Memandangkan kita hanya berada di Mesir tak lama.
Orang yang hafal adalah hujah kepada mereka yang tidak hafal, paling kurang setiap fan hafal matan bagi 'usul' ilmu tersebut. Orang yang hafal matan takkan pernah menyesal, tapi orang yang tak hafal akan menyesal bila balik nanti.
Set jadual harian untuk rehat (tidur), belajar, murajaah, makan. Set masa ni utk pastikan kita dapat tumpukan perhatian sepenuhnya ketika dars, tak mengantuk, lesu dll. Kebanyakan orang pergi belajar talaqqi merata, tapi ada yang tertidur sebab penat, kenyang dll, rugi.
Target ni 2 shj, sama ada sampai atau tak, jadi dalam belajar letak target paling tinggi, semangat usaha kita akan bawa kpd target tersebut. Kalau tak sampai pun akan sampai hampir kpd target. Kalau letak target rendah, komitmen kita pun akan serendah itu sahaja.
Mustahil untuk belajar semua kitab daripada tahap mubtadi' hingga muntahi dalam setiap fan. Caranya belajar 1-2 kitab pada satu tahap tapi luaskan pembacaan pada syuruh yang lain dan tulis fawaid, qawaid di kitab khusus. Jangan tunggu untuk disuap sahaja.
Satu kemestian bagi penuntut ilmu untuk ada bajet khusus untuk beli kitab. Sama ada kitab belajar, pembacaan ataupun rujukan.
Perkara ni yang paling susah nak buat, pastikan selepas habis sahaja dars, pastikan kita boleh mengajar balik (tanda kita faham) apa yang kita belajar, kalau tak faham, topup dengan bertanya kepada guru.
Bilangan sahabat yang pergi dars ramai, tapi yang murajaah semula berapa ramai? Luputlah ilmu jikalau tidak diulang. Ilmu itu hidup dengan muzakarah. Dalam muzakarah itulah kita bahas perkara yang kurang jelas sesama kawan.
Kita dalam belajar ni kena juga ada ratib dan zikir harian, kita sekarang sedang menanam dan akan tiba masa menuai satu hari nanti, lazimkanlah diri dengan selawat dan zikir sebagai rutib harian yang wajib.