, 22 tweets, 4 min read Read on Twitter
Kisah Dengan Pemandu GRAB

Semalam saya naik GRAB dari KL Sentral, kembali ke rumah mertua di Gombak.

Pemandu kereta saya seorang lelaki berbangsa india. Saya dialu-alukan masuk ke dalam kereta dengan senyuman dan kemesraan.

#BebenangHilal
Kebiasaan saya kalau nak teksi atau GRAB, memang saya suka memulakan perbualan dengan pemandu, sekadar untuk cungkil pengalaman & mengambil manfaat atau ibrah dari kehidupan mereka.

Biasanya saya akan mulakan dengan bertanya: "Sudah berapa lama bawa ni? How everythings? Fine?"
Biasanya pemandu akan tersenyum dan jawab berapa tahun telah bekerja, sambil cakap: "Bagus," atau "Bolehlah." Tetapi pemandu yang satu ini menjawab: "Sengsaralah."

Saya tertarik dan bertanya lagi: "Kenapa?"
Pemandu tersebut berkongsi bahawa dia belajar tinggi-tinggi, ada PhD. Belajar sahaja sudah susah dan lama. Tetapi bila kerja sudah elok, hidup tengah lancar, tiba-tiba syarikatnya buat keputusan untuk tutup, dan dia dihentikan kerja.

"Abang tahu, umur saya sudah 40 tahun...
...Saya sebenarnya dah hendak kahwin. Saya dah beli ini kereta. Tp bila semuanya nampak macam okay, tiba2 semua jadi x okay. Saya ingat bila syarikat tu tutup, saya senang boleh dapat kerja lain. Dua tahun saya cari kerja, x dapat. Perkahwinan saya akhirnya terpaksa dibatalkan."
"Saya punya kereta ni, yang saya beli untuk bawa isteri, nanti nak bawa anak, saya terpaksa guna untuk buat GRAB, nak survive punya fasal."

Dia terus berkongsi: "Abang tahu, umur macam ni saya dah tak expect kerja ini macam."
"Dengan kelulusan saya, pengalaman saya, saya expect kerja dekat office. Bukan kerja pagi sampai malam ambil orang, hantar orang."

"Ini semua setan punya kerja la bang kan? Saya macam kena diganggu setan. Memang setanlah kan?" Dia meluahkan kekecewaannya.
Saya mendengar, dan tak betulkan pun bahawa saya bukan abang. Dia jauh lebih tua. Saya hanya mengangguk sambil cuba berempati. Menghayati. Sambil berfikir2 apa kata2 yang sesuai untuk saya berikan kepadanya, agar dapat mengurangkan kesedihannya, sambil tidak melukakan hatinya.
Selepas dia habis berbicara, senyap telah mengisi ruang antara kami buat beberapa ketika, saya pun bersuara:

"Bro, saya nak kongsi satu cerita yang mana saya tak pasti apakah cerita ini bermanfaat untuk situasi bro. Tetapi saya harap ia bermanfaatlah...
Pemandu itu mengangguk.

"Saya seorang penulis. Lama saya menulis untuk syarikat orang lain. Setiap tahun saya tinggal tunggu royalti masuk sahaja."
Sehinggalah sampai satu masa, syarikat buku itu bermasalah untuk bayar royalti saya. Pada saat itu, saya betul2 sedang menunggu duit royalti tersebut, sebab duit di tangan sudah habis. Duit simpanan pun tak banyak mana."
"Tiba-tiba saya dapat panggilan, tahun itu syarikat buku takkan dapat bayar royalti saya. Saya sangat takut ketika itu. Saya ada isteri, masa tu saya sudah ada dua orang anak. Macam mana nak sara mereka bila duit tiba-tiba tak ada?"
"I can relate, i can relate." Pemandu itu mencelah. "Abang mesti rasa lagi takut dari saya, sebab abang ada isteri dan anak-anak."

Saya mengangguk. "Tapi saya percaya sama Tuhan saya, Tuhan Allah." Saya sambung.
Saya takut, saya resah, tapi kemudian saya ingatkan diri saya balik yang Tuhan Allah takkan zalim pada saya. Saya percaya, bila Tuhan Allah bagi saya anugerah, saya kena syukur, bila Dia bagi saya musibah saya kena sabar. Saya bina sangka baik saya kepada Tuhan Allah bahawa....
..Dia uji saya kali ini, sebab Dia nak berikan saya sesuatu yang lebih baik. Jadi saya berhenti merungut dan usahakan jalan keluar."

"Abang buat macam mana?"
"Saya keluarkan simpanan saya, dan bina syarikat penerbitan sendiri, saya terbitkan sendiri karya-karya saya. Belajar dari kosong, semua buat sendiri. A-Z."

"Wah, sekarang macam mana?"
"Sekarang sudah masuk tahun ke-3. Saya sudah keluar dari kesusahan itu. Keadaan saya sekarang lebih. baik. Berbanding semasa saya terbitkan dengan orang lain. Alhamdulillah."

Pemandu itu terangguk-angguk.
"Wah abang, saya betul-betul boleh relate lah. Cuma bezanya, saya asyik menunggu orang lain ambil saya kerja."

"Mungkin sambil bro buat GRAB, bro cubalah start something small menggunakan kepakaran, ilmu & pengalaman yang bro ada dalam bidang bro sebelum ni. Mana tahu boleh....
berkembang besar, dan tak
payah bawa GRAB dah kalau ini bukan minat bro."

Tidak lama kemudian kami sampai di hadapan rumah mertua saya. Saya bayar kemudian saya minta dia tunggu sebentar dan kemudian saya hadiahkan siri Hikayat Satria-Satria Sejati ini kepadanya.
Saya salam tangan dia dan berkata: "Be strong, I pray for you bro. Nice to meet you."

Kejadian semalam banyak membekas di dalam hati saya. Betapa kadang, bila kita sudah senang & berjaya, mudah kita lupa ada orang lain yang susah, sedang struggle, menghadapi ujian yang berat.
Situasi kita berbeza-beza. Latar kita tidak sama. Ujian kita hadapi mungkin berlainan.

Tetapi kita boleh bersikap baik sesama kita. Ungkap kata-kata yang baik. Ambil kisah. Wujudkan empati dan simpati. Sebenarnya kita sedang bersama-sama harungi hidup ini.
Moga-moga Allah mudahkan urusan kita semua dalam mencari rezeki yang halal, dan mengurniakan kepada kita kesabaran, kecekalan untuk bersangka baik kepadaNya, dan mampu mengharungi kehidupan ini dengan baik.

Amiin.

#BebenangTamat
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Hilal Asyraf
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!