Yassir Yang Terakhir

——-

“Kau akan ku jadikan santapan malamku,

Pelengkap seleraku,

Untuk aku bisa berentap di esok hari,

Pejamkan matamu,

Kesat air matamu,

InsyaAllah, segalanya akan berakhir, dengan segera.

- Johan Yassir
Untuk lebih memahami kisah ini,

Disarankan untuk membaca empat buah kisah yang telah aku lampirkan di pinned tweet.

Kita bermula dengan kisah penubuhan, The Droughts.

Terdiri daripada,

Johan Yassir
Rais Hanafi
Shahidan Rauf.

Rujuk tweet di bawah.
The Redemption of a Joker

Rais Hanafi sebagai Tapir The Clown.

Badut gila yang dahagakan darah.

Orang kanan Johan Yassir.

The Redemption of an Illusionist

Shahidan Rauf sebagai Dan The Illusionist.

Illusionist yang sadis, kejam dan pendendam.

Pemilik Pedang Sadek III, pemberian dari Johan Yassir.

Seterusnya,

Kisah tentang keturunan Darman dan Rejab,

Yang pernah berdamping dengan Johan Yassir,

Dan menganggotai skuad Senja Merah pada tahun 1867 - 1882,

Dianggotai oleh,

Johan Yassir
Habib Darman
Basyir Rejab

Rujuk tweet di bawah
The Letter to Suri

Habib Darman, bekas pemilik Pedang Sadek II

Shah Darman, mewarisi Rantai Berdarah Delima Merah, tinggalan Habib Darman.

Dengan satu dendam untuk menebus nasib keluarganya,

Iaitu dengan membunuh Johan Yassir

The Descendant of Rejab

Basyir Rejab, bekas pemilik Pedang Sadek III

Berdamping dengan satu Roh Semangat berupa seekor mawas,

Mantra.

Mantra diwarisi oleh Basyir Rejab. Yang juga sahabat kepada Shah Darman.

Kisah ini akan mengambil masa beberapa hari untuk dihabiskan.

Kisah tentang sebuah keluarga yang durjana,

Kisah tentang seorang lelaki yang bernama,

Johan Yassir.

Let’s continue the saga.
.
.
“ZASSS!!!! ZASSS!! ZASSSS!! ZASSSSS!!!”

Pedang Sadek II dilibas,

Libasan demi libasan,

Hinggap ke dada dan leher anak-anak buah,

Ayah Ibrahim.
.
.
“Ha..Ha..HA..HA..HAHAHAHAHA!!!” Rais Hanafi ketawa sambil mengelap darah di mata Pedang Sadek II.
“ZAPPPP!! ZAPPPP!!!” Shahidan Rauf menikam dada dua orang anak buah Ayah Ibrahim yang sedang melutut dengan tangan diikat.

“SREET!!”

Dia menarik tikaman Pedang Sadek III dari dada anak buah Ayah Ibrahim.
.
.
Ayah Ibrahim diikat tangan dan kakinya.

Darah mengalir di kepalanya, biji mata kirinya dicungkil oleh Rais Hanafi,

Nafasnya berat.

Anak-anak buahnya, melutut di atas lantai, dengan kaki dan tangan yang diikat.
.
.
“Aku janji, aku datang balik. Tapi kali ni, aku nak kepala kau.” kata Rais Hanafi kepada Ayah Ibrahim.
.
.
“Darah dibayar dengan darah..” sambungnya.

Rais mendepakan tangannya, dia menghampiri salah seorang anak buah Ayah Ibrahim.
.
.
Dan kemudian,

Rais menyembelih leher anak buah Ayah Ibrahim.

“SREEETTT!!!”

Anak buah Ayah Ibrahim menggelupur dengan darah bersemburan di lehernya.
.
.
Kemudian dia menyembelih leher seorang lagi anak buah Ayah Ibrahim.

“SRETTT!”

Dan lagi,

“SRETTT!!”

Dan lagi,

“SRETTT!!”
Rais Hanafi berjalan ke arah Ayah Ibrahim, dengan niat membunuh yang sangat kuat.
.
.
“Mung ingat, dengan bunuh aku, mu bulih beraso tene?!

Kito dea bersaeng, sembur asak rokok sekali!!

Rais!! Aku takdop hute dengan mung!!” jerit Ayah Ibrahim.
.
.
.
.
“Kalau bukan kerana kau, isteri dan anak aku, masih hidup.” balas Rais Hanafi.

Dan terus mencantas perut, dada dan leher Ayah Ibrahim.

“ZASSS!! ZASSS!! ZASSS!!”

Leher Ayah Ibrahim terpenggal dari badan.
.
.
Kemudian Rais membersihkan darah di mata pedang dengan lengannya.
“Puas?” tanya Shahidan.

“Belum.” balas Rais.

“ZAPPP!!” Rais menikam saki baki anak-anak buah Ayah Ibrahim.

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”
.
.
.
Sementara itu, di sebuah gudang,

Berhampiran dengan tempat pembunuhan beramai-ramai anak-anak buah Ayah Ibrahim.
.
.
Seorang lelaki sedang melahap daging seorang wanita muda,

Daging anak dara sulung Ayah Ibrahim.
.
.
“Tolong.. Tolong lepaskan aku..” rayu seorang gadis, anak dara bongsu Ayah Ibrahim.

Menangis melihat kakaknya dilahap rakus.
.
.
“Clack! BAM!” pintu gudang dibuka.
Rais Hanafi dan Shahidan Rauf, berdiri di pintu gudang,

Menunggu lelaki di depannya, menyantap habuannya.
.
.
“Abang Johan?” panggil Shahidan.

“Sekejap. Biar aku habiskan dulu.

Ada lagi satu lauk yang belum disentuh.” balas Johan Yassir.
.
.
Darah berlumuran di muka Johan.

Peha anak dara sulung Ayah Ibrahim, dirobek, perutnya, dikorek, lehernya, dikekah.
.
.
“Agghhh!! Manis!! Daging anak dara sememangnya paling sedap untuk dijadikan santapan!!” jerit Johan Yassir.

“Sekarang, giliran kau.” sambung Johan.

“ZAPPPP!!”
Tulang temulang, limpahan darah dan cebisan daging anak-anak perempuan Ayah Ibrahim,

Bertaburan di tanah.
.
.
Kepala-kepala mangsa, tertanggal dari tubuh badan.

Bertelanjang bulat.

Seperti ayam panggang yang baru sahaja selesai diratah.
Johan Yassir mencungkil giginya, dan mengeluarkan sebatang rokok.

Dia nyalakan, dan dia hembus asap rokok ke udara.
.
.
Johan Yassir,

Seorang lelaki yang tinggi lampai.

Dengan memakai seluar hitam dan kemeja putih yang menampakkan bahagian dadanya yang bercacahkan tattoo.
Tattoo yang diukirkan dengan tulisan-tulisan jawi.

Dia melilit sehelai selendang hitam, dilehernya.

Lengan baju dilipat sehingga ke paras siku.

Dua bentuk cincin berwarna hitam dan putih di jari tengah dan jari manis tangan kanan.

Seutas gelang emas di pergelangan tangan kiri
Johan, Rais dan Shahidan,

Berjalan keluar dari sarang operasi Ayah Ibrahim.
.
.
Rais Hanafi, menggenggam dan mengusap Pedang Sadek II, sambil berjalan.

Sesekali, dia melibas pedang itu ke kiri dan ke kanan.
.
.
“Pedang ni, pedang sumpahan.. Johan?” tanya Rais.
Johan hanya mendiamkan diri, sambil menghembus asap rokok.

Mereka bertiga, meneruskan perjalanan.
.
.
“Pedang Sadek II... Dan orang yang kau cari, Adam Sadek.. Apa kaitan semua ni?” tanya Rais.
.
.
“Pedang Sadek I, ada dengannya.” balas Johan Yassir.
“Kau tak jawab soalan aku.” kata Rais sejurus menyarungkan Pedang Sadek II ke dalam sarung pedang.
.
.
“Pedang ni, bukan pedang biasa. Kenapa kau taksub sangat dengan pedang ni?” tanya Rais.

“Rais, barang yang disumpah, biasanya datang dengan korban nyawa.” jawab Shahidan.
“SHING!!!” Rais menghunuskan mata Pedang Sadek II ke muka Johan.
.
.
Mereka bertiga, menghentikan langkah.

“Kau janjikan nyawa yang kekal abadi sekiranya aku ikut kau.

Kau nak bunuh aku? Aku bukan anjing kau.

Sekarang, aku nak kau bagitahu aku, apa yang aku dapat.” ujar Rais.
Shahidan menghunuskan Pedang Sadek III, dan melibas Pedang Sadek II di tangan Rais.

“KACHING!!”
.
.
“Kau nak bunuh Johan, kau bunuh aku dulu!” tengking Shahidan.
.
.
Rais berundur beberapa langkah ke belakang.

Dia menggenggam kemas pedang di tangan.
“Shahidan! Guna otak kau! Kau buta ke?! Kau sendiri nampak kan??”

“Binatang belakang kau tu, bukan manusia macam kita!!”

“Dia makan daging manusia! Dia puja syaitan!

Berapa kali dia kena tembak? Kena tikam dengan musuh??!

Tapi dia tak pernah jatuh sembah bumi!!” sambung Rais.
“Rais!!” tengking Shahidan.

Johan menepuk bahu Shahidan, dan dia berjalan menuju ke arah Rais.
.
.
Rais membuka tapak kekudanya,

Dia memegang pedang di tangannya secara terbalik, dengan mata pedang menghala ke tanah.

“Kenapa kau diam?” tanya Rais.
“Ada banyak perkara dalam dunia ni, yang tak semudah itu untuk kau hadam.” balas Johan sambil berjalan menghampiri Rais Hanafi.
.
.
“Dah banyak benda gila,

Yang aku nampak dengan mata aku,

Termasuk kau Johan,

Benda gila apa lagi yang aku tak boleh hadam?!”
Pokok-pokok yang berada berhampiran, bergoyang dihembus angin,

Daun-daun berguguran jatuh ke tanah,
.
.
“Dua tahun aku ikut kau Johan,

Dah berapa banyak jasad manusia yang kau dah telan?

Berapa banyak balang darah anak dara kau bawa balik ke gudang kita?”
“Kulit diorang kau siat,

Jantung, limpa, dan mata diorang kau korek, kau simpan!

Untuk apa Johan?!

Berpuluh-puluh budak jantan kau panggil jadi pengikut kau,

Kau janjikan benda yang sama,

Nyawa kekal abadi!

Tapi aku tak tahu, apa tujuan kau buat semua ni??” sambung Rais.
“Butiran diri kau takde dalam rekod, nama kau tak pernah wujud dalam negara ni,

Aku selidik pasal kau Johan!

Aku jumpa benda aku cari!

Pembunuhan ulamak, ilmuwan agama,

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah!!

Semuanya kerja kau kan??!” sambung Rais.
“Dan semua pembunuhan ni berlaku sejak berpuluh-puluh tahun yang lepas!

Dengan cara yang sama!

Kau penggal kepala diorang! Kau makan daging diorang!

Jantung dan limpa bini dan anak perempuan diorang kau simpan dalam gudang tu!!”
“Hanya kau je Johan! Yang sanggup buat benda ni semua!!

Kau bukan manusia dalam zaman ni,

Kau tak sepatutnya hidup dalam zaman ni,
.
.
Dua tahun lepas, kau tolong aku masa aku terdesak,

Kau janjikan darah untuk beli kepuasan aku.

Kau janjikan aku nyawa yang kekal abadi.”
.
.
“Nyawa yang panjang, sampai aku puas menikam manusia,

Sampai aku puas bermandikan darah manusia,

Sampai habis dendam aku kepada manusia keparat yang bertuhankan wang ringgit!!
.
.
Dan aku balas budi kau dengan buat semua kerja gila untuk kau.”
.
.
“Ini jalan yang aku pilih, jalan yang tinggal untuk aku hidup,

Tapi kalau aku mati dalam jalan ni,

Aku kena tahu untuk apa??

Dan kalau kau capai matlamat kau,

Apa lagi yang akan aku dapat?? Apa habuan aku??

Aku nak lebih dari sekadar hidup kekal abadi!”
.
.
“Baru sekarang, kau tanya aku?” kata Johan.

Rais berundur ke belakang.

“Dendam, penyesalan, pengkhianatan..

Aku faham Rais,

Apa yang kau hadap sebelum ni,

Apa yang kau rasa sebelum ni,

Kau buka mata, kau rasa nak bunuh semua manusia yang pandang muka kau.”
.
.
“Kau hilang arah, tiada harapan untuk manusia berdosa untuk kau,

Kau cuba cari tujuan untuk kau hidup,

Walau dengan apa cara sekalipun,

Kau nak merasa puas, kau nak merasa bahagia,

Tapi hakikatnya, roh kau dah mati,

Kau cuma jasad yang masih bergerak tanpa akal yang waras.”
“Aku cuba cari satu pengakhiran yang baik,

Untuk manusia yang berdosa seperti kau dan aku,

Walau sejahat dan sezalim mana pun seseorang manusia itu,

Dia tetap ingin merasa bahagia,
.
.
Apa yang aku buat selama ni, atas dasar untuk mencari kebahagiaan.” sambung Johan.
Rais Hanafi mendiamkan diri seketika,

“Kebahagiaan? Hahaha. Orang macam aku, dah takde peluang...” Rais mematikan ayatnya.

Rais memandang ke arah Johan dengan mata yang terbeliak.

Genggaman pedang di tangannya, dilepaskan,

Rais Hanafi,

Seperti menyedari sesuatu perkara.
.
.
Johan Yassir, berjalan melepasi tubuh Rais Hanafi,

Shahidan Rauf, menyarungkan Pedang Sadek III ke dalam sarung pedang,

Dan kemudian, dia turut berjalan di samping Johan Yassir, melepasi Rais Hanafi yang masih, terkesima.
.
.
Rais menoleh badannya ke arah Johan Yassir.
“Johan...” panggil Rais.
.
.
Johan mematikan langkahnya.
.
.
“Siapa.. Siapa kau sebenarnya?”
.
.
Johan mendiamkan diri seketika.

Kemudian,

“Aku adalah keturunan Yassir yang terakhir.

Keturunan yang dipadamkan dalam sejarah,

Keturunan bangsat, musuh umat islam melayu.
.
.
Di sebuah pulau di selatan semenanjung tanah melayu,

Pulau Tinggi,

May 1783, 10:30 PM
.
.
Lampu pelita dinyalakan di depan perkarangan sebuah rumah yang seakan sebuah mahligai,

Mahligai yang dipagar dengan dengan pagar-pagar tinggi yang bertombak,

Rumah Keluarga Yassir.
Seramai hampir 200 ratus tahanan lanun,

Diikat tangan dan kaki mereka, melutut di dalam perkarangan Rumah Kediaman Yassir,

Mereka dikerumuni oleh skuad-skuad bersenjata yang berada di bawah kekuasaan Keluarga Yassir.

Memakai persalinan pakaian berwarna serba hitam,
.
.
Mereka digelar sebagai,

Skuad Selendang Hitam.
.
.
Lengkap bersenjatakan pedang dan terakol,

Skuad berani mati, taat dan setia kepada Keluarga Yassir
.
.
“SREEETT!” seorang lelaki menghunuskan sebilah pedang,

Berjalan ke arah tahanan-tahanan lanun.
Lelaki berwajah bengis,

Sebagai ketua Keluarga Yassir,

Namanya digelar,

Jamrud Yassir.
.
.


“Johan!! Genggam senjatamu!! Lekas ke mari!!”

Seorang pemuda yang bertubuh halus, menggenggam sebilah pedang,

Dan berlari dengan kaki yang bergoyang.
.
.
JOHAN YASSIR - 15 TAHUN.
Johan Yassir berlari anak, ke arah Jamrud Yassir.
.
.
Badannya menggigil, tangannya terketar-ketar,

Bunyi suara tahanan lanun, meminta tolong, memohon dilepaskan..

Kedengaran jelas memenuhi ruangan perkarangan Rumah Keluarga Yassir.
.
.
Salah seorang ahli Skuad Selendang Hitam, Buyong, mengheret seorang tahanan,

“Tidak!! Lepaskan aku!! Lepaskn aku!!” jerit tahanan itu.

Kemudian dia melempar tahanan itu ke kaki Johan.
.
.
“Tuan Muda Johan, korban untukmu telah tersedia.” kata Buyong.
Jamrud berjalan merapati Johan,
.
.
“Ini adalah korban pertamamu Johan,

Kamu adalah anak jantan keluarga Yassir,

Harus punya berani!!

Ini adalah tradisi nenek moyang kita!!

Angkat senjatamu!!” arah Jamrud sambil memegang belakang leher tahanan lanun di depan Johan.
Johan menggenggam pedangnya dengan kedua-dua belah tangan,

Diangkat perlahan, dihalakan ke muka tahanan lanun di depannya.
.
.
Tangannya terketar-ketar, peluh mengalir di mukanya,

“Lekas!!” tengking Jamrud.

Johan menutup matanya, mengetap bibirnya,

Badannya terus menggigil.
“Le..Lepaskan aku.. Aku punya keluarga.. Keluargaku.. Keluargaku menunggu di kampung sana..” rayu tahanan itu.

“PAPP!” pedang di tangan Johan, jatuh ke tanah.

Dia berundur beberapa langkah ke belakang,

Sayu dan terguris hatinya apabila mendengar rayuan dari tahanan lanun itu.
“Ayahanda, Aku.. Aku belum sanggup.” kata Johan dengan suara yang terketar-ketar.
.
.
“Bacul!!!” marah Jamrud.

“DABBB!!!” Jamrud menendang dada Johan.

Dia mengangkat tangan kanannya,

Tangannya mengeras, berurat dan kukunya memanjang,

Bersedia untuk mencengkam leher Johan.
.
.
Satu susuk tubuh seorang lelaki memecut ke arah Jamrud dan Johan,

Dia menggapai pedang Johan di tanah, dan kemudian,

“ZASSS!! ZAPP!!”

Mencantas dada dan menikam leher tahanan itu.
.
.
Kemudian susuk tubuh itu memecut tubuhnya ke arah Jamrud dan mengunci belakang badan Jamrud.
“Jalal!!” tengking Jamrud.

Jalal Yassir, anak sulung kepada Jamrud Yassir,
.
.
“Tenang Ayahanda! Bukan begini caranya!“

“Si bacul ini telah menconteng arang ke mukaku!

“Johan belum siap! Bukan malam ini! Akan tiba masanya! Biarkan aku yang mengajarnya!” balas Jalal.
Jamrud berhenti dari meronta. Jalal melepaskan kuciannya.

Jamrud berjalan ke arah Johan,

Dan mencengkam leher Johan dengan tangan kirinya,

“Belum pernah ada, keturunan Yassir sebacul kamu!!

“DABBB!!” Jamrud menumbuk perut Johan,

“DABBB!!” dan menumbuk muka Johan.
“Jalal!!” jerit Jamrud.

Jalal mengangguk kepalanya.
.
.
“Jamir!! Jasim!! Jihad!!” panggil Jalal.
.
.
Jamir Yassir, anak lelaki kedua,

Jasim Yassir, anak lelaki ketiga,

Jihad Yassir, anak lelaki keempat,
.
.
Mereka bergegas, menuju ke arah Jalal Yassir,

Dengan membawa senjata.
“Yang muda bawakan ke penjara!! Yang tua, bunuh saja!!” arah Jalal Yassir.

“Siap!!” balas Jamir Yassir sambil tersenyum.

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

20 nyawa terkorban.

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

50 nyawa..

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

100 nyawa..
.
.
Jamrud Yassir berjalan menuju ke anjung rumahnya.

Seorang gadis muda, berlari melepasi Jamrud, dan menuju ke arah Johan Yassir.
.
.
“Johan..” tegur gadis itu sambil memapah tubuh Johan.

“Puspa. Biarkan dia.” kata Jamrud.

Puspa Yassir, anak sulung perempuan keluarga Yassir
“Johan. Bersabarlah. Jangan disimpan di dalam hati.” kata Puspa Yassir sambil memapah tubuh Johan.

Johan mengalihkan tangannya dari papahan Puspa.
.
.
“Aku benci keluarga kita. Aku tidak minta dilahirkan di dalam keluarga ini.”

Johan berdiri, dan menepuk seluarnya yang berpasir
Suara-suara tahanan lanun masih kuat kedengaran.

Mereka dibunuh dengan kejam sekali oleh adik-beradik Johan dan Skuad Selendang Hitam.

Yang muda, dibawa ke penjara,
.
.
Penjara Korban.

Penjara yang menyimpan manusia-manusia, untuk dijadikan santapan keluarga Yassir.
“Clack!! BAM!!”

Pintu penjara dibuka satu persatu.

Tahanan-tahanan lanun dicampak masuk ke dalam ruangan penjara.

Suara-suara tahanan lanun mengisi ruangan penjara. Suara-suara yang menangis. Suara-suara yang meminta untuk dibebaskan.
.
.
“Lepaskan aku.. Lepaskan aku..”
Air mati mereka jatuh berderai.

Lanun-lanun yang kebiasaannya, bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan,

Akan tetapi, pada saat ini,

Di bawah tahanan Keluarga Yassir,

Mereka tidak ubah seperti anak-anak kecil yang menangis meminta tolong.
.
.
Sangat menjengkelkan.
Penjara Korban ini, terletak di bahagian belakang Rumah Keluarga Yassir.

Ianya terbahagi kepada 4 buah sel yang besar.

Sel pertama dipanggil sebagai, Rajul.

Sel kedua dipanggil sebagai, Aimra’a.

Sel ketiga dipanggil sebagai, Harib.

Sel keempat dipanggil, Alnabil.
Sel Rajul menempatkan korban lelaki, santapan untuk ahli kerabat Keluarga Yassir.

Sel Aimra’a menempatkan korban wanita, juga santapan untuk ahli kerabat Keluarga Yassir.
.
.
Sel Harib menempatkan penjenayah, ahli-ahli ulamak dan ilmuwan agama yang menjadi musuh kepada Keluarga Yassir.

Sel Alnabil pula menempatkan ahli-ahli bangsawan dan juga Keluarga-Keluarga yang berpengaruh, yang cuba untuk menentang dan mengancam kekuasaan Keluarga Yassir.
.
.
Keluarga Yassir dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Mereka digelar sebagai Keluarga Yang Bersiong.

Ini kerana, ahli-ahli Keluarga Yassir, menjadikan daging manusia sebagai santapan harian, bagi memenuhi sumpah kepada kesaktian mereka
Keluarga Yassir, adalah sebuah keluarga yang mengamalkan ilmu-ilmu hitam yang diwarisi sejak berkurun-kurun lamanya.

Telah ramai nyawa yang terkorban, yang cuba untuk menentang keluarga ini.

Namun kesemua mereka, rebah dan tersungkur, satu demi satu.
Kekuasaan Keluarga Yassir diakui oleh tentera dan suku kaum Bugis.

Perjanjian kawasan jajahan dimeterai.

Jamrud Yassir,

Selaku Ketua Keluarga Yassir,

Merupakan orang kanan kepada Raja Haji,

Dalam usahanya membanteras ancaman luar yang cuba menceroboh selatan Tanah Melayu.
Mendengar nama Keluarga Yassir, atau mendengar nama Skuad Selendang Hitam,

Sudah cukup untuk mengoncangkan kapal-kapal lanun,

Sudah cukup untuk menggoyahkan semangat musuh-musuh.
.
.
Terdapat satu kata-kata yang bermain di mulut orang-orang Nusantara Melayu.
.
.
“Sekiranya bertembung dengan mereka (Keluarga Yassir),

Tinggalkan senjatamu, bergegas dan kabur segera, sebelum nyawamu meniti di hujung tanduk!”
.
.
Di pulau itu, Pulau Tinggi,

Tempat berpangkalan Keluarga Yassir.

Terpisah dan terceruk, sebagai keluarga yang digeruni.
Di sebuah ruangan senjata, di dalam Rumah Keluarga Yassir,

12:05 AM,

“DABBB!! DABBB!!” dua tumbukan dari Jamir Yassir, anak lelaki kedua Yassir, tepat mengenai muka dan dada Johan Yassir.
.
.
“BAMMM!!” tubuh Johan terpelanting melanggar rak senjata setelah ditendang oleh Jamir.
“Bangun!” arah Jamir.

JAMIR YASSIR - 24 TAHUN.
.
.
Johan berdiri perlahan. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya,

Dan dia halakan ke depan, cuba untuk mempertahankan dirinya,

“Huhh.. Huhh..” nafas Johan dihela berat, darah mengalir di kepalanya,
Jamir berjalan ke arah Johan.

Johan berundur beberapa langkah.
.
.
“Bagaimana kamu mahu membela keluarga kita, kalau kamu selemah ini!!” jerit Jamir.

“DABBB!! BAMMM!!”

Sekali lagi Johan dilibas dengan sepakan oleh Jamir, dan terpelanting melanggar rak senjata bahagian kanan.
Jamir memecut ke arah Johan, dan mencengkam leher Johan,

Kemudian, dia membaling tubuh Johan sehingga melanggar dinding ruangan senjata.

“BAMMM!!!”

Johan hampir pitam. Sudah hilang tenaganya untuk berdiri semula.

“Lembik!! Bangun Johan!!” jerit Jamir.
Jamir memecut sekali lagi ke arah Johan,

Dengan tangan kanannya yang mengeras, urat-urat timbul, kukunya memanjang,

Dia bersedia untuk melancarkan serangan maut kepada Johan,

Baginya, dengan cara ini, mampu membuatkan Johan melawan kembali,
.
.
“JAMIR!!!” jerit Puspa Yassir.
Jamir menghentikan serangannya,

Puspa membuka langkahnya, menghampiri Jamir.

“PAPP!!” Puspa menampar pipi Jamir.
.
.
PUSPA YASSIR - 26 TAHUN

Anak perempuan sulung Keluarga Yassir.

“Cukup! Pulang ke kamarmu Jamir!” tengking Puspa.
Puspa Yassir, memapah tubuh Johan, dan membawa Johan menuju ke kamarnya.
.
.
“Clack!” pintu kamar Johan dibuka oleh Puspa.

Puspa merebahkan tubuh Johan secara perlahan-lahan.

Dia ambilkan sebekas air yang jernih, dan dia membersihkan luka di muka Johan.
Puspa mengelap tubuh Johan dengan sehelai kain putih.
.
.
“Johan.. Kamu anak yang baik, aku bangga denganmu.

Kamu tidak seperti kakandamu yang lain.

Kamu punya hati, dan jiwamu suci, seperti bonda kita.” kata Puspa.
.
.
Nafas Johan lemah, matanya kuyu.
“Kanda Puspa.. Mengapa aku harus dilahirkan sebagai Yassir..

Aku tidak sanggup, melihat manusia dibunuh kejam,

Aku tidak sanggup, dipaksa, menelan daging manusia,

Aku tidak sanggup, melihat keluarga kita menyembah syaitan,

Kanda Puspa.. Aku rela mati..” ujar Johan Yassir.
Puspa hanya mendiamkan diri,

Dia terus mengelap tubuh Johan, adinda kesayangannya.
.
.
“Kanda Puspa, kamu juga sama bukan?

Kamu juga tidak tahan melihat kekejaman keluarga kita bukan?” tanya Johan.

“Lekaslah katakan, agar kita berdua, bisa kabur dari pulau ini.” sambungnya.
“Johan!” tengking Puspa.

“Jangan cuba berbicara seenaknya! Jangan pernah kau hembus kata-kata sedemikian di dalam rumah ini lagi!” marah Puspa.

Johan mengetap bibirnya, takut dan terkesima setelah dimarahi Puspa.
.
.
“Tak! Tak!” bunyi tapak kaki menghampiri kamar Johan.
“Johan. Kau tidak pantas memegang nama Yassir.

Akan aku khabarkan kepada Ayahanda tentang apa yang telah kau bicarakan!” kata seorang gadis muda di depan pintu kamar Johan.
.
.
“Putri! Jangan kau bicara sembarangan!” marah Puspa kepada adindanya,

PUTRI YASSIR - 17 TAHUN.
Satu tahun kemudian,

Pulau Tinggi,

Medan Latihan, Rumah Keluarga Yassir,

June 1984, 5:00 PM.

———

JOHAN YASSIR - 16 TAHUN
.
.
Seramai 700 orang ahli Skuad Selendang Hitam, mengerumuni satu gelanggang besar di dalam perkarangan Rumah Keluarga Yassir.
Johan Yassir, berdiri tegak di tengah-tengah gelanggang,

Dia membuka tapak kekudanya,

Sebilah parang digenggam di tangan kanannya,

Lengkap berpakaian serba hitam, dan selendang hitam dililitkan di lehernya.
.
.
Matanya tajam memandang ke arah lawannya.
Di hadapannya, seorang gadis muda, yang juga saudara kandungnya,

PUTRI YASSIR - 18 TAHUN

Putri, anak gadis Keluarga Yassir yang sangat mahir menggunakan senjata,

Membuka langkahnya dengan sebatang lembing yang panjang,

Dia memandang ke arah Johan dengan senyuman yang sinis.
“Kali ini, Tuan Muda Johan pasti akan tewas lagi!” kata seorang ahli Skuad Selendang Hitam.

“Mana mungkin dia bisa mengalahkan Puan Muda Putri!!”

“Ya benar. Puan Muda Putri itu anak perempuan kebanggaan Tuan Besar Jamrud!! Kencang berentap!!”
.
.
“10 orang lelaki dewasa juga mampu ditumbangkan oleh Puan Muda Putri!! Inikan pula Tuan Muda Johan yang sebacul itu!!”

“Jaga mulutmu Kundang!!” marah Buyong, selaku Komander Pertama angkatan perang Skuad Selendang Hitam.
.
.
Suasana kembali senyap dan sunyi.
.
.
Hanya tinggal bunyi geseran tapak kaki menyentuh lantai,

Tapak kaki Johan dan Putri,
.
.
“TINGGG!!!” Putri menetak lembingnya ke lantai, cuba untuk menyergah Johan.

Johan berundur ke belakang beberapa langkah

“Haha. Apa kamu takut Johan?” cela Putri.

“Ayuh, maju!” cabar Putri
Tercabar dengan kata-kata Putri,

Johan menujah tapak kakinya, parang di tangannya digenggam kemas,

Setibanya Johan di depan Putri,

Johan memusingkan badannya dan melibas mata parang ke bahu kanan Putri,

“KETING!!!”

Libasannya mampu disanggah oleh Putri dengan lembing besinya
Putri kemudiannya, memberi sepakan kaki kiri ke belakang badan Johan,

Johan rebah menjunam ke depan,

Putri memusingkan lembingnya dan melibas mata lembing ke leher Johan,

“KETING!!”

Libasan Putri dibalas oleh libasan parang milik Johan.
Mereka berdua berdiri kembali, dan membuat satu pusingan dengan senjata dihalakan ke depan.

Putri Yassir memusingkan lembing besinya dengan sebelah tangan kanan,

Dan menukarkan pusingan lembingannya dengan sebelah tangan kiri,

Dia tersenyum, cukup yakin berdepan dengan Johan.
.
.
“JOHAN! SEBUT NAMAKU! AKU PASTI BISA MEMBANTU!!”

Jerit satu suara di telinga Johan Yassir.

Satu suara yang hanya, mampu didengar oleh Johan Yassir.
.
.
“Tidak! Kau hanyalah perhiasan pemberian Ayahandaku! Aku tidak butuh kesaktianmu!” balas Johan.
“HAHAHA! LALU BAGAIMANA KAMU MAHU BERDEPAN DENGAN PUTRI?! DIA JAUH LEBIH TANGKAS BERENTAP!!”
.
.
“KACHING!!”

Putri Yassir melancarkan serangan ke atas Johan.

Serangan demi serangan,

Johan Yassir, hanya mampu menangkis, dan mempertahankan dirinya.
“KACHING!!”

Putri melakukan satu lompatan dan menujah mata lembing ke badan Johan.

“TING!!”

Tujahan Putri berjaya di sanggah oleh Johan dengan parangnya.

Putri mendarat ke lantai.

Dia melakukan larian ke kiri dan ke kanan,

Dan melibas parang di tangan Johan.

“TINGG!!”
.
.
Kemudian, Putri menekan tapak kakinya ke lantai,

Dan memecut ke tubuh Johan,

“DABBB!!” dada Johan ditendang oleh Putri.

Johan terpelanting jauh ke belakang.

Badan Johan rebah ke kaki Jamrud Yassir, yang sedang memerhatikan pertempuran di antara dua orang anak kandungnya.
.
.
Johan memandang ke mata Jamrud Yassir, ayahandanya.

Jelas kelihatan, pandangan mata yang kecewa terhadap anak bongsunya, Johan Yassir.
.
.
Johan menundukkan kepalanya.

Dia kembali bangun, dan berdiri.

“SHING!!”

Putri menghalakan mata lembing ke leher Johan.
“Kamu kalah Johan.” kata Putri Yassir sambil tersenyum sinis.
.
.
Johan menggenggam tapak tangannya,

Kemudian dia melibas lembing milik Putri dengan tangan kirinya.

Dan menendang tubuh Putri dengan kaki kanannya.

“DABBB!!”

Tendangan Johan di tahan dengan tangan kiri Putri.
Putri Yassir berundur beberapa langkah ke belakang.
.
.
Terkesima dengan apa yang telah Johan lakukan sebentar tadi.
.
.
Johan mencengkam selendang hitam di lehernya,

Kemudian, dia campakkan selendang itu ke atas lantai,

Seutas rantai berdelima merah, kelihatan di leher Johan.
Johan mengenggam rantai di lehernya,

Rantai berdelima merah itu, menyala dengan terang,

Cahaya merah yang menyilaukan mata-mata yang melihatnya.
.
.
“Ayuh!!! JABBAR!!!” jerit Johan Yassir.

“HAHAHA!! SIAP!!” jerit JABBAR.

JABBAR,

Roh Semangat, Rantai Berdarah Delima Merah!
Mata Johan menyala kemerahan

Suasana didalam Medan Latihan, hiruk pikuk, mereka seakan tidak percaya

Johan mampu menundukkan Roh Semangat yang mereka kira sebelum ini,

Cukup sukar untuk ditundukkan

Antara Roh Semangat yang paling keras kepala di dalam Keluarga Yassir,

JABBAR
Jamrud, Jalal, Jamir, Jasim, Jihad, Puspa dan Putri,

Turut terkesima.

Memang disengajakan oleh Jamrud Yassir,

Menyerahkan Rantai Berdarah Delima Merah kepada Johan,

Supaya anak bongsunya itu, lebih kenal erti sukar untuk mampu berentap, seperti adik-beradik Yassir yang lain.
Johan Yassir, melangkah ke depan dengan perlahan-lahan,

Menuju ke arah Putri Yassir,

Langkahnya berat,

Keberadaannya, dirasai oleh segenap manusia yang memerhatikan pertarungan ini, di dalam Medan Latihan.
.
.
Johan Yassir, mengangkat kedua-dua belah tangannya,

Tangannya mengeras, urat-urat timbul di lengannya,

Kukunya kian memanjang,
.
.
Johan Yassir, bersedia untuk berentap!

“ZOOSHH!!”

Johan melakukan satu pecutan yang laju ke arah Putri Yassir.

“DABBB!!”
Satu tumbukan dilancarkan oleh Johan, ditangkis oleh Putri dengan lembing besinya,

Tubuh Putri Yassir tertolak ke belakang.

Lembingnya, tercampak ke udara,

Johan Yassir, meneruskan serangannya,

“ZOOSHHH!!”
.
.
“DEWI MALAM!!!” jerit Putri Yassir.
Satu susuk tubuh jembalang, menyerupai seorang wanita yang berambut panjang, dengan gigi yang berdarah,

Muncul di belakang Putri Yassir.

DEWI MALAM,

Roh Semangat Rantai Silauan Perak!

Roh Semangat pendamping anak perempuan bongsu Keluarga Yassir,

Putri Yassir.
“DABBB!!” serangan Johan berjaya di tangkis oleh Putri,

“DABB!! DABBB!!”

Putri melancarkan satu tumbukan tangan kanan dan tendangan kaki kiri kepada Johan,

Namun berjaya ditangkis oleh Johan,

Mereka berdua, masing-masing melancarkan satu tumbukan,
.
.
“DABBB!!”

Tumbukan mereka berlaga,

“KRAKKK!!!”

Lantai tempat mereka berpijak, retak dan pecah, akibat dari impak lagaan tumbukan di antara Johan dan Putri,

Mereka berdua, masing-masing terpelanting ke belakang.
.
.
Putri Yassir, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya,

Dan dengan membaca sebaris mantera,

Tubuhnya terapung ke udara,

Silauan berwarna perak, menyala di kedua-dua belah matanya,

Putri Yassir memecut, dan melayang ke arah Johan Yassir, dengan kukunya yang memanjang.
.
.
“JOHAN!!l” jerit Putri Yassir dengan suara yang garau,

Sebelum sempat serangannya menyentuh tubuh Johan Yassir,
.
.
“Cukup!!!” jerit Jamrud Yassir.
.
.
“Cukup untuk malam ini!!” sambungnya.

Putri Yassir kembali mendarat ke atas lantai.

“Tak!”

Silauan perak di matanya, padam.
.
.
Suasana ruangan Medan Latihan, kembali sunyi.

Putri Yassir, melangkah keluar dari gelanggang pertempuran.

Namun,

Johan Yassir, tetap tegak berdiri, matanya masih menyala merah.

Seakan-akan ada aura berwarna hitam merah, menyelubungi tubuh Johan.
“Johan..” tegur Jalal Yassir, anak pertama Keluarga Yassir.
.
.
Johan tidak menjawab teguran kakanda sulungnya.
.
.
Johan Yassir, memusingkan badannya, ke arah Jamrud Yassir.

Dia mengangkat tangan kanannya, dan menuding jari kepada Jamrud Yassir.
.
.
“JAMRUD!!” sergah Johan Yassir.

Atau lebih tepat lagi,

Sergahan suara itu, adalah milik JABBAR.
.
.
“ANAK BONGSUMU INI, DI BAWAH LINDUNGANKU. TAAT SETIAKU HANYA KEPADANYA. PANTANG ADA YANG CUBA MEMIJAK-MIJAK KEPALANYA. SEKIRANYA TIDAK, KAMU AKAN KU TENTANG HABIS-HABISAN!!”
.
.
“Bangsat!! Angkuh bicaramu JABBAR!!

Kalau kail panjang sejengkal!! Jangankan lautan hendak diduga!!

Bukakan langkahmu!! Tunjukkan kesaktianmu!!” jerit Jamir Yassir, anak lelaki kedua Keluarga Yassir.
.
.
“PAPPP!!”

Jamir melompat ke gelanggang pertempuran.
.
.
Jamir Yassir menyilangkan kedua-dua belah tangannya,

Gelang yang berwarna perak, menyala di pergelangan tangan kiri Jamir Yassir.
.
.
“LAHAB!!!” jerit Jamir.

Satu susuk tubuh jembalang yang menyerupai lelaki tua,

Muncul di belakang Jamir Yassir.
.
.
Jembalang lelaki tua,

Berketinggian setinggi, 3.0 Meter,

Dengan rambut panjang yang beruban,

Dua gigi taring yang panjang,

Dan janggut panjang berwarna putih pada paras dada.

Tubuhnya halus, dengan memakai kain putih yang berdarah,

Matanya tertutup.
.
.
LAHAB merupakan salah seekor jembalang belaan Keluarga Yassir,

Roh Semangat yang berdamping dengan anak lelaki kedua Keluarga Yassir,

Jamir Yassir
.
.
LAHAB,

Merupakan Roh Semangat kepada Gelang Lingkaran Perak!

Seutas gelang milik Jamir Yassir, yang dipakai di tangan kirinya
“Jamir!!! Kawal amarahmu!!” tengking Jamrud Yassir.

“Ayahanda!! JABBAR telah meludah ke muka Ayahanda!!

Pantang nenek moyang kita!!

Membela jembalang sebangsat bedebah ini!!” balas Jamir Yassir.

Jamir menujah tapak kakinya, dan menyerang tubuh Johan Yassir.
.
.
“Jamir!! Hentikan!! Kamu bukan lawannya si JABBAR!!” tengking Jalal Yassir.

Jalal melompat ke dalam gelanggang pertempuran.

“PAPPP!!”
.
.
Namun, itu tidak menghentikan tujahan Jamir ke arah Johan/JABBAR.
.
.
“LAHAB!!!!” jerit Jamir Yassir.

“HAHA!! AYUH!! KEMARI!!” jerit JABBAR
LAHAB membuka matanya,

Setelah diseru oleh Jamir Yassir,

Mata LAHAB menyala kemerahan, seperti nyalaan api yang marak,
.
.
Jamir Yassir menggenggam penumbuknya,

Satu lingkaran api merah, menyelubungi tubuh Jamir,

Dan melancarkan satu tumbukan bara api ke arah Johan Yassir.
Tujahan bara api oleh Jamir, mampu dielak oleh Johan,

Dengan bantuan kesaktian JABBAR,

Johan Yassir yang berada dalam keadaan separuh sedar,

Melompat tinggi ke udara,

Dan kemudian, dia melakukan satu tujahan di udara dan melancarkan satu tusukan tangan ke arah Jamir.
Jamir menghentikan langkahnya,

Kemudian, dia memberi satu tumbukan bara api ke udara dengan tangan kirinya, membalas serangan dari Johan.
.
.
“PAPPP!” tangan Johan disambar oleh Jalal di udara,

Dan dilontarkan tubuh Johan, jauh sehingga ke dinding ruangan Medan Latihan,
.
.
Jalal Yassir mengelakkan tubuhnya dari terkena bara api Jamir Yassir,

Kemudian, dia mendarat ke atas lantai,

Dia memecut ke arah Jamir,

“DABB!! BAMMM!!”

Jamir ditendang oleh Jalal, sehingga melanggar dinding Medan Latihan.
.
.
Jalal Yassir memandang ke mata Jamir Yassir dan JABBAR,

Dengan satu pandangan yang membunuh,
.
.
“JABBAR!! Sekiranya kau berbicara sedemikian lagi,

Kau akan ku benamkan jauh ke dalam perut bumi!!!” jerit Jalal Yassir.

“Jamir!! Kawal amarahmu!!” sambung Jalal.
Jamir Yassir, menundukkan kepalanya.

Roh Semangat LAHAB, kembali meresap ke dalam Gelang Lingkaran Perak.

Begitu juga JABBAR, akur dengan kekuasaan Jalal Yassir, turut meresap ke dalam Rantai Berdarah Delima Merah.
.
.
Suasana kembali tenang.
“Bersurai!!” jerit Jamrud.
.
.
Medan Latihan dikosongkan dengan serta merta.

Jalal berjalan menghampiri Johan, yang terlentang, bersandarkan dinding.
.
.
“Johan..?” panggil Jalal sambil menghulurkan tangannya, untuk memapah tubuh Johan.
“PAPP!”

Johan menampar tangan Jalal. Kepalanya menunduk. Darah mengalir di hidungnya.

“Pergi..” ujar Johan.

“Tinggalkan aku sendiri..” sambungnya.
.
.
“Kau harus ku bawa kepada Pak Ghani. Untuk merawat lukamu Johan.” kata Jalal.

Pak Ghani = Dukun kepada Skuad Selendang Hitam.
Johan menongkat tangannya ke atas lantai,

Dia cuba berdiri dengan perlahan-lahan,

Darahnya menitis ke atas lantai,
.
.
“Kanda Jalal, biarkan aku merawat lukaku sendiri.

Hanya luka kecil,

Ayahanda bilang, anak jantannya harus kuat,

Kalau kamu menolongku, nanti kamu dimarahi.”
Johan berjalan meninggalkan Jalal.

Berjalan dengan tubuh yang menyenggeng.

Dia mengutip selendangnya di atas lantai, dan dia lilitkan ke lehernya,

Kemudian dia berjalan keluar dari Medan Latihan.
.
.
Beberapa jam kemudian,

7:00 PM

Di Penjara Sel Aimra’a.
.
.
“Clack! BAM!”
Pintu penjara dibuka oleh seorang tentera Selendang Hitam.

“Bawakan... Yang itu, yang berambut panjang paras dada.”

Dua orang tentera Selendang Hitam merangkul sebuah tubuh gadis muda.

“Tidak!! Ampuan tuan!! Lepaskan aku!! Aku tidak rela mati dibunuh!!” jerit gadis itu.
“Periksa tubuhnya!”

Dua orang tentera Selendang Hitam membuka pakaian gadis itu dan melakukan pemeriksaan tubuh secara menyeluruh.

“Periksa di dalam mulutnya!”

“PAPP!” rahang gadis itu dicengkam oleh tentera Selendang Hitam, untuk melihat dan memeriksa isi di dalam mulut.
“Bersih! Tiada penyakit!” lapor tentera Selendang Hitam.

“Bawakan ke Dapur Bonda!!”

“Lepaskan aku!! Kejam!! Binatang!! Kamu bukan manusia!! Syaitan!!” jerit gadis itu sambil meronta dan mengalirkan air mata.

“Diam!!” jerit tentera Selendang Hitam.

“PAPP!!” gadis itu ditampar.
Gafis itu pengsan, dia dipikul, dan dibawa ke Dapur Bonda.

Dapur Bonda, tempat menyembelih daging korban untuk santapan Keluarga Yassir.
.
.
——

9:00 PM

Dapur Bonda, Rumah Kediaman Yassir.

Hidangan-hidangan disediakan di atas meja.
.
.
Seluruh ahli Keluarga Yassir, menunggu masa untuk menjamu selera.
.
.
Jamrud Yassir sebagai ketua keluarga,

Anak-anak lelaki Jamrud,

Jalal Yassir, Jamir Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir dan Johan Yassir.

Anak-anak perempuan Jamrud,

Puspa Yassir dan Putri Yassir.
.
.
Juga turut serta dalam majlis makan malam,

Adik lelaki kepada Jamrud Yassir,

Jaafar Yassir.

Dan, adik perempuan kepada Jamrud Yassir,

Maluri Yassir.
.
.
Selain itu,
.
.
Pembesar-pembesar yang menjadi tiang kepada Keluarga Yassir,

Kiai Rahman - Perancang Strategi

Bonda Timah - Ketua Jurumasak Dapur Bonda

Pak Ghani - Dukun angkatan Tentera Skuad Selendang Hitam

Belanggi Gelap - Ketua Penjara Korban.
.
.
Selain itu,
.
.
Komander-komander angkatan tentera Skuad Selendang Hitam,

Buyong Hitam - Komander Pertama

Santong Bengis - Komander Kedua

Taring Ular - Komander Ketiga

Hussin Gemuk - Komander Keempat.
.
.
Meja makan di dalam Dapur Bonda,

Dipenuhi dengan hadirian dan hidangan yang meriah.
“Tuan Muda Jamrud, pada malam ini, yang tersedia,

Adalah hidangan gadis muda yang masih lagi perawan,

Anak dara sunti arwah Maulana Ibrahim dari Pulau Jawa.

Darah manis, gadis pujaan dan kegilaan pemuda di kampungnya.” kata Bonda Timah kepada Jamrud Yassir.
.
.
“Santapan yang teramat cocok, buat Tuan Muda Johan.

Sebagai menyambut, kejayaannya, di dalam menguasai ilmu roh.

Tuan Besar Jamrud,

Segulung tahniah saya panjatkan kepada Tuan Besar,

Di atas kejayaan anak bongsu Tuan Besar, Tuan Muda Johan.” sambung Belanggi Gelap.
.
.
“Hahaha!! Bagus!! Johan!! Kamu harus berusaha lebih keras!!

Dua purnama nanti, kau akan ku bawa, ikut serta bersama kakanda-kakandamu,

Menyerang Tentera Batak!!

Persiapkan dirimu biar sepenuhnya!!

Kamu mengerti??!” tanya Jamrud Yassir.
.
.
Johan mengangguk perlahan.
“Johan masih terlalu muda Ayahanda, tidak bisa berentap seperti kami-kami yang lebih arif di medan perang.” kata Jasim Yassir.

“Benar Ayahanda, nanti lebih menyusahkan!” sambung Jihad Yassir.

“PAPPP!” Jalal Yassir menghentak meja makan.

“Jasim! Jihad!” tegur Puspa Yassir.
.
.
“Buyong, Santong.. Kamu akan ditugaskan untuk melatih Johan sebelum sampai masanya!” kata Jamrud Yassir.

Buyong Hitam dan Santong Bengis, mengangguk tanda faham.

“Biarkan hancur tulang-temulangnya Pak Buyong! Hahaha!” jerit Jamir Yassir.
.
.
“Kiai..” panggil Jamrud Yassir.
Kiai Rahman mengangguk.

Dia menadahkan kedua-dua belah tapak tangannya
.
.
“Ya Roh-Roh Semangat, Roh-Roh Semangit Pendamping kami, kami panjatkan seribu kesyukuran, di atas naunganMu kepada Kami, berkahilah rezeki kami, pertahankanlah kami, dari azab duniawi.”
.
.
“Amin!!”
Kemudian,

Kesemua mereka, menjamu selera, dengan selahapnya,

Seperti harimau membaham rusa,

Seperti ular sawa menelan ayam jantan,

Seperti syaitan mengekah leher kambing hitam,
.
.
Meriah, penuh barakah, rezeki dan keberuntungan Keluarga Yassir, tidak pernah putus!!
Pukul 11:00 PM.

—-

Satu jam selepas selesainya majlis makan malam.

Johan Yassir, berjalan menuju ke bilik Puspa Yassir.
.
.
“Knock! Knock!”

“Siapa??” tanya Puspa.

“Johan.” jawab Johan.

“Masuk Johan.”
“Kenapa Johan? Ada hal yang ingin dibicarakan?” soal Puspa sambil mengangkat tubuhnya dari tidur, dan mengikat rambutnya.
.
.
“Aku mahu tidur, dengan Kanda Puspa.” jawab Johan.

“Kamu ini Johan... Kamu sudah dewasa. Bukan lagi anak kecil.”

“Aku rindu Bonda.” balas Johan.
.
.
Puspa Yassir hanya tersenyum melihat Johan.

“Baiklah. Kemari, tidur bersamaku.” ajak Puspa Yassir.

Johan berlari anak ke katil Puspa.
.
.
.
Dua bulan kemudian,

—-

Perkarangan halaman Rumah Keluarga Yassir,

August 1784, 8:00 AM.

Waktu pagi yang mendinginkan.
Dua bilah pedang pendek, sedang diasah oleh Johan Yassir.

Pedang pendek peninggalan arwah bondanya, Sri Chendana.

Dengan nama jolokan, Pedang Silauan Putih.

Dua bilah pedang yang ditempa khas untuk arwah Sri Chendana,

Hadiah pemberian sempena mengikat tali persahabatan,
.
.
Di antara dua buah keluarga, yang cukup terkenal di seantero melayu nusantara,
.
.
Keluarga Yassir dan Keluarga Sadek.

Pedang Silauan Putih,

Adalah sepasang pedang kembar yang ditempa khas oleh Keluarga Sadek, untuk Keluarga Yassir.
.
.
Sebagai mengikat tali persahabatan,

Keluarga Sadek,

Merupakan sebuah keluarga yang sangat mahir, di dalam,

Pembuatan Senjata.
.
.
Keluarga yang digeruni, dengan kecanggihan senjata yang mereka ada.

Terutamanya,

Senjata Api, yang dimiliki oleh Keluarga Sadek.
.
.
.
.
“Tuan Muda Johan?” tegur Santong Bengis.

“Ayuh. Kita berangkat.” kata Johan kepada Santong.
.
.
Rombongan angkatan tentera Skuad Selendang Hitam, berangkat ke jeti-jeti di teluk.

Empat buah kapal perang, lengkap dengan senjata-senjata api,
.
.
Armada Perang I

- Jamrud Yassir
- Buyong Hitam (Nakhoda)

Armada Perang II

- Jalal Yassir
- Jasim Yassir
- Santong Bengis (Nakhoda)

Armada Perang III

- Jamir Yassir
- Jihad Yassir
- Taring Ular (Nakhoda)

Armada Perang IV

- Puspa Yassir
- Johan Yassir
- Husin Gemuk (Nakhoda)
Empat buah kapal perang, dengan seramai 600 lebih anak-anak kapal,

Melabuhkan layarnya,

Setiap anak-anak kapal, lengkap bersenjata,

Sebiji kunyit, kapur sirih, dan santan kelapa, diagihkan kepada semua anak-anak kapal.

Dicampur dan dimasukkan ke dalam mangkuk, dan digaul.
.
.
Diminum dengan sebanyak tiga teguk.

Setiap anak-anak kapal, menghiris ibu jari mereka dengan sedikit torehan,

Darah yang mengalir, dilumur ke bahagian leher.

Kemudian, dililit dengan sehelai selendang hitam.

Kemenyan dibakar, dan asapnya dibawa mengelilingi kapal armada.
Armada Perang IV

10:00 AM

——

Puspa Yassir, berdiri tegak di bahagian Geladak Utama kapal.

Dia mengeluarkan sehelai selendang merah, yang tertulis beberapa baris ayat-ayat mantera di dalam tulisan jawi.

Dia pegang dua hujung kain dengan tangan kanan dan kirinya.
Dia bacakan sebaris mantera.

Gelang emas di tangan kirinya, menyala terang.
.
.
Kemudian,

“Wahai Roh Semangat, Roh Semangat ALJAFAF.

Berdampinglah denganku,

Wariskan kesaktianmu,

Segala darah dan nafasku,

Aku, Puspa Yassir,

Sujud dan menyerah kepadamu.”
Johan berjalan menghampiri Puspa,
.
.
“Kanda Puspa...”

“Jangan khuatir Johan. Aku ada di samping mu. Parang musuh tidak akan aku relakan singgah ke tubuhmu.

Peluru musuh, akan aku tepis dan pertahankan dengan tubuhku.” kata Puspa Yassir.
.
.
“Tidak!” balas Johan Yassir.
“Aku tidak rela kehilanganmu!

Kanda Puspa, kita bisa menang bukan?

Kita tidak pernah kalah?” tanya Johan Yassir.
.
.
“Kakanda-kakandamu, berserta tentera Selendang Hitam, tidak pernah tersungkur Johan.” jawab Puspa tersenyum. Dia merangkul tubuh Johan, dan mencium dahi Johan.
Johan Yassir, kembali tersenyum.
.
.
Perlayaran armada-armada perang Keluarga Yassir,

Telah memakan tempoh selama tiga jam.
.
.
Semua anak-anak kapal, telah bersiap sedia, pada bila-bila masa, untuk menempuh pertempuran yang berdarah.
Suasana sunyi. Hanya bunyi air laut yang bergelora, dan juga bunyi angin yang bertiup halus.
.
.
Armada Perang II

1:30 PM

Seorang lelaki muda,

Sedang duduk di atas sebuah kerusi di Geladak Utama, sambil mengunyah sirih.
.
.
JASIM YASSIR - 22 TAHUN.

Anak lelaki ketiga Jamrud.
.
.
Jasim Yassir menghentikan kunyahan sirehnya.

“Mereka. DATANG.” katanya tegas.

“BAMMM!!! BAMMMM!!!”

Bedilan meriam dari kapal-kapal layar tentera Batak telah singgah ke perairan armada-armada Keluarga Yassir.

“SERANG!!!” jerit Buyong Hitam selaku Komander Pertama.
Jasim Yassir, melompat tinggi ke Haluan Kapal (Bahagian paling depan ),

Kemudian,

Dia merapatkan tapak tangan kanannya ke atas lantai,

ALRIYAH!!!

Secara tiba-tiba, dua bilah pedang panjang, beterbangan keluar dari kabin Armada Perang II.
.
.
“PAPP!!” pedang kembar itu disambut oleh Jasim Yassir.

Pedang Kembar Badai, milik Jasim Yassir.
.
.
Satu susuk tubuh jembalang setinggi 3.0 Meter muncul di belakang Jasim.

Jembalang yang berwarna biru pucat,

Dengan sepasang mata yang berwarna hitam.
Jasim Yassir berlari, dan memecut ke penjuru armada kapal,

Dan kemudian,

Dia menghayunkan libasan pedangnya ke belakang,

Tubuhnya melayang, dan terbang ke udara,

“PAPPP!!!”

Jasim Yassir mendarat ke atas sebuah kapal layar milik tentera Batak.
“Itu Jasim Yassir!! Tabrak tubuhnya!! Tembak!!” jerit salah seorang panglima tentera Batak, Koyan Alam.

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!!”

Jasim Yassir menghentakkan kakinya dan bergerak dengan kelajuan yang diluar kemampuan manusia.

Tubuhnya kabur dari penglihatan tentera Batak.
Setiap tembakan dari tentera-tentera Batak, langsung tidak mengena ke tubuh Jasim Yassir.
.
.
Kemudian,

Dia melemparkan kedua-dua belah Pedang Kembar Badainya ke udara,

Dan pedang-pedang itu,

Beterbangan memancung kepala-kepala tentera Batak.

“ZASSSSSS!!! ZASSSSSS!!!”
Koyan Alam mengeluarkan cemeti panjangnya yang berwarna hitam,

Dia menerikkan cemetinya,
Dan menghayunkan ke arah Jasim Yassir,

“Whoopeshh!!!”

Hayunan pertama berjaya dielak oleh Jasim.

Koyan berlari ke arah Jasim dan melompat,

Dia menghayunkan hayunan kedua,

“Whoopeshh!!!”
Hayunan kedua juga mampu dielak oleh Jasim Yassir.

Jasim menundukkan tubuhnya ke depan,

Dan menujah tapak kakinya ke arah Koyan Alam yang berada di udara.

“PAPP!!”

“ALRIYAH!!” jerit Jasim Yassir.

Pedang Kembar Badai berterbangan hinggap ke tangan Jasim.

“PAPP!! ZAPPP!!”
Dada Koyan Alam ditikam oleh Jasim Yassir.

Koyan Alam rebah ke dek kapal.

Jasim mencengkam dada Koyan, dan mengeluarkan hati dari tubuh Koyan.

Kemudian, dia mengekah hati Koyan dengan lahap sekali.
.
.
“Hahaha!!! Panglimamu telah tumbang!! Ayuh!! Siapa lagi??!!” jerit Jasim.
Semangat tentera-tentera batak di atas kapal Koyan Alam, mulai luntur, apabila melihat panglima mereka tumbang dengan begitu mudah sekali.
.
.
.
“PAPP! PAPP! PAPP! PAPP! PAPP!”

Tentera-tentera Selendang Hitam mendarat ke atas kapal Koyan Alam.

“Tuan Muda Jasim!” jerit mereka.
“Bunuh kesemuanya. Hancurkan kapal ini!!” arah Jasim Yassir kepada tentera-tentera Selendang Hitam.

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”

“ZAPPP! ZAPPP! ZAPPPP!!”
.
.
Tembakan dan libasan parang dan pedang tentera Selendang Hitam, hinggap ke tubuh tentera Batak.

Teriakan suara kedengaran.
.
.
“PAPP!!” seorang lagi pemuda, mendarat dari lompatan yang tinggi.

Mendarat di sebelah Jasim Yassir.

Beliau ialah,

JIHAD YASSIR - 19 TAHUN

Anak lelaki keempat Jamrud Yassir.
.
.
“Jihad?” tegur Jasim.

“Hahaha! Ayuh Kanda Jasim!! Biarkan mereka tahu, kekuatan tentera-tentera kita!!” balas Jihad.

Mereka berdua menghentakkan kaki dan memecut ke arah kapal layar Batak yang kedua,

Kapal layar yang dibawah kendalian panglima tentera Batak, Dedak Sakti!
.
.
“Dedak Sakti!!!” jerit Jihad Yassir.

“Jihad!!!” teriak Dedak Sakti.

“Hembus nafas kau yang terakhir!!” jerit Jihad.
.
.
Dedak Sakti mengacukan selaras senapang ke arah Jihad Yassir.

“BAMMM!! BAMM!!”

Namun berjaya di elak oleh Jihad.

“AYUH!!

ASSYIFAK!!” jerit Jihad Yassir.
Subang di telinga kiri Jihad Yassir menyala terang,

Dengan cahaya kemerahan,

Subang Permata Merah,

Susuk tubuh jembalang berupa lelaki, berwarna merah, dan bermata hitam, dengan tinggi 3.0 Meter.

Muncul di belakang Jihad Yassir.

ASSYIFAK, Roh Semangat Subang Permata Merah.
Biji mata Jihad Yassir, bertukar kehitaman.

“BAMMM!!!”

Satu lagi tembakan, dilepaskan oleh Dedak Sakti,

Tepat mengenai dada Jihad Yassir.
.
.
Jihad Yassir membalas dengan senyuman.

Secara perlahan-lahan,

Peluru di dadanya, keluar dari tubuhnya.

Luka di dadanya, sembuh.
Jihad Yassir menghunus dua bilah Tekpi dari belitan kain di pinggangnya.

“BAMM!! BAMMM!! BAMMMMM!!!”

Dedak Sakti terus melepaskan tembakan ke arah Jihad Yassir.

“TING!! TINGG!! TINGGG!!”

Namun kesemua tembakan, berjaya ditangkis oleh Jihad.

Jihad memecut ke arah Dedak Sakti.
Kemudian, dia mencantas Dedak Sakti dengan Tekpinya.

“ZASSS!! ZASSS!!”

Namun Dedak berjaya melompat tinggi ke depan dan mengelak cantasan Jihad.

Dia berada di udara, dan mengacukan senapang ke arah Jihad.

“BAMMM!! BAMMM!!”

Dedak melepaskan tembakan ke arah Jihad.
Jihad Yassir memusingkan badannya sepantas kilat ke belakang dan menangkis tembakan Dedak.

Jasim Yassir melompat ke arah belakang Dedak dan menendang tubuh Dedak,

Dedak jatuh ke arah Jihad Yassir.

“BAMM!! BAMM!!” Dedak sempat melepaskan tembakan ke tubuh Jihad.
.
.
“ZAPPPP!!”
Tikaman Tekpi Kembar Taufan, milik Jihad, menusuk ke dada Dedak Sakti.

“ZAPPPP!!!”

Tikaman oleh Pedang Kembar Badai milik Jasim Yassir,

Menikam belakang Dedak Sakti.
.
.
“SREEETTT!” Jasim dan Jihad mengeluarkan senjata mereka dari tubuh Dedak Sakti.
Subang Permata Biru di telinga kanan Jasim Yassir masih menyala.

ALRIYAH, Roh Semangat di dalam Subang Permata Biru, milik Jasim Yassir,

Berdengus dengan kuat. Seolah-olah belum puas dari melempias nafsu membunuh,

Nafsu menelan daging manusia.
.
.
“ZAPPP!! CRACK!!”
Jasim dan Jihad, mencengkam organ dalaman Dedak Sakti,

Dan melahap sepuas-puasnya.

Darah mengalir di bibir mereka.
.
.
“Luar biasa sekali daging pendekar handalan, Kanda Jasim!” kata Jihad Yassir.
.
.
“Ayuh!! Kita berangkat!” arah Jasim Yassir.
“BAMMM!! BAMMMM!! BAMMMM!!”

“ZASS!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

Pertarungan di antara tentera Selendang Hitam dan tentera Batak, rancak berlangsung.
.
.
Dua buah kapal layar milik tentera Batak, di bawah kendalian Cotar Merang dan Kelabu Tua,

Hangus dibakar.
Tentera-tentera Batak, terbakar hangus, rentung, suara korban yang meraung kesakitan, kedengaran sampai ke langit.
.
.
Seorang pemuda yang tinggi lampai,

Berdiri di atas Haluan kapal tentera Batak,

Dengan hilai ketawa yang sangat kuat.

“HAHAHAHA!!!”

Jerit Jamir Yassir.
.
.
Anak lelaki kedua Jamrud Yassir ini,

Berkebolehan dalam mengawal dan melancarkan serangan bara api yang sangat marak.

Berdampingkan Roh Semangat yang bernama, LAHAB,

Jamir Yassir terkenal dengan sifatnya yang tidak berperikemanusiaan,

Paling kejam, di antara anak-anak Jamrud.
Tangannya masih berbara, api yang marak menyelubungi tubuhnya,

Setiap langkahnya, meninggalkan kesan tapak kaki yang berbara,
.
.
“TAK! TAK! TAK!”

Cotar Merang dan Kelabu Tua, berlari menuju ke arah Jamir Yassir,

Dengan masing-masing, memegang sebilah Rencong dan Badit,
.
.
Cotar melompat tinggi ke sebelah kanan Jamir Yassir, sambil memegang sebilah Rencong secara hulu terbalik,

Kelabu Tua pula melompat tinggi ke sebelah kiri Jamir Yassir, sambil membacakan sebaris mantera, dan menggenggam kemas sebilah Badit,
.
.
Mereka telah siap, untuk menyerang
Jamir Yassir, meneruskan langkahnya, dengan satu senyuman yang sinis,
.
.
“Kalau kail panjang sejengkal, jangankan lautan hendak diduga..” kata Jamir.

“Biarpun tubuhku menjadi bangkai!! Berentap semahunya sampai lega!!” sambung Cotar dengan jeritan.

“Mampus kau Jamir!!”
“LAHAB!!!” jerit Jamir Yassir.

Tubuhnya dikerumuni bara api,

Susuk tubuh LAHAB bertukar menjadi sebilah pedang panjang,

Jamir Yassir menggenggam Pedang Lahab, dan menyanggah libasan rencong dari Cotar Merang.

“KACHING!”

Kelabu Tua menyerang Jamir dari udara,
.
.
Dia membaling badiknya ke arah tubuh Jamir,

Dan merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya.

“PAPP!”

“Mundur kau LAHAB!!” jerit Kelabu Tua.

Bara api LAHAB, terpadam setelah terkena lontaran badik oleh Kelabu Tua.
Jamir Yassir, mengelak dari terkena lontaran badik,

Dia menghentakkan kakinya ke lantai,

Dan menyerang tubuh Kelabu Tua yang berada di udara,

“PAPPP!!”

Jamir mencengkam leher Kelabu Tua, dan menghempaskannya ke atas dek kapal.

“BAMMM!!”
Cotar Merang, berlari ke tubuh Jamir, dengan menghunuskan rencongnya,

Dia bersedia untuk menikam belakang Jamir,

Jamir memarakkan bara api ditangannya, dan membakar leher, kepala dan tubuh Kelabu Tua.
.
.
“Jamir!!!” jerit Cotar Merang, bersedia untuk menikam Jamir Yassir.
Jamir berpaling ke arah Cotar Merang,
.
.
“ZAPPP!!!”

“ZAPPP ZAPPP ZAPPP!!!”

Dada Cotar Merang, dilibas dan ditikam oleh seorang pemuda yang memecut laju ke arah Cotar Merang.
.
.
“Johan??” ujar Jamir Yassir.
“DABBB!!! BAMMM!!”

Tubuh Cotar Merang ditendang oleh Johan Yassir, sehingga melanggar kabin kapal.
.
.
“Kanda Jamir!” jerit Johan.

“Ayuh!! Kita bergerak ke kapal induk tentera Batak!!” ajak Jamir Yassir.

Johan dan Jamir, berlari dan melompat ke arah Kapal Induk Batak.
Johan dan Jamir Yassir,

Berjalan side by side,

Dengan aura membunuh yang kuat,

Johan memegang dua bilah Pedang Silauan Putih di kedua belah tangannya,

Manakala,

Jamir,

Memegang Pedang Lahab di tangan kanannya.
.
.
Mereka bersedia, untuk bertempur!!

“JABBAR!!”

“LAHAB!!”
“ZOOSHHHHH!!!”

Johan Yassir, dan Jamir Yassir,

Memecut ke arah tentera-tentera Batak,

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPPP!!”
.
.
Libasan demi libasan, tikaman demi tikaman,

Hinggap ke tubuh tentera-tentera Batak.
Kapal perang tentera Batak, dibakar dengan marak sekali oleh Jamir Yassir.
.
.
Manakala,

Johan Yassir,

Berentap dengan kelajuan tubuh seakan hembusan angin yang kencang,

Kekuatan yang diperoleh dari kesaktian JABBAR,

Roh Semangat di dalam Rantai Berdarah Delima Merah.
Johan membongkokkan tubuhnya, dan memecut ke arah seorang panglima perang tentera Batak,

Bigo Kundang,
.
.
Pedang Silauan Putih di kedua-dua belah tangan Johan,

Menyala terang dengan cahaya yang berwarna putih,
.
.
Johan memecut dengan laju,
“Hahaha!! Sialan!! Jamrud!! Berani saja kau memandang enteng terhadap kekuatanku!!

Anak kucing kau hantarkan untuk membunuhku!!

Bawakan aku kemari!!

Singa Jantanmu!!

Jalal Yassir!!!” jerit Bigo Kundang.
.
.
“Haha...” ketawa Jamrud.
Jamrud Yassir, yang sedang duduk bersahaja di sebuah singgah sana,

Di atas Geladak Utama, Armada Perang I,

Sambil menongkatkan kepalanya dengan tangan kanannya,
.
.
Jalal Yassir, berjalan di sebelah Jamrud Yassir,

“Ayahanda..” ujar Jalal.
“Tenang Jalal.. Biarkan adindamu, Johan, membereskan tugasannya.”
.
.
Jalal Yassir, mengenggam kemas sebilah Sabit Berantai (Kurasigama**) di tangannya.

Matanya memandang ke arah adik bongsunya, Johan Yassir, yang sedang memecut laju ke arah Bigo Kundang.

Note** : Refer Photo.
“KACHING!!!”

Libasan pedang dari Johan Yassir,

Ditangkis oleh Bigo Kundang dengan sepasang Sarung Tangan Besi Berkuku Besi miliknya.

“Sialan!!!” jerit Bigo Kundang.

“KETING!! KETING!! KETING!!”

Pertarungan di antara Johan dan Bigo,

Bermula!!
Johan memegang kedua-dua belah pedangnya secara terbalik, dengan mata pedang menghala ke tanah,

Dia melibaskan pedang di tangan kanannya ke leher Bigo.

“KETING!!”

Libasan Johan ditangkis oleh tangan kiri Bigo.
.
.
Bigo melancarkan serangan kuku besi ke arah Johan, dengan menggunakan tangan kanannya,

Serangan Bigo ditangkis oleh Johan dengan pedang di tangan kirinya.

“KETING!!”

Johan berundur ke belakang beberapa langkah.

Kemudian,

Johan menghentakkan kakinya ke lantai.
.
.
Dengan matanya menyala merah,

“ZOOSHHH!!”

Tubuh Johan memecut mengelilingi tubuh Bigo Kundang.

Bigo menghalakan kedua-dua belah tangannya ke depan,

Bersedia untuk mempertahankan dirinya dari serangan Johan Yassir.
Bibir Bigo Kundang terkumat-kamit,

Bigo membacakan beberapa baris ayat mantera,

Kemudian, dia menghentakkan kedua-dua belah tangannya ke lantai,

“Taufan Azab!!” jerit Bigo Kundang.

“BAMMM!!! PRAKKK!!”

Lantai di tempat Bigo Kundang berdiri,

Retak dan Pecah!
Kaki Johan Yassir tersadung,

Tubuh Johan melayang, hilang keseimbangan,

Bigo Kundang menujah tapak kakinya dan menyerang Johan Yassir,

Dia melancarkan satu tumbukan ke dada Johan,

“DABBB!!!”

Dan menendang perut Johan,

“DABBBB!!!”

Tubuh Johan melambung ke belakang.
Bigo terus memecut ke tubuh Johan, dan mengenggam leher Johan,

“BAMMM!!”

Johan dihempas ke atas lantai oleh Bigo Kundang dengan tangan kanannya,

Kemudian,

Bigo mengangkat tangan kirinya,

Bersedia untuk mencengkam kepala Johan dengan kuku besinya,
.
.
“Hahaha!!! Sedar kau dari tidur!! Bermimpi di siang hari!! Ingin membunuhku??!!” jerit Bigo Kundang.

Johan Yassir meronta, mencuba untuk melepaskan diri,

“ZASSSS!!!” Bigo melancarkan serangannya.
.
.
.
“SAPPPP!!!”

Tangan Bigo Kundang disanggah oleh sehelai Selendang Merah.
Seorang wanita, memulaskan Selendang Merahnya, dan mengheret tangan kiri Bigo Kundang,

Kemudian, dia melontarkan tubuh Bigo jauh ke udara.
.
.
“Kanda Puspa?” ujar Johan Yassir.
.
.
Puspa Yassir, berjalan perlahan menuju ke arah Bigo Kundang.
.
.
Gelang Emas di tangannya menyala kekuningan.

Matanya menyala kekuningan,

“ALJAFAF!!!” jerit Puspa.

Satu susuk tubuh jembalang berupa seorang perempuan cantik, yang berwarna emas,

Muncul di belakang Puspa Yassir.
.
.
“Hahaha!! Srikandi jelita, Puspa Yassir..

Kemari kamu, biarkan aku memeluk tubuhmu!! jerit Bigo Kundang.

“Ayuh!! Cuba!!” balas Puspa Yassir.

“PAPP!!” Puspa memecut ke arah Bigo.

Sambil memegang Selendang Merahnya dari hujung ke hujung,
.
.
Bigo Kundang membuka tapak kekudanya,

Puspa Yassir melibas Selendang Merahnya ke tubuh Bigo Kundang,

Selendang Merah, adalah sehelai kain cindai jantan, milik Puspa Yassir, yang diwarisi oleh bondanya,

Sri Chendana.

“PAPPP!!”

Libasan Puspa mampu dielak oleh Bigo Kundang.
Segumpalan angin diterjah dari libasan selendang Puspa,

Dan memecahkan dinding kabin kapal di belakang Bigo Kundang.

“BAMM!”

Bigo membuka langkahnya,

Dan menyerang Puspa Yassir.

Puspa, membuka silatnya, Seni Silat Selendang Merah,

Dengan gaya yang seolah-olah sedang menari.
Tumbukan demi tumbukan, dilepaskan oleh Bigo Kundang,

Namun kesemuanya, mampu ditangkis oleh Puspa Yassir dengan selendang merahnya,
.
.
Kuku Besi milik Bigo Kundang, langsung tidak mampu untuk mencarikkan selendang merah milik Puspa.
Bigo Kundang melompat ke arah Puspa dan memberikan satu tendangan belakang ke leher Puspa,

Puspa menyanggah tendangan dari Bigo,

Dan menjerut kaki Bigo dengan selendang merahnya,

Kemudian, Puspa membaling tubuh Bigo sehingga melanggar Tiang Agong kapal layarnya.

“BAMMM!!”
Bigo Kundang kembali berdiri,

Dan memecut ke arah tubuh Puspa Yassir.
.
.
“ZOOSHHH!!”

Johan Yassir memecut ke arah Bigo Kundang,
.
.
Kemudian, dalam jarak 3 Meter dari tubuh Bigo,

Johan menghentakkan tapak tangannya ke atas lantai,
.
.
“TAUFAN AZAB!” jerit Johan Yassir.
Lantai di tempat Johan berdiri,

Retak dan Pecah!

“PRAKKK!!”

Bigo Kundang terkesima, setelah melihat Johan, meniru jurus sulung kebanggaannya.

“Bang..sat!!” jerit Bigo di dalam hati.

Tubuh Bigo mula bergoyang, hasil dari impak jurus dari Johan.

Langkahnya tidak seimbang
Puspa memecut ke arah Bigo,

Dan melompat ke udara, menjangkaui kepala Bigo,

Kemudian, dia menjerut leher Bigo dengan selendang merahnya,

“BAMM!!” tubuh Bigo jatuh ke lantai, secara terbaring.

“Johan!!” jerit Puspa.

Johan Yassir menghunuskan Pedang Silauan Putihnya,
.
.
Johan melompat ke udara,

“PAPP!!”

Bersedia untuk menikam tubuh Bigo Kundang,

“Mati kau Bigo!!” jerit Johan.
.
.
“Hehh..” dengus Bigo, tersenyum sinis.
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!” Sarung Tangan Besi milik Bigo Kundang, berubah bentuk,

Hujung-hujung jarinya, berubah menjadi bentuk seakan muncung,

Muncung sepucuk Terakol**

Bigo Kundang menghalakan hujung-hujung jarinya ke udara, ke arah Johan Yassir.
.
.
Note** : Refer Photo.
Johan yang berada di udara, bersedia untuk menikam Bigo di lantai,

Kaget,

Setelah melihat satu kejadiaan yang luar biasa baginya,
.
.
Jamrud dan Jalal yang memerhati dari jauh, turut terkesima.

“Ayahanda..” tegur Jalal kepada Jamrud dengan mata yang terbeliak.
Jamrud Yassir, yang sedang duduk di atas sebuah kerusi, mengenggam tangannya sekuat hati.

Lantai tempat kakinya berpijak, retak.

“PRAKK!!”
.
.
“BANGSAT!! MALIK SADEK!!!” jerit Jamrud Yassir.
.
.
—-

“JOHAN!!!” jerit Puspa Yassir, setelah melihat Bigo cuba menembak Johan.
“Mati kau anak Jamrud!!!” jerit Bigo Kundang.

“PAPP!!” Jalal Yassir memecut dan melompat laju ke arah Johan Yassir.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!” beberapa das tembakan dilepaskan oleh Bigo Kundang.

“KETING! KETING! KETING! KETING!”
.
.
Tembakan oleh Bigo Kundang, mampu ditangkis oleh Sabit Berantai milik Jalal Yassir.
.
.
“KALAM!!!!” jerit Jalal Yassir.

Satu susuk tubuh jembalang hitam muncul di belakang Jalal Yassir.

Gelang Hitam di lengannya, menyala kehitaman,

KALAM, Roh Semangat di dalam Gelang Hitam.
Jalal melibas Sabit Berantainya, ke tubuh Bigo Kundang yang terbaring di atas lantai.
.
.
“Hahaha!! JALAL!!” jerit Bigo.

“ZAPPPPP!!!!!” dada Bigo Kundang ditembus oleh Sabit Berantai milik Jalal Yassir.

“PAPP!! PAPP!!” Johan dan Jalal, mendarat ke atas lantai.
“ZAPPPP!!” Jalal memancung leher Bigo.

“ZAPPP!! ZAPPP!!” Jalal memotong kedua-dua belah lengan Bigo Kundang.
.
.
.
Pertempuran di antara tentera Selendang Hitam dan tentera Batak,

Hampir sampai ke penghujungnya.

Dengan kemenangan berpihak kepada tentera Selendang Hitam.
“Mundur!!!!” jerit panglima tentera Batak, Larik Widoyo.

Kapal-kapal tentera Batak, mundur dari pertempuran setelah melihat panglima terhebat mereka, Bigo Kundang,

Tumpas di tangan anak-anak Jamrud Yassir.
.
.
“PAPP! PAPP! PAPP!”

Jamir, Jasim dan Jihad Yassir, mendarat dari lompatan, di sebelah Jalal, Johan dan Puspa Yassir.
.
.
“Kanda Jalal?” tegur Jamir Yassir.

Jalal Yassir membawa Sarung Tangan Besi milik Bigo Kundang, kepada ayahandanya,

Jamrud Yassir.
“Ayahanda??..” Jalal menyerahkan Sarung Tangan Besi itu kepada Jamrud.
.
.
Buyong Hitam dan Santong Bengis, setelah memenggal kepala tentera-tentera Batak yang tertinggal,

Turut bergerak ke arah Jamrud Yassir.

“Buyong!!” panggil Jamrud.
Buyong Hitam memegang Sarung Tangan Besi itu,
.
.
.
“Tuan Besar Jamrud... Senjata ini..

Milik Keluarga Sadek!” kata Buyong Hitam.
.
.
“Ini bermakna, Keluarga Sadek telah mencemar penjanjian antara kita dengan mereka!!” sambung Santong Bengis.
“Mereka telah mula menyalurkan senjata kepada tentera-tentera Batak!!

Bangsat!!

Ini tidak seharusnya dibiarkan!!

Apa mereka mahu menjadi musuh kepada bangsa kita??

Bangsa Melayu?!!” jerit Jamir Yassir.
.
.
“Tenang Jamir. Biarkan Ayahanda yang memutuskan semuanya.” kata Jalal.
“Sediakan satu perutusan warkah dariku kepada Malik Sadek!!

Hal ini harus diperhitungkan!!

Malik harus menjawab segalanya!!” arah Jamrud Yassir.
.
.
“Ayuh!! Kita berangkat pulang!! Bawakan kesemua tahanan ke Penjara Korban!!” sambungnya.
.
.
.
Pada hari yang sama,

Di sebuah bahagian, Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu,

PULAU LANG TENGAH,

August 1784, 10:00 PM,

Rumah Keluarga Sadek.
.
.
——

Satu mesyuarat sedang berlangsung di dalam Ruangan Ijtimak.
.
.
“Ayuh, kita mulakan!” kata Malik Sadek.
Seramai 16 orang ahli-ahli majlis musyawarah, sedang bersidang di meja panjang dalam Ruangan Ijtimak.
.
.
Hidangan mewah dan istimewa, dihidangkan kepada semua ahli majlis.

Ahli-ahli Majlis ini terdiri daripada..
1) Malik Sadek

- Ketua Keluarga Sadek
- Komander Tertinggi Skuad Kerambit Putih

2) Asiah Sufi

- Isteri Malik Sadek

3) Mursyid Sadek

- Anak lelaki sulung Keluarga Sadek

4) Muzir Sadek

- Anak lelaki kedua Keluarga Sadek

5) Murad Sadek

- Anak lelaki ketiga Keluarga Sadek
6) Mariam Sadek

- Anak perempuan tunggal, juga anak bongsu Keluarga Sadek

7) Ghasa Yaakob

- Ketua Jurutera Kerambit Putih

8) Karim Bahagia

- Ketua Kilang Senjata Kerambit Putih

9) Badar Sulong

- Ketua Penempa Senjata

10) Daeng Garang

- Ketua Penjara Maut.
11) Tabib Andak

- Tabib dan juru ubat kepada Skuad Kerambit Putih

12) Hadi Darman

- Komander Pertama Skuad Kerambit Putih

13) Khalik Gaga

- Komander Kedua Skuad Kerambit Putih

14) Badri Agus

- Komander Ketiga Skuad Kerambit Putih
15) Laila Hawa

- Perisik dan strategist kepada Keluarga Sadek dan Skuad Kerambit Putih.
- Dianggap sebagai seorang kakak kandung kepada Mariam Sadek.
.
.
Dan yang terakhir,
.
.
16) Tok Ayub Redha

- Orang kanan, dan penasihat sulit kepada Ku Tana Mansur, Pemerintah Terengganu.
“Keluarga Yassir, telah memperluaskan kekuasaannya!

Jangan sampai mereka datang menyerang kita!” kata Tok Ayub Redha.
.
.
“Jangan khuatir Tok Ayub. Jamrud tidak akan bertindak sembarangan.” balas Malik Sadek

“Bagaimana kamu sampai yakin sebegitu Malik?!” soal Tok Ayub.
“Sekiranya Jamrud tahu, akan kita telah menghantarkan senjata kepada tentera Batak, pasti dia akan hilang akal.

Jamrud, orangnya bengis. Keterlaluan. Ada benarnya juga kata-kata Tok Ayub, Tuan Besar Malik.” kata Hadi Darman.
.
.
“Perjanjian sesama keluarga Yassir dan Sadek, masih basah di atas kertas.

Perjanjian untuk tidak campur tangan dalam hal masing-masing.
.
.
Ayahanda, siang tadi, tentera Selendang Hitam, telah bertempur dengan tentera Batak,

Apa benar perkhabaran ini Laila?” tanya Mursyid Sadek
“Ya. Benar. Tentera Batak tewas mengangkat bendera putih.” jawab Laila.
.
.
“Laila, kau akan kuhantarkan ke Sumatera, untuk merisik ‘khabar’ keberadaan senjata kita di sana.” arah Malik Sadek.

“Tuan Besar Malik, tidakkah terlalu awal menghantar Laila ke sana?” tanya Hadi Darman.
“Kenapa kau berkata sedemikian Hadi?” soal Malik Sadek
.
.
“Mereka akan meletakkan kesalahan yang besar terhadap kita,

Kekalahan mereka, tidak diundang,

Harapannya diletak pada senjata kita,

Tapi tewas yang datang menerpa.” jawab Hadi Darman sambil memandang ke arah Laila Hawa
“Aku mohon, ditangguh dulu perkara ini.

Kita lihat sendiri, apakah tindakan Jamrud pada esok-esok hari.” rayu Hadi Darman.
.
.
“Bagaimana Mursyid?” tanya Malik kepada anak sulungnya.

“Mungkin ada benarnya juga kata-kata Hadi, Ayahanda.”

“Bagaimana kamu? Ghasa?” soal Malik.
Ghasa Yaakob mengangguk perlahan.

“Tok Ayub?” tanya Malik.
.
.
“Lebih utama, perancangan Yassir di kemudian hari,

Aku pasti tidak akan tertidur lena, selagi Yassir terus menerus mencetuskan perang.” kata Tok Ayub Redha.
“Selagi perairan mereka tidak diganggu.

Dan selagi mampu meluaskan perairan mereka.

Keluarga Yassir hanya menyerang musuh-musuh yang cuba menceroboh kawasan mereka.

Jamrud Yassir, penasihat sulit Raja Haji, Pemerintah Johor.” kata Laila Hawa.
“Selagi bangsa melayu tidak menganggu gugat kekuasaan mereka,

Tiada hal yang mampu mencetuskan perang.” sambung Laila.
.
.
“Hahaha.. Karut!” bantah anak lelaki ketiga Malik Sadek,

MURAD SADEK - 18 TAHUN.
“Keluarga laknat pemakan daging manusia,

Bertuhankan syaitan dan iblis,

Keluarga Yassir,

Duri dalam daging, bangsa kita,

Bangsa Melayu!

Antara kita tidak akan pernah aman,

Perang saudara turun temurun,

Siapa yang lebih tangkas,

Dia yang akan menang!” kata Murad Sadek.
.
.
“Kalau kamu begitu yakin dengan kata-katamu,

Kenapa tidak kamu sendiri yang berlayar ke Pulau Tinggi,

Lihat dengan matamu sendiri,

Pulang aman ataupun badan dimamah taring mereka? Laila??” sambung Murad Sadek.

“Murad!! Jaga tingkah dan bahasamu!!” tegur Asiah Sufi.
Murad Sadek mendiamkan diri.
.
.
“Tuan Muda Murad, perkara ini tidak akan timbul,

Sekiranya, Tuan Muda, tidak berhubung dengan Bigo Kundang, panglima Batak.” kata Hadi Darman.
.
.
“SHINGGG!!!!”

Murad menghunuskan sebilah pedang ke leher Hadi Darman.
“Murad!! Kawal amarahmu!!” jerit Muzir Sadek, anak lelaki kedua Keluarga Sadek.
.
.
“Sungguh berbisa mulutmu Kang Hadi.” kata Murad sambil mengacukan pedang ke leher Hadi Darman.

“Saya hanya menyatakan hal yang sebenarnya, Tuan Muda Murad.” balas Hadi Darman.
.
.
“Maka dengan itu, kau akan kubunuh sebenar-benarnya!” kata Murad Sadek sambil mengenggam kemas pedang di tangannya.

“Tuan Muda Murad! Dengarkan dulu.” rayu Laila Hawa, setelah melihat kekasih hatinya, Hadi Darman, diacukan pedang di leher.
.
.
“Murad!! Duduk!!” jerit Malik Sadek
Murad Sadek, menghentikan libasan pedangnya.

Hadi Darman yang sebentar tadi, memejamkan matanya, membuka matanya perlahan-lahan.
.
.
“Kamu telah mencemarkan kesucian musyawarah ini.

Pulang ke kamarmu! Supaya kamu mampu berfikir dengan lebih tenang!” arah Malik Sadek.
Murad Sadek menyarungkan pedangnya ke dalam sarung pedang.

Pedang ulung kebanggaannya,

Pedang warisan Keluarga Sadek,

Dengan ditempa secara tiga beradik,
.
.
Salah satunya, dimiliki oleh Murad Sadek.
.
.
PEDANG SADEK III.
“Kanda Murad..?” tegur Mariam Sadek.

Teguran Mariam, tidak diendahkan oleh Murad.

“Ayahanda, izinkan aku..”

Malik Sadek mengangguk.

Murad berjalan keluar dari Ruangan Ijtimak.
.
.
“Karim! Bagaimana dengan persiapan senjata angkatan tentera kita?” tanya Malik Sadek.

“Segalanya hampir siap ditempa. Peluru-peluru dari Puak Minang telahpun sampai ke kilang.

Hanya menunggu waktu, untuk diperiksa dan diuji.” balas Karim Bahagia.
.
.
“Bagus! Buram dan segala rencana penempaan senjata, harus disimpan kemas di dalam Kamar Saeb.” balas Malik.

Karim Bahagia mengangguk.
.
.
“Hadi, rawat hatimu yang terguris dengan kata-kata Murad.

Murad masih lagi muda, darahnya panas.” kata Malik.
“Taat dan setia saya, hanya untuk Keluarga Sadek. Tuan Muda Murad adalah penaung saya.” balas Hadi Darman.
.
.
Malik mengangguk.

“Tok Ayub Redha, seperti yang telah dijanjikan,

Kerambit Putih akan menghantar 5,000 pucuk terakol yang telah diubahsuai, untuk tentera Sultan.”
.
.
“Akan aku titipkan buah tangan dari Baginda Sultan kepadamu nanti.” balas Tok Ayub Redha.

“Segala kesetiaan kepada Baginda Sultan dan tanah kita.” balas Malik Sadek.
.
.
“Baik. Kita tangguh majlis ini dengan bacaan Tasbih Kafarrah dan Surah Al-Asr.”
.
.
Majlis, bersurai.
Di dalam Kamar Senjata,

Rumah Keluarga Sadek,

12:30 AM,
.
.
——

Murad Sadek, sendang memeriksa senjata-senjatanya.

Sesekali, dia mengasah pedangnya,

Pedang Sadek III
.
.
“Knock! Knock!”

“Siapa?” tanya Murad Sadek.

“Malam-malam begini, bermain senjata, apa kamu gila Murad. Haha.”

“Kanda Mursyid?”
.
.
MURSYID SADEK - 28 TAHUN.
Mursyid Sadek, berjalan masuk ke dalam Kamar Murad.

Dia meletakkan sebilah pedang dj atas sebuah kerusi.

PEDANG SADEK I
.
.
Pedang Sadek I, adalah merupakan, salah satu pedang warisan kebanggaan Keluarga Sadek.
Pedang-pedang Sadek,

Adalah pedang yang ditempa khas, dengan sebatian tuang campur 10 bahan besi yang berbeza-beza.

Pedang yang direka khas oleh Ghasa Yaakob dan juga Malik Sadek,

Kepada anak-anak lelaki Keluarga Sadek.

Mursyid, Muzir dan Murad Sadek.
Pedang-pedang Sadek,

Adalah pedang yang mempunyai ciri keistimewaannya yang tersendiri,

Satu-satunya pedang yang tiada keduanya,

Pedang yang memerlukan kemahiran yang tinggi,

Untuk dikendalikan,

Pedang yang layak, digenggam oleh manusia berdarah Sadek.
Sesuai dengan nilai penempaannya

Nilai penempaan pedang-pedang sadek

Seolah-olah seperti hendak membina sebuah kapal perang
.
.
Pedang yang mempunyai nilai persamaan 100 bilah pedang,

Mursyid Sadek - Pedang Sadek I

Muzir Sadek - Pedang Sadek II

Murad Sadek - Pedang Sadek III
“Kanda Mursyid, apa kamu tidak merasa, bahawa keluarga kita terlalu berlembut?” tanya Murad Sadek sambil mengasah pedangnya.
.
.
“Apa ertinya?” balas Mursyid Sadek sambil mengisi peluru timah di dalam sepucuk pamuras.
.
.
“Rahsia pembuatan senjata. Segala isi di dalam rumah ini, pasti menjadi buruan musuh-musuh.” balas Murad.

“Murad.. Belum pernah ada, musuh yang mampu berjalan pulang ke tanah mereka,

Menceritakan hal yang ada di pulau ini,

Setelah menyerang kubu kita.” kata Mursyid.
“Mereka terkorban di pulau ini. Tiada satu pun peluru atau senjata yang mampu mereka bawa pulang.

Tentera kita, Kerambit Putih, adalah angkatan tentera yang digeruni selain Selendang Hitam.” sambung Mursyid.
.
.
“Selendang Hitam, aku yakin, Yassir akan datang menyerang kita.”
“Perjanjian antara Sadek dan Yassir, telah menggemparkan dunia Melayu Nusantara,

Sudah tidak ada dua angkatan tentera yang saling berbunuhan,

Perjanjian yang dimeterai sejak 15 tahun yang lalu,

Aku yakin, Jamrud Yassir tidak mudah, sanggup melanggar janji ini.” kata Mursyid
“Bagaimana kamu bisa seyakin ini?” tanya Murad.
.
.
“Keluarga Yassir, adalah keluarga bangsa melayu yang kuat akar umbinya,

Mereka hanya menentang, bangsa lain yang cuba memperkotak-katikkan bangsa melayu,

Dan juga, musuh-musuh melayu yang sanggup menentang mereka.”
“Musuh-musuh dari bangsa melayu?”
.
.
“Benar. Musuh-musuh dari bangsa melayu.”

“Siapa mereka?”

“Keluarga kita yang dulunya.

Dan juga keluarga-keluarga melayu yang cuba merampas kekuasaan mereka.

Dan juga, alim ulama yang cuba menjatuhkan mereka.”
“Jangan sampai ada mana-mana orang melayu yang berani menyentuh mereka,

Maka, orang-orang melayu bisa hidup aman.” sambung Mursyid.
.
.
Murad hanya mendiamkan diri.
.
.
“Bagaimana sekiranya, Yassir tahu akan kita telah menyalurkan senjata kepada tentera Batak?” tanya Murad.
“Jamrud tetap tidak akan bertindak sembarangan,

Paling tidak, dia akan menghantar anak sulungnya, Jalal Yassir,

Datang ke pulau kita, membawa utusannya,

Untuk berunding tentang hal ini.” jawab Mursyid.
.
.
“Semudah itu? Tidak menyerang keluarga kita?” soal Murad lagi.
.
.
Mursyid mendiamkan diri.

“Kanda Mursyid?” tegur Murad.
.
.
“Ayahanda kita, dan juga bonda,

Mereka punya sejarah masing-masing,

Dengan Keluarga Yassir.”

“Sejarah apa? Perhitungan apa?” soal Murad.
.
.
“Asiah Sufi, bonda kita.

Sekian lama dulu,

Adalah kekasih hati, pengarang jantung,

Kepada Jamrud Yassir,

Sebelum bonda, bertemu dan menikah dengan ayahanda.” jawab Mursyid.
.
.
“Keluarga Yassir dan Sadek, terkenal dan termasyur dengan keupayaan mereka dalam mengambil upah membunuh musuh-musuh,

Upah yang diterima dari pembesar-pembesar sultan,

Upah yang diterima dari kerabat-kerabat sultan,

Kehadiran bonda, Asiah Sufi, menamatkan persengketaan kita.”
Beberapa hari kemudian.

Pulau Tinggi, Rumah Keluarga Yassir,

Medan Latihan,

August 1784, 11:00 PM,
.
.
——

Johan Yassir, lengkap dengan sepersalinan pakaian perang,

Sedang menjalani latihan bersama Jalal Yassir dan Jamir Yassir.
“Cuba lagi sekali, Johan!” arah Jalal Yassir.

Johan mengangguk.
.
.
Johan merapatkan kedua-dua belah tangannya ke atas lantai,

Kemudian,
.
.
“Taufan Azab!!!”

“PAPP!! CRACKKK!!!!”

Lantai Medan Latihan, di tempt Johan berdiri,

Retak dan pecah!
Taufan Azab, satu jurus asal milik Bigo Kundang,

Berjaya dilancarkan oleh Johan Yassir, selepas sekilas pandang ketika pertempuran beberapa hari yang lepas.

Jalal dan Jamir, terkesima, melihat keupayaan Johan, yang mampu meniru jurus secara serta merta, tanpa latihan.
“Johan! Angkat senjatamu!” arah Jalal Yassir.

Johan menghunuskan dua bilah Pedang Silauan Putih miliknya,

Jalal menyerang Johan dengan menggunakan Sabit Berantainya.
.
.
“KETING!!!”

Libasan Jalal mampu ditangkis oleh Johan.

“Bagus!! Lagi!!”

“KETING!!! KETING!!! KETING!!!”
“Jamir!!” jerit Jalal.

Jamir Yassir mengangguk, dan menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

“LAHAB!!!”

Jamir melancarkan satu tumbukan berapi kepada Johan Yassir.

“Johan!! Lancarkan jurus yang sama!!” jerit Jalal.

Jalal mengarahkan Johan untuk meniru jurus Jamir.
Johan Yassir, berada di dalam situasi yang genting,

Sekiranya dia tidak mampu untuk melancarkan jurus yang sama seperti Jamir,

Badannya pasti hangus rentung diserang tumbukan api dari Jamir Yassir.

“Johan!! Lekas!!” jerit Jalal.
Johan tidak mampu berbuat apa-apa,

Dia hanya mempertahankan tubuhnya dari terkena serangan api dari Jamir,

Jalal Yassir, apabila melihat Johan yang tidak berdaya,

Dia berlari ke arah tubuh Johan dan melibas serangan api dari Jamir menggunakan tangan kirinya.
Kaki Johan bergoyang, dia terduduk di atas lantai,

“Kanda Jalal?” tegur Jamir Yassir.

Jalal Yassir, menghulurkan tangannya kepada Johan,

Tangannya disambut oleh Johan,

Jalal menarik tangan Johan dan mengangkat tubuh Johan untuk berdiri kembali.
“Kita akan mencuba lebih keras lagi, di lain malam.” kata Jalal Yassir.

Jamir berjalan ke tubuh Johan.

“PAPP!” Jamir menepuk bahu Johan.

“Bagus Johan! Kau sememangnya anak kepada Jamrud! Haha!”

“Kamu hanya tinggal, untuk terus melatih dirimu lebih keras.” sambung Jalal.
Johan Yassir tersenyum, mendengar pujian dari Jamir Yassir.
.
.
“Ayuh kita menutup gelanggang.“ kata Jalal.

Mereka bertiga, berjalan keluar dari Medan Latihan.

Puspa Yassir, berada di luar Medan Latihan.

Memerhatikan adinda kesayangannya, Johan Yassir.
Keesokan malamnya,

Di persisiran pantai,

Pulau Tinggi,

August 1784, 8:00 PM

——

Jalal Yassir, bersama Buyong Hitam, telah bersiap sedia, untuk berangkat ke Pulau Lang Tengah,

Bagi menghantar perutusan warkah dari Jamrud Yassir, kepada Malik Sadek.
“Aku berangkat, Ayahanda.” kata Jalal kepada Jamrud Yassir.

Jamrud menyerahkan satu gulungan utusan kepada Jalal.

“Semoga selamat berangkat, dan pulang dengan aman.” kata Jamrud.

Jalal mengangguk.

“Jamir, jaga keluarga kita, jaga ayahanda.” kata Jalal.

Jamir mengangguk.
Jalal Yassir dan Buyong Hitam,

Bersama-sama dengan 100 orang tentera Selendang Hitam,

Berangkat ke Pulau Lang Tengah,

Dengan melabuhkan layar Armada Perang I.
.
.
Bacaan doa dilafazkan oleh Kiai Rahman,

Kemenyan dibakar, dan 3 biji kelapa tua dilontarkan ke laut.
Pada malam yang sama,

Seekor merpati putih terbang di perkarangan udara Pulau Lang Tengah,

Merpati itu terbang ke darat dan hinggap ke lengan Laila Hawa,
.
.
Pulau Lang Tengah,

Di sebuah pondok,

9:00 PM
.
.
—-

Laila Hawa membuka satu ikatan surat di kaki merpati putih itu.
“Surat dari siapa?” tanya Hadi Darman.
.
.
“Dari orang kita, di Pulau Tinggi.” jawab Laila.

“Apakah isinya?” tanya Hadi Darman.
.
.
“Armada Perang I milik Selendang Hitam, telah berangkat ke pulau kita.”

“Siapa?”

“Jalal Yassir dan Buyong Hitam.” jawab Laila.
“Hanya mereka berdua?” tanya Hadi.

“Tidak. 100 orang tentera Selendang Hitam ikut bersama.”

“Cis!! Jamrud begitu sangsi sehingga menghantar Singa Jantannya!

Buyong ikut bersama!

Apa mereka ingin mengisytiharkan perang dengan tentera kita??!” soal Hadi Darman.
“Jalal Yassir membawa perutusan warkah dari Jamrud Yassir. Mereka ke sini bukan untuk perang.” jawab Laila Hawa.

“Mereka sudah pasti tahu, tentera Batak menggunakan senjata kita.” kata Hadi Darman.
.
.
“Anaknya Tuan Besar Malik, Murad Sadek! Dia....”

“Hadi.” celah Laila Hawa.
“Jangan pernah berbicara sedemikian. Kamu dan aku, kita berdua, sudah bersumpah darah untuk melindungi Keluarga Sadek.” kata Laila Hawa.

“Laila, jangan sampai, sumpah darah ini, mengancam nyawamu.

Sekiranya demikian, aku tidak akan berdiam diri.” balas Hadi Darman.
.
.
Laila Hawa mendiamkan diri.

“Laila.. Kesetiaanku kepadamu, lebih besar dari kesetiaanku kepada Keluarga Sadek.

Setiap kali kamu di pelayaran, hatiku gundah, terseksa memikirkan keberadaanmu.

Cintaku kepadamu..”
.
.
“Hadi..” kata Laila sambil tersenyum dan memegang tangan Hadi.
“Sampai bila, harus kita memendam rasa Laila.” kata Hadi.

“Keluarga Sadek sudah berjasa kepada kita..” balas Laila.

“Tapi sampai bila? Aku juga punya perasaan, ingin memperisterikan kamu.”

“Sampai tiba masanya.”
.
.
“Beratus-ratus bala tentera berada di belakangku,

Senang hatiku punya teman yang mampu mendukungku untuk terus bernafas,

Tapi, untuk aku mengecap bahagia,

Untuk aku terus tersenyum dengan senang hati,

Untuk semua itu, aku butuh kamu Laila.”
.
.
Laila Hawa memeluk lengan Hadi Darman,
.
.
“Hadi.. Apa kamu lupa, apa yang telah kau katakan kepadaku dahulu..

Kau akan terus menungguku, walau selama mana sekalipun,

Biar sampai tenggelam tanah melayu ditelan bumi sekalipun,

Kau akan terus menungguku,”
.
.
“Kalaupun bukan di hayat ini, walau seratus tahun lamanya lagi,

Kau akan terus menungguku, biarpun sampai hayat kita yang seterusnya,

Biarpun sampai bergantian jasad di masa nanti,

Cinta kita tidak akan pernah mati,

Kita akan tetap hidup bersama di penghujungnya nanti..”
.
.
Hadi Darman hanya mengukirkan senyuman setelah mendengar kata-kata dari Laila Hawa.
.
.
“Salleh Darman.” kata Hadi.

Laila mendongak kepalanya kepada Hadi.

“Salleh?” tanya Laila.

“Iya. Salleh Darman. Itulah nama yang aku fikirkan untuk anak kita nanti.”

Laila tersenyum.
Malam melabuhkan tirainya..
.
.
Pada keesokan harinya,

Di persisiran pantai,

Pulau Lang Tengah.

August 1784, 10:30 AM.
.
.
——-

Armada Perang I, milik Selendang Hitam, melabuhkan sauhnya.

“Pak Buyong. Ayuh!” kata Jalal Yassir.
Jalal Yassir, Buyong Hitam dan 100 orang tentera Selendang Hitam,

Bergegas ke Gerbang Agong, Rumah Keluarga Sadek.
.
.
—-

Rumah Keluarga Sadek.

“Tuan Besar Malik. Selendang Hitam telah tiba.” kata Hadi Darman.

“Iringi mereka ke dalam. Bawakan mereka ke Ruangan Ijtimak.”
Mursyid Sadek, Muzir Sadek, Murad Sadek dan Hadi Darman,

Diiringi oleh Skuad Pertama Kerambit Putih,

Menjemput ketibaan Jalal Yassir dan tenteranya.
.
.
“Jalal.” kata Mursyid Sadek.

“Mursyid.” balas Jalal Yassir.
.
.
“Pelayaran kamu pasti memenatkan. Berehatlah dahulu di dalam, supaya lebih senang kita berbicara nanti.” kata Mursyid.

“Jangan sampai menyusahkan keluargamu Mursyid. Kedatanganku ini, hanya sekadar hendak menyampaikan ini.” balas Jalal sambil menyerahkan satu gulungan warkah
.
.
“Sekiranya tidak keberatan, beristirehatlah dahulu,

Sebelum itu, kami memohon maaf, tidak punya daging manusia untuk dihidangkan.” kata Murad Sadek.

“Murad!” tengking Mursyid.

“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!!!”

Tentera Selendang Hitam mengacukan senjata.
.
.
“Kurang ajar bahasamu Sadek.” kata Buyong Hitam sambil mengacukan selaras istinggar.

“Pak Buyong..” tegur Jalal sambil mengangkat tangannya, menyekat kemaraan Buyong Hitam
.
.
“Mursyid, aku menurut. Dan sebagai wakil ayahandaku, ada beberapa perkara yang harus aku utarakan.”
.
.
Ruangan Ijtimak, Rumah Keluarga Sadek.

2:00 PM

—-

Wakil dari Keluarga Yassir,

1) Jalal Yassir
2) Buyong Hitam

Wakil dari Keluarga Sadek,

1) Malik Sadek
2) Mursyid Sadek
3) Muzir Sadek
4) Murad Sadek
5) Ghasa Yaakob
6) Hadi Darman
7) Khalik Gaga
8) Badri Agus
Malik Sadek memegang segulungan warkah dari Jamrud Yassir,

Dan membukanya,
.
.
“Haha. Jamrud Yassir...” kata Malik Sadek.

“Perutusan dari Ayahanda, harus Tuan Malik perhalusi. Demi kesejahteraan di antara dua buah keluarga.” kata Jalal Yassir.
.
.
“Tuduhan terhadap Keluarga Sadek, menyalurkan senjata kepada tentera batak, tanpa usul periksa yang lebih dalam..

Dan kamu, Keluarga Yassir, menuntut pampasan,

Berupa 1,000 pucuk Terakol Muda, dihantarkan ke Pulau Tinggi??!” kata Malik Sadek.

“Ini tidak bisa!!” sambungnya.
.
.
Jalal Yassir menggenggam kemas sebilah pedang di tangannya.
.
.
“Utuskan kepada ayahandamu!! Jangan sesekali cuba mendabik dada!! Sombong!! Ini bukan lagi rundingan dari hati ke hati!! Kamu!! Yassir!! Cuba memperlekehkan kekuasaanku!!” jerit Malik Sadek.

“CLACK! CLACK! CLACK!”
Wakil-wakil dari Keluarga Sadek mengacukan senjata api mereka ke muka Jalal Yassir dan Buyong Hitam.
.
.
“Jalal. Ini bukan caranya. Tuduhan melulu dan permintaan yabg tidak munasabah, seolah-olah menconteng arang ke muka kami.” kata Murad Sadek.
.
.
Jalal Yassir, memejamkan mata.
“Maka, sekiranya tuntutan kami tidak kamu turuti...” kata Jalal Yassir.
.
.
.
.
Satu susuk tubuh lembaga muncul di belakang Jalal Yassir,

“KALAM!!!!” jerit Jalal.

“SHING!!” Jalal berdiri dan menghunuskan pedangnya.

“Tuan Muda Jalal!!” tegur Buyong Hitam.
Mursyid Sadek menghunuskan Pedang Sadek I, miliknya.

“SHING!!!”

“Kawal amarahmu Jalal!!” jerit Mursyid Sadek.

“PAPP!!”

Jalal Yassir melompat ke atas meja di dalam Ruangan Ijtimak.

“Sepertinya, sudah habis rundingan di antara kita.” kata Jalal.
“PAPP!!”

Mursyid Sadek melompat ke atas meja rundingan.
.
.
Mata bertentang mata, dua bilah pedang bergetar berserta aura membunuh yang cukup kuat.

“Pamerkan rasa hormatmu Jalal! Kamu berdiri di atas tanah ku!!”

“Maka apa bedanya??”

“Kau akan ku tenggelamkan ke dasar laut!!”
Jalal Yassir menujahkan kakinya,

Dan menyerang Mursyid Sadek.

“Seratus tahun sekalipun, belum tentu kamu mampu membunuhku!!” jerit Jalal Yassir.

“Ayuh!!” balas Mursyid Sadek.

“KACHINGG!!!”

“PRAKKK!!!” meja rundingan pecah hasil lagaan pedang dari Jalal dan Mursyid.
Jalal Yassir melancarkan satu tumbukan ke arah Mursyid Sadek,

Begitu juga Mursyid, melancarkan tumbukan yang sama kepada Jalal,

“DABBB!!”

Tumbukan mereka berlaga, sekaligus menghasilkan satu impak yang kuat dan memecahkan dinding-dinding Ruangan Ijtimak.
.
.
Jalal dan Mursyid, masing-masing terpelanting ke belakang.
.
.
Mursyid cuba mengawal imbangan tubuhnya,

Jalal merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya,

“PAPP!!”

“Pak Buyong!!” jerit Jalal.

Buyong Hitam menghunuskan sebilah keris dan memacakkannya ke lantai.

“ZAPP!!”
“PRAKKK!!!”

Lantai Ruangan Ijtimak, merekah apabila keris milik Buyong Hitam dipacak ke lantai.

Semua yang berada di dalam Ruangan Ijtimak, hilang kestabilan, dan hampir rebah ke lantai.

Jalal Yassir membacakan beberapa baris mantera.
.
.
Rekahan lantai hampir menenggelamkan Mursyid Sadek,

Tanpa berlengah, Mursyid memacakkan Pedang Sadek I miliknya ke lantai,

“ZAPPP!!!”

Kemudian, dia menggenggam kemas pedangnya,

Satu gegaran gempa bumi, terhasil dari pacakan Pedang Sadek I,
.
.
Rekahan dari Pedang Sadek I, menuju ke arah Jalal Yassir dan Buyong Hitam,

Buyong Hitam terpelanting ke belakang dan melanggar dinding, setelah menerima impak rekahan,

“BAMM!!”

Jalal Yassir sempat mengelak ke kiri dan melompat dengan pantas ke udara,
.
.
Tapak tangannya masih dirapatkan,

Mantera masih dibacakan,
.
.
Muzir Sadek menghunuskan Pedang Sadek II, dan melibas ke arah Jalal yang berada di udara,

“ZASSS!!”

Satu libasan yang membawa tekanan yang kuat, yang menghasilkan satu gelombang kejut, merempuh Jalal Yassir.
.
.
“BAMMM!!”

Jalal Yassir terpelanting melanggar dinding.

Murad Sadek menujah kakinya dan menghunuskan Pedang Sadek III miliknya,

“ZAPPP!!!”

Pedang Sadek III berubah bentuk dan memanjang sepanjang 10 Meter, menusuk ke arah Jalal Yassir.
.
.
Tetapi tusukan Pedang Sadek III, mampu dielak oleh Jalal Yassir,
.
.
Jalal berlari ke arah Mursyid, Muzir dan Murad,

Dan kemudian, dia menghempas tapak tangannya ke atas lantai,

“KALAMMM!!!”

Beberapa kelibat jembalang, roh semangat, muncul di dalam Ruangan Ijtimak.
Lapan ekor jembalang meluru ke arah wakil-wakil Keluarga Sadek,

Dan mengunci pergerakan mereka,

Malik Sadek mengangkat senjatanya, Tombak Sadek,

Dan melibaskan tombaknya ke arah Jalal dan Buyong.

“ZASSS!!”

“BAMM! BAMM! BAMM!!”

Libasan Tombak Sadek, menghasilkan letupan.
Jalal memuntahkan darah, setelah diserang oleh Malik

“Jalal!! Anak Jamrud yang pertama!!

Kau telah menyimbah minyak di dalam persengketaan antara dua keluarga!!

Kepalamu akan ku penggal!!

Dan akan aku persembahkan ke kaki ayahandamu!! Jamrud Yassir!!” jerit Malik Sadek.
.
.
“KUNCI!!!” jerit Jalal Yassir sambil menyilangkan kedua-dua belah tangannya, dan mengenggam tapak tangannya.
.
.
Lapan ekor jembalang sebentar tadi, mengunci pergerakan wakil-wakil Keluarga Sadek, termasuk Malik Sadek dan anak-anaknya.
.
.
KALAM, adalah Roh Semangat di dalam Gelang Hitam milik Jalal Yassir.

Satu Roh Semangat yang mampu menaungi makhluk-makhluk halus.

KALAM, dikatakan sebagai Raja Roh Semangat yang mampu memimpin dan memberi arahan kepada makhluk halus yang berada berhampiran Jalal Yassir.
Keadaan semakin terkawal,

Jalal Yassir berdiri perlahan,

Dia mengangkat pedangnya,

Bersedia untuk membunuh kesemua ahli-ahli Keluarga Sadek.
.
.
“Orang-orang memanggilku,

Singa Jantan Selendang Hitam,

Maka hari ini, kamu tahu mengapa.” kata Jalal sambil memegang pedangnya.
“SHING!!!”

Salah seekor jembalang yang mengunci Mursyid Sadek, tumbang.

Hasil dari getaran Pedang Sadek I.
.
.
Pedang Sadek I, milik Mursyid Sadek, bergetar dan menghasilkan bunyi yang nyaring.

Sebilah pedang yang mampu menghasilkan frekuensi yang kuat.
.
.
Hasil dari frekuensi yang kuat, bunyi dan getaran dari Pedang Sadek I telah mengakibatkan persekitaran Ruangan Ijtimak, beresonansi,

Dan seterusnya, menganggu kestabilan tubuh manusia yang berada pada jarak yang mampu menerima impak getaran dari Pedang Sadek I.
.
.
Mursyid Sadek melangkah perlahan ke arah Jalal Yassir,

Begitu juga dengan Jalal Yassir,

Melangkah perlahan ke arah Mursyid Sadek,
.
.
Kedua-dua mereka, cuba mengatur strategi untuk berdepan dengan pihak lawan,

Siapa yang lebih tangkas, dia yang akan menang.
Pertembungan di antara Anak Sulung dua buah Keluarga Besar,

Maruah keluarga digalas di bahu mereka,
.
.
Mata Jalal Yassir menyala kehitaman,

Tubuhnya menghasilkan satu aura hitam yang mengerikan,

Manakala,

Mursyid Sadek, menggenggam kemas Pedang Sadek I miliknya.
.
.
“PAPP!!!”

Dua kujur tubuh bertembungan,

“KACHING!!!!”

Lagaan pedang mula kedengaran,

Tubuh Jalal Yassir hilang keseimbangan, hasil dari getaran Pedang Sadek I,

“KETING!! KETING!! KETING!!”

Pertarungan kedua, di antara Jalal dan Mursyid,
.
.
Bermula.
Jalal Yassir memegang pedangnya secara terbalik, mata pedang menghala ke tanah,

Kemudian, dia berlari ke arah Mursyid dengan larian ke kiri dan ke kanan,

“PAPP! PAPP! PAPP!”

Mursyid melibas pedangnya ke bahagian kanan leher Jalal,

Jalal menangkis libasan Mursyid.

“KETING!!”
Tubuh Jalal terpelanting ke arah kiri, hasil impak getaran dari pedang Mursyid,

Mursyid memecut ke tubuh Jalal,

Dan menujahkan pedangnya ke dada Jalal,

Jalal melompat tinggi ke udara, menjangkaui kepala Mursyid,

Mengelak dari tujahan pedang Mursyid,
.
.
Kemudian, Jalal menghentakkan kakinya di udara, dengan memegang pedangnya,

Memecut ke tubuh Mursyid, dan bersedia untuk memancung kepala Mursyid,

“ZASSS!!!”

Mursyid melompat ke belakang,

Libasan pedang Jalal, berjaya di elak oleh Mursyid,
.
.
Mursyid memecut laju ke tubuh Jalal,

Dengan menggenggam kemas Pedang Sadek I,

Dia melibas tubuh Jalal berkali-kali.

Libasan Mursyid dielak oleh Jalal dengan melakukan beberapa balik kuang,

Libasan gema bunyi oleh Mursyid yang tidak mengena Jalal, telah menghempas dinding,
.
.
Selepas empat kali melakukan balik kuang,

Jalal melompat tinggi ke udara,
.
.
Kemudian, dia mengeluarkan sebilah Sabit Berantai yang terselit di pinggangnya,

Dengan beberapa kali hayunan,

Jalal melancarkan serangan dengan menggunakan Sabit Berantai,

Ke arah Mursyid Sadek.
“KETING!!!” libasan Sabit Berantai dari Jalal, ditangkis oleh Mursyid Sadek.

“PAPP!”

Jalal Yassir mendarat ke atas lantai,

Dia melakukan hayunan Sabit Berantai berkali-kali,

Cuba mencari ruang untuk menyerang Mursyid Sadek,
.
.
“PAPP!” Jalal menyambut hulu Sabit Berantai.

Kemudian, dia memecut ke arah Mursyid Sadek.

“KACHING!!!” lagaan Sabit Berantai dan Pedang Sadek I memecah kesunyian.

“KETING! KETING! KETING! KETING! KETING!”

Hayunan demi hayunan, libasan demi libasan.
.
.
Hampir seratus libasan dan hayunan sabit dan pedang,

Dilancarkan oleh Jalal dan Mursyid dalam masa tidak sampai 10 saat.

Pergerakan mereka terlampau laju sehinggakan,

Mata manusia tidak dapat melihat dengan teliti,

Pertarungan yang sedang berlangsung di dalam Ruangan Ijtimak.
“PAPP! PAPP! PAPP!” Jalal Yassir menujah kakinya berkali-kali di udara sambil mengelilingi tubuh Mursyid Sadek,

Kemudian, dia menghayun Sabit Berantainya secara 360 darjah dan melibas mata sabit ke tubuh Mursyid yang berdiri di atas lantai.

“ZASSSS!”
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK!”

Pergelangan tangan besi di tangan kiri Mursyid Sadek, berubah bentuk menjadi satu perisai besi bulat yang berwarna perak.

“KETING!!!”

Libasan Sabit Berantai oleh Jalal, disanggah oleh Mursyid dengan perisai besinya.
.
.
Mursyid melontar Pedang Sadek I di tangan kanannya, ke tangan kirinya.

“PAP!”

Kemudian, dia mengeluarkan sepucuk terakol di selitan kain ikat pinggang dengan tangan kanannya,

Dan diacukan terakolnya ke arah Jalal yang berada di udara.

“CLACK!”
.
.
Jalal yang berada di udara, dengan cemas, menarik kembali Sabit Berantainya,

Jalal seolah-olah tahu, akan bahaya yang bakal menimpanya,

Ini kerana,

Terakol di tangan Mursyid, adalah bukan terakol yang biasa dia lihat.
.
.
Terakol ini, telah diubahsuai oleh Keluarga Sadek,

Untuk menghasilkan letupan yang setanding dengan letupan sebuah Lela Rentaka.

Ianya dipanggil sebagai,

TERAKOL MUDA.
.
.
“KALAM!!!” jerit Jalal.

KALAM muncul di depan Jalal dengan menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
.
.
“Berakhir sudah hayatmu Jalal!!” jerit Mursyid Sadek.

“BAMMM!! BAMMM!!”

Dua das letupan dilepaskan oleh Mursyid,

“CRACKK!! BAMMM!!”

Tubuh KALAM dan Jalal Yassir terpelanting melanggar dan merempuh dinding Ruangan Ijtimak.
.
.
Tubuh Jalal Yassir terlontar ke udara dan rebah di atas tanah, di halaman hadapan Rumah Keluarga Sadek.
.
.
“TUAN MUDA JALAL!!” jerit tentera-tentera Selendang Hitam.

“ZASSS!!” Mursyid Sadek melibas Pedang Sadek I ke arah Buyong Hitam yang kembali terjaga dan cuba berdiri.
.
.
Gelombang bunyi yang terhasil dari Pedang Sadek I, merempuh tubuh Buyong Hitam,

Buyong Hitam terpelanting ke luar dari Ruangan Ijtimak.

Darah bersemburan dari mulut dan telinganya.

Buyong Hitam cuba merangkak ke tubuh Jalal yang terbaring di atas tanah.
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!”

Tentera-tentera Selendang Hitam mengacukan Istinggar ke arah Mursyid yang melangkah keluar dari lubang dinding Ruangan Ijtimak.
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!”

Tentera-tentera Kerambit Putih mengacukan Istinggar ke arah tentera Selendang Hitam.
.
.
“TEMBAK!!!” jerit Buyong Hitam.

“BAMM!! BAMMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

Tembakan demi tembakan, dilepaskan.
“KETING! KETING! KETING! KETING! KETING! KETING!”

Tembakan dari tentera Selendang Hitam, ditangkis oleh tentera Kerambit Putih dengan menggunakan Perisai Besi.

Kemudian,

“SERANG!!!” jerit Hadi Darman yang telah terlepas dari kucian jembalang.
Tentera Kerambit Putih, melepaskan tembakan.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”
.
.
Tentera-tentera Selendang Hitam rebah ditembak.

“TABADULL!!!” jerit Buyong Hitam.

Tentera Selendang Hitam, menarik selendang mereka di leher,
.
.
Kemudian, mereka menggigit ibu jari, dan melesetkan darah dari ibu jari, ke leher mereka.
.
.
Secara perlahan-lahan, tangan mereka mengeras, urat-urat timbul, dan kuku mereka memanjang.
.
.
Tentera Selendang Hitam, telah bertukar menjadi satu rupa makhluk yang bengis.
“SERANG!!!” jerit Buyong Hitam.

Tentera Selendang Hitam, dengan menggenggam senjata tajam di tangan mereka,

Menerpa ke arah tentera Kerambit Putih.
.
.
Peperangan di antara dua bala tentera yang paling merbahaya di dalam nusantara melayu,
.
.
Bermula.
“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

Peperangan berlangsung dengan situasi yang lebih memihak kepada tentera Kerambit Putih.

Bilangan tentera Kerambit Putih semakin bertambah dari masa ke semasa.
.
.
Hadi Darman, Khalik Gaga dan Badri Agus,

Sebagai Komander Tentera Kerambit Putih,

Mereka mengetuai bala tentera masing-masing untuk menyerang tentera Selendang Hitam.

Jumlah tentera Kerambit Putih yang sedang bertempur ialah,

600 tentera.

Manakala,
.
.
Bilangan tentera Selendang Hitam yang pada asalnya adalah seramai 100 orang tentera,

Telah berkurang menjadi 60 orang tentera,

Yang dipimpin oleh Buyong Hitam.
.
.
Buyong Hitam, menggunakan segala tenaganya, untuk mempertahankan Jalal Yassir,

Tuan Muda Sulung Keluarga Yassir.
“Selendang Hitam!! Perkasakan semangatmu!!

Pertahankan Tuan Muda Jalal dengan nyawa-nyawamu!!” jerit Buyong Hitam.

“Tidak!! Pak Buyong!! Kerahkan tentera-tentera kita untuk terus menyerang!!

Sampai ke titisan darah yang terakhir!!” arah Jalal Yassir.
“Sediakan jasad-jasad Kerambit Putih untuk rencana kita!!” sambung Jalal.

Buyong Hitam mengangguk.

“Selendang Hitam!!! Berhimpun!!!”

Tentera Selendang Hitam membentuk satu himpunan setempat.

8 ekor jembalang berdiri tegak mempertahankan unit himpunan tentera Selendang Hitam.
Tentera Kerambit Putih melepaskan tembakan berdas-das.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

Namun, tembakan dari tentera Kerambit Putih, dihadang oleh susuk tubuh-tubuh jembalang yang berada di bawah kawalan KALAM.
.
.
Jalal dan Buyong Hitam, berada di belakang tentera Selandang Hitam
Malik Sadek, Mursyid Sadek, Muzir Sadek dan Murad Sadek,

Berjalan perlahan, menghampiri unit himpunan tentera Selendang Hitam
.
.
“Apa yang cuba mereka rancangkan??” tanya Muzir sambil menggenggam kemas Pedang Sadek II

“Kerahkan tentera kita untuk terus menyerang!!” balas Murad
Malik Sadek mengangkat tangannya,

Memberi arahan kepada Komandernya supaya berhenti menyerang.
.
.
“Sepertinya, ada sesuatu yang tidak kena...” kata Malik Sadek.
.
.
Jalal Yassir, yang sedang duduk bersila, bertemankan Buyong Hitam, terkumat-kamit membacakan manteranya..
Buyong Hitam, sedang berdiri dengan tapak kekuda, memegang sebilah keris panjang secara terbalik,

Mengawal keselamatan Jalal Yassir yang sedang melakukan satu ritual penyembahan roh-roh semangat.
.
.
Jalal Yassir, memejamkan matanya,

Merapatkan tapak tangannya ke atas tanah
.
.
“KALAM!!!” jerit Jalal Yassir.

KALAM muncul di depan Jalal Yassir.

“TUAN MUDA JALAL...” sahut KALAM.
.
.
“Aku sembah rohmu!! Dengan kedua-dua belah telingaku!!!” kata Jalal.

“SIAP!” balas KALAM.

“ZAPPP!!”

Telinga kanan dan kiri Jalal, dirobek oleh KALAM.
“Jurus Terlarang!! Boneka Syaitan!!!” jerit Jalal Yassir.
.
.
.
.
Berpuluh-puluh roh semangat, muncul dari dalam tanah, ke permukaan bumi.

Roh-roh semangat itu menerkam mayat-mayat tentera Kerambit Putih dan merasuk mayat-mayat tersebut.
.
.
Mayat-mayat tentera Kerambit Putih, berdiri perlahan, dengan mata yang menyala kehitaman,
.
.
Mereka menggapai senjata di tanah,
.
.
“SERANG!!!” jerit Jalal Yassir.

Mayat-mayat tentera Kerambit Putih menyerang tentera Kerambit Putih.
Ahli-ahli Keluarga Sadek, terkesima melihat kejadian di depan mata mereka,

Satu kejadian yang di luar jangkaan mereka.

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

Umpama Kerambit Putih, menentang tentera mereka sendiri.

“SELENDANG HITAM!!!” jerit Jalal Yassir.
.
.
Tentera Selendang Hitam, memecah formasi mereka dan mula menyerang Kerambit Putih bersama-sama dengan mayat-mayat hidup yang telah dirasuk.

“BUNUHH!!! BUNUHH!!” jerit tentera Selendang Hitam

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

“Pak Buyong!!” jerit Jalal Yassir
Buyong Hitam menikam tanah dengan keris panjangnya,

“ZAPP!! CRACKK!!!”

Permukaan tanah merekah dan berpasir.

Kemudian, Buyong Hitam, menujah tapak kakinya dan bergerak dengan kepantasan yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.
.
.
Tempat yang dituju oleh Buyong Hitam ialah,

Pangkalan rahsia milik Keluarga Sadek.

Kilang senjata, tempat penempaan senjata, dan Kamar Saeb,

Blueprint senjata,

Dan juga mengumpul maklumat rahsia Keluarga Sadek,

Jumlah senjata, dan kekuatan kubu pertahanan Kerambit Putih.
.
.
Setelah Buyong Hitam hilang dari pandangan,

Jalal Yassir berdiri perlahan, dengan darah yang mengalir di telinganya,
.
.
Dia menggigit ibu jarinya, dan melesetkan darah ke lehernya.

Kemudian, dia membakarkan kemenyan, sebagai pembukaan kepada satu lagi ritual.
.
.
Tangannya mengeras, urat-urat timbul, dan kukunya memanjang.

Matanya menyala kemerahan,

Gelang Hitam di tangannya turut menyala,

Aura kehitaman menyelubungi tubuh Jalal Yassir,

Dalam kiraan,

3..

2..

1..

“ZOOOSHHH!!”

Jalal Yassir memecut ke arah Mursyid Sadek.
.
.
“PAPP!!” Jalal Yassir melompat tinggi ke udara, dengan Sabit Berantai melayang-layang di sekeliling tubuhnya,
.
.
.
“Mursyid!!!!” jerit Jalal.

Mursyid Sadek, Muzir Sadek dan Murad Sadek,

Yang berada di bawah lompatan Jalal,

Bersedia untuk menerima serangan dari Jalal Yassir.
“Mursyid!! Bawakan kepala Jalal, sembah ke kakiku!!!” jerit Malik Sadek.

“Siap!!!” balas Mursyid Sadek
.
.
Mursyid melompat ke arah Jalal yang berada di udara,

Jalal menghayunkan Sabit Berantainya ke tubuh Mursyid,

“ZASSS!!”

Hayunan Jalal disanggah oleh Mursyid,

“KACHING!!!”
“PAPP!” Mursyid mendarat ke tanah.

“PAPP!” begitu juga Jalal.
.
.
“DABB!” Muzir menujah kakinya, dan memecut ke tubuh Jalal.

“ZASSS!!” Pedang Sadek II dilibas ke belakang tubuh Jalal Yassir.

“PAPP” Jalal menyambut hulu sabitnya.

“KETING!!” libasan Muzir ditangkis oleh Jalal.
Murad berlari secara ke kanan dan ke kiri ke arah Jalal,

“DABB!!”

Jarak di antara Jalal dan Murad hanya 2 Meter,

Murad menggenggam kemas Pedang Sadek III,

Dan kemudian,

“ZASSS!!!”

Dia mencantas tubuh Jalal.

“KETING!!”

Jalal menyanggah cantasan Murad dengan Gelang Hitamnya
Kemudian, Jalal melancarkan tikaman sabit dengan tangan kanannya ke bahu kiri Murad,

“ZAPP!”

Murad menyanggah tangan kanan Jalal,

Muzir yang berada di belakang Jalal, menujah pedangnya ke tulang kipas Jalal,

“ZAPP!”

Tetapi berjaya dielak oleh Jalal.
Dalam masa tidak sampai satu saat,

Jalal melakukan sepakan sapuan kaki kanan, ke buku lali kaki kanan Murad,

Murad hilang imbangan,

Kemudian, Jalal menyambung serangannya dengan menendang dada Murad dengan kaki kanannya,

“DABB!”
.
.
Tanpa menghentikan serangannya,

Jalal melancarkan tendangan belakang menggunakan kaki kanannya, ke dada Muzir.

“DABB!!”

Murad dan Muzir terpelanting jauh ke belakang.

Tiga buah serangan itu, telah dilancarkan oleh Jalal, dalam masa tidak sampai satu saat.
.
.
“DAB! WOOSH!”

Mursyid memecut ke arah Jalal, sambil memutarkan hulu Pedang Sadek I dengan jari-jemarinya

“DAB! WOOSH!”

Jalal memecut ke arah Mursyid.

Dengan menghayunkan Sabit Berantai ke kiri dan ke kanan, bagi mengumpulkan momentum untuk serangan seterusnya
.
.
“KACHING!!!”
Angin berhembusan setelah pedang dan sabit milik Mursyid dan Jalal bertembung,

Pasir-pasir berterbangan,

Tentera berhampiran, rebah setelah menerima impak dari pertembungan itu.
.
.
Seolah-olah ingin memberitahu kepada semua tentera perang,

Supaya,

“Jangan masuk campur.”
.
.
Pada masa yang sama,

Buyong Hitam, memecah masuk ke markas, kubu pertahanan Keluarga Sadek.

Dia cuba mencari lokasi Kamar Saeb.

Kamar Saeb, adalah sebuah kamar yang menyimpan rahsia-rahsia dan blueprint pembuatan senjata milik Keluarga Sadek.
.
.
“Penceroboh!!” jerit salah seorang pengawal Kamar Saeb.

Buyong Hitam menghentakkan kaki kanannya dan memecut ke arah pengawal itu.

“BAMM!!” tembakan dari sepucuk pamuras dilepaskan oleh pengawal itu.

“PAPP!” Buyong Hitam melompat, mengelak dari tembakan itu.
Buyong Hitam menerkam kepala pengawal itu dan kemudian,

“PRAKK!!” dia mematahkan leher pengawal Kamar Saeb.
.
.
Dua orang lagi pengawal Kamar Saeb muncul di depan Buyong Hitam.

“BAMM! BAMM! BAMM!”

Buyong bergerak secara zig-zag, mengelak dari tembakan,
.
.
Kemudian, dia menarik selendang hitamnya di leher,

Dan menangkis tembakan dari pengawal-pengawal itu dengan gerakan yui.

Jurus lembut tahap tinggi di dalam Seni Silat Selendang Hitam.

Buyong memecut ke arah salah seorang pengawal,

“BAMM!!” tembakan dilepaskan

Buyong mengelak
Jarak antara Buyong dan pengawal itu hanya sejauh 1 Meter dan kemudian,

Buyong melibas leher pengawal itu dan menjerutnya sehingga mati.

“BAMMM!! BAMMM!!” tembakan dilepaskan oleh seorang lagi pengawal,

Buyong menangkis tembakan itu dengan selendang hitam sambil memecut laju.
“PAPP!” Buyong melibas pamuras di tangan pengawal itu dengan selendang hitamnya,

Pamuras jatuh ke lantai.

Kemudian, Buyong mengunci lengan kanan pengawal itu dengan tangan kirinya

Dan memberi tiga tumbukan tangan kanan ke perut, dada dan leher pengawal itu

“DABB! DABB! DABB!”
3 orang pengawal, tersungkur mati.

Buyong Hitam menggapai kunci Kamar Saeb di selitan pinggang seorang pengawal,

Kemudian, dia membuka pintu Kamar Saeb.

“CLACK! BAM!”

“SREEETT..”

Buyong Hitam melangkah masuk ke dalam Kamar Saeb.
“Balang kaca yang bernyala?” bisik Buyong Hitam.

Ruangan Kamar Saeb, diterangi oleh balang-balang kaca yang bernyala

Satu teknologi yang hanya dimiliki oleh Keluarga Sadek

Ruangan ini dipenuhi oleh rak-rak yang besar

Meja-meja yang dipenuhi dengan helaian kertas dan alat ukur
Termasuk juga, prototaip-prototaip senjata api yang sedang diuji kaji.

Sampel-sampel peluru yang disimpan kemas di dalam peti kaca.

Buyong Hitam, terkesima, akan perancangan dan blueprint yang dimiliki oleh Keluarga Sadek.

Senjata-senjata yang dicipta oleh Keluarga Sadek...
Mampu untuk meletuskan satu peperangan yang berskala besar di antara negeri-negeri di dalam Nusantara Melayu.

Sepertinya,

Keluarga Sadek, sedang merancang satu gerakan penaklukan wilayah berdasarkan rencana yang dibaca oleh Buyong Hitam.

“Ku Tana Mansur?” bisik Buyong.
“Mereka ingin menguasai tanah melayu??” sambung Buyong.
.
.
“CLACK! SPLASH!”

Buyong Hitam terlanggar satu balang tiub di sebuah rak.

Cecair berwarna kehijauan, mengalir di atas lantai.
Sehelai kertas yang mempunyai gambar satu balang tiub, lengkap dengan preskripsi, terdampar di atas sebuah meja.

Buyong Hitam mencapai kertas itu dan cuba membacanya.
.
.
.
“Bangsat!!” jerit Buyong Hitam.

Buyong menyimpan helaian kertas itu dan merampas beberapa bahan letupan.
Kemudian, dia memecut dengan laju, menggunakan kesaktian dari Roh Semangatnya, RASA.

Dia menuju ke arah Kilang Senjata.
.
.
Beberapa minit kemudian,

Di Kilang Senjata Kelurga Sadek,

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

Buyong Hitam menikam kerisnya ke dada tiga orang ahli Kerambit Putih.
“Tuan Karim! Komander Selendang Hitam! Buyong! Telah pecah masuk ke tempat kita!!” jerit salah seorang tentera Kerambit Putih.

Karim Bahagia : Ketua Kilang Senjata Keluarga Sadek.

“Kerahkan tentera kita!! Tangkap bajingan itu!!” jerit Karim Bahagia.
.
.
“BAMM! BAMM! BAMM!”
Tembakan demi tembakan dilepaskan.

Buyong Hitam, secara solo, telah menumbangkan hampir 30 orang tentera Kerambit Putih.

“Kepong!!!” jerit Karim.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”
.
.
.
Suasana sunyi buat seketika.

“Di mana kelibat Buyong Hitam??!” jerit Karim.
“BOMMM!!!! BOMMM!!!”

Dua letupan bom memecah kesunyian.

Kilang Senjata Keluarga Sadek,

Mula mengalami kemusnahan..

“BOMMM!! BOMMM!! BOMMM!!”

Tiang-tiang dan dinding Kilang Senjata hancur berkecai.

“BUNUH BAJINGAN ITU!!! PENGGAL KEPALANYA HIDUP-HIDUP!!!” jerit Karim Bahagia
Buyong Hitam, dengan segala tenaganya,

Memecut keluar dari Kilang Senjata Keluarga Sadek,

“PAP!! WOOSHH!!”

Seorang gadis muda, menghalang pecutan Buyong Hitam dengan Terakol Kecil di tangannya

“MUNDUR!!” jerit Buyong.

Akan tetapi, gadis itu tidak mempedulikan ancaman Buyong.
“BAMM!!” tembakan dilepaskan oleh gadis itu.

Buyong Hitam mengelak dari terkena tembakan sambil menghunuskan kerisnya,

Kemudian dia menikam kerisnya ke dada gadis itu,

“KETING!!!”

Tikamannya ditangkis oleh seorang lagi wanita muda.

“Mariam!” jerit wanita muda itu.
Buyong Hitam berundur ke belakang beberapa langkah.
.
.
“Kesuma??” kata Buyong Hitam.

“Kang Laila.” ujar Mariam Sadek, masih memegang Terakol Kecilnya.

Laila Hawa, membuka tapak kekudanya.

“Kamu, Kesuma bukan?” tanya Buyong Hitam.

“Namaku, Laila Hawa.” jawab Laila.
Mariam Sadek, berdiri di belakang Laila Hawa,

“PAPP”

Keris di tangan Buyong Hitam, jatuh ke lantai. Tangannya terketar-ketar.
.
.
.
“Maafkan aku Buyong.” kata Laila Hawa sambil memegang sebilah parang panjang.

“Tidak.... Kamu adalah Kesuma. Kekasihku.” balas Buyong Hitam.
“Serahkan kertas itu yang kau rampas.” kata Laila Hawa.

Buyong Hitam hanya mendiamkan diri. Badannya lemah.

Terpukul dengan satu kenyataan yang sukar untuk ditelan.

Kekasihnya di Pulau Tinggi, Kesuma, adalah perisik dari Kerambit Putih yang bernama,

Laila Hawa.
“Buyong! Serahkan kepadaku! Jangan memaksaku...” Laila sebak.

Buyong Hitam, jatuh melutut di atas lantai.

“Ya. Itu yang sebaiknya. Bunuh saja jasadku ini Kesuma.” kata Buyong Hitam lemah
.
.
“PAPP! ZOOSHH!!” Laila memecut ke arah tubuh Buyong Hitam sambil menghunuskan parangnya
“ZAPPP!!”

Laila Hawa menghentikan tujahan mata parangnya.

Hujung mata parang miliknya, berada satu inci jaraknya dengan leher Buyong Hitam.

“Mengapa Kesuma? Ini adalah peluangmu. Berbakti kepada tuanmu. Jasadku di depanmu.“

Laila Hawa, menitiskan air mata.
“BAMMM!!” dinding ditembak pecah.

“TAP! TAP! TAP!” bunyi tapak kaki yang sedang berlari.

“PAPP!!” satu kujur tubuh seorang lelaki melompat tinggi dari arah belakang Laila Hawa.

Sambil memegang sebilah parang panjang,
.
.
.
“Laila!!” jerit Hadi Darman.
“Hadi??” bisik Buyong.

Hadi Darman, setelah melihat Buyong Hitam di depannya,

Dia terus memecut laju ke tubuh Buyong Hitam.

“PAPP! ZOOSHH!”

Hadi menghunuskan parangnya,

“SHING!!”
.
.
Buyong menggapai kerisnya di lantai,

Dan kemudian,
.
.
“KACHING!!!”
Libasan parang Hadi Darman, ditangkis oleh Laila Hawa.

“Laila?” ujar Hadi

“Untuk kali ini, lepaskan Buyong.” rayu Laila

Kemudian,

Buyong Hitam menghentakkan kakinya ke lantai, dan melancarkan tendangan kaki kiri ke bahu kanan Hadi Darman

“DABB!! CRASHH!!”

Hadi terpelanting.
“Lekas! Keluar dari tempat ini.” arah Laila kepada Buyong.

Buyong memandang ke mata Laila Hawa.

Mata seorang wanita cantik yang berkaca-kaca.

Buyong mengalirkan air matanya,

Dan kemudian,

“PAPP!! ZOOSHH!!”

Buyong Hitam memecut keluar dari tempat itu.
“CRACK!! BAMM!!”

Dinding pecah. Buyong memecut ke arah tentera-tenteranya.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

Peperangan masih berlangsung.

“Tuan Buyong!!” jerit tentera Selendang Hitam.
“Di mana Tuan Muda Jalal??!!” tanya Buyong Hitam kepada tenteranya.

Tentera Selendang Hitam, menudingkan jarinya ke arah pertempuran di antara Jalal dan Mursyid.
.
.
—-

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!!”

“DABB!! BAMM!!”

“SREETTT”

Jalal dan Mursyid terseret ke belakang.
“Tuan Muda Jalal!!” jerit Buyong Hitam.

“Pak Buyong!!!”

Buyong Hitam mengangguk. Sebagai isyarat bahawa, tugasnya telah selesai.
.
.
Mursyid Sadek, mengeluarkan satu balang tiub dari ikatan kain ikat pinggangnya.

Balang tiub yang mempunyai cecair yang berwarna hijau.
“Itu...?” ujar Buyong Hitam dengan matanya yang terbeliak.

Kemudian, Mursyid menegur cecair itu.

Dan selepas meneguk habis, Mursyid melemparkan balang tiub itu ke tanah.

“Muzir!! Murad!!” jerit Mursyid.

Muzir dan Murad juga mengeluarkan balang tiub cecair hijau dan meneguknya
Balang tiub yang bercecair hijau ini, adalah satu serum yang dihasilkan oleh Keluarga Sadek,

Untuk memberi tenaga dan deria yang luar biasa kepada peminumnya,

Serum ini, hanya diagihkan kepada wakil-wakil Keluarga Sadek yang berkedudukan tinggi di dalam Kerambit Putih.
.
.
Serum ini, mampu melipat kali gandakan kekuatan si peminum,

Kesan serum ini mampu bertahan selama 24 jam setiap balang.

Dan serum ini juga,

Adalah pemangkin kekuatan Mursyid Sadek,

Sehingga kekuatannya, setara dengan Jalal Yassir yang mempunyai kesaktian Roh Semangat KALAM.
“Tuan Muda Jalal!!” jerit Buyong Hitam.

“Air hijau yang mereka minum!! Itu adalah kunci kekuatan SADEK!!!!” sambung Buyong.

“CRACK!! BAMM!!!” Hadi Darman menerpa dari lubang dinding, ke medan pertempuran.

“BUYONG!!!!” jerit Hadi Darman.
.
.
Jalal Yassir, terkesima apabila melihat perubahan yang berlaku pada tubuh Mursyid Sadek, Muzir Sadek dan Murad Sadek.

Dia mencuba untuk imbas kembali, detik-detik pertarungannya dengan Mursyid Sadek,

Tubuh Mursyid semakin menyusut dari masa ke semasa, sepanjang pertarungan.
.
.
Setelah Mursyid meneguk serum hijau itu,

Tubuh Mursyid menjadi lebih perkasa dan berotot.
.
.
.
Kemudian,

Hadi Darman, Khalik Gaga, Badri Agus dan beberapa lagi ahli tentera Kerambit Putih,

Mengeluarkan balang tiub dan meneguk cecair hijau itu

“SPLASHH!!”

Balng tiub dilempar
Jalal Yassir mengundur ke belakang beberapa langkah.

Dia cuba untuk memikirkan strategi seterusnya,

Dia memandang ke arah Buyong Hitam dengan satu pandangan yang gusar.
.
.
.
Kemudian, setelah habis memikirkan strategi, Jalal Yassir melaungkan satu arahan kepada Buyong Hitam.
“Pak Buyong!!! Lekas bawakan tentera-tentera kita pulang ke Pulau Tinggi!!!“ jerit Jalal Yassir.

“Tidak!! Tidak Tuan Muda Jalal!! Tidak tanpa kamu!!!” balas Buyong Hitam.

“Ini adalah arahanku Pak Buyong!!! Sampaikan buram dan rencana itu kepada Ayahanda!!!” sambung Jalal.
.
.
“Tidak!!! Aku tidak akan sesekali meninggalkan kamu di pulau ini!!!” balas Buyong Hitam.

“PAPP!!”

Jalal Yassir melontarkan Sabit Berantainya kepada Buyong Hitam.

Buyong Hitam menyambut Sabit Berantai itu.

Kemudian, dia memandang mata Jalal Yassir.
.
.
Jalal melontarkan satu senyuman kepada Buyong Hitam,
.
.
“Sampaikan Sabit Berantai itu, kepada adindaku, Johan.” kata Jalal Yassir sambil tersenyum.

Buyong Hitam mengalirkan air matanya.

Akur kepada arahan Tuan Mudanya,

Jalal Yassir.
.
.
“SELENDANG HITAM!!! MUNDUR!!!!” jerit Buyong Hitam.

Tentera-tentera Selendang Hitam, mengundur beberapa langkah dan berlari ke arah Armada Perang I.

Sauh di angkat, kain layar dilabuhkan.
.
.
“Jangan sampai mereka terlepas!!!!” jerit Khalik Gaga, Komander Kedua Kerambit Putih.
“KALAM!!!!!!!!!” jerit Jalal Yassir.

“TUAN MUDA JALAL..” sahut KALAM.
.
.
“AKU SEMBAH SEMANGAT ROHMU!!! DENGAN SEBELAH MATAKU!!!” jerit Jalal Yassir.

“SIAP!!” balas KALAM.

KALAM mencungkil mata kiri Jalal Yassir.
.
.
Darah keluar dan mengalir laju dari mata kiri Jalal Yassir.

Kemudian,

Jalal Yassir, merapatkan kedua-dua tapak tangannya ke atas tanah.

Asap keluar berkepul-kepul dari permukaan bumi,
.
.
.
“Jurus Terlarang!!! Tirai Syaitan!!!”
Permukaan bumi mulai merekah,

Beratus-ratus jembalang hitam, muncul dari dalam bumi,

Dan berpusu-pusu, membentuk satu dinding yang tinggi,

Mempertahankan Buyong Hitam dan tentera Selendang Hitam,

Bagi menghalang serangan dan menyekat kemaraan dari tentera Kerambit Putih.
“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

“Bangsat!!” jerit Badri Agus. Serangan unit tentera kendaliannya, disekat oleh jembalang-jembalang hitam.

Jalal Yassir berdiri secara perlahan-lahan,

Tubuhnya lemah, nafasnya berat,

Pandangannya kabur,

Darah mengalir di tubuhnya.
“Tuan Besar Malik!!” jerit seorang lelaki dari belakang bala tentera Kerambit Putih.

Karim Bahagia, berjalan dengan kaki tempang. Setelah mengalami kecederaan dari letupan bom di Kilang Senjata.

“Pak Karim!!” jerit Muzir Sadek.
.
.
Karim Bahagia tercungap-cungap.
“Kilang Senjata.. Huhh.. Huhh..” kata Karim tercungap-cungap.

“Mengapa?? Apa yang telah berlaku??” tanya Murad Sadek.
.
.
“Huhh.. Huhh.. Kilang Senjata!! Telah binasa!! Diletupkan oleh Buyong Hitam!!!” jerit Karim Bahagia.

Malik Sadek memandang Karim dengan pandangan terkejut.
Jalal Yassir, tersenyum sinis, apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Karim Bahagia.

Rancangannya telah berhasil.
.
.
“Tangkap Buyong Hitam!!! Hidup-hidup!!!” jerit Mursyid Sadek.

“Itu tidak bisa!!!” jerit Jalal Yassir.

Dia menyilangkan tangannya,

“KALAM!!!!” jeritnya
“TUAN MUDA JALAL..” sahut KALAM.
.
.
.
Jalal masih lagi tersenyum, dengan tubuh yang bergoyang, tangannya terketar-ketar, darah mengalir di segenap tubuhnya, matanya hampir tertutup dengan sedikit linangan air mata.
.
.
.
“Ini.. Adalah seruanku yang terakhir..” kata Jalal Yassir.
.
.
“Setelah ketiadaanku, aku sumpah roh semangatmu, untuk mempertahankan keluargaku..

Setelah ketiadaanku, aku sumpah roh semangatmu, untuk berdamping dengan adindaku... Johan..

KALAM, sampaikan kepada mereka, bahawa tiada penyesalanku, terhadap segala tindakanku..”
.
.
“TUAN MUDA JALAL... MASIH PUNYA PELUANG, UNTUK KAMU BERGEGAS DARI PULAU INI.. HANYA KAMU YANG BISA AKU PATUHI DAN MELETAKKAN TAAT SETIAKU.. BUKAN ORANG LAIN..” kata KALAM.

“Tidak KALAM. Kamu telah melakukan semuanya, lebih dari yang cukup. Berjanjilah kepadaku KALAM..”
.
.
KALAM merapatkan tubuhnya ke tubuh Jalal Yassir.

Dia memegang pipi Jalal, dan menundukkan tubuhnya,

Untung saja, tubuhnya gelap berwarna hitam, wajahnya tidak terlihat oleh mata kasar,

Sekiranya tidak,

Sudah pasti, akan terlihat linangan air mata yang mengalir di mata KALAM.
Sedangkan roh semangat yang dianggap jahat dan dilaknat umat manusia,

Mampu menitiskan air mata kerana kesetiaannya kepada sang pendamping,
.
.
“TUAN MUDA JALAL...”

“KALAM.. Persiapkan dirimu, setelah habis sumpahan terakhir, bergegaslah ke Pulau Tinggi.” kata Jalal Yassir.
Jalal membatukkan darah,

Hujan menitik dari awangan,

“Aah.. Hujan.. Seolah menangisi pemergianku..” kata Jalal Yassir.
.
.
Jalal menggigit ibu jarinya,

Dan melesetkan darahnya ke lehernya.
.
.
“KALAM, aku sembah roh semangatmu, buat kali yang terakhir,

Dengan JANTUNGKU!!”
Menggigil tubuh KALAM,

Dia menghulurkan tangannya ke dalam dada Jalal Yassir,

“PAPP!!” dan dia genggam jantung Jalal.
.
.
.
Jalal melontarkan senyumannya yang terakhir..

Dan dia merapatkan tapak tangan kanan, ke tapak tangan kirinya,

“Jurus Terlarang.. Jelmaan Syaitan!!”
Tubuh Jalal Yassir mula berubah bentuk.

Badannya menjadi lebih besar dan perkasa, bulu-bulu hitam tumbuh di lengan dan dada Jalal,

Rambutnya semakin memanjang, taringnya tumbuh panjang seperti taring seekor singa,

Kukunya tajam, berwarna kehitaman,

Matanya, bertukar kehitaman
Persalinan pakaiannya, carik-marik,

Keningnya semakin tebal dan memanjang,

Wajahnya berkedut, dan berjambang lebat.
.
.
.
“WARRGGHHHHHH!!!” ngauman Jalal Yassir kedengaran lantang memenuhi medan peperangan.

“KERAMBIT PUTIH!!! SIAP SEDIA!!!!” jerit Mursyid Sadek
“PATAHKAN TULANG TEMULANGNYA!!! PENGGAL KEPALANYA!!! HIDUP-HIDUP!!! SERANG!!!!!!” jerit Mursyid.

Beratus-ratus tentera Kerambit Putih bergegas menyerang Jalal Yassir,

Seperti ombak datang melanda, seperti badai berhembus kencang,
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!!” tentera Kerambit Putih mengacukan senjata api mereka.

“SHING! SHING! SHING! SHING! SHING! SHING! SHING! SHING! SHING!!” tentera Kerambit Putih menghunuskan parang dan pedang mereka.
.
.
.
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!“ tentera Kerambit Putih melepaskan tembakan ke tubuh Jalal Yassir.
.
.
Jalal Yassir membongkokkan tubuhnya, lutut kanannya di rapatkan ke tanah, tangannya menyentuh tanah,

Dalam kiraan,

3..

2..

1..

“DABB!! ZOOSHHH!!”
Jalal memecut ke arah tentera-tentera Kerambit Putih,

Dengan membuka jari-jemarinya yang berkuku panjang dan tajam,
.
.
.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

30 nyawa tentera Kerambit Putih terkorban, ditusuk Jalal Yassir dengan jarinya.
.
.
“BAMM!! BAMM!!”

Tembakan dari Kerambit Putih, dielak oleh Jalal,

“DABB!! ZAPP!!” Jalal meneruskan serangannya.

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

65 nyawa terkorban..

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

87 nyawa terkorban..

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

130 nyawa terkorban..
.
.
“PAK BUYONG!!! BERANGKAT SEGERA!!!” jerit Jalal Yassir dengan suara yang garau.

Buyong Hitam dan angkatan tentera Selendang Hitam,

Berlayar dengan Armada Perang I, melawan ombak, meninggalkan Jalal.

Buyong Hitam memandang ke wajah Jalal Yassir,

Sambil mengesatkan air matanya,
“Batalion Tiga!!! Tembak Selendang Hitam!!! Hancurkan kapal mereka!!!” jerit Badri Agus.

“BAMM!! BAMMM!! BAMMM!!!”

“DABB!! ZOOOSHH!!” Jalal Yassir memecut ke arah Batalion Tiga Kerambit Putih.

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

“LANGKAH MAYATKU DULU!!!” jerit Jalal Yassir.
Armada Perang I, semakin jauh berlayar, Jalal memandang ke arah Armada Perang I dengan mata kanannya,

“Tidak! Belum sampai masanya lagi! Aku harus bertahan lebih lama!”

“DABB!! ZAPP!! ZAPPP!!” Jalal meneruskan serangannya

“BAMM!! BAMM!!” dua das tembakan hinggap ke tubuh Jalal
“PAPP!!”

Jalal Yassir terpelanting ke belakang, darah mengalir di bibirnya,

“Belum bisa!! Belum sampai masanya aku tersungkur di sini!!!”

“DABB!! ZOOSHHH!!!”

Jalal Yassir memecut dengan laju.

Dan meneruskan serangannya.

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”
.
.
“SHING!!!” Murad Sadek menghunuskan Pedang Sadek III.

Kemudian dia memecut ke arah Jalal Yassir,

Dia acukan mata pedang ke arah Jalal sambil berlari,

Dalam jarak 15 Meter, Murad menusuk mata pedangnya,

Pedang Sadek III memanjang sehingga 17 Meter, dan menusuk ke tubuh Jalal.
“ZAPPP!!!!”

Jalal mengundurkan tubuhnya sejauh 3 Meter ke belakang mengelak dari tikaman Murad,

Dan kemudian,

“PAPP!!”

Dia mengapitkan kedua-dua belah tapak tangannya pada mata Pedang Sadek III.

Dan cuba untuk mematahkan mata Pedang Sadek III.
.
.
“ZASSSS!!!!” Muzir Sadek yang berada dalam jarak 5 Meter, melibaskan Pedang Sadek II ke arah tubuh bahagian kiri Jalal Yassir,

Gelombang kejut terhasil dari libasan pedangnya.

Libasan gelombang kejutnya, melanggar tubuh Jalal.

“DABBB!!”

Jalal terpelanting jauh ke kanan.
.
.
Mursyid Sadek, berlari menuju ke tubuh Jalal Yassir.

Dia mengeluarkan satu lagi balang tiub bercecair hijau, dan meneguknya.

“SPLASHHH!!” balang tiub itu dilempar ke tanah,

Mursyid memegang Pedang Sadek I secara terbalik, mata pedang menghala ke tanah.
.
.
“JALAL!!!”
“Kanda Muzir!!” panggil Murad.

Muzir mengangguk. Kemudian, mereka berdua meneguk cecair hijau buat kali yang kedua.

“DABB!! ZOOSHH!!”

Muzir Sadek menyerang Jalal Yassir dari belah kiri,

Murad Sadek menyerang Jalal Yassir dari belah kanan,

Mursyid Sadek, memecut dari hadapan
Jalal Yassir, berdiri perlahan,

Dia berjalan ke hadapan, menuju ke arah pecutan Mursyid Sadek.

“DABB!! ZAPPP!!” Muzir Sadek menyerang leher Jalal Yassir,

“PAPP!!” mata pedang Muzir ditangkap dan digenggam oleh Jalal,

“DABB!! DABBB!!” Jalal menendang peha kanan dan leher Muzir
Tubuh Muzir Sadek melambung ke belakang.

“DABB!! ZASSS!!!” Murad Sadek menikam mata pedangnya ke tulang rusuk kiri Jalal Yassir.

“PAPPP!!!”

Jalal menggenggam mata pedang Murad, menahan tikaman Murad.

“ZAPPP!!” namun, Pedang Sadek III memanjang dan menusuk tulang rusuk Jalal.
Jalal menarik keluar mata pedang Murad,

Dan menikam dada Murad Sadek dengan tusukan kuku panjangnya,

“ZAPPP!!”

Kemudian, dia menarik keluar jarinya dari dada Murad,

Dan memberi libasan tendangan belakang ke leher Murad,

“DABB!!”

Murad terlambung ke belakang.
“DABB!! ZOOSHHH!!” Jalal Yassir memecut ke arah Mursyid Sadek.

“Ayuh!!! Mursyid!!!” jerit Jalal Yassir.

“Biarkan Pulau Lang Tengah!! Tanah kelahiranmu yang menjadi saksi!!! Jatuh tersungkurmu di tanganku!!! Anak sulung Jamrud Yassir!!!”
.
.
“Aku tidak pernah tewas Jalal. Kepalamu akan kuhantarkan kepada ayahandamu!!

Namaku akan disebut-sebut oleh tenteramu di Pulau Tinggi!!

Ini adalah kekalahan mutlakmu!!! Tindakan bodohmu mengundang persengketaan.

Katakan kepadaku!!! Apa yang kau raih dari peperangan ini?!!”
.
.
Jalal Yassir meneruskan pecutannya,

Sambil tersenyum, menampakkan lelehan darah di bibirnya,
.
.
.
“Katakan Jalal!!! Apa yang kau raih!!!” jerit Mursyid.

“KEPUASAN!!!” balas Jalal.

Tubuh Jalal dan Mursyid bertembung,

“KACHING!!!” mata pedang Mursyid berlaga dengan kuku Jalal.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!” libasan pedang Mursyid dielak oleh Jalal Yassir.

“PAPP!! DABBB!!!” Jalal melompat dan menendang dada Mursyid.

Mursyid berundur ke belakang,

“PAPP!”

“PAPP!”

Jalal dan Mursyid, masing-masing menujah kaki dan meneruskan serangan.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

“SREETT!! SREETT!! SREET!!” Jalal dan Mursyid terseret di permukaan tanah sambil melancarkan serangan.

“DABB!! DABB!! DABB!!”

“KETING!!!”

Jalal mula mengalami ketidakstabilan tubuhnya,

Akibat dari serangan Mursyid yang menghasilkan gelombang bunyi.
“ZASS!! ZASS!!”

Mursyid melancarkan belahan pedang jarak jauh yang membawa gelombang bunyi kepada tubuh Jalal,

“PAMM!! PAMM!!” Jalal melibas belahan pedang dari Mursyid menggunakan kedua-dua belah tangannya,

Tangannya bergetar, setelah bertembung dengan serangan Mursyid.
.
.
Mereka meneruskan pertempuran,

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

“DABB!! DABB!! DABB!! DABB!!”

Pertarungan di antara Jalal dan Mursyid telah berlangsung selama 20 Minit.

Pergerakan mereka terlalu laju, sehinggakan, ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa.
.
.
Setelah hampir 30 Minit pertempuran berlangsung,
.
.
.
“ZAPPPPP!!!”
.
.
Lengan kiri Jalal Yassir, dipenggal oleh Mursyid Sadek.

“PAPP!” lengan Jalal jatuh ke tanah.

Darah mengalir di bahu kiri Jalal.

“DABBB!!” Mursyid menendang dada Jalal.

Jalal jatuh terpelanting.
“SHING!!” Mursyid mengangkat Pedang Sadek I,

Dan membersihkan darah di mata pedangnya.
.
.
“Seterusnya, lengan kananmu.” kata Mursyid Sadek.

“PAPP!! ZOOSHHH!!” Mursyid memecut ke arah Jalal.

Jalal berdiri secara perlahan-lahan.
.
.
Dia membalut luka di bahu kirinya,

Dan kemudian,

“PAPP! ZOOOSHH!!”

Dia memecut laju ke arah Mursyid,

“ZASS!!” Mursyid melibaskan pedangnya ke leher Jalal,

Jalal menundukkan kepalanya, dan memberi tendangan belakang ke dagu Mursyid,

“DABBB!!”
Mursyid memuntahkan darahnya,

“ZAPPP!!!” Jalal mencantas dada Mursyid dengan kuku tangan kanannya,

“PAPP! DABBB!!

Dia melompat dan menendang dada Mursyid dengan kedua-dua belah kakinya,

Tubuh Mursyid terpelanting ke belakang,
.
.
“PAPP!! ZOOOSHH!!”

Jalal memecut ke arah Mursyid,

Dia membuka jari-jemarinya seperti cakar seekor singa jantan,

Dan kemudian,

“Jurus Selendang Hitam!! Ratusan Cakar Syaitan!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

“ZOOOSHH SREEETT!!”

Tubuh Jalal mara melepasi tubuh Mursyid.
Mursyid memuntahkan darah.

Pedang Sadek I terlepas dari genggamannya,

Jalal memusingkan badannya, dan menujahkan kakinya,

Dia mencengkam leher Mursyid, dan menghempaskan tubuh Mursyid ke atas tanah.

“DABBB!!!”

“CLACK!” Mursyid mengeluarkan Terakol Muda dari selitan pinggang.
“BAMMM!!!!” letupan seperti sebuah meriam, merempuh tubuh Jalal Yassir.

Jalal terpelanting jauh ke belakang, sambil memuntahlan darah di udara.

“DABBB!!” belakang tubuh Jalal menyentuh tanah.
.
.
Mursyid berdiri perlahan-lahan.
.
.
Jalal menghela nafas berat.
Pada ketika ini, Jalal Yassir, mula mengimbas kembali segala detik kehidupannya sebelum ini,

Segala penyesalan, dan segala kegembiraan,

Wajah manusia kesayangannya,

Wajah keluarganya,

Dan juga kenangannya bersama Selendang Hitam,
.
.
Jalal Yassir, berada, di ambang maut.
Namun, dengan kesaktian yang diperoleh dari KALAM, dan juga korban sumpahnya sebentar tadi,

Jalal Yassir mampu untuk berdiri semula.

Mursyid Sadek berjalan perlahan ke arah Jalal Yassir.
.
.
Jalal menghalakan tangan kanannya ke hadapan,

Dan memejamkan matanya.
.
.
Jalal, berbisik di dalam hatinya,
.
.
“Ayahanda.. Apa aku masih punya peluang?

Segala kekuatan,

Dan kesaktian,

Yang aku cari dan gilkan selama ini,

Aku pertaruhkan semuanya,

Di sini, aku berdepan dengan musuhku,

Yang mempunyai kekuatan!!

Yang mampu membunuhku!!”
.
.
Jalal Yassir membukakan matanya,

Dia merapatkan tapak tangan kanannya ke tanah,

“Wahai Semangat Roh!! KALAM!! Hulurkan kekuatanmu!!!!”

Jalal menggigit lidahnya, sebagai korban sumpah.

Aura kehitaman memarak di tubuh Jalal Yassir.

“PAPP! ZOOSHHH!!”

Jalal memecut laju.
Jalal menghunuskan tangannya yang berkuku panjang,

Bersedia untuk menyerang Mursyid Sadek,

Jarak di antara mereka,

20 langkah,

10 langkah,

5 langkah,

“Mursyid!!!!” jerit Jalal Yassir di dalam hati.
.
.
.
“Tembak!!!!” jerit Malik Sadek, Ketua Keluarga Sadek.
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”

Tembakan berdas-das dilepaskan, oleh tentera-tentera Kerambit Putih.

Tubuh Jalal Yassir, melayang di udara,

Badannya dipenuhi oleh peluru-peluru.
.
.
“PAPP!”

Jalal Yassir, rebah ke tanah.
“Ayahanda!!” jerit Mursyid Sadek.

Dia menentang tindakan ayahandanya, Malik Sadek.

“Ini adalah penghinaan kepadaku! Kami bertempur secara anak jantan!! Kenapa harus ikut campur?!”

“Mursyid! Sekiranya kau terus berentap dengannya, nyawa kau bakal melayang!!” balas Malik Sadek.
Jalal menggerakkan tangannya,

Dan kembali berdiri secara perlahan-lahan..
.
.
“Gila!! Ini bukan manusia!! Ini adalah syaitan yang bertopengkan manusia!!” jerit Muzir Sadek.

“Batalion Pertama!!! Bunuhnya dengan senjata-senjata tajam!!!” jerit Hadi Darman

“SHING! SHING! SHING!!”
“Kang Hadi!!! Hentikan!!!” jerit Mursyid Sadek.

Batalion Pertama Kerambit Putih, memecut ke arah Jalal Yassir.

“DABB!! ZOOSHH!!” Murad Sadek yang sebentar tadi, ditikam oleh Jalal Yassir, memecut ke arah Jalal Yassir dengan memegang Pedang Sadek III.
.
.
.
.
Murad meneruskan pecutannya,

“ZAPP!!!”

Dia memenggal lengan kanan Jalal Yassir,

“PAPP!”

Lengan kanan Jalal jatuh ke tanah.
.
.
“Murad!!!” jerit Mursyid Sadek.

Murad menujahkan kakinya, untuk melancarkan serangan kedua,
.
.
“DABB! ZOOSHHH!!”
.
.
Darah mengalir di bahu kanannya,

Jalal Yassir, mengumpulkan segala tenaganya,
.
.
Pipinya mengembang,

Jalal Yassir, masih menyimpan serangannya yang terakhir,

Di atas sumpahnya sebentar tadi, sumpah yang mengorbankan lidahnya.
.
.
Batalion Pertama Kerambit Putih bergegas menghampiri Jalal Yassir
.
.
Murad Sadek bersedia untuk memenggal kepala Jalal Yassir
.
.
Jalal Yassir berbisik di dalam hatinya
.
.
“Jurus Terlarang.. Muntah Syaitan!”

Menyedari Jalal seperti merancang sesuatu,

“Murad!!!” jerit Mursyid.
Jalal Yassir memuntahkan darah yang berwarna hitam, di sekeliling tempatnya berdiri.

“PAPP!! SREEETTT!!” Muzir sempat merangkul tubuh Murad dari terkena muntah hitam dari Jalal Yassir.

Batalion Pertama Kerambit Putih yang berada berhampiran dengan Jalal, terkena muntahan Jalal.
Tubuh tentera-tentera Kerambit Putih yang terkena muntahan itu,

Mula rebah ke tanah dan menggelupur,

Mulut mereka mengeluarkan buih-buih putih,

Darah mengalir dari mata-mata mereka dan akhirnya,

Mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
.
.
Jurus ini, adalah pada asalnya, bertujuan untuk membunuh Mursyid Sadek.

Namun, malang menimpa nasib Jalal Yassir,

Ianya tidak kesampaian.
.
.
Jalal masih lagi berdiri,
.
.
.
“Tembak tubuhnya sehingga hancur!!!” jerit Khalik Gaga.

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!!”
Tembakan demi tembakan,

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

Namun, Jalal Yassir masih teguh berdiri.

Kedua-dua belah tangannya telah terpenggal,

Mata kirinya telah tercungkil,

Telinga-telinganya telah dirobek,

Jantungnya telah hancur,

Lidahnya telah putus,
.
.
Tubuhnya dipenuhi dengan peluru-peluru,

Kesan darah dari libasan pedang, mengakar di tubuhnya,
.
.
“BAMM!! BAMMM!! BAMMMM!! BAMMMM!! BAMMMM!!”

“Cukup!!! Kerambit Putih!! Gencatkan senjata!!!” jerit Mursyid Sadek.

“PAPP!! ZOOOSHHH!!”

Mursyid memecut ke tubuh Jalal Yassir.
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

Tembakan dari tentera-tentera Kerambit Putih, ditangkis oleh Mursyid Sadek.

“SREEET!!”

Tubuh Mursyid terseret setelah menangkis kesemua tembakan itu.
.
.
“Tarik picumu, kamu semua akan ku bunuh!!” gertak Mursyid.
Kerambit Putih, menghentikan serangan mereka.

“Mursyid!! Apa kamu ingin menderhaka kepadaku!!” jerit Malik Sadek.

“Tidak Ayahanda!! Lihat dengan mata kepalamu sendiri!!” balas Mursyid, yang berada di hadapan tubuh Jalal yang sedang berdiri, sambil menunduk dan menutup matanya.
Jalal Yassir, sudah tidak berdaya untuk menggerakkan tubuhnya,

Matanya terus terpejam,

Kepalanya menunduk,

Jalal, seolah-olah, seperti sekujur mayat yang masih mampu untuk berdiri,

Nafasnya dihela perlahan-lahan,
.
.
Mursyid berjalan merapati tubuh Jalal Yassir.
“SREET.” Jalal mengheret kaki kanannya ke depan, secara perlahan-lahan..

“DABB.” Jalal menghantukkan kepalanya ke dada Mursyid.

Air mata, mengalir di pipi Mursyid Sadek.

“DABB DABB.” Jalal meneruskan hantukan kepalanya ke dada Mursyid.
.
.
Mursyid Sadek, memejamkan matanya, cuba menghentikan linangan air matanya.
.
.
“DABB DABB.” Jalal masih meneruskan hantukan kepalanya ke dada Mursyid.
.
.
“Jalal.. Apa kamu masih, mahu meneruskan pertarungan kita..?” tanya Mursyid Sadek.
.
.
Jalal mengangguk perlahan.
Mursyid Sadek, tidak tahan menanggung derita malu di atas tindakan ayahandanya sendiri,

Malik Sadek,
.
.
Dia merasa terhutang,

Pertarungan anak jantan yang dibaculkan oleh ayahandanya sendiri,

Mursyid melahirkan rasa simpati terhadap musuhnya sendiri, Jalal Yassir.
.
.
.
.
“PAPP!” tubuh Jalal Yassir, rebah dalam pelukan Mursyid Sadek,

Tenaganya telah habis,
.
.
Mursyid masih mengalirkan air mata.
.
.
“Jalal... Kamu, kamu adalah lawan yang terhebat, yang pernah aku temui.

Mulai hari ini, Keluarga Yassir dan Sadek, akan kembali bersengketa...”
.
.
“Akan kumohon kepada Tuhan di dalam doaku,

Semoga kita dipertemukan lagi di dalam hayat yang seterusnya,

Tidak sebagai Yassir dan Sadek,

Malah sebagai dua orang sahabat lelaki yang biasa,

Di mana pada waktunya, kamu dan aku, bisa meneguk air sambil bercerita.”
.
.
.
.
“Bercerita tentang keamanan dan kebahagian hidup yang berpanjangan,

Di mana tanah ini sudah tidak lagi dihujani darah-darah manusia,
.
.
Jalal.. Akan aku kenang namamu di sepanjang usiaku,

Singa Jantan yang berani,

Lelaki yang tidak gentar digoncang musuh..”
.
.
.
.
“Akan kuhantarkan jasadmu yang sesempurna ini ke pangkuan keluargamu.

Agar mereka bisa menatap wajahmu yang terakhir.

Ini adalah sumpah janjiku, Jalal.

Semoga damai kamu di sana.

Sudah habis sumpahan keluargamu ke atas dirimu,

Selamat malam,

Sahabatku.”
.
.
“ZAPPPPPP!!”
Mursyid Sadek, menikam perut Jalal Yassir, dengan menggunakan Pedang Sadek I.
.
.
“SREEETT.” Mursyid menarik mata pedang dari perut Jalal.
.
.
Jalal Yassir, menghembuskan nafasnya yang terakhir.
.
.
——

AUGUST 1784, 7:15 PM

JALAL YASSIR - 28 TAHUN

STATUS : DECEASED
Mursyid merebahkan tubuh Jalal ke atas tanah.

Dia membuka kain ikat pinggangnya, dan menyelimuti tubuh Jalal.
.
.
KALAM muncul dan menjelma di atas tubuh Jalal.

“CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!!”

Tentera-tentera Kerambit Putih mengacukan senjata ke arah KALAM.
.
.
Mursyid mengangkat tangannya, menghalang tenteranya dari melepaskan tembakan.
.
.
.
“Kamu, KALAM bukan? Roh Semangat, pendamping Jalal?” tanya Mursyid Sadek.

KALAM mengangguk perlahan.

“Bawakan tuan mudamu, pulang ke Pulau Tinggi.” arah Mursyid Sadek.

KALAM mendiamkan diri.
KALAM, sebagai Roh Semangat pendamping Keluarga Yassir, hanya taat dan patuh mendengar arahan dari manusia berdarah Yassir.

Arahan terakhir dari Jalal Yassir kepadanya hanyalah,

Untuk menyampaikan amanatnya yang terakhir, menjaga keluarganya dan berdamping dengan Johan Yassir.
Namun, tiada arahan daripada Jalal Yassir kepadanya,

“Untuk memulangkan jasad Jalal ke Pulau Tinggi.”
.
.
Dan untuk berbuat demikian, si peminta dan pemberi arahan yang bukan dari darah Yassir,

Harus menyediakan korban yang setimpalnya,
.
.
.
.
“Jadi, untuk itu, aku harus menyediakan korban kepadamu, begitu KALAM?” tanya Mursyid Sadek.

KALAM mengangguk.

“Katakan kepadaku, apakah korban yang setimpalnya?”

“MATA KIRIMU!” balas KALAM.

Dengan pantas, Mursyid mencungkil mata kirinya,

Dan menghulurkannya kepada KALAM
“Kanda Mursyid!!” jerit Muzir Sadek.

Mursyid mengangkatkan tangannya, menenangkan adindanya, Muzir.
.
.
“Maka pulanglah, KALAM, bersama tuan mudamu,

Sampaikan maaf dan simpatiku kepada Keluarga Yassir.

Katakan kepada mereka,

Aku, Mursyid Sadek, anak pertama Malik Sadek..”
.
.
“.....Merasa terkilan di atas persengketaan ini,

Namun, aku merasa bangga, mampu berentap, hidup dan mati, bersama-sama seorang lelaki yang cukup aku hormati,

Lelaki yang gagah perkasa, berani mati mempertahankan maruah keluarganya...”
.
.
”......Katakan kepada mereka,

Sampaikan kepada anak cucu keturunan mereka,

Biarkan mereka tahu,

Bahawa aku, Mursyid Sadek, merasa bangga, berpeluang hidup bersama satu zaman,

Dengan pendekar terhebat mereka,

Jalal Yassir.”
.
.
.
.
“PAPP! ZOOOSHHH!!”

KALAM memikul tubuh Jalal Yassir, dan terbang meninggalkan Pulau Lang Tengah.
.
.
“Mursyid!!” jerit Malik Sadek sambil bergegas ke arah Mursyid Sadek.

“Ayahanda..” balas Mursyid.
.
.
“DABBB!!!” Malik menumbuk muka Mursyid.
Mursyid jatuh melutut ke tanah,

PAPP!” Malik merampas Pedang Sadek II di tangan Muzir,

Dan kemudian,

“SHING!!!” Malik menghunuskan mata pedang ke leher Mursyid.

“Ayahanda! Hentikan!” jerit Mariam Sadek yang berlari ke arah Malik dan Mursyid.
.
.
Malik Sadek memandang ke mata kiri Mursyid yang berdarah,
.
.
Hatinya berbelah bahagi,

“PAPP!” Pedang Sadek II di tangan Malik, jatuh ke tanah.

“SRAPP!!” Malik mengoyakkan kain di lengan bajunya,

Dia melutut di depan Mursyid,

Dan membalutkan kain itu ke mata kiri Mursyid.
.
.
“Hatimu terlalu lembut Mursyid! Kita bakal berperang dengan Selendang Hitam!

Itu kamu tahu bukan?!

Kamu harus lebih kuat! Lebih kejam!

Bala tentera kita, akan dipimpin olehmu!!

Tonjolkan kejaguhanmu!!

Sebagai pewarisku!!” kata Malik sambil membalutkan mata Mursyid.
.
.
Setelah selesai membalut mata Mursyid,

Malik kembali berdiri tegak, memusingkan badannya, dan memandang ke arah tentera-tenteranya.
.
.
“Hari ini, bakal menjadi titik sejarah kepada Kerambit Putih,

Walau Tuhan menghalang sekalipun,

Ianya sudah tidak lagi dapat dielakkan.”
.
.
“Peperangan besar bakal menjemput kita,

Peperangan menentang Selendang Hitam!!

Persiapkan armada perang kita!!!

Perlengkapkan tentera-tentera kita dengan senjata kita yang termasyur!!!

Ayuh!!! Kerambit Putih!!!

Kita pacakkan panji-panji kain kita!!!

Di tanah Pulau Tinggi!!”
Tentera-tentera Kerambit Putih melaungkan sorakan, menyambut laungan Malik Sadek,

Mereka menghentakkan senjata mereka ke tanah,

“CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!!”

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

Tembakan berdas-das dilepaskan ke udara,

Sebagai satu tanda pengisytiharan perang.
“BUNUH MEREKA!!!”

“KERAT LEHER MEREKA!!!”

“HANCURKAN TANAH MEREKA!!!”

“SEMBELIH KELUARGA MEREKA!!!!”

“TENGGELAMKAN SELENDANG HITAM KE DASAR LAUTAN DALAM!!!!”

Jerit Komander-Komander Kerambit Putih.

Laungan jeritan mereka disambut oleh sorakan tentera-tentera Kerambit Putih.
“Hadi!! Persiapkan satu musyawarah dengan segera!! Panggil kesemua majlis tertinggi tentera kita!!

Khalik!! Seru Tok Ayub Redha untuk turut sama!!!”

Mursyid! Muzir! Murad! Ayuh!! Ke Kamar Saeb!! Segera!!” arah Malik Sadek.

“Siap!!” jawab mereka serentak.
.
.
.
.
.
————-

Keesokan harinya,

Pulau Tinggi,

Di persisiran pantai,

August 1784, 10:30 AM,
.
.
Armada Perang I, selamat berlabuh.

Sauh dilambung dan dijatuhkan,
.
.
“Tuan Buyong!!” jerit seorang tentera Selendang Hitam yang sedang berjaga mengawal persisiran pantai.
“Khabarkan kepada Tuan Besar Jamrud!! Tuan Muda Jalal sudah selamat pulang!!!” jerit tentera Selendang Hitam.
.
.
Dalam 15 minit kemudian,

Ahli-ahli Keluarga Yassir dan wakil-wakil tertinggi Selendang Hitam,

Bergegas ke persisiran pantai, di tempat pelabuhan Armada Perang I
.
.
“PAPPP!!” Buyong Hitam melompat dari Geladak Agong Armada Perang I, dan mendarat ke tanah.
.
.
“Buyong!!” ujar Santong Bengis, Komander Kedua Selendang Hitam, sambil berjalan merapati tubuh Buyong Hitam.

Langkahnya diikuti oleh Komander-Komander Selendang Hitam yang lain.
.
.
“Syabas!!” sambungnya.

Santong Bengis mengukirkan senyuman yang gembira, setelah melihat perlabuhan selamat oleh sahabatnya.
.
.
Kemudian, Santong Bengis memperlahankan langkahnya, apabila melihat keadaan Buyong.
.
.
“PAPP!” Santong Bengis memegang kedua-dua belah bahu Buyong.
“Buyong....?” ujar Santong Bengis.

Buyong hanya menundukkan kepalanya, dan memejamkan matanya yang berlinangan air mata.
.
.
“Apa yang sudah berlaku??” soal Santong Bengis.

Buyong hanya mendiamkan diri.

“Buyong!! Lekas katakan!!” sambungnya sambil menggoncang tubuh Buyong.
.
.
“Tuan Muda Jalal?” Santong Bengis memusingkan kepalanya, mencari kelibat Jalal Yassir.

“Tuan Muda Jalal??!!” jeritnya.

“Buyong!! Di mana Tuan Muda Jalal?!!” soal Santong Bengis.

“Buyong!!!” sambung jeritannya.
.
.
.
Buyong Hitam menangis teresak-esak, dan memeluk tubuh Santong
Santong Bengis, kaget melihat perlakuan Buyong Hitam,
.
.
Ahli-ahli Keluarga Yassir, menghampiri Buyong Hitam.
.
.
“Pak Buyong??” tegur Jamir Yassir, anak kedua Keluarga Yassir.

“Kanda Jalal?? Dia dimana??” sambung Jamir.
.
.
“Pak Buyong??!!!” jerit Jamir sambil menolak tubuh Santong dan mencengkam kolar baju Buyong.

“Bertenang Tuan Muda Jamir.” pujuk Santong Bengis.

“Lekas katakan!!! Dimana Kanda Jalal??!!!” jerit Jamir ke muka Buyong Hitam.
.
.
Buyong hanya mendiamkan diri dengan linangan air mata
“Bangsat!!!” jerit Jamir.

“DABBB!! DABBB!!“

Jamir Yassir menumbuk perut, dan menendang dada Buyong Hitam,

Tubuh Buyong Hitam melambung ke belakang sehingga melanggar Armada Perang I.
.
.
“CRASHHH!!!”

Jamir menujah tapak kakinya, untuk meneruskan serangan ke atas Buyong Hitam.
“PAPP!! ZOOSHH!!”

Hussin Gemuk dan Santong Bengis menyekat kemaraan Jamir Yassir.

Mereka mengunci tubuh Jamir,

“Tuan Muda Jamir!! Kawal amarahmu!!” kata Santong Bengis cuba menenangkan Jamir Yassir.

“Pak Santong!! Bodoh!! Biarkan aku membunuh bajingan ini!!” Jamir menangis.
Jasim Yassir, Jihad Yassir dan Johan Yassir,

Menghentikan langkah mereka,

Terpaku apabila mendengar khabar berita kematian kakanda sulungnya, Jalal Yassir.

“PAPP!” Jasim jatuh melutut. Sambil menutup mukanya. Meratap kematian Jalal Yassir.
.
.
Jihad Yassir berjalan perlahan-lahan ke arah tentera Selendang Hitam, yang pulang bersama Buyong Hitam
.
.
Dia menghunuskan pedangnya,

“PAPP! ZOOSH!!”

Dan menyerang tentera Selendang Hitam.

“Dimana kamu semua?!! Saat kakandaku tersungkur di medan perang?!! Selendang Hitam??!!”
“PAPP! ZOOSHH!” Johan Yassir menyekat kemaraan dan merangkul tubuh Jihad Yassir.

“Kanda Jihad!!” jerit Johan Yassir.

“Biarkan Pak Buyong menceritakan segala hal!!” kata Johan, turut menangisi kematian Jalal Yassir.
.
.
.
“Buyong....” ujar Jamrud Yassir yang berjalan dari jauh.
Buyong Hitam, terdampar membelakangi Armada Perang I,

Dengan matanya yang tertutup,
.
.
“Anakanda sulungku... Jalal... Apa ini adalah kemahuannya..?” tanya Jamrud sebak.
.
.
Buyong Hitam mengangguk perlahan,
.
.
Dan kemudian, Jamrud Yassir, mengalirkan air mata, sederas-derasnya
Jamrud Yassir berjalan perlahan-lahan menghampiri anak-anaknya.
.
.
Dia mengesat air matanya,

Dengan satu pandangan mata yang membengiskan,
.
.
“Kematian Jalal, tidak akan pernah kita persia-siakan,

Keberaniannya, kesetiaannya, harus dijunjung dan dibanggakan.”
.
.
“Buyong... Seperti yang telah kita rencanakan..” kata Jamrud Yassir.

“Semuanya... Ada bersamaku, Tuan Besar Jamrud.” jawab Buyong Hitam lemah.
.
.
“Pak Ghani, bawakan Buyong Hitam untuk di rawat.”

Pak Ghani mengangguk.

“Kiai, adakan satu musyarawah sesama kepala-kepala kita.”
Kiai Rahman turut mengangguk.

“Santong. Bawakan tentera-tentera kita, pulang ke markas. Sembuhkan luka-luka mereka.”

“Siap!” Santong Bengis mengarahkan tentera-tentera Selendang Hitam untuk bergegas ke markas tentera.
.
.
Sekarang, di persisiran pantai,

Hanya tinggal,

Jamrud Yassir, bersama-sama dengan anak-anak lelakinya,

Jamir Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir dan Johan Yassir,

Juga anak-anak perempuannya,

Puspa Yassir dan Putri Yassir.
.
.
Puspa dan Putri, masih lagi merapati pemergian kakanda sulungnya, Jalal Yassir.

Jamir, Jasim dan Jihad, menundukkan kepala, seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan akan kehilangan kakanda sulung yang dikasihi mereka,

Manakala,

Johan Yassir, hanya berdiam diri.
.
.
Johan, seperti memikirkan sesuatu,

Pandangannya di halakan ke lautan biru dan ke langit yang cerah,
.
.
Kemudian,

“Ayahanda..” ujar Johan Yassir.
.
.
“Ya. Aku juga dapat merasakannya.” kata Jamrud Yassir.
.
.
Dalam beberapa minit, hujan menitik ke bumi.
.
.
Kemudian, hujan turun dengan lebat,
.
.
Kilat mula sabung-menyabung,
.
.
“WOOSHHH!!!”

“Ayahanda. Dia sudah tiba!” ujar Johan Yassir.

“KALAM!” sambung Jamrud.

Satu susuk tubuh jembalang, meluncur terbang di udara.
“PAPP!” KALAM merebahkan mayat Jalal Yassir ke tanah, di hadapan Jamrud Yassir.

“Kanda Jalal!!” jerit Jamir dan Puspa Yassir.
.
.
Mereka berlari menuju ke arah KALAM.

Setelah melihat keadaan mayat Jalal, mereka menangis dengan lebih dasyat.

Mata Jamrud memerah..
Jamrud berjalan menghampiri KALAM.

“ARRGGHHHHHH!!!!!!!” KALAM menggelupur.

Jamrud meneruskan langkahnya,

“TUAN BESAR JAMRUD!!!” jerit KALAM, merayu-rayu kepada Jamrud Yassir.

“PAPP!!” KALAM melutut dan sujud ke kaki Jamrud Yassir, sambil memuntahkan darah hitam.
.
.
“PAPP!” Jamrud Yassir meletakkan kakinya ke atas belakang kepala KALAM.
.
.
Dan dia menekankan kakinya, sehingga kepala dan muka KALAM, terbenam ke dalam tanah.
.
.
KALAM menggelupur, berada di dalam kesakitan, sambil memohon maaf kepada Jamrud.

“MAAFKAN AKU!!!” KALAM menangis.
Jamrud Yassir membongkokkan badannya,

“PAPP!!” dan memegang kepala KALAM,

Kemudian, dia berdiri tegak dan mengangkat muka KALAM, menghadap mukanya.
.
.
Cincin hitam di ibu jari Jamrud, menyala dengan terang,

Guruh bergempita di langit.

“KRAKK!! KRAKK!!” muka KALAM dicengkam.
“DUMM!!!!!” petir menyambar tubuh KALAM.

“AARRRGGHHHHHH!!! ARRRGHHGHH!!!” KALAM menjerit dan meronta.

Jamrud Yassir mengangkat tangan kirinya menghala ke langit,

Dan melibaskan tangannya, ke tubuh KALAM.

“DUMMM!!! DUMMMM!!! DUMMMM!!!” petir terus menyambar tubuh KALAM.
Roh Semangat KALAM, lemah tidak bermaya,
.
.
“Katakan kepadaku, seperti apa, kekuatan Kerambit Putih sekarang ini,

Sehingga kamu dan Jalal, tersungkur sedemikian rupa.” tanya Jamrud Yassir.
.
.
KALAM memandang ke muka Jamrud Yassir.
“MEREKA PUNYA KESEMUANYA. KEKUATAN DAN BILANGAN TENTERA.

SENJATA-SENJATA API YANG BELUM PERNAH DI LIHAT ORANG.

PEDANG-PEDANG YANG MENYIMPAN KEKUATAN 100 BILAH PEDANG.

UBAT KEBAL DAN PENAMBAH KEKUATAN BELA DIRI,

DAN JUGA, ANAK-ANAK JANTAN MALIK SADEK.” balas KALAM.
.
.
“Apa kita bisa tumpas sekiranya bertembung dengan mereka?” tanya Jamrud Yassir.
.
.
.
“SELENDANG HITAM BAKAL TUMPAS.

PULAU TINGGI BAKAL HANCUR.” balas KALAM.
.
.
Jamrud Yassir melepaskan genggaman tangannya.
KALAM terlepas dari cengkaman Jamrud.
.
.
“Maksudmu.. Jalal..?” ujar Jamrud Yassir.

“DIBUNUH OLEH MURSYID SADEK!! ANAK SULUNG MALIK SADEK!!” jawab KALAM.

Tubuh Jamrud Yassir menggigil kemarahan,

Giginya mengetap-ngetap, pipinya bergetar.
.
.
“AKU BAWAKAN TITIPAN WASIAT DAN PESANAN DARI TUAN MUDA JALAL..” kata KALAM
.
.
Setelah KALAM menyampaikan pesanan dan wasiat dari Jalal Yassir,

Johan berjalan merapati jasad kakandanya, Jalal yang terlantar di atas tanah
.
.
Dia memegang Gelang Hitam di pergelangan tangan Jalal.
“CLACK.”

Johan menanggalkan Gelang Hitam di pergelangan tangan Jalal Yassir,
.
.
Dan dipakaikannya di pergelangan tangan kirinya.
.
.
“ZUUPPPP!!!!”

KALAM menerpa ke tubuh Johan,

Aura kehitaman, menyelubungi tubuh Johan.
Tubuh Johan menggigil, matanya menyala kehitaman,

Kepalanya sakit, seolah-olah sedang dibakar dan hampir meletup,

“ARGGGGHHHHH!!!!!” Johan menjerit.
.
.
“KALAM!!!” jerit JABBAR yang menghuni tubuh Johan Yassir.

“INI ADALAH WASIAT DAN PESANAN TUAN MUDA JALAL!!!” balas KALAM.
Jamir dan Jasim cuba menenangkan Johan. Akan tetapi, kedua-dua mereka, dilibas oleh tangan Johan.

“DABB!! DABBB!!”

Jamrud cuba mengeluarkan KALAM dari tubuh Johan.

“KALAM!!!” jerit Jamrud sambil membuka jari-jemarinya.

“DUBB!!” Johan jatuh terbaring, dan tidak sedarkan diri.
Matanya tertutup,

Belakang badannya menyentuh tanah,

Namun, apa yang dirasakan olehnya, adalah tanah yang sedang berjerlus,

Dia merasakan badannya, seolah-olah ditelan oleh bumi,

Dan jatuh ke perut bumi,

Terasa tenang,
.
.
Di dalam kegelapan..

Badannya jatuh melayang.
Johan Yassir, seolah-olah dibuai oleh mimpi yang panjang,

Terasa sejuk tubuhnya,
.
.
“Apa benar, kamu mahu meninggalkan keluarga kita? Johan?” satu suara berbisik di tepi telinga Johan.
.
.
“Kanda Jalal?”

Suasana mimpi Johan, berubah menjadi satu ruang kamar putih yang luas.
Badannya menyentuh lantai putih,

Jalal Yassir, sedang duduk bersila di tepinya,

Johan cuba untuk bangun,
.
.
“Aku juga pernah, memikirkan tentang hal itu Johan.” sambung Jalal sambil bangun berdiri.

“Kanda Jalal? Ini benar?? Ini kamu bukan?” tanya Johan.
.
.
Jalal Yassir memusingkan badannya, dan memandang ke arah Johan
.
.
Johan berjalan perlahan-lahan ke arah Jalal,

Dan kemudian,
.
.
Johan memeluk Jalal

Jalal memegang kepala Johan.
.
.
“Johan.. Ada beberapa hal yang ingin aku ajarkan kepadamu.” ujar Jalal.

Johan memandang Jalal.
Jalal berjalan melepasi tubuh Johan.
.
.
“Kita bakal bertempur, dengan ramai orang. Peperangan yang bakal mendatang, bisa tidak, menguntungkan Selendang Hitam.” kata Jalal.
.
.
Johan hanya memandang ke arah Jalal yang berada di depannya.

Jalal memusingkan badannya,
.
.
“Maka dengan itu, kau akan ku wariskan, segala hajatku, niatku dan juga mimpiku yang tidak kesampaian.”
.
.
“Biar aku mulakan, dengan apa yang telah berlaku, ketika aku dihantarkan ke Pulau Lang Tengah,

Keberangkatanku ke sana, bukan sekadar menyampaikan utusan Ayahanda.”
.
.
“Akan tetapi, untuk mencungkil rahasia kekuatan Kerambit Putih,

Kekuatan pertahanan Pulau Lang Tengah,

Rencana-rencana Keluarga Sadek,

Dan juga buram-buram senjata api yang dimiliki oleh mereka.

Ayahanda telah meletakkan satu perintah kepadaku,”
.
.
“Jangan pulang dengan tangan kosong, walau apa pun yang terjadi,

Walaupun nyawa-nyawa Selendang Hitam dijadikan taruhan,

Walaupun... Nyawaku dijadikan taruhan.”
.
.
“Johan, akan ku sampaikan segala-galanya kepadamu,

Maka kau pikul lah amanatku ini, dengan seberat-beratnya.”
“Kanda Jalal...?” Johan terkesima apabila mendengar kata-kata Johan.
.
.
“Kekuatan sebenar Keluarga Sadek, terletak pada,

Anak-anak jantan Malik Sadek,

Mereka bagaikan pendekar yang menyimpan kekuatan 100 orang lelaki,

Setiap satunya, memegang sebilah pedang..”
.
.
“Pedang-Pedang Sadek.” sambung Jalal.

“Pedang Sadek?” soal Johan.

“Ya. Setiap satunya, menyimpan kekuatan yang luar biasa.

Kekuatan yang tidak pernah terlihat oleh manusia biasa,

Dan juga tidak terlawan oleh pendekar-pendekar yang cuba menentangnya..”
.
.
“Termasuk kamu Kanda?” tanya Johan.

“Ya, benar. Termasuklu.” balas Jalal.
.
.
”Pedang Sadek I, dimiliki oleh Mursyid Sadek,

Mempunyai kekuatan untuk menghasilkan gelombang bunyi,

Dan juga getaran yang bisa merekahkan bumi dan menggoncangkan tubuh manusia..”
.
.
”Libasan pedang ini, sekiranya disanggah, bakal mematahkan serangan kita,

Sekali libasan, bisa menghancurkan tiang Armada Perang kita,

Pedang yang menaungi kesemua pedang.”
.
.
Kemudian, Jalal menyambung,
.
.
“Pedang Sadek II, dimiliki oleh Muzir Sadek, anak kedua Malik Sadek.”
“Pedang ini, mampu menghasilkan satu gelombang kejut.

Libasan gelombang pedang ini, sekiranya merempuh tubuh manusia,

Pasti hancur organ dalaman tubuh mereka,

Sekiranya disanggah, bakal melumpuhkan anggota tubuhmu.”
.
.
.
.
.
“Pedang Sadek III, dimiliki oleh Murad Sadek, anak ketiga Malik Sadek,

Pedang ini sangat merbahaya, ia mampu berubah bentuk,

Mampu memanjang, dan juga mampu membesar,

Digunakan secara mahir oleh Murad,

Anak Malik Sadek yang ini, harus kau pandang secara berat..”
.
.
“Mengapa?” tanya Johan,
.
.
“Di antara ketiga-tiga anak Malik, Murad menampilkan kekuatan yang luar biasa pada usianya yang muda,

Kepandaian dalam mengatur strategi perang,

Bengis seperti ayahandanya,

Menurutku, kekuatannya setanding denganku,

Jamir pasti kalah menentangnya.”
“Tapi tidak kamu Johan. Kamu punya bakat yang terpendam. Tinggal untuk dikejutkan saja.

Hanya kamu, adindaku yang mampu mengawal dua roh semangat pendamping pada satu masa,

Dan itu bermakna, semangatmu cukup kuat,

Dan aku percaya, semangatmu jauh lebih kuat dari ku.”
.
.
Ketika peperangan menentang tentera Batak

Johan memperlihatkan kebolehannya meniru jurus milik Bigo Kundang

“Taufan Azab.”

Jurus ini merupakan jurus kesaktian roh semangat pendamping Bigo Kundang,

Dan roh semangat ini, meminjamkan kesaktiannya kepada Johan Yassir ketika itu.”
Setelah kematian Bigo Kundang, roh semangatnya mula beralih ketuanan,

Dia mula mengekori Johan Yassir,

Namun, kelibatnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar,

Hanya Jalal, sebagai pendamping kepada KALAM, raja segala semangat roh,

Yang mampu melihat kelibat roh semangat itu,
Dan roh semangat ini,

Roh semangat pendamping mendiang Bigo Kundang,

Ianya diberi nama sebagai,
.
.
.
BABIL!

Note** : BABIL ada di dalam thread The Descendant of Rejab.
Jalal Yassir, sewaktu melalui latihan bersama Johan Yassir dan Jamir Yassir,

Cuba menguji kebolehan Johan,

Sama ada, Johan mampu atau tidak mampu, mengawal roh semangat pendamping Jamir Yassir, iaitu LAHAB.
.
.
Hasilnya, Johan tidak mampu mengawal.
Oleh itu, Jalal Yassir mulai sedar bahawa, Johan Yassir mempunyai kebolehan untuk mengawal roh semangat pendamping yang telah terputus ketuanan dengan tuan asalnya.
.
.
Ini menjawab, sebab kenapa JABBAR begitu mudah menyerah semangat rohnya kepada Johan Yassir.
.
.
Dan kerana itu, untuk dia mewariskan semangat rohnya, KALAM,

Hanya Johan Yassir yang mampu mewarisinya,

Kerana, mana-mana manusia yang mencuba untuk berdamping dengan semangat roh yang lebih dari satu,

Manusia itu akan mati, kerana semangat mereka akan runtuh dan hancur.
.
.
Setelah KALAM menyerap masuk ke dalam tubuh Johan Yassir,

Semangat Johan tetap utuh, dan kuat, walaupun, dia telahpun menjadi balang kepada tiga semangat roh yang kuat, iaitu,

JABBAR,

BABIL,

Dan juga,

KALAM!!
.
.
Maka dengan itu, Jalal Yassir percaya bahawa,

Adinda bongsunya, Johan Yassir, mampu untuk memimpin Selendang Hitam,

Dan sekaligus membenamkan Kerambit Putih dan Pulau Lang Tengah jauh ke dalam perut bumi!!
.
.
Jalal Yassir membuka tapak kekudanya,
.
.
Johan Yassir hanya memerhatikan gelagat kakanda sulungnya, Jalal Yassir.
.
.
“Kanda Jalal?” ujar Johan.
.
.
“Aku percaya, kamu pasti bisa menghancurkan musuh-musuh kita, dengan kekuatanmu Johan..”
.
.
.
.
“Maka dengan itu, Johan!!

Buka tapak kekudamu!!

Akan ku wariskan, kesemuanya, jurus-jurus terulung milikku!!

Kepadamu!!!” jerit Jalal Yassir.
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam, Syaitan Menari!!”
Jalal Yassir, memperturunkan segala ilmu kebatinannya, kepada Johan Yassir.

Selain itu, rahsia strategi peperangan, dan kekuatan-kekuatan musuh yang bakal menganggu-gugat kekuasaan Keluarga Yassir,

Ilmu duniawi yang dia cari selama ini, dia wariskan kesemuanya,

Kepada Johan.
“Dan, yang terakhir, Johan,

Rahsia mutlak yang disimpan kemas, oleh keluarga kita,

Jurus terlarang, yang diharamkan secara keras oleh nenek moyang kita,

Jurus ini, bakal mengorbankan diri mu,

Jauh lebih hitam dari Jelmaan Syaitan, milikku.”
.
.
“Namun, aku tegaskan, jangan sesekali, menggunakan jurus ini, melainkan kamu,

Kehilangan orang yang paling kamu sayang,

Ianya bukanlah jurus untuk menentang musuh-musuhmu,

Akan tetapi, ianya adalah jurus, untuk menyelamatkan orang yang telah menjadi separuh dari nyawamu.”
.
.
“Korbannya berat.. Di dalam sejarah keluarga kita,

Sudah terjadi, pada dahulu kala,

Beberapa orang ahli keluarga, yang menggunakan jurus ini,

Untuk menyelamatkan manusia kesayangan mereka.”
.
.
“Siapa mereka Kanda Jalal?” tanya Johan Yassir.
.
.
“Mereka, adalah Yassir yang tewas oleh rasa cinta kepada manusia,

Seolah-olah, disumpah oleh satu rasa yang membenamkan kewarasan mereka,

Keturunan kita, mudah untuk jatuh tersungkur di kaki sang wanita.”
.
.
“Jatuh? Di kaki perempuan?”
.
.
“Maka dengan itu, keluarga kita bertindak dengan lebih kejam terhadap wanita,

Untuk menghapuskan perasaan itu,

Bonda kita, Sri Chendana,

Juga tidak terkecuali,

Pada saat bonda, cuba menguasai perasaan dan pemikiran Ayahanda,

Bonda telah dibunuh, oleh Ayahanda sendiri.”
.
.
Johan Yassir, seolah-olah, tidak dapat menerima hakikat, bahawa bonda kesayangannya, Sri Chendana,

Telah dibunuh oleh ayahandanya sendiri,

Jamrud Yassir.

Air mata mengalir di mata Johan.
.
.
“Johan, cinta Jamrud kepada Chendana, terlalu berat. Kekesalan Ayahanda, belum habis.”
“Jangan pernah kamu meletakkan kesalahan itu di bahu Ayahanda,

Dia terpaksa, untuk bertindak sedemikian,

Ianya adalah satu keputusan yang sukar, Bonda, seharusnya dihukum sedemikian.” sambung Jalal.

Johan mengenggam kemas tangannya, dan kemudian, dia akur.
.
.
“Suatu masa dahulu,

Bonda, sebagai wakil Selendang Hitam,

Telah diletakkan kepercayaan untuk menjalinkan hubungan baik dengan tentera dari Sumatera,

Ayahanda, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Bonda,

Namun apa yang berlaku, tentera Sumatera telah menyerang Pulau Tinggi.”
“Bonda... Sri Chendana, adalah seorang puteri kepada pemerintah dari Sumatera,

Yang telah menjadi mata-mata, untuk menghancurkan Tanah Melayu.”
.
.
Johan Yassir terpaku

“Ayahanda memaksa Bonda, untuk melarikan diri. Jangan sampai dia melihat wajah Bonda

Namun Bonda, berkeras.”
“Ayahanda, terpaksa, membunuh Bonda,

Tanpa rela hatinya,

Johan, ini adalah sumpahan kepada kita yang bernama Yassir,

Jangan pernah tewas, kepada sang wanita.” kata Jalal.
.
.
“Jangan sampai, kamu guna ilmu terlarang ini, demi wanita.” sambungnya.
.
.
“Jadi ilmu terlarang ini, untuk apa?” tanya Johan Yassir.
.
.
“Untuk mempertahankan keturunan kita, yang bakal memimpin Selendang Hitam, di kemudian hari.”
.
.
“Kanda Jalal, siapakah mereka, yang pernah menggunakan ilmu ini. Apa yang telah terjadi kepada mereka?” tanya Johan.
.
.
Suasana sunyi,

Bunyi titisan air mata, menitik

Bukanlah air mata Jalal Yassir

Akan tetapi, air mata yang tidak Johan kenal pasti, dari mata siapa
.
.
.
“Mereka, telah kalah kepada tipu daya manusia, yang bernama wanita..

Mereka antaranya, ialah..”

“KALAM, JABBAR, dan LAHAB.”
“JABBAR??!” Johan terkesima.
.
.
“Kalam Yassir, Pemanggil Roh.

Jabbar Yassir, Penghisap Darah.

Lahab Yassir, Nafas Berapi.” kata Jalal.
.
.
“Mereka kesemuanya, merupakan pendekar-pendekar handalan Keluarga Yassir, yang telah lama mati beratus tahun dahulu.” sambungnya.
.
.
“Jadi, itu adalah bayarannya? Mereka harus menjadi Roh Semangat Pendamping kepada Keluarga Yassir?

Maka apa korbannya? Apa yang mereka pertaruhkan? Apa yang telah mereka tawarkan untuk memanfaatkan jurus terlarang ini?” tanya Johan Yassir.
.
.
“Kesemuanya.” balas Jalal Yassir.
“Kesemuanya?” tanya Johan.

“Tidak, lebih dari itu. Jauh lebih, dari itu. Akan ku sebut di sepanjang ajaranku ini..” balas Jalal.
.
.
“Johan, apa kamu sudah siap? Kamu sanggup untuk menerima ilmu terlarang ini?”

Johan berdiam diri.
.
.
“Siap. Aku sanggup.” jawab Johan.
Jalal Yassir, duduk bersila. Dan diikuti oleh Johan Yassir.

Jalal mengeluarkan sebilah pisau,

Kemudian, dia menggenggam mata bilah pisau dengan tangan kirinya,

Dan dia tarik pisau itu dengan tangan kanannya,

“ZAPPP!!!”

Darah mengalir di atas tapak tangan kirinya,
.
.
“Adindaku, Johan, hiduplah secara bijaksana,

Tajamkan pemikiranmu,

Luaskan pandanganmu,

Jangan putus dahagakan ilmu,

Aku letakkan semangat dan impianku di atas kepala bahumu,

Dan ini, adalah ajaranku yang terakhir.”
.
.
.
.
“Jurus Terlarang Selendang Hitam, NAFAS SYAITAN!!!”
“DABB!! BAMM!!” Johan Yassir melompat dari katilnya dan merempuh dinding Medan Latihan, Rumah Keluarga Yassir.

Johan rebah.

“Johan!!” jerit Puspa Yassir

Johan telah terjaga dari mimpinya.

“Kanda Jalal!! Kanda Jalal?!!” jerit Johan Yassir.

“Di mana Kanda Jalal?!!” tanya Johan
Puspa Yassir memandang ke arah ibu saudaranya, Maluri Yassir.

“Sabar Puspa. Biarkan aku yang menenangkan Johan.”

Maluri Yassir, berjalan menuju ke arah Johan Yassir.
.
.
“Johan?” soal Maluri sambil memapah tubuh Johan.

Johan masih terpinga-pinga.
Di luar perkarangan Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“Persiapan, majlis pengebumian anakandamu, Jalal, telah hampir siap.” kata Jaafar Yassir, adinda kepada Jamrud Yassir.

Jamrud mengangguk perlahan.

“Buyong telah membawa pulang segala benda yang kita pinta.” sambung Jaafar.
.
.
Jamrud mengangguk lagi sekali.
.
.
Jaafar memandang ke wajah Jamrud.

“Bila terakhir kalinya, kamu mengalirkan air mata? Jamrud?“ tanya Jaafar.

“Sewaktu kamu menikam Chendana??!”

“Tidak kalah kejantananmu Jamrud! Hanya setitik air mata tidak akan menghancurkan tubuhmu!!”
“Tap.. Tap..” air mata Jamrud menitis.
.
.
“Menangislah sepuas-puasnya, belum habis tangisanmu siang tadi. Masih parah di dalam dadamu.

Aku kenal benar akan dirimu Jamrud. Cukuplah bersikap angkuh bertahun-tahun lamanya.

Aku ini adindamu! Menangislah di depanku!!”
.
.
Air mata Jamrud, jatuh bercucuran. Bunyi esakan suaranya, kedengaran.

Dan disambung oleh teriakan, menangisi pemergian anakanda sulungnya,
.
.
.
.
“PAPP.” Jaafar menepuk bahu Jamrud

“Apa rencanamu seterusnya?” tanya Jaafar

Jamrud mengesatkan air matanya,
.
.
.
“KEPALA MALIK!!”
Satu tahun kemudian,

July 1785, 5:30 PM,

Berhampiran Pulau Tenggol,

Empat buah armada perang milik Selendang Hitam, bersiap sedia untuk melancarkan serangan,

Begitu juga,

Lima buah armada perang milik Kerambit Putih,

Bersedia untuk melancarkan serangan.
Semboyan dibunyikan,

Bunyi sorakan tentera dari kedua-dua belah pihak, memecah kesunyian.

Guruh berdentum di langit, hujan mula jatuh menitik.

“Malik!!!!!!!!!!!!” jerit Jamrud Yassir.

Malik Sadek bergerak pantas ke Geladak Agong Armada Kerambit Putih.

“PAPP!”
“Kalau bukan sahabat lamaku!! Kekasih lama pengarang jantung isteriku!! Jamrud Yassir!!! Kita bersua kembali!!! Hahaha!!!” balas Malik Sadek.
.
.
Laut bergelora, angin berhembus kencang,

“DUMM!!”

Kilat sabung-menyabung,

Armada-armada perang, bergoyang dilambung ombak.
“Darah harus dibayar dengan darah!!!

Serahkan kepalamu!!!

Serahkan kepala anakmu, Mursyid!!!

Bawakan Asiah datang ke dalam pelukanku!!!

Maka, kita tamatkan persengketaan ini!!!” balas Jamrud Yassir.
.
.
Wajah Malik Sadek berubah menjadi bengis.
“DABB!” Malik Sadek menghentak hulu Tombak Sadek ke lantai,
.
.
“Lancang suaramu sahabatku, berat sekali permintaan hatimu.

Telah aku berjanji, untuk merebahkan jasadmu, menyembah tanah Pulau Lang Tengah.”

Dan kemudian, Malik Sadek memusingkan tombaknya dengan tangan kanan.
“Hari ini, hari yang sesuai untuk sebuah permakaman...” ujar Malik Sadek
.
.
.
“Makam kau JAMRUD!!!!” jerit Malik.

“BANGSAT!!!” - Jamrud
.
.
“SELENDANG HITAM!!” jerit Jamrud.

“KERAMBIT PUTIH!!” jerit Malik.
.
.
“SERANG!!!!”- Jamrud.

“SERANG!!!!” - Malik.

Jerit mereka serentak
“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMMM!!!”

Tembakan demi tembakan, dilepaskan.

“BAMM!!.....CRACK!!!” cangkuk bertali ditembak oleh tentera Kerambit Putih menghala ke armada perang Selendang Hitam.

“SREEETTT!!” tentera-tentera Kerambit Putih meluncur ke arah armada perang Selendang Hitam.
“SHING!! SHING!! SHINGG!! SHINGG!!”

Tentera Selendang Hitam menghunuskan senjata tajam mereka.

“BUNUHH!!!!” jerit Hussin Gemuk.

“DABB! DABB! DABB! DABB!” tentera Kerambit Putih mendarat ke atas armada perang Selendang Hitam.

“KETING!!!!!!” parang bertemu parang.
“KACHING!! KACHING!! KACHING!! KACHING!!”

“ZAPP!! ZAPPP!!! ZAPPPPP!!!”

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!!”
.
.
Peperangan di antara Selendang Hitam dan Kerambit Putih,
.
.
.
BERMULA!!!
“TAP! TAP! TAP!” satu kujur tubuh berlari dari Armada Perang I, milik Selendang Hitam.

Sesampainya dia di Geladak Agong,

“DABBB!!!” dia melompat tinggi ke armada perang Kerambit Putih.
.
.
.
“MURSYID!!!!” jerit Jamir Yassir.

“SHING!!” Mursyid Sadek menghunuskan Pedang Sadek I.
LAHAB yang berada di belakang Jamir Yassir, bertukar menjadi satu susuk tubuh yang marak dibakar api,

Jamir Yassir mendepakan kedua-dua belah tangannya, umpama sepasang sayap berapi yang menerbangkan Jamir di udara.
.
.
.
.
“Jurus Selendang Hitam! Nyanyian Naga Berapi!!!”
“DABBB! ZOOSHHH!” Jamir menghentakkan kaki di udara dan memecut ke arah Mursyid Sadek.

Pedang LAHAB menjelma di tangan Jamir Yassir,
.
.
Mursyid memegang erat Pedang Sadek I di tangannya,
.
.
“KACHING!!!!” Pedang LAHAB bertembung dengan Pedang Sadek I.
“Kanda Mursyid!!!” jerit Muzir Sadek.

Muzir menujah kakinya dan memecut ke arah Jamir Yassir.

Dia menghunuskan Pedang Sadek II, dan melibaskan gelombang kejut ke arah Jamir Yassir.

“ZASSSSS!!!”

“DAMMMM!!!” serangan Muzir, ditangkis oleh Jasim Yassir dengan Pedang Kembar Badai
“Jangan kau berani ikut campur Muzir!! Langkah mayatku dulu!!” jerit Jasim Yassir.

“TAP! TAP! TAP!” Jihad Yassir berlari ke arah Muzir Sadek,

“PAPP!!” Jihad melompat tinggi, dan menghunuskan Tekpi Kembar Taufan miliknya,

Jihad bersedia untuk menikam kepala Muzir Sadek.
“Korban Sadek yang pertama!! Milikku!!! Jihad Yassir!!!” jerit Jihad.

“ZASSS!!!!” Jihad cuba menikam kepala Muzir.
.
.
“KETING!!!!!” tikaman Jihad dilibas oleh Pedang Sadek III, milik Murad Sadek.

Jihad mengalihkan pandangannya ke arah Murad.
.
.
Dalam masa dua detik,

Murad Sadek telah memecut menghampiri tubuh Jihad Yassir yang berada di udara,
.
.
Jihad Yassir terkesima, dengan kelajuan pergerakan tubuh yang dipamerkan oleh Murad Sadek,

Sesuai dengan gelarannya,
.
.
Kilat Bengis Kerambit Putih
“Assalamualaikum..” ujar Murad Sadek kepada Jihad Yassir, sambil menggenggam kemas pedangnya di pinggang.
.
.
“Murad Sadek, anak jantan terbuas Malik Sadek..” sambung Murad Sadek, memperkenalkan dirinya.

“ZASSSS!!!!” Murad melibaskan pedangnya ke leher Jihad.
.
.
“Bangsat!!” jerit Jihad di dalam hati.

“JIHAD!!!!!” jerit Jasim Yassir.
.
.
Mata Pedang Sadek III milik Murad, semakin hampir memenggal kepala Jihad,

“Sampaikan salamku kepada kakandamu, Jalal.” kata Murad secara sinis.
.
.
“JIHADD!!!” jerit Jasim.
.
.
“KETING!!!!!!!!!!”
Libasan Pedang Sadek III oleh Murad Sadek,

Ditangkis oleh, Johan Yassir.

Johan memusingkan badannya dan menendang tubuh Murad.

“DABBBB!!!”

Murad menahan tendangan Johan dengan tangan kirinya.
.
.
Kedua-dua mereka terpelanting dan mendarat ke lantai kapal.

“PAPP!!”
Jamir Yassir masih lagi berentap kencang, menentang Mursyid Sadek,
.
.
Jihad Yassir, mendarat ke lantai dan berlari ke arah Jasim Yassir

“Johan??” tegur Jasim.
.
.
Muzir Sadek, berundur ke belakang, menghampiri Murad Sadek.
.
.
Johan Yassir, memegang Sabit Berantai di tangan kanannya,

Dan berjalan, ke arah Murad Sadek,
.
.
Begitu juga Murad, berjalan ke arah Johan sambil mendepakan Pedang Sadek I,
.
.
.
“Johan Yassir. Anak jantan terbuas Jamrud Yassir.” ujar Johan.

Murad mengukirkan senyuman sinis.
“Akan ku hantarkan kepalamu, sujud sembah di kaki kakandaku.” ujar Johan.
.
.
“Haha. Angkuh bicaramu Yassir.

Bawakan segala roh pendamping keluargamu,

Tikam leherku!!” balas Murad.
.
.
“JABBAR!!!!!”
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam, Syaitan Menari!!!”
.
.
“PAPP! ZOOSHH!”
.
.
————

Angin yang bertiup, pada waktu yang masih senja, bunyi burung-burung, berkicauan, sayu.. sayu..

Cerita yang panjang, dari bibir seorang lelaki, yang miskin dengan kata-kata, banyak memendam rasa,

Dua pasang telinga, yang tekun mendengar, khusyuk.. khusyuk..
.
.
.
.
Hutan belantara yang menjadi saksi, nenek moyang yang memerhati, sang mentari yang hampir terbenam, dahan-dahan pokok yang melambai-lambai,
.
.
Ahh.. Wahai sang arjuna, cerita apa yang sedang disampaikan, hikayat dongeng, sejarah lama yang bergelumang dengan dosa-dosa,
.
.
.
.
Telah mati hatimu, telah hancur pengharapanmu, nafsu yang bergelora, kasih yang tidak sampai, cintamu yang telah lama terkubur ditelan bumi,

Setelah lama dipendam, tersemat di dalam jiwa, hingga sebati dengan dagingmu, bagaikan azimat yang berdamping denganmu,
.
.
.
.
Sampaikan kepada mereka, cerita-ceritamu yang ditelan zaman,

Sampaikan kepada mereka, hidupmu yang penuh dengan pendustaan,

Sampaikan kepada mereka, bahawa kamu, juga punya hati, dan perasaan,

Peritnya, belum mampu dibawa ke mati.
.
.
—————-
.
.
Pasir Mas, Kelantan.

Di dalam sebuah hutan belantara,

Markas, kubu keluarga Ayah Ibrahim,

November 2017, 7:00 PM
.
.
——-

“PAPP!” Rais Hanafi menggenggam Pedang Sadek II di tanah.

“Pedang ni, milik Keluarga Sadek?” ujar Rais Hanafi.
.
.
“Pedang yang berusia lebih 200 tahun ni, ada dalam tangan aku??” sambung Rais.
.
.
“Lepas tu? Apa jadi? Abang Johan??” tanya Shahidan Rauf.
.
.
Johan Yassir, berdiam diri.

“Peperangan di antara keluarga Yassir dan Sadek, telah menggoncangkan seluruh alam melayu.” kata Johan.
.
.
.
.
*FLASHBACK CONTINUE
.
.
July 1785, 6:30 PM

Berhampiran Pulau Tenggol,
.
.
———

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

“BAMM! BAMM! BAMM!!”

Peperangan di antara dua buah keluarga, masih lagi hangat berlangsung.

“ZAPP! ZAPP! ZAPP!”
“PAPP!! PAPP!!” Johan dan Murad masing-masing menujah tapak kaki mereka,

“KACHING!!!!” Sabit Berantai berlaga dengan Pedang Sadek III.

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

Mereka melibas-libas senjata mereka, dengan kelajuan, yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia.
Manakala,

Di dalam Armada Perang Kerambit Putih,

Malik Sadek dan Jamrud Yassir, sedang rancak bertempur.

“CRACKK!! CRACK!! DUMMMMM!!!” serangan panahan petir oleh Jamrud Yassir,

Di sanggah dengan serangan letupan oleh Tombak Sadek, milik Malik Sadek.

“BAMM!!! BAMMM!! BAMMM!!
“PAPP!!!”

Malik Sadek memutarkan Tombak Sadeknya dengan tangan kanan, dan melompat ke arah Jamrud Yassir.

“ZASSS!!!!!”

Malik melibaskan tombaknya ke tubuh Jamrud.

“KACHING!!!!!”

Libasannya ditangkis oleh Jamrud dengan parang panjangnya,

Parang Langit.
.
.
Pada masa yang sama,

Jamir Yassir dan Mursyid Sadek, masih lagi meneruskan pertempuran mereka,

“KETING!! KETING!! KETING!! DABBB!! DABBB!! DABBB!!!”

“KACHING!!!”

Serangan mereka bertembung, dan masing-masing terseret ke belakang,

“SREEETTTT!!!”
.
.
.
.
“Kanda Jasim!!“ jerit Jihad Yassir.

Jasim Yassir mengangguk,
.
.
Jihad berada di sebelah Jasim,
.
.
Kemudian, Jasim mengangkat penumbuk tangan kirinya ke arah Jihad,

Begitu juga Jihad, mengangkat penumbuk tangan kanannya ke arah Jasim,

Penumbuk mereka berlaga.
.
.
Subang Permata Merah di telinga kanan Jasim, menyala,

Begitu juga Subang Permata Biru di telinga kiri Jihad, turut menyala,
.
.
Pedang Kembar Badai digenggam kemas oleh Jasim,

Tekpi Kembar Taufan digenggam kemas oleh Jihad,
.
.
“Ayuh!!” jerit Jasim
.
.
“ALRIYAH!!!” jerit Jasim.

“ASSYIFAK!!!” jerit Jihad.

Dua ekor jembalang tinggi, muncul di belakang Jasim dan Jihad.
.
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam!!” jerit Jasim.

“Hembusan Sangkakala!!!” sambung Jihad.
“PAPP!! PAPP!!!”

“ZOOOSHHHH!!!!”

Jasim dan Jihad, memecut ke arah Muzir Sadek, dengan pergerakan yang selaju hembusan angin.
.
.
“CLACK!!” Muzir Sadek menghunuskan Pedang Sadek II,
.
.
Dia membuka tapak kekudanya.
“ZHOOSHH!! PAPP!!” Jasim dan Jihad melompat ke arah Muzir.
.
.
.
“CRACKK!!” lantai di tempat Muzir berpijak, retak dan merekah,

“PAPP!!!” Muzir melompat tinggi ke arah Jasim dan Jihad.
.
.
Muzir memusingkan badannya di udara,

Dan kemudian, melibaskan Pedang Sadek II ke arah Jasim dan Jihad,

“ZASSSSS!!!!”

Jasim dan Jihad turut melancarkan libasan senjata mereka,

“KACHING!!!!!!” senjata mereka saling berlaga.
.
.
“Selendang Hitam!!!!!!!” jerit Buyong Hitam.

“Serang habis-habisan!!!!!!” sambungnya.

“Kerambit Putih!!!!!! Meriam Sadek!!!!!” jerit Hadi Darman.

Hampir 20 buah Meriam Sadek diisi dengan peluru-peluru meriam.

“Tembak!!!!!!” jerit Hadi Darman.

“BAMM!! BAMM!! BAMMM!!!”
“DABBB!!! ZOOOSHHHH!!!” Buyong Hitam menerpa ke arah Hadi Darman.

“RASA!!!!” jerit Buyong Hitam, memanggil Roh Semangat Pendampingnya.

“SHINGG!!!” Buyong Hitam menghunuskan keris panjangnya.
.
.
“Hadi!!!!”

“Buyong!!!!!!”

“KACHING!!!!!!!!” senjata mereka berlaga.
.
.
Peperangan di antara, Keluarga Yassir dan Keluarga Sadek, telah berlangsung selama hampir 3 jam.

Kedua-dua angkatan tentera, telah mengalami satu kekalahan yang berat.

Kedua-dua angkatan tentera, telah kehilangan jumlah tentera yang ramai.

Menang jadi arang, kalah jadi abu
Peperangan ini juga, tidak hanya terhenti pada hari demikian,

“Berundur!!!!!” jerit Malik Sadek.

Angkatan tentera Kerambit Putih, melabuhkan layar,

“Selendang Hitam!!! Tembak!!!” jerit Santong Bengis.

“BAMM!! BAMM!! BAMM!!!”

“Kerambit Putih!! Perisai!!” jerit Kalik Gaga
Tembakan meriam dari Selendang Hitam, telah disanggah oleh perisai tentera-tentera Kerambit Putih.

“KACHING!!!!!” Pedang Sadek III berlaga dengan Sabit Berantai.

Murad Sadek dan Johan Yassir, masih lagi hangat berentap.

“Murad!!!! Berundur segera!!!” arah Mursyid Sadek.
.
.
“Tidak Kanda!!!” balas Murad.

“Si bedebah ini!! Harus aku bunuh segera!!!” sambung Murad Sadek.

“KETING!!!” Murad meneruskan pertarungannya.

“KETING!! KETING!! KETING!!!”

“PAPP!!” Johan melompat tinggi.

Dan kemudian, dia memusing-musingkan Sabit Berantai di tangannya
Johan Yassir, bersedia untuk melibaskan Sabit Berantai ke tubuh Murad Sadek yang berada di atas lantai kapal.
.
.
“Jalal...??” ujar Mursyid Sadek setelah melihat pergerakan Johan Yassir di udara.

Murad Sadek, menggenggam kemas Pedang Sadek III,

“PAPPP!!” Murad melompat tinggi.
Johan Yassir, melontarkan libasan Sabit Berantai ke arah Murad.

“ZASSSSSS!!!!!”

“KETINGGG!!!!!” libasan Johan ditangkis oleh Murad.

Kemudian, Johan mengeluarkan dua bilah pedang, Pedang Silauan Putih di pinggangnya.

“SHING!!!!”

“MURAD!!!!!” jerit Mursyid Sadek.
“PAPPP!!!” Johan Yassir menghentakkan kakinya di udara, dan meluncur laju ke arah tubuh Murad Sadek.

Mata Johan menyala kemerahan, urat-urat timbul di lengannya,

Mursyid mengeluarkan balang cecair hijau dari bajunya, dan menelan kesemuanya.

“PAPPP!!! ZOOSHHH!!” Mursyid memecut
“JABBAR!!!!” jerit Johan Yassir.

“SIAP!!!” balas JABBAR.

Johan menghayunkan pedangnnya ke leher Murad Sadek.

“ZASSSS!!!!”

“KACHING!!!!!!” hayunan pedang Johan, ditangkis oleh Mursyid.

“DABBB!! BAMMM!!” Mursyid ditendang oleh Jamir Yassir yang meluru secara pantas.
“ZOOSHHH!! PAPP!!” Muzir Sadek memecut dan menggapai tubuh Murad Sadek, dan dibawanya jauh ke arah armada perang Kerambit Putih.
.
.
“Lepaskan aku Kanda Muzir!!!” jerit Murad.

“Jangan berdegil Murad!! Tentera kita sudah hampir tumpas!! Kita harus berangkat segera!!!” balas Muzir
Armada-armada perang milik Kerambit Putih, telah mula berangkat.

Sorakan kemenangan, dilaungkan oleh tentera-tentera Selendang Hitam.

“CRACK!! CRACK!! DUMMMM!!!” Jamrud melancarkan serangan kilat ke arah armada-armada perang Kerambit Putih.
“BAMMMM!!!!” serangannya ditangkis oleh Malik Sadek.
.
.
“Kerambit Putih akan kembali Jamrud!! Persiapkan tentera-tenteramu!!” jerit Malik Sadek sambil menudingkan jarinya ke arah Jamrud Yassir.
.
.
“Malik!! Anjing bangsawan!!! Katakan kepada tuanmu!!! Ku Tana Mansur!!! Bawakan seribu batalion tentera, sekiranya dia ingin membunuhku!!!” jerit Jamrud Yassir.

Malik Sadek memandang tajam ke arah Jamrud Yassir.
.
.
Laungan Jamrud sebentar tadi,

Seolah-olah ingin memberitahunya,

Bahawa rahsia di antara Keluarga Sadek dan Ku Tana Mansur, pemerintah Terengganu,

Telah terbongkar.
.
.
.
JULY 1785, 9:00 PM,

Peperangan di antara dua buah keluarga, berakhir.

Kemenangan, milik Keluarga Yassir
Peperangan di antara Yassir dan Sadek, tidak terhenti di situ,

Ianya berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya,

Peperangan saudara di antara dua buah keluarga dari bangsa melayu,

Yang berpunca dari keegoan kepala keluarga masing-masing.

Kemenangan mereka bersilih ganti.
15 buah peperangan di antara Yassir dan Sadek, telah berlangsung di dalam masa,

5 TAHUN.

8 buah peperangan, telah dimenangi oleh Keluarga Yassir,

Manakala,

7 buah peperangan, telah dimenangi oleh Keluarga Sadek.
.
.
.
.
———-

Pulau Tinggi, Rumah Keluarga Yassir.

August 1790, 10:00 PM.
.
.
Johan Yassir, sedang termenung di sebuah beranda.
.
.
“Johan?” tegur Puspa Yassir.

“Kanda Puspa?”

“Apa yang kau lamunkan?” tanya Puspa.
.
.
JOHAN YASSIR - 22 TAHUN.
“Kanda Jalal...” jawab Johan Yassir.

“Yang telah pergi, tidak akan kembali Johan.” balas Puspa.
.
.
“Aku tahu.” balas Johan.
.
.
“Ayahanda ingin berangkat ke Acheh.” kata Puspa.

“Ya. Untuk mencari ramuan kepada ubat hijau.” sambung Johan.
“Telah bertahun-tahun, Ayahanda cuba mencari ramuan-ramuan, yang mampu menghasilkan ubat hijau seperti yang miliknya Keluarga Sadek.” kata Johan.
.
.
“Tapi tidak pernah kita ketemu.” sambung Johan.

“Dulu...” kata Puspa.

“Dulu dikatakan ramuan itu ada di utara tanah melayu.”
“Tiga tahun dahulu, aku dan Ayahanda mengembara ke sana. Masih tidak bertemu ramuannya.

Malah, aku bertemu dengan sesuatu yang lebih menarik, Kanda Puspa.” kata Johan Yassir.

“Sesuatu yang menarik?” tanya Puspa.
.
.
“Iya benar.” jawab Johan secara teruja.

“Ada satu Roh Semangat yang begitu taat kepada tuannya. Sama seperti taatnya KALAM kepada Kanda Jalal..”

“Roh Semangat?”

“Roh Semangat.. Namanya, MANTRA.”

“Tapi malang sekali, tuannya mati dibunuh oleh Ayahanda.”
“Aku fikir, sekiranya aku tinggalkan BABIL di sana, mungkin dia bisa bertemu dengan tuannya,

Dan turut taat dan kedegilannya bisa terubat.” sambung Johan.

“Kamu tinggalkan BABIL di sana?” tanya Puspa

“Ya. Aku membebaskannya. Supaya dia lebih bisa mencari tuan yang sebenarnya.”
Note** : BABIL dan MANTRA turut ada di dalam thread, The Letter to Suri dan The Redemption of Rejab.
.
.
———

Pulau Lang Tengah, Rumah Keluarga Sadek,

November 1790, 5:00 PM.
.
.
Kesemua majlis tertinggi Keluarga Sadek, menghadiri satu persidangan agong Kerambit Putih.
Di dalam Ruangan Agong, Malik Sadek merehatkan tubuhnya di atas sebuah singgah sana,

Kaki kanannya diletakkan di atas kerusi panjang,

Tangannya direhatkan di atas lutut kanannya,

Dengan gaya yang sungguh angkuh sekali,
.
.
“Ayuh kita mulakan!” kata Malik Sadek.
“TAP! TAP! TAP!” satu susuk tubuh, seorang wanita, berjalan masuk ke Ruangan Agong, dengan langkah yang sungguh tertib sekali,

Memakai sepersalinan kebarung yang berwarna biru,
.
.
“Cantik sekali kamu, hari ini Laila..” tegur Hadi Darman.

Laila Hawa hanya tersenyum,
.
.
Laila Hawa, mengalihkan pandangannya ke arah Malik Sadek,
.
.
“Maafkan saya Tuan Besar Malik, saya datang dengan menjemput Cik Muda Mariam, untuk bersama-sama hadir di dalam musyawarah ini...”

Malik Sadek, mengangguk.
.
.
“Mariam?” panggil Laila sambil memusingkan badannya.
.
.
“TAP.. TAP.. TAP..” seorang wanita, melangkah dengan perlahan, ke dalam Ruangan Agong.

Suasana menjadi, sunyi sepi,

Dengan memakai sepersalinan kebarung yang berwarna putih,

Angin datang menerpa dan membelai lembut selendang putih yang dipakainya,
.
.
Bauan harum, memenuhi Ruangan Agong,

Apabila dihidu, mana-mana lelaki pasti percaya,

Bahawa mereka sedang berada di dalam syurga,

Kecantikkan yang tidak kalah dengan seorang bidadari,

Wanita yang digelar sebagai,

“Cenderawasih Putih dari Syurga”
.
.
.
MARIAM SADEK - 22 TAHUN
“Mariam.. Adindaku. Apa hajatmu datang ke mari. Ini adalah persidangan laki-laki.” kata Mursyid Sadek.

“Aku khuatir sama keluarga kita. Kedatanganku, hanya sekadar ingin membantu.” balas Mariam.

“Kamu itu adinda kesayangan kita. Berehatlah di kamarmu Mariam.” kata Muzir.
.
.
“Tuan Muda Mursyid, Cik Muda Mariam hanya ingin meminta keizinan dari Tuan Besar Malik akan beberapa hal.” celah Laila Hawa.
.
.
“Apakah hajatmu Mariam?” tanya Malik Sadek
.
.
“Ayahanda, aku ingin turut bersama Kang Laila, pergi mengembara mengenal dunia alam melayu.” kata Mariam
“Laila!!!” jerit Malik Sadek.

“Tidak Ayahanda! Ini adalah kemahuanku sendiri.“ rayu Mariam.
.
.
“Untuk apa Mariam? Di luar sana, bahaya!! Lebih-lebih lagi, gadis muda secantikmu!! Pasti pangeran-pangeran di sana tergila-gilakan kamu!! Dan cuba mengapa-apakan kamu!!” marah Malik.
“Aku ini, anakandamu yang berdarah Sadek. Ada kepandaianku, ada juga keberanianku, aku tahu menjaga diri di tempat orang.

Aku sekadar ingin membantu Kang Laila, bersama-sama mengumpul rahsia-rahsia tentera musuh.” sambung Mariam.
.
.
Malik Sadek berdiam diri.
“Mariam. Pulanglah ke kamarmu. Permintaan hatimu ini, tidak akan sama sekali diizinkan Ayahanda.” kata Murad Sadek.
.
.
“Kita izinkan saja Mariam ikut bersama Kang Laila..” kata Mursyid Sadek.

“Kanda!!” tegur Murad.
.
.
“Apakah alasanmu Mursyid?” tanya Malik.
“Ada benarnya juga kata-kata Mariam. Adinda kita ini, bijak pandai orangnya,

Ilmu silatnya juga, tidak kalah dengan tentera biasa,

Biarlah dia mengenal tempat orang,

Supaya nanti, dia bisa mampu membantu kita, dengan rahsia yang lebih banyak terkumpul.” jawab Mursyid.
.
.
.
.
“Baiklah. Mariam, anakandaku, aku izinkan dirimu, bersama Laila, pergi berlayar, jauh dari Pulau Lang Tengah.

Supaya luas pengetahuanmu, supaya tajam pemikiranmu,

Laila, lindungilah anakandaku, Mariam, dengan nyawamu.” kata Malik.

Laila Hawa mengangguk.
.
.
Maka berangkatlah Mariam Sadek, bersama-sama dengan Laila Hawa, pergi mengembara, bermusafir ke tempat orang.
.
.
Dua orang wanita, yang cantik paras rupanya,

“Merak Biru dari Kayangan.”

“Cenderawasih Putih dari Syurga.”
.
.
Pemergian mereka, diiringi oleh Asiah Sufi dan tentera-tentera Kerambit Putih,
.
.
Mengalir air mata di pipi Asiah Sufi, melihatkan anakanda kesayangannya, pergi jauh meninggalkan dirinya.
.
.
Mariam melambai-lambaikan tangannya ke arah Asiah Sufi.

“Bonda. Aku pasti pulang.”
Asiah Sufi mengangguk perlahan.

Senyuman terukir di wajah Mariam Sadek.
.
.
.
Beberapa bulan kemudian,
.
.
———-

Pulau Tinggi, Rumah Keluarga Yassir,

February 1791, 8:30 PM
.
.
“Kita harus membina lebih banyak meriam-meriam, yang setanding dengan Kerambit Putih.” kata Jamir.
“Benar Kanda Jamir!!” balas Jihad Yassir.

“Kita harus punya senjata-senjata yang lebih banyak!” sambung Jihad.

“Tuan Muda Jamir, adanya saya mendengar, keberadaan seorang ahli senjata, yang bermukim di sebuah kota di selatan tanah melayu.” celah Taring Ular, Komander Ketiga.
“Siapakah gerangannya??” soal Jasim Yassir.

“Ramadhan. Ramadhan namanya. Lelaki yang tinggal sebatang kara, di sebuah kota.” jawab Taring Ular

“Banyak orang yang menempa senjata dengannya. Pembesar sultan juga menempa senjata dengannya, untuk tentera-tentera mereka.” sambungnya
“Dia juga terkenal sebagai seorang ahli sulap, yang menjadi penghibur di kota sana.” sambung Hussin Gemuk.

“Ada khabar berita, bahawa dia juga mampu mengubat orang sakit. Penyakit susah tidur juga dia bisa.” sambung Santong Bengis.
.
.
“Di mana letaknya kota itu?” tanya Jamir.
.
.
“Di kota yang dipenuhi dengan ramai orang. Kota untuk manusia bersenang-senang dan berliburan..

KOTA KARA.” jawab Taring Ular.
.
.
“Bagus, ayuh kita bergegas ke sana.” arah Jamir Yassir.

“Tuan Muda Jamir, seeloknya, biarlah sedikit orang yang berangkat ke sana.” kata Buyong
“Ramadhan bukanlah lelaki yang senang untuk dipujuk. Ada baiknya..”

“Biarkan aku saja yang berangkat ke sana, Kanda Jamir.” celah Johan Yassir.
.
.
“Biarkan aku bertemu empat mata dengannya.” sambung Johan.
.
.
“Kamu yakin Johan?” tanya Jamir.

“Aku yakin.” balas Johan.
“Baiklah. Kau akan kuhantarkan ke Kota Kara. Semoga selamat perjalananmu Johan. Akan ku khabarkan keberangkatanmu ini, kepada Ayahanda.” kata Jamir Yassir.
.
.
Keesokan harinya,

Di persisiran pantai,

Pulau Tinggi,

February 1791, 8:30 AM
.
.
Johan Yassir, berangkat ke Kota Kara
Perlayaran Johan Yassir, seorang diri, memakan masa hampir lima jam,

Sesampainya dia ke persisiran pantai,
.
.
.
“PAPPP!!” Johan Yassir melompat dari kapalnya, dan mendarat ke tanah.
.
.
Bunyi hiruk pikuk pedagang dan peniaga, yang cuba menjual barang jualan, kedengaran.
.
.
Suara kanak-kanak yang berkejar-kejaran,

Bunyi petikan gambus dan ketukan gendang,

Gadis-gadis muda yang menari-nari, menghiburkan para pangeran yang memerhati dengan mata bulat

Sebuah kota yang penuh dengan kegirangan
.
.
Kota Kara, kota ini, juga dikenal sebagai,

KOTA CINTA
Johan Yassir, memikul beg kainnya di bahu kanan,

Berjalan memasuki kesibukan Kota Kara.

“DUBB! DUBB! DUBB!” beberapa buah kereta kuda, mara dari arah kanan Johan Yassir.

“KRINGG! KRINGG!”

Johan mengundurkan dirinya beberapa langkah.
“Gila!! Di mana letaknya matamu?!!” jerit pemandu kereta kuda.

Johan menundukkan badannya, tanda memohon maaf.

Kemudian, kereta-kereta kuda itu, berlalu pergi,

Johan mengangkat tubuhnya dan mendongakkan kepalanya,
.
.
Dia melihat ke arah penumpang-penumpang kereta kuda itu.
Penumpang-penumpang kereta kuda itu, dipenuhi oleh gadis-gadis muda yang menutup muka dengan selendang mereka.
.
.
Seorang gadis muda, yang memakai sepersalinan kebarung putih, dengan selendang putih yang menutup muka,

Menolehkan kepalanya, dan memandang ke arah Johan Yassir.
“Mariam? Apa yang kau lihat?” tanya Laila, yang duduk di samping Mariam di atas kereta kuda.

“Tiada apa-apa Kang Laila. Sekadar melihat keindahan Kota Kara.” kata Mariam sambil menoleh semula ke hadapan.

Dia tersenyum. Seakan-akan telah melihat sesuatu yang senang di hatinya.
Johan Yassir, masih lagi memandang ke arah kereta-kereta kuda tadi.

Sepasang mata yang cantik, yang dilihatnya sebentar tadi, masih lagi berbekas di hatinya.

“Cantik sekali.. matanya..” ujar Johan Yassir lembut.

“Anak bangsawan barang kali.” sambung Johan Yassir.
Johan Yassir, meneruskan perjalanannya.

Selama hampir satu jam,
.
.
“Anak muda. Merantau dari jauh?” tegur seorang lelaki tua yang sedang memetik tali gambus,
.
.
“Iya. Baru sahaja sampai sebentar tadi.” balas Johan.

“Apa tujuanmu datang ke mari?”
“Melihat keindahan kota ini.” jawab Johan.
.
.
“KRING!!” lelaki tua itu menamatkan petikan gambusnya.

“Namaku Pak Bulan. Aku ini tukang tilik. Apa kamu ingin tahu, nasibmu di kemudian hari?” tanya lelaki tua itu.
.
.
“Tak usahlah Pak Bulan. Saya ini, kurang percaya akan sebarang tilik-menilik.” jawab Johan.

“Itu kata kamu, kedatanganmu ini, bukan sekadar hendak melihat keindahan kota bukan?” tanya Pak Bulan.

Johan menolehkan kepalanya ke arah Pak Bulan

“Kamu juga sedang mencari seseorang.”
Johan Yassir, duduk bersila di hadapan Pak Bulan.

“Hulurkan tanganmu.” pinta Pak Bulan.

Johan menghulurkan tangan kanannya.

Pak Bulan, meletakkan jari telunjuknya, ke atas tapak tangan kanan Johan.

Dia pusingkan jari telunjuknya,

Dan dia pejamkan matanya,
.
.
Kemudian, Pak Bulan menghentikan pusingan jari telunjuknya, dan dia membuka matanya.
.
.
“Sebut namamu anak muda.”

“Johan.”

“Kamu, dari keluarga Yassir bukan?”

“PAPP!” Johan mengenggam kemas pedang di pinggangnya.

“Usah khuatir. Bukan urusanku ikut campur hajatmu kemari.”
Johan melepaskan genggaman pedangnya,
.
.
“PAPP!” Pak Bulan meletakkan tapak tangannya ke bahu kiri Johan.
.
.
“Anak muda, masih jauh perjalananmu. Berat langkahmu di kemudian hari,

Namun, segala hajatmu di kemudian nanti, akan tercapai jua,

Hiduplah dengan benar, anak muda.”
Johan Yassir, masih terpinga-pinga.

“Lelaki yang kamu cari, dia ada di dalam kota ini.” sambung Pak Bulan.

“Berapakah bayarannya.” tanya Johan.

“Tak usah. Aku hanya sekadar ingin membantu.” balas Pak Bulan.
.
.
Johan Yassir, berdiri dan menyambung perjalanannya.
Johan menuju ke arah pusat kota, yang berada di tengah-tengah keriuhan orang-orang ramai.
.
.
Seorang lelaki, yang memakai sepersalinan pakaian yang berwarna-warni,

Dan juga dengan wajahnya yang penuh dengan contengan merah putih,

Berdiri di atas sebuah pentas,
.
.
Dia memakai sarung tangan putih di kedua-dua belah tangannya,

Dengan satu senyuman panjang dari telinga kanan ke telinga kiri,

Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya,
.
.
“Saudara-saudari!! Tuan-tuan dan puan-puan sekalian!!

Nama saya...” jerit lelaki itu,
.
.
“Luncai Si Lucu!!” jerit para penonton.

“Dan saya ialah....” sambung lelaki itu,

“Penghibur Jalanan!!!” jerit para penonton sambil bergelak ketawa.

“KETAK! KETAK! KETAK! KETAK!” lelaki itu menari-nari, dan menghentakan kedua-dua belah kakinya ke lantai pentas.
Para penonton bertepuk tangan.

Mereka sedang menantikan, persembahan yang bakal ditonjolkan oleh Luncai Si Lucu.
.
.
“PAPP!” Luncai merapatkan tapak tangan kanannya dengan tapak tangan kirinya.

Kemudian, dia memusingkan tapak tangannya,
.
.
“Wallaa!!” jerit Luncai.
Sekuntum bunga ros merah, muncul dari tapak tangan Luncai Si Lucu.

Kemudian, dia mengeluarkan lagi sekuntum bunga ros merah.

Para penonton bertepuk-tepuk tangan.

“PAPP! PAPP! PAPP!”
.
.
Kemudian, Luncai menggenggam dua kuntum ros merah di tangannya,
.
.
Dan melemparkan genggamannya ke udara,

Bunga-bunga ros merah itu, bertukar menjadi dua ekor burung merpati putih.

Burung-burung merpati itu terbang bebas ke udara,
.
.
Para penonton bertepuk tangan dan bersorak-sorakkan.

Kemudian, Luncai mengeluarkan sebilah pedang dari udara.
“ZAPPP!!” dia tikam pedang itu ke atas lantai pentas.
.
.
“Nahh.. Bagi menutup persembahan saya, siapa yang bisa mencabut pedang ini, akan saya ganjarkan sejongkong emas ini.” kata Luncai sambil memegang sebiji jongkong emas.
.
.
.
.
“Akan tetapi, sekiranya dia tidak bisa, akan saya tuntut senjata-senjata di pinggangnya.” sambung Luncai.
.
.
Para penonton, menoleh kepala mereka, cuba mencari sesiapa sahaja yang berani untuk mencabut pedang di atas pentas itu.
.
.
Namun, tiada sesiapa pun yang berani.
Seorang penonton lelaki yang berbadan besar dan sasa, mengangkat tangan, dan menuju ke arah pentas.
.
.
“Silakan tuan.” kata Luncai sambil tersenyum.

Lelaki itu cuba mencabut pedang di atas pentas, dengan segala daya dan upayanya, sehingga keluar urat-urat di dahinya..
Namun, lelaki itu, gagal untuk mencabut pedang di atas pentas itu.

“Serahkan senjata-senjatamu, tuan.” pinta Luncai

“Ahhh!! Ini semua ada tipu muslihatnya!!” jerit lelaki itu

“Dan ini, adalah peraturannya. Kamu harus menyerahkan senjata-senjatamu.” kata Luncai sambil tersenyum
“Tidak!! Ini cuma jenaka waktu sore sahaja!! Senjataku ini, milik arwah nenek moyangku!! Mana bisa aku semudah itu aku serahkan kepadamu!!” jerit lelaki itu.

“Maka harus aku merampasnya dengan paksaan?” soal Luncai.

“TUP! TUP! TUP!!” Luncai melancarkan serangan jari telunjuk
Serangan jari telunjuk Luncai, hinggap ke dada, bahu dan leher lelaki itu,
.
.
Lelaki itu jatuh pengsan di atas pentas.

“DABB!”

Luncai merampas senjata-senjata di pinggangnya.

Para penonton bersorak-sorakkan dan bertepuk tangan.
Luncai mendepakan tangannya,

“Ayuh! Siapa lagi yang masih berani ingin mencuba???” tanya Luncai.
.
.
.
Johan Yassir mengangkat tangan kanannya.

“Silakan, tuan.” kata Luncai.

Johan berjalan menuju ke arah pentas.
Dan dia berdiri di sebelah Luncai,

“Jarang-jarang, dapat ku lihat, pedang pendek di pinggangmu ini, tuan.” kata Luncai kepada Johan.

“Pedang Silauan Putih bukan?” tanya Luncai.
.
.
“Itu bukan urusanmu.” jawab Johan Yassir.
“Sudah tentu, bukan urusanku. Sampai kamu tidak bisa mencabut pedang ini, ianya bakal menjadi milikku.” balas Luncai.
.
.
“Dan sekiranya, aku bisa mencabut pedang ini, kamu, akan mengikutku. Ada beberapa perkara yang ingin aku bicarakan denganmu, Ramadhan.” balas Johan.
.
.
Wajah Luncai yang tersenyum panjang sebentar tadi,

Berubah menjadi kelat dan mencuka,
.
.
“Siapa kamu?” tanya Luncai.

Johan hanya tersenyum, dia menggenggam pedang yang terpacak di atas lantai,

“JABBAR!”

“SIAP!”

“ZAPPP!!!” pacakan pedang itu tercabut, ditarik Johan.
“Ayuh! Ikut aku!” arah Johan kepada Luncai.
.
.
Luncai tersenyum, sebiji bom asap dilepaskan dari tangan kanannya,

“TAPP!” bom asap itu menyentuh lantai pentas.

“BAMMM!!!”

Ruangan pentas dipenuhi oleh asap yang tebal.

“DABB!!! ZOOOSHHH!!!” Luncai melarikan diri.
Johan Yassir, melemparkan pedang yang digenggam sebentar tadi,

Kemudian,

“DABB!!! ZOOSHHHH!!” dia mengejar Luncai dari belakang.

Luncai memecut dengan laju,

Gerai-gerai peniaga habis dilibas oleh angin yang terhasil dari pecutan Luncai dan Johan.
.
.
“Hahaha!!” Luncai ketawa.
Luncai menyelit beberapa bilah pisau di jari-jemarinya,

Dan kemudian, dia memusingkan badannya ke belakang, menghadap tubuh Johan Yassir,

“ZASSS! ZASSS! ZASSS!!!”

Luncai melontarkan enam bila pisau ke arah Johan Yassir,

Johan menghunuskan pedangnya,

“KETING! KETING! KETING!”
“ZOOOSHHH!!” Luncai meneruskan pecutannya.

Dia berlari melalui lorong-lorong bangunan,

“PRAPP!!!” barang-barang jualan dan bakul-bakul niaga dirempuh oleh Luncai dan Johan,
.
.
“Aahhh!!” jerit seorang wanita yang berdiri di tepi lorong.

“SREETT” Luncai menghentikan lariannya.
“Teratai??” tegur Luncai sambil menghampiri wanita itu.

“Ada luka di mana-mana?” sambung Luncai.

“PAPP” Teratai memeluk Luncai.

“Kanda Luncai? Kamu ke sini lagi malam ini? Untuk melangganku?” tanya Teratai.
.
.
“Aku pasti ke sini lagi, malam ini Teratai.. Kamu yang paling aku suka bukan?” balas Luncai sambil tersenyum dan memeluk pinggang Teratai.
.
.
“PRAPP!! PRAPP!!” Johan datang memecut ke arah Luncai dan Teratai.

“Luncai!!” jerit Johan Yassir.

“Bangsat!!” ujar Luncai.
.
.
“Aku ketemu kamu ini malam ya?” kata Luncai kepada Teratai.

Teratai mengangguk perlahan,

Luncai mencium dahi Teratai,

Dan kemudian,

“ZOOOSHHHH!!!” Luncai kembali memecut melarikan diri.

“PRAPP!! PRAPP!!” habis segala benda dirempuh oleh mereka.

“Luncai!!” jerit Johan.
Luncai memecut lebih laju. Dalam hampir 15 minit,

Mereka telah keluar dari kesibukan ibu Kota Kara,

“DABB! DABB! ZOOSSHH!!”

Luncai melompat tinggi ke atas dahan pokok, dan meneruskan pecutannya,

Dia melompat dari dahan ke dahan,

Begitu juga Johan, memecut mengejar Luncai.
“DABB! DABB!! ZOOSHHH!!” Johan memecut dengan lebih laju.

“PAPP!” Luncai menggenggam beberapa biji bom api dengan tangannya.

Kemudian dia memusingkan badannya, dan melontarkan bom-bom api itu ke arah Johan,
.
.
“Sialan!!” jerit Johan,

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”
Johan melindungi badannya dengan menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada,

Tubuh Johan terpelanting ke belakang,

“DABB!! ZOOSHHH!!” Johan meneruskan pecutannya.

Luncai berpaling ke arah Johan,

“Hahaha!! Gila!!” jerit Luncai, kagum dengan ketahanan tubuh Johan Yassir.
“DABB!! DABB!! PRAKK!!” Luncai melompat tinggi, sehingga melanggar ranting-ranting pokok,

Tubuhnya berada di awang-awangan,

Dia mendongakkan kepala ke langit, dan memejamkan matanya,

Dia mendepakan kedua-dua belah tangannya,
.
.
“Ahh.. Indah sekali cuaca hari ini.” ujar Luncai
Kemudian, Luncai menghentakkan kakinya di udara,

“PAPP!!”

Dan meneruskan pecutannya di udara,

“ZOOOSHHH!!!”
.
.
Dalam beberapa saat,

“JABBAR..”

JABBAR memegang lengan Johan, dan membaling tubuh Johan ke arah Luncai,

“ZOOSHH!!”

Luncai memusingkan badannya,
.
.
Johan Yassir berada di hadapannya,

“Bangsat!!” jerit Luncai, terkejut apabila melihat Johan begitu pantas berada di belakangnya,

Johan mengangkat lengan kanannya, dan melibas tubuh Luncai,

“DABBB!!!!”

“PRAKK! PRAKK!!” tubuh Luncai merempuh ranting pokok dan menjunam ke tanah.
“PAPP!!” tubuh Luncai jatuh menyembah tanah.

“PAPP!” Johan mendarat ke tanah.
.
.
Johan berjalan ke arah Luncai.
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!!”

Beberapa orang lelaki mengacukan senapang ke arah Luncai dan Johan Yassir.

“Luncai!!!” jerit seorang lelaki.
“Salem?!” ujar Luncai.

“Siapa mereka?” soal Johan kepada Luncai.
.
.
Luncai berdiri perlahan.

“Keluarga Taib. Keluarga yang menjaga kota ini, Kota Kara.” jawab Luncai.
.
.
“Luncai!!” jerit Salem Taib sambil berjalan ke arah Luncai.
“Hutangmu telah memuncak setinggi Gunung Ledang!!” jerit Salem,

“PAPP!!” Salem mencengkam leher Luncai,

“Apa kamu mahu membayar dengan nyawamu?!!” soal Salem,
.
.
“Haha.. Apa senjata-senjata yang aku sampaikan selama ini, belum cukup untuk melangsaikan hutangku?” balas Luncai.
“DABB!! DABB!!” Salem menumbuk perut Luncai.

Dan menendang dada Luncai,

“DABBB!!!”

Luncai terpelanting jauh ke belakang,
.
.
Salem mengacukan senapangnya,

“CLACK! BAMM!!”

“KETING!!!”

Tembakan Salem Taib, ditangkis oleh Johan Yassir.
“Siapa kamu?? Jangan kamu ikut campur urusanku!!” jerit Salem Taib.

Johan Yassir, menghunuskan pedangnya ke tubuh Salem Taib,
.
.
“Si bedebah ini adalah buruanku, nyawanya milikku, pantang nenek moyangku, cuba merampas habuanku, langkah mayatku dulu!!” tegas Johan.

“CLACK!”
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!” kuncu-kunci Salem Taib melepas tembakan berdas-das ke tubuh Johan Yassir.
.
.
Johan menghunuskan pedangnya,

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

“BAMM!!” satu tembakan di lepaskan oleh kuncu Salem Taib, tembakan itu hampir menebusi kepala Johan,
.
.
“ZASSS!!!” Luncai melontarkan sebilah pisau ke arah peluru itu,

“KETING!!!!” peluru itu berjaya ditangkis.

Johan memusingkan badannya, dan memandang ke arah Luncai,
.
.
“Haha. Ayuh! Kita hancurkan bedebah-bedebah ini.” ujar Luncai,

Johan mengangguk dan tersenyum tanda setuju.
Johan dan Luncai berdiri secara belakang ke belakang,
.
.
Bilangan kuncu-kuncu Keluarga Taib semakin bertambah,

Tembakan-tembakan dilepaskan berkali-kali,

Kesemua tembakan itu, berjaya di tepis oleh Johan dan Luncai,
.
.
Kemudian, Johan membuka tapak kekudanya,
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam, Syaitan Menari!!” jerit Johan Yassir,

“Seni Yui Keluarga Sufi, Tamparan Gadis Sunti!!” jerit Luncai.

“PAPP!! ZOOSHHH!!!”

Johan dan Luncai meluru ke arah kuncu-kuncu Keluarga Taib,
.
.
“PAPP!! PAPP!! TUPP!!!” Luncai melancarkan serangannya.

Serangan yang mematikan urat-urat musuh dengan tamparan dan tujahan jari telunjuknya.

Musuh-musuh yang menerima serangan dari Luncai,

Jatuh rebah ke lantai, badan mereka lumpuh, urat-urat mereka telah putus.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

Johan Yassir mencantas peha musuh, mengelar leher musuh, dan menikam dada musuh,

Salem Taib, terkesima melihat pergerakan jurus yang ditonjolkan oleh Johan dan Luncai.

“BERUNDUR!!!” jerit Salem Taib.

Kuncu-kuncu Keluarga Taib, berlari bertempiaran.
Sekarang, hanya tinggal Johan dan Luncai di dalam hutan belantara.
.
.
“Seni Yui?” soal Johan sambil menyarungkan pedangnya ke dalam sarung pedang.
.
.
“Apa kamu pernah mendengar akan jurus pergerakan ini?” tanya Luncai sambil menepuk-nepuk, membersihkan seluarnya.
“Pergerakan lembut, selembut kapas dihembus angin, namun, tajam serangannya, seperti tikaman sebilah kerambit.” balas Johan.
.
.
“Hahaha.” Luncai ketawa.

“Siapa kamu yang sebenarnya?” soal Luncai.

“Johan.. Johan Yassir.”

“ZASSSS!!!!!” Luncai mencantas pisaunya ke tubuh Johan.
“KETINGGG!!!!!” cantasan Luncai berjaya ditangkis oleh Johan Yassir.
.
.
“Apa hajatnya seorang Yassir datang ke mari??” soal Luncai.
.
.
“Untuk membawamu, pulang ke Pulau Tinggi.” jawab Johan.

“Dalam mimpimu!!!” balas Luncai.

“KETING!! KETING!! KETING!!”
“Ramadhan Sufi.. Itu nama kamu bukan??” tanya Johan.

“KETING!! KETING!! KETING!!”

“Bukan urusanmu!!” jerit Luncai.

“DABBB!! ZOOSHHH!” Luncai memecut laju ke arah Johan.

“KACHING!!!!”

“Keluarga Yassir telah berdosa kepada Keluarga Sufi!!!” jerit Luncai.
“PAPP!! PAPP! PAPP!!” Johan melakukan balik kuang berkali-kali,

“DABB!!” dan dia melompat tinggi ke udara,
.
.
“Ramadhan!! Sekiranya benar kamu dari Keluarga Sufi!! Katakan kepadaku!! Apakah dosaku kepadamu?!!”

“Dosa kamu?!! Dosa kamu adalah kamu dilahirkan sebagai Yassir!!”
“KALAM!!!” jerit Johan Yassir.

“TUAN MUDA JOHAN..” sahut KALAM.

“Kunci pergerakannya.” Johan memberi arahan kepada KALAM.
.
.
“SIAP!”
.
.
“PAPP! PAPP!” KALAM mengunci tubuh Luncai,

Dan kemudian,

“DABB!!” KALAM merebahkan tubuh Luncai ke tanah.
“PAPP!” Johan Yassir mendarat ke tanah.
.
.
Luncai meronta-ronta, cuba melepaskan diri.

“Sejarah keluargamu, dan juga keluargaku, bukan urusanku. Ramadhan, kedatanganku ke sini, hanya sekadar hendak meminta bantuan darimu, memperkasakan tenteraku, menentang Kerambit Putih!!”
“Kerambit Putih?” ujar Luncai, atau lebih senang kita panggilnya sebagai, Ramadhan.
.
.
“Kamu ingin menentang Keluarga Sadek??” soal Ramadhan.
.
.
“Benar.”

“Maka, lepaskan aku. Usah khuatir, aku tidak akan bertindak bodoh.”

KALAM melepaskan kunciannya.
Ramadhan berdiri secara perlahan-lahan,
.
.
“Keluarga Sadek, telah merampas ahli keluargaku.

Saudaraku. Adinda kepada Ayahandaku.

Asiah Sufi.” ujar Ramadhan.
.
.
“Kamu adindanya Jalal?” soal Ramadhan.

“Benar.”
“Kenapa bukan Jalal Yassir yang menjemputku??” soal Ramadhan lagi.
.
.
.
“Kanda Jalal, telah lama meninggal. Dibunuh oleh anakandanya Malik Sadek, Mursyid Sadek.”
.
.
“Jalal?? Kakandamu...?” soal Ramadhan secara terkejut.

Johan mengangguk perlahan.
Ramadhan memejamkan matanya,

Jalal Yassir, merupakan teman sepermainan Ramadhan Sufi pada suatu ketika dahulu,
.
.
“Masih segar ingatanku, sewaktu Ayahandamu, Jamrud Yassir, ingkar kepada persahabatan yang telah keluarga kita bina selama bertahun-tahun lamanya.” ujar Ramadhan.
“Sewaktu keluargamu memerlukan bantuan ketenteraan, pasti keluargaku akan membantu.

Sewaktu keluargaku memerlukan bantuan ketenteraan, pasti keluargamu akan membantu.

Keluarga kita, seperti saudara kandung, hidup dan mati bersama-sama!” kata Ramadhan.
.
.
“Ayahandaku, Syawal Sufi, bagaikan saudara sedarah sedaging dengan Ayahandamu, Jamrud Yassir..

Namun, di atas beberapa hal yang timbul di dalam keluarga,

Demi mendapatkan bantuan senjata yang termasyur Keluarga Sadek..”
.
.
“Nendaku, Fatimah Sufi, menikahkan Malik Sadek dengan anakanda kesayangannya, Asiah Sufi,

Asiah Sufi, yang juga merupakan kekasih hati, pengarang jantung kepada Ayahandamu, Jamrud Yassir,

Maka sejak dari hari itu, Jamrud menyimpan suatu dendam kepada Keluargaku...”
.
.
“Walaupun, sedang pun Jamrud telah menikah dengan Sri Chendana, dan melahirkan kakandamu, Jalal Yassir,

Persahabatan keluarga kita masih utuh, di atas hal kerjasama ketenteraan,

Sehingga pada suatu ketika,

Tentera-tentera Siam datang menyerang Keluarga Sufi...”
.
.
“Tiada, walau satu bantuan sekalipun, dari Keluarga Yassir dan Keluarga Sadek!! Datang membantu keluargaku!!” jerit Ramadhan.
.
.
.
“Kaaamu, hanya tertawa di balik layar, melihat ahli-ahli keluargaku ditikam dan dibunuh dengan kejam!!”
“Di mana Keluarga Yassir yang terkenaalll dengan keperkasaan mereka membaham musuh?!!

Di mana Keluarga Sadek yang termasyuurrr dengan kehebatan senjata-senjata api yang menghancurkan kapal musuh??!!

DIMANA MEREKA SEMUA??!!”
.
.
“JOHAN!! KAMU SEBAGAI SEORANG YASSIR!!

APA YANG AKAN KAMU LAKUKAN?!! SEKIRANYA KAMU BERDIRI DI ATAS TAPAK KAKIKU??!!

JAWABB!!!” tengking Ramadhan.
.
.
.
“PAPP!” Johan Yassir merebahkan tubuhnya, dan duduk bersila mengadap Ramadhan Sufi.
“ZAPPP!!!” Johan Yassir menikam dan memacakkan pedangnya ke tanah.
.
.
“Sekiranya dengan membunuhku, dapat meredakan amarah dan dendammu, silakan..

Pedang ada di depanmu,

Aku rela mati di tangannya Ramadhan,

Demi menamatkan persengketaan keluarga kita.” jawab Johan Yassir.
.
.
Ramadhan terkesima setelah melihat cara dan jalan penyelesaian yang ditampilkan oleh Johan Yassir.
.
.
Dia berjalan menghampiri Johan Yassir yang sedang duduk bersila.

“PAPP!” Ramadhan menggenggam kemas pedang di depan Johan.

“Sekiranya itu yang kau pinta..” Ujar Ramadhan.
.
.
Johan Yassir memejamkan matanya, bersedia untuk menerima apa jua jenis serangan oleh Ramadhan,
.
.
“ZASSSSSS!!!!!” Ramadhan memancungkan pedangnya ke leher Johan.
.
.
.
Namun, pancungannya dihentikan,

Mata pedang hanya tinggal seinci jaraknya dengan leher Johan.
“ZAPPP!!!” Ramadhan menikam dan memacak pedang itu kembali ke tanah.
.
.
“Kamu, sama gilanya seperti kakandamu, Jalal Yassir.” ujar Ramadhan.
.
.
Johan membuka matanya,

“Lekas katakan. Bicara secara terperinci, segala hal dan hajat kamu datang kemari.” sambung Ramadhan.
Johan Yassir berdiri perlahan,

“Senjata-senjata api, segala ilmu persenjataan yang kamu ada, sampaikan semuanya, kepada tentera-tentera Selendang Hitam.”
.
.
“Hahahaha!!! Kamu ini sempat berjenaka. Jamrud berdiam diri sewaktu Keluarga Sufi dibunuh tentera Siam...”
.
.
“Malah kamu, anakandanya Jamrud!! Meminta bantuan dariku!! Memperkasakan tentera-tentera keluargamu??!! Hahahaha!!!” Ramadhan ketawa terbahak-bahak.
.
.
.
“Apa Asiah Sufi tahu akan keberadaanmu Ramadhan?” soal Johan.
.
.
Ramadhan berdiam diri.
“Mengapa? Antara semuanya, hanya kamu yang bisa hidup dan terselamat dari serangan tentera-tentera Siam??” sambung Johan.
.
.
.
Ramadhan terus berdiam diri.
.
.
Ini kerana, Ramadhan menyimpan satu rahsia yang hanya Keluarga Sadek dan Keluarga Sufi, tahu akan kebenarannya.
.
.
.
“Aku, telah disumpah, oleh kerakusan dan nafsu, tiga buah keluarga.

Keluarga Yassir,

Keluarga Sadek,

Dan,

Keluarga Sufi, keluargaku sendiri..” jawab Ramadhan.
.
.
“Disumpah?” soal Johan.
“Suatu ketika dahulu, sewaktu aku berusia lima tahun, begitu juga Kakandamu, Jalal Yassir, dan juga Mursyid Sadek,
.
.
Kepala keluarga, bagi tiga buah keluarga ini,

Cuba untuk menentang hukum alam,

Dengan mencipta sejenis ubat yang dianggap, menentang kuasa Tuhan.”
.
.
“Kegilaan Yassir di dalam ilmu hitam, penghubung antara dua alam,

Kemasyuran Sadek di dalam ilmu persenjataan, dan kejuruteraan,

Kepandaian Sufi di dalam ubat-ubatan dan juga herba,”
.
.
“Jamrud Yassir, Malik Sadek dan Syawal Sufi, cuba untuk mencipta sejenis ubat...”
.
.
“Yang mampu memberi kepanjangan hayat kepada manusia!!”
.
.
“Tidak lut ditikam pedang, tidak rebah ditembak senapang, tidak putus kepala dipenggal,
.
.
Ubat ini digelar sebagai, Mukhadirat Al-Abadi!!”
.
.
Johan Yassir terkelu mendengar cerita dari Ramadhan.
“Ubat ini telah diuji kaji beberapa kali, sehingga mengorbankan banyak nyawa, harganya lebih berat dari membina sepuluh buah armada kapal perang,”
.
.
“Sehingga pada satu saat, ianya telah hampir menjadi sempurna,”
.
.
“Dan dari situ, berlaku pertelagahan di antara keluarga..”
“Hanya satu balang ubat yang mampu diciptakan,

Maka cukup untuk seorang korban yang harus diuji kaji,

Dan manusia yang bisa diuji kaji, harus berumur muda, kanak-kanak yang suci darahnya, kuat tubuh badannya,

Ianya kembali kepada anak-anak sulung tiga buah keluarga besar..”
.
“Jalal Yassir, Mursyid Sadek, dan aku, sebagai Ramadhan Sufi..”
.
.
“Setelah bermusyawarah, Keluarga Sadek dan Sufi telah bersepakat untuk menjadikan aku sebagai manusia uji kaji...”

“Akan tetapi, kesepakatan ini telah ditentang keras oleh Ayahandamu, Jamrud Yassir.”
.
.
“Jamrud berkeras untuk menjadikan anakandanya, Jalal Yassir sebagai manusia uji kaji. Jamrud melihat ini sebagai kesempatan baginya, untuk memperoleh tenaga manusia yang luar biasa di dalam keluarganya.”
.
.
“Namun, kemahuan Jamrud tidak diendahkan oleh ahli-ahli Musyawarah.”
.
.
“Maka, Jamrud Yassir mengundurkan dirinya dari turut serta di dalam uji kaji ini..”
.
.
“Dengan itu, hanya tinggal Keluarga Sadek dan Keluarga Sufi..”
.
.
“Bondaku, menentang keras uji kaji ini, dia khuatir, sekiranya nyawaku melayang seperti korban-korban sebelumnya..”
.
.
.
.
“Ayahandaku, Syawal Sufi, berbekalkan niat seperti Jamrud Yassir, berkeras meneruskan uji kaji ini...

Dan kemudian, pada hari yang telah ditetapkan...

Aku telah disuntik oleh...

Mukhadirat Al-Abadi!!”
.
.
“Dan hasilnya....” Ramadhan menutupkan matanya.
.
.
“Badanku mengecut, tangan dan kakiku lumpuh kekal, rambutku gugur, tubuhku dipenuhi oleh nanah-nanah kuning yang mengerikan!!”
.
.
“Bondaku menangis berair mata melihat keadaanku yang tidak ubah seperti seekor binatang!!”
.
.
“Aku cuma berusia lima tahun ketika itu.. Seharusnya aku berlari berkejar-kejaran bermain di sungai,

Bukannya menjadi tikus yang semudah itu diperkotak-katikkan..”
.
.
“Uji kaji itu, dianggap sebagai gagal.. Aku dikurung di dalam satu kamar yang tidak ketahuan kewujudannya..

Malu akan keberadaanku, Ayahandaku memalsukan kematianku..

Aku diberi makan setiap hari, tidak ubah seperti binatang peliharaan..”
.
.
“Dua tahun kemudian, tentera-tentera Siam datang menyerang tanah kelahiranku..

Pada ketika itu, tentera-tentera Siam cuba merampas ramuan Mukhadirat Al-Abadi dan segala macam ramuan perubatan yang disimpan kemas oleh keluargaku..

Tidak mereka jumpa..”
.
.
“Ahli-ahli keluargaku dibunuh dengan kejam.. Keluarga Yassir dan Keluarga Sadek hanya berdiam diri..”
.
.
“Pada hari itu juga, satu keajaiban telah berlaku...”
.
.
“Tubuhku mula pulih secara pantas. Nanah-nanah di badanku juga telah sembuh secara serta-merta..”
.
.
“Tangan dan kakiku yang telah lumpuh, telah kembali berurat-urat. Badanku menjadi sasa dan perkasa, tenagaku seperti seorang lelaki dewasa...”
.
.
“Dengan hanya sekali hentakan kaki, aku memecahkan pintu kamarku..”
.
.
“Dan menyerang dan membunuh kesemua tentera Siam..”
“Kemudian, aku melarikan diri, jauh dari mata orang..”

“Tenagaku bertambah berlipat kali ganda...”

“Bukan sekadar itu, aku juga telah dikurniakan dengan ilmu-ilmu dunia dan ilmu-ilmu ghaib, yang diwariskan oleh Yassir, Sadek dan Sufi..”
.
.
“Binatang buas yang mereka inginkan... Telah berhasil!!!”

“Uji kaji yang mereka lakukan kepada tubuhku, ianya bukanlah satu uji kaji yang gagal!!”
.
.
Ramadhan menghunuskan pisaunya, dan mengerat lehernya,

“ZASSSSS!!!”

“Lihat dengan mata kepalamu sendiri Johan!!”
Leher Ramadhan yang telah dikerat tadi,

Secara perlahan-lahan, kembali beransur pulih..
.
.
“Aku telah mencapai satu kehidupan yang kekal abadi!!!” jerit Ramadhan Sufi.
Johan Yassir, tergamam. Ini menjawab kepada segala hal yang berkait rapat dengan Ramadhan, yang diceritakan oleh Buyong Hitam, Santong Bengis, Taring Ular dan Hussin Gemuk.

Akan tetapi, tidak mereka tahu, bahawa Ramadhan Sufi sebenarnya, adalah anakanda sulung kepada Syawal Sufi
“Maka Ramadhan, apakah urusanmu bermusafir sehingga ke Kota Kara ini??”
.
.
“Untuk merasa lebih bebas.” jawab Ramadhan.
.
.
“Kamu dikejar oleh kuncu Keluarga Taib, kamu punya kekuatan, kenapa harus kamu tunduk kepada mereka??” soal Johan.

“Untuk hidup lebih lama di sini..”
.
.
“Hutang piutang mu?”

“Aku mengambil harta Keluarga Taib, dan memberikannya kepada fakir miskin..”

Johan Yassir, merasa simpati terhadap Ramadhan Sufi.
.
.
Seorang lelaki yang hitam masa lepasnya,

Cuba untuk menggembirakan hatinya, bermusafir jauh sehingga ke Kota Kara.
.
.
Malah, menjadi seorang penghibur yang lucu bermuka badut, tersenyum lebar.

Cuba menyampaikan kebahagian dan kegembiraan,

Dengan cara yang memalukan..
.
.
“Ramadhan...”

“Aku memohon maaf dan simpati, terhadap nasibmu.” ujar Johan Yassir.
.
.
Ramadhan Sufi, menepuk-nepuk bajunya, membersihkan pakaiannya,
.
.
“Ayuh. Ikut aku ke tempat persembunyianku.” ajak Ramadhan.
.
.
Kemudian, mereka berdua berlalu ke arah timur, menuju ke markas persembunyian Ramadhan Sufi.
.
.
Perjalanan mereka mengambil masa hampir lima jam.
Di sebuah hutan belantara,

Di timur Kota Kara,

February 1791, 7:30 PM,
.
.
——

Johan Yassir dan Ramadhan Sufi, selamat tiba di markas persembunyian milik Ramadhan.
.
.
“Pondok buruk ini adalah tempat tinggalmu?” tanya Johan Yassir.

“Bacul mulutmu!! Ini adalah singgahsanaku!!”
“Kalau begini, dihembus angin saja pasti roboh hahaha.” Johan ketawa.
.
.
Ramadhan berjalan ke arah sebuah perigi, dia menarik tali, dan menggapai sebiji timba,
.
.
Kemudian, dia membersihkan mukanya yang dipenuhi dengan contengan merah putih.
.
.
Kemudian, dia membersihkan badannya, dan menyalin pakaiannya,
.
.
“Terpencil, seorang diri di dalam hutan belantara. Apa binatang buas tidak pernah menerkam mu di sini?” soal Johan.
.
.
“Aku adalah binatang terbuas di dalam hutan ini.” balas Ramadhan.
.
.
Johan hanya mengangguk
“Mundur!” arah Ramadhan kepada Johan, sambil menolah tubuh Johan.

Johan berundur beberapa langkah ke belakang,
.
.
Kemudian, Ramadhan menarik sebatang tuil yang tersorok di belakang pintu pondoknya.

“CLACK!!”

Secara tiba-tiba, lantai pondok telah terbelah dua.

“SREEETT!”
“Gila!!! Dasyat!!!” ujar Johan Yassir, kagum melihat mekanisme terowong rahsia yang dipamerkan oleh Ramadhan Sufi.

Johan Yassir menepuk tangannya berkali-kali.

Ramadhan memandang ke mata Johan,

“Kamu fikir, ini jenaka?” soal Johan.

“Maafkan aku.”

Johan menjatuhkan tangannya.
“Ayuh!! Ikut aku ke dalam.” ajak Ramadhan.
.
.
Mereka berdua menuruni tangga bersama-sama.

Kemudian, Ramadhan menarik sebarang tuil di belakang tangga,

“CLACK!!”

Cahaya muncul dari empat batang tiub yang dipasang dari ruangan bawah tanah, sehingga menembusi permukaan tanah.
Johan Yassir, teruja melihat kecanggihan ruangan bawah tanah yang dibina oleh Ramadhan Sufi.
.
.
“Ini, ini adalah ruangan senjata?? Tempat untuk kamu menempa senjata api??” soal Johan Yassir.

“Tidaklah. Ini adalah tempat untuk aku memancing ikan.” balas Ramadhan.
.
.
Johan terdiam selepas dirinya dipersendakan oleh Ramadhan.
.
.
Johan memegang sepucuk terakol di atas meja,

“Itu adalah Pangeran Sulung.” kata Ramadhan setelah melihat Johan memegang sepucuk terakol di atas meja.

“Pangeran Sulung?” soal Johan.
.
.
“Ya. Kegunaannya, sama seperti terakol yang kau lihat sebelum ini, terakol yang diguna pakai oleh Keluarga Sadek.

Terakol Muda bukan?” balas Ramadhan.

Johan mengangguk perlahan.

“Aku pernah melihat tentera Kerambit Putih menyelitkan senjata itu di pinggang mereka.” sambungnya.
Kemudian, Ramadhan menekan sebiji tombol di dinding,

“SREEETTTTT!!!!”

Dinding bawah tanah itu, terbuka terbelah dua,
.
.
Johan terkesima, melihat isi di dalam dinding itu,

Kerana apa yang dilihat oleh Johan ialah, senjata-senjata api yang belum pernah dia saksikan sebelum ini.
“Bagaimana?? Hebat bukan?” tanya Ramadhan kepada Johan sambil tersenyum dengan riak wajah yang bangga.
.
.
Johan berjalan masuk ke dalam dinding itu,

“Aku tanya, hebat bukan??” soal Ramadhan lagi.

“Shhhhh!!”

Johan membelek-belek senjata api di dalam dinding itu.
“CLACK!! CLACK!!” Johan mencuba selaras senapang panjang,
.
.
Johan mengukirkan riak wajah yang gembira.
.
.
“Ramadhan, dengan senjata-senjatamu ini.. Kita pasti..” Johan menoleh ke belakang, dan mematikan ayatnya.

“DABB!!”

Ramadhan Sufi, jatuh rebah ke atas lantai.
“Ramadhan!!” jerit Johan Yassir. Dia memapah tubuh Ramadhan, dan terus menaiki tangga.
.
.
“Darah... Darah...” ujar Ramadhan lemah.

“Darah??” soal Johan.

“Darah.. Darah gadis muda..”

“Kamu juga??”

“Apa kamu lupa Johan, keluargamu juga ikut campur mencipta ubat itu?”
.
.
“Ini adalah bayarannya.. Telah hampir dua purnama aku tidak menelan darah manusia...” sambung Ramadhan.
.
.
“Kamu tunggu di sini, biarkan aku mencari korban untukmu!!” kata Johan Yassir.
.
.
“Teratai...” ujar Ramadhan.

“Teratai?”

“Gadis yang aku jumpa siang tadi, di lorong.”
“Darahnya, bisa menyembuhkan tubuhku.” jawab Ramadhan dengan lemah dan tak bermaya.
.
.
Johan merebahkan tubuh Ramadhan di atas lantai,
.
.
“SIAP!” ujar Johan Yassir.
.
.
Kemudian, dia memecut laju, meluru keluar dari hutan belantara,

Mencari seorang gadis yang bernama,

Teratai
.
.
——

Di tengah-tengah ibu kota,

Kota Kara,

Dalam sebuah rumah tumpangan,

Pada hari yang sama, malam yang sama,

10:30 PM
.
.
Angin berhembus lembut menerjah ke arah tingkap di dalam bilik rumah tumpangan itu,

Langsir berkibar-kibaran,

Cahaya lampu pelita,
.
.
Seorang gadis, yang memakai sepersalinan kebarung putih,

Bermain-main dengan selendang putihnya,

Membelai-belai lembut dengan jari jemarinya,

Di tepi tingkap, sambil memandang langit dan bulan,

Masih lagi jelas wajah seorang lelaki, di dalam ingatannya,
.
.
Lelaki yang mampu menawan hatinya,

“Mariam? Dari tadi, kamu asyik tersenyum melihat bulan, ada perkara yang ingin kamu bicarakan?” tanya Laila Hawa.

“Tiada apa-apa.”

Mariam, terus tersenyum,

Resah dadanya, dek kerana lamunan cinta,

Resah hatinya, dek kerana, getaran di jiwa.
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!!”

Johan Yassir, meluncur laju di dalam keheningan malam Kota Kara,
.
.
——

12:30 PM

“PAPP!! PAPP!! ZOOSHH!!”

Johan menuju ke arah lorong di celah-celah bangunan,

Mencari sang wanita yang bernama, Teratai.
“PRAP! PRAP!” bunyi bakul-bakul yang dilibas oleh angin pecutan larian Johan Yassir.
.
.
Mariam Sadek terjaga dari tidurnya. Laila Hawa, masih nyenyak terlelap di sebelahnya.

Dia berjalan menuju ke tingkap bilik, dari aras dua bangunan,

Dia menghalakan kepalanya ke luar tingkap
Dia memandang ke arah Johan Yassir yang sedang memecut laju di celah-celah bangunan,
.
.
Dalam masa beberapa minit,
.
.
“BAMM!!” Johan menendang pintu sebuah bilik.

“Siapa kamu?!!” jerit seorang lelaki yang sedang bertelanjang bersama-sama dengan seorang wanita.
Johan mengangkat tangannya, dan menudingkan jarinya ke arah wanita itu,

“Kamu yang namanya, Teratai, bukan?”

Wanita itu mengangguk perlahan dalam ketakutan,

“ZOOSHHH!!” Johan menerkam tubuh Teratai.

“PAPP!!”

“Bangsat!! Lepaskan dia!!” jerit lelaki yang bertelanjang.
“Tolong!!!” jerit Teratai.

“Lepaskan aku!!!!” sambungnya.
.
.
Lelaki yang bertelanjang tadi melancarkan satu tumbukan ke arah Johan Yassir,

“DABB!! DABB!!” Johan menangkis tumbukan itu dan menumbuk dada lelaki itu sehingga terpelanting tubuhnya melanggar dinding.
.
.
.
.
——-

Mariam Sadek menutup mukanya dengan sehelai selendang putih

Dia genggam dua bilah pedang pendek,

Pedang Sutera Wangi,

Dan kemudian, dia melompat keluar melalui tingkap

“PAPP!!”

“SHING!!” Mariam menghunuskan pedangnya,

“PAPP!! ZOOSHHH!!” dia memecut ke arah Teratai.
.
.
Johan Yassir menekan titik akupuntur di leher Teratai,

Teratai pitam tidak sedarkan diri,

Kemudian, dia memikul tubuh Teratai di atas kepala bahu kanannya,

Dan berjalan keluar dari kamar Teratai,
.
.
“ZOOSHHH!!” Johan memecut laju
.
.
Dalam masa beberapa saat.
.
.
“ZASSS!!!!!” Mariam Sadek menerpa dan melibaskan pedangnya ke leher Johan Yassir

“KACHING!!!” libasan Mariam ditangkis oleh Johan,
.
.
Masa seolah terhenti seketika,

Mata bertentangan mata,
.
.
“Kamu?” ujar Mariam
“DABB!!” Mariam Sadek menendang dada Johan Yassir.

Johan terpelanting jauh ke belakang,
.
.
Johan menepuk-nepuk bajunya, membersihkan pakaiannya,
.
.
Kemudian, dia meletakkan Teratai ke tanah,

“Cantik pergerakanmu, secantik matamu.” kata Johan.

“ZOOOSHH!!” Johan memecut.
“KACHING!!!!”

Pedang Sutera Wangi milik Mariam Sadek dan, Pedang Silaun Putih milik Johan Yassir, bertembung,

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

“PAPP! ZOOSHHH!!!”

Kedua-dua mereka, melompat tinggi ke udara,

Rambut Mariam dibelai lembut oleh hembusan angin malam,
.
.
Johan Yassir, terpaku melihat keindahan lenggok badan Mariam Sadek,

Keindahan rambutnya yang panjang mengurai, dan juga panahan mata yang berkilauan milik Mariam Sadek,

Telah menawan dan merangkul hati Johan Yassir,
.
.
“Aku kira, kamu ini orangnya baik-baik.” ujar Mariam Sadek
“Akan tetapi, kamu ini, sama sahaja dengan lelaki lainnya.”

“PAPP!!!” Mariam mendarat ke atas bumbung bangunan dan melompat tinggi, menjunam ke arah Johan Yassir,

Kemudian, dia mendepakan tangannya, dan melibas-libas mata pedangnya ke tubuh Johan Yassir,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!”

Setiap libasan dari Mariam, berjaya ditangkis oleh Johan.

Johan hanya melemparkan senyuman di saat Mariam, mencuba sedaya upayanya, menikam tubuh Johan.

“PAPP!!” Johan melakukan balik kuang di atas bumbung, dan melompat jauh ke belakang.
.
.
“Ayuh.. Kemari..” ujar Johan kepada Mariam sambil tersenyum.
.
.
Mariam merasa tercabar, dia melompat di atas bumbung bangunan berkali-kali dan menjunam ke arah Johan,
.
.
Kemudian dia menghunuskan pedangnya,

Mereka berdua berterbangan, bebas di udara.
“Hahaha!! Gadis ayu berselendang putih, apa itu sahaja kemampuanmu?“

“Jangan kamu bersikap angkuh denganku! Kau akan ku tangkap!!”

“Hahaha.” Johan ketawa.

“PAPP!! ZOOSHH!!” Johan memecut meninggalkan Mariam.

“PAPP!! ZOOSHH!!” Mariam mengejarnya.
“Berhenti! Hentikan larianmu! Serahkan saja dirimu! Supaya dapat ku tangkap penjahat sepertimu!” jerit Mariam dalam merayu.
.
.
“Itu tidak bisa.” balas Johan

“PAPP!!!” Johan melompat tinggi ke langit.

“PAPP!!!” Mariam juga ikut turut melompat tinggi menghampiri Johan.
Jarak di antara mereka, hanya tinggal,

Sepuluh depa..

Lima depa..

Tiga depa..

Satu depa..

Kemudian, Johan memusingkan tubuhnya mengadap tubuh Mariam,

Kedua-dua mereka, berada tinggi di udara,

“ZASSSS!!!” Mariam melibaskan pedangnya ke tubuh Johan.
“PAPPP!!!” libasan pedang Mariam, di sanggah oleh kedua-dua belah tapak tangan Johan,

Tepat di tempat mereka berterbangan,

Bulan purnama menjadi saksi pertembungan mereka,
.
.
“Cantik matamu, secantik bulan pada malam ini.” ujar Johan.
Mariam melibaskan sebilah lagi pedang di tangan kirinya,

“ZASSS!!!”

Namun, libasan Mariam berjaya di elak oleh Johan,

Kemudian, Johan mengunci lengan Mariam dan memusingkannya ke belakang tubuh Mariam.
.
.
“TUPP!” Johan menekan titik akupuntur di leher Mariam.
Mariam pitam, tidak sedarkan diri.
.
.
.
.
“PAPP!!” Johan mendarat ke tanah, bersama-sama dengan Mariam yang berada dalam pelukannya.

Kemudian, dia bergerak ke arah Teratai, dan memikul tubuh Teratai.
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!”

Johan memecut, pulang ke markas Ramadhan.
.
.
Markas Persembunyian Ramadhan Sufi,

Timur Kota Kara,

Pada malam yang sama,

4:00 AM,
.
.
——-

Johan merebahkan tubuh Mariam dan Teratai di atas sebuah katil,
.
.
“Ramadhan?!!” jerit Johan, mencari dan memanggil Ramadhan.
Johan berjalan keluar dari Markas Persembunyian Ramadhan,
.
.
Dia melihat seorang lelaki yang sedang meneguk sebotol arak di atas sepohon pokok,
.
.
Johan berjalan ke arah lelaki itu.

“GULP! GULP! GULP!!”

“Ahhh...”

“Johan? Kamu sudah sampai?? Hahaha!” gelak Ramadhan.
“PAPP!!” Ramadhan melompat dan mendarat ke atas tanah, dengan tubuh yang terhuyung-hayang,

“Hoi. Bangsat..” kata Johan sambil berjalan perlahan ke arah Ramadhan.

“Hahaha! Aku cuma bercanda saja Johan! Jangan di simpan di dalam hati! Hahaha!” Ramadhan ketawa terbahak-bahak.
“ZOOSHHH!!!” Johan menyerang Ramadhan,

Berang kerana ditipu oleh Ramadhan, Johan menerpa ke arah Ramadhan dengan niat membunuh yang membuak-buak.

“PAPP!” Ramadhan sempat mengelak, dan cuba untuk membalas serangan dari Johan.

“Kanda Luncai??!” panggil Teratai dari jauh.
Ramadhan menghentikan serangannya,
.
.
“Teratai!! Kekasihku!! Gadis kesayanganku!! Haha!!” jerit Ramadhan sambil memecut laju ke arah Teratai.
.
.
“Kanda?”

“Teratai?”

Mereka berdua berpelukan.

Johan, terpinga-pinga.
.
.
“Sudah hampir subuh, berehatlah dahulu.” kata Ramadhan kepada Teratai.

“Mana mungkin kanda, aku menunggumu dari siang tadi. Biarlah aku melepas rasa rinduku kepadamu.” balas Teratai.

“Bohong. Malam tadi, perempuan ini bersama...” kata Johan,

“Kamu diam!” celah Teratai
.
.
Johan terdiam.

Ramadhan terus tersenyum, di dalam dakapan Teratai.
.
.
“Bulan purnama..” ujar Ramadhan sambil melihat bulan.
.
.
“Ayuh, kita ke sana.” ajak Ramadhan.

“Ke mana?” tanya Teratai.

“Ke sebuah tempat yang indah. Seindah wajahmu sayang.”
.
.
Teratai tersipu malu.
Kemudian, Ramadhan memikul tubuh Teratai,

Teratai merangkul kedua-dua belah lengannya ke leher Ramadhan,
.
.
“PAPP!!!!”

Ramadhan melompat tinggi ke udara,

“Johan!! Kita sambung saja bicara kita pada esok pagi!!” jerit Ramadhan.

Johan masih terpinga-pinga.
“Cocok. Sepadan. Yang gila sama yang gila.” kata Johan.
.
.
Johan Yassir, berjalan masuk ke dalam markas persembunyian,

“CLACK! BAMM!”

Pintu markas dibuka oleh Johan.
.
.
“DABBB!!!” dada Johan ditendang oleh seseorang,

Johan terpelanting jauh ke belakang, keluar dari markas.
Satu susuk tubuh, menerkam laju ke arah tubuh Johan, yang telah terbaring di atas tanah,

Kemudian, dia menghunuskan pedangnya ke leher Johan,

“SHING!!”
.
.
.
“Siapa kamu yang sebenarnya?? Dan di mana aku berada sekarang?? Jawab!!”
“Pedang di tangan mu ini, kamu mempertaruhkan nyawamu ke atasnya.” kata Johan.

“Apakah maksudmu?”

“PAPP! PAPP!” Johan merampas pedang di tangan wanita itu dan merebahkan tubuhnya ke tanah.

Wanita itu terbaring di atas tanah,
.
.
.
Selendang putih dimukanya, tertanggal,
Johan, telah bersedia untuk menyerang wanita itu namun,
.
.
Setelah matanya menatap keayuan wajah wanita di depan matanya ini,

Degupan jantungnya terhenti,

Peluh menitik di pipinya,

Masa, masa juga seolah-olah, berdetik perlahan,

“TAK!”

Pedang di tangan Johan, jatuh ke tanah
“Sepanjang hayatku, aku kenal benar akan manusia, yang namanya wanita,

Segar wajahnya, bauan harum darahnya, dan merah manis belahan bibirnya,

Libasan rambut, lenggok tubuh yang berjalan, suara gemersik menggoncang jiwa,” kata Johan.
.
.
Mariam menggelupur, cuba melepaskan diri
“Namun, tidak pernah aku jumpa, mana-mana wanita, yang mampu membunuh kewarasanku,

Sampai saat ini, sehingga aku melihat wajahmu,

Maka lekaslah katakan kepadaku, wahai srikandi,

Dari syurga manakah, dari langit ke berapakah, kamu jatuh datang ke bumi??” sambung Johan.
.
.
Muka Mariam, berubah menjadi merah padam.
.
.
Terukir senyuman di bibirnya secara tidak sengaja,

“PAPP!!”

Mariam melepaskan dirinya dari tubuh Johan Yassir,
.
.
Mariam berdiri di hadapan Johan, sambil membuka tapak kekudanya.
“Siapakah namamu, wahai si cantik jelita?” tanya Johan Yassir.
.
.
“Mariam.” jawab Mariam Sadek.

“Sungguh cantik namamu. Dari manakah asalmu?”

“Dari jauh, dan itu bukan urusanmu.”
.
.
“Apa yang telah kamu lakukan, terhadap wanita yang kamu culik??”

“Dia ada bersama sahabatku.”
.
.
“Nama aku.. Namaku, Johan.”

“Siapa tanya?”

“Untuk kamu tahu, sebagai pembuka bicara kita, bersahabat dan bersuai kenal.”

“Aku tidak akan bersahabat dengan orang yang melakukan kecelakaan.”

“Aku tidak berbuat apa-apa, seperti yang telah kamu maksudkan.”
“Bohong! Lelaki itu sama sahaja. Pendusta. Perosak keamanan. Pembunuh segala harapan.”

Johan Yassir, hanya berdiam diri.

Tiba-tiba, perut Mariam berbunyi. Wajah Mariam bertambah kemerahan.

“Kamu lapar?”

“Tidak!”

Johan tersenyum.
“Tunggu saja kepulanganku, di sini.” kata Johan,
.
.
“Aku bisa kabur, meninggalkan tempat ini.”

“Terserah kamu.”

Perut Mariam berbunyi, sejurus dia membuka langkahnya,

”Mati di pertengahan jalan dek kerana kelaparan, atau kamu bisa menungguku, membawa santapan untukmu.”
Mariam hanya berdiam diri, dan kemudian,

Dia mengangguk perlahan,
.
.
“Aku akan pulang sebelum subuh, sementara itu, berehatlah di dalam markas sahabatku.” kata Johan,

Kemudian,

Johan menghentakkan kakinya ke tanah, dan melompat ke atas dahan-dahan pokok.
“PAPP! PAPP! ZOOSHH!!”
.
.
.
“KALAM...” Johan memanggil, berbisik perlahan.

“TUAN MUDA JOHAN.”
.
.
“Kamu tinggal di markas sana. Jagakan Mariam, di sepanjang ketiadaanku.” arah Johan.
.
.
“SIAP!”

“ZOOSHH!!” KALAM terbang laju ke markas persembunyian Ramadhan.
Satu jam kemudian,

Johan Yassir pulang ke markas persembunyian Ramadhan dengan membawa pulang seekor kijang,
.
.
Johan berjalan ke arah markas, dengan memikul kijang di bahu kanannya,
.
.
Ramadhan dan Teratai masih belum pulang.
.
.
“Mariam pasti senang melihat tangkapanku ini.”
Johan tersenyum, mengenangkan Mariam yang sedang kelaparan,
.
.
Sesampainya dia di markas,
.
.
Johan menghentikan langkahnya,

Bulu roma ditubuhnya menegak,

Dia mula merasakan satu keberadaan makhluk-makhluk ghaib, di sekeliling markas persembunyian Ramadhan.
Johan memejamkan matanya, dan merebahkan kijangnya ke tanah,

Dia menggerakkan kakinya, berundur ke belakang beberapa langkah,
.
.
“KALAM?” panggil Johan Yassir.

“PRAK! PRAK!” bunyi sesuatu di balik sepohon pokok.

Satu susuk tubuh jembalang di baling laju ke arah tubuh Johan.
“BAPPP!!” jembalang itu rebah di kaki Johan Yassir.

“KALAM?!” jerit Johan.

KALAM cuba berdiri perlahan-lahan.

“SHING!!” Johan menghunuskan pedangnya,

Matanya melilau ke kiri, ke kanan, ke depan, dan ke belakang,

Cuba mengesan keberadaan musuh.
“PAPP!!” tubuh Johan dirangkul oleh seseorang dari atas kepala Johan, dan kemudian, Johan di baling ke dalam hutan,

“PRAK!! PRAK!!!”

Lambungan tubuh Johan merempuh dahan-dahan dan ranting-ranting pokok,

“DABB!!” Johan mendaratkan tapak kakinya ke sebatang pokok,
.
.
“ZOOSHHH!” dia kembali memecut ke markas.

Dia melakukan beberapa kali gulungan badan, dan kemudian mendarat ke atas tanah,

Sambil membuka tapak kekudanya,
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam.. Syaitan Menari!!”

Johan bersedia, menerima serangan kedua.
“KALAM!!” jerit Johan.

“TUAN MUDA JOHAN...” jawab KALAM sambil bergerak perlahan ke arah Johan.

“Apa yang telah berlaku?!! Di mana Mariam??”

“MARIAM BERADA DI DALAM MARKAS.”

Johan menghela nafas lega.

“Siapa mereka??!!” tanya Johan.
“KELUARGA WULANSARI!” tegas KALAM.

“Wulansari??” ujar Johan Yassir.
.
.
Seramai 10 susuk tubuh yang seakan seperti seorang manusia,

Muncul dari balik pokok-pokok,

Mereka memakai sepersalinan pakaian yang berwarna putih keemasan,
.
.
.
“KELURGA WULANSARI,

KELUARGA YANG DATANG DARI ALAM SANA,

ALAM BUNIAN!!” sambung KALAM.
.
.
Johan Yassir menggenggam kemas pedang di tangan kanannnya,

Dia menghunuskan sebilah lagi pedang di tangan kirinya,
.
.
Seorang lelaki yang berwajah tampan, dengan sepersalinan serba mewah dan bercahaya,

Berjalan perlahan menghampiri Johan Yassir,

Langkahnya diiringi oleh pengawalnya,

“SHING!!” dia menghunus sebilah pedang putih,

“Mundur..” ujar Johan.
.
.
Lelaki itu menghentikan langkahnya,
Satu rembesan aura kebatinan yang berwarna kehitaman,

Menyelubungi tubuh Johan,

Matanya bertukar kemerahan,

“Tidak kira dari syurga atau neraka, mahupun dari segenap alam sekalipun,

Tidak akan pernah ada, jasad yang sempat bercerita, tentang ketajaman pedangku.” sambung Johan
“Namanya daku, Indra Wulansari, putera sulung kepadanya Degawan Wulansari, pemerintah alam bunian di dalam wilayah ini.”

“Daku telah mencari cinta, di dalam segenap alam bunian, mahupun alam manusia, selama seratus tahun lamanya.”

“Tidak daku temui, hanya hampa dan kecewa.”
.
.
“Sampai adanya khabar di bawa angin, kecantikan seorang srikandi, yang tidak ada kalahnya, berbanding sang bidadari.”
.
.
“Daku membawa sahabat jagaan, menyelami segenap alam manusia, mencari jejak si permata hati pengarang jantung.”
.
.
Indra Wulansari meneruskan langkahnya ke arah Johan Yassir,
.
.
“Maka mundurlah dikau wahai manusia, yang rendah darjatnya, tidak semakan dengan sisa-sisa makananku.”

“CLACK!” Indra bersedia untuk menyerang Johan.
.
.
“Kurang ajar tutur katamu wahai si bedebah.” ujar Johan.
“Gencatkan senjatamu, satu langkah ke hadapan, mata pedangku hinggap ke lehermu.”
.
.
Indra tidak mempedulikan amaran dari Johan, dia meneruskan langkahnya,

“KACHING!!!!!”

Johan menerpa dan melibaskan mata pedangnya ke leher Indra, namun libasannya disanggah oleh Indra.
Angin berhembus kencang, hasil dari lagaan pedang milik mereka berdua
.
.
“Tonjolkan kesaktianmu, wahai putera bunian!!!”

“KETING!!!”

Tubuh Johan dan Indra terpelanting ke belakang,

“DABB!!” Johan memecut,

“DABB!!” Indra memecut,

“KETING!!!!”
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!”
“DABB!! DABB!! DABB!!” Indra melompat-lompat dari satu dahan pokok, ke dahan pokok yang lain,

“ZOOSHH!!” Indra melompat tinggi ke udara,
.
.
Johan memerhatikan susuk tubuh Indra dari bawah,
.
.
Dia menekan tapak kakinya ke tanah, cuba untuk melompat ke arah Indra.
.
.
Indra Wulansari, mengeluarkan sebatang seruling berwarna emas,
.
.
“Jurus Hikmat Sakti, Siulan Merdu Wulansari..”

Indra Wulansari, meniupkan serulingnya,

Bunyian merdu, memenuhi segenap hutan belantara.
.
.
Johan Yassir, terduduk, dengan darahnya yang mengalir di telinga.
“PAPP!!” Indra menghentakkan kakinya di udara, dan menerkam ke arah Johan,

Kemudian, dia melibaskan pedangnya ke leher Johan,

“KETING!!!!”

Libasan Indra berjaya di tangkis oleh Johan,
.
.
“Jurus Selendang Hitam!! Ratusan Cakar Syaitan!!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”
Serangan dari Johan, berjaya di elak oleh Indra,
.
.
Secara perlahan-lahan, Indra menggerakkan tubuhnya, seperti seorang manusia yang sedang menari,

Dan kemudian, dia memecut ke arah Johan,

“DABBB!!” Indra menendang dada Johan,

Johan menahan tendangan itu dengan lengan kiri,
Kemudian, mereka, masing-masing melancarkan tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan,
.
.
Pertarungan di antara Indra dan Johan, memihak kepada Indra,

“DABB!! BAMM!!” tubuh Johan di tendang oleh Indra, Johan melambung sehingga melanggar sebatang pokok.
Johan membersihkan darah di bibirnya,
.
.
“Adakah cuma itu kesaktian dikau wahai manusia.” ujar Indra Wulansari.

Johan berdiri semula,
.
.
Dia menghalakan tangannya ke depan,

Kemudian,

“Seni Yui Keluarga Sufi, Tamparan Gadis Sunti!!”

Johan melancarkan serangan milik Ramadhan.
“ZOOOSHH!!” dia memecut ke arah Indra Wulansari.
.
.
Dan pertarungan di teruskan kembali,

Indra menyerang Johan dengan tangan kanannya,

“DAB!” Johan menangkis serangan Indera dengan tangan kirinya,

“TAPP!!” Johan menyerang bahu kanan Indra dengan jari telunjuk tangan kanan.
Indera menyerang Johan dengan tangan kiri,

Johan menundukkan kepala, merendahkan badan,

Kemudian dia memusingkan badannya, menyiku dada Indera dengan siku kiri, dan menghayunkan penumbuk tangan kiri ke muka Indera,

Indera berundur ke belakang,
Kemudian Johan mara ke tubuh Indera, dan melancarkan serangan telapak tangan kanan ke dada Indera,

“PAPPP!!!”

Tubuh Indera melambung melanggar sebatang pokok,

Pokok itu tumbang,

Indera menggenggam pokok yang tumbang,

Dan melibaskannya ke tubuh Johan,
.
.
“ZAPPP!! ZAPP!! ZAPPP!!”

Johan mencantas lambungan pokok itu dengan dua bilah pedangnya,

Kemudian, menjunam ke arah Indera,

Dan melibaskan pedangnya ke leher Indra,

“KACHING!!!”

Libasan Johan ditangkis oleh pengawal Indera,
.
.
“JABBAR!! KALAM!!!”

“SIAPP!!!” sahut JABBAR dan KALAM.
.
.
Pertarungan di antara Johan Yassir dan Indra Wulansari, berlangsung selama hampir satu jam,
.
.
Johan hampir tumbang, tenaganya semakin berkurangan.

Darah mengalir-ngalir di kepala dan di tubuhnya,
Indra, bersama-sama 9 orang pengawalnya,

Menyerang Johan, secara berterusan,
.
.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!” Johan menikam tubuh seorang pengawal bunian.

Indra mara ke arah Johan dengan semangat yang membunuh,

“KACHING!!!”

Pedang mereka berlaga.
Fajar mula menyingsing,

Indra Wulansari harus pulang ke alam bunian,
.
.
“Sebut namamu wahai manusia!”

“Johan Yassir!!”

“Johan, akan daku ingat namamu, satu-satunya manusia, yang setara denganku!”

“PAPP!!”

Indra berundur, bersama-sama pengawalnya,

Dan hilang, di dalam kabus
“PAP!!”

Pedang Silauan Putih milik Johan, jatuh ke tanah..

“DABBB”

Johan rebah terbaring, di atas tanah..

“TUAN MUDA...” ujar KALAM.

“KALAM..” ujar JABBAR.
.
.
“APA KAMU MASIH INGAT, DI WAKTU KAMU MASIH HIDUP DI DUNIA. BEGITU JUGA AKU...” sambung JABBAR.
“MASIH SEGAR DI DALAM INGATANKU JABBAR..” balas KALAM.
.
.
“INDAH SEKALI.. AKU MASIH INGAT, DI WAKTU AKU DIPENJARA, HANYA KERANA MEMPERTAHANKAN KEKASIHKU...” kata JABBAR.
.
.
“YASSIR AKAN SENTIASA DIMAKAN SUMPAH, JABBAR..”

“TIADA PENGAKHIRAN YANG SEMPURNA..” balas JABBAR.
“SAMPAI BILA-BILA..” balas KALAM.
.
.
.
——

Pada hari yang sama,

7:00 AM,
.
.
Mariam Sadek, tersedar dari tidurnya,
.
.
Secara perlahan-lahan, dia berjalan ke arah pintu markas, sambil melilitkan selendang di lehernya,
.
.
“Lelaki itu, belum pulang?” bisik Mariam.
“CLACK! BAMM!”

Mariam membuka dan menolak pintu markas,
.
.
Matanya melilau, cuba mencari keberadaan Johan,
.
.
“Kijang?” ujar Mariam,
.
.
“Johan??!” jerit Mariam setelah melihat tubuh Johan yang berlumuran darah, terbaring di atas tanah.
Mariam berlari menuju ke tubuh Johan,
.
.
Dia mengangkat tubuh Johan, dan meletakkan kepala Johan di atas ribaannya,
.
.
“Bukalah matamu Johan! Katakan kepadaku! Apa yang telah berlaku!” Mariam memanggil Johan.
.
.
Johan, tidak sedarkan diri.
.
.
——

Johan terlantar di atas katil,

Mariam menarik timba dari perigi,

Dia membasahkan selendang putihnya,

Dan membersihkan tubuh Johan yang berlumuran dengan darah.
.
.
Sambil itu, Mariam menghidupkan api, memanggang kijang buruan Johan di luar markas.
Peluh menitik di pipinya, lengan bajunya disingsing sampai ke lengan,
.
.
Setelah selesai, dia merawat luka-luka di tubuh Johan,
.
.
——-

Kemudian, Mariam duduk di atas kerusi, di tepi Johan,

Sambil membelai-belai lembut rambut Johan,

Dan menyentuh pipi Johan.
Dalam beberapa minit,

Mariam tertidur di sebelah Johan,

Kepenatan,

Dia merebahkan kepalanya di atas lapikkan lengannya,
.
.
.
Secara tiba-tiba,

Johan Yassir, mengukirkan senyuman,

“TUAN MUDA.. KAMU SUDAH LAMA TERJAGA?” tanya KALAM.

“Biarkan aku, menikmati saat ini, KALAM.”
Johan menolehkan kepalanya, memandang Mariam yang sedang tidur,
.
.
“Walaupun kamu sedang tidur, kamu tetap juga cantik Mariam.” ujar Johan perlahan.

“Dari mana asal-usul mu, akan ku hantarkan rombongan meminang ke rumahmu..”
.
.
Johan terus tersenyum.
“Kanda Puspa, pasti merasa gembira, sekiranya dia beriparkan kamu..”
.
.
.
“Mariam.. Cantik sekali namamu..”
.
.
“Bergetar jiwaku, mengingatkan kamu di sampingku..”

“Lemah tubuhku, bila dipandang oleh mu..”

“Tenggelam jasadku, jauh ke dalam perut bumi, melihatkan senyumanmu..”
“Apakah ini yang disebut-sebut, oleh ramai orang...”

“Apakah ini yang disyairkan, oleh sang cendekiawan..”

“Apakah ini yang dicoretkan, oleh si pemahat kisah-kisah dongeng..”
.
.
“Apakah ini yang dinamakan..”

“Sebagai.. Sebagai cinta...?”
Johan menggerakkan tangan kanannya,

Cuba untuk membelai rambut Mariam,
.
.
Mariam membuka matanya perlahan-lahan,
.
.
Matanya bertentangan dengan mata Johan,
.
.
Mariam terperanjat, sambil berundur ke belakang beberapa langkah,

“DAB!!”

Tubuh Mariam melanggar dinding.
Kemudian, Mariam tergesa-gesa, menyikat-nyikat rambutnya dengan jari-jemari,

Malu setelah merasakan dirinya, dipandang oleh Johan secara tajam,
.
.
Mariam membelai-belai rambutnya, sambil menundukkan kepalanya ke bawah, dan matanya memandang ke tanah,
.
.
Johan mengangkat tubuhnya, dan duduk di atas katil,
.
.
Mariam memandang ke arah daging kijang yang dipanggang olehnya sebentar tadi,
.
.
Hirisan daging itu telah diletakkan di atas sehelai daun pokok pisang hutan,
.
.
Mariam meluru ke arahnya, dan membawanya kepada Johan.
.
.
.
.
“Untuk kamu.. Kamu pasti lapar bukan?” tanya Mariam tersipu malu.
.
.
“Apa kamu sudah makan?” tanya Johan.

Mariam mengangguk. Kemudian dia meletakkan hidangan itu di tepi Johan.
.
.
“Aku keluar sebentar.”

“Kamu mahu ke mana?” tanya Johan.

Mariam cuma tersenyum.
Mariam berjalan keluar dari markas,

Johan cuba untuk bangun, tetapi tidak berjaya.

“KALAM!”

KALAM mengangguk, dan kemudian dia mengekori jejak Mariam.
.
.
Johan khuatir sekiranya terjadi sesuatu yang buruk terhadap Mariam,

Maka dia menghantar KALAM untuk menjaga Mariam.
.
.
.
——-

Pada hari yang sama,

Di tengah-tengah Kota Kata,

8:30 AM,
.
.
Laila Hawa, sedang mencari Mariam Sadek.

Gelisah wajahnya, memikirkan Cik Muda Mariam yang hilang secara tiba-tiba.
Laila Hawa mencari Mariam, di dalam kepesatan Kota Kara, di celah-celahan orang ramai.
.
.
.
Selepas 40 minit pencarian,

Seorang lelaki menegur Laila Hawa,
.
.
“Si dara sunti berselendang sutera biru, mahu ke mana kamu tergesa-gesa.” tegur Ramadhan Sufi sambil tersenyum.
“Siapa kamu??” tanya Laila

“Apa kamu terhidu sesuatu? Bauan wangi?” tanya Ramadhan sambil mencari-cari punca bauan wangi
.
.
“Bauan apa?” tanya Laila

“Bau syurga. Di bawah telapak kakiku, salam kenal, namaku, Sang Suami.” ujar Ramadhan sambil mengukirkan senyuman yang mengggoda
“Kamu fikir, dengan kata-kata manis mu itu, mampu menundukkan aku?” balas Laila.

Ramadhan terpinga-pinga.

“Mana-mana gadis yang mendengarnya, pasti akan jatuh ke dalam pelukanku.” balas Ramadhan.

Laila berlalu meninggalkan Ramadhan.

“PAPP!!” Ramadhan memegang lengan Laila.
Ramadhan menjentikkan jari kirinya,

“TAK!”

Dalam masa tiga detik,

“Kamu akan memandangku dengan penuh rasa kasih dan sayang..”

“3.. 2.. 1..”

“TAK!”
.
.
Laila menghentikan langkahnya,
.
.
“Kanda Luncai!!” jerit Teratai dari jauh. Dia melambai-lambai ke arah Ramadhan.

“Aduhh. Hancur rencanaku!” bisik Ramadhan.
.
.
Teratai berjalan tergesa-gesa ke arah Ramadhan, sambil membawa sebekas manisan yang baru saja dibelinya,
.
.
“Kanda Luncai, siapa perempuan ini?”
Laila Hawa memandang Ramadhan dengan satu pandangan yang penuh dengan kasih sayang,
.
.
Ramadhan gelisah,

“TAK!” Ramadhan menjentikkan jarinya,
.
.
Laila Hawa kembali waras.

“Lepaskan tanganku!” jerit Laila Hawa.

Ramadhan melepaskan tangan Laila.
Laila berlalu meninggalkan Ramadhan dan Teratai,
.
.
Kemudian, dia menghentikan langkahnya,

Dan menolehkan kepalanya ke belakang,
.
.
“Aku mencari seseorang..” kata Laila kepada Ramadhan dan Teratai.

“Siapa?” tanya Ramadhan.

“Temanku. Mariam.”

“Mariam?” bisik Ramadhan.
“Siapa Mariam?” tanya Ramadhan kepada Teratai.
.
.
“Mana mungkin aku tahu. Kamu baru saja cuba berlaku curang terhadapku. Pasti saja kamu kenal siapa Mariam bukan?” balas Teratai.

“Bercanda. Aku cuma bercanda saja sebentar tadi. Aku inikan, lelaki yang lucu, tampan dan budiman.”
Ramadhan cuba memujuk Teratai, wanita yang tercantik di Kota Kara.
.
.
Teratai memalingkan mukanya, merajuk.
.
.
“Dia memakai sepersalinan kebarung yang berwarna putih, dan memakai selendang sutera putih di lehernya..” sambung Laila Hawa.

Teratai mengalihkan pandangannya.
“Temanmu itu, aku kenal.” balas Teratai.

“Benar kata-katamu?” tanya Laila.

“Iya.”

“Dia bersamaku di dalam markas mu malam tadi Ramadhan.”

“Di dalam markasku?” ujar Ramadhan.

“Bagaimana?” sambungnya.

“Panjang ceritanya.” balas Teratai.
.
.
“SHING!!” Laila menghunuskan pedangnya ke leher Ramadhan,
.
.
“Apa yang cuba kamu rencanakan?? Di manakah Mariam??!”

“Tenang saudari, panjang mata pedangmu, aku tiada kaitannya sama temanmu, Mariam.” kata Ramadhan.

“Ramadhan tidak bersalah di dalam hal ini.” kata Teratai.
“Mana mungkin! Markas itu milikmu bukan?”

“Ya benar!” jawab Ramadhan.

“Jadi kamu yang harus aku persalahkan!”

“Tidak! Bukan dia. Tetapi lelaki itu.” celah Teratai.

“Lelaki itu?” soal Laila.

“Iya, dia yang membawaku, dan juga temanmu ke markas Ramadhan.”
.
.
“Bawakan aku ke markasmu!!” arah Laila.
.
.
“Iya. Bisa. Bisa. Tenang saja.” balas Ramadhan.

“Muka saja cantik. Tetapi bengis seperti harimau.”

Laila memandang tajam ke arah Ramadhan.

“Gila.” ujar Ramadhan.

“Sudah. Ayuh!” ajak Ramadhan.
.
.
Mereka menuju ke markas Ramadhan.
“PAPP!!” Ramadhan mengangkat tubuh Teratai,

Teratai merangkul leher Ramadhan,
.
.
“ZOOSHH!!”

Ramadhan dan Laila memecut, keluar dari keramaian Kota Kara,
.
.
“Teratai?”

“Iya.”

“Kamu memanggilku, Ramadhan.” kata Ramadhan kepada Teratai, yang berada di dalam pelukannya.

“Iya.”
Teratai tersenyum,
.
.
“PAP! PAP! ZOOSHH!”

Ramadhan dan Teratai, berjaya keluar dari Kota Kara, diekori oleh Laila Hawa,
.
.
“Itu nama kamu bukan?” ujar Teratai.

“Iya. Benar. Ramadhan.. Ramadhan Sufi.”
.
.
“Dan Teratai hanyalah nama samaranku..”
.
.
“Sara Embun, adalah namaku.”
“Aku tahu..” kata Ramadhan.

“Kamu tahu?”

“Iya.”

“Bagaimana?”

“Aku telah disumpah, dengan ilmu yang tidak pernah aku pinta.”

“PAP! PAP! ZOOSHH!”

Ramadhan melompat dari satu dahan pokok, ke dahan pokok yang lain.

Laila Hawa mengekori dari belakang.
“Anak gadis yang ditimpa malang berganti-ganti. Diperdagangkan oleh ayahandanya kepada saudagar bugis.”
.
.
“Sehingga tercampak ke kota ini, hidup di dalam dunia yang penuh dengan kancah yang hina..”

“Itu kamu bukan..” kata Ramadhan.
.
.
.
.
Teratai, atau nama sebenarnya, Sara Embun, mengalirkan air mata.
.
.
“Jangan kamu khuatir Teratai. Setiap jalan yang gelap, pasti ada cahayanya, setiap hari yang kehujanan, pasti ada redupnya,”

“Aku akan sentiasa bersamamu, membela nasibmu yang malang.” kata Ramadhan.
“Sampai kapan?” tanya Teratai,
.
.
“Sampai bila-bila.” jawab Ramadhan.
.
.
“Bila-bila?” tanya Teratai.

“Sampai mati, Teratai.” balas Ramadhan.

“PAP! PAP! ZOOSHH!!”

Laila Hawa, memerhatikan pasangan dua sejoli di hadapannya, sambil tersenyum.
.
.
“Rapatkan tubuhmu ke dadaku, jangan sampai terjatuh.” kata Ramadhan.
.
.
Teratai mengangguk perlahan, tersenyum dan merehatkan kepalanya ke dada Ramadhan, merangkul erat leher Ramadhan, sambil menutup mata.
.
.
“PAP! ZOOSHH!!” Ramadhan menyambung pecutannya.
.
.
.
.
——

Di tepi sebuah tasik,

Di dalam hutan belantara,

Berhampiran markas persembunyian Ramadhan,

9:30 AM
.
.
Mariam Sadek, sedang membuka ikatan selendang putih di lehernya,
.
.
KALAM memerhati dari jauh,

“......” KALAM terpaku.
Dan kemudian,

Mariam melucutkan kebarung putihnya, perlahan-lahan..
.
.
“TAP TAP”

Mariam meniti di atas batu-batan,

“SPLASHH!!”

Dan dia terjun ke dalam tasik,
.
.
Darah hitam mengalir di hidung KALAM yang tidak kelihatan.
Mariam menyelam di dalam tasik,

Dan melibas-libaskan rambutnya,

Dia usap rambutnya dengan lemah lembut,
.
.
Bunyi burung-burung hilang serta-merta, pokok-pokok juga berhenti bergoyang,

Alam seolah-olah berhenti bernafas, menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan yang bernama Mariam
Dalam beberapa detik,

“ZOOSHH!!”

KALAM terbang laju, menuju ke arah markas persembunyian Ramadhan,
.
.
——

Setibanya KALAM di markas,

“TUAN MUDA..” ujar KALAM.

“KALAM?” balas Johan.

“AKU TIDAK BISA, TERUS BERADA DI SAMPING MARIAM.”

“Mengapa??”
.
.
“.....”

KALAM berdiam diri.

“Mengapa KALAM?! Jelaskan kepadaku!!”
.
.
“TUAN MUDA.. MARIAM... SEDANG BERMANDIAN DI TASIK SANA...”

Johan terperanjat, dengan serta-merta, dia melompat dari katilnya, dan menuju ke pintu depan markas.

“TUAN MUDA!” ujar KALAM.
.
.
.
.
“Ini tidak bisa!!!” balas Johan.

“TIDAK BISA..?” ujar JABBAR pula.
.
.
“Aku harus bergegas ke sana!! SEGERA!!” jelas Johan.

“UNTUK APA TUAN MUDA??” tanya KALAM
.
.
Johan menolehkan kepalanya ke arah KALAM dan JABBAR.
.
.
.
.
“Untuk menjaganya!! Supaya tiada yang bisa mengintip Mariam yang sedang mandi.” jawab Johan, dengan darah merahnya mengalir dari lubang hidungnya.

“BOHONG!! ITU CUMA ALASANMU!! KALU BENAR, MENGAPA HIDUNGMU BERDARAH??!” tanya JABBAR.
.
.
.
.
“Iya benar juga. Hidungku berdarah. Mungkin ini kesannya dari pertempuran semalam.” jawab Johan sambil membersihkan darah di hidungnya.
.
.
“HAHAHA!! DASAR JANTAN MIANG!! YASSIR TETAP JUGA YASSIR!! KAMU SAMA SAJA DENGAN YANG LAINNYA!!” JABBAR ketawa terbahak-bahak.
.
.
“JABBAR!! Aku ini anak jantan yang bermaruah!!”

“Aku tidak akan sesekali! Cuba mengambil kesempatan di atas peluang keemasan ini!!”

“Bukan!! Bukan peluang keemasan!! Aku cuma ingin memastikan keselamatan Mariam!!”

“Jadi aku harus mengintipnya!! Bukan!! Harus menjaganya!!”
.
.
KALAM dan JABBAR, memandang Johan Yassir dengan satu pandangan yang menjijikkan.

“MIANG.” ujar JABBAR.
.
.
“MEMALUKAN KELUARGA YASSIR.” ujar KALAM.
.
.
“Err.. AHH! Persetankan kamu semua!! Aku harus bergegas segera!! KALAM!! Bawakan aku ke sana!!”

“SIAP!!”
.
.
“ZOOSHH!!”
“JABBAR! Kamu tunggu saja di sini.” arah Johan.

JABBAR mengangguk.
.
.
——-

Dalam masa hampir 10 minit,

Johan dan KALAM, sampai ke tempat yang hendak mereka tujui,

Di sebuah tasik, tempat Mariam bermandi-manda,
.
.
“KALAM, kamu tunggu saja di sini.”

KALAM mengangguk.
.
.
Johan menyelusupi semak samun, menuju ke tepian tasik yang penuh dengan batu-batan,
.
.
“Selendang sutera putih?” ujar Johan.

“Kebarung putih juga ada?” sambung Johan
.
.
“Ini gila. Aku ini lelaki yang budiman. Seharusnya aku menunggu, sehingga Mariam selesai mandi.” bisik Johan
“Jadi aku harus berjaga di sini.”
.
.
“Sekiranya ada yang cuba berbuat apa-apa terhadap Mariam, mereka harus melangkah mayatku dulu.”
.
.
“ZAPP!!”

Johan menikam pedangnya ke tanah, dan memeluk tubuhnya.

Sebagai tanda, itulah tempatnya berjaga, mengawal keselamatan Mariam.
“SPLASHH!!”

Bunyi air tasik yang melimpah, hasil dari terjunam Mariam,
.
.
Johan cuba memekakkan telinganya, walaupun dia tahu, bahawa Mariam baru saja membuat satu terjunam.
.
.
“Atau mungkin saja, sesuatu telah terjadi, dan Mariam meronta-ronta di dalam tasik?” bisik Johan
.
.
.
.
“Ini tidak bisa!! Aku harus melihat dengan mata kepalaku sendiri!! Siapa tahu kalau Mariam telah pun diancam bahaya?!”

Dengan sepantas kilat, Johan memusingkan badannya, dan mengintip tubuh Mariam yang sedang bermandi-manda.
.
.
“Bagus. Aman. Tenang.” bisik Johan.
.
.
Dan dalam kiraan 3 detik,
.
.
3..

2..

1..

Tubuh Johan Yassir, mengeras, terpaku,
.
.
Mulutnya ternganga, matanya membulat,
.
.
Dan darah, mengalir laju dari lubang hidungnya,
.
.
Mariam terlalu cantik, sehingga Johan seolah-olah telah disumpah menjadi batu.
“Can.. Cantik sekali..” ujar Johan perlahan,
.
.
“YA BENAR, TUAN MUDA SUNGGUH BERUNTUNG.” ujar KALAM, muncul secara tiba-tiba di sebelah kiri Johan
.
.
“KALAM?! Untuk apa kamu di sini??” jerit Johan perlahan,

“AKU KHUATIR AKAN KESELAMATANMU TUAN MUDA.” jawab KALAM.

“Tak usah!!”
“BENAR KALAM, GILA. KALU BEGINI, AKU JUGA INGIN HIDUP KEMBALI.” ujar JABBAR, muncul secara tiba-tiba di sebelah kanan Johan.
.
.
“Kamu juga JABBAR?!!” jerit Johan perlahan,

“AKU CUMA KHUATIR AKAN KESELAMATAN MARIAM.” jawab JABBAR.
.
.
“Itu bukan urusan kamu JABBAR! Siapa tuan mudamu?? Aku ataupun Mariam??”

“KAMU SEMESTINYA. TETAPI, MARIAM ITU PEREMPUAN YANG CANTIK. AKU HARUS MEMILIHNYA BERBANDING KAMU.” jawab JABBAR.
.
.
“Dasar pembelot!” marah Johan.

Johan terlanggar semak-samun,
.
.
“Siapa??” tegur Mariam.
“KALAM! JABBAR!! Ayuh!! Kita kabur!!” ajak Johan Yassir.
.
.
“AKU TAK USAH KABUR JUGA TIDAK MENGAPA. MARIAM TIDAK DAPAT MELIHATKU TUAN MUDA..” ujar KALAM.
.
.
“BENAR KATA ORANG, LELAKI APABILA SUDAH DILAMUN CINTA, DIA SENANG UNTUK JADI BODOH.” sambung JABBAR.
.
.
“.......” Johan.
“Siapa kamu?” sapa Mariam.

Johan membelakangi Mariam.
.
.
.
Muka Johan berubah menjadi pucat.

“Aku hanyalah pangeran yang kebetulan melintas di tasik ini.” jawab Johan.
.
.
“Johan?” panggil Mariam.

“Ya?” jawab Johan sambil menoleh ke arah Mariam.

“Aduh! Ketahuan!” bisik Johan
“Ternyata! Sudah ku duga! Kamu lelaki miang Johan!” jerit Mariam, sambil mengutip kembali kebarung dan selendang putihnya secara tergesa-gesa.

Mariam menutupi tubuhnya dengan selendang putih,
.
.
“Tidak Mariam! Aku bukanlah seperti apa yang kau sangkakan!” jelas Johan.
.
.
“YA. BENAR TANGGAPANNYA. KAMU TERNYATA SEPERTI APA YANG DIA SANGKAKAN.” celah JABBAR.

“Diam!” Johan menjerkah JABBAR.

“Diam??” tanya Mariam.

“Bukan. Bukan kamu Mariam.” Johan cuba menjernihkan keadaan.

“Jadi? Siapa?” tanya Mariam lagi.

“Itu tidak penting. Pokoknya..”
.
.
“POKOKNYA, KAMU KE SINI UNTUK MENGINTIPNYA.” celah JABBAR lagi.
.
.
“Lebih bagus kamu diam! Sebelum aku tenggelamkan kamu ke perut bumi!!” marah Johan.

JABBAR ketawa kecil.
.
.
“Apa tujuanmu datang ke mari?” tanya Mariam.

“Untuk menjaga keselamatanmu Mariam.”
.
.
“Tapi mata kamu tetap tajam melihat ke tubuhku.” tegur Mariam.

“Maaf!” Johan menutup matanya dengan tapak tangan kanannya.
.
.
“Aku tidak percaya. Toleh badanmu ke sebelah sana. Aku ingin menyarungkan pakaianku.”

Kemudian, Johan memusingkan badannya, membelakangi Mariam.
.
.
“Kenapa kamu sampai sanggup ke sini, untuk menjagaku?” tanya Mariam sambil menyarungkan pakaiannya,
.
.
“Aku juga kurang pasti.” jawab Johan.
.
.
“Tapi aku tahu, aku tidak bisa membiarkan kamu, berada jauh dariku. Hatiku bakal gundah Mariam.”
.
.
“Kita baru sahaja kenal-mengenali bukan?” tanya Mariam.
.
.
“Iya, benar.” jawab Johan, sambil tersenyum kecil.
.
.
“Perasaan itu, yang membawaku ke sini.”

“Perasaan apa?”

“Aku juga kurang pasti Mariam.”

“Kurang pasti?”

“Iya. Kurang pasti. Belum pernah aku rasakan selama ini.”
.
.
“Sewaktu aku bersamamu, terasa suatu kehangatan di jiwaku Mariam.”

“Suatu kehangatan yang belum pernah aku rasakan selama ini..”
.
.
Mariam hanya mendengar luahan hati Johan, sambil melilitkan selendang putihnya ke lehernya,
.
.
Mariam tersenyum.
“Kehangatan?” soal Mariam.
.
.
“Iya. Kehangatan. Hangatnya jauh lebih mendidih dari panasnya gunung berapi.”
.
.
“Telah banyak pertempuran yang aku lalui selama ini, tidak pernah gentar tubuhku, tidak pernah bergoyang kakiku,”
.
.
“Namun, di sampingmu, tubuhku bisa hancur.”
.
.
“Bisa hancur?” soal Mariam, sambil berjalan menghampiri belakang Johan, dengan senyuman terukir di bibirnya.
.
.
“Iya, bisa hancur. Tidak pernah aku sangka, lelaki yang berdosa seperti ku ini, mampu menyelam di dalam kebahagiaan sebegini rupa..”
.
.
.
.
“Kamu bahagia? Di sampingku?” soal Mariam, masih lagi berjalan menghampiri Johan dari belakang,
.
.
Matanya berkaca-kaca, cintanya berbalas,
.
.
“Iya. Tersangat bahagia. Kamu dengar bukan? Angin yang berhembus, seperti menyambut kebahagiaanku.”
.
.
.
.
“Iya, aku dapat rasakannya.” jawab Mariam.

“Pokok-pokok juga bergoyang, seperti bergembira bersamaku..”

Mariam memandang ke arah pokok-pokok yang bergoyang,
.
.
“Mariam, untuk kamu, aku rela berkorban apa sahaja.”

“Apa-apa sahaja?”

“Benar, apa-apa sahaja.”
.
.
“Sekiranya, kamu harus menyeberangi lautan api, untukku, kamu bisa?” soal Mariam
.
.
“Bisa.”
.
.
“Terjun dari cenuram yang tinggi?”

“Juga bisa.”

“Dipanah petir?”

“Tetap bisa.”

“Dipatuk ular yang berbisa?”

“Ular tidak akan sesekali, berani mematukku. Tetapi, tetap juga bisa.”
Mariam ketawa kecil. Dia semakin menghampiri Johan,
.
.
“Johan, banyak orang, yang menulis puisi dan syair, tentang segala perasaan, yang kamu rasakan pada saat ini..” ujar Mariam.
.
.
“Aku juga, merasakan perasaan yang sama.” sambung Mariam.

“Perasaan yang sama?” soal Johan
.
.
.
.
“Ia dinamakan, sebagai cinta.” bisik Mariam di tepi telinga Johan
.
.
Johan memusingkan tubuhnya,
.
.
“PAPP!”

Mariam memeluk tubuh Johan,
.
.
“Kamu yakin? Mariam? Lelaki sepertiku?”

“Yakin.“

Johan, memeluk tubuh Mariam
.
.
“Aku bersumpah, mencintaimu, sampai mati, Mariam.”
.
.
JABBAR dan KALAM, berundur secara perlahan,
.
.
“KALAM, APA KAMU TIDAK KHUATIR?”

“MUNGKIN YANG INI, BERBEDA JABBAR.”

“BERBEDA? BAGAIMANA?”

“MARIAM, GADIS YANG SUCI HATINYA.”

“SUMPAHAN YASSIR BAKAL BERAKHIR DI SINI? MENURUTMU?”

“MUNGKIN, MUNGKIN SAJA.”
.
.
.
.
“Mariam..”

“Johan..” Mariam mendongakkan kepalanya,
.
.
“Izinkan aku, membawamu ke sebuah tempat.”

“Ke mana?”
.
.
Johan tersenyum, dia mengangkat tubuh Mariam,

Mariam merangkul leher Johan,
.
.
“PAPP! ZOOSHH!!”

Johan melompat tinggi, meninggalkan tasik itu, bersama Mariam
.
.
—-

Di markas persembunyian Ramadhan,

Pada hari yang sama,

1:30 PM,
.
.
“CLACK! BAMM!”

“Mariam!!” jerit Laila Hawa.

“Dia tiada di dalam markas ini?” ujar Teratai.

“Di mana kamu sembunyikan Mariam?!” jerit Laila sambil menarik baju Ramadhan.
.
.
“Aku juga tidak tahu! Mungkin saja dia bersama dengan sahabatku!” jawab Ramadhan.

“Bohong!!”

“Tiada sebabnya untuk aku berbohong!”

“Siapakah sahabatmu??”

“Tenang! Ayuh kita berfikir dengan kepala yang waras! Sahabatku itu orang yang baik-baik. Usah kamu khuatir!”
.
.
Ramadhan cuba memerhatikan keadaan di sekelilingnya, di dalam markas,
.
.
Ubat-ubatan herba yang masih berada di atas meja,

Kesan darah yang terpalit di atas katil,

Daging kijang yang dimakan tidak habis,

Kemudian, dia berjalan keluar dari markasnya,
.
.
Tempat memanggang kijang yang baru sahaja di padamkan bara apinya,

Pokok-pokok yang tumbang,

Keadaan di luar markas Ramadhan, memberikannya satu tanda tanya,
.
.
Adakah berlakunya satu pertempuran di dalam kawasan markasnya,
.
.
“Ayuh! Ikut aku!” ajak Ramadhan kepada Laila.
.
.
Ramadhan melompat ke atas satu dahan pokok,

Dia menyentuh dahan pokok itu dengan tangan kanannya,
.
.
“Kesan hentakan tapak kaki ini masih baru.” ujar Ramadhan.
.
.
“Ayuh! Aku tahu bagaimana untuk mencari mereka.” kata Ramadhan.

Laila Hawa, mengangguk.
“PAPP! PAPP! ZOOSHHH!!”
.
.
Ramadhan memejamkan matanya, dan cuba menghidu bauan tubuh milik Johan Yassir.
.
.
“Kita maju ke arah timur!” kata Ramadhan kepada Laila.

Laila mengangguk.
.
.
“PAP! PAP! ZOOSHH!!”
.
.
.
.
——

Di atas puncak sebuah bukit,

3:00 PM,
.
.
“Mariam.. Kamu percaya, suatu masa dahulu, kata orang, sekiranya kita memasang hajat di puncak yang tertinggi, hajat kita bakal tertunai?” kata Johan.

“Siapa bilang?”

“Pemuja-pemuja cinta..”
.
.
“Pemuja cinta?” soal Mariam,
.
.
“Iya, seperti aku..” balas Johan,
.
.
“Kamu punya hajat?”

“Banyak sekali.” jawab Mariam,

“Sebutkan hajatmu.”

“Saat ini, hanya sekuntum bunga mawar merah..”

“Kamu lihat ini..” Johan menggenggam tapak tangannya,

Mariam berada di sisinya,
.
.
Kemudian, Johan mengeluarkan sekuntum bunga mawar merah, dari telapak tangannya,
.
.
“Untuk kamu..”

Mariam tersenyum.

“Kamu juga ahli sulap Johan?” Mariam berseloka,
.
.
“Sudah aku katakan kepadamu Mariam, apa pun untukmu, aku pasti bisa tunaikan..”
.
.
.
.
“Mata memandang, jauh ke langit, menunggu bulan, jatuh ke riba..”

“Hajat di hati, memeluk gunung, namun sayang, tangan tak sampai..”

“Malam nan sepi, bertemankan bintang, termenung jauh, memujuk hati..” ujar Mariam.
.
.
“Usar gusar wahai sang dewi, bukanlah gunung mahupun bulan, juga bukan, bintang di langit, yang dapat kau berteman, di kala waktu malam..”
.
.
“Aku cuma pemuda biasa, tiada bekalku, tiada apa-apa, hanya seketul hati, yang ku jadikan azimat, korban sumpah, cinta kita..”
.
.
“Berat sekali, korban sumpahmu, tercabut hati, hilanglah nyawa..”
.
.
“Apa benar janji manismu? Setia bersama, buat selamanya?”
.
.


“Belahlah dadaku, genggamlah hatiku, namamu terpahat, ada di dalamnya..”

“Dengan nyawaku, telah ku bersumpah, cintaku kekal, buat selamanya.”
.
.
Kemudian, Mariam memeluk lengan Johan,

Dan dia sandarkan kepalanya, ke dada Johan,
.
.
“Mariam, mahukah kamu, pulang ke tempatku, bertemu dengan kakandaku, Puspa.”
.
.
“Puspa?”

“Iya, wanita yang mengajarku, erti kasih dan sayang..”
.
.
.
.
“Dia pasti, gembira apabila bertemu denganmu..”

“Kamu yakin? Johan?”

“Aku yakin..”
.
.
Mariam mengangguk perlahan, sambil tersenyum.
.
.
“Bagaimana dengan ibumu?” tanya Mariam.

“Dia sudah lama meninggalkan kami..”
.
.
.
.
“Maaf, sekiranya aku menyinggung perasaanmu..”

“Tidak mengapa, Mariam.”
.
.
“Mariam..”

“Iya, Johan?”
.
.
“Bawakan aku, bertemu dengan ayahandamu..”

“Akan aku pinta, dengan penuh rasa hormat, ingin membawamu pulang, hidup bersamaku, di kampungku..” sambung Johan.
.
.
.
.
“....” Mariam.

“Mariam?”

“Iya.”

“Mengapa kamu berdiam diri?”
.
.
“Tiada apa-apa.”

“Kamu akan membawaku, bertemu ayahandamu bukan?”

“....” Mariam.
.
.
“Mariam?”
.
.
“Ayahandaku, tidaklah seperti apa yang kau sangkakan...”

“Hatinya kering, sifatnya bengis, tidak mudah baginya, melepaskan aku..” ujar Mariam.
.
.
“Itu tidak mengapa. Aku ini laki-laki. Aku diasuh untuk menjadi lelaki yang berani dan budiman. Aku pasti, mampu memujuknya.”
“Kamu yakin?”

“Iya. Aku yakin.”

“Sepenuh jiwamu?”

“Sepenuh ragaku Mariam.”
.
.
“Mariam, jangan khuatir akan keberanianku.. Sewaktu aku kecil, aku pernah berentap dengan seekor harimau..”

“Seekor harimau?”

“Iya.”

“Kamu menang?”

“Itu sudah semestinya.”
.
.
“Setelah aku menumpaskannya, dia berundur ke belakang beberapa langkah, dan menundukkan kepalanya..”

“Menundukkan kepalanya? Mengapa?”
.
.
“Sebagai tanda, memperakui kekuatan dan keberanianku.”

“Benar?” tanya Mariam dengan teruja.
.
.
“Iya. Benar.”
“Kamu gagah sekali!” Mariam teruja.
.
.
“Ya benar, benar.. Kemudian, dia berbicara denganku.”

“Berbicara denganmu?”

“Iya. Katanya, aku adalah anak jantan yang terkuat, yang pernah dia jumpa.”

“Benar?”

“Iya, benar. Terus, dia meminta maaf kepadaku. Dan kemudian, dia berundur.”
“Kamu bohong! Masakan seekor harimau, bisa berbicara seperti manusia biasa..”
.
.
“Hahaha! Melihatkan wajahmu, kamu cantik sekali Mariam..”

“Aku beruntung, bisa bertemu denganmu, sepantas ini.”
.
.
“Aku juga, beruntung, berada dekat dengan mu.” balas Mariam.
.
.
.
.
Johan, memandang tajam ke mata Mariam,
.
.
Begitu juga Mariam, tidak berkedip matanya,
.
.
Penuh rasa kasih dan sayang,

Indah sekali, bagaikan merpati dua sejoli,

Senang sekali hati mereka, dipertemukan Tuhan sedemikian rupa,
.
.
.
.
“Mariam..”

Johan merapatkan bibirnya, ke bibir Mariam.

Ciumannya disambut, oleh bibir Mariam,
.
.
Johan, merangkul pinggang Mariam, seeratnya,

Mariam, merangkul leher Johan, seeratnya,
.
.
Indah sekali, ciuman bibir, yang berpaksikan rasa cinta,
.
.
.
.
——-

“JABBAR!” ujar KALAM.

JABBAR mengangguk perlahan,
.
.
KALAM, merasakan sesuatu, yang kurang kena,

Kedatangan Ramadhan dan Laila, mengejar jejak Johan dan Mariam, mampu dikesan oleh KALAM,
.
.
“HAPUSKAN JEJAK MEREKA.” sambung KALAM.
.
.
JABBAR meluru ke dalam hutan,

Dengan sinaran mata yang berwarna merah,

JABBAR menyimbah semburan darah dari mulutnya,

Ke serata tempat di dalam hutan,
.
.
Bauan darah yang keluar dari mulut JABBAR, telah melumpuhkan deria bau Ramadhan Sufi,
.
.
.
.
“TIADA WALAU SATU JASAD SEKALIPUN, YANG BISA MENGGANGGU KETENTERAMAN TUAN MUDA JOHAN!!” ujar KALAM.
.
.
——-

“ARGHH!!” jerit Ramadhan,

“Ramadhan??” tegur Laila,

“PAP! PAP! ZOOSHH!!”

Mereka berdua melompat dari satu dahan ke satu dahan,
.
.
“Deria bauku, telah hilang!”
Ramadhan dan Laila, menghentikan langkah mereka,
.
.
“Kamu tidak apa-apa?” tanya Laila.

“Sesuatu telah berlaku. Satu bau yang tengik menusuk ke dalam hidungku.”

“Kamu telah hilang jejak Mariam?”

“Ya. Benar.”
.
.
“Jadi, sekarang bagaimana??”
.
.
Ramadhan memejamkan matanya.
.
.
Ramadhan memasangkan telinganya,

Cuba mengesan gelombang suara, suara manusia, suara Johan dan Mariam,
.
.
Bunyi burung-burung, mengganggu fokus Ramadhan,

Siulan angin yang melirik-lirik di celahan pokok, juga jelas kedengaran,
.
.
Peluh, menitik di kepala Ramadhan.
“PAPP! DABBB!” Ramadhan melompat dari dahan pokok, dan terjun ke atas tanah,
.
.
Kemudian, dia duduk bersila,

Sambil telapak tangannya, ditekankan ke atas tanah,
.
.
Angin berhembus perlahan, daun-daun pokok gugur ke tanah,
.
.
.
.
Satu suara, memekik sehingga sampai ke telinga Ramadhan,

Ramadhan menutup telinganya, dan menjerit kesakitan,
.
.
Suara yang memekik itu, adalah suara milik KALAM,
.
.
Ramadhan, mampu untuk mengesan gelombang bunyi, dari 1 Hz, sehingga mencecah frekuensi 350 KHz.
Pekikan suara KALAM, telah hampir mencecah 350 KHz,
.
.
Darah mengalir dari telinga Ramadhan, tubuhnya telah hilang keseimbangan,
.
.
Dan dalam beberapa detik sahaja,

Ramadhan pitam, dan tidak sedarkan diri,
.
.
“Ramadhan!!” jerit Laila Hawa,
.
.
—-

Pada hari yang sama,
.
.
9:00 PM,

Di atas puncak sebuah bukit,
.
.
Johan dan Mariam, sedang berbaring di atas rumput,

Mariam meletakkan kepalanya ke atas lengan Johan, sambil memandang ke langit.
.
.
“Johan?”

Johan berpaling ke arah Mariam.
“Mengapa Tuhan menciptakan bulan..” tanya Mariam.
.
.
“Untuk menerangi malammu Mariam.”

“Kamu selalu tahu, apa yang harus kamu luahkan.” ujar Mariam.
.
.
“Untuk menyenangkan hatimu Mariam.”

Mariam tersenyum.

Johan juga tersenyum.
“Aku sering kali mendengar, bait-bait puisi dan syair, yang selalu bercerita tentang bulan,”
.
.
“Mengadu domba, menumpang kasih, meluahkan perasaan mereka kepada sang bulan, akan cinta mereka yang tidak kesampaian...”
.
.
“Sentiasa ada, pada setiap waktu malam, setia menemani si pemuja-pemuja cinta,“
.
.
“Senang bukan, sekiranya kita bisa menjadi seperti bulan, yang sentiasa kaya dengan rasa cinta,”
.
.
“Bukan begitu Mariam.” celah Johan.
“Maksudmu?” tanya Mariam.
.
.
“Ramai orang mengadukan hal kepadanya, ini bukan kerana ianya kaya dengan rasa cinta.”
.
.
“Akan tetapi, ianya kerana bulan, lebih memahami akan bagaimana rasanya, hidup tidak berteman.”
.
.
.
.
“Selama beribu-ribu tahun, malah berjuta-jutaan tahun lamanya, dia berputar mengelilingi bumi, mencari si permata hatinya,”
.
.
“Namun tidak pernah dia jumpa, malah apa yang dilihatnya, adalah kebahagiaan manusia, yang sering menganggapnya, sebagai lambang sebuah cinta..”
.
.
“Bagaimana pula dengan bintang-bintang?” tanya Mariam.

“Bintang-bintang, mentertawakan bulan dari jauh.” jawab Johan.
.
.
Mariam ketawa.
.
.
“Mariam, aku bukanlah bulan bagimu, bukan juga jelmaan bintang-bintang..”
.
.
.
.
“Akan tetapi, sekiranya aku harus menunggumu, sebagaimana bulan tidak jemu menunggu cinta hatinya, biarpun beratus-ratus tahun lamanya, aku akan tetap, terpacak kakiku di bumi ini, selagi nyawa dikandung badan, sehingga habis hayatku, aku akan tetap setia, menunggumu.”
.
.
.
.
Mariam Sadek, memandang wajah Johan Yassir, dengan satu pandangan yang penuh dengan rasa cinta,

Tiada yang lebih indah, dari lafaz-lafaz cinta, yang dihembus dengan rasa ikhlas dan jujur
.
.
“Kamu akan tetap menungguku?” ujar Mariam.

“Aku bersumpah, dengan nyawaku, Mariam.”
.
.
Tidak jauh dari tempat Mariam dan Johan berasmara,

Seorang lelaki yang berpakaian seperti ahli kerabat diraja, sedang memerhati,
.
.
Dengan pandangan mata yang penuh dengan dendam dan cemburu,
.
.
“Putera Indra Wulansari..” tegur seorang lelaki, pengawalnya.
.
.
“Jangan diikut campur, urusan manusia di dunia ini..” sambungnya.
.
.
Indra Wulansari, mencengkam sebatang pokok, dengan tangan kanannya, geram.
.
.
“Ayuh!! Kita bergegas dari sini!” ujar Indra.
.
.
.
.
——

Malam, melabuhkan tirainya.
.
.
Pada keesokan harinya,
.
.
7:30 AM,

Mariam membuka matanya perlahan-lahan, dari lena yang tenggelam di dalam mimpi yang indah, di samping lelaki kecintaannya, Johan.
.
.
Mariam memandang mata Johan yang tertutup,
Dia membelai rambut Johan, dan dia usap pipi Johan,

Kemudian, dia menyandarkan kepalanya, ke atas dada Johan,
.
.
Johan membuka matanya perlahan-lahan,
.
.
“Mariam? Kamu sudah bangun?”

Mariam mengangguk perlahan,
.
.
“Bagaimana dengan tidurmu?”

“Paling lena, seumur hidupku..”
.
.
Johan tersenyum, sambil membelai lembut rambut Mariam,
.
.
Sedang mereka bermanja-manjaan,
.
.
——

“PAP! PAP! ZOOSHHH!!”

Satu susuk tubuh sedang memecut ke arah mereka,
.
.
Pecutan itu dapat dikesan oleh Johan,
.
.
“Johan?” tegur Mariam, setelah melihat wajah gelisah Johan.
“ZOOSHH!!!”

Pecutan itu makin laju,

Bunyi siulan angin juga kedengaran, hasil pergeseran di antara angin dan juga sebilah mata pedang,
.
.
“PAP! PAP!! ZOOSHHH!!”

Pecutan itu makin mendekat,
.
.
Johan menggenggam kemas pedang di tangan kanannya,
.
.
Dan dalam kiraan 3..

2..

1..

Sekujur tubuh seorang wanita, melibaskan pedangnya ke arah Johan yang sedang terbaring,
.
.
Johan melompat dan membuat satu balik kuang,
.
.
“KACHING!!!!”

Johan menangkis libasan pedang itu,
.
.
.
.
“Kamu?? Tuan Muda Johan??” ujar wanita itu, yang juga merupakan, Laila Hawa.
.
.
“Kang Kesuma??” balas Johan,

“KETING!!”

Johan dan Laila berundur ke belakang beberapa langkah,
.
.
“Kang Kesuma!! Berani kamu menonjolkan dirimu di hadapanku!!”
.
.
“Pembelotanmu terhadap Selendang Hitam, akan tetap dikenang oleh Keluarga Yassir!!”

“Kecuranganmu terhadap Pak Buyong masih lagi berbekas di dalam hatinya!!”

“Dasar bajingan!! Anjing Sadek!!” jerit Johan.
.
.
Laila Hawa, terdiam, kaku, seolah-olah tidak percaya akan apa yang dilihat olehnya,
.
.
Seorang Yassir, dan Seorang Sadek, berdua-duaan di dalam hutan, mengayat cinta,
.
.
“Mariam!! Berdiri di belakangku!! Akan aku mempertahankan nyawamu, dengan nyawaku!!” jerit Johan Yassir.
.
.
.
.
“Kang Laila..?” ujar Mariam,
.
.
“Mariam! Berundur segera! Jangan kamu dekat dengan lelaki itu!” jerit Laila Hawa,
.
.
“Johan..?” panggil Mariam,

“Kamu.. Yassir?” sambungnya,
.
.
Laila memecut ke arah Johan,

“KETING!!!”

Johan jatuh terpelanting ke belakang,
.
.
“Mariam!” ujar Laila, sambil memeluk Mariam.
.
.
Johan, berdiri secara perlahan-lahan,
.
.
“Dan kamu... Kamu... Mariam... Sadek...?”
Mariam terdiam seribu bahasa,
.
.
“Kang Laila?” ujar Mariam, seolah cuba mendapatkan penjelasan dari Laila Hawa
.
.
“Mariam, lelaki yang kamu dekati ini, lelaki yang kamu dambakan ini..”

“Dia adalah anak lelaki bongsu Keluarga Yassir, Johan Yassir!” balas Laila Hawa.
“Itu tidak mungkin Kang Laila. Johan adalah seorang lelaki yang budiman. Penuh sopan dan santunnya.”
.
.
“Mustahil. Mustahil dia adalah dari keluarga pemakan daging manusia itu. Aku tidak percaya Kang Laila.” balas Mariam, dengan bersungguh, cuba menidakkan kenyataan.
.
.
“SHING!!” Johan Yassir menghunuskan pedangnya.
.
.
“Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya, hujan di tengah hari.”

Johan menggenggam kemas pedang di tangannya.
.
.
“Mariam... Belum pernah aku rasakan, kesakitan yang membunuh seperti ini...” ujar Johan.
.
.
“Kamu.. Kamu datangnya dari keluarga, yang telah lama menjadi musuh keluargaku..”

“Keluarga Sadek!!”
.
.
Mariam menggigil, ketakutan, lelaki yang dicintainya, adalah musuh tradisi keluarganya.

Mengalir air matanya, terhempas jatuh lututnya menyentuh tanah.
“Johan.. Lupakah kamu, di atas segala angkat sumpahmu, bahawa kamu akan selalu dekat denganku, walau apa pun yang terjadi, kamu akan tetap, bersamaku..” pujuk Mariam sambil menangis.

“Persetankan segalanya Mariam!!!!!”
.
.
Johan mengalirkan air mata.
“Kakandamu, Mursyid Sadek! Telah membunuh kakandaku! Jalal Yassir!!”

“Peritnya masih terasa!! Sampai ke sini!! Ke dalam dadaku ini!! Setiap hari aku menyimpan dendam!! Dendammm kessumat!! Untuk membunuh keluargamu!!”

“Jangan dicabar diriku Mariam, aku adalah seorang Yassir!!!”
.
.
“Saban hari, aku menggenggam pedangku ini!! Bergetarrrr dengungnya!! Gerunnn akan semangat membunuhku!!”

“Pedang yang ku asah, setajjjam-tajjjamnya!! Untuk memenggalll!! Kepala ayahandamu!! Malik Sadek!!”
.
.
“Jangan Mariam, jangan pernah kamu cabar!! Kesetiaanku ini!!”
.
.
Mariam Sadek, menangis teresak-esak,
.
.
Hancur luluh hatinya, kebahagiaan yang disangka berpanjangan, cuma hanya kekal sehari dua,
.
.
“Apakah kamu sanggup, membunuh hatiku ini Johan.” tanya Mariam sambil mengalirkan air mata, melutut di atas tanah.
.
.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak,
.
.
Johan Yassir, berada di dalam situasi yang sangat sukar, di antara kasih sebuah keluarga, atau cinta sang manusia.
.
.
“Sanggup!!”

“Cinta, taat dan setiaku, hanyalah kepada keluargaku, Keluarga Yassir!!”
.
.
.
.
“Pantang mataku melihat seorang Sadek, melintas di depanku.”

“Kamu akan ku bunuh!! Kamu akan ku telan!! Akan ku santap selahap-lahapnya!!” sambung Johan.

“SHING!!” Laila Hawa menghunuskan pedangnya,
.
.
“Berundur Mariam!” arah Laila.

Johan berjalan perlahan ke arah Laila.
“Kang Kesuma, kamu kenal benar akan sejauh mana kekuatanku berbanding kekuatanmu..” ujar Johan, sambil menghunus sebilah lagi pedang.

“Aku akan mempertahankan Mariam, dengan nyawaku Johan!!” balas Laila.
.
.
“Taat setia yang membuta-tuli.. Ucapkan kata-kata terakhirmu, Kesuma!!”
“PAPP!! ZOOOSHHH!!!” Johan memecut ke arah Laila Hawa dan Mariam Sadek.
.
.
“KACHING!!!!!!”

Libasan pedang milik Johan, di tangkis oleh Ramadhan Sufi.
.
.
“Johan!!! Kawal amarah dan dendammu!!” jerit Ramadhan.

“Jangan kamu ikut campur!! Ramadhan!!” balas Johan.
“Hatimu telah mati Johan!! Aku faham akan segala apa yang kamu rasakan !! Dan ini!! Bukanlah jalan yang terbaik bagimu!!”

“KETING!!”

Johan dan Ramadhan tercampak setelah mata pedang mereka berlaga.

“ZOOSHH!!”

Johan kembali menerkam ke arah Laila dan Mariam,
.
.
“DABBBB!!!”

Ramadhan merangkul tubuh Johan,

Dan kemudian, dia merebahkan tubuh Johan, dan menguncikan pergerakan Johan,
.
.
“Laila!! Mariam!! Lekas!! Berangkat segera!!!”

Laila merangkul lengan Mariam,

“Tidak Kang Laila! Tidak! Aku ingin bersama Johan.”

“Mariam!!”
“Jangan kamu berdegil!! Johan bukanlah seperti apa yang kamu sangkakan!! Dia adalah syaitan yang bertopengkan manusia!!”

“Lekas!!!” jerit Ramadhan.

“Mariam!! Ayuh!!”

“Ramadhan! Kunci tubuhku dengan segala kekuatanmu! Sekiranya tidak, mereka akan ku bunuh!” bisik Johan.
Air mata, masih lagi mengalir di pipi Johan,
.
.
Kemudian, Laila dan Mariam, bergegas meninggalkan tempat itu,
.
.
Tubuh Johan, berhenti dari terus meronta,
.
.
Ramadhan melepaskan kunciannya,
.
.
“Tenang sahabatku, cinta itu, tidak selalunya indah..” ujar Ramadhan.
.
.
——

“SUDAH KU KATAKAN KEPADAMU KALAM. YASSIR TETAP YASSIR. SUMPAHAN INI, AKAN TERUS BERKEKALAN.” ujar JABBAR.

“TIADA PENGAKHIRAN YANG SEMPURNA..” balas KALAM.
.
.
“SAMPAI BILA-BILA..” sambung JABBAR.
.
.
.
.
—-

“Ayuh, kita pulang ke markasku.”

Ramadhan memapah tubuh Johan, dan kemudian, dia melompat dan menuju ke arah markasnya,
.
.
.
——

“Mariam, kamu harus melupakannya! Secepat mungkin! Jangan sampai, ayahandamu tahu akan perkara ini.” ujar Laila.

Mariam mengangguk.
Setelah beberapa jam kemudian,
.
.
—-

Di hadapan markas persembunyian Ramadhan,

11:30 AM,
.
.
“Ramadhan!” jerit Teratai, atau lebih sesuai kita panggil, sebagai Sara Embun.
.
.
“Teratai..” balas Ramadhan,

Teratai terpinga-pinga, melihat keadaan Johan.
.
.
Johan melutut di atas tanah,

Dan kemudian, dia berjalan perlahan ke dalam markas persembunyian Ramadhan,
.
.
Dia mengambil sehelai daun pisang hutan, yang telah dijadikan tempat hidangan, daging kijang yang dipanggang oleh Mariam.
.
.
Dia genggam daun itu,

Dan dihidunya.
Kemudian, Johan meletakkan kembali daun pisang itu ke atas meja,

Dan dia kesat air matanya,
.
.
“Ramadhan..”

“Apa kamu telah siap, berangkat bersamaku, pulang ke Pulau Tinggi?”
.
.
“Siap. Sekarang juga bisa. Teratai juga ikut bersama.” balas Ramadhan sambil memandang Teratai.
Sara Embun, tersenyum memandang Ramadhan,
.
.
“Ayuh.. Kita berangkat. Aku tidak bisa lagi, terus di sini. Terlalu banyak kenang-kenanganku bersama Mariam..”

Ramadhan mengangguk.
.
.
—-

“Mariam? Kamu siap?”

Mariam mengangguk.

“Kita harus pulang ke Pulau Lang Tengah hari ini.”
.
.
———

Pada hari yang sama,

Waktu malam

Pulau Tinggi

10:00 PM
.
.
Johan Yassir, Ramadhan Sufi dan Sara Embun,

Telah sampai ke Pulau Tinggi
.
.
Sara Embun, memeluk tangan Ramadhan, gusar di dalam hatinya, merasakan aura roh-roh semangat yang berkeliaran di dalam Pulau Tinggi
“Jangan kamu khuatir Teratai, mereka, adalah orang yang baik-baik.” tegur Ramadhan kepada Teratai.
.
.
“Ayuh. Kita bergegas ke rumahku. Ayahandaku, Jamrud dan Kanda Jamir, pasti telah lama menunggu kepulanganku.” ujar Johan.
.
.
Ramadhan mengangguk.
.
.
—-

Di hadapan perkarangan Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“Tuan Muda Johan..” ujar pengawal pintu gerbang Rumah Keluarga Yassir.

“Kami berbesar hati, Tuan Muda Johan pulang dengan aman dan selamat.” sambungnya.
.
.
Johan mengangguk.
“Sampaikan kepada Tuan Besar Jamrud! Tuan Muda Johan telah selamat tiba!” arahnya kepada anak buahnya.
.
.
Semboyan dibunyikan.

Kesemua majlis tertinggi Selendang Hitam, berkumpul di Ruangan Agong,
.
.
Johan, Ramadhan dan Sara, berjalan perlahan, menuju ke singgahsana Jamrud.
Jamrud Yassir, bangkit dari singgahsananya, dan berjalan ke arah Johan Yassir,
.
.
“PAP!” Jamrud memeluk Johan.

“Anakandaku, Johan. Senang rasa di hatiku, kamu pulang dengan aman dan selamat.” kata Jamrud dengan gembira.

Manakala, Jamir Yassir, tersenyum melihat Johan.
“Sepertinya, kamu telah berjaya melaksanakan tugasmu Johan.” kata Jamir.
.
.
“Ayuh, ceritakan segalanya, pengalamanmu di sepanjang pengembaraanmu.” sambung Jamrud.
.
.
Jamrud memandang ke wajah Ramadhan Sufi.

“Kamu...?” ujar Jamrud Yassir.
Ramadhan meletakkan tapak tangan kanannya ke atas dadanya,
.
.
Dengan penuh rasa hormat,

“Ramadhan Sufi..” kata Ramadhan.

“Sufi..?” ujar Jamrud.

“Anak sulungnya, Syawal Sufi.” sambung Ramadhan.
.
.
“PAPP!” Jamrud memeluk tubuh Ramadhan.
“Kamu.. Anaknya Syawal, sahabat karibku.. Dan juga kamu, teman sepermainan anakandaku, Jalal Yassir..” ujar Jamrud perlahan.
.
.
“Dan siapakah gadis manis di sebelahmu ini?” sambung Jamrud.
.
.
“Kekasih hati pengarang jantungku, Sara Embun, atau lebih senang dipanggil, Teratai.”
Jamrud mengesatkan air matanya,
.
.
“Maafkan aku, anakanda, sejarah lampau keluargamu...” ujar Jamrud.

“Tidak mengapa, Pak Jamrud.” celah Ramadhan.
.
.
“Ayahanda. Panggil saja diriku, sebagai ayahandamu.” balas Jamrud.

“Baik. Ayahanda.” balas Ramadhan.
.
.
“Bagus. Bagus..” kata Jamrud sambil menepuk bahu Ramadhan
.
.
“Puspa. Bawakan Ramadhan dan Teratai, ke kamar tetamu kita. Persiapkan hidangan yang mewah-mewah untuk mereka. Berikan persalinan-persalinan pakaian yang setara dengan darjat mereka..” arah Jamrud.
.
.
“Baik Ayahanda.”
“Ayahanda, seeloknya, kita sambung saja musyawarrah kita pada esok pagi.” kata Jasim Yassir.

“Johan masih kepenatan.” sambungnya.
.
.
“Baiklah. Kita adakan musyawarrah pada esok pagi.” kata Jamrud.
.
.
Kemudian, majlis bersurai.
.
.
Johan Yassir, pulang ke kamarnya.
.
.
“TAP. TAP. TAP.” langkah Johan, perlahan.

Badannya, lemah. Fikirannya, melayang.
.
.
“CLACK! BAM.” Johan membuka pintu kamarnya.
.
.
Kemudian, dia merebahkan badannya, ke atas katil.
.
.
Johan meletakkan lengan kanannya, ke atas mukanya, menutupi matanya,
.
.
Bunyi esakan mulai kedengaran,

Memori dan kenangannya bersama Mariam, mula menerjah di dalam kepalanya,
.
.
——

“Mengapa Tuhan, menciptakan bulan..” suara Mariam berbisik di dalam kepala Johan,
.
.
.
.
“Senang bukan. Sekiranya kita bisa menjadi seperti bulan, yang kaya dengan rasa cinta.”
.
.
——-

Air mata mengalir di pipi Johan,
.
.
Dan dalam beberapa saat,

Johan, menangis,

Dengan menutup rapat bibirnya,

Supaya tidak didengari orang.
.
.
Johan menggenggam dadanya dengan tangan kirinya,

Dicengkam dadanya sekuat hati, sambil menangis,
.
.
“Bonda. Apa yang telah menimpa diriku ini. Sakit. Sakit sekali rasa di dadaku! Tak tertanggung rasanya.” bisik Johan perlahan, mengadu domba kepada bondanya yang telah lama mati.
.
.
Suara yang memanggil,
Halus bunyinya,
Gemersik bisikannya,
Manja tutur katanya,
Hangat hembusannya,

Permata yang jatuh dari langit,
Bercahaya,
Menerangi malamnya,
Tenggelam ke dalam tasik,
Hilang jejaknya,

Sudah terlepas dari genggamannya,
Terkubur di dalam memorinya.
.
.
.
.
Di luar kamar Johan,

Puspa Yassir, berada di hadapan pintu kamar Johan,

Terhenti langkahnya, terbatal niatnya untuk memasuki kamar Johan,

Apabila terdengar suara tangis yang keluar dari dalam bilik itu,
.
.
.
.
“Johan..?” bisik Puspa Yassir,
.
.
Puspa cuba mengetuk pintu, dan membuka tombol pintu kamar Johan,

Tetapi sekali lagi, dia membatalkan niatnya,
.
.
——

Malam, melabuhkan tirainya.
Pada keesokan paginya,

Seluruh ahli majlis tertinggi Selendang Hitam, termasuk ahli Keluarga Yassir, Ramadhan dan Sara Embun,

Sedang berada di Dapur Bonda, menunggu hidangan sampai di atas meja panjang,
.
.
Mereka bercakap-cakap, berbisik-bisik, dan bergelak ketawa.
Sara Embun, membisu seribu kata, janggal kerana buat pertama kali di dalam hidupnya,

Dia di layan sedemikian rupa, di layan seperti manusia, di layan seperti ahli kerabat Di Raja,
.
.
“Mengapa hanya berdiam diri Teratai?” tanya Putri Yassir,

“Tidaklah” ujar Teratai lembut.
“Aku cuma merasa segan, berada di dalam rumah ini, yang penuh dengan adat dan kehormatan..” sambung Teratai sambil tersenyum
.
.
“Kamu adalah tetamu kesukaan Ayahanda. Anggaplah rumah ini, seperti rumahmu sendiri..” balas Puspa Yassir
.
.
Teratai terus tersenyum, dan mengangguk
“Ada banyak perkara, yang ingin aku bicarakan denganmu Ramadhan.” ujar Jamir Yassir.

“Iya. Johan telah menceritakan segala-galanya kepada ku.” balas Ramadhan.

Jamir mengangguk.

“Untuk mencipta seratus Terakol Muda, berapa lamakah bagimu, masa yang diperlukan?” tanya Jamir.
“Satu purnama.” jawab Ramadhan.

“Hurm. Bagus.” ujar Jamir.
.
.
“Johan?” panggil Jamir.
.
.
Johan Yassir, yang duduk di samping Putri Yassir, hanya berdiam diri.

Dengan matanya, memandang terus ke meja, tidak berkedip,

“Johan??” panggil Jamir lagi.

“Johan?!”
Johan berpaling ke arah Jamir, perlahan,

“Iya.. Kanda Jamir?” balas Johan,
.
.
“Kamu dari tadi, terus berdiam diri. Ada hal yang menganggu fikiranmu? Adindaku?” tanya Jamir.

“Tidak, aku cuma kepenatan. Cuma itu saja.” balas Johan.
.
.
Jamir mengangguk.
Puspa Yassir, memandang Johan, dengan seribu pertanyaan di dalam kepalanya,
.
.
“Teratai.. Ada perkara yang cuba disembunyikan oleh adindaku? Johan?” tanya Puspa.
.
.
Teratai cuma mendiamkan diri,

“Teratai?”

Kemudian, Teratai mengangguk.
Dalam beberapa saat,

Pelayan-pelayan di dalam Dapur Bonda, membawakan hidangan yang berpinggan-pinggan banyaknya,
.
.
Salah seorang dari mereka,

Berjalan paling depan, menuju ke meja,
.
.
Kebiasaanya, tempat mereka meletakkan hidangan, adalah di sebelah Puspa Yassir..
.
.
Ini kerana, di antara kesemua ahli-ahli majlis tertinggi Selendang Hitam,

Puspa Yassir merupakan orang yang paling lembut hatinya, dan tiada walau seinci pun, terbitnya aura membunuh dari tubuhnya,

Tidak seperti ahli-ahli majlis tertinggi yang lain, terutamanya, Johan Yassir.
Johan Yassir terkenal dengan aura membunuhnya yang tidak pernah padam

Mana-mana pelayan Dapur Bonda, merasa gerun untuk membawa hidangan di sebelahnya

Ini kerana mereka khuatir, sekiranya aura membunuh milik Johan itu, bakal menyebabkan pinggan-pinggan yang dibawa mereka, jatuh
.
.
Akan tetapi, pada kali ini,

Setibanya pelayan itu di belakang Puspa Yassir,
.
.
Dia menukar arah, dan menuju ke tempat lain, iaitu,

Di sebelah Johan Yassir.
.
.
“PAP!” pinggan-pinggan dihidangkan di sebelah Johan Yassir,
Jamrud Yassir, Jamir Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir dan kesemua ahli majlis tertinggi,

Merasa kaget melihat kejadian ini,

Muka Jamrud berkerut, keningnya terangkat,
.
.
Ini kerana, mereka mulai sedar, bahawa aura membunuh milik Johan,

Telah terpadam sepenuhnya!
Suasana menjadi sunyi,

Jamrud memandang ke arah Jamir,

Jamir mengangguk,
.
.
Kemudian, mereka melahap hidangan di atas meja,
.
.
Sebelum bermulanya musyawarrah mereka.
.
.
Ruangan Agong, Rumah Keluarga Yassir,

11:00 AM,
.
.
Kesemua ahli majlis tertinggi Selendang Hitam, berkumpul.
.
.
“Jadi, Mukhadirat Al-Abadi, berhasil...” ujar Jamrud Yassir,

Ramadhan mengangguk,

Kemudian dia mengeluarkan sebilah pedang di pinggangnya,
.
Dia menggenggam mata pedang dengan tapak tangan kirinya,

Dan dia menarik pedang itu, sehingga berdarah tapak tangan kirinya,
.
.
Ramadhan menghalakan tapak tangannya ke langit,

Darah menitik dari tapak tangannya,

Kemudian, luka yang berdarah, pulih secara perlahan-lahan.
Kesemua ahli majlis tertinggi Selendang Hitam, termasuk Jamrud Yassir, dan anak-anak Yassir yang lain,

Terkesima,

Melihat keajaiban yang berlaku di depan matanya,
.
.
“Saling tidak tumpah, sama seperti kesaktian ku, kesaktian ASSYIFAK!” jerit Jihad Yassir.
Benar, sama seperti kesaktian yang diperoleh oleh Jihad Yassir, melalui kesaktian Roh Semangat Pendampingnya,

ASSYIFAK,
.
.
Akan tetapi, perbezaannya adalah, Ramadhan Sufi, tidak memerlukan apa-apa jenis kesaktian untuk memperoleh tubuh yang mampu sembuh secara serta merta.
.
.
.
.
Pemulihan badan Jihad, hanya terhad kepada tubuh badannya sahaja, sekiranya leher Jihad dipenggal atau disembelih, Jihad tidak mampu untuk pulih semula,
.
.
Selain dari itu, Jihad Yassir juga, tidak memperoleh kehidupan abadi melalui kesaktian ASSYIFAK,
.
.
Manakala Ramadhan Sufi,
.
.
Yang berusia 35 tahun,

Telahpun berhenti dari menua, sejak dia berusia 25 tahun,
.
.
“Ayahanda, sekiranya kita mampu menghasilkan lagi ubat ini...” ujar Jasim Yassir,
.
.
“Mustahil.” jawab Jamrud Yassir.
“Mustahil?” tanya Jasim,

“Banyak korban yang diperlukan, malah, aku memerlukan ramuan yang disimpan kemas oleh Syawal Sufi..”

“Akan tetapi, sahabatku, Syawal Sufi..“ balas Jamrud.
.
.
“Ramadhan, apakah kamu tahu, ramuan kepada Mukhadirat Al-Abadi ini?” tanya Jamir Yassir.
Ramadhan menggelengkan kepalanya,
.
.
“Ayahanda, menurut pengetahuanku, Keluarga Sadek, juga turut cuba, untuk menghasilkan Mukhadirat Al-Abadi.” jawab Ramadhan.

Jamrud memandang Ramadhan dengan suatu pandangan yang tajam,
.
.
“Apakah maksudmu Ramadhan??” tanya Jamrud.
“Ubat hijau yang diguna pakai oleh tentera-tenternya, Kerambit Putih.” balas Ramadhan,
.
.
Jamrud menggenggam kemas tangannya,
.
.
“Sudah ku duga!!” ujar Jamrud,
.
.
“Akan tetapi, cubaan mereka, belum berhasil sepenuhnya..” sambung Ramadhan.
“Apa kamu tahu, ramuan sebetulnya untuk ubat hijau itu?” tanya Jasim,
.
.
“Tidak. Tapi aku bisa mencuba.” balas Ramadhan.

“Bagus!! Ramadhan, anakandaku, kamu akan mengetuai uji kaji ini, sebutkan kepadaku, segala benda yang kamu perlukan, akan aku tunaikan!!” kata Jamrud.
Ramadhan mengangguk,
.
.
“Mulai hari ini, kamu, bukan lagi seorang Sufi, dan telah aku sambut kedatanganmu ke dalam keluargaku.”

“Maka sekarang, Ramadhan, anakandaku, namamu ialah, Ramadhan Yassir!”
.
.
Ramadhan mengangguk,
.
.
Majlis bersurai,
.
.
Kesemua ahli majlis tertinggi Selendang Hitam, keluar dari Ruangan Agong,
.
.
“Anakandaku, Johan.” panggil Jamrud.

“Iya. Ayahanda.”

“Kamu, tunggu sebentar. Ada hal yang ingin dibicarakan.”

Johan kembali, duduk bersila di depan Jamrud.
“Johan.. Aku ini, ayahandamu. Dan juga bondamu. Jangan disimpan segala kegusaran di dalam hatimu, aku pasti tahu.” Jamrud memulakan perbualan,
.
.
Johan hanya mendiamkan diri,

“Tiada perkara yang mampu melemahkan seorang Yassir itu, melainkan, seorang wanita.” sambung Jamrud.
“Siapakah gerangannya gadis itu, anakandaku? Bawakan dia ke rumah ini, bertemu dengan ku, pasti aku akan menerimanya, dengan tanganku yang terbuka luas.” sambung Jamrud.
.
.
Johan terus berdiam,

“Lekas, katakan kepadaku Johan, aku ini ayahandamu.” pujuk Jamrud.
.
.
“Yassir, selalu disumpah oleh cinta, sebagai seorang Yassir, kita tewas dengan namanya wanita..”

“Cinta itu bagaikan taufan, yang menggila di dalam tubuhmu, yang menghiris segala isi di dalam tubuhmu.”
.
.
“Telah lama aku memendam kesakitan cinta, anakandaku..”

“Segala luka di tubuhku, sewaktu aku berperang mempertahankan tanah dan keluarga kita,”
.
.
“Segala pedih dan perit di tubuhku, sewaktu aku ditembak terakol dan pamuras..”
.
.
“Dan segala kesakitan itu, digandakan dengan seribu kali sekalipun, belum tentu mampu menampung, kesakitan cinta anak jantan Keluarga Yassir..”
.
.
“Aku faham benar akan kegelisahan di hatimu, anakandaku..” akhiri Jamrud Yassir,
.
.
“Mariam...” jawab Johan Yassir.

“Mariam?”
“Cantik sekali namanya.. Pasti secantik empunya badannya. Dari manakah asalnya? Siapakah orang tuanya?”
.
.
“Mariam.. Sadek.” jawab Johan,
.
.
.
“Haha Sadek? Apa keluarganya juga bernama Sadek?” tanya Jamrud,

“Mariam Sadek, dari Pulau Lang Tengah, anak bongsu Malik Sadek.”
“PAPP!! BAMMM!!” Jamrud memecut ke arah Johan,

“CRACK!!!” Jamrud mencengkam leher Johan,
.
.
“Katakan kepadaku, bahawa kamu telah berdusta kepadaku, ayahandamu, Johan!!” jerit Jamrud,
.
.
“Tidak. Aku tidak berdusta.” balas Johan,
“DABBB!!!” Jamrud menendang dada Johan sehingga terpelanting jauh ke belakang, melanggar dinding,
.
.
“Lekas katakan kepadaku, yang kamu telah berdusta!!! Johan!!!”

“Tidak Ayahanda!! Aku ikhlas, mencintai Mariam!!”

“PAPP!! DABBB! DABBB!!” Jamrud menendang perut dan leher Johan.
“Lekas!!! Katakan kepadaku!! Yang kamu telah berdusta!!!”

“Tidak!! Hati aku telah hancur Ayahanda!! Untuk aku terus membohongi hatiku lagi!! Tubuhku hancur Ayahanda!! Tak tertanggung menahan..”

“DIAM!!!”
.
.
Johan menggigil ketakutan,
.
.
“SHING!!!” Jamrud menghunuskan parang panjangnya,

“PAPP!!!” dia memecut ke arah Johan,
.
.
“Kamu telah menconteng arang ke mukaku!! Johan!! Dan untuk itu!! Kamu harus kuhukum mati!!!”

“ZASSS!!!!”

“KACHING!!!!”
.
.
Libasan parang Jamrud, disanggah oleh KALAM.
“Jangan kamu ikut campur!! KALAM!!”

“TUAN BESAR JAMRUD.. TUAN MUDA JOHAN SEHABIS MUNGKIN, CUBA MEMBUNUH PERASAANNYA TERHADAP MARIAM...”

“Jadi kamu juga tahu akan hal ini KALAM???”

KALAM mengangguk,

“Maka kamu!! Harus ku benamkan ke dalam perut bumi!!!!”
“PAPP!” JABBAR merangkul lengan Jamrud, menghalangnya dari menghukum KALAM.

“JAMRUD!!” tengking JABBAR,
.
.
“Kamu juga tahu??!! JABBAR??!!”
.
.
“KAMU SEMUA, AKAN KU BUNUH!! SEGERA!!!!”

“CRAK! CRAK!!” bunyi guruh kedengaran,

Jamrud telah bersedia, untuk melancarkan serangannya.
Jamrud menghayunkan tangannya ke arah KALAM dan Johan, kilat sabung-menyabung,

Menggegarkan segala isi Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“Johan!!! KALAM!!! JABBAR!!! Ini adalah dosa yang tidak bisa aku ampunkan!! Kamu semua!! Harus ku hukum mati!!!” jerit Jamrud.
.
.
.
.
Dan secara tiba-tiba.....

“Jamrud....” ujar satu suara.

“Kekasihku...” sambung suara itu,
.
.
Jamrud menghentikan serangannya,

Jamrud, terkesima...

Seolah-olah tidak percaya, akan apa yang dilihatnya pada saat itu,
.
.
Sekujur bayangan tubuh seorang wanita,

Muncul di hadapan Jamrud,

Sambil mendepakan tangannya, mempertahankan Johan

Dan gerangan tubuh itu ialah
.
.
Isteri kepada Jamrud, dan ibu kepada Johan, yang telah lama mati, dibunuh oleh Jamrud sendiri
.
.
Namanya ialah,
.
.
Sri Chendana
.
.
Sama seperti apa yang telah dilakukan oleh KALAM, suatu ketika dahulu,

Sewaktu KALAM memanggil roh Jalal, untuk bertemu Johan di dalam mimpinya,

Darah hitam mengalir di bibir KALAM, bayaran yang harus dibayar olehnya, untuk memanggil roh Sri Chendana, bangkit ke bumi
.
.
“Chen.. Chendana..?” ujar Jamrud,

“KETING!” parang Jamrud jatuh ke lantai,
.
.
“Kamu.. Kamu masih hidup?? Apa aku tidak lagi bermimpi?? Merindukan wajahmu??” ujar Jamrud, sayu.
.
.
KALAM dan JABBAR, berundur ke belakang,
.
.
Jamrud berjalan perlahan ke arah roh Sri Chendana.
“Jamrud.. Kamu tahu bukan, kamu tidak bisa membunuh cinta. Ianya akan terus kekal, di dalam hati, sampai bila-bila..” kata Sri Chendana,
.
.
Jamrud mengangguk perlahan, air mata mengalir di pipinya,
.
.
“Cintaku, tidak pernah habis, untukmu Chendana..”

Sri Chendana tersenyum.
“Seperti itu jugalah, cinta Johan kepada Mariam..” balas Sri Chendana, sambil berjalan ke arah Jamrud.
.
.
“Tidak! Chendana! Gadis itu adalah seorang Sadek! Aku tidak bisa..”

“Jamrud..”

“Cinta itu tidak mengenal siapa-siapa..”

“Kamu tahu itu, bukan?” sambung Sri Chendana.
“Cinta tidak akan mati, sampai bila-bila.. Biarpun aku, adalah anak gadis musuh ketat keluargamu.. Anak-anak kita, adalah bukti cintaku kepadamu.” sambung Chendana.
.
.
“Apa kamu tidak merasa, Johan seharusnya, punya peluang seperti kamu?”

“Jamrud?” sambung Sri Chendana,
.
.
“Tetapi, Chendana.. Sadek!”

“Jamrud.. Apakah dendam dan amarahmu itu, jauh lebih penting dari kebahagiaan anakandamu sendiri?”
.
.
“Johan adalah anakanda bongsu kita, wasiat cintaku yang terakhir, untukmu..” kata Sri Chendana, sambil menyentuh pipi Jamrud Yassir,
.
.
.
.
Jamrud memegang tangan Sri Chendana, di pipinya,
.
.
Jamrud mengangguk perlahan,
.
.
“Di mana hilangnya, Jamrud ku yang dulu.. Yang lembut tutur katanya, yang dingin sentuhannya, yang hangat cintanya..”

Jamrud mengalirkan air mata..
“Chendana.. Maafkan kekejamanku, terhadapmu..”

Sri Chendana tersenyum,

“Aku mengerti, kamu tidak punya pilihan.. Dan aku juga redha, di atas takdirku, sebagai sang puteri dari Sumatera, tanah tumpahnya musuh keluargamu.. Sudah lama aku memaafkan dirimu, Jamrud.”
.
.
.
.
“Chendana.. Aku cuma mahu.. Kamu terus di sini.. Sentuhanmu di waktu pagi, belaian tanganmu di rambut ku, hidangan yang kamu sediakan sewaktu aku terjaga dari tidurku..”

“Chendana, jangan pernah tinggalkan aku lagi..”
.
.
“Yang telah pergi, tidak akan kembali Jamrud..”
.
.
“Restukanlah cinta di antara Johan dan Mariam..”

“Apakah kamu lupa, bicaramu terhadapku suatu masa dahulu..”
.
.
“Cinta itu tidak seharusnya membunuh, tidak menyeksakan, tidak kejam..”

“Akan tetapi, cinta itu memberikan pengharapan, dan semangat untuk terus berjuang..”
.
.
“Itu yang selalu kamu katakan kepadaku dahulu.. Setelah kamu bangkit dari hati yang telah mati, dibunuh cinta Asiah Sufi..”
.
.
Roh Sri Chendana, semakin kabur.
.
.
“Aku harus pergi..”

Jamrud mengangguk.

Sri Chendana memandang ke arah Johan yang sedang menundukkan kepalanya.
“Mereka adalah wasiat cintaku kepadamu.. Hidupkan kembali cinta Johan kepada Mariam.. Hanya kamu yang bisa berbuat begitu Jamrud..”
.
.
Jamrud mengangguk.

Kemudian, Sri Chendana memeluk Jamrud Yassir,

Dan dalam beberapa detik, roh Sri Chendana, hilang dari pandangan.
.
.
Jamrud memejamkan matanya,
.
.
Cuba meresapi kehangatan pelukan terakhir dari isterinya, Sri Chendana,
.
.
Jamrud berjalan perlahan ke arah Johan,
.
.
Kemudian, dia memegang bahu Johan,

“Anakandaku, Johan..”

“Ayahanda?” kata Johan sambil mendongakkan kepalanya, berair mata.
“Apa kamu benar, mencintai Mariam, dengan sepenuh jiwa ragamu?”

“Dengan setiap hembusan nafasku Ayahanda..”
.
.
“Kamu tahu bukan, Sadek itu bermusuh dengan kita..”

“Aku tahu..”

“Kamu tahu bukan, Sadek yang membunuh kakandamu, Jalal?”

Johan mengangguk.
“Kamu sanggup?! Bersama dengan seorang Sadek! Yang membunuh keluargamu sendiri?!!”
.
.
Johan mengangguk perlahan,

“DABBBBB!!!!” Jamrud menumbuk muka Johan, sehingga terpelanting dan berdarah.
.
.
“Sekiranya itu kehendak hatimu...” ujar Jamrud,
.
.
“Maka aku akan memperkenankan kemahuanmu, bersyarat!!”
.
.
“Kamu akan kuhantarkan ke puncak Bukit Tunjong!! Seorang diri kamu di sana!! Kamu akan kuharamkan!! Walau seketul daging!! Walau setitis air!! Masuk ke dalam perutmu!! Selama enam purnama!! Enam purnama!!!”
.
.
“Dan ini adalah sumpahku terhadapmu Johan!!! Sekiranya kamu tidak mampu, maka matilah kamu di sana!! Sekiranya kamu mampu, pulanglah kamu ke rumah ini!! Maka aku akan memperkenankan kehendakmu!!!”

“ZAPP!!”

Jamrud menikam parangnya ke lantai,

“DUMM! DUMM!” guruh bergempita.
.
.
“CLACK! BAMM!” Puspa Yassir membuka pintu Ruangan Agong,
.
.
“Ayahanda!! Aku memohon kepadamu! Hapuskan sumpahanmu!! Johan pasti tidak akan bisa menanggungnya!!” pujuk Puspa Yassir.

“Jangan kamu ikut campur Puspa!! Apa kamu mahu menanggung dosa-dosanya?!!” balas Jamrud.
Puspa Yassir, berdiam diri,
.
.
“Ini adalah jalan yang dipilih oleh adindamu sendiri!! Lelaki, harus berani!! Menanggung dosanya!!” sambung Jamrud.
.
.
Johan berdiri perlahan-lahan,
.
.
“Begitu.. Ayahanda..” ujar Johan,

“Aku akan pulang, menyembah kakimu, enam purnama lagi..”
Kemudian, Johan Yassir, berjalan perlahan, menuju ke pintu Ruangan Agong,
.
.
“Johan!!” tegur Jamir Yassir,
.
.
“Apa kamu sudah gila?!! Segera kamu memohon maaf kepada Ayahanda!!” sambungnya,
.
.
“Tidak.. Kakanda.. Aku harus berjuang, demi cinta..” balas Johan.
Johan berjalan, melepasi Jamir Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir, Putri Yassir, dan juga, Ramadhan Yassir..
.
.
“Johan..” ujar Ramadhan,

“Jangan kau khuatir.. Tiada penyesalan di dalam hatiku..”

“Semoga pulang dengan aman, sahabatku.” kata Ramadhan.

“Sahabat sampai mati.”
.
.
.
.
Pada hari yang sama,

Pulau Lang Tengah,

Rumah Keluarga Sadek,

10:00 PM,
.
.
Mariam Sadek, memandang ke langit, sambil bersandar di tepi tingkap,
.
.
Mengalir air matanya, mengenangkan Johan, yang sanggup membunuhnya, dan mengkhianati cintanya,
.
.
.
.
“Mariam...” tegur Laila Hawa,
.
.
“Kang Laila..”
.
.
“Usah lah kamu bersedih lagi.. Jangan dipasang hasrat yang tinggi, demi lelaki yang bernama Yassir..”

“Kang Laila.. Belum hilang namanya di dalam dadaku.. Johan pasti akan kembali ke pangkuanku..”
.
.
“Mariam.. Kesatlah air matamu.. Johan tidak akan kembali lagi.. Kakandanya, Jalal Yassir, gugur di tanah ini. Sekiranya dia kembali, hanyalah untuk membunuhmu.. Dendamnya kepada Keluarga Sadek, dalam sekali..”
.
.
“Akan tetapi, cinta kami lebih mendalam Kang Laila..”
“Cuma kamu Mariam, hanya kamu yang menganggapnya sebegitu.. Apa kamu lupa, pandangan membunuhnya sewaktu dia tahu, kamu adalah anaknya Malik Sadek?”
.
.
Mariam berdiam diri,
.
.
“Teruskan hidupmu Mariam. Lupakan Johan Yassir. Tiada untungnya kamu memikirkan tentangnya.”
.
.
“Akan tetapi, Kang Laila..”

“Tiada tapinya!”

“Mariam!” Laila Hawa mengenggam bahu Mariam Sadek,
.
.
“Apa kamu mahu dibunuh, oleh ayahandamu?!”

Mariam terdiam,
.
.
Dan dia mengangguk perlahan.
“Pada saat ini, Johan, pasti sedang merencanakan sesuatu bersama Selendang Hitam, untuk menyerang tanah kita! Yassir itu manusia yang kejam Mariam! Bukalah matamu! Mereka itu penyembah syaitan!” sambung Laila Hawa,
.
.
Mariam Sadek, menangis, meratapi nasibnya,
.
.
.
.
—-

Pada masa yang sama,

10:30 PM,

Di atas puncak Bukit Tunjong,

Johan berjalan, dengan langkah yang perlahan,
.
.
“Sampai juga, jasadku di tempat ini...” bisik Johan,
.
.
“ZAPPP!!” Johan menikam kedua-dua bilah pedangnya, ke dalam tanah,
.
.
“KALAM...” panggil Johan,

“TUAN MUDA..”

“JABBAR...” panggil Johan,

“JOHAN...”
.
.
“Kamu berdua, pulanglah ke rumahku.. Tinggalkan aku bersendirian di sini..” kata Johan,
.
.
“TIDAK! AKU TIDAK AKAN MENINGGALAKAN KAMU BERSENDIRIAN DI SINI!!” jerit KALAM,
.
.
“KALAM!!”
.
.
“Ini adalah perintahku.. Ini adalah kemahuanku..“

“JOHAN...” ujar JABBAR,
.
.
“JABBAR, aku bukan lagi anak kecil yang selalu kamu pertahankan.. Aku bisa menjaga diriku sendiri..”
“SEKIRANYA ITU KEHENDAKMU...” ujar JABBAR,
.
.
JABBAR memandang ke arah KALAM,
.
.
KALAM mengangguk,
.
.
Kemudian, mereka berdua, terbang meninggalkan Johan Yassir,

Bersendirian di puncak Bukit Tunjong,
.
.
.
.
Angin mula berhembus kencang,
.
.
Tubuh Johan, kesejukan,
.
.
Dia memejamkan matanya, cuba mengimbas kembali, kehangatan tubuh Mariam, yang tidur lena di sampingnya,
.
.
Kemudian, Johan mengukirkan satu senyuman,
.
.
“Enam purnama.. Enam purnama, Mariam..”
“TAP. TAP. TAP.” air hujan, mula menitis,
.
.
Dalam beberapa saat, hujan turun dengan lebatnya,
.
.
“Bumi juga, menangis...”

“Pada siapa, kamu sandarkan kekecewaan...“

“Marilah berteman denganku, berkongsi keindahan cinta...”
.
.
Hujan turun, makin lebat,
.
.
“Dapat ku rasakan, kesedihanmu.. Begitu juga aku.. Yang mati dibunuh cinta..”

Johan duduk bersila,
.
.
“Izinkan aku yang memulakannya...”

“Kekasih hati, pengarang jantungku.. Namanya, Mariam.. Mariam Sadek..”
.
.
“Cantik namanya bukan.. Secantik rupa parasnya..”

“Di saat pertama kali aku melihatnya, jantungku berdegup kencang.”

“Cantik rupa parasnya, bagaikan bidadari, sopan tutur katanya, bagaikan sang dewi...”
.
.
Johan memandang ke langit, sambil tersenyum.
Johan mengenggam dadanya, dengan tangan kanannya,
.
.
“Selama enam purnama, aku disumpah, untuk bersendirian di sini..”

“Enam purnama.. Tanpa belaian cinta darinya..”

“Tubuhku pasti hancur..!”

“Menanggung derita rindu kepadanya...!” sambung Johan, dalam sebak.
.
.
Satu purnama, telah berlalu,
.
.
——

“TAP. TAP. TAP.” Johan melangkah dengan perlahan..
.
.
“Sudah kali ke berapa, aku mengelilingi puncak bukit ini...”

“TAP. TAP. TAP.”
.
.
“Mungkin sudah ke ratusan kalinya..”

“DABBB.” Johan rebah, terdampar di atas tanah.
.
.
Sudah hampir tiga puluh hari, Johan Yassir bersendirian di puncak Bukit Tunjong,
.
.
Langkahnya semakin lemah,
.
.
Tiada walau seketul daging, atau setitis air sekalipun, yang masuk ke dalam perutnya,
.
.
Namun, itu bukanlah dugaan yang paling berat buat Johan Yassir.
Dugaan yang paling berat baginya, adalah kekosongan jiwanya,
.
.
Tiada teman untuknya berbicara, melainkan hembusan angin yang bersiul-siulan, titisan air hujan yang merentakkan lagu, goyangan pohon-pohon yang melambai-lambai kepadanya,
.
.
Cuma alam yang mampu menemaninya,
.
.
Matanya tidak mampu terlelap,

Kerana hati yang sakit, mengenangkan memorinya bersama Mariam,
.
.
Fikirannya melayang, di awang-awangan, membayangkan wajah Mariam yang begitu mendinginkan,
.
.
Semangatnya hilang, merindukan cinta Mariam,
.
.
Rambut Johan panjang mengurai, jambangnya tumbuh, di separuh mukanya, matanya kuyu, separa tertutup, tubuhnya keding nan melambung ditiup angin,
.
.
Cuma hanya satu purnama, tubuh Johan seakan-akan, seperti susuk mayat yang masih hidup,
.
.
.
.
——-

Dua purnama, telah berlalu,

11:30 PM,

Johan Yassir, terdampar di atas tanah, di atas puncak Bukit Tunjong,
.
.
Nafasnya dihela perlahan,
.
.
Matanya, separa tertutup, memandang ke langit,
.
.
Dan dalam beberapa detik,
.
.
Hujan menitis, dari langit,
.
.
Johan Yassir, menutup mulutnya, supaya titisan air hujan itu, tidak masuk ke dalam mulutnya,
.
.
Tubuh Johan dibasahi air hujan,
.
.
Bunyi cengkerik kedengaran,

Bunyi daun-daun pokok ditiup angin, juga kedengaran,

Bunyi titisan air hujan, jatuh ke tanah, juga, kedengaran,
.
.
.
.
“Indah sekali, rentak lagu yang dibawakan oleh mu, wahai sang hujan..”

“Ahh... Bauan hujan... Begitu menenangkan... Mengingatkan aku kepada Mariam... Rambutnya, sesudah selesai bermandian di tasik... Bauan rambutnya, seperti bauan titisan air hujan...”
.
.
Secara tiba-tiba, hujan berhenti,
.
.
“Mengapa kamu berhenti dari terus menitis... Curahkan titisanmu wahai sang hujan... Belum puas aku membayangkan keharuman rambut kekasihku, Mariam...”

“Wahai sang hujan... Apa kamu mendengar rintihanku ini...” ujar Johan, tersekat-sekat.
.
.
.
.
——

Tiga purnama, telah berlalu,
.
.
11:30 PM,
.
.
Suasana gelap gelita,

Johan duduk bersandarkan sebatang pokok,
.
.
Matanya menatap terus ke langit,
.
.
“Tiga purnama.. Tiga purnama lagi..”
.
.
“Aku kan dapat bertemu, memandang matamu Mariam...”
.
.
Semangat Johan, hampir hilang,

Dan dalam beberapa detik, mata Johan hampir tertutup sepenuhnya,
.
.
Nafasnya dihela perlahan,
.
.
Degupan jantungnya, mulai lemah,
.
.
Dan kemudian, mata Johan..

Tertutup, sepenuhnya.
.
.
“Johan....” tegur satu suara di dalam lelapnya,
.
.
“Mariam..?”

Johan membuka matanya,
.
.
Sekujur tubuh seorang gadis, muncul di hadapan Johan,
.
.
Johan menghalakan tangan kanannya ke depan, cuba menggapai tubuh Mariam,

“Mariam... Kekasihku... Kamu datang..?”
Mariam, dengan memakai kebarung putihnya, dan selendang sutera putih dililitkan di lehernya, tersenyum memandang Johan,
.
.
Johan cuba berdiri, perlahan-lahan..

Dia berjalan, lemah longlai, membongkok, ke arah Mariam,
.
.
“Ma.. Mariam.. Lekas, datanglah ke dalam pelukanku..”
Johan mengukirkan satu senyuman, gembira hatinya, apabila cintanya datang menjemput,
.
.
“Mariam.. Kekasihku.. Ayuh.. Kita pergi dari sini.. Akan kita jelajah seluruh bambang darat.. Kita bina hidup yang baru.. Cuma kita berdua.. Jauh ke tempat orang.. Lekaslah, kekasihku..”
.
.
“Lihatlah.. Di tanganku ini, segenggam emas.” Johan menghalakan tapak tangan kirinya, yang disangkakannya, adanya emas,
.
.
“Untuk kita merantau, dan menikah di tempat orang.”

“Dan juga, akan ku binakan, istana cinta, untukmu berteduh, dari hujan dan panas..”
Johan semakin rapat dengan Mariam,
.
.
“Kekasihku.. Mengapa kamu cuma berdiam diri.. Lupakah kamu, akan kenangan dan janji-janji manis kita dahulu, untuk hidup bersama, sampai mati..?”

Mariam terus berdiam diri,
.
.
Johan memeluk Mariam,

Pelukannya, tidak melekat di tubuh Mariam,
.
.
“Kekasihku..?”
.
.
Secara perlahan-lahan, bayangan Mariam, hilang dari pandangan,
.
.
“Cuma khayalan..?” bisik Johan,
.
.
“Cuma khayalan ku saja..” ujar Johan, sebak.
.
.
“Aku cuma seorang diri di sini.. Mana mungkin kamu bisa menjejakkan kaki mu ke tanah ini...”

“Kamu....” Johan mula menangis,

“Kamu... Anaknya.. Sadek..” Johan menangis, teresak-esak, tangisan Johan, memenuhi ruangan puncak bukit.
.
.
——-

Empat purnama, telah berlalu,
.
.
11:30 PM,
.
.
Johan, duduk di antara dua sujud, di atas puncak Bukit Tunjong, dengan kepalanya yang menunduk ke tanah,
.
.
“APA HARUS, AKU BAWAKAN SANTAPAN KEPADANYA..” ujar KALAM kepada JABBAR,

Mereka berselindung, di sebalik pokok.
“JANGAN MELANGGAR SUMPAH JAMRUD, KALAM!” balas JABBAR.
.
.
“SUMPAHANNYA BERAT. SESIAPA YANG MELANGGARNYA, BAKAL MATI, BERMUNTAHKAN DARAH!! DAN JOHAN TAHU ITU!!” sambung JABBAR.
.
.
“AKU TIDAK TAHAN, MELIHAT TUAN MUDA, DI DALAM KEADAAN SEDEMIKIAN RUPA..”

“ITU PILIHANNYA!!”
.
.
“KALAM.. JABBAR..” bisik Johan perlahan,

KALAM dan JABBAR berpaling ke arah Johan,
.
.
Johan mampu mengesan, keberadaan KALAM dan JABBAR,
.
.
Kemudian, KALAM dan JABBAR, menuju ke arah Johan,
.
.
“TUAN MUDA...” tegur KALAM di tepi Johan,
.
.
“Tinggalkan...aku...sendirian...di sini...”

“KAMU AKAN MATI JOHAN. TIADA MANUSIA YANG MAMPU BERTAHAN SELAMA ENAM PURNAMA TANPA MAKAN DAN MINUM!” kata JABBAR.

“JAMRUD SEMEMANGNYA INGIN MEMBUNUHMU!!” sambung JABBAR.
Johan, sambil menunduk, mengerahkan segala tenaganya, untuk menggerakkan bibirnya,
.
.
“Aku...pasti...bisa...dua...purnama...lagi...”

KALAM mengusap kepala Johan,
.
.
Sebak wajahnya, walau tidak terlihat oleh mata kasar, melihatkan kesengsaraan yang ditempuh oleh tuan mudanya.
KALAM mengangguk perlahan,

Kemudian, KALAM dan JABBAR, terbang meninggalkan Johan,
.
.
Kemudian,

Johan mengukirkan senyumannya,
.
.
“Dua...purnama...lagi...”

“Mariam...dua...purnama...lagi...”

“Mariam...dua...purnama...lagi...”

“Mariam...dua...purnama...lagi...”
.
.
.
.
—-

Lima purnama, telah berlalu,
.
.
5:30 PM,
.
.
Johan Yassir, masih lagi, duduk di antara dua sujud, sambil menundukkan kepalanya,
.
.
Berbekas tanah, di tempat Johan duduk, menandakan bahawa dia, tidak pernah berganjak dari tempat itu, selama satu purnama,
.
.
.
.
——

Pada masa yang sama,
.
.
Pulau Lang Tengah,

Di Rumah Keluarga Sadek,

Di dalam Ruangan Ijtimak,
.
.
“SHING!!!” Malik Sadek menghunuskan Tombak Sadek ke leher Laila Hawa, yang sedang duduk melutut, diikat tangannya,
.
.
.
.
“Tuan Besar Malik! Aku memohon kepadamu! Supaya diampunkan dosa Laila!” rayu Hadi Darman.
.
.
“Kang Hadi!! Laila telah gagal melaksanakan tugasnya!! Cuma adindaku seorang!! Bisa terlepas dari matanya!!” tengking Murad

“Itu adalah takdirnya Cik Muda Mariam!” balas Hadi Darman
“Takdirnya??? Hahaha!!! Kalau bukan kerana kebodohan Laila, adindaku Mariam, pasti tidak akan terjatuh ke dalam pelukan cinta musuh ketatku!! Johan Yassir!!!!” balas Murad Sadek,
.
.
“Ayahanda!! Bunuh saja Laila!! Dosanya tidak bisa diampunkan!!”

“Murad!!” tengking Mursyid Sadek
Mariam Sadek, menangis teresak-esak, sambil memeluk Laila Hawa,
.
.
“Maafkan aku, Kang Laila...” ujar Mariam,
.
.
“Tidak mengapalah Mariam.. Ini adalah takdirku.. Aku redha..” balas Laila,
.
.
“Mariam!! Lekas katakan kepada Ayahanda!! Bahawa kamu sudah membunuh perasaanmu terhadap Johan!!” gesa Mursyid Sadek,
.
.
Mariam menggelengkan kepalanya, sambil menangis,
.
.
Mursyid berjalan ke arah Mariam,

“PAPPP!!!” dia menampar pipi Mariam,
.
.
“Lekas!!! Segera!!!”
Darah mengalir di bibir Mariam,

Kemudian, dia menganggukkan kepalanya, dengan linangan air mata,
.
.
“Sepenuh jiwa dan ragamu??!!”
.
.
Mariam mengangguk,

“Kamu rela bersumpah!! Dengan nyawamu??!!”

“Dengan setiap helaan nafasku!! Aku telah membunuh perasaanku terhadap Johan!!!”
“Jangan dibunuh Kang Laila!! Dia tidak berdosa!!” sambung Mariam,
.
.
Mursyid meredakan amarahnya,

Tujuan Mursyid berbuat sedemikian, hanyalah untuk menjernihkan keadaan, supaya Laila tidak dibunuh, dan Hadi tidak berpaling tadah,
.
.
Malik Sadek, menarik balik hunusan tombaknya,
.
.
“Namun begitu, ada beberapa hal, yang harus kita bicarakan..”

“Secara tertutup!!!” ujar Malik Sadek,
.
.
“Dan kamu Mariam!! Harus turut serta!!!” sambungnya.

Mariam mengangguk perlahan,
.
.
Laila Hawa, dilepaskan.
.
.
—-

Pada masa yang sama juga,

Pulau Tinggi,

Di Rumah Keluarga Yassir,

Di dalam Ruangan Agong,
.
.
Puspa Yassir, melutut di hadapan ayahandanya, Jamrud Yassir,
.
.
“Ayahanda.. Telah lima purnama, Johan bersendirian di sana.. Apa telah mati atau masih hidup, adindaku..”
Jamrud berdiam diri, di atas singgahsananya,
.
.
“Ayahanda.. Sekiranya mati adindaku, Johan, seperti itu jugaklah matinya, diriku ini..”

“Aku adalah kakandanya, yang memahami isi hatinya..”

“Hapuskanlah sumpahanmu ayahanda..” rayu Puspa,
.
.
Puspa merangkak ke kaki Jamrud,

“Izinkan aku mencium kakimu ayahanda, biar aku tanggung segala dosa-dosa Johan terhadapmu.” kata Puspa dengan linangan air mata,
.
.
“Puspa!!” tengking Jamrud,
.
.
Puspa memandang Jamrud,
.
.
Dalam beberapa detik, air mata mengalir di pipi Jamrud.
.
.
“Adindamu, Johan... Tidak pulang ke rumahku...”

“Dia lebih memilih, anaknya Sadek..dari memilih keluarga kita..” ujar Jamrud, sebak.
.
.
Puspa, memahami maksud Jamrud,
.
.
“Aku memohon kepadamu, supaya diampunkan dosa Johan. Biarlah aku yang memujuknya..” balas Puspa.
.
.
“Baiklah.. Kita berangkat, ke sana, ke puncak Bukit Tunjong.. Untuk menjemput adindamu.” balas Jamrud,
.
.
Puspa mengesatkan air matanya, dengan gembira,

“Persiapkan segalanya, kita berangkat segera.” ujar Jamrud,
.
.
Jamrud Yassir, Jaafar Yassir, Maluri Yassir, Puspa Yassir, Jamir Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir, Putri Yassir, Ramadhan Yassir dan Sara Embun,

Berangkat ke puncak Bukit Tunjong, untuk menjemput Johan Yassir, pulang ke rumah,
.
.
“Ramadhan..” panggil Sara Embun
.
.
“Teratai?”
Sara Embun, memeluk lengan Ramadhan,
.
.
“Takdir kita, tidak akan sama peritnya, dengan Johan dan Mariam.. Bukan?” ujar Sara Embun,
.
.
“Tidak. Aku tidak akan pernah, meninggalkan kamu Teratai.”

Sara Embun, tersenyum.

“Aku kasihankan Johan..” ujar Sara Embun

“Aku juga.”
.
.
.
.
—-

8:00 PM,
.
.
Mereka selamat sampai ke tempat, terduduknya Johan di atas puncak Bukit Tunjong,
.
.
Johan masih lagi terduduk di antara dua sujud, dengan kepalanya yang menunduk,
.
.
“Johan!!” jerit Puspa Yassir, dan dia berlari ke arah Johan Yassir.
“Johan!!” Puspa mengadap di depan Johan,

Dia memegang bahu Johan, dan kemudian, dia menutup mulutnya, dengan air matanya jatuh berlinangan,
.
.
Ini kerana, apa yang dilihat oleh Puspa ialah, tubuh badan Johan yang telah menjadi kurus keding,
.
.
Muka Johan, cengkung, matanya tertutup, helaan nafasnya, cukup perlahan,
.
.
“Ayahanda!!” jerit Puspa,
.
.
Jamrud, Jaafar, Maluri dan Jamir, berlari ke arah Johan,
.
.
Jamrud memegang bahu Johan. Mengalir air matanya,
.
.
“Anakandaku.. Johan..”
“Jamrud!” tegur Maluri, adindanya Jamrud, sambil menutup mulutnya, sebak melihatkan keadaan anak saudara bongsunya itu,
.
.
Jamrud memegang tangan kanan Johan,

Ringan sekali bebanan tangan Johan, kurus, halus, seperti sebatang ranting kayu,
.
.
“Johan.. Mengapa kamu berdegil.. Mengapa kamu, tidak pulang ke pangkuanku.. Mengapa kamu, memilih anaknya Sadek.. Berbanding ayahandamu sendiri..” ujar Jamrud, sebak.
.
.
.
Johan cuba, menggerakkan bibirnya,
.
.
“Satu...purnama...lagi...”

“Mariam...satu...purnama...lagi...”
Tersentak hati Jamrud, mengalir air matanya,

Besar sekali, cinta Johan terhadap Mariam

“PAP!”

Jamrud memeluk tubuh Johan,

“Aku mengerti.. Aku mengerti betapa besarnya cintamu, anakandaku..”

“Chendana.. Kamu.. Ternyata benar.. Cinta itu, tidak bisa dibunuh! Sampai bila-bila!”
.
.
Johan Yassir, dibawa pulang ke rumahnya, digendong oleh ayahandanya sendiri, Jamrud Yassir,
.
.
“Ayahanda...” ujar Johan lemah,
.
.
“Johan.. Berehatlah anakandaku..”
.
.
.
.
—-

Keesokan harinya,
.
.
Mariam berada di dalam kamarnya,

Sambil duduk di atas sebuah kerusi, memandang cermin, menyikat rambutnya,
.
.
Kata-kata ayahandanya, Malik Sadek, ketika di dalam musyawarah, masih melekat di dalam kepalanya,
.
.
.
.
“Aku, adalah anaknya Malik Sadek, srikandi Kerambit Putih, Mariam Sadek.”
.
.
Mariam meletakkan sisirnya ke atas meja,
.
.
Kemudian, dia membuka alat-alat solek,

Dan mengandamkan ke mukanya,

Cantik sekali, seperti bidadari,
.
.
Setelah selesai mengandam, Mariam berjalan keluar dari pintu kamarnya,
.
.
Dan dia berjalan, menuju ke belakang halaman Rumah Keluarga Sadek,

Ke sebuah taman, yang dibina khas oleh Malik Sadek, kepada Asiah Sufi,
.
.
Cahaya lampu pelita, menerangi ruangan taman pada waktu malam.
.
.
Mariam memetik sekuntum bunga mawar yang berwarna merah,

Dan dihidunya,

Mengingatkannya, kepada Johan,
.
.
“Mariam...” tegur satu suara,
.
.
“Siapa kamu?” balas Mariam.
.
.
“Maafkan daku, menegurmu secara tiba-tiba..” ujar suara itu lagi,
.
.
“Nama daku, Indra Wulansari.”
“Wulansari?”

“Daku berasal, dari kerajaan alam sana, alam bunian..”

“SHING!!” Mariam menghunuskan pedang pendeknya,
.
.
“Apakah urusanmu, datang ke mari?!”

“Untuk meminangmu.” jawab Indra,
.
.
“Di dalam mimpimu!”

“Mengapa?”

“Kerana aku sudah punya kekasih hati!”

“Kekasih hati.. Maksud kamu.. Lelaki yang rela membunuhmu?”
.
.
Mariam, terkesima.

“Itu bukan urusan kamu!”

“Itu, adalah kebenarannya Mariam.” balas Indra.
.
.
“Akan ku hantarkan rombongan meminang, mengadap ayahandamu, Malik Sadek.”

“Jangan kau cuba bertindak sembarangan!!” teriak Mariam, dan melibaskan pedangnya ke arah Indra,
.
.
“PAP!” Indra mengenggam lengan Mariam,
.
.
“Kamu, tidak berhak, menolak.”
Kemudian, Indra Wulansari, melepaskan tangan Mariam,

Dan dia berundur, hilang dari pandangan Mariam Hawa,
.
.
Mariam memegang tangannya, rasa sakit setelah digenggam oleh Indra Wulansari,
.
.
“Aku setia menunggumu, Johan..” ujar Mariam,
.
.
.
.
——

Pada keesokan harinya,
.
.
Rumah Keluarga Sadek,

9:00 PM,
.
.
Satu rombongan dari Keluarga Wulansari, menjejakkan kaki mereka ke dalam Ruangan Agong,
.
.
“Degawan..Wulansari..” ujar Malik Sadek, sambil bermain-main dengan janggutnya,

“Apakah tujuanmu, datang ke mari?!”
DEGAWAN WULANSARI - PEMERINTAH NEGERI WULANSARI, KERAJAAN BUNIAN.
.
.
”Berangkatnya daku ke Pulau Lang Tengah ini, dengan memasang hajat yang besar, Malik.” balas Degawan, sambil mendepakan tangannya,
.
.
“Untuk meminang anakandamu, dengan putera sulungku, Indra Wulansari.”
“Anakandaku..?” ujar Malik,

“Mariam Sadek.” jawab Degawan,
.
.
“HAHAHAHA!!!!!” Malik ketawa terbahak-bahak,

Kemudian, dia bangkit dari singgahsananya,
.
.
“Degawan!! Setinggi apa darjatmu?? Sehingga kamu berani menapak di depanku!! Ingin meminang Mariam?!! Hahaha!!”
Wajah Degawan Wulansari, mula berubah menjadi bengis,
.
.
“Celaka Malik!!! Daku, pemerintah Negeri Wulansari!!! Negeri termasyur di alam bunian!!!“

“Dan aku!! Malik Sadek!!! Makhluk pilihan Tuhan!! Khalifah di muka bumi ini!!! Kepala Keluarga termasyur!! Keluarga Sadek!!!”
.
.
Angin berhembus kencang, memasuki Ruangan Agong,
.
.
Sebilah pedang emas, berterbangan dari udara, dan menuju ke tangan Degawan Wulansari,

“PAPP!!” Degawan menyambut pedang emas itu,

“SHING!!”

Malik Sadek menghunuskan Tombak Sadek miliknya,
.
.
.
.
“Tunjukkan kesaktianmu Degawan!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“Tidak gentar jasadku!! Berdepan dengan manusia sepertimu Malik!! Dasar... Melayu!!!”

Malik Sadek memandang tajam ke arah Degawan,

“PAPP!!” Malik menerjah ke arah Degawan,

“KACHING!!!”
Libasan tombak Malik, di tangkis oleh Mursyid Sadek,
.
.
Libasan pedang Degawan, di tangkis oleh Indra Wulansari,
.
.
“Ayahanda!!” jerit Mursyid dan Indra, serentak.
.
.
“Mundur kamu Mursyid!! Biarkan aku memenggal kepala si bedebah bunian ini!!” tengking Malik.
“Indra!! Sadek telah memandang enteng terhadap kita!! Mereka harus ku bunuh!!!” tengking Degawan,
.
.
“Tenang ayahanda!!” jerit Indra,
.
.
Indra memusingkan badannya, mengadap ke arah Malik Sadek,

“Tuan Malik, taufan yang bakal melanda, tuan sedar itu bukan?” ujar Indra,
.
.
Malik berhenti dari meronta,

“Taufan apa yang kamu bicarakan ini?!!” balas Malik,
.
.
“Keluarga Yassir!” balas Indra,
.
.
“Jamrud Yassir, pasti tidak akan merasa senang, di atas perhubungan Mariam dan anakandanya, Johan Yassir..” sambung Indra.
.
.
Malik dan Mursyid, berdiam diri,

“Sadek tidak pernah gentar terhadap Yassir!! Jaga tutur katamu wahai putera bunian!!” tengking Murad Sadek,
.
.
“Senjata-senjata dari Wulansari, mampu membantu tentera-tentera Kerambit Putih..” celah Indra,

“Apakah itu, lebih bagus?” sambungnya.
.
.
“Senjata dari Wulansari, lebih keterhadapan, berbanding senjata-senjata Kerambit Putih..”

“Dua keluarga.. Dua bala tentera...” Indra menggenggam tangannya,
.
.
“Kita pasti bisa, menghancurkan Selendang Hitam!!” sambung Indra,
.
.
“Demi keluargamu, Tuan Malik.. Dan demi kebahagiaanku..”

“Aku memohon kepadamu. Untuk menyambut utusan peminangan ini..” kata Indra, sambil meletakkan tangan kanannya ke dada, dan membongkokkan badannya,
.
.
Malik Sadek, berjalan perlahan ke arah Indra,
.
.
“Bawakan kepala Johan Yassir, menyembah kakiku, maka, akan ku pertimbangankan pinangan mu ini!!” ujar Malik Sadek kepada Indra Wulansari,
.
.
“Malik!!!” tengking Degawan Wulansari,

Indra mengangkat tangannya, cuba menghalang ayahandanya,
.
.
“Siap. Kalau itu syaratnya.”
“Tidak! Indra! Dikau akan mati disembelih oleh roh-roh semangat di Pulau Tinggi!!” tengking Degawan Wulansari,
.
.
Dia berjalan menghampiri Malik Sadek,

“Malik!!” Degawan mencengkam leher Malik,
.
.
“Segala bala tenteraku, untuk membantu tenteramu!! Apa itu belum cukup?!!”
Malik menggenggam tangan Degawan,

“Raja bunian? Hahaha!! Belum cukup!! Darjatku jauh lebih tinggi dari itu!!” balas Malik Sadek,
.
.
“Sekiranya kamu berkeras, sekiranya kamu begitu pengecut, untuk menghantar puteramu, berentap di Pulau Tinggi..”
.
.
.
.
“Maka aku akan menuntut!! Jongkong-jongkong emas!! Seluas sepertiga Pulau Lang Tengah!! Untuk dijadikan hantaran!! Buat anakandaku!! Mariam Sadek!!”

“Dan keputusanku kali ini!! Adalah muktamad!!”

“ZAPP!!!” Malik Sadek menikam tombaknya ke lantai,
.
.
.
.
Mariam Sadek, berada di luar Ruangan Agong,
.
.
“Tap. Tap. Tap.”

Air mata Mariam, menitik di atas lantai,
.
.
Tersentak hatinya, mendengar perbualan di antara ayahandanya, dengan Keluarga Wulansari,
.
.
“Aku... Harus pergi dari pulau ini... Segera...”
.
.
—-

Beberapa jam kemudian,

Mariam Sadek, menyimpan dan mengemas pakaiannya,

Kemudian, dia memikul beg kain ke atas bahunya,
.
.
Dan berlari, cuba melepaskan diri, dari takdirnya,
.
.
Mariam menyelinap keluar dari Rumah Keluarga Sadek, melalui taman di belakang rumahnya,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!”

Dia memecut laju, melompat melepasi pagar rumahnya yang tinggi,
.
.
“PAP!” Mariam mendarat ke atas tanah,
.
.
“Mariam...” tegur seorang lelaki, yang berdiri bersandarkan pagar Rumah Keluarga Sadek,
.
.
.
“Kanda Murad??” Mariam berundur ke belakang beberapa langkah,
.
.
“Apa yang telah dijanjikan oleh Johan, kepadamu.. Adindaku.. Sampai kamu berani, menderhaka, kepada ayahanda?!!”
.
.
Mariam mengalirkan air matanya,
.
.
“Cinta.. Cintanya.. Kanda Murad..”
.
.
“Cinta Yassir, maksud kamu...” tegur seorang wanita, di belakang Mariam,
.
.
Mariam memusingkan tubuhnya,

“PAPP!!” wanita itu, menampar muka Mariam,
.
.
“Bonda...??”

“Jaga tingkah lakuku Mariam!!”
Asiah Sufi, isteri kepada Malik Sadek, cinta pertama kepada Jamrud Yassir,
.
.
“Bonda.. Bonda!!” Mariam memeluk tangan Asiah Sufi.

“Kamu pasti mengerti, akan kesakitan hatiku ini! Kamu juga pernah tenggelam di dalam cintanya Yassir..“

“Mariam!!” jerit Asiah Sufi.
.
.
“Kamu tidak akan pernah bahagia!! Berdamping dengan Yassir!! Aku tahu itu!! Lebih dari apa yang kamu tahu!!”

“Tidak Bonda!! Johan tidak seperti itu!!”

“PAPP!!” Asiah menampar muka Mariam,
.
.
“Lelaki yang berketurunan Yassir, tidak pernah beruntung, di dalam cinta.”
.
.
“Itu adalah sumpahan mereka, di atas dosa-dosa mereka, kedegilan mereka, yang ingkar akan kekuasaan Tuhan!!” kata Asiah Sufi

“Akan tetapi Johan bukanlah seperti Yassir yang kamu kenal!!” balas Mariam,
“PAPP!!” Asiah Sufi menampar pipi Mariam,
.
.
“Dengarlah kata-kata bondamu ini, Mariam..”

“Aku tahu.. Apa yang tidak kamu tahu..”

“Dan aku percaya, Jamrud juga pasti tahu, bahawa keluarga kita, tidak akan menerima keturunannya, ke dalam keluarga kita..”
Mariam memejamkan matanya, dia mengumpulkan segala tenaganya, di bawah tapak kakinya
.
.
Dalam beberapa detik

Dia menujah kakinya, cuba melarikan diri,
.
.
“PAPP!!” Murad mengejar Mariam,

“DABB!!” Murad menghentakkan tangannya ke leher Mariam,

Mariam pitam, tidak sedarkan diri
.
.
“Murad.. Bawakan Mariam, pulang ke kamarnya..”

“Baik Bonda!”
.
.
Murad memikul tubuh Mariam, dan membawakannya pulang semula ke kamar,
.
.
Asiah memusingkan tubuhnya, memandang ke langit,

“Jamrud.. Sumpah cinta keluargamu.. Masih lagi hidup..” ujar Asiah Sufi, hiba.
.
.
Pada masa yang sama,

Pulau Tinggi,

Rumah Keluarga Yassir,
.
.
Puspa Yassir, sedang membersihkan luka di tubuh Johan Yassir,
.
.
Dia memerah sehelai kain yang telah direndam di dalam air,

Dan dia sapukan ke muka Johan Yassir,
.
.
KALAM dan JABBAR, memerhatikan Puspa dan Johan, dari jauh,
.
.
“TELAH AKU KATAKAN KEPADAMU KALAM..” ujar JABBAR,
.
.
“TAK USAH DIULANG BERKALI-KALI JABBAR. AKU TAHU ITU.”
.
.
KALAM, memejamkan matanya, mengimbas kembali kejadian yang pernah berlaku, beratus-ratus tahun dahulu..
.
.
—-

Empat ratus tahun yang lalu,

Rumah Keluarga Yassir,
.
.
Guruh bergempita,

Kilat sabung-menyabung,
.
.
Sekujur tubuh seorang wanita, berlumuran darah, terbaring di atas lantai, setelah ditikam oleh sebilah pedang.
.
.
Wanita itu membuka matanya perlahan-lahan,
.
.
“BAMM!!” pintu Ruangan Agong di tendang oleh seorang lelaki,
.
.
“Seroja....?” ujar lelaki itu, dia berjalan perlahan ke arah wanita itu,
.
.
“Ka.. Kalam..”

“Seroja!!”

Kalam memeluk tubuh Seroja, yang berlumuran dengan darah,
.
.
“Maafkan adinda.. Kandaku..” ujar Seroja,
.
.
“Tidak isteriku.. Adindaku.. Janganlah kamu berkata begitu.. Siapa?? Siapakah berlaku khianat terhadapmu??!”

“ZAPPP!!!”

Tubuh Kalam, ditikam oleh seseorang, dari belakangnya,
.
.
Dan kemudian,

Seroja mengukirkan senyumannya,
.
.
.
.
Kalam, terkesima, melihat senyuman di wajah Seroja,
.
.
“Mati, akhirnya kamu, Kalam Yassir!!”

“PAPP!”

Tubuh Kalam, terhempas ke atas lantai,
.
.
“Se..Seroja..” ujar Kalam, seolah tidak percaya akan apa yang telah berlaku sebentar tadi,
.
.
Setiawan, kekasih gelap Seroja, mengukirkan senyumannya, setelah menikam tubuh Kalam,
.
.
“LAHAB!!!!!” jerit Kalam Yassir,

“SIAP TUAN MUDA!!!”

LAHAB menghembuskan nafas berapi ke arah Setiawan,

“Pedang Lahab!!!” jerit Kalam,

LAHAB bertukar menjadi sebilah pedang yang berapi,
“PAPP!!” Kalam Yassir, menyambut pedang berapi di tangannya,

Dia berjalan ke arah Seroja,

Seroja mengengsotkan tubuhnya ke belakang,
.
.
“Kalam... Maafkan aku... Aku bersumpah... Tidak akan berlaku khianat la...”

“Jurus Selendang Hitam!! Nyanyian Naga Berapi!!!” celah Kalam,
“ZAPPP!!!!!”

Kalam Yassir, menikam tubuh isterinya, Seroja,
.
.
“ZAPPP!!”

Kalam menarik Pedang Lahab, yang ditusuk ke dalam tubuh Seroja,
.
.
“Tap. Tap. Tap.” air matanya, menitis di atas lantai,
.
.
Kemudian, dia melepaskan genggaman pedangnya,
.
.
Dan menjerit sekuat hatinya,
.
.
Sekuat hatinya, sambil menangis,
.
.
“Sumpahan Yassir!! Sumpahan Yassir!!” bisik Kalam,
.
.
“Sumpahan ini masih lagi hidup!!!” bisiknya lagi.
“Persetankan kamu wahai Yang Di Atas!!!! Sumpahan Mu ini tidak akan bisa membunuhku!!!!” jerit Kalam Yassir,
.
.
Kalam melutut di atas lantai, memeluk isterinya, Seroja,
.
.
“Seroja.... Seroja.... Kenapa kamu sanggup.... Seroja....” Kalam menangis,
.
.
.
.
“Jurus terakhir.... Jurus terlarang Selendang Hitam....” ujar Kalam Yassir,
.
.
Kemudian, Kalam menghiris tapak tangannya,
.
.
“Jurus Terlarang Selendang Hitam!!!! Nafas Syaitan!!!!”
.
.
*FLASHBACK END*

——

“KALAM??” tegur JABBAR.
.
.
“IYA?”

“APA YANG KAMU RENUNGKAN?”
“TIADA APA-APA..” balas KALAM,
.
.
—-

“Johan...” panggil Puspa,

“Kamu bisa mendengar?”

Johan mengangguk lerlahan,

“Apa kamu mahu bertemu dengan Mariam?”

Johan mengangguk,

“Maka, lekaslah sembuh adindaku..”
.
.
Johan mengangguk,
.
.
.
.
—-

Pada masa yang sama,

Rumah Keluarga Yassir,

Di dalam Ruangan Agong,
.
.
“Ayahanda, kamu yakin? Keputusanmu kali ini?” tanya Jamir,

Jamrud mengangguk.
.
.
“Esok hari, kita akan berangkat.”

“Ke Pulau Lang Tengah.”
.
.
“Untuk bertemu Malik,”

“Dan.. Meminang Mariam.”
.
.
.
.
——

Keesokan harinya,

8:00 AM,
.
.
Jamrud Yassir, bersama-sama Jaafar Yassir, Maluri Yassir, Puspa Yassir, dan Jamir Yassir,

Berangkat ke Pulau Lang Tengah, beserta dengan satu bala tentera Selendang Hitam, seramai 500 orang,

Menaiki Armada Perang I,
.
.
Pelayaran mereka memakan masa selama hampir lapan jam,
.
.
——

Pulau Lang Tengah,

3:30 PM,
.
.
Armada Perang I, telah sampai ke persisiran Pulau Lang Tengah,
.
.
“Selendang Hitam!!!!” jerit salah seorang tentera Kerambit Putih.

Semboyan dibunyikan,
.
.
“Persiapkan senjata!!!!”
.
.
Jamrud Yassir, Jaafar Yassir dan Maluri Yassir, berdiri di atas Geladak Agong,

Sambil memandang ke arah Pulau Lang Tengah,

“Apa kamu masih ingat, kedatanganmu ke pulau ini, Maluri..” tanya Jamrud kepada adindanya, Maluri.

Maluri mengangguk perlahan,
.
.
.
.
—-

Rumah Keluarga Sadek,

“Tuan Besar Malik!! Selendang Hitam!! Telah melabuhkan sauh di pulau kita!!” ujar Khalik Gaga, Komander Kedua Kerambit Putih,
.
.
“Bangsat!!! Siapa yang mewakili mereka?!!” tanya Malik Sadek.

“Jamrud sendiri!! Bersama dengan Jaafar, dan Maluri!!”
.
.
.
“Maluri...?”

“Maluri Yassir??” tanya Malik Sadek,
.
.
“Benar!! Tuan Besar!!” balas Khalik sambil melutut.
.
.
“Arahkan tentera-tentera kita!!! Gencatkan senjata!!”

“Kedatangan mereka, bukan untuk berperang..” sambung Malik.
.
.
.
.
“PAPP!!” Jamrud, dan ahli-ahli keluarganya, bersama-sama 500 orang tentera Selendang Hitam, mendarat ke tanah Pulau Lang Tengah.
.
.
“Ayuh.. Kita berangkat ke rumahnya Sadek.” arah Jamrud Yassir,
.
.
“Maluri..” ujar Jamrud,

Maluri mengangguk,
.
.
Rombongan meminang Keluarga Yassir, berarak ke Rumah Keluarga Sadek,
.
.
Tentera-tentera Kerambit Putih, mengawal rombongan, dengan senjata-senjata api, diacukan kepada tentera-tentera Selendang Hitam,

Berjaga-jaga,

Kerana mereka masih bermusuh.
.
.
.
.
—-

Rumah Keluarga Sadek,

Di dalam Ruangan Agong,
.
.
Malik Sadek, sedang duduk di atas singgahsananya,

Ditemani oleh Asiah Sufi, Mursyid, Muzir dan Murad,
.
.
Jamrud Yassir, Jaafar Yassir, Maluri Yassir, Puspa Yassir dan Jamir Yassir,

Memasuki Ruangan Agong,
.
.
.
.
—-

“Kang Laila?? Apa benar?? Keluarga Yassir datang ke rumah kita??” tanya Mariam Sadek, gembira,
.
.
“Iya. Benar Mariam. Namun belum lagi kita tahu, apakah tujuan mereka datang ke mari.”
.
.
“Pasti untuk meminangku Kang Laila.” ujar Mariam, begitu gembira sekali.
.
.
.
.
—-

Di dalam Ruangan Agong,
.
.
“Jamrud.. Jaafar..” ujar Malik Sadek,

“Dan juga, adanya Maluri... Cinta pertamaku dahulu...” sambung Malik,
.
.
Asiah Sufi, memandang ke wajah Malik Sadek,
.
.
Ahli-ahli Keluarga Yassir, duduk di atas kerusi, yang disediakan oleh tentera Kerambit Putih, mengadap ke arah Malik Sadek,
.
.
Jamrud hanya mendiamkan dirinya, menyerahkan segala urusan peminangan, kepada adindanya, Maluri Yassir
.
.
“Kamu masih lagi cantik, Maluri..” ujar Malik
“CRACK!!” lantai di tempat kaki Jamrud berpijak, retak.
.
.
Jamrud memandang ke mata Malik, sebagai amaran kepada Malik, supaya menjaga tutur katanya,
.
.
“Hahaha!! Tenang.. Kamu Yassir, tidak senang dibawa bercanda,” ujar Malik,
.
.
“Apakah tujuan kalian, pahlawan Yassir tiga serangkai, datang ke tanah ku ini..”
.
.
“Kedatangan kami ke Pulau Lang Tengah ini, membawa hajat yang besar, Malik.” ujar Maluri Yassir,
.
.
“Hajjjjat yang beesaarr... Sebesar apakah hajatmu itu... Maluri...” balas Malik.
.
.
Maluri Yassir, berdiri secara perlahan-lahan,

Angin bertiup, memasuki Ruangan Agong,

Maluri berjalan ke arah Malik Sadek,
.
.
Kemudian,

“BAIDURI SENJA..” ujar Maluri Yassir,

Sekujur tubuh seekor lembaga, yang berupa seakan seorang wanita, berdiri di belakang Maluri,
.
.
Lembaga itu, atau namanya, BAIDURI SENJA, mengeluarkan sebatang seruling,
.
.
Kemudian,

“Nyanyian Baiduri Di Kala Senja..” ucap Maluri Yassir,
.
.
“SIAP...” balas BAIDURI SENJA,
.
.
BAIDURI SENJA, meniupkan serulingnya, mendendangkan alunan lagu yang merdu,
.
.
Kesemua tetamu yang berada di dalam Ruangan Agong, kecuali Keluarga Yassir dan Keluarga Sadek,

Rebah, dan terbaring di atas lantai, tertidur dan tidak sedarkan diri,

Termasuk dayang, dan tentera Kerambit Putih,
.
.
Alunan lagu merdu itu, dialun berterusan, tanpa henti,
.
.
Maluri Yassir, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya

Dengan diiringi oleh alunan siulan seruling BAIDURI SENJA,
.
.
Melafazkan serangkap pantun,
.
.
Gadis sunti nan memetik pauh,
Pauh dilambung, ke dalam raga,
Datangnya kami dari jauh,
Menamatkan sengketa, dua keluarga,
.
.
.
.
Malik Sadek, tersenyum,

Maluri, sememangnya seorang gadis, yang lembut dan puitis tutur katanya,
.
.
Malik membalas pantun,
.
.
“Belayar ke cina, biarlah berilmu,
Jangan sampai, tergadai nyawanya,
Sungguh besar, tinggi anganmu,
Korban apa, nan jadi taruhannya,”
.
.
Maluri melangkahkan kakinya, setapak ke depan,

Dan kemudian,

Dia membalas pantun dari Malik,
.
.
“Anak gadis Kota Linggi,
Belayar jauh hingga ke Siam,
Kami membawa hajat nan tinggi,
Untuk meminang, anakandamu Mariam,”
.
.
Malik, sudah menduga, tujuan Keluarga Yassir, datang ke rumahnya,
.
.
Dia memandang ke arah Jamrud dan Maluri,
.
.
Dan kemudian,
.
.
“Terduduk tersungkur tertiarap terlentang,
Sauh besi, dilontar sang perawan,
Datang sekalipun, anak si sultan,
Bunga di taman, sudah pun bertuan.”
“DABBB!!!” Jamrud menghentakkan tapak kakinya, ke atas lantai,
.
.
Siulan BAIDURI SENJA, terhenti,
.
.
“Jamrud!” tegur Maluri, cuba menenangkan kakandanya itu
.
.
.
“CELAKA MALIK!! Berani kamu!! Dari Pulau Tinggi!! Aku datang ke mari!! Bukanlah untuk mendengar penolakan darimu!!”
“Dengan rasa malu!!! Aku kikiskan dendam-dendam lamaku!! Demi kebahagiaan anakandaku!!! Yang juga kebahagiaan anakandamu!!! Darjatmu tidak setinggi itu MALIK!!! Jangan kau cuba memijak martabatku!!!”
.
.
“Aku lelaki, yang berpegang kepada janji, Jamrud!!!” balas Malik,
“Persetankan janjimu!! Penghinaan ini, tidak bisa aku menerimanya!! Kita akan kekal bermusuhan!! Berbunuhan!! Akan ku pancung leher kamu semua!!!”

“Ayuh!! Apa yang kamu tunggu??!! Ingat Jamrud!!! Aku tidak pernah rela!! Berbesankan keluarga, pemakan daging manusia sepertimu!!”
“SHING!!!” Jamrud dan Malik, menghunuskan senjata mereka,
.
.
“SHING!!!” Jamir dan Mursyid juga, menghunuskan senjata mereka,
.
.
“PAPPP!!!” Jamrud dan Malik, menujahkan kaki mereka,
.
.
“Cukup!! Jamrud!!” jerit Asiah Sufi,

“Hentikan!! Malik!!” jerit Maluri Yassir,
.
.
“KACHING!!!!!”
.
.
.
Libasan tombak Malik, ditangkis oleh Maluri Yassir,
.
.
Dan libasan parang Jamrud, ditangkis oleh Asiah Sufi,
.
.
Dua pasangan kekasih, yang pernah dileraikan ikatan cinta mereka, oleh kerana takdir dan sejarah keluarga,
.
.
“Asiah...” ujar Jamrud,
.
.
“Cukup.. Bukan di sini..” balas Asiah Sufi,
.
.
—-

“Maluri?” ujar Malik,

“Kawal, amarahmu Malik..” balas Maluri Yassir,
.
.
“PAPP!!” Jamrud dan Malik, mendarat ke atas lantai,
.
.
Jamrud Yassir, menggenggamkan tangannya,
.
.
“Jangan pernah kamu menerpa di depanku, dan berbicara denganku, Asiah..” ujar Jamrud,
.
.
“Jamrud..” ujar Asiah Sufi, hiba.

“Asiah!! Pulang kamu ke sini!! Jangan kamu dekat dengan si Jamrud!!” tengking Malik Sadek,
.
.
Jamrud menghalakan mata parangnya ke arah Malik,
.
.
“Aku akan kembali!! Dengan bala tenteraku!! Malik!!” jerit Jamrud,
.
.
“Maluri!! Jaafar!! Ayuh!! Kita pulang ke Pulau Tinggi!!”
.
.
“Urusan peminangan ini!! Dibatalkan!! Dibunuh!! Dihapuskan di dalam sejarah Keluarga Yassir!!”
“ZAPPP!!!” Malik Sadek menikam tombaknya ke lantai,
.
.
“Yassir dan Sadek!!! Tidak akan pernah aman!!! Tidak akan pernah hidup berkongsikan tanah!!”
.
.
“Aku menyumpah keturunanku!! Mengharamkan anak cucu-cicitku!! Dari bergelumang dengan cintanya Yassir!!!” sambung Malik,
.
.
.
.
Mariam Sadek, yang berada di luar Ruangan Agong, mendengar setiap bait kata-kata yang diucapkan oleh Keluarga Yassir, dan Keluarga Sadek,
.
.
Dari permulaan, sampai pengakhiran..
.
.
Terbeliak matanya, menitis air matanya,

Mengenangkan cintanya,

Telah mati,
.
.
DIBUNUH.
.
.
.
——

Pada keesokan harinya,

Rumah Keluarga Yassir,

10:00 AM,
.
.
Jihad Yassir, sedang menjaga Johan, di dalam kamarnya,

Kemudian,

Johan Yassir, membuka matanya, perlahan-lahan,
.
.
“Kanda Puspa!!” jerit Jihad Yassir,
.
.
“BAMM!!” Puspa dan Putri, menerpa ke arah Johan,
.
.
“Johan!!” Puspa memeluk Johan,

“Syukur.. Kamu sudah pulih seperti sedia kala..” ujar Putri Yassir,
.
.
“Putri, sampaikan kepada Ayahanda, bahawa Johan sudah membuka matanya!!” arah Puspa, gembira.
.
.
Jamrud, Jaafar dan Maluri, berlari menuju ke kamar Johan,

Mereka bergembira, menangis, dan ketawa, setelah melihat Johan, pulih semula,
.
.
“Kanda..Puspa..” ujar Johan,
.
.
“Mariam...” sambungnya.
.
.
Suasana kembali sunyi,

“Mariam..Kanda Puspa?”
.
.
“Kamu berehat dahulu Johan.. Kita bicarakan tentang hal ini, setelah kamu sembuh sepenuhnya..” ujar Maluri Yassir,
.
.
Johan mengangguk,
.
.
——

Pada malamnya,

Ramadhan datang ke kamar Johan,

Untuk melawat, sahabat karibnya,
.
.
.
.
“Johan...” tegur Ramadhan,

“Haha... Ramadhan...” balas Johan,
.
.
“Kenapa kamu tertawa?”

Ramadhan duduk di atas kerusi, bersebelahan dengan katil Johan,
.
.
“Tidak lama lagi, aku pasti bertemu dengan Mariam.”
.
.
Ramadhan hanya mendiamkan diri.
“Sahabatku? Apa kamu tidak tumpang gembira? Di atas kesenangan hatiku?”
.
.
“Tidaklah Johan. Aku tumpang gembira. Tapi kamu itu, harusnya sembuh dulu! Bagaimana ingin bertemu Mariam?! Kalau tubuh mu seperti ini?! Kelak, Mariam pasti lari apabila melihatmu! Haha!”

“Hahaha!!”
.
.
.
.
Ramadhan menyingsingkan lengan bajunya,

“Nii.. Kamu lihat!! Lengannya, harus begini!! Biarkan Mariam merasa selamat, di sampingmu!”

Johan ketawa, setelah mendengar Ramadhan berkata-kata,

Sesuai dengan namanya dulu, Luncai Si Lucu,
.
.
.
.
“Terima kasih sahabatku.. Kamu adalah satu-satunya, sahabatku sampai mati, yang tidak akan aku ketemukan, di mana-mana lagi..”
.
.
Ramadhan menepuk bahu Johan,

“Berehatlah sahabatku.. Semoga kamu cepat sembuh.. Mariam pasti, sedang menunggumu..” ujar Ramadhan,
.
.
.
.
——

Setelah satu purnama berlalu,

Di halaman Rumah Keluarga Yassir,

5:00 PM,
.
.
Johan kembali pulih, seperti sedia kala
.
.
“KACHING!!!”

“KETING!! KETING!! KETING!!”
.
.
Johan dan Ramadhan, sedang berlatih, parang ke parang, sambil disaksikan oleh Sara Embun,
.
.
“Hahaha!!” Johan ketawa,
.
.
“Sahabatku!! Topeng putih itu, cukup pantas berada di mukamu!!” jerit Johan,

Ramadhan, membuka tapak kekudanya, memegang sebilah pedang panjang,
.
.
Sambil memakai topeng putih,
.
.
“Topeng ini, adalah topeng, ketika aku membuat persembahan dulu.”
.
.
“Dengan memakai topeng ini, aku lebih bebas bergerak, lebih bebas menghembuskan kata-kata, dan lebih kejam!!” ujar Ramadhan, sambil tersenyum di balik topeng,
.
.
“Iyaaa... Kamu kelihatan begitu kejammm sekali..”

“Ayuh!!!”

“PAPPP!!!”

“KACHING!!!”
.
.
.
.
“Kanda Ramadhan!!” jerit Sara Embun,
.
.
“Makan dan minum la dahulu!!” laung Sara Embun,
.
.
Ramadhan membuka topengnya,
.
.
“Iya!! Sebentar!!”
.
.
“Johan?”

Johan mengangguk,
.
.
Kemudian, mereka memasuki ke dalam ruangan Rumah Keluarga Yassir,
.
.
.
.
——

Pada waktu malamnya,
.
.
Di dalam Dapur Bonda,
.
.
Johan Yassir, menyantap makanan di atas meja, dengan lahap sekali,
.
.
“Johan.. Mahu ke mana? Perlahan la menelan makananmu.” tegur Puspa Yassir,
.
.
.
.
“NGAP! NGAP! NGAP!!”

“Itu tidak bisa Kanda Puspa!”

“NGAP! NGAP! NGAP!”

“Aku harus segera sihat! Untuk bertemu Mariam!”

“NGAP! NGAP! NGAP!”

Kata Johan, sambil menelan makanan,
.
.
“Air! Air! Air!”

Johan meminta air dari dayang di dalam Dapur Bonda,
.
.
.
.
“GULP! GULP! GULP!!”

“PAPP!!” Johan menghempas gelas ke atas meja.

“AHHH......Kenyang!”
.
.
“Ayahanda.. Segeralah kita berbicara, akan tarikh, untuk rombongan kita, pergi meminang Mariam.” ujar Johan, dengan yakin sekali,
.
.
Suasana di dalam Dapur Bonda, menjadi sunyi,
.
.
“Kita berbicara, esok hari saja..” balas Jamrud, sambil meneguk segelas air,
.
.
Johan memandang ke arah Puspa,

Puspa mengalihkan pandangannya,
.
.
“Bonda Timah, sudah selesai, ayuh kemaskan dapur ini..” ujar Puspa,
.
.
Bonda Timah mengangguk.
.
.
—-

Pada malam yang sama,

11:30 PM,
.
.
Johan berada di dalam kamarnya, sambil terbaring di atas katilnya,
.
.
“KALAM.. JABBAR..” panggil Johan,
.
.
“TUAN MUDA...” sahut KALAM,
.
.
.
.
“Apa kamu berdua, tidak merasa hairan, melihatkan ayahandaku, dan juga kakandaku, Puspa..”

“APAKAH MAKSUDMU TUAN MUDA?”

“Tentang Mariam. Mereka, seperti menyembunyikan sesuatu dariku..”
.
.
KALAM dan JABBAR, hanya berdiam diri, gusar, sekiranya Johan tahu akan kebenarannya.
.
.
“MUNGKIN ITU SEMUA, HANYALAH TANGGAPANMU SAJA TUAN MUDA..”
.
.
“Benar begitu KALAM?”

KALAM mengangguk,

“Hurm... Mungkin juga...”
.
.
.
“Tidak!!” sambung Johan,
.
.
“Aku rasa, aku tahu apakah sebabnya!!”
.
.
KALAM dan JABBAR, gementar. Johan seperti sudah tahu.
Johan mengukirkan senyumannya,
.
.
“Pasti mereka, cuba meminang Mariam, secara sembunyi!! Supaya tidak ketahuan olehku!! Mungkin sebagai kejutan buatku!!! Ya!! Benar!!! Apa kamu tidak merasa begitu?? KALAM?? JABBAR??” ujar Johan Yassir, gembira,
.
.
“IYA...MUNG..MUNGKIN.”
.
.
“TIDAK!!!” celah JABBAR,
.
.
“KALAM!! USAH KAMU BERDALIH LAGI!! JOHAN SEHARUSNYA TAHU AKAN KEBENARANNYA!!” sambung JABBAR,
.
.
“JABBAR!!!” tengking KALAM,
.
.
“Kebenarannya? Apakah kebenarannya?” soal Johan,
.
.
“KALAU KAMU TIDAK SANGGUP!! BIARKAN AKU SAJA YANG MENGATAKANNYA!!”

“JABBAR!!” tengking KALAM,

“Kebenaran apa???”

“JABBAR!! TUTUP MULUTMU!!!”

“Katakan JABBAR!!”

“MARIAM SUDAH DIPINANG ORANG!!” jerit JABBAR,
.
.
.
.
“Apa...? Dipinang... Orang?” ujar Johan perlahan,
.
.
“CRACK!!!” Johan mencengkik leher JABBAR,
.
.
“Hoi... Hoi.. JABBAR..” ujar Johan, menggigil suaranya,
.
.
“JOHAN!” JABBAR meronta, cuba melepaskan cengkaman Johan,
.
.
“Kaaamu.. Kaaamu bercanda... Bukan??” soal Johan, terketar-ketar suaranya, matanya merah, menampung air mata
.
.
“TIDAK! ITULAH KEBENARANNYA! JOHAN!” balas JABBAR, sambil meronta,
.
.
Johan Yassir, melepaskan cengkamannya,
.
.
JABBAR, kembali bernafas,
.
.
“CLACK! BAMM!!” Johan menendang pintu kamarnya,

Dan dia meluru ke arah kamar ayahandanya, untuk bertemu Jamrud Yassir,
.
.
“BAMM!!” Johan menerjah ke dalam kamar Jamrud,
.
.
Dia mencari kelibat Jamrud, tetapi Jamrud tiada di dalam kamarnya,
.
.
Dia melangkah keluar dari kamar itu, dan menuju ke Ruangan Agong,
.
.
——

“BAMM!!”

Jamrud sedang beristirehat di atas singgahsananya,
.
.
“Ayahanda!!!”
“Johan...?” ujar Jamrud, seperti memikirkan sesuatu,
.
.
“Apakah tujuanmu, anakandaku, datang ke mari?” soal Jamrud,
.
.
“Mariam...” ujar Johan,

Jamrud bangkit dari singgahsananya,

“Apa benar... Mariam?!”

“Sudah!!! Johan!!! Bunuh saja perasaanmu itu!!!” tengking Jamrud,
.
.
Johan terkesima, sepertinya, khabar berita dari JABBAR itu, mungkin ada benarnya,
.
.
.
“Sebentar tadi... JABBAR... Bilang... Mariam... Sudah dipinang orang...”

“Akan tetapi!! Aku tidak percaya!! Aku ingin mendengarnya, dari mulutmu sendiri...” suara Johan, tersekat-sekat,
.
.
.
.
Jamrud kembali duduk di atas singgahsananya,
.
.
“Keluarga kita, telah pergi ke Pulau Lang Tengah, untuk meminang Mariam,”
.
.
Johan membulatkan matanya, memasangkan telinganya, cuba mendengar khabar gembira dari ayahandanya,
.
.
“Apakah jawapan mereka?? Ayahanda??? Mereka menerima??? Pinangan kita???” tanya Johan, teruja,
.
.
.
“Terduduk tersungkur tertiarap terlentang,
Sauh besi, dilontar sang perawan,
Datang sekalipun, anak si sultan,
Bunga di taman, sudah pun bertuan..” kata Jamrud,
.
.
“Bertuan...?” bisik Johan,
.
.
“Itu adalah jawapannya Malik Sadek..”
.
.
“Tidak.. Tidak.. Mariam sudah berjanji denganku, sehidup semati..” ujar Johan, sambil berundur ke belakang, beberapa langkah,
.
.
“Tidak Ayahanda.. Tidak.. Mariam tidak akan sanggup..”
“Ha.. Ha.. Hahaha!! Ini semua adalah tipu muslihat bukan?? Kamu semua bercanda bukan??? Untuk menghalang cinta aku!!! Dan Mariam!!!!!”

“Johan!!!!!” tengking Jamir Yassir,

“Kamu juga ikut bersubahat!! Jamir!!!”

“Jaga tutur katamu Johan!!!!”
.
.
Puspa, Maluri, Jaafar, Jasim, Jihad, Putri dan Ramadhan,

Memasuki Ruangan Agong,
.
.
“Kamu juga Puspa!! Aku tidak menyangka!! Bahawa kamu semua!! Sanggup membunuh cintaku!!”

“Jasim!! Jihad!! Kamu juga sama!! Dan kamu!! Ramadhan!!! Kamu juga sama!!!”

“Persetankan kamu semua!!!”
“DABBB!!!!” Jamir menumbuk muka Johan,
.
.
“Arghhhhhh!!!!” Johan menjerit dan menerkam ke arah Jamir,
.
.
“DUBB!! DUBBB!!!” Jamir menumbuk dada Johan, dan menendang leher Johan,

Johan terpelanting,
.
.
“Adindaku, Johan!!! Tenang!!!” jerit Jamir,
.
.
“Apa kamu sanggup.. Berbicara sedemikian!! Terhadap Ayahanda!!” tengking Jamir,
.
.
“Ayahanda, telahpun menjatuhkan maruahnya!! Melutut di depan Sadek!!! Untuk meminang Mariam!!! Demi kebahagiaanmu!!! Dan ini?!! Balasanmu?!!!”
.
.
Johan membersihkan darah di bibirnya,
.
.
Jamrud, memejamkan matanya,
.
.
Tidak pernah dia menyangka, bahawa Johan, anakanda kesayangannya, sampai sanggup berpaling tadah kepada keluarganya,

Demi seorang wanita,
.
.
Johan hanya mendiamkan dirinya,
.
.
Kemudian, dia berdiri perlahan-lahan,
.
.
“Pergi... Pergi kamu semua...” ujar Johan,
.
.
“Tinggalkan aku bersendirian...” sambungnya, sambil berjalan keluar dari Ruangan Agong,
.
.
“Johan...” tegur Puspa,
.
.
“Maafkan aku.. Kanda.. Ayahanda..” sambung Johan, sambil berjalan, menunduk, lemah.
.
.
“Clack! BAM!” Johan membuka pintu kamarnya,
.
.
“TUAN MUDA...” tegur KALAM,
.
.
“Kamu berdua, KALAM.. JABBAR..”

“Pergi!!! Tinggalkan aku sendiri!!! Pergi!!! Pergi!!!!” tengking Johan,
.
.
KALAM dan JABBAR, melangkah keluar dari kamar Johan,
.
.
Johan Yassir, mengurungkan dirinya di dalam kamarnya,

Selama berhari-hari, tanpa makan dan minum,
.
.
——

Sehinggalah pada hari yang ke tujuh,
.
.
“Knock! Knock!” Puspa mengetuk pintu kamar Johan,
.
.
“Pergi....” ujar Johan,

“Johan... Makanlah sedikit, adindaku..”
.
.
“Pergi... Tinggalkan aku sendiri... Kanda Puspa...”

“Makanlah sedikit... Supaya kamu tidak kelaparan...”

“Biarkan aku mati di dalam kamar ini, Kanda...”

Puspa mendiamkan diri,
.
.
Kemudian, dia meletakkan hidangan makanan itu, di depan pintu kamar Johan,
.
.
“Aku tinggalkan makanan ini di depan pintu kamarmu.. Makanlah adindaku, sekiranya kamu merasa lapar...”

Puspa meletakkan hidangan makanan itu di depan kamar Johan, dan kemudian, dia berlalu pergi..
.
.
.
Dalam beberapa detik,

Johan kembali bersuara,
.
.
“KALAM.. JABBAR..” ujar Johan,
.
.
“Masuk kamu berdua, ke dalam kamarku!!” arah Johan,
.
.
“TUAN MUDA...”

“JOHAN...”
.
.
.
“Pada tengah malam ini, kamu berdua akan bersamaku dan mengikutku...”

“Kita akan belayar.. Ke Pulau Lang Tengah!!!”
.
.
.
.
—-

Pada malam yang sama,

12:30 PAGI,
.
.
Johan Yassir, memecut keluar dari rumahnya,
.
.
“Johan!!” tengking satu suara,
.
.
“Jangan ikut campur, Ramadhan..” balas Johan,
.
.
“Kamu ingin belayar ke Pulau Lang Tengah!! Bukan?!”

“Itu bukan urusanmu..”

“Aku faham apa yang kamu rasakan Johan..”
.
.
“Aku ikut sama!!” sambung Ramadhan,
.
.
“Tidak. Sekiranya Malik tahu akan keberadaanmu, mereka pasti akan menangkapmu.”
.
.
“Sekiranya kamu berangkat ke pulau sana, tanpa aku menemanimu...”

“SHING!!” Ramadhan menghunuskan pedangnya,

“Maka aku harus menghalangmu Johan!! Supaya kamu tidak mati di pulau sana!!”
.
.
“DABBB!!!” Johan memecut ke arah Ramadhan dan menumbuk perut Ramadhan,
.
.
“Johan...!”

Ramadhan tersungkur, pitam dan rebah di atas tanah,
.
.
“Ayuh.. KALAM.. JABBAR..”
.
.
“PAPP!! ZOOOSHHHH!!!”
.
.
Dalam hampir setengah jam,

Johan sampai ke persisiran Pulau Tinggi,
.
.
Kemudian, Johan berjalan, menuju ke arah Armada Perang III,
.
.
“Tuan Muda Johan!!” laung seorang tentera Selendang Hitam yang sedang berkawal,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!!”

“DABB! DABB! DABBB!!”

Johan memukul leher tentera-tentera Selendang Hitam,

Mereka pitam dan rebah ke tanah.
Sauh Armada Perang III, diangkat, dihela talinya,

Kain layar diturunkan,
.
.
Kemudian,

Johan belayar, menuju ke arah Pulau Lang Tengah,
.
.
Seekor burung terbang ke arah Johan,

“PAPP!!” Johan menyambar burung itu,

“NGAP! NGAP!” dan burung itu, dimakan oleh Johan Yassir.
.
.
“Mariam.. Akan ku buktikan, betapa besarnya, cintaku terhadapmu.. Biarkan aku melihat, dengan mata kepalaku sendiri.. Keangkuhan ayahandamu.. Malik Sadek!!!” bisik Johan Yassir,
.
.
“KALAM! JABBAR! Kumpulkan kesaktianmu! Kita akan bakal berentap, dengan Kerambit Putih!!”
.
.
.
.
—-

Dalam hampir tujuh jam kemudian,

Rumah Keluarga Yassir,

7:30 AM,
.
.
“BAMM!!” Ramadhan membuka pintu kamar Johan, mencari kelibat Johan,
.
.
“Jamir!!!” jerit Ramadhan,
.
.
.
.
“Ayahanda!!!” panggil Jamir sambil melangkah masuk ke dalam Ruangan Agong, bersama Ramadhan,
.
.
“Ada hal yang mustahak?? Jamir??”

“Johan telah berangkat!! Ke Pulau Lang Tengah!!!”
.
.
Jamrud terkesima, mendengar khabar berita dari Jamir Yassir.
“Kerahkan seluruh bala tentera kita!!!! Kita berangkat segera!!! Ke Pulau Lang Tengah!!!”

“Bawakan kesemua senjata-senjata!!! Kita akan menyerang!!! Kerambit Putih!!! Habis-habisan!!!!” arah Jamrud.

“Siap!!! Ayahanda!!!” sahut Jamir dan Ramadhan,
.
.
.
.
.
—-

Pada masa yang sama,
.
.
7:45 AM,
.
.
Johan Yassir, sudah semakin dekat dengan Pulau Lang Tengah,
.
.
.
“Selendang Hitam!! Selendang Hitam!!!!” jerit salah seorang tentera Kerambit Putih,

Semboyan dibunyikan,
.
.
Laungan kecemasan, dilaungkan,
.
.
Armada Perang III selamat sampai di persisiran Pulau Lang Tengah,

Namun,

Johan tidak melambungkan sauhnya, dan tidak menaikkan kain layarnya,
.
.
Armada Perang III, meneruskan pelayarannya,

Dan merempuh salah satu dari tujuh buah menara kawalan, milik Kerambit Putih,
.
.
“CRACKKK!!! BAMMMMM!!!!”

Menara kawalan itu, jatuh terhempas ke bumi,

Tentera-tentera Kerambit Putih, melambung jatuh ke tanah,
.
.
“CLACK!!” salah seorang dari tentera Kerambit Putih, cuba menembak Johan dari jauh,
.
.
Johan menggenggam sebilah pisau, dan dia berlari ke arah Geladak Agong Kapal, dan melompat tinggi,

Dan kemudian, Johan melontarkan pisau itu ke arah tentera yang ingin menembaknya,

“ZAPPP!!!!”
.
.
“Tembak!!!!” jerit tentera Kerambit Putih,

“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”
“KETING!! KETING!! KETING!!!”

Johan menangkis kesemua tembakan itu, dengan menggunakan Pedang Silauan Putih, miliknya,
.
.
—-

Pada masa yang sama,

Rumah Keluarga Sadek,

Ruangan Ijtimak,
.
.
“Tuan Besar Malik!!!” Hadi Darman mengadap Malik Sadek,
“Mengapa tergesa-gesa?? Hadi??” soal Malik Sadek sambil meneguk segelas air,
.
.
“Selendang Hitam datang menyerang pulau kita!!” balas Hadi Darman,
.
.
“Sudah ku duga!!!” jerit Malik Sadek sambil mencampakkan gelas minumannya,
“Siapakah barisan pertama mereka?? Berapa buah armada perang yang Jamrud hantarkan ke mari?!!“ soal Malik,
.
.
“Hanya sebuah kapal. Dan cuma, seorang saja yang datang menyerang!!” jawab Hadi,
.
.
Bayangan Jalal Yassir, muncul di dalam kepala Mursyid Sadek,
.
.
“Jalal?” bisiknya.
“Siapa???” soal Murad dan Muzir, serentak,
.
.
.
“Johan... Yassir!!!” jawab Hadi Darman,
.
.
“PAPP!!!” Murad menggenggam Pedang Sadek III, miliknya,
.
.
“Hari ini, kamu bakal mati!!! Johan!!!” jerit Murad,

“Ayuh!!! Kita berangkat!!! Segera!!!” jerit Murad Sadek.
Malik Sadek, Mursyid Sadek, Muzir Sadek, Murad Sadek, dan kesemua majlis tertinggi Kerambit Putih,

Bergegas menuju ke persisiran Pulau Lang Tengah,

Dengan membawa senjata-senjata api, pedang, parang dan tombak mereka,
.
.
Untuk menyerang,

JOHAN YASSIR.
.
.
—-

“Clack! BAMM!” Laila Hawa, menerjah ke dalam kamar Mariam Sadek,
.
.
“Mariam!!”

“Kang Laila??”

“Apa kamu belum mendengar khabar berita??”

“Khabar berita apa Kang Laila?”
.
.
“Kekasihmu.. Johan Yassir! Datang ke pulau ini!! Menyerang Kerambit Putih!!”
“Kang Laila!! Kita harus menyelamatkan Johan!! Dia pasti akan mati dibunuh oleh kakanda-kakandaku!!” jerit Mariam, sambil mencapai busur panah miliknya,
.
.
“Mariam!! Johan ke mari, dengan niat untuk membunuh Keluarga Sadek!!”

“Tidak mungkin Kang Laila!”
“Johan datang ke mari, untuk bertemu denganku!!”

“Aku harus segera ke sana!!”

Mariam mengemaskan senjatanya, dan bersedia untuk berangkat ke persisiran Pulau Lang Tengah,
.
.
——

Pada masa yang sama,

Di persisiran Pulau Lang Tengah,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!!”
20 nyawa tentera-tentera Kerambit Putih, terkorban,

Pedang Silauan Putih, menyala keputihan di tangan Johan Yassir,

Dengan mata yang kemerahan,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

40 nyawa,

“ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPP!!”

60 nyawa...
.
.
“JOHANNN!!!!!” jerit Murad Sadek.
.
.
“ZAPPP!!!!”

Johan Yassir, menikam leher mangsanya yang terakhir,
.
.
Kesemua pengawal-pengawal menara kawalan, telah dibunuh oleh Johan,
.
.
Kemudian, Johan menjilat darah yang berlumuran di mata pedangnya,
.
.
“PTUIII!!!” dan meludahkannya ke tanah,

“Darah Kerambit Putih.”
Johan Yassir, mendongakkan kepalanya,
.
.
Dia memandang ke arah Murad Sadek, yang sedang berdiri di atas sebuah bukit yang kecil,
.
.
Kesemua ahli majlis tertinggi Kerambit Putih, dan seramai 5,000 tentera-tentera Kerambit Putih,

Mengacukan senjata mereka,

Ke arah Johan Yassir.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!”

Senjata-senjata Kerambit Putih, diacukan ke tubuh Johan Yassir,
.
.
Johan Yassir, mengangkat pedangnya, dan menghalakannya ke arah Malik Sadek,
.
.
.
Dengan sepenuh tenaganya,

“GENCATKAN SENJATA-SENJATAMU!!! KERAMBIT PUTIH!!! MANA-MANA NYAWA YANG BERANI MENENTANGKU!!! AKAN MATI DISEMBELIH OLEH PEDANGKU!!!”
.
.
Menggigil lengan Malik,
.
.
Belum pernah dia bertemu, dengan seorang Yassir yang begitu kental hatinya, begitu keras semangatnya, begitu kuat aura membunuhnya,

Hati besi, bersulamkan urat-urat dawai,

Pendekar yang begitu pantas digeruni oleh Kerambit Putih,
.
.
.
.
Belum pernah ada, manusia yang berani mencabar ribuan tentera, dengan hanya berseorang diri, berbekalkan dua bilah pedang,
.
.
Johan Yassir, mencabar ribuan tentera Kerambit Putih, melaungkan ketajaman pedangnya

Dengan begitu yakin, bahawa dia akan menang, walau seorang diri
“KERAMBIT PUTIH!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
Tentera-tentera Kerambit Putih, mengacukan senjata mereka ke tubuh Johan Yassir,
.
.
“KALAM!!! JABBAR!!!” jerit Johan,

“SIAP!!!”
.
.
“Tembak!!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
—-

“Jurus Rahsia Selendang Hitam!!! SYAITAN MENARI-NARI!!!!”
“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMM!!!!!”

Ribuan tembakan, dilepaskan ke arah tubuh Johan Yassir,
.
.
Pasir-pasir pantai bertaburan,
Namun, tubuh Johan Yassir, tidak kelihatan,
.
.
“Bangsat!!! Dimana Johan??!!!” jerit Murad Sadek,
.
.
Tentera Kerambit Putih, melilau-lilau, mencari kelibat tubuh Johan,

Mursyid memejamkan matanya,
.
.
“Di atas!!”
.
.
Johan menujah kakinya di udara,

“ZAPP!!!! ZAPPP!!!!”
“Tembak!!!” jerit Khalik Gaga,
.
.
“BAMM!! BAMM!! BAMM!!”

Johan melakukan balik kuang berkali-kali,

Dan kemudian, hilang dari pandangan,
.
.
.
Suasana kembali sunyi,
.
.
.
.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPPP!!!” silauan pedang berwarna putih, menikam dan melibas 10 orang tentera Kerambit Putih,

Kemudian, dia menghilang,
.
.
Silauan pedang, hanya silauan pedang yang berwarna putih, tanpa kelihatan tubuh si penggunanya,
.
.
.
.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!!” 20 nyawa tentera terkorban,
.
.
Kemudian, Johan menghilang,
.
.
“Kerambit Putih!!! Bersiap sedia!!! Belakang ke belakang!!!” jerit Hadi Darman,
.
.
Tentera-tentera Kerambit Putih, bersiap sedia dan berjaga-jaga,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPPP!!!”

50 nyawa terkorban,

“Kang Hadi!!!” jerit Mursyid Sadek,
.
.
Hadi berpaling ke arah Mursyid,
.
.
—-

“Jurus Terlarang Selendang Hitam!!!” jerit Johan Yassir,

“Syaitan Halimunan!!!!” sambungnya,
“ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!!”

Hampir 200 nyawa tentera Kerambit Putih,

TERKORBAN.
Setiap Jurus Terlarang milik Selendang Hitam, memerlukan korban yang setimpalnya,
.
.
Sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Jalal Yassir, sewaktu menentang Kerambit Putih, pada tujuh tahun yang lalu,
.
.
Boneka Syaitan.

Tirai Syaitan.

Jelmaan Syaitan.

Muntah Syaitan.
.
.
Dan pada kali ini, Johan Yassir, melancarkan serangan Jurus Terlarang Selendang Hitam yang kelima,
.
.
Iaitu,

Syaitan Halimunan,
.
.
Dan bayaran korbannya adalah,
.
.
—-

“TUAN MUDA!!” ujar KALAM,

“KAMU YAKIN?!” sambungnya,

“Yakin.”
“KAMU AKAN KEHILANGAN NYAWAMU!! PADA USIAMU TIGA PULUH TAHUN!! MAKA SETELAH ITU, NYAWAMU AKAN MENJADI KORBAN SYAITAN!! APA KAMU RELA TUAN MUDA??! HANYA BERSAMA MARIAM, UNTUK CUMA TUJUH TAHUN???”
.
.
“Lebih baik hidup selama tujuh tahun, dari kehilangan Mariam buat selama-lamanya.
KALAM mengimbas kembali di saat kematian Jalal Yassir,

“TIDAK TUAN MUDA!!”

“KALAM!!! LAKUKAN SAJA!! SEGERA!!!”
.
.
Secara perlahan-lahan, KALAM menyeluk dada Johan, dengan tangannya,
.
.
——

Kita kembali kepada pertarungan di antara Johan Yassir dan Kerambit Putih,
.
.
“Pendekar Halimunan!!! Pendekar Halimunan!!!” jerit tentera Kerambit Putih,
.
.
“Lepaskan tembakan!!!!!” jerit mereka,

“BAMM!! BAMM!! BAMM!! BAMMM!!! BAMMMM!!!”

Tentera-tentera Kerambit Putih melepaskan tembakan secara rawak,

Johan Yassir berlari secara menyenggeng,
.
.
Johan memegang dua bilah pedangnya secara terbalik, mata pedang menghala ke tanah,
.
.
Silaun cahaya putih menyala,
.
.
“PAPP!! ZOOOSHHH!!!”

Johan menerjah ke arah tentera Kerambit Putih dari arah sisi kanan,
.
.
Dan kemudian,
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

Johan melibas pedangnya ke peha, pinggang dan leher tentera Kerambit Putih.
.
.
Kemudian, dia menghilang semula daripada pandangan,
.
.
Tembakan dari Kerambit Putih, dilepaskan berterusan,
.
.
Johan menerjah sekali lagi ke arah tentera-tentera itu.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP ZAPPPP!!! ZAPPPP!! ZAPPPP!!!”

Johan Yassir melibas leher mereka, mencantas perut mereka, melumpuhkan kaki mereka, dan menikam kepala mereka,

Dengan begitu kejam sekali,
.
.
Kemudian, dia melompat tinggi, ke arah bukit kecil,
.
.
Johan menujahkan tapak kakinya di udara, menerkam ke arah Malik Sadek,
.
.
“SHING!!!” Murad Sadek, menghunuskan Pedang Sadek III,
.
.
“KACHING!!!!” pedang mereka berlaga,
.
.
“Apakah tujuanmu datang ke pulau ini??!! Johan??!!” jerit Murad,
.
.
.
—-

“Untuk meminang MARIAM!!!”
“KETING!!!”

Johan dan Murad, berundur ke belakang beberapa langkah,
.
.
“CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!”

Tentera-tentera Kerambit Putih, mengacukan senjata mereka ke arah tubuh Johan Yassir,
.
.
“Gencatkan senjata!!!” jerit Mursyid Sadek, sambil mengangkat tangan kanannya, menghalang tenteranya dari terus menembak,
.
.
.
“Sekiranya kamu semua terus menembak, kamu hanya akan mati disembelih di dalam peperangan ini..” ujar Mursyid, sambil menghunuskan Pedang Sadek I.
.
.
Johan Yassir, menggenggam kemas Pedang Silauan Putih, bersedia untuk menerima apa-apa jenis serangan,
.
.
“Jurus Terlarang... Selendang Hitam... Aku kenal benar akan kesaktian jurus mu ini..” ujar Mursyid,
.
.
“Tembakan senapang ke tubuhmu, hanyalah sia-sia..” sambungnya.
Apabila Johan Yassir, menjadi pendekar syaitan halimunan, tubuhnya tidak dapat ditembus oleh peluru, tidak dapat ditikam oleh parang dan pedang,
.
.
Begitu juga dengan Johan, tikaman dan libasan pedangnya juga, tidak dapat menyentuh tubuh musuh-musuh,
.
.
.
.
Maka, untuk Johan Yassir membunuh musuh-musuhnya, dia harus menghentikan sumpahannya buat sementara,

Disebabkan itu, silauan pedang berwarna putih, kelihatan sewaktu Johan melancarkan serangannya,
.
.
Satu jurus yang sangat berkesan, apabila berdepan dengan musuh yang ramai.
Namun..

Apabila berdepan dengan Mursyid Sadek,

Sumpahan kesaktian Johan, tidak memberikan kesan apa-apa,

Ini kerana, Pedang Sadek I, adalah sebilah pedang yang mampu untuk mencederakan tubuh Johan, walaupun Johan berada di dalam sumpahan halimunan,
.
.
Pedang Sadek I, adalah sejenis pedang yang mampu memanipulasikan frekuensi dan menghasilkan gelombang bunyi yang tinggi,

Yang mampu mencederakan makhluk halus,
.
.
Dan ini adalah sebabnya, mengapa Jalal Yassir begitu susah untuk mengalahkan Mursyid Sadek suatu ketika dahulu,
.
.
“Adindanya Jalal Yassir.. Telah banyak peperangan yang ditempuh, di antara Yassir dan Sadek..”
.
.
“Dan pandangan matamu yang membunuh itu, sentiasa menganggu fikiranku.. Johan..”
.
.
“Lagakmu tidak ubah seperti kakandamu, Jalal.. Lelaki yang berdarah Yassir..” ujar Mursyid.
.
.
“Dan kegilaanmu ini, sememangnya cocok, digalas oleh lelaki sepertimu Johan.. Pendekar Yassir!!”

“Tanpa kesaktian Selendang Hitam, kamu jauh lebih lemah!! Dari Jalal Yassir!!!”

“ZOOSHH!!!” Mursyid memecut ke arah Johan,
.
.
“KACHING!!!!!!”

Pedang Johan dan Mursyid, berlaga.
“KETING! KETING! KETING!!”

“DABB!!!” Mursyid medendang dada Johan,
.
.
Johan terpelanting ke belakang,

Dan kemudian,

Dia bertukar menjadi halimunan, dan berlari mengelilingi tubuh Mursyid,
.
.
Mursyid memejamkan matanya, cuba mendengar bunyi pergerakan Johan,
“ZOOSHHH!!”

Johan berlari, tanpa dilihat oleh mata kasar, mengelilingi tubuh Mursyid,

Mursyid menajamkan deria pendengarannya,

“ZOOSHHH!!”

Bunyi larian makin mendekat,
.
.
“KACHING!!!!”

Johan menyerang dari belakang Mursyid,

Libasan pedang Johan, ditangkis oleh Mursyid,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!”

“ZASS!!!” Johan melibaskan pedang di tangan kanannya, ke leher bahagian kiri tubuh Mursyid,

“PAPP!!” Mursyid menahan libasan lengan kanan Johan, dengan lengan kirinya,

Kemudian, Mursyid memusingkan pedangnya, memegang secara terbalik,
“ZASSS!!!” Mursyid melibaskan pedangnya ke tubuh Johan,

“KETING!!!!” Johan menangkis libasan itu dengan pedang kirinya,
.
.
Pasir-pasir bertaburan, hasil dari pertembungan senjata milik Johan dan Mursyid,
.
.
Mereka sedang beradu kekuatan,
“KETING!!!” Johan terpelanting ke belakang,

Dia memandang tangannya, yang terketar-ketar, setelah menangkis belahan Pedang Sadek I,
.
.
Ini merupakan kali pertama, Johan bertembung dengan Mursyid,

Jelas kelihatan, perbezaan kekuatan di antara Mursyid Sadek dan Johan Yassir,
.
.
.
.
Di dalam Skuad Selendang Hitam, satu-satunya tentera yang mampu berentap pedang ke pedang dengan Mursyid Sadek, ialah,

Jamir Yassir,
.
.
Dan Johan, masih lagi kurang berpengalaman, untuk menerima belahan Pedang Sadek I,
.
.
Kesemua ahli majlis tertinggi Kerambit Putih, termasuk Malik Sadek, dan tentera-tenteranya,

Hanya memerhati pertarungan di antara Mursyid dan Johan, tanpa ikut campur,

Betapa mereka yakin sekali, bahawa Johan akan tersungkur di tangan Mursyid,
.
.
Mursyid berjalan perlahan-lahan ke arah Johan
.
.
Dia melihat tubuh Johan, yang bergoyang setelah menangkis belahan pedangnya
.
.
“Aku meletakkan kehormatan yang tinggi terhadap kakandamu, Jalal, kerana hanya dia, satu-satunya pendekar, yang mempunyai kekuatan untuk membunuhku..”
“SHING!!!” Johan menghalakan pedangnya ke depan, bersedia, untuk menyambung pertarungannya,
.
.
“KALAM..” bisik Johan,

“TUAN MUDA..”

“Jelaskan kepadaku, kelemahan Mursyid Sadek..”
.
.
.
“MATA KIRINYA, BUTA. TERUSKAN SERANGANMU DI TITIK BUTANYA.” jawab KALAM.
“PAPP!!! ZOOOSHHH!!!”

Johan menerjah ke arah Mursyid,

Begitu juga Mursyid, dengan kelajuan yang sama,
.
.
Jarak di antara mereka cuma 20 langkah,
.
.
10 langkah,
.
.
5 langkah,
.
.
Dan kemudian, Johan menghentakkan tapak kakinya dan melompat ke sebelah kiri tubuh Mursyid.
“ZASSS!!!!” Mursyid melibaskan pedangnya ke tubuh Johan,

Tubuh Johan menjadi halimunan, dan hilang dari pandangan,
.
.
“PAPP!!! ZOOSHHH!!!”

Johan menerjah Mursyid dari belakang,
.
.
Mursyid memejamkan matanya, cuba mendengar pergerakan Johan,
.
.
Kemudian Mursyid memusingkan badannya, dan melibaskan pedangnya,
.
.
“ZASSS!!!”

Tubuh Johan sekali lagi, hilang dari pandangan,
.
.
Mursyid membuka tapak kekudanya,
.
.
Cuba menajamkan deria pendengarannya,
.
.
Pedangnya dipegang terbalik, dengan mata pedang menghala ke tanah.
Dan kemudian, Johan menujah-nujah tapak kakinya di udara, mengelilingi tubuh Mursyid Sadek,

Sehinggakan, apa yang dilihat oleh Mursyid adalah,

Bayangan tubuh Johan Yassir yang melebihi dari satu, lebih dari dua, dan lebih dari tiga,

Sedang mengelilingi tubuhnya,
.
.
“Mursyid!!!” jerit Malik Sadek, bimbang akan anak sulungnya itu,
.
.
“Kerambit Putih!!!” jerit Malik Sadek,

“Tidak Ayahanda!!! Jangan ikut campur!!!” balas Mursyid Sadek,
.
.
“Ini adalah pertarungan di antara anak-anak jantan!!“ sambungnya,
.
.
Johan Yassir, meneruskan tujahannya,
.
.
Sambil berkata,
.
.
“Hanya Kanda Jalal... Kata kamu Mursyid...” ujar Johan Yassir,
.
.
Mursyid melilaukan biji matanya,
.
.
“Saksikan dengan mata kepalamu sendiri Mursyid!!! Kekuatan sebenar!! Anak jantan!!! Jamrud Yassir!!!” jerit Johan,
“PAPP! PAPP! PAPP! PAPP” Johan menujahkan tapak kakinya di udara dan kemudian,

“ZOOOSHHH!!!” dia memecut ke tubuh Mursyid dari belakang Mursyid,
.
.
Mursyid memusingkan tubuhnya, dan melibaskan satu libasan gelombang bunyi ke tubuh Johan,
.
.
Libasan itu di elak oleh Johan,
Johan menghayunkan tangan kirinya, dan melontarkan tusukan pedang ke tubuh Mursyid,

Tetapi berjaya di elak oleh Mursyid,

Kemudian, Johan menghayunkan tangan kanannya, cuba untuk melibas leher Mursyid dengan pedangnya,
.
.
Jarak di antara mereka hanya tinggal dua depa,
.
.
Mursyid memusingkan pedangnya secara terbalik,

Dan menangkis libasan pedang milik Johan,
.
.
“KETING!!!”

Namun, pedang yang dilibas oleh Johan, tercampak setelah ditangkis oleh Mursyid,

Manakala tubuh Johan pula, secara tiba-tiba, hilang dari pandangan Mursyid,
.
.
Mursyid cuba mencari kelibat Johan, dengan memejamkan matanya,
.
.
“PAPP! ZOOSHHH!!”

Johan memecut ke arah Mursyid dari arah belakang Mursyid,

Jarak di antara mereka, terlalu dekat, hanya tinggal satu depa,

“Kanda Mursyid!!!” jerit Murad Sadek,
.
.
Belum sempat Mursyid memusingkan tubuhnya,
.
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam!! Tumbukan Syaitan Menari!!!”

“DABBBBBBB!!!!!” muka Mursyid ditumbuk oleh Johan Yassir,

Dengan hanya sekali tumbukan, tubuh Mursyid melambung jauh ke belakang,
.
.
“DABBBB!!” tubuh Mursyid terbaring di atas tanah,
.
.
.
Murad Sadek, memandang Johan Yassir, dengan satu pandangan yang membunuh,
.
.
“Kanda Muzir!!!!” jerit Murad,
.
.
“Ayuh!!!” balas Muzir Sadek,
.
.
“PAPP!! ZOOOSHHH!!” mereka memecut ke arah Johan Yassir,
.
.
“Yang lain jangan ikut campur!!! Ini adalah pertarungan di antara Sadek!! Dan Yassir!!!” jerit Murad,
.
.
“ZOOSHHH!!” dia memecut ke arah Johan Yassir,
.
.
Johan melakukan balik kuang beberapa kali dan mengutip balik pedang-pedangnya,
.
.
“Ayuh!!! Murad!!! Muzir!!!” jerit Johan,
“PAPP!! ZOOSHHH!!” Johan memecut,
.
.
“KACHING!!!!” lagaan pedang mereka, bertembung,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!”

Pertarungan dua lawan satu, telah berlangsung,
.
.
Tentera-tentera Kerambit Putih, terkesima melihat rentak pertarungan yang ditonjolkan oleh Johan Yassir,
.
.
Muzir menyerang dari arah kanan,

Murad menyerang dari arah kiri,
.
.
Mereka memecut ke arah Johan,
.
.
Johan memusing Pedang Silauan Putih di kedua-dua belah tangannya,

Bersedia untuk menerima serangan Muzir dan Murad,
.
.
“PAPP!!” dia menggenggam pedangnya,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!” Murad dan Muzir menerjah ke tubuh Johan,
.
.
“KACHING!!!”

Pedang Murad bertembung pedang Muzir,

Johan hilang dari pandangan,

Murad memejamkan matanya, cuba mendengar bunyi pergerakan Johan,

Manakala, Muzir cuba mengumpulkan gelombang kejut di pedangnya,
.
.
“ZOOSHHH!!!” Johan memecut ke arah Muzir,
.
.
Dan kemudian, dia melibaskan pedangnya ke tubuh Muzir,

“ZAPPP!!” Muzir menikam pedangnya ke tanah, dan satu gelombang kejut, keluar dari Pedang Sadek II dan menggoncangkan tanah,

Johan hilang kestabilan,
Muzir menerkam tubuh Johan,

Johan menusukkan pedangnya ke tubuh Muzir, tetapi Muzir sempat mengelak,

Kemudian, Muzir merapatkan tubuhnya dengan tubuh Johan,

Dia mencengkam lengan kanan Johan dengan tangan kirinya,

Menyiku dada Johan dengan tangan kanannya,
Johan menghayunkan pedang di tangan kirinya,

Tetapi sempat di tendang oleh kaki kanan Muzir,

Muzir merangkul kepala dan leher Johan,

Dan kemudian, dia tarik kepala Johan ke bawah, dan melutut muka Johan dengan lutut kanannya,
.
.
Darah bersemburan keluar dari hidung Johan,
.
.
Kemudian Muzir melakukan sepakan sapuan ke kaki kanan Johan,

Dan memberi pukulan tamparan ke dada Johan,

Johan jatuh terpelanting ke belakang,
.
.
Pedang Silauan Putih telah tercampak dari genggaman Johan,
.
.
Johan kembali berdiri, dia membuka tapak kekudanya,

Murad Sadek memecut ke arah Johan, dan melibaskan Pedang Sadek III ke tubuh Johan,

“ZASSS!!!”

Pedang Sadek III memanjang sepanjang 15 Meter,

Tetapi libasan Murad sempat dielak oleh Johan dengan menundukkan tubuhnya,
.
.
Kemudian, Johan menujahkan tapak kakinya, meluru ke arah Murad Sadek,

Dengan tubuhnya hampir rapat ke tanah,

Murad cuba menendang tubuh Johan,

Tetapi Johan sempat menyiku peha kanan dan kiri Murad,

Murad jatuh melutut ke tanah,
.
.
Kemudian Johan merangkul kaki kanan Murad, dan membalingkan tubuh Murad ke arah Muzir,
.
.
Muzir menyambut tubuh Murad,

Kemudian dia mencabut tikaman pedangnya, dan meluru ke arah Johan,
.
.
Muzir melompat ke arah Johan dan bersedia untuk melibaskan pedangnya,
.
.
Johan melompat ke tubuh Muzir,

Dia menendang hayunan tangan kanan Muzir dengan kaki kanannya,

Dan membuat tendangan hayunan belakang kaki kiri ke dada Muzir,

“DABBB!!!”

Muzir tercampak di awang-awangan,
.
.
Johan mendarat di atas tanah, dan membuat balik kuang beberapa kali,
“PAPP!!” Johan mengutip semula Pedang Silaun Putihnya,
.
.
Dan kembali berada di dalam posisi berjaga-jaga,
.
.
Muzir dan Murad kembali berdiri, dan membersihkan darah di bibir mereka,
.
.
Muzir dan Murad, mengeluarkan dua balang cecair hijau dari baju mereka,
.
.
Kemudian mereka meneguk cecair hijau itu dan membalingkan balang ke tanah,

“SPLASHH!!”
.
.
“Ayuh!! Johan!!” jerit Murad dan Muzir,
.
.
Johan merapatkan kedua-dua belah tangannya,
.
.
Dan kemudian,

“KALAM!! JABBAR!!!”

“SIAP!! TUAN MUDA!!!”
.
.
“PAPPP!!! ZOOOSHHH!!!”
Tubuh Muzir dan Murad berubah menjadi lebih berotot, dan berurat,
.
.
Genggaman pedang mereka juga, semakin kuat,
.
.
Manakala Johan, bergerak dengan lebih pantas, dengan sebelah matanya berwarna hitam, dan sebelah mata lagi berwarna merah,
.
.
“KACHING!!!!”

Pertarungan diteruskan kembali,
.
.
—-

Pada masa yang sama, Mursyid Sadek, kembali bangkit dari rebahannya,

Dia membuka bajunya,

Dan membersihkan luka di bibirnya,
.
.
Kemudian dia menelan sebalang cecair hijau, dan mematah-matahkan leher dan jari-jemarinya,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!”

Pertempuran semakin rancak, di antara Johan Yassir, menentang Muzir dan Murad Sadek,
.
.
“KACHING!!” Muzir melibaskan pedangnya ke tubuh Johan, tetapi berjaya ditangkis oleh Johan,

Johan dan Muzir, masing-masing terpelanting ke belakang,
.
.
“PAPP!!”

Murad menerkam Johan dari belakang,

Johan menghayunkan pedangnya ke belakang, menangkis libasan pedang Murad,

“KETING!!!!”
.
.
.
Pedang Silauan Putih milik Johan Yassir,

PATAH.
Johan meneruskan serangannya terhadap Murad, dengan hanya sebilah pedang,

“KETING!! KETING!! KETING!!”

Serangan Johan semakin lemah,
.
.
Kemudian, Muzir turut menyerang Johan dari arah belakang,

“KETING!!!” Johan menangkis serangan dari Muzir,
.
.
“ZAPPP!!!” Murad melibaskan pedangnya di belakang tubuh Johan,

“ZASSSS!!!” Muzir melibaskan pedangnya ke leher Johan,

Johan menangkis libasan pedang Muzir,

“KETING!!!!”
.
.
.
Pedang Silau Putih milik Johan,

PATAH.
Murad memberi sepakan belakang ke leher Johan,

“DABBBB!!!”

Johan menyanggah sepakan Murad dengan lengan kirinya,
.
.
Johan terpelanting, rebah ke tanah,
.
.
Kemudian, Johan berdiri secara perlahan-lahan, tanpa senjatanya,
.
.
Darah mengalir di tubuh dan di bibirnya,
.
.
“Johan!! Di manakah hilangnya keangkuhanmu sebentar tadi?!!” jerit Murad, sambil mengukirkan senyuman sinis,
.
.
“Kamu akan mati di pulau ini!! Sama seperti kakandamu!! Jalal!!!” sambung Murad,

Johan memandang Murad dengan satu pandangan mata yang membunuh,
.
.
Kemudian, dia berjalan secara perlahan-lahan ke arah Murad dan Muzir,
.
.
Malik memerhatikan pertarungan di antara Johan dan anak-anaknya, dengan wajah yang bangga,
.
.
“HAHAHA!!!” Johan ketawa terbahak-bahak,
.
.
“Murad...” ujar Johan Yassir,
.
.
Johan menarik selendang hitam di lehernya,

Dan dia membuka tapak kekudanya,

Sambil menggenggam selendang hitam,

“Apakah kalian menyangka... Tanpa pedang-pedang saktiku... Aku sudah tidak lagi mampu... Untuk terus menari...?” sambung Johan,
.
.
“Seni Yui Selendang Hitam!!”
Johan mengangkat kaki kanannya,
.
.
“Tamparan Gadis Sunti!!”

“PAPPP!! ZOOSHHHH!!!”

Johan menerjah ke arah Murad,

Murad dengan wajah yang bengis, menusukkan Pedang Sadek III ke tubuh Johan,

Johan menghentakkan kakinya dan mengelak dari tusukan pedang Murad,
Kemudian, dia melibas dan melilitkan selendang hitamnya di mata pedang Murad,

Seterusnya, dia memusingkan badannya, mengunci pergerakan tangan kanan Murad,
.
.
Murad cuba menyerang Johan dengan tangan kanannya, tetapi serangan Murad berjaya di tepis oleh Johan dengan kakinya,
“DABB! DABB!!” Johan menendang peha kiri dan dada Murad, dengan hujung jari kaki kanannya,

Kemudian, Johan melepaskan genggaman selendang hitamnya, merapatkan badannya ke tubuh Murad,

Dan melepaskan serangan tamparan dan tusukan berkali-kali ke dada Murad,

“DABB!! DABB! DABB!”
“DABBBB!!!!” Johan membuat satu pusingan, dan menendang dada Murad,

Murad terpelanting, jauh ke belakang,
.
.
“ZASSS!!!” Muzir melibaskan pedangnya leher Johan,

“PAPP!” Johan mengapit mata pedang Muzir dengan kedua-dua belah tapak tangannya,
.
.
Gelombang kejut yang terhasil dari pedang Muzir, menerpa ke muka Johan,

Darah mengalir di hidung Johan,
.
.
Dengan sepenuh tenaga, Johan memusingkan tapak tangannya, dan memutarkan tubuhnya sejauh 90 darjah,

Dan membuat satu tendangan arah belakang ke dada Muzir,
Muzir menahan tendangan dari Johan dengan lengan kirinya,

Tubuhnya terundur beberapa langkah,
.
.
Kemudian, Johan menujahkan tapak kakinya, dan memecut ke arah Muzir,

Dengan sepenuh tenaga,
.
.
.
“DABBBB!!!!!!!”
.
.
Muka Johan ditumbuk oleh Mursyid, yang meluru secara tiba-tiba
Johan terpelanting ke belakang, dengan darah mengalir di mukanya,
.
.
.
Belum sempat tubuh Johan menyentuh tanah,

Mursyid memecut ke lambungan tubuh Johan,

“DABBBB!!!!”

Mursyid menumbuk perut Johan,

Tubuh Johan terhempas ke tanah,

Darah keluar bersemburan dari mulutnya,
.
.
Kemudian,

Mursyid mencengkam kepala Johan, diangkatnya tubuh Johan dengan tangan kanannya,

“DABBBB!!” Mursyid menumbuk perut Johan,

“DABBBB!!!!” Mursyid membuat pusingan tubuh dan menendang leher Johan,
.
.
Johan terpelanting ke belakang,
.
.
“Kanda Mursyid!!” tegur Murad,
.
.
“Tenang Murad. Aku tidak akan bisa dikalahkan dengan sebegitu mudah..” ujar Mursyid sambil mematah-matahkan lehernya,
.
.
Johan berdiri secara perlahan-lahan,
.
.
Badannya menyenggeng ke sebelah kanan,

“PAPP!! ZOOOSHHH!!!” Johan memecut.
“DABBB!!!!” muka Johan ditendang oleh Muzir,

“ZAPPP!! ZAPPP!!!”

Murad melibaskan pedangnya ke bahu dan belakang badan Johan,
.
.
“DABBB!! DABBB!!” Mursyid menumbuk dada dan perut Johan,

“DABBBB!!!” Mursyid melutut muka Johan,
.
.
Kemudian Mursyid mencengkam leher Johan,

Diangkatnya tubuh Johan ke udara,
.
.
Nafas Johan semakin pendek, batuk dan darah bersemburan dari mulutnya,

Johan telah mengalami kecederaan yang serius di dalam tubuhnya,
.
.
Kemudian, Mursyid melambungkan tubuh Johan ke udara,

“ZAPPP!!!” Mursyid melibaskan pedangnya ke dada Johan,

“ZAPPP!!!” Murad melibaskan pedangnya ke bahu Johan,

“ZAPPP!!!” Muzir menikam kepala bahu Johan, sehingga tubuh Johan tercampak ke atas tanah.
.
.
“ZAPP!!” Muzir mencabut tikaman pedangnya,
.
.
“DABBB!” Muzir memijak dada Johan,

Kemudian, dia menjulang pedangnya ke langit,

Bersedia untuk memenggal kepala Johan,
.
.
“BUNUH!!!” jerit Malik Sadek,

“Siap! Ayahanda!” balas Muzir,
.
.
“ZAPPPP!!!!!”
“KETING!!!”
.
.
.
Libasan Pedang Sadek II oleh Muzir Sadek,

Ditangkis oleh anak panah, yang dilepaskan oleh seseorang, dari jauh,
.
.
“Siapa?!!” jerit Muzir,
.
.
Tiga anak panah, dibidikkan, dan dilepaskan ke arah Muzir,

“ZASSS!!!”

“KETING! KETING KETING!!”
“PAPP!!”

Sekujur tubuh seorang wanita, melompat tinggi dari bukit kecil,
.
.
Ditariknya lima batang anak panah, dan dibidikkan ke tubuh Muzir,
.
.
Dan dilepaskannya,

“ZASSS!!!!”
.
.
“Mariam!!!” tengking Muzir,

“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”
Kemudian, Mariam melontarkan busur panahnya, dan mengeluarkan sebilah pedang pendek,
.
.
“Mariam!! Berani-berani kamu cuba menembakku!! Aku adalah kakandamu!!” jerit Muzir,

Mariam membuat gulungan tubuh di udara, dan dengan sepenuh tenaga, dia melibaskan pedangnya ke tubuh Muzir
“KACHING!!!!” pedang Mariam berlaga dengan pedang Muzir,
.
.
“Dan Johan!! Adalah kekasih hatiku!!” jerit Mariam,

“DABBB!!” Mariam menendang dada Muzir,

Muzir terpelanting ke belakang,
.
.
“PAP!” Mariam mendarat ke tanah, di sebelah tubuh Johan yang terbaring,
.
.
“Johan!” jerit Mariam sambil merangkul tubuh Johan,

Johan membatukkan darah beberapa kali,

Dengan mata yang terpejam, dia membuka matanya, perlahan-lahan,
.
.
.
“Ma..Mariam..Kekasihku..”

“PAPP” Mariam memeluk Johan,

“Johan..Akhirnya, kamu datang..” ujar Mariam sambil menangis
“Hidupku..Telah berkiblatkan cinta kepadamu..Aku pasti datang..Untuk menjemputmu..” ujar Johan tersekat-sekat, darah meleleh di bibirnya,
.
.
“Dan untuk itu, kamu hampir mati Johan..” balas Mariam sambil mengalirkan air mata,
.
.
“Sudah kukatakan dulu kepadamu..”
.
.
“Hangatnya cintamu, jauh lebih menggelegak dari panasnya gunung berapi...”

“Tidak pernah bergoyang tubuhku walaupun maut datang menjemput..”

“Namun.. Tanpa kamu di sisiku.. Tubuhku, bisa hancur.” sambung Johan.
.
.
“SHING!!!” Murad menghunuskan pedangnya,
.
.
“Mundur adindaku..Mariam..” ujar Murad sambil berjalan perlahan ke arah Mariam dan Johan,
.
.
“SHING!!!” Mariam menghunuskan pedangnya,

“Langkah mayatku dulu! Kanda Murad!” balas Mariam,
.
.
“Mundur Mariam!!!” jerit Murad, sambil berjalan ke arah Mariam dan Johan,

“Tidak Kanda Murad!! Sekiranya kamu membunuh Johan, sama seperti kamu membunuhku!!”

“Kamu itu berdarah Sadek Mariam!! Pantang keturunan kita, berdamping dengan manusia berdarah Yassir!!” sambung Murad
.
.
“Aku akan tetap membunuh Johan!! Walaupun itu tanpa kerelaanmu!!”

“Dan aku akan tetap menghalangmu!”

“SHING!!!” Mariam menghunuskan pedangnya ke muka Murad,
.
.
“Sekiranya itu mahu mu..” ujar Murad,
.
.
“PAPP!!! ZOOOSHH!” Murad memecut ke arah Mariam,

“Maafkan aku, adindaku..”
“ZASSSS!!!” Murad menusuk pedangnya ke tubuh Mariam,

“PAPP!!” Johan melompat dan menerpa ke arah Murad,

“ZAPPP!!!” Johan mencengkam mata pedang Murad,

Darah mengalir di tapak tangannya,

Mata pedang Murad, sedikit tertusuk ke dalam perut Johan
.
.
.
“Johan!!” jerit Mariam,
.
.
Johan mendongakkan kepalanya ke muka Murad,
.
.
“Ayuh.....Kita sambung pertarungan ini...” ujar Johan sambil tersenyum, melelehkan darah di bibirnya,
.
.
“KALAM!!!”

“SIAP TUAN MUDA!!”

KALAM menerpa ke arah Mariam, dan melitupi tubuh Mariam dengan badannya,
.
.
“JABBAR!!!”
“Hulurkan kekuatanmu!!!” jerit Johan,

“HAHAHA!! SIAPP!!!”

JABBAR meresap ke dalam tubuh Johan,

Mata Johan menyala kemerahan,

“DABBB!!!” Johan menendang dada Murad,

Murad terpelanting ke belakang, tercabut genggaman tangannya di Pedang Sadek III,
.
.
Johan mencabut tusukan Pedang Sadek III di perutnya,
.
.
Dia menggenggam kemas Pedang Sadek III,
.
.
Kemudian, Johan memusingkan pedang itu berkali-kali,

Bersedia untuk bangkit semula, dan menyerang Murad yang jatuh terbaring,
.
.
.
.
“JABBAR...Jurus terulungmu...”ujar Johan,
.
.
.
“JURUS RAHSIA SELENDANG HITAM, AMUKAN JANTAN BERSIONG.” balas JABBAR,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!” Johan memecut ke arah Murad,
.
.
“ZASSSS!!!” Johan melibaskan pedangnya,

Segumpalan angin yang tajam menerpa ke arah Murad Sadek,
.
.
“KETING!!!” belahan angin itu ditangkis oleh Mursyid dan Muzir Sadek,
.
.
Kemudian, Johan memecut ke arah Mursyid dan Muzir, sambil menggigit hulu Pedang Sadek III,

Dan dia merapatkan tapak tangan kanannya, ke tangan kirinya,

Mengumpulkan segala tenaga yang berbaki,
.
.
“PAPP!!” Johan melompat tinggi,

Dan menggenggam secara terbalik hulu Pedang Sadek III dari mulutnya,
.
.
Kemudian, dia melibaskan satu belahan angin kencang ke arah Mursyid dan Muzir,

“Jurus Rahsia Selendang Hitam!! Amukan Jantan Bersiong!!!”

“ZASSS!!!!”
Mursyid dan Muzir melibaskan belahan pedang mereka,

Pedang Sadek I melibaskan gelombang bunyi yang membingitkan telinga,

Manakala, Pedang Sadek II melibaskan gelombang kejut yang merekahkan permukaan tanah,
.
.
Libasan mereka berlaga dan menggemakan ruangan udara,
.
.
Dalam sekelip mata, tubuh Johan hilang dalam pandangan,

Mursyid dan Muzir melilaukan mata mereka, cuba mencari kelibat tubuh Johan,
.
.
.
Muzir menghunuskan pedangnya dan menikam mata pedangnya ke tanah,

“ZAPPP!!!”

Permukaan tanah meretak, dan bergema,
.
.
“TAP!” bunyi tapak kaki Johan di hadapan Muzir,

Muzir mengesan keberadaan tubuh Johan yang berada di depannya,

Kemudian dia melibaskan pedangnya ke tubuh Johan,

“ZASSS!!!”

Hanya belahan angin yang dilibas oleh Muzir,

Tubuh Johan tidak kelihatan,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!”

Johan meluru ke arah Muzir dari arah belakang,

Sambil menggenggam hulu Pedang Sadek III dengan kedua-dua belah tapak tangannya,

Johan menujah tapak kakinya, dan cuba menusukkan mata pedang ke belakang tubuh Muzir,
.
.
“Muzir!!!” jerit Mursyid.
Muzir memusingkan tubuhnya,

Dan kemudian,
.
.
.
“Johan!!!” jerit Mariam,

“PAPP!!” Johan menghentikan tusukan pedangnya,

Mata Pedang Sadek III hanya tinggal satu inci jaraknya dengan leher Muzir,

Johan masih menggenggam kemas hulu Pedang Sadek III,
.
.
Muzir terkesima, seolah-olah tidak percaya, bahawa dia telah dikalahkan oleh Johan Yassir, yang jauh lebih muda darinya,
.
.
.
“Mengapa.. Kamu berhenti.. Johan?!” jerit Muzir,
.
.
“Sekiranya kau, aku bunuh.. Mariam pasti akan membenciku seumur hidupnya..”
“Ini adalah satu penghinaan! Aku tidak rela! Hidup di atas belas kasihan seorang Yassir!!”
.
.
“KETING!!!” Muzir melibas Pedang Sadek III, dan kemudian dia menendang dada Johan,
.
.
Johan terpelanting, membatukkan darahnya,
.
.
Tangannya terlepas dari genggaman Pedang Sadek III
Muzir menyambut lambungan Pedang Sadek III, dan kemudian dia melontarkan Pedang Sadek III kepada adindanya, Murad,
.
.
“Murad!!”

Murad menyambut lontaran Pedang Sadek III dari Muzir,

Dan kemudian dia menerpa ke arah tubuh Johan yang terbaring di atas tanah,
.
.
“PAPPP!!” Murad melompat tinggi ke udara,

“Hembuskan nafas kau yang terakhir!! Yassir!!” jerit Murad,

Dan menjunam ke tubuh Johan yang terbaring,

“ZASSSSSS!!!”
.
.
.
“KETING!!!”

“Tikaman pedang Murad, di tangkis oleh Pedang Sadek I, milik Mursyid,
.
.
“Kanda Mursyid...?”
“Kanda Mursyid!!” jerit Muzir

Murad kebingungan, apabila melihat kakandanya, Mursyid Sadek, menghalang tikamannya, dari membunuh Johan Yassir,
.
.
.
“Kanda.. Mengapa?” soal Murad,
.
.
“Kamu telah tewas, Murad. Kita, telah tewas kepada Johan Yassir..” balas Mursyid, perlahan,
.
.
Johan membatukkan darahnya, sambil terbaring lemah di atas tanah,
.
.
“Kanda!! Ini adalah kesempatan yang bagus!! Untuk kita membunuh musuh kita!!” balas Murad,

“Kamu sebagai Sadek yang paling sulung!! Harus lebih mengerti akan maksudnya!!” tengking Murad,
.
.
“DABBBB!!!” Mursyid menumbuk muka Murad,
.
.
“Kanda!!” jerit Muzir,

“Mundur!!! Muzir!!!” tengking Mursyid,
.
.
“Johan telah menyelamatkan nyawamu!!! Dan aku tidak akan membenarkan sesiapa saja untuk membunuh Johan!! Sesiapa yang berani, ayuh!! Berdepan denganku!!” sambungnya.
Tiada walau satu nyawa sekalipun, berani untuk menentang Mursyid Sadek,

Sesuai dengan kedudukannya sebagai anak sulung Malik Sadek, yang digeruni,
.
.
“Mursyid...” tegur Malik Sadek,

Malik berjalan perlahan ke arah Mursyid Sadek,
.
.
“Ayahanda...” ujar Mursyid,
.
.
.
.
Malik berada di depan Mursyid,

Mursyid menundukkan kepalanya,

Johan terbaring di sebelah mereka,
.
.
“Apa yang kamu lihat, di dalam diri anak bongsu Jamrud Yassir ini...” soal Malik kepada Mursyid,
.
.
.
Secara tiba-tiba, Mursyid mengalirkan air matanya,
.
.
.
.
.
“JALAL...!” jawab Mursyid perlahan, sambil menutupkan matanya, cuba untuk menghalang air matanya dari terus mengalir,
.
.
“Kamu.. Adalah anakandaku yang tersangat lembut hatinya...” ujar Malik,
.
.
Persamaan di antara Jalal dan Johan, yang dilihat oleh Mursyid ialah,

Jalal dan Johan, bertarung, demi untuk menyelamatkan orang yang mereka kasihi,

Sepertimana, Jalal cuba menghalang bala tentera Kerambit Putih dari terus menyerang Buyong Hitam dan tentera-tenteranya,
.
.
Begitu juga Johan,

Yang bertarung, untuk mempertahankan cintanya, dan melindungi Mariam yang diancam oleh pedang Muzir,
.
.
Mursyid, masih lagi memandang Jalal, sebagai sahabat perang yang dikasihinya,

Seorang sahabat sewaktu kecil, yang bermusuh kerana pertelingkahan keluarga,
KALAM, membuka lindungannya terhadap tubuh Mariam,

Mariam berjalan ke arah Malik Sadek,

Dan merebahkan tubuhnya, melutut di kaki Malik Sadek,
.
.
“Ayahanda.. Aku memohon kepadamu.. Lembutkanlah hatimu.. Matinya Johan di tanganmu, maka matilah juga anakandamu ini..”
“Aku rela bermenantukan sesiapa saja sekalipun!! Tetapi mengapa harus Yassir!! Mariam!!” ujar Malik,
.
.
“PAPP!”

Johan menongkatkan tangannya ke tanah, dan cuba mengangkat tubuhnya,

Dia berdiri secara perlahan-lahan,

Dengan mata separuh tertutup,
.
.
Johan mengangkat tangan kanannya,

Berada di dalam langkah bertempur,

Dia berjalan ke arah Mursyid,
.
.
“Mariam...Aku masih bisa...Untuk bertempur...” ujar Johan lemah,

“Keluargamu...Pasti tidak akan menerima...Cinta kita...”

“Ayuh Muzir...Kita sambung...”
.
.
Mariam menutup mulutnya, dan mengalirkan air matanya,
.
.
Tidak dia sangka, cinta Johan terhadapnya begitu berat,
.
.
Malik sendiri, telah menyaksikan betapa teguhnya Johan, berpegang kepada cintanya,
.
.
Sehingga ke titisan darah yang terakhir,
.
.
Johan menghampiri tubuh Muzir,
.
.
“Ayuh...” ujar Johan,

Muzir hanya mendiamkan dirinya, berdiri tegak di depan Johan,
.
.
“PAPP” Johan rebah, bersandarkan tubuh Muzir,

Telah habis tenaganya, telah habis kesaktiannya,

Johan menutup matanya,

Dan rebah ke tanah, secara perlahan
“Mariam...” ujar Malik,
.
.
“Ayahanda..” balas Mariam sambil mengalirkan air mata,
.
.
“Apa benar, kamu mencintai Johan..?”

“Seluruh jiwaku.”

“Sebesar apa cintamu..?”

“Sebesar maya..”

“Sekiranya aku tetap menghalang?”

“Aku akan membencimu, seumur hidupku..”
.
.
.
.
“Malik...” tegur seorang wanita, yang diiringi oleh dayang-dayang dan, Laila Hawa,
.
.
Malik memusingkan tubuhnya,

“Asiah?” ujar Malik,
.
.
Asiah berjalan menghampiri Malik Sadek,
.
.
.
.
“Cinta itu, tidak bisa dibunuh. Ianya akan kekal, sampai bila-bila..” ujar Asiah sambil memegang tapak tangan Malik Sadek,
.
.
“Itu yang selalu Jamrud katakan kepadaku dulu..” sambung Asiah,
.
.
“Lelaki yang berdarah Yassir, percaya akan kata-kata itu..” sambungnya lagi.
.
.
“Sepertimana kamu, masih lagi memegang cintanya Maluri, dan sepertimana aku, masih memegang cintanya Jamrud...”

“Malik, kamu tahu itu bukan?”

“Akan tetapi, cinta kita terhalang dek kerana urusan keluarga..”

“Hati kita merana, meronta..”
.
.
.
.
“Apa kamu mahu, anakandamu ini, Mariam, disumpah dengan takdir yang sama? Sepertimana kamu dan aku yang dulunya? Malik?”
.
.
“Apa kamu rela? Melihat Mariam? Makan hati berulamkan jantung? Dek kerana kedegilan dan dendammu ini”
.
.
Malik mendiamkan diri,
.
.
“Asiah.. Persengketaan Yassir dan Sadek! Tidak akan pernah..”

“Kita bisa hentikan sumpahan ini. Tuhan penentu segalanya. Mungkin ini adalah kiriman-Nya, untuk kita menamatkan persengketaan dua buah keluarga..” celah Asiah Sufi,
.
.
.
.
.
“Yassir....” ujar Malik,
.
.
“Tidak pernah tenteram jiwaku, mendengarkan namanya..”

Malik berjalan ke arah tubuh Johan,
.
.
Kemudian, dia memandang ke arah KALAM dan JABBAR, yang berdiri di samping Johan Yassir,
.
.
.
.
“KALAM YASSIR... JABBAR YASSIR...” ujar Malik Sadek,

KALAM dan JABBAR, membuka langkah mereka, bersedia untuk menentang serangan Malik,
.
.
“Telah banyak pertempuran, di antara Yassir dan Sadek..”

“Sengketa ini, tidak akan semudah itu dihapuskan..” ujar Malik,
.
.
.
.
“Katakan kepadaku! Apakah rencana Jamrud?!”

“MALIK, TUAN BESAR JAMRUD HANYA BERKEHENDAKKAN ANAKANDANYA, JOHAN, MENIKAH DENGAN MARIAM. TIADA NIAT TERSEMBUNYI.” jawab KALAM,
.
.
“SHING!!!” Malik menghunuskan Tombak Sadeknya,
.
.
.
.
“Aku akan melepaskan tuan mudamu ini..” ujar Malik,
.
.
“Namun sekiranya, Mariam terluka hatinya, terseksa jiwanya, dek kerana Keluarga Yassir!! Maka akan ku benamkan!!! Seluruh Keluarga Yassir dan Selendang Hitam!! Tenggelam ke dalam perut bumi!!!” sambung Malik,
.
.
.
.
“Ayahanda..?” panggil Muzir,
.
.
“Ini adalah keputusan muktamadku, Muzir.”
.
.
“Mursyid, apa kamu menentang keputusanku ini?”

“Tidak. Aku percaya akan kebijaksanaan mu Ayahanda.”
.
.
“Tetapi, Johan telah membunuh tentera-tentera kita??” soal Murad,
.
.
“Akan ku letakkan segala dosa-dosa ini, di atas kedegilanku..” jawab Malik Sadek,
.
.
Mariam meluru dan memeluk bondanya Asiah Sufi, sambil menangis kegembiraan,
.
.
“Ayuh, kita berangkat, ke Pulau Tinggi, dan akan ku bawakan berita ini, kepada Jamrud Yassir.
.
.
Sauh diangkat, dihelakan talinya,

Kain luar diturunkan,

Armada Perang Sadek, berlayar dengan membawa kesemua majlis tertinggi Kerambit Putih, dan seramai 1000 orang tentera sebagai pengiring,
.
.
Luka di tubuh Johan, dirawat oleh skuad yang berada di bawah kendalian Laila Hawa.
.
.
Mariam, bersama bondanya, Asiah Sufi, membersihkan tubuh Johan yang berlumuran dengan darah,
.
.
Manakala, Malik Sadek, serta anak-anak lelakinya, berdiri tegak di atas Geladak Agong,

Sebagai mengetuai perlayaran itu,
.
.
“Ayahanda..” panggil Mursyid,
.
.
Malik berpaling ke arah Mursyid,
.
.
“Keluarga Wulansari.. Kita telah mengkhianati mereka..” sambung Mursyid,
.
.
Malik kembali berpaling ke depan,
.
.
“Akan aku usulkan perkara ini kepada Degawan. Dia harus menerimanya, keputusanku, adalah muktamad..” jawab Malik,
.
.
.
.
“Kamu yakin? Ayahanda?”soal Mursyid,
.
.
“Mursyid, keluarga kita, digeruni oleh kerana kebijaksanaan kita yang berdarah Sadek.”

“Ada beberapa perkara, yang kamu belum mengerti.. Sampai pada saatnya, kamu akan melihat perkara ini dengan satu pemikiran yang lebih jauh.”
.
.
“Maksudmu?” soal Mursyid lagi,
.
.
.
“Kemasyuran, kemegahan bala tentera dan kesaktian tubuh badan, bukanlah kekuatan yang sebenarnya..”

“Akan tetapi, ketajaman akalmu di dalam merangka strategi, dan keberadaan kamu untuk berada dua tiga langkah kedepan..”
.
.
.
.
.
—-

Selepas beberapa jam,
.
.
“Tuan Besar Malik!!!” jerit Hadi Darman,

“Armada Perang Selendang Hitam!!!” sambungnya,
.
.
Malik meluru ke Geladak Agong,
.
.
Asiah Sufi menuruti dari belakang,
.
.
.
.
—-

Armada Perang I,
.
.
“Tuan Besar Jamrud!! Armada Perang Sadek berada di depan!!” ujar Buyong Hitam,
.
.
“TEMBAK!!” arah Jamrud,

Jamrud memandang susuk tubuh Asiah Sufi di atas Geladak Agong Armada Perang Sadek,

“Buyong!!” jeritnya, menghalang tembakan dari Buyong.
.
.
Armada Perang Sadek, berlayar rapat ke Armada Perang I milik Selendang Hitam,
.
.
.
Badri Agus, Komander Ketiga Kerambit Putih, memapah tubuh Johan Yassir, menuju ke Geladak Agong,
.
.
Tubuh Johan yang berbalut dan penuh dengan luka, dipandang bengis oleh Jamrud Yassir,
.
.
“SHING!!!!” Jamrud menghunuskan parangnya,
.
.
“DUMM DUMM” kilat sabung menyabung,
.
.
“Jamrud!!” jerit Asiah Sufi,
.
.
Jamrud menghentikan serangannya,
.
.
“Kedatangan kami, adalah untuk bertemu denganmu, berbincangkan beberapa hal.” sambung Asiah Sufi,
.
.
“Malik..?” ujar Asiah,
.
.
Malik Sadek, dengan berbekalkan ego yang tinggi, berjalan dan melangkah ke Armada Perang I, Selendang Hitam,

Bersama-sama dengan Mursyid Sadek, Muzir Sadek, Murad Sadek, Mariam Sadek dan Asiah Sufi,
.
.
Manakala, Badri Agus, memapah tubuh Johan Yassir, dan membawakannya, menuju ke Armada Perang I,
.
.
“Buyong..” ujar Badri Agus,
.
.
Badri meletakkan tubuh Johan ke pangkuan Buyong Hitam,

“Tuan Muda Johan..” ujar Buyong,

“Johan!!” jerit Puspa sambil meluru ke arah Johan,
.
.
Putri Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir dan Maluri Yassir, meluru ke arah Johan,

Manakala, Jaafar Yassir dan Jamir Yassir, berdiri di sebelah Jamrud Yassir,

Menunggu ketibaan Keluarga Sadek,
.
.
.
“Jamrud...” ujar Malik,
.
.
“Kedatanganku ini, hanya sekadar hendak, menyambung tali silaturrahim, yang telah lama terputus, dek kerana dendam di antara kedua-dua belah keluarga..” sambung Malik,
.
.
“Kalian telah membunuh Jalal, dan juga, kalian hampir membunuh anakanda bongsuku!! Johan!!” tengking Jamrud.
.
.
“Apa kamu lupa Jamrud? Adindaku dulu? Majid Sadek!! Juga dibunuh oleh adindamu ini!! Jaafar Yassir!!”

Jamrud terdiam,
.
.
“Dendam ini tidak akan putus Jamrud.. Aku sedar akan sumpahan itu..”
.
.
“Johan, mengingatkan aku, kepadamu Jamrud..”
.
.
“Setiakawan!! Sahabat handai yang bersamaku!! Belakang ke belakang!!”

“Namun, sekiranya dendam ini berterusan, anakandamu, Johan, bisa menjadi seorang Yassir yang terbentuk dari acuanmu Jamrud..”
.
.
Jamrud terdiam,
.
.
Jamrud kembali mengimbas memorinya, sewaktu bersama dengan Malik Sadek, dan Syawal Sufi, menentang kemaraan tentera-tentera Siam,
.
.
.
“Sudah terlalu banyak nyawa yang terkorban.. Terlalu banyak darah yang menitis di tanah ini..” ujar Malik,
.
.
“Demi sahabat lama kita, Syawal Sufi..” sambung Malik,
.
.
“Sudah tiba masanya, kita bersama, seperti dulu. Sebagai satu bangsa yang agong, digeruni oleh seluruh nusantara!! Bangsa Melayu!!” sambung Malik,
.
.
.
“Bangsa Melayu...” ujar Jamrud,
.
.
“Iya.. Bangsa Melayu, Jamrud..”
.
.
“Kamu tahu bukan, Kerajaan Siam, telah pun cuba mengintai peluang mereka, untuk menghancurkan tanah kita..”

“Raja Siam!!”

“Yassir dan Sadek, pembela nasib bangsa melayu.. Sekiranya dua buah keluarga bersatu, kita tidak akan terkalah!!”
.
.
“Ayuh Jamrud!! Kita sambung persahabatan dua keluarga ini, dengan pernikahan anakanda kita,
.
.
Mariam dan Johan!!”
.
.
“Apa yang membuatkan kamu, begitu teruja sekali, untuk menyambung persahabatan ini Malik?” soal Jamrud,
.
.
.
.
.
“Aku tidak ingin kehilangan anakandaku.. Mariam.. Jiwanya telah terpaut kepada anakandamu.”
.
.
“Jamrud, aku kenal benar akan apa itu cinta yang terlarang.. Sama seperti kamu..”

“Mungkin ini, adalah sekurang-kurangnya, perkara yang bisa aku lakukan.. Sebagai orang tuanya.”
“Jamrud...” ujar Maluri,
.
.
“Cantik orangnya, persis bidadari.. Pantas sekali, Johan bisa jatuh cinta kepadanya..” sambung Maluri, sambil memandang ke arah Mariam.
.
.
Jamrud mengangguk perlahan,

“Selendang Hitam!!!” jerit Jamrud,
.
.
“Gencatkan senjata!!!” sambungnya,
.
.
“Persengketaan di antara, Selendang Hitam dan Kerambit Putih!! Berakhir di sini!!!” jerit Jamrud,
.
.
.
Laungan Jamrud disambut oleh sorak-sorakan dari kedua-dua bala tentera Selendang Hitam dan Kerambit Putih,
.
.
Senjata-senjata dilambung ke udara,

Sebagai tanda keamanan,
.
.
Malik menghulurkan tangannya,

Ke arah Jamrud,

Tangan Malik, disambut oleh Jamrud,

Mereka bersalaman, sebagai tanda persahabatan,
.
.
.
.
“Sahabat..” ujar Malik,
.
.
“Sampai mati..” sambung Jamrud,
.
.
.
.


Beberapa bulan kemudian,

Pulau Lang Tengah,

Rumah Keluarga Sadek,

12 November 1791,

5:00 PM,
.
.
Maluri Yassir, Putri Yassir dan Sara Embun sedang menyusun bunga-bunga hantaran bersama-sama dengan dayang-dayang,
.
.
.
.
Manakala Puspa Yassir, sedang mendandan rambut Mariam Sadek, di dalam kamar Mariam.
.
.
“Johan, selalu bercerita tentang kamu Mariam..” ujar Puspa,

Mariam tersenyum,

“Sewaktu dia bercerita tentang kamu, wajahnya gembira sekali, seperti menang judi.”

Puspa dan Mariam ketawa
“Kanda Puspa, aku ingin mendengarnya lagi. Cerita-cerita tentang Johan di sewaktu kecilnya..” pinta Mariam,
.
.
Puspa tersenyum,
.
.
“Johan, adalah seorang anak yang pendiam, akan tetapi kasih dan cintanya kepada keluarga, sangat tinggi,”
.
.
“Sewaktu kecil, dia senang sekali membaca hikayat-hikayat dongeng, dan sentiasa bertanyakan aku, akan kesahihan hikayat yang dibacanya,”
.
.
“Hikayat dongeng?” soal Mariam,
.
.
“Iya, hikayat tentang kesaktian pendekar-pendekar melayu, dan juga hikayat, tentang cinta..”
.
.
“Katanya dulu, sekiranya sudah tidak ada lagi peperangan di tanah ini, dia memasang hajat untuk menjadi seorang penglipur lara..”

“Penglipur lara yang menyampaikan kisah-kisah cinta yang tidak kesampaian..” sambung Puspa,
.
.
“Cinta yang tidak kesampaian? Mengapa?” soal Mariam.
.
.
“Katanya, hikayat cinta yang tidak kesampaian itu, lebih indah untuk diceritakan.. Lebih menyentuh perasaan.. Lebih membakarkan semangat..”
.
.
“Pantas sekali, bicaranya sungguh budiman, penuh puitis..” Mariam tergelak kecil,
.
.
Puspa turut ketawa,
.
.
“KETAK!” bunyi dinding kamar Mariam, dilanggar sesuatu dari halaman luar,
.
.
“Sepertinya, ada tikus yang cuba mengintip kamar kamu Mariam.” ujar Puspa,
.
.
“Tikus?”

“ZASSS!!!” Puspa membalingkan keris pendek ke tingkap kamar Mariam,

“DABBB!!” pengintip itu sempat mengelak,
Tiga kujur tubuh, sedang berada di tepi tingkap kamar Mariam,
.
.
Yang di bawah ialah KALAM, di atas KALAM ialah JABBAR, dan di atas JABBAR ialah Johan Yassir,
.
.
Muka Johan berubah pucat, mukanya hampir di tikam oleh lontaran keris dari Puspa Yassir,
.
.
“Johan?” tegur Puspa
Johan menutup mulutnya,
.
.
“Bodoh JABBAR!! Kamu jangan ikut intip!! Cuma aku yang bisa!! Kamu lihat!! Tubuhku sudah terlanggar tingkap!!” bisik Johan sambil menumbuk kepala JABBAR di celah kelangkangnya,
.
.
“Johan??” panggil Mariam,
.
.
“Ayuh!! Kita kabur!!” bisik Johan,
.
.
Kemudian, Johan berlari meninggalkan kamar Mariam,
.
.
“ZAPPP!!” sebilah pedang, terpacak di atas tanah, di depan Johan Yassir,
.
.
“Murad?” ujar Johan,

Murad Sadek, berdiri bersandarkan sebatang pokok,

“Ada beberapa hal yang ingin aku bicarakan, denganmu Johan.” kata Murad
.
.
.
.
“Di depanmu itu, Pedang Kilat, ditempa hanya untukmu..” kata Murad,
.
.
“ZAPP!” Johan menarik pedang itu dari tanah,

Kemudian dia mengusap lembut mata pedang itu,

“Halus sekali tempaannya, berseni.. Pedang buatan Sadek..” ujar Johan,
.
.
.
.
“Apa yang ingin kamu bicarakan Murad?” soal Johan,
.
.
Murad berjalan perlahan ke arah Johan,
.
.
“Yang pertama... Aku tidak sukakan sebarang permainan... Tiada tipu muslihat... Harus bersih... Tanpa niat tersembunyi...” jawab Murad,
.
.
“Kamu mempersoalkan kesetiaan dan kejujuran Yassir di dalam persahabatan ini?” soal Johan,
.
.
“Aku cuma berjaga-jaga.. Maruah dan darjat Sadek, harus ku pelihara.. Aku memohon, agar kamu mengerti..” jawab Murad,
.
.
“Aku sudah memahat janjiku kepada adindamu, Mariam..”
“Dan aku tidak akan sesekali memungkiri janjiku.” sambung Johan,
.
.
Murad mengangguk perlahan,
.
.
“Yang kedua... Kita bakal berdepan dengan satu buah keluarga, yang telah menyampaikan hajat mereka, untuk meminang Mariam..”

“Keluarga?” celah Johan,
.
.
“Keluarga Wulansari.”
Johan menggenggam kemas Pedang Kilat di tangan kanannya,
.
.
“Indra.. Wulansari!” ujar Johan,
.
.
“Kamu kenal dengan namanya Indra?” soal Murad,
.
.
“Aku pernah berentap dengannya, di Kota Kara, sewaktu aku bertemu dengan Mariam.”
.
.
“Jadi, ini lebih memudahkan.” balas Murad.
“Seperti apa kekuatannya anak Degawan Wulansari itu??” soal Murad,
.
.
“Penuh kesaktian. Aku hampir mati menentangnya.” jawab Johan,

“Bangsa bunian sememangnya bangsa yang jauh kehadapan di dalam ilmu persenjataan dan ilmu kesaktian.” sambung Murad.
.
.
Murad melambungkan sebalang arak kepada Johan,
.
.
Johan menyambut balang arak itu,

“Gulp! Gulp!” Murad meneguk arak,

“Sekiranya kita bergabung, aku yakin, kita pasti menang!” sambung Murad,

Johan memerhatikan balang arak yang diberikan oleh Murad,
.
.
“Minumlah. Sebagai menyambut kedatanganmu, ke dalam keluargaku.” ujar Murad kepada Johan,
.
.
“Gulp! Gulp! Gulp!” Johan meneguk arak,
.
.
“Aku tidak akan membenarkan, putera bunian itu, dari terus mengancam keselamatan Mariam!” ujar Johan,

Murad mengangguk perlahan,
.
.
.
.
——

Pada masa yang sama,

Rumah Keluarga Sadek,

Di dalam Ruangan Ijtimak,
.
.
Malik dan Jamrud, sedang meneguk arak di atas sebuah meja,
.
.
“Ramadhan.. Aku tidak menyangka, anaknya Syawal itu, masih hidup.” ujar Malik.
“Bukan cuma itu, Mukhadirat Al-Abadi, ternyata berhasil..” sambung Malik,
.
.
“Sekiranya kita mampu menciptakan sebalang lagi ubat itu, tentera-tentera kita pasti bisa menghancurkan tentera-tentera Siam!” balas Jamrud,

“Gulp! Gulp! Gulp!” Jamrud meneguk segelas arak,
.
.
“Ramuannya, cuma ada di dalam pengetahuan sahabat lama kita, Syawal Sufi..” sambung Malik,
.
.
“Gulp! Gulp! Gulp!” Malik meneguk segelas arak,
.
.
“Kita akan meneruskan kajiannya.. Seperti apa yang kita lakukan dulu..” sambung Jamrud,
.
.
“Benar. Terhadap anak lelaki yang berdarah Yassir dan Sadek.” sambung Malik,
.
.
“Cucunda kita, anaknya Johan dan Mariam..” sambung Jamrud,
.
.
“Kita akan berhasil!!” tegas Malik,

Jamrud mengangkat gelas araknya ke arah Malik

“Untuk kesejahteraan dua buah keluarga!” kata Jamrud
.
.
.
—-

Pada waktu tengah malam,
.
.
Di dalam kamar Mariam Sadek,

Mariam sedang bermain-main dengan rambutnya di depan cermin,
.
.
“Knock! Knock!” tingkap Mariam diketuk,

“SHING!!” Mariam menghunuskan pedangnya,

“Siapa?!”
.
.
“Kekasihmu, bakal suamimu, Johan..”

“Johan?”
Mariam menyarungkan kembali pedangnya,

Kemudian, dia meluru ke arah tingkap, dan membukanya,
.
.
“Mengapa kamu lagaknya, seperti mahu mencuri saja..” ujar Mariam lembut,
.
.
“Aku khuatir, Kanda Puspa tahu aku ke sini..”

“Sekiranya dia tahu..?”

“Aku akan dipukulnya..”
“Katanya, pengantin tidak seharusnya bertemu sebelum hari pernikahan.. Tidak beruntung..” sambung Johan,
.
.
Mariam tertawa kecil,

“PAPP!” Johan menyambut tangan kanan Mariam,

“Ayuh! Ikut aku.” kata Johan,

“Kita mahu ke mana?” soal Mariam,

“Ke mana-mana sahaja. Berdua..”
Johan merangkul tubuh Mariam,

Dan kemudian,

“PAPP! ZOOSHHH!!”

Johan melompat dari tingkap kamar Mariam, dan menuju ke langit,

Melompat dari satu dahan pokok, ke dahan pokok yang lain,
.
.
“Peluk tubuhku, seeratnya..” ujar Johan,

Mariam merangkul leher Johan,

“PAPP! ZOOSHH!”
“Johan..”

“Iya..”

“Terima kasih..”

“Untuk apa...”

“Untuk semuanya..”
.
.
“Itu sudah menjadi tanggungjawabku.. Sebagai seorang lelaki..”

“Aku tahu akan semuanya yang berlaku, di Pulau Tinggi.. Kanda Puspa telah menceritakan segalanya..”
.
.
“Aku tidak menyangka, sedalam itu cintamu kepadaku...“
.
.
“Itu adalah bayarannya, untuk aku memiliki gadis, yang tinggi darjatnya seperti kamu..”

“Tetapi kamu hampir mati..”

“Mati itu lebih baik, dari aku kehilangan kamu, buat selama-lamanya Mariam..”
.
.
.
.
“Bonda pernah bilang, Yassir sentiasa teguh memegang cintanya..”

“PAPP! ZOOSHHH!!” Johan melompat tinggi ke langit,

Bersaksikan bulan dan bintang-bintang,
.
.
“Itu adalah sumpahan Yassir..”

“Indah sekali sumpahannya..” celah Mariam,
.
.
“Dibawa sampai bila-bila, Mariam..”
.
.
———-

Beberapa hari kemudian,

“DUMM!!” gendang dipalu,

“TING!!” gambus dipetik halus,
.
.
Dayang-dayang menari-nari,

Sorak-sorakan bergema, hilai tawa yang tanpa henti,

Menyambut satu hari yang penuh dengan warna-warni,
.
.
Hari Pernikahan, Johan Yassir dan Mariam Sadek!
Johan yang memakai sepersalinan baju melayu, seperti seorang pendekar melayu yang gagah perkasa,

Manakala, Mariam pula, anggun dan cantik sekali dengan sepasang kebarung yang berwarna putih,
.
.
Mereka berjalan, berpegangan tangan, menuju ke balairong seri,
.
.
Johan memandang ke arah Ramadhan, yang memerhatikannya di barisan tepi rombongan Keluarga Yassir,
.
.
Johan tersenyum memandang Ramadhan,

Ramadhan turut tersenyum, sambil menganggukkan kepalanya dengan perlahan,
.
.
.
“Bagaikan pinang dibelah dua.”
.
.
.
.
——

Pada masa yang sama,

Alam Bunian,

Negeri Wulansari,
.
.
“CRACKK!!!!” Indra melemparkan gelas kacanya ke lantai,
.
.
“Indra...” tegur Degawan,

“Ayahanda!!! Sadek sudah memungkiri janji mereka!!!”

“ZAPPP!!!” Indra menikam perut pengawalnya,
.
.
“Berani-beraninya mereka!! Cuba untuk mempermainkan keluarga kita!!!”

“ZAPPP!!!” Indra menikam perut pengawalnya,
.
.
.
“Hentikan kegilaanmu Indra!!” tengking Degawan,

“Tidak Ayahanda!!!”

“Malam ini!!! Akan daku hantarkan, kesemua bala tentera kita!!! Menyerang Sadek!!!”
.
.
“Biarkan mereka tahu, siapakah yang paling berkuasa!! Dasar bangsa yang hina dina!! Tidak kenal untung!! Bangsa Melayu!!!”

“Indra!! Jangan sampai amarahmu mengawal kebijaksanaanmu!!” balas Degawan,
.
.
“Yassir dan Sadek, bangsa melayu yang kuat, kita harus punya rencana!!”
.
.
.
.
.
“Tidak! Malam ini.. Malamnya pernikahan Johan Yassir dan Mariam Sadek... Malam yang sesuai, untuk dihancurkan kedua-dua keluarga!!!”
.
.
“Kera Sakti!!”

“Tuan Muda!!” sahut Kera Sakti,

“Himpunkan tentera-tentera kita!! Malam ini, kita akan menyerang Pulau Lang Tengah!!!”
.
.
.
——

Rumah Keluarga Sadek,

10:00 PM,

Acara masih lagi berlangsung, menyambut kemeriahan hari bersandingnya Johan Yassir dan Mariam Sadek,
.
.
Satu bunyi, seolah berbisik di tepi telinga Jamrud Yassir,

Jamrud menolehkan kepalanya,
.
.
“Jamrud..?” tegur Malik Sadek,

“Ada hal yang mengganggu fikiranmu sahabatku?” sambung Malik,
.
.
“Seperti ada yang kurang kena.. Aku dapat merasakan, angin malam yang berhembus dalam kelam kabut..” jawab Jamrud,
.
.
Jamrud menggenggam kemas parang di pinggangnya,
.
.
.
.
.
“Ada sesuatu, yang berlimpahan aura kesaktiannya...” sambung Jamrud,
.
.
“Ayahanda..” bisik Jamir Yassir,

“Aku juga bisa merasakannya..” sambung Jamir,
.
.
“Mursyid! Bawakan orang-orang kita, bergegas ke pangkalan Kerambit Putih!” arah Malik,
.
.
.
.
.
“Mereka... Datang!!” ujar Jamrud Yassir,
.
.
“BAMMMMMMM!!!!!!!!!!!”

Bunyi satu letupan, kuat kedengaran,
.
.
Hiruk pikuk suara-suara penduduk Pulau Lang Tengah, kedengaran,
.
.
Mereka berlari-lari, cuba mencari tempat yang selamat untuk berlindung,
.
.
.
“MALIK!!!!!!!!!!!!!!” satu suara bergema memenuhi seluruh kawasan Pulau Lang Tengah,
.
.
.
Suara yang bergema itu, menggoncangkan Rumah Keluarga Sadek,
.
.
“Ayahanda!” panggil Murad dan Muzir,
.
.
.
Malik mengangguk,
.
.
.
“Wulansari!!!”
“Kerahkan tentera-tentera kita!! Ambilkan kesemua senjata-senjata api kita!!! Malam ini!!! Kita akan berperang!!! Dengan bangsa bunian!!! Degawan Wulansari!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“Jamir!!! Kumpulkan kesemua tentera Selendang Hitam!!!“ arah Jamrud,
.
.
“Siap! Ayahanda!!!”
.
.
Tentera-tentera Kerambit Putih dan Selendang Hitam, bergegas menuju ke persisiran Pulau Lang Tengah,
.
.
“Johan..?” ujar Mariam Sadek,

“Kamu tunggu ketibaanku di sini, Mariam..” balas Johan Yassir,
.
.
“Kamu pasti pulang..?”

“Aku pasti pulang... Malam ini, malam pertama kita..”
.
.
“Aku harus bergegas segera, untuk mempertahankan keamanan tanah airmu...” sambung Johan,
.
.
Mariam mengangguk,

“Jangan kamu khuatir.. Kamu tahu bukan.. Suamimu ini, sangat hebat di medan perang..” Johan bercanda,

Mariam tersenyum,
.
.
“Kanda Puspa, Kanda Putri, Teratai... Aku memohon supaya kalian menjaga Mariam, di sepanjang ketiadaanku...” pinta Johan,
.
.
Puspa, Putri, dan Sara Embun, mengangguk,
.
.
.
“Ramadhan...” panggil Johan,

Ramadhan mengangguk,
.
.
Kemudian, Johan Yassir dan Ramadhan Yassir, berjalan keluar dari Balairong Seri,

“PAPP!” Murad turut berjalan bersama-sama dengan Johan dan Ramadhan,
.
.
.
Johan mematah-matahkan jari-jemarinya,

“SHING!!!!” Johan menghunuskan Pedang Kilatnya,
.
.
“Ayuh! Murad! Ramadhan!”
.
.
.
——

Di persisiran Pulau Lang Tengah,
.
.
Hampir lima puluh ribu bala tentera Wulansari,

Memenuhi persisiran pulau, dengan memegang senjata-senjata api,

Mereka melompat dari kapal ke tanah, dan mengacukan senjata-senjata mereka, ke arah Kerambit Putih dan Selendang Hitam,
“DABB!!” Keluarga Wulansari melompat dari kapal perang mereka,
.
.
.
Dan berjalan ke arah Malik dan Jamrud,
.
.
“MALIK!!!” jerit Indra Wulansari,

“Dikau telah menconteng arang ke muka ayahandaku!!! Dikau telah berdusta di atas janjimu!!!” sambungnya,
.
.
Indra Wulansari, ditemani oleh ayahandanya, Degawan Wulansari, dan juga adinda-adindanya,

Sutan Wulansari dan Demaga Wulansari,
.
.
“Jaga tutur katamu wahai si anak Wulansari... Kamu tidak layak berbicara denganku... Biarkan ayahandamu yang membuka mulutnya..”
.
.
.
.
Degawan Wulansari, berjalan perlahan ke depan,
.
.
.
“Selama beratus-ratus tahun, daku telah hidup di dunia ini...”

“Namun belum pernah!! Daku dihina sebegini!!!”

“Malik!!! Kamu telah melanggar janji!!! Tidak pantas kamu sebagai manusia!!! Merasa tinggi dari Wulansari!!!”
“Sudahku katakan!! Semuanya terserah kepadaku Degawan!!”

“Anakandamu itu!! Biarkan dia hidup selama seratus tahun lamanya lagi sekalipun!!”

“Dia tetap tidak pantas untuk anakandaku!! Mariam!!”
.
.
“Bangsat Malik!!!”

“Asal kamu tahu!! Dari mana asal usulmu!!!” balas Degawan.
“Jangan kamu mendabik dada!!! Merasa tinggi!!!”

“Kamu asalnya!!! Cuma serumpun manusia yang terjijik di mata dunia!!!”

“Manusia hina dina!!! Bangsa merempat!!! Bangsa dijajah!!!”

“Bangsa!! Melayu!!!””
.
.
“LANTANG SUARAMU DEGAWAN!!!!”

“BERCAKAP JANGAN SEBARANG BERCAKAP!!!”
“BERTONGKAT JANGAN SEBARANG BERTONGKAT!! BERTONGKAT BIARLAH MENJUNJUNG LANGIT!!! MENCIUM TANAH!!!”

“JANGAN DICUBIT MARUAH BANGSAKU!!!”

“BANGSA AGONG DIGERUNI SELURUH NUSANTARA!!!”

“BANGSA MELAYU!!!”
.
.
——

“PAPP! ZOOSHH!!” tiga kujur tubuh sedang mara ke medan peperangan.
.
.
—-

Tubuh Degawan, Indra, Sutan, Demaga dan seluruh angkatan perang Wulansari, mula berubah menjadi satu bentuk tubuh yang mengerikan,

Tentera-tentera Kerambit Putih dan Selendang Hitam, berundur beberapa langkah, gerun melihatkan kengerian susuk tubuh tentera-tentera Bunian
“Maka hari ini!! Malam ini!!! Kalian!!! Melayu!!! Akan daku tenggelamkan!! Jauh ke dasar lautan!!!!” jerit Degawan Wulansari,
.
.
.
“Hahahaha!!!! Degawan!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“Apa kamu pernah, melihat seekor kijang, yang bergoyang tubuhnya, berdepan dengan sang harimau..”
.
.
“Apa kamu pernah, berdepan dengan seekor makhluk buas, sehingga tubuhmu, tidak bisa bergerak, nafasmu, tidak bisa dihela?!!!”
.
.
——

“PAPP!! ZOOSHHH!!” tiga kujur tubuh itu semakin menghampiri medan peperangan,
.
.
——

“SHING!!!!!” Keluarga Wulansari menghunuskan senjata,
.
.
“Apa kamu pernah!!! Berdepan dengan pendekar melayu!!! Yang tidak pernah tumpah darahnya!!! Menghancurkan tentera musuh?!!!!!”

“Heiiiii!!!!! Degawan!!!!! Sombong bicaramu!!!!“

“Bunian!!! Tidak seharusnya angkuh!!!! Berdepan dengan manusia!!!!”
.
.
.
.
“Tentera Wulansari!!!! Hancurkan Kerambit Putih!! Hancurkan Selendang Hitam!!“ jerit Degawan Wulansari,
.
.


“CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!!!!”

Tentera-tentera Wulansari mengacukan senjata mereka,
.
.
.
.
Tiga kujur tubuh sebentar tadi, merempuh pokok-pokok, dengan kelajuan bagaikan angin,
.
.
“Murad!! Johan!! Ramadhan!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“PRAKK!! BAMMM!!” Murad, Johan dan Ramadhan, melompat tinggi ke langit dari rimbunan hutan, menerpa ke arah tentera-tentera Wulansari,
“Tatapkan matamu setajam-tajamnya!!! Degawan!!!”

“Saksikan!! Kesaktian sebenar!!! Pendekar Melayu!!!”

“SENJA MERAH!!!”
.
.
“SIAP!! AYAHANDA!!!”
.
.
—-

“Jurus Rahsia Selendang Hitam!! Syaitan Menari!!”

“Seni Pedang Kerambit Putih!! Siulan Angin Malam!!”
“PAPP!! ZOOSHH!!”

Johan, Murad dan Ramadhan, menerpa ke arah Keluarga Wulansari,
.
.
“KACHING!!!!”

Johan melibaskan Pedang Kilatnya ke tubuh Indra,
.
.
“Ayuh kita sambung!! Pertempuran kita!!!” tengking Indra,

“Kecil tapak tangan!! Nyiru aku tadahkan!!” balas Johan,
.
.
“Kerambit Putih!!!” jerit Mursyid Sadek,

“Selendang Hitam!!!” jerit Jamir Yassir,
.
.
“SERANG!!!!!!” jerit mereka serentak,
.
.
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”

“KETING!! KETING!! KETING!!!”

Pertempuran di antara bangsa manusia dan bangsa bunian,

BERMULA!!
Tembakan senapang oleh tentera Wulansari, yang menghasilkan jalur yang berwarna merah,

Menembusi tubuh tentera-tentera Kerambit Putih dan Selendang Hitam,
.
.
Namun, Kerambit Putih menembak tentera-tentera Wulansari dengan keagongan Terakol Muda yang dimiliki mereka,

“BAMMM!!!”
Manakala, Selendang Hitam, melesetkan darah mereka ke leher, dan kemudian,

Tubuh badan mereka berubah menjadi seekor makhluk yang bengis,
.
.
.
Dengan sekali hentakan kaki, Selendang Hitam mengoyak-ngoyakkan tubuh tentera-tentera Wulansari,
.
.
“KETING! KETING!! KETING!!!” pertempuran di antara Johan dan Indra, rancak berlangsung,
.
.
Indra mengeluarkan selaras senapang, dan cuba untuk menembak Johan,

“BAMMM!!!!”

Tembakan Indra tersasar setelah ditendang oleh Murad Sadek,
.
.
“PAPP!” Murad mendarat di sebelah Johan,
Indra Wulansari cuba melancarkan serangan seterusnya,

“PAPPP!! ZOOOSHHH!!” satu susuk tubuh menerpa laju ke arah Indra,
.
.
.
“DABB!! DABBB!!! DABBBB!!” lengan, dada dan leher Indra, di tendang oleh Ramadhan,
.
.
Indra terpelanting jauh ke belakang,
.
.
“Ayuh!! Johan!! Murad!!”
.
.
Degawan mengeluarkan cemetinya, yang berwarna keemasan,

Dengan hanya sekali libasan, tanah mula merekah dan terbelah dua,
.
.
“MALIK!!!!” jerit Degawan,
.
.
“Jamir...” ujar Jamrud,

“Siap!! Ayahanda!!”

“PAPP! PAPP! PAPP!!” Jamir menujahkan kakinya ke udara,
.
.
“Jurus Rahsia Selendang Hitam!! Nyanyian Naga Berapi!!!”

Dengan satu kali tumbukan oleh Jamir Yassir, api yang marak menerpa ke arah Degawan Wulansari,
.
.
Degawan melibaskan tumbukan api itu,

“Mursyid!!” arah Malik Sadek,

Mursyid mengangguk,
.
.
“PAPP! PAPP! PAPP!”
Mursyid menerjah ke arah Degawan,

Dengan hanya sekali libasan gelombang bunyi, tubuh Degawan terpelanting melanggar kapal,
.
.
—-

“Muzir!!” jerit Jasim,

Kemudian,

Muzir, Jasim dan Jihad, bersama-sama, berganding bahu, menentang Sutan Wulansari dan Demaga Wulansari,
.
.
.
.
Peperangan ini, telah mengorbankan hampir seramai dua puluh ribu nyawa bangsa bunian,

Dan juga telah mengorbankan hampir seramai sepuluh ribu bangsa manusia yang terdiri daripada Kerambit Putih dan Selendang Hitam,
.
.
Setelah hampir enam jam pertempuran,
.
.
Tentera Wulansari,

MENGANGKAT BENDERA PUTIH
.
.
Mereka telah mengalami kekalahan yang paling dasyat di sepanjang pemerintahan Wulansari di alam bunian,
.
.
Kemenangan oleh Yassir dan Sadek, telah disambut oleh sorak-sorakan tentera-tentera Kerambit Putih dan Selendang Hitam,
.
.
.
.
Dan mulai hari itu,

Mulai peperangan itu,
.
.
Johan Yassir, Murad Sadek, dan Ramadhan Sufi,
.
.
Telah dikenali, tersohor di seluruh nusantara melayu,
.
.
Mereka dipanggil sebagai,

Pendekar Melayu Tiga Serangkai,
.
.
Atau juga dikenali sebagai,
.
.
Senja Merah!!
.
.
.
.
——

Beberapa bulan kemudian,
.
.
February 1792,
.
.
Peperangan di Tanah Siam,
.
.
“ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPP!!!” Johan Yassir, melibas dan menikam leher, dan dada tentera-tentera Siam,

“Senja Merah!! Senja Merah!!” laung mereka sambil berlari meninggalkan medan peperangan,
.
.
.
.
——

April 1792,
.
.
Peperangan di Sumatera Utara,

Peperangan menentang tentera-tentera Batak,
.
.
“ZAPPP!! ZASSSS!!!!” Murad Sadek, menikam dan menyembelih leher Putera Batak,
.
.
“ZAPPP!!!” Ramadhan Sufi, menikam ubun kepala Laksamana Batak
.
.
“Senja Merah!!!” laung mereka
.
.
——

September 1792,
.
.
Di tengah-tengah Laut China Selatan,
.
.
Kapal Perang Perancis, berlayar dengan penuh kemegahan,
.
.
Dalam masa beberapa detik,
.
.
Tentera-tentera Selendang Hitam melompat dari permukaan air, dan mendarat ke atas dek Kapal Perang Perancis,
.
.
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!!”

Dalam hanya sekelip mata,

Selendang Hitam yang dipimpin oleh Johan Yassir, Murad Sadek dan Ramadhan Sufi, telah berjaya membunuh kesemua anak kapal,
.
.
.
“Ayuh!! Kita pulang!!” arah Johan Yassir,
.
.
Sorak-sorakan bergema, menyambut kemenangan mereka
Kemenangan demi kemenangan,

Telah berjaya dirangkul oleh Kerambit Putih dan Selendang Hitam,

Yang telah dipimpin oleh Pendekar Melayu Tiga Serangkai,
.
.
Senja Merah,
.
.
Mereka mula dikenali ramai, sebagai Pendekar Melayu yang terkejam di dalam sejarah,
.
.
.
.
—-

Daerah Pattani,

October 1792,
.
.
“Kekuasaan Siam semakin meluas, kita memerlukan bala tentera yang lebih ramai!!”

“Keluarga Sadek, sudah mula berubah arah, memihak kepada tentera di Pulau Tinggi!!” tegas Tok Ayub Redha, penasihat Ku Tana Mansur,
.
.
.
.
“Kekuasaan Yassir, di dalam menentang musuh, berkiblatkan ajaran songsang!!”

“Tentera pemakan daging manusia!!”

“Tanah Melayu bakal ditimpa bala!! Allah akan menghancurkan seluruh tanah melayu di atas kesesatan Keluarga Yassir!!” sambung Tok Ayub Redha,
.
.
Seorang lelaki, yang memakai serban putih, memegang gobek dan tepak sireh tembaga
.
.
“Melayu, dari Tuhe kito maghi, alah ko Tuhe kito kelik gi.. Kalu lah Melayu, tidok angkat takbir semboh Tuhe Yang Maha Eso.. Hok tu.. Kito tidok panggil Melayu..” katanya, sambil mengunyah sirih
.
.
“Jamrud koho lamo koho sesat! Ulamo dio cince, dio tebas, dio bunuh! Jange duk lawe kijoe dio katonyo!” celah seorang lagi lelaki yang memakai kopiah putih
.
.
“Tok Sakhon, ambo mari dari pucok Nara, mari kok ni nok berguru denga demo, ambo tokleh kelih Melayu sesat lagu ni.”
“Wok Segar, demo berkecek jange duk murih, ado caro kito nok berkecek samo-samo melayu.”

“Biar ambo berjupo denga Jamrud, kito pelesai, kito bui ajare hok betol, asal sapa dari hati ko hati. Itulah ajare nabi kito, penghulu segala umat..” balas Tok Sakhon,
.
.
“ZAPPPPPPP!!!!”
Wak Segar memacakkan parangnya ke atas lantai,
.
.
“Ado caro lembut, ada caro kasar, bilo hati bertuheke iblis laknatullah!! Jawape dio!! Syirik!! Hukum bunoh sapa mati!!!” tengking Wak Segar,
.
.
“Kito persiapkea tentero-tentero kito!! Duo male lagi, kito seghe Pulau Tinggi!!”
.
.
—-

Pada malam yang sama,

Pulau Tinggi,
.
.
Di dalam Penjara Korban,
.
.
“CLACK! BAMM!!”

Pintu-pintu penjara telah dibuka kesemuanya,
.
.
Suara-suara banduan mula kedengaran, mereka ketakutan,

Akan nyawa mereka, dan tubuh mereka dijadikan santapan Keluarga Yassir,
.
.
Jamrud Yassir, berjalan perlahan ke dalam ruangan Penjara Korban,
.
.
.
Diikuti oleh Malik Sadek, yang berjalan di belakangnya,
.
.
“Jamrud..?” ujar Malik Sadek,
.
.
.
“Mulai malam ini, kamu semua!!! Aku bebaskan!!!!” tengking Jamrud Yassir.
Laungan Jamrud Yassir itu, disambut oleh tangisan gembira oleh kesemua banduan,
.
.
Tangisan itu, turut disambut oleh Puspa dan adik-beradiknya
.
.
“Mulai hari ini, mulai malam ini, aku mengharamkan, keturunan Yassir, dan kesemua tentera Selendang Hitam.. Memakan daging manusia.”
Kesemua banduan Penjara Korban,

Telah dihantar oleh Armada Perang II, ke daerah Pahang, Johor dan Terengganu,
.
.
“Ayuh.. Kita bergegas ke Ruangan Agong, menyambut kepulangan anakanda kita,” ujar Malik Sadek,
.
.
—-

Johan, Murad dan Ramadhan, telah tiba di Ruangan Agong,
.
.
Kepulangan Johan, Murad dan Ramadhan, disambut oleh Jamir Yassir dan Mursyid Sadek,
.
.
“Berehatlah dahulu.. Mariam sudah lama menunggumu di kamar..” ujar Mursyid Sadek kepada Johan, sambil memegang bahu Johan, dan tersenyum,
.
.
“Baik. Kanda Mursyid.” balas Johan Yassir,
.
.
.
.
Johan Yassir, berjalan perlahan ke arah kamarnya,
.
.
Di dalam kepalanya, sudah timbul pelbagai imaginasi dan bayangan,

Bayangan tentang, bagaimana Mariam akan menyambutnya,
.
.
Air liurnya meleleh, matanya separuh terbuka,
.
.
“Knock! Knock!” Johan mengetuk pintu kamarnya,
.
.
“Siapa diluar sana...” ujar Mariam Sadek,
.
.
“Putera Mahkota dari Kayangan...” jawab Johan Yassir,
.
.
“Kamu bercanda lagi kekasihku.. Sudah lama aku menunggu kepulanganmu...” Mariam berseloka,
.
.
“SREETTT!” Johan membuka pintu
.
.
Setelah pintu ditutup,

Johan Yassir, cuba mencari kelibat tubuh Mariam,
.
.
Dalam beberapa detik, matanya terpaku, kakinya bagaikan tenggelam di dalam lantai,
.
.
Melihatkan tubuh Mariam, yang hanya ditutupi oleh sehelai selendang sutera putih,
.
.
“Kamu masih ingat? Sewaktu kita di Kota Kara, kamu mengintipku di sebuah tasik...” ujar Mariam,
.
.
“Masih segar di dalam ingatanku, dinda..” balas Johan sambil tersenyum, dan berjalan ke arah Mariam yang sedang terbaring menyenggeng di atas katil,
.
.
“Adakah cintamu terhadapku, masih sama seperti dulu..?” ujar Mariam, sambil tersenyum,
.
.
“Lebih dasyat.. Lebih hangat.. Lebih membara..” balas Johan, masih berjalan menuju ke tubuh Mariam,
.
.
“Sebesar apa..?”

“Sebesar lautan..”

“PAPP!!” Johan cuba merangkul tubuh Mariam,
.
.
Mariam mengelak dari terkaman Johan,
.
.
“Belum bisa kekasihku.. Masih punya pertanyaanku kepadamu..” ujar Mariam,
.
.
“Janganlah begini kekasihku.. Aku sudah tidak tertahan melihat keayuan wajahmu.. Keindahan tubuh badanmu..”
.
.
“Tunggu.. Tunggu sekejap..” Mariam tersenyum,
.
.
.
.
“Jurus Terlarang Selendang Hitam...” ujar Johan,

“Itu tidak adil!” celah Mariam,
.
.
Johan tersenyum,
.
.
“Syaitan Halimunan..”

Mariam berlari-lari mengelilingi ruangan kamarnya, sambil ketawa, sehingga tertanggal selendang sutera putihnya,
Johan Yassir mengejar Mariam Sadek,
.
.
Dengan lagak seperti singa yang kelaparan,

Dia memeluk tubuh Mariam Sadek,
.
.
Dan kemudian, dia menghempaskan tubuh Mariam, ke atas katil,
.
.
Mariam mengukirkan senyumannya,
.
.
Rambutnya terburai di atas katil,
.
.
“Sungguh wangi bauan tubuhmu Mariam..”

“Segalanya, untukmu Johan..”

“Aku rela kehilangan apapun, tapi tidak kamu Mariam...” balas Johan Yassir,
.
.
Mariam mengangkat tangan kanannya, dan menyentuh pipi Johan,
.
.
Dan kemudian,

Mereka merapatkan bibir, dan bercumbuan,
.
.
.
.
.
Malam melabuhkan tirainya,
.
.
.
———

Pada keesokan harinya,
.
.
Di persisiran Pulau Tinggi,

5:30 PM,
.
.
Sepuluh buah armada perang, telah bersiap sedia untuk berlayar,
.
.
Angkatan perang yang bakal dipimpin oleh Johan Yassir, Murad Sadek dan Ramadhan Sufi,
.
.
“Murad, Johan, Ramadhan...” ujar Malik Sadek,
.
.
“Bawakan kemenangan, kepada Pulau Tinggi dan Pulau Lang Tengah..”

Mereka mengangguk perlahan,
.
.
“Murad..?” panggil Malik,

Murad mengangguk perlahan,
.
.
Mursyid dan Muzir, berjalan ke arah Murad Sadek,

Mereka menghulurkan tiga balang cecair hijau kepada Murad Sadek,
.
.
“Semoga segalanya di dalam urusan yang baik-baik..” kata Mursyid Sadek,
.
.
Kemudian,

Jamir berjalan ke arah Johan Yassir,

“Ingat, isterimu menunggu di rumah.”
“Semoga kamu pulang dengan selamat!” ujar Jamir sambil menepuk bahu Johan,
.
.
“Kamu juga Ramadhan..” sambungnya,
.
.
Ramadhan mengangguk perlahan,
.
.
Kemudian, Ramadhan berjalan menghampiri Sara Embun,
.
.
Dan memeluknya,
.
.
.
.
“Teratai, jagakan anak kita di dalam perutmu ini, sebaik-baiknya, sehingga aku pulang..” ujar Ramadhan lembut,
.
.
Sara Embun mengangguk, dan tersenyum,
.
.
Kemudian, Johan Yassir, berjalan menghampiri Mariam Sadek,
.
.
“Semalam, dasyat sekali..” ujar Johan sambil memeluk Mariam,
.
.
“Aduh!” Mariam mencubit perut Johan,
.
.
“Apa yang terjadi di dalam kamar, jangan dibicarakan di sini!” tegur Mariam,
.
.
Jasim dan Jihad Yassir, tergelak kecil sambil menutup mulut,
.
.
“Aku cuma bercanda...” ujar Johan,

Mariam tersenyum, sambil membisikkan sesuatu di telinga Johan,
.
.
“Aku bisa merasakan, yang kali ini, ianya berhasil..” bisik Mariam,

“Kamu yakin?!!” Johan terkejut,
.
.
“Shhhhh!!!!” Mariam meletakkan jarinya di mulut,
.
.
“Iya, aku yakin...” balas Mariam,
.
.
“Aku sudah memikirkan namanya..” ujar Johan,
.
.
“Benar?” soal Mariam,
.
.
“Sempena persahabatan di antara Yassir dan Sadek.. Sekiranya perempuan, namanya ialah Suci..”

“Sekiranya lelaki?”
.
.
.
“Adam..”

“Adam?”

“Adam Yassir.” jawab Johan.
**Nota Penulis : Seseorang yang bernama Adam, pernah di sebut namanya di dalam babak terakhir thread, The Redemption of an Illusionist
.
.
Kita sambung seterusnya,
.
.
———-

“Kamu sudah memikirkan namanya?” soal Sara Embun kepada Ramadhan,
.
.
“Iya.. Sudah..” jawab Ramadhan,
.
.
.
.
“Anakandaku ini, di dalam perutmu, akan mewarisi kesaktianku dari dalam tubuhku..” ujar Ramadhan,
.
.
“Kesaktian Mukhadirat Al-Abadi..” sambungnya,
.
.
“Dia bakal sedikit sebanyak, memanfaatkan sumpahan-sumpahan ilmu yang akan diwarisi dariku..”
.
.
“Sumpahan ilmu?” soal Sara Embun,
.
.
“Sumpahan ilmu sulap dan ilmu pukau, sumpahan ilmu persenjataan dan pengukiran, sumpahan ilmu, tubuh yang tidak lut ditikam, tidak lut ditembak..”
.
.
“Sekiranya perempuan, namanya ialah, Sahida..”

“Sekiranya lelaki, namanya...”

“Shahidan.”
.
.
——

**Nota Penulis : Shahidan adalah watak utama di dalam thread, The Redemption of an Illusionist.

Membawa nama sebagai Shahidan Rauf, atau lebih dikenali sebagai, Dan The Illusionist,
.
.
Kita sambung, seterusnya,
.
.
———

**FLASHBACK BREAK**
.
.
—-

Pasir Mas, Kelantan.

Di dalam sebuah hutan belantara,

Markas, kubu keluarga Ayah Ibrahim,

November 2017, 10:00 PM,
.
.
“KETING!!” Pedang Sadek III di tangan Shahidan Rauf, jatuh ke tanah,
.
.
.
.
.
“Shahidan...” ujar Shahidan, dengan matanya membulat, seolah-olah tidak percaya, akan cerita yang keluar dari mulut Johan Yassir,
.
.
.
“Ramadhan Sufi, dan juga Sara Embun, adalah ibu bapa kandungmu.” ujar Johan,
.
.
“KETING!!!!” Shahidan melibaskan pedangnya ke tubuh Johan
Libasan pedang Shahidan, di sanggah oleh gelang di tangan Johan,
.
.
“Ni semua cerita dongeng!! Cerita dongeng kan?!! Abang Johan?!!” jerit Shahidan,
.
.
“Cerita belum habis.. Pada hari itu, adalah hari yang terakhir, aku melihat Sara Embun..”
.
.
*FLASHBACK CONTINUE*
.
.
——

Pulau Tinggi,

Tahun 1792,
.
.
“Aku harus bergegas segera..” kata Ramadhan kepada Sara Embun, sambil membelai lembut rambutnya,
.
.
“Aku juga, Mariam..” kata Johan kepada Mariam Sadek,
.
.
Johan mencium dahi Mariam,
.
.
“Pulanglah dengan selamat.. Kekasihku..” ucap Mariam
Johan mengangguk
.
.
Kemudian, dia memandang ke arah Puspa Yassir,
.
.
Puspa memandangnya dengan satu pandangan yang hiba, tersenyum, dengan mata yang berkaca-kaca,
.
.
Johan mengalihkan pandangannya kepada Maluri Yassir dan Jamrud Yassir,
.
.
Jamrud mengangguk perlahan kepadanya
“Johan..” ujar Putri,

Johan melontarkan senyuman kepada Putri Yassir,

“PAPP!” Jasim dan Jihad Yassir, menepuk bahu Johan,
.
.
“Bawakan kemenangan! Kepada keluarga kita! Adindaku, Johan!!” kata Jasim Yassir, sambil tersenyum kepada Johan,
.
.
.
“Baik, Kanda Jasim.”
“Ayuh! Bergegas sekarang!! Ke Serdang!! Esok malam, penggal kepala Ainan Johan, bawakan pulang ke Pulau Tinggi!!” ujar Jamrud Yassir,
.
.
.
Kemudian, Johan Yassir, Murad Sadek, dan Ramadhan Sufi, berangkat, dan belayar merentasi lautan,
.
.
Diiringi oleh burung-burung camar,
.
.
.
.
—-

Pada keesokan harinya,
.
.
6:00 PM,
.
.
.
“BAMMMMMM!!!!!!” meriam ditembak,

Peperangan di antara Selendang Hitam dan Kerambit Putih, menentang tentera-tentera Serdang,
.
.
Bermula!
“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”

“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!”

“BAMM!! BAMM!! BAMMM!! BAMMMM!!!”
.
.
Santong Bengis menembak sangkut bertali ke arah kapal armada tentera Serdang,
.
.
Kemudian, Selendang Hitam menyusuri tali-tali itu dan mendarat di atas dek kapal.
“ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!! ZAPP!!” serangan Selendang Hitam ke atas tentera-tentera Serdang, umpama angin yang berhembus laju,
.
.
“BAMM!! BAMM!! BAMMM!!!” Raden Begawan melepaskan tembakan ke tubuh Johan Yassir,

“KETING!! KETING!! KETING!!” tembakan Raden, ditangkis oleh Johan.
“Tuan Muda Johan!!” jerit Santong Bengis, sambil menuding jarinya ke belakang Johan,
.
.
Hampir dua puluh armada kapal tentera Serdang, mara ke medan peperangan,
.
.
Johan Yassir memutarkan Pedang Kilat di tangan kanannya,
.
.
Dan mara ke arah Raden Begawan,
.
.
Tentera-tentera Selendang Hitam dan Kerambit Putih, mula berundur ke belakang, setelah melihat kemaraan bantuan ketenteraan dari Kerajaan Serdang,
.
.
.
“Selendang Hitam!!! Kerambit Putih!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“Pacakkan kakimu!! Tegak menentang musuh!!!”
“Genggam bara api!! Biar sampai jadi arang!!!”

“Hari ini!!! Kita berdepan dengan bala tentera yang mampu membinasakan kita!!!”

“Usah gentar!!! Hunuskan senjatamu!!!! Malam ini!!! Kita pulang!!! Makan malam di Pulau Tinggi!!!! Peluk isteri sampai pagi!!!”

“SERANG!!!!”
.
.
Raden Begawan mengeluarkan tasbih dari kain di selitan pinggangnya
.
.
“Maka begini dasyatnya, tentera-tentera syaitan yang dibilang orang..” ujar Raden,
.
.
“Johan!! Di sore ini, aku akan menghancurkan tenteramu!! Dari terus tertulis!! Di dalam hikayat sejarah melayu!!”
.
.
“Ayuh!! Cuba!! Murad!! Ramadhan!!” jerit Johan,

“Siap!!” sahut Murad dan Ramadhan,
.
.
Raden Begawan melilitkan tasbihnya di kedua-dua belah pergelangan tangannya,

Dan, dia membacakan sebaris ayat,
.
.
Kemudian, dia melancarkan serangan biji tasbih ke arah Johan,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!” Johan menangkis tembakan biji tasbih dari Raden Begawan,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!!” Johan menerjah ke arah Raden,
.
.
“KACHING!!!!!!”
.
.
——-

Beberapa jam kemudian,

Pulau Tinggi,

Rumah Keluarga Yassir,

8:00 PM,
.
.
Kesemua ahli Keluarga Yassir, dan ahli Keluarga Sadek,

Sedang menikmati hidangan makan malam, di Dapur Bonda,
.
.
Suara gelak ketawa, kedengaran, seloka dan lagu-lagu juga dimainkan,
.
.
“Seterusnya, Palembang!” ujar Jamrud kepada Malik Sadek,
.
.
“Dan juga, dengan Mukhadirat Al-Abadi, yang bakal terhasil tidak lama lagi!! Kita akan menguasai seluruh nusantara melayu!!” sambung Malik Sadek,
.
.
Mereka berdua, bergelak ketawa,
.
.
Hilaian ketawa mereka, disambut oleh ahli-ahli keluarga yang lain,
.
.
“Jamir?” tegur Mursyid,
“Ada perkara yang menganggu fikiranmu? Sahabatku..?” tanya Mursyid,
.
.
.
“Angin pada malam ini, berhembus perlahan..”

“Burung-burung, tidak berkicauan..” sambung Jamir,
.
.
Mursyid hanya memandang ke arah Jamir Yassir,
.
Z
“Mungkin malam ini, hendak hujan..” tambah Mursyid,
.
.
“PAPP!” Mursyid menepuk bahu Jamir,
.
.
“Kamu telah melakukan, apa yang terbaik sebagai pengganti kakandamu.. Jalal Yassir..” ujar Mursyid kepada Jamir,
.
.
Jamir menyambut kata-kata dari Mursyid, dengan senyuman.
.
.
—-

Beberapa jam kemudian,

Rumah Keluarga Yassir,

11:30 PM,

Suasana sunyi, kesemua ahli Keluarga Yassir dan Keluarga Sadek, sudah dibuai mimpi yang lena,
.
.
.
“Knock! Knock!”

Pintu kamar Johan, diketuk,
.
.
“Siapa di sana?” tanya Mariam,
“BAMMMM!!!” pintu kamar Johan ditendang oleh seseorang,
.
.
Puspa Yassir membukakan matanya,

“CLACK!!”

Dia menggapai pedangnya di atas meja, dan mengikatkan kainnya di pinggang,
.
.
“TAP! TAP! TAP! TAP!” bunyi tapak kaki sedang berlari di dalam perkarangan Rumah Keluarga Yassir
.
.
——

Di luar persisiran Pulau Tinggi,
.
.
Seorang lelaki yang berkopiah, sedang memandang ke Pulau Tinggi, dengan selaras senapang di tangannya,
.
.
.
“Tok Ayub?” panggil Wak Segar,
.
.
Tok Ayub mengangguk,
.
.
“Mulakan!!”
.
.
“CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!!”
“TEMBAK!!!” jerit Wak Segar,
.
.
“BAMMM!! BAMMMM!! BAMMM!!!! BAMMM!! BAMMMM!! BAMMM!!!! BAMMM!! BAMMMM!! BAMMM!!!!”

Hampir empat puluh buah armada perang, melepaskan bedilan-bedilan meriam ke Pulau Tinggi,
.
.
—-

“Musuh datang menyerang!!!!!!!!” jerit pengawal Selendang Hitam,
.
.
—-

Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“Jamir!!! Jasim!!! Jihad!!!!” jerit Jamrud Yassir,

“Bawakan tentera-tentera kita!!! Pertahankan Pulau Tinggi!!!!”

“Siap!! Ayahanda!!!”
.
.
“Malik?!!!!” jerit Jamrud Yassir,

“Jamrud!!” sahut Malik Sadek,
.
.
“Biarkan aku yang membawa Kerambit Putih!! Mengawal pertahan hadapan!!!” cadang Malik Sadek,
.
.
“PAPP!!” Jamrud menepuk bahu Malik,
.
.
“Sahabatku!!” ujar Jamrud,

“Sahabat sampai mati!!” sambung Malik,
.
.
“Ayuh!! Kerambit Putih!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
Tentera-tentera Kerambit Putih, yang dipimpin oleh Malik Sadek, Mursyid Sadek dan Muzir Sadek,

Bergegas ke pertahanan hadapan, untuk menyerang ancaman musuh,
.
.
“Kang Hadi!! Kumpulkan senjata-senjata!!” arah Mursyid Sadek,
.
.
Hadi Darman, mengangguk,
.
.
“Agus!! Khalik!!”
“CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!!!” tentera-tentera Kerambit Putih, telah bersiap sedia, untuk melancarkan serangan,
.
.
.
Hampir tiga per empat, dari jumlah keseluruhan tentera-tentera Selendang Hitam, telah belayar bersama-sama dengan Johan Yassir,
.
.
Bantuan ketenteraan dari Kerambit Putih, adalah sangat diperlukan kleh Jamrud Yassir,

Untuk menentang serangan musuh!!
.
.
.
——

Pada masa yang sama,
.
.
Di tengah lautan,
.
.
Johan Yassir, menghela nafas berat,
.
.
.
.
“Johan!!” jerit Murad Sadek,
.
.
Johan Yassir mengangkatkan tangan kanannya,
.
.
“Biarkan aku, yang membunuh si bedebah ini!!!” jerit Johan,

Di hadapannya, ialah Raden Begawan, yang mempunyai kekuatan yang setanding dengan Johan Yassir,
.
.
Raden Begawan juga, berada di dalam kepenatan,
.
.
Dia menghunuskan pedangnya,
.
.
“SHING!!”

“Ayuh.. Yassir.. Kita sambung!!!” jerit Raden,

“AYUH!!!” balas Johan,
.
.
“KACHING!!!!!”
.
.
Tentera-tentera Selendang Hitam dan Kerambit Putih, telah di kepung oleh armada perang tentera-tentera Serdang,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!!” Johan masih lagi beradu tenaga dengan Raden Begawan,

Begitu juga Murad dan Ramadhan,
.
.
“Murad!!! Ramadhan!!!” jerit Johan Yassir,
“Johan!!!” sahut Murad dan Ramadhan serentak,
.
.
“Kamu berdua harus pulang!!! Segera!!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“Tidak Johan!! Tidak tanpa kamu!!!” jerit Ramadhan,
.
.
“Segera Ramadhan!!!” balas Johan,

“Aku bisa merasakan!! Angin yang tidak kena di Pulau Tinggi!!!”
.
.
“Itu cuma nalurimu sahaja Johan!!!” balas Ramadhan,
.
.
“Naluriku tidak pernah menipuku!! Kamu dan Murad!! Harus segera pulang!!!”

“Tidak Johan!!! Kita datang bersama!!! Pulangnya harus bersama!!!!” jerit Murad,
.
.
“Selendang Hitam!!! Kerambit Putih!!!” jerit Johan Yassir.
“Pertahankan Tuan Muda Murad!!! Dan Tuan Muda Ramadhan!!!! Dengan segala nafas dan nyawamu!!!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“Tidak Johan!!!” tengking Ramadhan,
.
.
“Ramadhan!! Ayuh!! Kita turuti saja naluri Johan!!!” arah Murad Sadek,
.
.
“Johan!!!” jerit Murad,
Johan Yassir berpaling ke arah Murad Sadek,
.
.
“Aku tunggu!!! Kepulanganmu!!!” sambung Murad,
.
.
Johan mengangguk perlahan, sambil tersenyum,
.
.
“Sampai selamat!! Sahabatku!!” sambung Johan,
.
.
Murad mengangguk,
.
.
“Ayuh!!!” jerit Murad,
.
.
Tentera-tentera Selendang Hitam dan Kerambit Putih, mempertaruhkan nyawa dan badan mereka, melindungi pemergian Murad Sadek dan Ramadhan Sufi,
.
.
.
“SERANG!!!!!” jerit Raden Begawan,
.
.
“Langkah mayatku dulu!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“Jurus Terlarang Selendang Hitam!!!”
.
.
Johan Yassir mengorbankan sebelah biji matanya,
.
.
.
“TIRAI SYAITAN!!!!”
.
.
Segerombolan roh pendamping semangat laut, menerpa ke arah Murad Sadek dan Ramadhan Sufi,

Membentuk sebuah tirai yang panjang dan tinggi,
.
.
“Ayuh!!! Raden!!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“KACHING!!!!!!”

“KETING!!! KETING!!! KETING!!!!”
.
.
.
—-

Pertempuran di antara Johan Yassir, dan tentera-tentera Serdang, berlangsung selama satu jam,
.
.
12:45 AM,
.
.
Pertempuran,

TAMAT!
.
.
Dengan kemenangan berpihak kepada..
.
.
.
“TAP. TAP. TAP.” Johan Yassir berjalan menghampiri tubuh Raden Begawan, yang jatuh melutut,
.
.
Terbuka separuh mata Raden, darah berlumuran di tubuhnya,
.
.
“Di mana..Tuhan mu yang Satu, di saat kamu di ambang kematian ini..” tanya Johan
“Ha..Ha..Ha..” Raden Begawan tertawa,
.
.
“Manusia yang bertuhankan syaitan, tidak akan tenteram hidupnya... Buat selama-lamanya...”

“Sebut kata-kata terakhirmu... Raden..” ujar Johan Yassir,
.
.
“Ptuii!!!” Raden meludah tubuh Johan yang berdiri di depannya,
.
.
“ZAPPPPPPP!!!!!!” Johan menikam dada Raden Begawan,
.
.
.
“DABB!” tubuh Raden rebah ke atas dek kapal,
.
.
.
Jumlah nyawa yang tinggal, di dalam peperangan ini adalah,
.
.
Hanya satu nyawa,
.
.
Iaitu,

Johan Yassir,
.
.
Dalam beberapa detik,
.
.
“DABB!!” tubuh Johan, rebah ke atas dek kapal,
.
.
Matanya separuh terbuka, angin malam berhembus lembut,

Dingin, syahdu,
.
.
Bunyi air laut yang bergelora, umpama menyanyi-nyanyi di tepi telinga Johan,
.
.
.
.
“Mariam....” bisik Johan,
.
.
“Kamu tunggu... Cuma sebentar...”
.
.
Johan membatukkan darahnya,
.
.
“Sampai kembalinya.. Kudratku.. Aku pasti pulang.. Bertemu denganmu..” sambung Johan,
.
.
Kemudian, mata Johan, tertutup,
.
.
.
.
—-

Beberapa jam kemudian,
.
.
Johan Yassir, kembali membukakan matanya,
.
.
Dan membatukkan darahnya,
.
.
“TUAN MUDA..” tegur KALAM,
.
.
“KALAM... Biarkan aku berehat buat seketika...” ujar Johan Yassir,
.
.
“JOHAN, AKU MERASA KURANG ENAK..” celah JABBAR,
.
.
.
.
“SEPERTINYA, ADA SESUATU YANG BERLAKU DI PULAU TINGGI...”

“Jangan khuatir, Ramadhan dan Murad, sudah kuhantarkan ke Pulau Tinggi. Sahabat sehidup sematiku..” balas Johan,
.
.
——

Pada masa yang sama,

Pulau Tinggi,
.
.
Rumah Keluarga Yassir,
.
.
Jamir sedang berlumuran darah
“SHING!!!!” Jamir menghunuskan Pedang Lahabnya,

Cuba mempertahankan ayahandanya, Jamrud Yassir,
.
.
.
“Hari yang ditunggu-tunggu... Akhirnya, telah tiba!!! Yassir jatuh tersungkur!!!” jerit Tok Ayub Redha,
.
.
“HAHAHAHA!!!” Tok Ayub ketawa,
.
.
.
.
Seorang lelaki berjalan perlahan ke arah Jamir Yassir,
.
.
Dia memegang sebilah parang panjang di tangan kirinya.

Dia letakkan mata parang itu ke atas telapak tangannya,

Dan kemudian,

Dia meniupkan bacaan mantera ke mata parangnya,
.
.
Dengan serta merta,

Parang ditelapak tangannya itu, terbang di awang-awangan,

Dengan kelajuan selaju hembusan angin,
.
.
.
“KACHING!!!!” parang itu menerpa ke arah Jamir Yassir,

Kemudian lelaki itu, atau lebih senang dikenali sebagai Tok Sakhon,

Meniupkan sebilah lagi parang,
Parang itu terbang menerpa ke arah Jamir Yassir,

“KACHING!!!!” namun terpaan parang itu ditangkis oleh Jasim Yassir,
.
.
Jasim menghela nafas panjang, tubuhnya berlumuran dengan darah,
.
.
“JIHAD!!!” jerit Jasim Yassir,

“ZOOSHHH!!”

Jihad Yassir menerpa ke arah Tok Sakhon,
.
.
Tok Sakhon meniupkan sebilah lagi parang,
.
.
“KACHING!!!!!” libasan Jihad ditangkis oleh parang terbang milik Tok Sakhon,

Kemudian,
.
.
Tok Sakhon meniupkan berbelas-belas parang panjang ke arah Keluarga Yassir,

“ZASS!! ZASS!! ZASSS!!!”
.
.
“ALRIYAH!!!” jerit Jasim Yassir,
Jasim melontarkan pedang terbang kembarnya, melawan libasan parang terbang milik Tok Sakhon,
.
.
“KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”
.
.


Keluarga Yassir, telahpun dikepung, oleh tentera-tentera pimpinan Tok Ayub Redha dan juga,

Tentera-tentera Serban Hijau, dari Pattani!!
“Ayub Redha!!!” jerit Jamrud Yassir, dengan mata separuh terbuka,
.
.
“Apa yang telah kamu lakukan!! Terhadap Keluarga Sadek?!!!” sambungnya,
.
.
“Hahahahaha!!!!” Tok Ayub Redha ketawa,
.
.
“DUMM DUMMM!!” guruh bergempita,

Jamrud bersedia untuk melancarkan serangan seterusnya,
“Libasan Petir Sulung!!!!” Jamrud melancarkan serangannya,
.
.
“ZAPPP!!!!” Tok Sakhon menikam lantai dengan kerisnya,

“DABBB!!!” Jamrud jatuh tersungkur,
.
.
“PAPP!!” Tok Ayub Redha memijak kepala Jamrud yang rebah tidak terbangun,
.
.
“Ayahanda!!!” jerit Jamir Yassir,
.
.
Jamir Yassir, Jasim Yassir, Jihad Yassir, Puspa Yassir, Putri Yassir, Maluri Yassir dan Jaafar Yassir,

Menyerang tentera-tentera Serban Hijau, dengan segala kesaktian di dada mereka,
.
.
“ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!!!”

Darah memercik ke lantai,

Darah memercik ke dinding,
.
.
Peperangan yang berlangsung, telah meruntuhkan tiang-tiang Rumah Keluarga Yassir,
.
.
.
——

Tikaman demi tikaman,

Libasan demi libasan,
.
.
.
“ZAPPPPPP!!!!!!!” Jasim Yassir, ditikam oleh Merang Singgora, Komander Kedua Serban Hijau,
.
.
“Jasim!!!!!” jerit Jamir,
“ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPPP!!!” Jamrud menikam tentera-tentera Serban Hijau,
.
.
“Bertahan!!!!!” jerit Jamrud Yassir,
.
.
“Anakanda-anakandaku!! Adinda-adindaku!!!”

“Bertahan sampai!!! Johan pulang ke Pulau Tinggi!!!!”
.
.
“BAMM!! BAMM!!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!!!” Buyong Hitam dan Santong Bengis terjun dari bumbung, melibaskan hayunan parang mereka ke leher tentera-tentera Serban Hijau,
.
.
“Serban Hijau!!!! Maju!!!!” jerit Wak Segar,
.
.
—-

“Buyong!!” panggil Jamrud Yassir,
.
.
Buyong Hitam menggelengkan kepalanya,
.
.
“Malik?? Asiah?? Mariam??” ujar Jamrud,
.
.
“Kerambit Putih telah hancur dimusnahkan...”

“Mayat mereka, bergelimpangan di persisiran Pulau Tinggi..” sambung Santong Bengis,
.
.
Jamrud terkesima, matanya membulat, air matanya mengalir
.
.
Jamrud menggenggam kemas parang di tangan kanannya,

Dan kemudian, dia menjerit dengan sepenuh hati,
.
.
.
“BANGSAT!!!! AYUB REDHA!!!!! SERBAN HIJAU!!!!!”

Kemudian, dia menerjah ke arah Tok Ayub Redha,

“PAPP!! ZOOOSHHHH!!!”
.
.
Tok Ayub Redha berundur ke belakang di dalam ketakutan,

“Tok Sakhon!!” panggil Tok Ayub Redha,
.
.
“KACHING!!!!” libasan Jamrud di tangkis oleh Tok Sakhon,
.
.
.
“Sampai kea sale, kepado iblis laknatullah, Jamrud!!” jerit Tok Sakhon,
.
.
“ZAPPPP!!!!!!”
Leher Jamrud Yassir, dipenggal oleh Tok Sakhon,
.
.
.
.
“AYAHANDA!!!!” jerit Jamir Yassir,
.
.
“BAMMM!!! BAMMMM!!!” dada dan leher Jamir ditembak oleh Merang Singgora,
.
.
“Kanda Jamir!!!” jerit Jihad Yassir,
.
.
“SREEETTT!!!!” leher Putri Yassir disembelih oleh Kubah Bongsu, Komander Ketiga Serban Hijau,
.
.
“Bangsat!! Serban Hijau!!” jerit Buyong Hitam,

“ZAPPP!!!” belakang tubuh Buyong Hitam ditikam oleh pedang panjang,

“ZAPPPP!!!” dadanya pula ditikam,

“ZASSSS!!!” lehernya dipancung
“ASSYIFAKKKK!!!!!!!!” jerit Jihad Yassir,
.
.
Kemudian dia menyerang Tok Ayub Redha,

“SI TUA KUTUK!!!!! MAMPUS KAU DI TANAH PULAU TINGGI!!!!!” jeritnya,
.
.
“BAMMM!!! BAMMM!!!” tubuh Jihad ditembak, namun dia masih mampu berdiri, dek kerana kesaktiannya,
.
.
Jihad cuba menyerang kembali, bersama-sama dengan Puspa Yassir,
.
.
“Ayuh!!! Jihad!!!!” jerit Puspa Yassir, sambil menggayakan Seni Yui Selendang Hitam, Libasan Sutera Pagi,
.
.
“ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPPP!!!!” kepala Jihad terpenggal dari tubuhnya
.
.
“ZAPPPP!!!“ dada Puspa ditikam
.
.
Puspa Yassir jatuh tersungkur, sambil mengalirkan air matanya,
.
.
“PAPP!!!” rambut Puspa ditarik oleh Wak Segar,
.
.
“Maafkan aku...Johan...Aku tidak bisa...Menyelamatkan Mariam...” bisik Puspa perlahan, sebak,
.
.
“SREEETTT!!!” leher Puspa disembelih oleh Wak Segar,
.
.
“BAMMM!!! BAMMM!!! BAMMM!! BAMMMM!!!” tubuh Jaafar Yassir dan Maluri Yassir, ditembusi oleh peluru-peluru senapang, sedangkan nyawa mereka telahpun melayang,
.
.
.
“Puspa....” ujar Santong Bengis,

Seolah-olah tidak percaya, akan apa yang terjadi di depan matanya,
.
.
Puspa Yassir, merupakan kekasih hati pengarang jantung kepada Santong Bengis,

Cinta yang tidak kesampaian, dek kerana darjat manusia yang berlainan taraf,
.
.
.
“Hancurkan rumah ini!!!” arah Tok Ayub Redha,
.
.
“BAMMM!!! BAMMMM!!! BAMMM!!!”
.
.
“AYUB REDHA!!!!!” jerit Santong Bengis,
.
.
“PAPP!!! ZOOOSHHHH!!!” Santong memecut ke arah Tok Ayub Redha,
.
.
“BAMMMMM!!!!” dahi Santong Bengis, ditembak oleh Rimau Sungai, Komander Keempat Serban Hijau,
.
.
“DABBB!!” tubuhnya rebah ke atas lantai,
.
.
“Bunuh kesemuanya!!! Selendang Hitam telah hancur dimusnahkan!!! Tentera-tentera mereka telah mati!! Dibunuh oleh Raja Serdang di lautan sana!!!!” jerit Wak Segar,
.
.
“BUNUH!!! BUNUHH!!! BUNUHHH!!” laung tentera-tentera pimpinan Tok Ayub Redha dan tentera-tentera Serban Hijau,
Jumlah tentera yang dipimpin oleh Tok Ayub Redha dan Tok Sakhon, adalah seramai empat kali ganda dari jumlah tentera Selendang Hitam dan Kerambit Putih, yang mengawal di Pulau Tinggi,
.
.
Jurang yang besar di dalam jumlah ini, telah memberikan kemenangan buat Tok Ayub Redha,
.
.
Setelah hampir dua jam peperangan berlangsung,
.
.
.
Pulau Tinggi telah mencatatkan kekalahan yang terburuk di dalam sejarah,

Dengan nyawa yang tinggal, tidak berbaki,
.
.
Kesemuanya, tumpas di tanah air mereka sendiri,
.
.
Di Pulau Tinggi,
.
.
.
.
Tok Sakhon membersihkan lelehan darah di mata parangnya,
.
.
Tok Ayub Redha berjalan sambil menendang-nendang mayat-mayat ahli Keluarga Yassir,
.
.
—-

“Kita harus terus menunggu di sini..” ujar Tok Ayub Redha,
.
.
.
.
Tok Sakhon memandang ke arah Tok Ayub Redha, musykil dengan kata-katanya,
.
.
“Bakpo?” tanya Tok Sakhon,
.
.
“Masih punya, seorang Yassir yang berada di lautan sana..” jawab Tok Ayub Redha,
.
.
“Anak bongsu Jamrud, Johan Yassir!!”
.
.
“Seharusnya, dia mati dibunuh oleh Raja Serdang, namun, aku khuatir, sekiranya dia mampu untuk pulang ke Pulau Tinggi ini...”

“Dia harus kita bunuh segera!! Beramai-ramai!!!”

“Kekuatannya luar biasa!!!”

“Sekiranya dia pulang, seluruh angkatan tentera, harus menembaknya!!”
.
.
.
——

Pada masa yang sama,
.
.
“PAPP!!”

Johan Yassir, melompat dari kapal, dan mendarat lemah ke pasir pantai,
.
.
Matanya separuh tertutup,
.
.
Tangannya masih memegang Pedang Kilat,
.
.
.
.
“Mariam... Kanda Puspa... Ayahanda... Bonda Maluri...” ujar Johan lembut,
.
.
“Aku kelaparan.. Persiapkan santapan buatku..”
.
.
“Mariam... Aku sudah tidak tertahan untuk melihat keindahan tubuhmu malam ini..”

“Dan juga, anak kita, di dalam perutmu..” Johan tersengih,
.
.
Johan Yassir, berjalan lemah,
.
.
“DABB!!” kakinya tersepak sekujur tubuh mayat manusia,
.
.
Johan jatuh, rebah terbaring,
.
.
—-

“Mayat..?” bisik Johan Yassir,
.
.
Johan Yassir, mendongakkan kepalanya ke langit,
.
.
.
—-

Matanya terbeliak, penat dan lelahnya hilang,

Ini kerana, apa yang dilihatnya,
.
.
Adalah segumpalan api marak, sedang membaham Rumah Keluarga Yassir.
.
.
“MARIAM!!!!!!!!!” jerit Johan Yassir.
“PAPPP!!!!!” Johan melompat tinggi,

“KALAM!!! JABBAR!!!!”

“SIAP!! TUAN MUDA!!” sahut KALAM,
.
.
.
“ZOOOSHHHHH!!!!!” Johan Yassir memecut ke arah Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“SHING!!!!” dia menghunuskan pedangnya,
.
.
Matanya kemerahan, dadanya berdegup kencang!
.
.


Rumah Keluarga Yassir,
.
.
Tok Sakhon menggenggam kemas parang di tangannya,

Begitu juga Komander-Komander Serban Hijau,
.
.
Aura membunuh Johan Yassir, walaupun dari jauh, merembes kuat, sehingga bulu-bulu roma mereka, berdiri tegak,
.
.
.
“Tok Sakhon??” panggil Tok Ayub Redha,
.
.
.
Tok Sakhon menghunuskan parangnya,
.
.
.
“Dio.. Maghi!! (Dia.. Datang!!)”
.
.
—-

“PRAK!!!!! BAMMMMM!!!!” Johan merempuh dinding Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“MARIAM!!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“TEMBAK!!!!” jerit Tok Ayub Redha,
.
.
“BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!”
.
.
“KETING! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!! KETING!!”
.
.
Johan menangkis setiap satu tembakan dari Serban Hijau,
.
.
“Jurus Terlarang Selendang Hitam!!!”

“SYAITAN HALIMUNAN!!!!”
.
.
“PAPP!!! ZOOOSHHHH!!!!”

“ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPP!!! ZAPPP!!!” tubuh tentera-tentera Serban Hijau, dilibas oleh Johan Yassir.
“Pendekar Halimunan???” bisik Tok Ayub Redha,
.
.
“Pendekar Halimunan!!!! Serban Hijau!!!!” jerit Tok Ayub Redha,

Tok Sakhon, Wak Segar dan Komander-Komander mereka, cuba mencari kelibat tubuh Johan Yassir,
.
.
.
“ZAPPPPPP!!!!” Johan memancung leher Wak Segar,
.
.
“BUNUH!!!” jerit Tok Sakhon,

Johan memusing-musingkan Pedang Kilat di tangan kanannya,
.
.
“PAPPP!!!! ZOOOSHHHHH!!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPP!!”

30 nyawa terkorban,

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPP!!”

80 nyawa terkorban,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPP!!”

150 nyawa terkorban,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPP!!”

250 nyawa terkorban,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPP!!”

500 nyawa terkorban,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!! ZAPPP!!”

1250 nyawa terkorban,
.
.
“PAPPP!!! ZOOOSHHHH!!!” Johan menerpa ke arah Tok Sakhon,
.
.
“KACHING!!!!!” libasan pedang Johan disanggah oleh parang Tok Sakhon,

“DABBBB!!!!” Johan menendang dada Tok Sakhon sehingga melambung ke bumbung Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“DABB!!” Tok Sakhon rebah ke tanah,
.
.
“PRAKK!! BAMMM!!!”
.
.
Komander-Komander Seban Hijau dan kesemua tentera-tentera Serban Hijau, melompat tinggi dan keluar dari Rumah Keluarga Yassir,

Mereka menuju ke halaman hadapan Rumah Keluarga Yassir,

“Tok Sakhon!!!” jerit Merang, Komander Pertama,
.
.
.
.
—-

Sekarang cuma tinggal Tok Ayub Redha yang tidak berupaya untuk melepaskan dirinya,
.
.
“PRAK!!” Tok Ayub Redha terlanggar rekahan lantai kayu,
.
.
“Jangan!! Jangan bunuh aku!!” rayunya kepada Johan,
.
.
Johan Yassir, dengan mata yang kemerahan,
.
.
Johan berdengus seperti seekor binatang yang buas,
.
.
“ARGHHHHH!!!!!” Johan menjerit,

“PAPP!! ZOOSHHHH!!” dia menerpa ke arah Tok Ayub Redha,

“DABBBB!!!” dia menendang dada Tok Ayub Redha,

Tubuh Ayub Redha rebah terbaring di atas lantai,
.
.
“PAPPP!!” Johan melompat ke tubuh Tok Ayub Redha,
.
.
“ARGHHHHHHHHH!!!!!” Johan menjerit seperti seekor harimau yang kelaparan,
.
.
Dia genggam pedangnya seerat mungkin, dan melibas tubuh Tok Ayub Redha,

“ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!!!”
“ZAPPPPP!!!!!!!” kepala Tok Ayub Redha terpenggal dari tubuhnya,
.
.
.
“ARGHHHHHHHH!!!!!!!!” Johan Yassir menjerit,
.
.
Suaranya kedengaran di segenap ruang di dalam Pulau Tinggi,
.
.
Seperti seekor binatang yang buas, dia berjalan merapati tubuh mayat-mayat ahli keluarganya,
.
.
“AYAHANDA...” ujar Johan, sambil memeluk tubuh Jamrud Yassir,
.
.
“KANDA! KANDA PUSPA!...” Johan berlari ke tubuh Puspa Yassir,
.
.
“KANDA JAMIR!!” Johan memaut leher Jamir Yassir,

“KANDA JASIM! KANDA JIHAD! PUTRI! AYAHANDA JAAFAR!! BONDA MALURI!!”
.
.
“ARGHHHHHH!!!!!!!”
Air mata bercucuran mengalir dari mata Johan,

Kewarasannya telah hilang sepenuhnya,

Hatinya, jiwanya, akal fikirannya,

TELAH HANCUR MUSNAH!
.
.
—-

“PRAKKK!!! BAMMMMM!!!!” Johan merempuh pintu Rumah Keluarga Yassir,

“PAPPP!!” dan mendarat di halaman Rumah Keluarga Yassir,
.
.
“ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!!” Johan mengaum sekuat-kuatnya,
.
.
“CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!! CLACK!!!!”

Beribu-ribu laras senapang, diacukan ke tubuh Johan Yassir,
.
.
“PAPPPP!!! ZOOOSHHHHHH!!!!” Johan Yassir menghentakkan kakinya dan meluru ke arah segerombolan bala-bala tentera yang sedang mengacukan senapang mereka ke tubuh Johan,
.
.
“SYAITAN HALIMUNAN!!!”

“BAMMM!!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!! BAMMM!! BAMMM!! BAMMM!!! BAMMM!! BAMMM!!”
.
.
Johan Yassir, menerjah dengan laju, mengeak dan menangkis setiap tembakan dari tentera-tentera musuh,
.
.
.
“PAPPP!! ZOOSHHHH!!!”

Johan Yassir meluru ke arah bahagian tengah pertahanan bala tentera musuh,
.
.
“ZUPPP!!!!” sebatang anak panah hampir menikam dada Johan Yassir
Johan, menghentakkan kakinya, dan meluru ke arah tubuh Sang Penembak,
.
.
“PAPPP!! ZOOOSHHHHH!!!!”
.
.
“SHING!!!” Johan menghunuskan Pedang Kilatnya,
.
.
Dengan mata yang penuh kemerahan,
.
.
“ZASSSSS!!!” Johan melibaskan pedangnya ke tubuh Sang Penembak,
.
.
“PAPPP!!!”

Johan menghentakkan kakinya,

“ZAPPPP!!!!” dia menyanggah libasan pedangnya itu dengan tangan kirinya,
.
.
“DABBBB!!!” Johan berundur ke belakang,
.
.
Matanya kembali pulih menjadi putih kehitaman,
.
.
—-

“Ma... Mariam?” ujar Johan sambil mengalirkan air matanya,
.
.
“HAHAHAHAHAHA!!!!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“AKU.... MENANG!!!!” matanya terbeliak,
.
.
“WAHAI YASSIR YANG TERAKHIR!!!”
.
.
“KAMU SEPATUTNYA BERBANGGA!!!”

“ANAKMU NANTI!! BAKALKU JADIKAN MANUSIA YANG TERULUNG!!”

“MUKHADIRAT AL-ABADI!!!”

“HAHAHAHA!!!” sambung Malik Sadek,
.
.
Air mata Johan jatuh berlinangan,
.
.
Lututnya bergoyang,

Kakinya lemah,

Johan jatuh ke tanah, melutut, dengan mulut yang terbuka,
.
.
Tubuhnya menggigil,

Jari-jemarinya terketar-ketar,
.
.
—-

“Ma.. Mariam..” ujar Johan,
.
.
Mariam mengalirkan air matanya,
.
.
Dia menarik tali busurnya,

“ZUPPPPP!!!” anak panah dilepaskan,
.
.
.
“ZAPPPPP!!!!” dada Johan ditikam oleh anak panas yang dilepaskan oleh Mariam
.
.
—-

Johan Yassir mengukirkan senyuman,
.
.
“Mariam... Ini semua, hanyalah bercanda.. Bukan..”
“Ini semua... Hanyalah tipu muslihat bukan...” sambung Johan,
.
.
“ZAPPPPP!!!!” dada Johan ditikam sekali lagi, oleh anak panah dari busur panah Mariam,
.
.
“ZAPP!” Johan menarik anak panah di dadanya,
.
.
“ZAPPPP!!!!!” dada Johan ditikam sekali lagi, oleh anak panah dari Mariam,
“ZAPP!” Johan menarik anak panah di dadanya,
.
.
“ZAPPPP!!!!!” dada Johan ditikam sekali lagi, oleh anak panah dari Mariam,
.
.
—-

“ZAPP!” Johan menarik anak panah di dadanya,
.
.
“ZAPPPP!!!!!” dada Johan ditikam sekali lagi, oleh anak panah dari Mariam,
.
.
“Kenapa tidak kamu mati saja!! Johan!!!” jerit Mariam Sadek, sambil menangis,
.
.
“Aku tidak mampu!! Untuk menentang sumpahan ini!! Sadek dan Yassir!! Tidak akan pernah aman!!” sambung Mariam,
.
.
—-

“Mariam.. Kamu cuma bercanda saja.. Bukan..” ujar Johan,
.
.
Mariam meraung kesedihan,
.
.
.
“Sentiasa, berada dua dan tiga langkah, kehadapan!!” ujar Malik Sadek,
.
.
“Keluarga Wulansari telah aku hancurkan!! Dan kesemua musuh-musuhku!! Telah dihancurkan oleh tentera-tenteramu!! SELENDANG HITAM!! Hahaha!!!”
.
.
“Kekalahanmu terhadap Kerajaan Serdang!! Telahpun dirancang kemas oleh anakandaku, Murad Sadek!!!”

“Kehilangan cuma ratusan tentera Kerambit Putih, cukup berbaloi!!!”

“Anakmu yang berdarah Yassir dan Sadek ini!!! Pantas dijadikan uji kaji buat Mukhadirat Al-Abadi!!!”
.
.
“Komplotku bersama Wak Segar!! Dalam merangka strategi menyerang Pulau Tinggi!!!”

“Segala kelemahan pertahanan Pulau Tinggi ini, telah dibocorkan oleh anakandaku ini!!! Isterimu!! Maaaarriiiaaammm....” ejek Malik Sadek,
.
.
“HAHAHAHAHA!!!!!”

“Akhirnya, aku menang!!!!!”
“ZAPPPP!!!!!!” dada Johan ditikam oleh seseorang,
.
.
.
“Maafkan aku, sahabatku...”

“ZAPPP!!!” lelaki itu menarik mata pedangnya dari dada Johan,
.
.
“Murad....” ujar Johan,
.
.
“ZAPPPP!!!” Johan ditikam dari belakang, oleh Mursyid Sadek,
.
.
“DABBB!!!” Muzir memijak muka Johan.
“PAPPP!!” Johan melompat tinggi ke arah Mariam,
.
.
“Murad!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“Ma.. Mariam.. Sudahkah kamu lupa, kekasihku.. Bahawa kita akan hidup bersama.. Sampai ke akhir hayatnya?? Mariam?? Apa kamu lupa, segala kenang-kenangan kita..?”
.
.
“Bauan harum tubuhmu.. Suara kamu yang manja.. Belaian jari-jemarimu yang lembut.. Mariam.. Katakan kepadaku kekasihku.. Bahawa kamu dipaksa oleh mereka.. Aku bisa memaafkanmu, kekasihku.. Mariam, lekaslah katakan...” pinta Johan,
.
.
.
“Taat setiaku, hanyalah kepada keluargaku.”
Jawapan Mariam, telah menghentakkan kewarasan Johan Yassir,
.
.
.
Johan mula membayangkan kenangannya bersama Mariam Sadek,
.
.
Satu memori, kepada memori yang lain,
.
.
Dan juga, segala pengorbanannya,
.
.
.
——

“Ha..Ha..Ha..HAHAHAHAHAHAHA!!!!!!” Johan ketawa terbahak-bahak,
.
.
“HAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!”
.
.
Johan ketawa, dengan air matanya yang terus mengalir, seperti orang yang telah hilang segala kewarasan,
.
.
——

“KALAU ITU MAHUMU!!!!! MAKA DENGAN ITU!!! AKU AKAN MENJADI SATU JENIS SYAITAN YANG TERLAHIR OLEH PENGKHIANATANMU MARIAM!!!!!”
.
.
“KAMU SEMUA!!! AKAN KU BUNUH!!!!!!”

“BANGSAT!!!! SADEK!!!!”
.
.
——

“DEWI MALAM!!!”

“BAIDURI SENJA!!!”

“ALRIYAH!!!”

“ASSYIFAK!!!”

“ALJAFAF!!!”

“LAHAB!!!”

“KALAM!!!”

“JABBAR!!!!!!”

Jerit Johan Yassir,
.
.
.
.
“MULAI MALAM INI!!! KALIAN!! ROH PENDAMPING SEMANGAT YASSIR!!! BERDAMPINGLAH DENGANKU!! HULURKAN KEKUATAN KALIAN!! HULURKAN KESAKTIAN KALIAN!!! SAMPAI AKU BISA MEMBUNUH KESEMUA MUSUH-MUSUHKU!! MAKA AMBILLAH DARAHKU!!! AMBILLAH NYAWAKU!!! JADIKAN KORBAN BAGI KALIAN!!!”
.
.
“Murad!!! Mursyid!!! Muzir!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“Bunuh Johan Yassir!!! SEGERA!!!”
.
.
——-

“SIAP TUAN MUDA!!” jawab mereka serentak kepada Johan Yassir,
.
.
Johan merapatkan tapak tangannya,
.
.
“JURUS TERLARANG SELENDANG HITAM!!!!”

“JELMAAN!!! SYAITAN!!!!”
.
.
“BAMMMM!!!!!! KRAKKK!!!!” tanah tempat Johan Yassir berpijak, retak seribu,
.
.
.
Tubuh Johan berubah menjadi seperti seekor makhluk yang berupa seekor syaitan,
.
.
“BELUM CUKUP!!!” jerit Johan Yassir,

“JURUS TERLARANG SELENDANG HITAM!!!”

“BONEKA!!! SYAITAN!!!!!!”
.
.
Beribu-ribu roh pendamping semangat dari seluruh Pulau Tinggi, merasuk tubuh mayat yang bergelimpangan di atas tanah,
.
.
.
—-

“MALIK SADEK!!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“KESILAPAN TERBESARMU!!! MEMBIARKAN AKU HIDUP!! SEWAKTU AKU MENGEJAR CINTA MARIAM!!! DI PULAU LANG TENGAH!!”
“Kerambit Putih!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
“Serban Hijau!!!!” jerit Tok Sakhon,
.
.
“Cincang!!! Tubuh Johan!!! Sampai lumat!!!!” sambung Malik Sadek,
.
.
“SERANG!!!!!!!” sambungnya,
.
.
——-

“ARGHHHHHHHH!!!!!!!!!” laung Johan Yassir,
.
.
“PAPPP!!! ZOOOSHHHH!!!!!”
.
.
“ZAPPPP!!! ZAPPPP!!! ZAPPPPPP!!!!”

Johan melibas tubuh tentera-tentera Kerambit Putih dan Serban Hijau,
.
.
“NGAPPP!!! NGAPP!!!! NGAPPP!!!” dia mengekah dan menelan-nelan kepala tentera-tentera musuh,
.
.
Darah berlumuran di bibirnya,

Nafsu buasnya, semakin membuak-buak,
.
.
“SIULAN BAIDURI SENJA!!!!” laung Johan Yassir,

Tentera-tentera musuh hilang imbangan,
.
.
“NYANYIAN NAGA BERAPI!! LAHAB!!!!” jerit Johan Yassir sambil melancarkan serangan api,
.
.
“TIUPAN SANGKAKALA!!! ASSYIFAK!!! ALRIYAH!!!!”

Angin taufan menghembus tubuh tentera musuh,
.
.
“PAPPPP!!! ZOOOSHHH!!!” Johan memecut laju ke arah Muzir Sadek,
.
.
Muzir menggenggam kemas Pedang Sadek II di tangannya,

“Ayuh!!! Johan!!! Kita sambung pertempuran dahulu!!”
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPP!!” Johan menikam dan memenggal kepala Muzir Sadek,

“AMUKAN JANTAN BERSIONG!!”
“Muzir!!!!” jerit Malik Sadek,
.
.
.
“Bangsat!!! Johan!!!!!” jerit Murad Sadek, menerpa ke arah Johan Yassir dengan menghunuskan Pedang Sadek III, miliknya,
.
.
“PAPP!! ZOOSHHH!!!” Johan menerpa ke arah Murad,
.
.
“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!!!”

“RATUSAN CAKAR SYAITAN!!!”
.
.
Kepala Murad Sadek, terpenggal dari badannya,
.
.
.
“PAPPP!!! ZOOOSHH!!!!” Mursyid meluru ke arah Johan, dengan satu serbuan yang cukup kuat sehingga menggemakan tanah,
.
.
“ZASSSS!!!!” Mursyid melancarkan belahan pedang gelombang bunyi ke arah Johan,
.
.
Johan melibaskan belahan gelombang bunyi itu, hanya dengan sebelah tangannya,
.
.
Dalam sekelip mata, tubuhnya menerpa di depan Mursyid Sadek,
.
.
“KANDA... MURSYID!!!” bisik Johan Yassir,
.
.
Mursyid menundukkan kepalanya,
.
.
“Maafkan aku.. Johan..” Mursyid mengalirkan air mata
“TIADA MAAF!! BAGIMU!!! SADEK!!!”

“ZAPPPPP!!!!!” dada Mursyid ditikam oleh kuku-kuku Johan yang tajam,
.
.
.
——

Manakala, roh-roh pendamping semangat yang merasuk tubuh-tubuh mayat Selendang Hitam, mula memenggal kepala-kepala angkatan tentera Kerambit Putih dan Serban Hijau,
“PAPP!! ZOOOSHHH!!!”

Hadi Darman dan Laila Hawa, menerjah ke arah Johan Yassir,

Dengan memegang sebilah pedanf panjang,
.
.
“Laila!!! Gerakan Perang Pertama!!” arah Hadi Darman, cuba merangka strategi untuk membunuh Johan Yassir,
.
.
Hadi Darman melibaskan pedangmya ke leher Johan, disertai dengan bedilan Terakol Muda,
.
.
Akan tetapi, serangan itu dengan pantas, dapat dielak oleh Johan Yassir,
.
.
“ZAPPPP!!!!” Johan menikam leher Hadi Darman,
.
.
“Hadi!!!!” jerit Laila,

“ZAPPPP!!!” Johan menikam perut Laila
“BAMMM!!! BAMMM!! BAMMM!!!” Tok Sakhon dan Komander-Komandernya, menembak tubuh Johan Yassir,
.
.
Namun tembakan itu tidak berhasil,
.
.
—-

“PAPPP!!! ZOOSHHHHH!!!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!!!!”

Mereka mati dipenggal oleh Johan Yassir,
.
.
“WAHAI ROH-ROH PENDAMPING PULAU TINGGI!!! BUNUH KESEMUANYA!!!! TENTERA-TENTERA SERBAN HIJAU!!!!” arah Johan Yassir,
.
.
“SIAP!!! TUAN MUDA!!!!”

“ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPP!! ZAPPPP!!! ZAPPPP!!! ZAPPPP!!! ZAPPPP!! ZAPPPP!! ZAPPPP!!!!!!!!!”
.
.
Selepas hampir tiga puluh minit,
.
.
.
Kesemua tentera Serban Hijau dan Kerambit Putih, telah dibunuh oleh Johan Yassir dan roh-roh semangat pendampingnya,
.
.
—-

Johan Yassir berjalan perlahan ke arah Malik Sadek,
.
.
Malik Sadek, berundur ke belakang, beberapa langkah,
.
.
Sekarang, cuma tinggal tiga nyawa yang belum di bunuh oleh Johan Yassir, iaitu,
.
.
Asiah Sufi,

Malik Sadek,

Dan...

Mariam Sadek,
.
.
——

“DEWI MALAM!!!” jerit Johan Yassir,

“SIAP!! TUAN MUDA!!!”
.
.
“ZOOOSHHHH!!!!”

DEWI MALAM menerkam tubuh Asiah Sufi,
.
.
“Malik!!!!” jerit Asiah Sufi,

Malik hanya mampu melihat, isterinya dirangkul oleh DEWI MALAM,
.
.
Asiah Sufi dibawa oleh DEWI MALAM, dihempas sujud ke kaki Johan Yassir,
.
.
Kemudian, DEWI MALAM menarik lidah Asiah Sufi, sepanjang-panjangnya,
.
.
“ZASSSSS!!!!” lidah Asiah Sufi dikerat oleh pedang Johan,

Kemudian, lidah Asiah Sufi digigit dan dikunyah oleh DEWI MALAM,
.
.
Johan mencengkam leher Asiah Sufi, dan menarik kerongkong Asiah Sufi,
.
.
“PEREMPUAN!! LIDAH BERCABANG!!!” ujar Johan Yassir,
.
.
“PAPPP!!! ZOOOSHHHH!!!!” Johan menerkam ke arah Malik Sadek,
.
.
Malik melibaskan Tombak Sadeknya ke leher Johan,

“KETING!!!!” namun tidak berhasil,

Malik berada di dalam ketakutan,
.
.
.
Tombaknya jatuh ke tanah,
.
.
“ZAPPPPP!!!!” Johan menusukkan jarinya ke dalam perut Malik.
Kemudian,

“ZAPPPP!!!” Johan menikam dada Malik,

“ZAPPPPP!!!!” Johan menikam mata Malik,
.
.
Johan mencungkil mata Malik, dan ditelannya,

Jantung Malik, dikunyahnya,

Hati Malik, dikekahnya,
.
.
“ZAPPP!!! ZAPPPP!! ZAPPPP!! ZAPPPP!!!” tubuh Malik, dilibas hingga hancur berkecai.
.
.
.
Sekarang, cuma tinggal Mariam Sadek, yang menggigil ketakutan,
.
.
“Johan...” ujar Mariam,
.
.
“Sanggupkah kamu...”

“SANGGUP!!!!!!” celah Johan Yassir,
.
.
“AKU SANGGUP MARIAM!!!” sambungnya, sambil berjalan ke arah Mariam, dengan hidung yang berdengus, mata yang kemerahan
“LIMA PURNAMA!! LIMA PURNAMA AKU TERDAMPAR DI BUKIT SANA!!!! CUBA UNTUK MEMBUKTIKAN CINTAKU KEPADAMU MARIAM!!!”

“SETIAP HARI AKU MEMBAYANGKAN INDAH WAJAHMU YANG JAUH LEBIH BERCAHAYA DARI SINARAN BULAN PURNAMA!!!”

“TIADA CAHAYA YANG MAMPU MENERANGI HIDUPKU!!!”

“KECUALI KAMU!!!”
“AKU MERATAP!!! MERAYU KEPADA NASIBKU SUPAYA DAPAT DIPERTEMUKAN DENGAN KAMU!!!”

“SETIAP HARI AKU CUBA BERBAHASA DI DALAM BAHASA TUHAN YANG BELUM PERNAH AKU TUTURKAN!!!”

“AKU MERAYU KEPADANYA SUPAYA DIPANJANGKAN JODOHKU DENGANMU!!!!”
“SETIAP HARI!!! TIADA WALAU SATU NIKMAT TEGUKAN AIR HUJAN SEKALIPUN!!! TENGGELAM DI DALAM PERUTKU!!! AKU PACAKKAN KAKIKU!!! SETIA DENGAN JANJIKU!!!”

“SABAN MALAM!!! TUBUHKU DILIMPAH AIR HUJAN!!! AKU SELIMUTKAN DIRIKU DENGAN KEHANGATAN BARA API CINTAKU KEPADAMU!!!”
.
.
“TIDAK PUTUS NAFAS CINTA YANG AKU HELA DEMI WANITA SEPERTIMU MARIAMMM!!!”
.
.
“AKU MERAYU!!! MENGHINAKAN DIRIKU!!! MEMINTA AYAHANDAKU UNTUK BERTEMU DENGAN AYAHANDAMU!!! AGAR TALI PERTUNANGAN BISA DISAMBUNG DI ANTARA DUA BUAH KELUARGA!!”
.
.
“AKU HAPUSKAN MEMORI PAHIT KEMATIAN KAKANDAKU DI TANAH AIRMU!!! AKU LUPAKAN SEGALA SENGKETA LAMA!!! AGAR AKU BISA HIDUP DENGANMU!!!”
.
.
“HANCURRRR JASADKU TANPA KAMU DI SISIKU MARIAM!!!”

“KAMU TELAH MENGHIDUPKAN HATIKU YANG TELAH LAMA MATI!!!”

“BIDADARIKU YANG KUPUJA!!!”
“SETELAH AKU TAHU AKAN DIRIMU YANG TELAH DIPINANG ORANG!! AKU MEMBAWA SEMANGATKU KE PULAU LANG TENGAH!!!”

“DENGAN TULANG EMPAT KERAT INI!!! AKU MEREMPUH BALA TENTERA AYAHANDAMU!!!”
.
.
“DEMI UNTUK MEMBUKTIKAN CINTA AGONGKU KEPADAMU MARIAM!!!”
.
.
“TINGGI DARJATMU MARIAM!!!”
“TERASA FAKIR DIRIKU BERADA DI SEBELAHMU!!! MARUAHMU KU PELIHARA!! CINTAMU TELAH KU SEMAT!!! SEMADIKAN DI DALAM DADA!!!”

“SETIAP HARI AKU MEREMPUH BALA TENTERA!!! INGATANKU CUMA SATU!!!”

“AKAN DIRIMU MENYAMBUT KEPULANGANKU DI TANAH INI!!!”
.
.
“TETAPI MENGAPA!!! MENGAPA MARIAM!!!!!”

“MENGAPA KAMU SANGGUP UNTUK MENGHANCURKAN JANJI DAN SUMPAH YANG TELAH KITA METERAI SELAMA INI??!!”

“MENGAPA....????!!”
.
.
——

“Maafkan aku.. Johan...” rayu Mariam sambil menangis teresak-esak,
.
.
“TIADA MAAF... BAGIMU... KAMU BUKAN LAGI KEKASIH HATIKU!! BUKAN LAGI BIDADARIKU!! BUKAN LAGI!!! ISTERIKU!!!”
.
.
“DAN AKU!! YASSIR YANG TERAKHIR!!!! TIDAK AKAN PERNAH!!! TERSUNGKUR!!! ATAS NAMA CINTA!!!!”
.
.
“ZAPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!”

Johan Yassir, menikam dada Mariam Sadek.
Bercucuran air mata, mengalir di pipi Johan Yassir,
.
.
Johan menjerit, sekuat-kuat hatinya,
.
.
Sehingga bergema, di seluruh bambang tanah Pulau Tinggi,
.
.
—-

Johan menjatuhkan lututnya,

Dia membelai lembut rambut Mariam,

Dia usap pipi Mariam,
.
.
.
“Maafkan aku... Mariam..”
“Mariam! Mariam!! Mariam!!!!” Johan memanggil-manggil jasad Mariam yang telah menjadi sekujur mayat,
.
.
.
“Tidak!! Tidak!!! Mariam!!!! Aku tidak berniat!!! Untuk membunuhmu!!! Mariam!! Kekasihku.... Mariam... Bangun Mariam... Bangun...” Johan menangis teresak-esak,
.
.
Johan Yassir, berada di dalam satu situasi, di mana dia sudah tidak lagi pasti akan apakah khayalan dan apakah realiti,
.
.
Johan telah kehilangan warasnya,

Keinginannya untuk membunuh Mariam,

Dan keinginannya untuk terus hidup bersama Mariam,

Bercampur baur,
.
.
Johan Yassir,

Tidak dapat menerima hakikat bahawa,

Mariam Sadek, telah mati dibunuh oleh tangannya sendiri,
.
.
.
——

“Jurus Terlarang??!!!”

“Jurus Terlarang yang pernah dibilang oleh Kanda Jalal!!!” ujar Johan,
.
.
Johan Yassir, menghunuskan Pedang Kilatnya,
.
.
Dan kemudian, dia menghiris tapak tangan kirinya
.
.
“Jurus terlarang, yang hanya bisa digunakan, untuk menyelamatkan nyawa manusia yang telah menjadi separuh dari hidup kita...” kata-kata Jalal bermain di dalam fikiran Johan Yassir
.
.
.
Kata-kata Jalal Yassir, terus bermain di dalam fikiran Johan Yassir,
.
.
“Jurus terlarang ini, meminta korban yang sangat berat...”

“Sang pengguna, akan melalui kehidupannya, sebagai Roh Pendamping Semangat!!”
.
.
“Jurus terlarang ini, adalah satu-satunya jurus terulung!! Yang hanya mampu digunakan!! Dengan kesaktian KALAM!!”

“Jurus yang mampu!! Untuk memanggil!! Dan menghidupkan!! ROH SI MATI!!!”
.
.
——
.
.
Johan Yassir, mengalirkan air matanya,
.
.
“KALAM!!!!!!!” jerit Johan Yassir,
.
.
“TUAN MUDA!!!!” tengking KALAM,
.
.
“Persiapkan manteranya!!!”

“TIDAK TUAN MUDA!!! KAMU AKAN MELALUI KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN KEGELAPAN!!!”

“Persetankan semuanya!!!! Aku harus memanggil roh Mariam!!! Untuk pulang ke pangkuanku!!!!”
.
.
“JURUS TERLARANG SELENDANG HITAM!!!!”

“TUAN MUDA!!!”
.
.
——

“NAFAS!! SYAITAN!!!!!!”
.
.
——

Tiada apa yang berlaku,
.
.
Johan memandang ke tapak tangannya,
.
.
Kemudian dia menghiris sekali lagi tapak tangannya,
.
.
“NAFAS!! SYAITAN!!!!”
.
.
Tiada apa yang berlaku,
.
.
Kemudian, Johan menghiris-hiris tapak tangannnya, sekuat hatinya,
.
.
“NAFAS!!! SYAITAN!!!”

“NAFAS!!! SYAITAN!!!!!”

“NAFAS!!! SYAITAN!!!!!!”

“NAFAS!!!! SYAITAN!!!!!!!!!!”
.
.
“ZAPPP!!! ZAPPP!!! ZAPPP!! ZAPPPP!!!”
.
.
“BAMMMMM!!!!!” tanah mula merekah,
.
.
Satu susuk tubuh lembaga yang berwarna merah,

Muncul di hadapan Johan Yassir,
.
.
“KALAM!!!!” panggil lembaga itu,
.
.
KALAM melutut dan sujud kepada lembaga itu,
.
.
“KAMU... MANUSIA... SEBUTKAN HAJATMU...” ujarnya,
.
.
.
.
“HIDUPKAN MARIAM SADEK, KEMBALI MENJADI SEORANG MANUSIA!!!” jawab Johan Yassir,
.
.
.
“HAHAHAHAHA!!!!!” lembaga itu ketawa,
.
.
“DAN UNTUK ITU... AKU MEMERLUKAN KORBAN YANG BANYAK!!!!” jawab lembaga itu,
.
.
“SEBUTKAN KORBANMU!! YANG KAMU MAHU!!! WAHAI IBLIS!!!!” tengking Johan,
.
.
.
“BAGUS!!!! JANTUNG-JANTUNG WANITA SUNTI SELUAS TASIK!! TEMPAT PERTEMUAN PERTAMAMU DENGAN MARIAM SADEK!!”

“LIMPA-LIMPA ANAK-ANAK PARA ULAMA’!! SELUAS TASIK!! TEMPAT PERTEMUANMU DENGAN MARIAM SADEK!!!”
“KEPALA-KEPALA PARA AHLI AGAMA YANG BERANI MENENTANG PENGIKUTKU!!! SELUAS TASIK!! TEMPAT PERTEMUAN PERTAMAMU DENGAN MARIAM SADEK!!!”
.
.
“DAN YANG TERAKHIR!!!”

“KUMPULKAN BALA TENTERA SERAMAI SELENDANG HITAM!!! UNTUK TERUS MEMUJA KEBESARANKU!!!”
.
.
.
.
“SIAP!!!!” jawab Johan Yassir,
.
.
“BAMMM!!! PRAKKK!!!”
.
.
Lembaga itu hilang dari pandangannya,
.
.
Dalam beberapa detik,

Mata Johan Yassir, tertutup,
.
.
Johan rebah, di sebelah mayat Mariam Sadek,
.
.
.
.
—-

“KRAKK!!!”

Seorang lelaki, bangkit dari celahan kayu, dari dalam Rumah Keluarga Yassir,
.
.
Dia berjalan, sambil merangkul tubuh seorang wanita yang sedang sarat mengandung,
.
.
.
Dia berjalan, merapati tubuh Johan Yassir,
.
.
“Johan...” panggil lelaki itu,
.
.
Johan menolehkan kepalanya ke arah lelaki itu,
.
.
“Ra..Ramadhan..” jawab Johan, lemah,
.
.
“DABBB!!!” Ramadhan merebahkan badannya,
.
.
“Aku telah kehilangan segalanya.. Teratai...”

“Dibunuh, Malik Sadek...” Ramadhan menangis,
.
.
“Johan!! Sahabatku!! Kamu masih punya peluang!!” ujar Ramadhan,
.
.
“Tidak! Aku sudah hampir, menghembuskan nafas yang terakhirku, Ramadhan..” jawab Johan,
.
.
.
“Tidak kalau dengan, Mukhadirat Al-Abadi!!” jawab Ramadhan,
.
.
“Kamu gila.. Ramadhan..” jawab Johan lemah, terbaring.
“Aku sudah tidak punya siapa-siapa di dunia ini, Johan...” ujar Ramadhan,
.
.
“ZAPPP!!!” Ramadhan menikam dadanya, dan menarik keluar hati dan limpanya,
.
.
.
“Dengan ini, kamu bisa mendapatkan, kesaktian Mukhadirat!! Al-Abadi!!!”

Johan terkesima,
.
.
“Selamat tinggal... Sahabatku...” ujar Ramadhan, sebagai kata-kata terakhir darinya,
.
.
.
“PAPPP!!!” KALAM menerkam hati dan limpa Ramadhan, dan dia suapkan ke dalam mulut Johan Yassir,
.
.
“RAMADHAN!!!!!!!” jerit Johan Yassir, sambil menangis,
.
.
Dan dalam beberapa detik,
.
.
.
Johan Yassir, pitam, dan tidak sedarkan diri,
.
.
.
—-

“TAP. TAP. TAP.”

Seorang lelaki, sedang berjalan ke arah tubuh Johan dan Ramadhan,
.
.
“Senja... Merah...”
.
.
“Tuan Indra Wulansari..” ujar seorang pengawal,
.
.
“Ada nyawa yang tidak bersalah di dalam tubuh kedua-dua wanita ini..” ujar Indra,
.
.
“Bawakan anak-anak ini, pulang ke Negeri Wulansari..”
.
.
“Siap! Tuan Muda!!”
.
.
.
“Shahidan Sufi...”

“Dan juga...”

“Adam Yassir.. Tidak.. Adam Sadek!!” ujar Indra Wulansari,
.
.
.
THE END.
***POST CREDIT***
.
.
—-

Keesokan paginya,
.
.
Johan Yassir membuka matanya perlahan-lahan,
.
.
Angin pagi, membelai-belai lembut rambut Johan Yassir,
.
.
Sahabatnya, Ramadhan Sufi, terburai dadanya, di kaki Johan Yassir,
.
.
Johan merangkul tubuh-tubuh ahli keluarganya, dan juga Ramadhan Sufi, dan juga, Sara Embun (Teratai),
.
.
Dan dibawakannya, ke dalam pedalaman hutan,
.
.
—-

Setelah kesemua ahli keluarganya dikebumikan,

Johan kembali berjalan ke tempat rebahnya mayat Mariam Sadek,
.
.
Johan berjalan, menggapai Pedang Sadek I, yang berada di dalam genggaman Mursyid Sadek,
.
.
Kemudian, dia menggapai Pedang Sadek II, yang berada di dalam genggaman Muzir Sadek,
.
.
Dan dia menggapai Pedang Sadek III, yang berada di dalam genggaman Murad Sadek,
.
.
.
.
—-

“KALAM!! LAHAB!! ALRIYAH!! ASSYIFAKK!!” panggil Johan Yassir,
.
.
“TUAN MUDA!!” sahut mereka serentak,
.
.
“Mulai detik ini, kalian akan ku sumpah!! Untuk bersarang di dalam Pedang-Pedang Sadek ini!!” arah Johan Yassir,
.
.
“SIAP!!” sahut mereka serentak,
.
.
Roh Semangat KALAM, bersemadi di dalam Pedang Sadek I,

Roh Semangat LAHAB, bersemadi di dalam Pedang Sadek II,

Manakala,

Roh Semangat ALRIYAH dan ASSYIFAK, bersemadi di dalam Pedang Sadek III,
.
.
Kemudian,

Johan Yassir, mengikat Pedang-Pedang Sadek, ke ikatan kain di pinggangnya,
.
.
——

Johan berjalan merapati tubuh Mariam Sadek,
.
.
Dia memeluk tubuh Mariam, dan merangkulnya,

Dipikulnya, diletakkan di atas bahu,
.
.
Kemudian, Johan berjalan, menuju ke sebuah armada kapal milik Kerambit Putih,
.
.
.
—-

“Mariam.. Kamu akan kuhidupkan semula.. Walau dengan apa cara sekalipun..”
.
.
“Dan untuk itu, aku akan terus mencari korban-korban, untuk menghembuskan roh di dalam tubuhmu ini..”
.
.
.
.
“Dan sementara itu, aku akan terus berpeleseran sebagai jembalang yang hilang sarangnya..”

“Sebagai jembalang yang tidak dimamah usianya..”
.
.
“Mariam..”

“Bila sampai masanya nanti.. Kita akan bisa hidup bahagia berdua..”

“Cintaku kepadamu.. Sampai mati..”
.
.
.
THE END-2
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ‎✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (ムス) ‎
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!