHHHH!!!!!” Shah tersedar dari tidurnya. Badannya kebas, lengannya kebas.
.
.
“Woi Shah!!! Hampir satu hari kau tidur atas meja ni!!! Kau giler ke apa?? Dah maghrib ni!!!” tengking Ajib.
.
.
Shah memandang ke muka Ajib.
.
.
“Pen?!! Mana pen??? Kertas??!!” minta Shah kepada Ajib
“Kau nak buat apa dengan pen kertas segala ni??”
.
.
Shah Darman menggapai pen dan kertas, dan dengan pantas, dia menulis satu karangan, berupa isi surat!
.
.
“Surat Untuk Suri??? Kau kenapa ni wei??? Kena rasuk ke????” tanya Ajib.
.
.
“Kau diam Jib!!!” tengking Shah.
Shah Darman mengambil masa selama 15 minit untuk menulis satu isi surat sebelum dia terlupa segala-galanya!
.
.
Shah menggapai telefon pintarnya, dan membuat panggilan kepada Aman.
.
.
“Man!!! Aku dah tahu semua cerita!!! Termasuk keluarga bangsat yang kau cerita hari tu!”
“Apa ni Shah?? Aku tak faham!” tanya Aman.
.
.
“Ikut aku sekarang!! Ke rumah lama keluarga aku!”

“Okay-okay relaks. Gelabah sial kau. Okay aku turun tempat kau.”
.
.
Shah Darman mengambil kunci kereta dan dompet, buku lama tinggalan keluarga dan surat yang ditulisnya tadi.
Kemudian, Shah dan Aman bergerak, menuju ke Melaka, ke rumah lama tinggalan keluarganya!
.
.
“Cuba kau cerita satu satu. Aku tak faham ni!” kata Aman.
.
.
Shah terus memandu laju.
.
.
“Okay, aku cerita. Tadi aku mimpi sorang laki ni, Habib, muka sama macam aku....”
Shah Darman menceritakan satu persatu isi mimpinya.
.
.
“Shah, aku rasa, ada orang yang bercerita pada kau ni.

Semuanya betul Shah!

Pertempuran Skuad Baju Merah dan Panji Barat, Panji Timur.

Semua ni ada dalam sejarah!” kata Aman.
“Siapa???” tanya Shah.
.
.
“AKU!”
.
.
“SREEEEETTTTTTT!!!!!” Tayar kereta Shah Darman berpusing hampir melanggar guard rail Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
.
.
“Woi Shah!! Kau nak mati ke!?? Aku nak kahwin dulu baru nak mati sial!!!” jerit Aman.
Satu suara bergema dalam kepala Shah Darman.
.
.
Shah berpaling ke kanan, ke kiri, dan ke belakang.
.
.
“Shah??! Kau dah kenapa??!”
.
.
“Man, aku dengar satu suara tadi.”

“Suara? Suara siapa?”

“Aku tak tahu. Bergema dalam kepala aku.”
“Siapa kau???!!” jerit Shah Darman.
.
.
“Shah.. Kau jangan buat aku cuak Shah.. Kat highway ni.. Takde sape-sape nak tolong aku..”

“Kau bukan ada saka ke??” tanya Shah.
.
.
“Saka aku tak cukup kuat Shah. Woi gerak la gerak. Takyah tunggu!” balas Aman.
“RANTAI BERDARAH DELIMA MERAH!!!”
.
.
GULPPP!!! Shah menelan air liurnya. Jantungnya berdegup kencang.
.
.
“SAMPAIKAN KATA-KATA TERAKHIR HABIB KEPADA SURI!!!”
.
.
Shah Darman memberanikan dirinya,

“Dimana harus aku mencari kelibat Suri??!!”
“DI TEMPAT TERLETAKNYA MEJA CERMIN MELATI!!”
.
.
Dada Shah Darman berdegup kencang.
.
.
Apakah harus dia meneruskan perjalanannya,

Atau,

Berpatah balik ke tempat tidurnya.
Shah Darman menekan pedal minyak dan meneruskan perjalanannya.
.
.
“So Shah, kita gerak jugak ni? Oh okay.. Cool cool.. I’m cool.. Let’s hit the road jack brotha! Ha ha ha.” gurau Aman dalam ketakutan.
.
.
“VROOMMMM!!!” Shah memecut laju.
Shah Darman mula mengimbas kembali segala kejadian yang berlaku lebih 100 ratus tahun yang lalu dan juga,

Kejadian yang berlaku 7 hari yang lepas di rumah lama tinggalan keluarganya.
.
.
Sambil memandu, dia cuba mencantumkan segala dots yang menjadi persoalan dalam kepalanya.
Sejak kali pertama Shah Darman menjejakkan kakinya di anjung rumah lama tinggalan keluarganya,
.
.
Shah Darman telah pun diberi salam oleh,

Rantai Berdarah Delima Merah.
Rantai Berdarah Delima Merah, adalah satu rantai sumpahan Keluarga Yassir.
.
.
Rantai yang menyimpan satu roh semangat yang sangat taat kepada sang pemakainya.
.
.
NAMUN!

Seperti barang-barang, azimat-azimat sumpahan lain dari Keluarga Yassir,

Sumpahan Rantai Berdarah Delima Merah juga,

Menuntut bayarannya!
.
.
Iaitu,
.
.
DARAH MANUSIA!
Setelah lebih 100 tahun menagih Darah Manusia,

Rantai ini telah kehausan dalam jangka masa yang sangat lama.
.
.
Di sebuah kampung, Melaka.

18 February 2017, 9:45 PM.
.
.
“Lambat lagi ke Shah nak sampai??” tanya Aman.
.
.
“Sikit lagi.” jawab Shah.
Dalam masa tak lebih 10 minit,

Shah dan Aman selamat sampai di rumah lama tinggalan Keluarga Darman.
.
.
“CRAK!” Shah mengangkat handbrake.
.
.
Shah dan Aman, keluar dari kereta.
.
.
Rumah lama tinggalan Keluarga Darman, terpacak kukuh di depan mata mereka.
.
.
“Rumah ni jauh dari rumah orang lain. Gelap.

Pokok-pokok besar belakang rumah. Udara kering.

Pasir berdebu. Malam macam ni, aku rasa macam waktu petang.” kata Aman.
.
.
“Shah, rumah ni keras Shah. Aku tak pernah tengok rumah sekeras ni.” sambung Aman.
“Haah Man... Bukan kita berdua je terpacak kat sini.” balas Shah
.
.
Mereka berjalan, perlahan ke arah rumah lama di depan mereka
.
.
Tidak seperti Rasul dan Farouk Darman,

Shah Darman berjalan masuk ke dalam rumah hanya dengan tangan kosong, dan sepucuk surat di dalam jaketnya.
“Clack! Sreeett.....” Shah Darman membuka pintu masuk rumah. Aman berdiri di belakangnya.
.
.
“Assalamualaikum.” tegur Shah Darman.
.
.
Mereka berdua, menginjak kaki ke dalam ruangan rumah.

“Krak..Krak..Krak..” bunyi lantai rumah dipijak oleh Shah dan Aman.
.
.
Tiba-tiba, kaki Aman seolah terpaku, terpacak ke lantai. Dia cuba menggerakkan kakinya, tetapi tidak berhasil.
.
.
“Man?” Shah berpaling kepada Aman.
.
.
“Shah...” ujar Aman.
.
.
“SREEEEETTTTT BAMMM!!!!” Aman di tarik dan di lambung ke dinding.
.
.
“Man!!!” jerit Shah.
Aman tersandar ke dinding. Darah keluar dari hidungnya.
.
.
Dia menyilangkan tangannya,

Kakinya bergoyang,

Dengan satu riak muka bengis,

“MANTRA!” jerit Aman.

Satu susuk tubuh jembalang berupa seekor beruk setinggi 2.5 meter, kelihatan berada di depan Aman.
Shah berundur ke belakang, selepas melihat reaksi Aman dan jembalang yang berada di depan sahabat baiknya.
.
.
“Man??”
.
.
“Kau lari sekarang Shah!! Rumah ni keras!!! Saka dalam rumah ni kuat!!!”
.
.
“PRAKK!! PRAKK!! PRAKK!!” bunyi hentaman kaki yang kuat memijak lantai.
Bunyi degusan yang kuat kedengaran, keluar dari saka milik Aman, MANTRA.
.
.
.
“KETURUNAN REJAB!! KAU TIDAK DIUNDANG DI SINI!!” kata satu suara yang bergema di ruangan tingkat 1.
.
.
Shah terbeliak biji mata dan jatuh terduduk.
Satu susuk tubuh jembalang berupa seorang lelaki berambut panjang, setinggi 3 meter berjalan menghampiri Aman.
.
.
“MANTRA!” jerit Aman.

Jembalang berupa seekor beruk, saka milik Aman menyerang jembalang lelaki berambut panjang.
.
.
Tetapi hanya dengan satu libasan,

“BAMMM!!!!”
Aman bersama dengan sakanya, terpelanting merempuh dinding, dan tercampak ke luar tingkap.
.
.
“Man!!!!” jerit Shah.
.
.
Shah Darman mengengsot tubuhnya ke belakang. Darahnya mengalir laju. Peluh menitik di pipinya.
.
.
Jembalang lelaki berambut panjang berada di depannya.
“Pergi!!!! Jangan dekat dengan aku!!! Pergi!!!!” jerit Shah sambil mengengsot ke belakang.
.
.
.
Kemudian, secara tidak disangka-sangka,

Jembalang lelaki yang berambut panjang itu,

MELUTUT,

Di depan Shah Darman.
.
.
“SAMPAIKAN PESANAN TERAKHIR HABIB, UNTUK SURI.” kata jembalang lelaki berambut panjang di depan Shah Darman.
.
.
Shah Darman mengerti, apa yang dimaksudkan oleh jembalang di depannya.
.
.
Kemudian, jembalang itu mengangkat mukanya, memandang Shah Darman.
Mata jembalang itu bersinar kemerahan.
.
.
“Roh Semangat Rantai Berdarah Delima Merah??” tanya Shah.
.
.
Jembalang di depannya mengangguk perlahan.

Jembalang yang tadinya seperti seekor singa jantan, telah bertukar menjadi seekor anak kucing yang jinak.
Shah bangun dan berdiri. Dia berjalan menaiki tangga, menuju ke tingkat dua.
.
.
“TAK..TAK..TAK..” langkah Shah perlahan.
.
.
Bauan harum menusuk ke hidung Shah. Angin bertiup dari ruang tingkap yang terbuka.

Ruangan tingkat dua agak suram, Hanya diterangi oleh cahaya bulan.
Kain kuning beralun dihembus angin.

Shah Darman mengalunkan jari jemarinya, membelai kain kuning yang memisahkan dua ruang di dalam tingkat dua.
.
.
Dia berjalan menuju ke Meja Cermin milik Melati.
.
.
Seorang wanita, yang memakai baju kurung biru laut,

Duduk di atas kerusi mengadap cermin.

Dia sedang membelai lembut rambut panjangnya menggunakan sisir rambut yang berukiran burung merak.
.
.
Shah Darman berjalan dari arah belakangnya.
.
.
Wanita itu memandang wajah Shah Darman dari pantulan cermin di depannya
.
.
“Habib? Kamu sudah pulang??” tanya wanita itu seraya berpaling ke arah Shah Darman secara mata ke mata
.
.
Shah Darman tergamam. Buat pertama kalinya, dia memandang wajah seorang wanita yang cukup cantik.
“Suri... Suri Hawa??” bisik Shah Darman.
.
.
“Alhamdulillah.... Habib! Kamu telah pulang!!” wanita itu berlari ke arah Shah Darman dan memeluknya.
.
.
Shah terdiam dan terpaku. Membiarkan saja wanita itu memeluknya.
.
.
Wanita itu, atau.. Suri Hawa,

Mengalirkan air matanya sambil memeluk tubuh Shah Darman.
.
.
“Habib.. Kekasihku..

Sudah lama saya menunggu kepulanganmu,

Saban hari saya menunggu, menyiapkan diri saya secantiknya,

Untukmu, kekasihku..”
.
.
“Jiwa aku meronta, menagih kasih darimu..

Kekasihku, jangan pernah tinggalkan aku lagi..

Telah aku kotakan janjiku kepadamu,

Setia menunggu kepulanganmu,

Biar berapa lama sekalipun,

Biar beratus tahun sekalipun,

Sampai terbalik Kampung Kundang ditelan bumi sekalipun..”
“Aku akan tetap, menunggu kepulanganmu..”
.
.
Shah Darman dapat merasakan kehangatan yang diberikan oleh Suri Hawa.

Buat pertama kalinya,

Shah Darman dapat merasakan, kenikmatan cinta yang sebenarnya.
.
.
Cinta antara Habib dan Suri, seolah-olah meresap ke dalam tubuhnya.
Memori-memori cinta di antara Habib dan Suri, menerjah ke dalam kepala Shah Darman.
.
.

Shah menutup matanya,

Indah, sungguh indah!

Cantik sekali kisah cinta yang tidak pernah didendang oleh sesiapa.

Kisah cinta agong antara dua jasad, yang ditimpa malang bersilih ganti
.
.
Shah Darman membuka matanya, mengalirkan air mata, terharu dan hiba mengenangkan nasib Habib dan Suri.
.
.
Maka dengan itu, Shah Darman membuka mulutnya..
.
.
“Jangan bersedih lagi, tuan puteri, srikandi cantik jelita...” kata Shah Darman
.
.
“Habib?” Suri mengangkat kepalanya dan memandang ke wajah Shah Darman. Dia tersipu malu dalam dakapan Shah Darman
.
.
“Tidak. Aku bukan Habib, kekasihmu.

Nama aku Shah Darman, anak keturunanmu.”
“Kau berbohong! Kau adalah Habib, katakan segera kepadaku!

Kekasihku, jangan kau bunuh segala harapan yang telah kau sandarkan kepadaku!

Jelaskan kepadaku, kau adalah Habib! Kekasihku!” jerit Suri
.
.
“Maafkan aku Suri, maafkan aku sekiranya aku telah memberikan pengharapan..”
“Kau bohong!!! Jangan bercanda denganku Habib!!” jerit Suri sambil menolak tubuh Shah Darman.
.
.
“Nama aku Shah Darman, anak lelaki Farouk, cucu kepada Yaakob, cicit kepada Salleh! Aku bukan Habib Darman!!” balas Shah Darman.
.
.
“Pergi kau dari sini!!!” mata Suri kemerahan.
“PERGII!!!!” jerit Suri.

Susuk tubuh seorang wanita cantik sebentar tadi, telah berubah menjadi seekor saka yang mengerikan.

Matanya merah, bibirnya pucat, lehernya berdarah.
.
.
Shah Darman berada dalam ketakutan.
.
.
Kemudian, Shah Darman memberanikan dirinya, menguatkan dirinya,

Dia tegapkan tubuhnya, dia memandang ke arah Saka Suri,
.
.
“Kedatangan aku ke sini, untuk menyampaikan sesuatu!! Untuk mu Suri!!” jerit Shah Darman.
.
.
Shah Darman mengeluarkan sepucuk surat dari jaketnya.
“Permintaan terakhir Habib Darman!! Pesanan terakhirnya untuk mu Suri!!” jerit Shah Darman sambil membuka surat ditangannya.
.
.
Suri Hawa yang mendengus kemarahan, yang memerah matanya, terdiam dan kembali berubah,

Menjadi seorang wanita cantik seperti sedia kala.
“Ini adalah, warkah terakhirnya untuk mu,

Disaat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah lautan.

Dia kesal Suri!

Dia merana, memohon kepada Tuhan supaya dipanjangkan nyawanya,

Untuk bertemu dengan mu!” sambung Shah Darman.
.
.
Suri Hawa jatuh melutut ke lantai,

Suri Hawa tidak menyangka, Habib menghembuskan nafasnya yang terakhir, setelah ditinggalkannya seorang diri di medan perang.

Air matanya jatuh berlinang, dari sepasang mata sekujur mayat yang masih hidup.
.
.
Shah Darman berjalan menghampiri Suri Hawa.
.
.
Jarinya terketar-ketar memegang surat yang dia tulis,
.
.
Surat yang berisi warkah terakhir dari Habib Darman.
.
.
“Aturan Tuhan itu diluar urusan kita Suri.

Siapa sangka, seorang anak muda mampu menyaksikan sebuah kisah cinta yang berat di mata, terhiris di hati, di dalam mimpinya.

Dan siapa sangka, dengan mimpinya juga, pesanan Habib kepadamu, dapat disampaikan.” ujar Shah kepada Suri
.
.
.
.
.
“Kedatangan aku ke rumah ini, hanya sekadar hendak, menyampaikan ini...” sambung Shah Darman
.
.
Shah Darman berdiri di hadapan Suri Hawa yang meratap, melutut di lantai
.
.
Shah Darman mula membaca, isi sebuah surat,
.
.
Surat untuk Suri.
.
.
“Duhai kekasihku.. Suri..”
.
.
“Aku memohon seribu maaf darimu,

Aku telah mendustakan janjiku kepadamu,

Aku tidak bisa pulang untuk memelukmu,

Jasadku terlantar di tengah lautan,

Bersaksikan langit dan awan,

Bersaksikan laut dan ombak.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Telah bertahun lamanya aku hidup bersendirian,

Menunggu ketibaan srikandiku,

Untuk menerangi hidup malangku,

Hidup sendiri menunggu mati,

Tiada saudara, tiada isteri.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Masihkah kau ingat,

Saat kau menyuapkan santapan kebibirku,

Saat kau tersenyum malu diusikku,

Hatiku diketuk oleh kesucian hatimu,

Tidak pernah aku jumpa, bidadari secantikmu.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Masih segar dalam ingatanku,

Susuk tubuhmu yang memukau mata,

Bauan harum libasan rambutmu yang menghempas muka,

Dan jari jemarimu yang lembut berpaut di leherku.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Tidak akan pernah aku lupa,

Senyuman manis dibibir mu,

Panahan matamu yang tersenyum,

Nafas hangat dan suaramu yang penuh dengan keibuan.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Berapakah helaan nafas yang harus aku hembuskan,

Berapakah jiwa musuh yang harus aku korbankan,

Untuk merapatkan dirimu ke sampingku,

Untuk bersamamu sehingga habis hayatku.”
.
.
“Aku tidak minta dilahirkan sebagai Darman yang tercelaka,

Aku tidak minta hidup dalam berdosa begini,

Tiada niat di hatiku untuk mengecewakanmu,

Tiada niat di hatiku, untuk membunuh harapanmu.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Janganlah kamu terus bersedih lagi,

Janganlah kamu terus menunggu kepulanganku,

Hiduplah kamu dengan sebahagianya,

Walaupun kehadiranku tiada di sisimu.”
.
.
“Duhai Kekasihku, Suri,

Ukirkan senyuman di bibirmu,

Hapuskan suram di wajahmu,

Sucikan hatimu dari rindu kepadaku,

Redhakan lah pemergianku dari hidupmu,

Aku kan tetap, bersamamu,

Biarpun telah habis, segala hayatku,

Segala hayatku untukmu,

Kekasihku, Suri.”
.
.
.
.
Shah Darman menamatkan bacaan surat dari Habib.
.
.
Suri Hawa meratap, menangis, mengenangkan nasib yang menimpa Habib Darman dan dirinya.
.
.
Cinta yang tidak kesampaian.

Cinta yang ditimpa malang.

Cinta yang tidak berakhir dengan sempurna.
.
.
“Suri, pulanglah ke tempat kau yang secaranya. Sudah habis urusan kau di dunia ini.” kata Shah Darman.
.
.
Suri Hawa menangguk perlahan.
.
.
“Terima kasih anak ku..

Sekarang, roh saya bisa segera tenang..” kata Suri mengalirkan air mata.
.
.
Dia bangun dan merapati tubuh Shah.
Suri Hawa memeluk tubuh Shah Darman.

Dia merangkul leher dan menyentuh pipi Shah Darman.
.
.
Dalam beberapa detik,
.
.
Roh Suri, hilang dalam pandangan.
.
.
Meninggalkan Shah Darman.
.
.
“KACHING!!” bunyi seutas rantai jatuh ke lantai.
.
.
Shah Darman memandang ke lantai.
.
.
“Rantai Berdarah Delima Merah??!” jerit Shah di dalam hati.
.
.
Shah Darman mengenggam rantai itu di lantai.
.
.
Satu susuk tubuh jembalang lelaki berambut panjang berdiri di belakang Shah Darman.
.
.
“SHAH DARMAN!! KAU BAKAL MEMPERJUDIKAN HIDUP KAU DENGANNYA!!“ jembalang di belakang Shah Darman cuba memberi amaran.
.
.
“Rantai ni ramai orang cari kan??” tanya Shah Darma sejurus berpaling ke arah jembalang di belakangnya.
.
.
“DARAH KAU BAKALKU HISAP!! HIDUP KAU BAKAL DIRUNDUNG MALANG BERTIMPA-TIMPA!!” jembalang itu sekali lagi memberi amaran kepada Shah Darman.
.
.
“Hidup keturunan aku dah selalu dirundung malang..

Hoi jembalang!! Sebut nama sebenar kau!!” tanya Shah Darman.
.
.
“HAHAHA!!!” jembalang itu ketawa sekuat-kuatnya sampai bergema satu ruangan tingkat dua.
.
.
Ini kerana, rupa dan perwatakan Shah Darman begitu mirip dengan Habib Darman.
.
.
“JABBAR!! AKU ADALAH ROH SEMANGAT YANG TELAH LAMA BERSARANG DALAM RANTAI BERDARAH DELIMA MERAH!”
Shah Darman berjalan merapati jembalang bernama JABBAR.
.
.
“Bagus, aku ada satu soalan, untuk kau JABBAR.” kata Shah.
.
.
“Johan Yassir, dia masih hidup??” tanya Shah.
.
.
JABBAR mengukirkan senyuman sinis. Matanya kemerahan.
.
.
“YA! MASIH KEKAL ABADI!!”
.
.
Shah Darman memautkan Rantai Berdarah Delima Merah ke lehernya. Dan dia genggam.
.
.
Batu delima menyala kemerahan.
.
.
“Wahai Roh Semangat Rantai Berdarah Delima Merah!

Aku menyambung sumpahanmu kepadaku!!

Berdampinglah denganku!!” Lafaz sumpah dilaungkan oleh Shah Darman.
.
.
“HAHAHAHAHA!!! SIAP!!!” jerit JABBAR.
.
.
Satu aura kuasa sakti menusuk masuk ke dalam tubuh Shah Darman.
.
.
Matanya menyala kemerahan.
.
.
“JABBAR!! Kau boleh hisap darah aku sebanyak mana yang kau nak! Asalkan aku boleh bunuh Johan Yassir!!” jerit Shah.
.
.
.
.
.
Di sebuah tempat, di belakang sebuah bangunan, Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama,
.
.
“BAMM!!! BAMMM!!”

“ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

Bedilan Glock 17 dan tikaman kerambit oleh seorang lelaki bermuka badut, hinggap di tubuh tiga orang lelaki.
.
.
“SHING!!!” satu bunyi memekik di tepi telinga Johan Yassir.

“Rantai Berdarah Delima Merah?” bisik Johan dalam hati sambil memancung kepala seorang ahli kongsi gelap di depannya.

“ZAPPP!”
.
.
“Johan?? Kau okay?” tanya Rais Hanafi setelah menembak dan mencantas tiga orang musuh.
.
.
“Rais! Bersiap untuk satu perang besar!” kata Johan sambil menikam dada musuh di tanah.

“ZAPP!”
.
.
“Perang? Dengan siapa?” tanya Rais sambil menembak kepala musuh.

“BAMM!”
.
.
“Hahaha! JABBAR dan DARMAN!” jawab Johan Yassir.
.
.
.
.
THE END.
Terima kasih kerana sudi tunggu cerita ni habis. Terima kasih juga terhadap support yang diberikan 😂

The Letter to Suri ada hubung kait dengan dua thread di bawah ini.
.
.
The Redemption of a Joker

(Rais Hanafi & Johan Yassir)

Dan juga thread ni.

The Redemption of an Illusionist

(Shahidan Rauf & Johan Yassir)

Jemput baca juga thread aku yang lain haha. Yang stand alone seperti,

The Lost Brother

The Cigarette, The Coffee, and The Commitment

Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス)
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!