Ada yang berminat nak berniaga kecil-kecilan terutama dalam bidang pakaian?
Nak saya kongsikan sedikit sebanyak tips niaga?
1. Nama brand kena pilih betul-betul. Pilih nama yang senang diingat dan dieja.
Pilih nama yang agak general supaya nanti brand kita tak terikat dengan satu jenis produk sahaja.
Contoh : Instead of guna perkataan shawl / scarf guna perkataan hijab yang lebih general.
2. Nama brand tak semestinya sama dengan nama syarikat.
Bila bisnes sedang berkembang, kita akan deal dengan supplier baru dan tak best bila dia tahu apa brand kita.
Kalau bisnes tengah ada masalah dan nak kena deal dengan pelbagai pihak, juga boleh menjejaskan brand kita.
3. Pernah tak dapat offer untuk takeover bisnes atau guna jenama orang lain?
Maklumlah follower brand tu dah banyak so kita rasa why not take over instead of start from scratch?
Boleh dipertimbangkan tapi kena fikir betul-betul. Sebenarnya jumlah follower tak begitu penting
Follower banyak cemanapun kalau kita punya style / taste tak sama dengan followers tu, eventually dorang akan unfollow.
Dulu ya. Dulu follower banyak = sale banyak. Tapi sekarang ni too many noise in the market and too many choice and content for them to choose.
4. Penetapan harga yang betul.
Customer TAK SUKA bila kita naikkan harga.
Jadi sebaiknya dari awal dah buat pricing strategy yang betul. Jangan terikut sangat dengan orang lain. Memang akan ada orang yang jual murah dari kita. Tak perlu jadi yang termurah di pasaran.
Tak semestinya orang nak beli barang murah je.
Customer nak value. Kalau dia rasa harga tu SEPADAN dengan value yang dia dapat, insyaAllah dorang akan beli.
The best is untuk decide satu harga with a good margin dan fokuskan marketing kita kepada prospek yang sesuai.
5. Jaga KOS
Kalau kos kita rendah, insyaAllah kita boleh survive dan sustain.
Jangan terburu-buru nak sewa ofis mahal, kedai mahal, renovate canggih-canggih dan amik staff banyak-banyak.
Sebaiknya jangan hire staff baru ramai-ramai sekaligus.
Hire slowly and selectively.
Pilih yang bebetul sesuai dengan culture syarikat kita.
Kalau rasa tak sesuai, pecat dengan cara yang betul.
Jangan disebabkan kesian kita membiarkan diri kita merana terseksa jiwa dan raga.
Berniaga ni dah cukup stress. Jangan ditambah lagi.
Setakat ni dulu untuk malam ni.
Terpanggil nak share sebab tadi share benda sama pada mentee-mentee saya.
Saya merupakan salah seorang mentor untuk program Jumper PUNB.
Program ni sesuai untuk adik-adik yang berminat nak menjadi usahawan.
Kalau ada apa-apa nak tanya boleh komen ya nanti saya cuba reply.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Bulan ni genap 6 tahun saya berniaga pakaian muslimah dan berulang alik Vietnam - Malaysia.
Ada yang nak tips untuk travel ke Vietnam?
Kalau ramai yang RT nanti saya share satu persatu.
Ini adalah bebenang.
Sebelum pergi Vietnam, tak perlu tukar duit terlalu banyak. Tukar dalam RM150 - RM200 sahaja pun cukup. Yang ni untuk cover duit teksi dan juga duit sim card. Jangan tukar duit di Malaysia sebab tukar duit di Vietnam lebih untung.
Yang ni mungkin ramai dah tahu, tapi saya bagitau juga. Elakkan tukar duit di airport sebab caj dia mahal. Sebaiknya survey dulu kat money changer mana tukaran dia bagus. Sebab lain money changer lain lain tukaran. Tak sama 100%.