, 13 tweets, 3 min read Read on Twitter
Kalau saya boleh sebut sedikit. Sekadar pemerhatian saya berkenaan isu ini, DrMAZA bukan cakap keseluruhan pemimpin DAP. Tetapi, sebahagian seperti Kula, Ramasamy, Ganabatirau, dan Hindraf - Waytha Moorthy.

DrMAZA ada sebut bukan semua, dan memuji Liew Chin Tong.

#BebenangHilal
Apa yang dibangkitkan DrMAZA?

DrMAZA mempersoalkan kenapa jika Zamri Vinoth direman 4 hari, hanya kerana berkongsi pengalaman sendiri dan bercakap sesuatu yang tidak salah(Tuhan Hindu ada 330 juta) dan menjawab tuduhan orang(Hajarul Aswad katanya diinpirasi dari Shivalinggam)
Jika itu boleh jadi sebab penahanan reman, kenapa kenyataan2 Kula, Ganabatirau, Ramasamy dan Waytha Moorthy tidak mengakibatkan mereka direman? Mereka hanya dipanggil beri penerangan sahaja kalau ada pun.

Ini yang dibangkitkan oleh DrMAZA.

Video: facebook.com/25008264183916…
Tetapi kenyataan DrMAZA saya lihat telah dispin media2 yang bias, kononnya DrMAZA menyerang DAP secara keseluruhan.

Ini disemarakkan oleh orang2 macam Ambiga contohnya, yg saya lihat jelas bias & tidak berdiri dgn prinsip keadilan, free speech, dll yang mereka sering uar2kan.
Saya ada ulas isu seperti ini sebelum isu Zamri berlaku pun, di UPM. Saya tegas nyatakan, walaupun benar ummat Islam dan melayu khususnya perlu lakukan banyak reform dan peningkatan diri, sikap dan institusi, tetapi kita tak boleh nafi islamophobia wujud di negara kita.
Kita ambil contoh Siti Kassim. Baru2 ini beliau sebut di Facebook beliau berkenaan artikel akhbar yang beliau karang ada disoal polis. Itu sahaja sudah cukup untuk beliau tanya 'apakah ini Malaysia Baru'.

Baru disoal, belum direman ke, dimasukkan lokap, mereka dah mula kecoh.
Tapi Zamri ditangkap, direman, dan sekadar pemerhatian saya, tak ada pemuka2 free speech, hak asasi, yang pertahankan hak Zamri Vinoth.

Yang ada apa?

Mereka parrot laporan2 media bias, yang hanya cakap Zamri ditangkap akibat 790 laporan polis kerana menghina agama hindu.
Tak cukup dengan itu, mereka tambah perisa untuk justifikasi tindakan mereka dengan sengaja besar2kan hubungan Zamri dengan Zakir Naik, yang telah lama mereka syaitankan di media2 mereka.

Ini jelas satu bias dan dari perspektif saya, satu permainan jahat.
Ada pun di pihak mereka, jika kena tangkap, disoal siasat, mereka akan mula menjerit2 fasal keadilan, hak asasi, kebebasan bersuara. Mereka akan suruh mansuh akta2 yang kononnya menindas, mereka akan kritik penggunaan kuasa untuk diamkan seseorang.
Tetapi jika ia dikenakan kepada pihak yang berbeza pendirian, perjuangan dengan mereka, hilang semua itu. Tiada ulasan 'draconian law', dan free speech diabaikan sebab mereka akan label pihak berbeza itu sedang hate speech.

Ini realiti. Paling kurang di mata saya.
Saya hanya meluahkan pandangan saya. Jika rakan2 rasa pandangan saya silap dan tidak benar, rakan2 boleh tegur dan utarakan yang sebaliknya. Jika rakan2 rasa pandangan saya benar, rakan2 boleh juga tambah input, tanpa carut dan caci maki, mungkin daripada perspektif rakan2 juga.
Saya hanya lihat, kes DrMAZA yang mereka besar2kan ini sekadar satu lagi tipikal kes terhadap bias ini.

Walhal, DrMAZA ialah antara ulama' progresif dan terbuka. Mereka juga suka DrMAZA semasa beliau 'selari' dengan kehendak mereka. Tapi lihatlah bagaimana jika tak selari.
Saya hentikan di sini dahulu.
Sekadar pemerhatian peribadi, untuk perbincangan sesiapa yang sudi membaca.

#BebenangTamat.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Hilal Asyraf
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!