Profile picture
, 76 tweets, 13 min read Read on Twitter
Pendapat saya berkenaan dengan hukuman rejam bagi perbuatan homoseksual di Brunei.

__________

Stoning of homosexuals in Brunei; my thoughts
(credit photo: ABC News, Graphic by Jarrod Fankhauser)

For those of you who don't understand Malay, I'll be sharing my views in English at the end of this thread in sya Allah.
Berkenaan dengan hukuman hudud, jarang sekali ada insan yang akan duduk tenang tanpa berdebat & berdiskusi tentang isu ini, baik dalam kalangan kaum Liberal mahupun kalangan Muslim. Polemik hudud ini telah mencetuskan pelbagai ragam emosi & pendapat dari kedua-dua belah pihak
Dari pihak penyokong, ada yang berkata "Hukuman Allah telah pun tertegak di Bumi Brunei" , "Rejam adalah sebahagian daripada Sunnah Nabi ﷺ", dan pelbagai retorik Islamik yang lain.
Dari pihak yang menentang, ramai yg berkata "LGBT ada hak untuk hidup", "Rejam tiada dalam Islam sebab tiada dalam Quran", "Kerajaan Brunei hipokrit kerana Sultan tidak dikenakan hukuman", dan pelbagai narratif yang lain.
Bagi saya, isu ni sangat panjang dan kalau nak ulas, lebih memerlukan dialog terbuka seperti forum atau wacana. Tetapi, saya akan simpulkan pendapat saya dalam isu ini dalam 9 poin berikut, dan saya harap sangat pembaca dapat baca sampai habis.
[1] Poin pertama adalah, Islam memang setegas-tegasnya melarang LGBT atau apa sahaja bentuk perbuatan homoseksual atau hubungan seks songsang. Perbuatan ini sememangnya jelas adalah dosa besar, dan ulama tiada khilaf dalam isu ini.
Saya pernah menyebutkan beberapa ayat Al-Quran yang jelas mengutuk perbuatan seks sejenis ini dalam thread terdahulu. Kalian boleh membacanya seperti berikut :-
Okay, saya sebutkan hal ini dahulu sebab ia adalah sangat penting. Saya tidak mahu orang berfikir bahawa menjadi "Muslim" & "Gay" adalah suatu perkara yang diterima dalam Islam & semestinya bukan perkara yang patut dicanangkan kpd orang ramai dengan penuh bangga.
Ada orang pernah kata "There are gay people, living happily, jovial even, under the rule of the absolute monarch by the power of the Syariah. Some even become Qadhi, Ustaz"
Bukanlah apa, tapi saya rasa naratif bahawa orang bangga dengan identiti gay mereka kemudian dengan begitu mudah mereka menjadi Qadhi atau Ustaz pada suatu zaman dahulu, adalah suatu naratif yang sangat meragukan, bahkan juga mengarutkan.
Lagipun, hanya kerana ada orang gay pernah hidup bahagia di bawah pemerintahan Shariah dahulu bukanlah bermaksud budaya ini perlu dinormalisasikan & perlu dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, kita sebagai umat Islam perlu merujuk kembali apa yang diperkatakan dalam Quran & Sunnah
Dan apabila rujukan dibuat, kita dapati bahawa jelas Islam sangat tegas dalam mengutuk perbuatan homoseksual atau LGBT ini, maka sewajarnya umat Islam melayan perbuatan terkutuk ini sebagai suatu jenayah, bukannya dinormalisasikan semata-mata.
[2] Okay, walaupun Islam dengan tegasnya mengutuk perbuatan LGBT ini, bukanlah bermaksud bahawa komuniti LGBT ini adalah murtad atau mereka ini perlu dilaknat masuk ke neraka & sebagainya. Barangsiapa yang berkata begitu, adalah salah sama sekali
Saya pernah tengok ada tweet yang mengatakan "Ouh kalau tak suka Islam menghukum LGBT, tak payahlah masuk Islam. Murtad sahaja senang!"

Bagi saya, kata-kata begini adalah cukup berbahaya bahkan menyalahi prinsip dasar Islam
Prinsip Islam adalah jelas, sejauh mana pun seseorang telah melakukan dosa, bukanlah bermaksud bahawa seseorang itu telah terlucut daripada identiti Islamnya. Ya dia mungkin dianggap sebagai fasiq & telah berdosa, tetapi kita tidak patut mengutuk golongan ini sebagai murtad etc.
Sama juga seperti dosa minum arak. Hanya kerana ada seseorang yang ketagih pada arak, bukanlah bermaksud kita boleh melaknat mereka & mengutuk mereka murtad atau munafiq sesuka hati. Bahkan hal ini sangatlah terlarang dalam Islam sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di bawah
Lihat sahaja adab junjungan besar nabi Muhammad ﷺ kepada golongan yang berbuat dosa. Ya, mereka sememangnya telah melakukan dosa, tetapi tidaklah patut bagi seseorang Muslim untuk mengutuk saudara seagamanya untuk keluar Islam, hanya semata-mata dosa peribadi mereka.
Bahkan kalau berbincang bab dosa peribadi, kita semua pastinya ada dosa tersendiri jua. Takkanlah kita semua perlu murtad pula disebabkan dosa-dosa tersebut?

Wallahua'lam
[3] Ada orang pernah cakap "Kenapa Tuhan nak hukum orang yang buat perbuatan LGBT sedangkan Tuhan sendiri yang mencipta mereka?"
Bagi saya, ini adalah loaded question sebab soalan itu sendiri ada indikasi bahawa LGBT ni adalah suatu perkara yang sudah ada semenjak dilahirkan. Maka kalau mereka dilahirkan begitu, kenapa mereka perlu dihukum?
Saya dah pernah ulang banyak kali hal ini, LGBT memang tiada kaitan dengan semula jadi atau genetik atau sexual orientation dan sebagainya. Sehingga hari ini, masih tiada bukti kukuh dapat menyatakan bahawa LGBT ini memang adalah suatu ciri yang wujud semenjak lahir.
Bahkan saya rasa, LGBT adalah suatu pilihan & jikalau seseorang ada kecenderungan untuk suka sesama jantina sekalipun, masalah ini bukannya congenital tetapi merupakan masalah developmental. Saya dah pernah ulas tentang perkara ini dalam thread terdahulu maka saya tak perlu ulang
Thread saya dahulu ada ulasan khas tentang isu LGBT, sama ada ia adalah semula jadi ataupun tidak. Boleh rujuk seperti di bawah

Jadinya, cukup-cukuplah berkata bahawasanya Tuhan menciptakan orang LGBT, padahal perbuatan terkutuk itu adalah hasil nafsu syahwat manusia sendiri. So one shouldn't blame God on this issue
[4] Saya rasa, ramai benar orang salah faham tentang pelaksanaan hukuman Hudud di Brunei, khususnya dalam kes hukuman rejam kepada pelaku homoseksual ini.
Ada yang fikir hukuman ini bererti kerajaan Brunei akan tangkap semua individu LGBT lantas terus merejam mereka hingga mereka mati. Mereka anggap polis akab memburu siapa-siapa sahaja yang ada kecenderungan suka sesama jantina akan terus ditangkap lalu dihukum rejam
Sesiapa yang fikir begini, mereka adalah golongan jahil. Hukuman hudud ni bukan berfungsi sebegitu mudah, bahkan ada banyak proses & prosedur yang perlu dituruti sebelum boleh sabitkan hukuman hudud kepada seseorang penjenayah.
Sebenarnya, agama Islam bukanlah menghukum seseorang yang hanya sekadar ada kecenderungan untuk suka sesama jantina. Sebaliknya, jikalau kecenderungan ini dituruti & dimanifestasikan di khalayak orang ramai, barulah hukuman hudud terpakai kepada mereka
Sebab itulah beban pembuktian bagi kesalahan homoseksual (atau zina antara orang straight sekalipun), adalah memerlukan 4 orang saksi Muslim yang adil. Dan mana mungkin kita dapati saksi jikalau bukan kerana perbuatan homoseksual ini dilakukan di khalayak orang ramai?
Juga, yang Islam maksudkan dengan perbuatan homoseksual ini bukanlah sekadar sentuh atau perbuatan meraba-raba semata2. Bahkan ia hanya apply jikalau perbuatan ini melibatkan kemaluan bertemu kemaluan (maaf saya explicit di sini)
Sekadar bercumbuan atau bersentuhan sahaja, masih tidak boleh disabitkan dengan hukuman hudud dan hal ini jelas difahami berdasarkan kisah Ma'iz Ibn Malik, hadis sahih Muslim no. 1692, yang mana nabi ﷺ menyangka bahawa kemungkinan Ma'iz sekadar menyentuh sahaja.
Pandangan saya, hukuman Hudud dalam kes zina atau homoseksual ini tidak banyak berbeza dengan indecency laws yang sedia termaktub dalam undang - undang di kebanyakan negara. Di mana seseorang yang ditangkap melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai, akan dihukum
Samalah konsep yang dibawa oleh Islam. Dalam kes dosa peribadi seperti zina, minum arak atau homoseksual ini, autoriti hukuman Hudud hanyalah terpakai apabila seseorang melakukan perbuatan terkutuk tersebut di khalayak orang ramai.
Namun jika dilakukan di belakang tabir, di rumah atau sebagainya, Islam tidak memburu orang sebegini bahkan pendosa sebegini adalah lebih baik jika disembunyikan aib mereka (satr) dan autoriti tidak berhak mengintip (tajassus) pelaku ini lalu sabitkan kesalahan
Jadi, jangan salah faham bahawa kerajaan Brunei berkehendak tangkap geng2 LGBT lalu terus humban mereka dalam penjara atau rejam mereka sampai mati. Tidak, hukuman Hudud sama sekali tidak berfungsi dengan cara yg sangat simplistik begitu
[5] Ada orang pernah kata :-

"Ouh jika Brunei ada undang2 menghukum LGBT, apa salahnya negara China, Myanmar & Israel menyeksa orang2 Islam kerana itu pun undang-undang mereka"
Jujurnya, saya tidak pernah dengar statement sebodoh ini sampailah ke hari ini. Kalau ada banyak perkara yang paling tidak masuk akal yang saya pernah dengar, bagi saya statement di tweet atas tu la (maaf jika bahasa saya agak kasar)
Keadaan komuniti LGBT tidak boleh sama sekali disamakan dengan komuniti Islam di Uyghur, Rohingya atau Palestin. Ada ke puak LGBT yang saban hari ditindas oleh kerajaan, ditangkap & dihumban masuk ke penjara atau concentration camp lantas mereka diseksa oleh kerajaan?
Ada ke org2 LGBT yg hidup dgn penuh ketakutan seperti takutnya orang2 Islam di Palestin, di mana mereka nak tidur pun langsung tidak lena sebab ada kemungkinan rumah mereka mungkin dibom atau dipecah masuk tentera rejim Zionis pada malam hari?

Ada ke komuniti LGBT takut begitu?
Ada ke komuniti LGBT takut dibunuh seperti takutnya orang2 Islam Rohingya yang takut dibunuh oleh puak2 beragama Buddha yang ekstrimis, hanya semata-mata agama yang mereka anuti dianggap sebagai agama "berbahaya".

Ada ke puak LGBT takut sebegitu?
Ada ke puak LGBT takut spt takutnya Muslim di Uyghur, di mana passport mrk dirampas, wanita dilarang memakai Hijab & ada janggut, mereka ditangkap & dihumban ke dalam concentration camp hanya atas dasar Negara China hendak "mendidik mereka"?

Ada ke puak LGBT takut sebegitu?
Jawapannya kalian sendiri tahu. Kalau benarlah puak LGBT ni sangat takut, tiada maknanya mereka akan keluar meluangkan hak mereka yang kononnya ditindas sewaktu Women's March MY yang berlaku pada bulan lepas.
So please, tak perlulah kata "Ouh Brunei laksanakan hudud nak hukum LGBT takpe, jadi apa salahnya Muslim diseksa di Uyghur, Rohingya or Palestine, itu pun sebab undang2 kerajaan".

Kepala banna dia undang2. Mana ada undang2 nak seksa seseorang hanya semata2 mereka beragama Islam
Yang nak dijalankan di kerajaan Brunei adalah menghukum salah laku tidak senonoh yang berlaku di khalayak orang ramai, sedangkan yang berlaku di Uyghur atau Rohingya, itu sudah terang adalah suatu JENAYAH. Therefore, kedua2 situasi di atas sama sekali tidak boleh disamakan
[6] @sfqomhz pernah berkata....

"I find it extremely ironic how just a few weeks ago everyone was standing in solidarity with Muslims, and now Muslims are defending Brunei's decision to stone LGBT people"
Alahai, ingat ini "give & take" ke di mana masyarakat seluruh dunia support Islam, lepas tu masyarakat Islam tidak perlu melaksanakan hukuman hudud sebagai suatu favour in return.

Begitu ke cara berfikir?
Ya benar, seluruh dunia berdiri sebagai suatu solidarity sesama Islam adalah suatu fenomena yang sangat bagus terutama sewaktu insiden pembunuhan di Christchurch New Zealand bulan lalu. Alhamdulillah perkara sebegini terjadi.
Tetapi ini bukanlah bermaksud Islam perlu bertoleransi dan mengorbankan prinsip-prinsip dasarnya untuk melaksanakan Hukuman Hudud. Takkanla hanya semata2 orang buat baik kepada kita, terus kita nak bersifat kompromi terhadap agama kita begitu sahaja. That's not right at all
[7] Ada sesetengah pihak yang membangkitkan bahawa hukuman Rejam ni tidak ada dalam Shariah, maka apa yang dilakukan oleh kerajaan Brunei itu adalah suatu kesalahan.
Okay dalam isu ni, sebenarnya ada perbincangan yang sangat2 panjang dan bukan di sini tempat berdiskusi tentang hal ini. Kalau ada rezki & masa, in sya Allah saya akan cuba kupaskan topik ini dengan penuh mendalam (maaf saya dalam musim exam sekarang ini, agak sibuk)
Tapi secara tuntasnya, majoriti daripada ulama, khasnya ulama silam dalam kitab-kitab Fiqh mereka, kelompok ini agak tegas dalam berpandangan bahawa rejam sememangnya termasuk dalam hukuman Hudud. Hujah mereka adalah berdasarkan hadis2 Nabi ﷺ (sebab rejam tiada dlm Quran)
Tetapi sebagaimana kata Prof Hashim Kamali dalam kertas kerja beliau "Stoning As Punishment: Is It Valid", kebanyakan sarjana Islam terkemuka di abad ke-20 mengambil langkah lebih selamat untuk berkata bahawa rejam bukanlah termasuk hukuman Hudud, tetapi ia adalah hukuman Takzir
Banyaklah hujah-hujah yang dikemukakan. Hujah dari sudut hadis Abdullah Ibn Abi Awfa, hujah dari sudut waktu penurunan Surah An-Nur & hujah bahawa perlakuan rejam yang dilakukan Nabi Muhammad ﷺ adalah takzir sahaja bukan hudud, dan hujah selainnya
Dan antara sarjana-sarjana Islam yang cenderung kepada pandangan ini adalah Prof. Sheikh Yusuf Qaradhawi, Sheikh Mustafa Ahmad Al-Zarqa, Sheikh Muhammad Abu Zahrah, Sheikh Ali Mansur, Prof Tariq Ramadhan & selain mereka.
Pandangan peribadi saya setakat dengan limitasi ilmu yang saya ada, saya cenderung kepada pendapat kedua, iaitu hukuman rejam ini bukanlah bahagian Hudud tetapi ia adalah bahagian Takzir. Bagi saya, ini pandangan yang lebih selamat.
Nak ulas isu ni sangat panjang. Saya tidak berniat hendak kongsi di sini, tetapi in sya Allah ada kesempatan, saya kongsikan pada kesempatan akan datang in sya Allah.

Wallahua'lam
[8] Apabila sebut hukuman Hudud ini, ramai benar yang meluangkan seruan seperti berikut :-

"Hukuman Tuhan sudah tertegak di Bumi Allah, Takbir!"
Secara peribadinya, yelah, memang kita tidak menafikan Hukuman Hudud sebagai hukuman Tuhan. Dan alhamdulillah, seharusnya umat Islam bersyukur kerajaan ada mengorak langkah dalam melaksanakan undang-undang sebegini.
Tetapi saya rasa, ramai yang tidak sedar bahawa ada banyak undang-undang lain yang jikalau diteliti dengan penuh mendalam, juga menepati hukum hakam Islam.
Undang-undang yang menjaga kebajikan masyarakat seperti bantuan kewangan, skim bantuan itu & ini, undang2 alam sekitar, sebenarnya semua ini juga adalah antara tuntutan yang sangat tinggi dalam Islam. Bahkan, ia juga merupakan prioriti jikalau hendak dibandingkan Hudud
Kalau hendak dibandingkan, ayat Quran tentang potong tangan, berapa banyak la sangat (ada satu sahaja) kalau nak dibandingkan dengan ayat2 Al-Quran tentang memberi makan kepada fakir miskin
Kalau nak bandingkan ayat tentang sebat pesalah zina, berapa banyak la sangat jika hendak dibandingkan dengan ayat2 Al-Quran tentang menjaga kehormatan, menjaga nafsu, dan menjaga kesucian diri sendiri
Bahkan ayat2 lain seperti menjaga bumi Allah, tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar, semua ini sangatlah banyak dan tidak serik2 diulang dalam Al-Quran. Menunjukkan kita bahawa pengulangan ayat tersebut adalah suatu perkara yg wajib kita prioritikan.
Bukanlah saya nak nafikan hukuman Hudud itu, jangan salah faham pula. Saya faham niat baik kerajaan Brunei utk melaksanakan hukuman hudud. Syabas buat mrk. Tetapi sampai nak menyorak kuat bahawa "Hukuman Allah telah tertegak di Bumi Islam", saya rasa nampak macam kurang sesuai.
Bukankah undang2 yang menjaga kebajikan rakyat, yang mengurangkan beban ekonomi rakyat, undang2 menjaga alam sekitar, juga adalah hukuman Tuhan? Bukankah undang2 seperti ini juga mengundang keredhaan Allah SWT?

Sama-samalah kita renungkan hal ini. Wallahua'lam
[9] Point yang terakhir yang wajar saya ketengahkan adalah, Hukuman Hudud ni sememangnya memerlukan suasana kondusif sebelum boleh dilaksanakan. Bkn bermaksud pelaksanaan tersebut tidak dibuat langsung, tetapi ditangguhkan sementara agar wujudnya suasana yg sesuai terlebih dahulu
Dan antara aspek suasana kondusif itu adalah, semua orang adalah sama rata di hadapan Hukuman Hudud. Semua orang, tidak mengira pangkat atau jawatan, dari penghuni istana-istana yang tersergam indah hingga ke pondok buruk, semuanya perlu dihukum dengan adil jika disabitkan salah
Saya tidak menafikan wujudnya naratif bahawa Sultan dan keluarga diraja akan terlepas daripada hukuman Hudud. Jikalau itu benar, maka saya rasa hal tersebut sangatlah tidak wajar bahkan sangat bertentangan dengan Hadis Nabi Muhammad ﷺ.
Pernah seorang wanita dari keluarga terhormat, dari Bani Makhzum, disabitkan kesalahan mencuri pada zaman nabi ﷺ. Para sahabat ketika itu berasakan bahawa wanita itu perlu dilepaskan, lalu meminta Usamah Ibn Zaid untuk berunding dengan Nabi Muhammad ﷺ tentang hal ini
Tahukah apa terjadi selepas itu?

Nabi Muhammad ﷺ berasa sangat marah, lalu berkata "Telah hancur orang2 sebelum kamu disebabkan orang yg mulia dalam kalangan mereka mencuri lalu dibiarkan. Tetapi apabila orang yg lemah ditangkap mencuri, dilaksanakan ke atasnya hukuman hadd"
Kemudian baginda sambung...

"Demi Allah, sekiranya Fatimah, anak kepada Muhammad, ditangkap melakukan kecurian nescaya aku sendiri akan memotong tangannya"

(HR Bukhari & Muslim, rujuk Riyad As-Salihin Hadis ke-651)
Saranan ikhlas saya, kalau boleh, kerajaan Brunei memastikan bahawa jikalau hukuman Hudud terlaksana, semua wajib dilihat sama rata di hadapan undang-undang, tiada yang terlepas daripada hal ini. Kerana jika tidak, fitnah akan sentiasa tercetus akibat hal ini.
Biarlah orang berkata hukuman manusia ni kejam atau zalim atau tidak adil, sebab nama pun manusia. Sudah tentu akan ada kecacatan sistem. Tetapi hukuman Tuhan, jangan sesekali terpalit fitnah tidak adil sebegini.

Wallahua'lam
As promised, here are my views in English.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!