, 13 tweets, 3 min read
Orang tunjuk sweet couple belum kahwin ni, ramai suka doakan mereka break up. Walaupun saya tak setuju couple tak kahwin ni, lebih lagi yang kaki tayang sana sini, saya hanya doakan mereka diberikan kesedaran, serta tak buat hal2 merosakkan maruah dan nasab keturunan masing2 aja.
Sambil tu, usaha saya ialah memahamkan masyarakat akan peri penting kita memahami wawasan percintaan, yang sepatutnya membawa kita kepada akad yang dimeterai, kemudian rumahtangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pancaroba.

Rumahtangga yang patut dibina atas wawasan yg besar.
Wawasan apa?

Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu, dari siksa api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.

Jika wawasan ini disedari semenjak bujang dan dara, maka sudah semestinya kesibukan kita ialah mempersiapkan diri.
Pun begitu saya faham kadang ada orang tidak mahu faham atau tidak berpeluang untuk faham.

Maka, untuk orang-orang sedemikian, kita hanya berharap apa pun yang berlaku kepada mereka, janganlah sampai mereka tersilap pijak lorong yang menggelapkan masa hadapan mereka.
Moga-moga bila mereka selamat berkahwin kelak, punya anak, ketika itu mereka faham mengapa orang macam saya berpesan apa yang sering kita pesankan sekarang.

Ketika itu belumlah terlambat untuk berubah.

Tinggal, ramai orang gugur sebelum sampai pun ke peringkat itu.
Jika rakan-rakan berminat untuk dapatkan tulisan-tulisan saya berkait cinta, pernikahan dan rumahtangga, bolehlah hubungi @imanshoppe dan dapatkan Buku Sebelum Kita Bernikah.

Ini nak hadiah kat tunang, couple, anak sedara, anak sendiri, anak murid, bakal menantu, semua boleh.
😁
@imanshoppe Sambungan sikit fasal break up. Saya percaya, kalau kita ada kesedaran, kita x perlu pun clash dgn couple kita. Sebenarnya kalau jujur sayang, Islam x larang sayang tu. Cuma cara kita berkasih sayang tu kena tune balik.

Boleh bawa bincang dengan couple kita untuk sama2 berubah.
Sebab tu saya tak pernah suruh orang break up, clash. Kecuali, sekiranya datang kepada kita situasi nak berubah, tapi couple tak nak berubah sama. Dah pujuk pun tak nak. Maka kenalah bagi pilihan, "Tak nak sama-sama berubah, terpaksalah kita berpisah di sini."
Saya tak cadang clash terus, sebab kemungkinan rasa sayang tu jujur sesama couple tu. Cara aja tak kena. Rugi dikorbankan rasa sayang yang jujur itu. Tak salah nak tempuhi jalan perubahan sama-sama.

Ini juga nak elak kekecewaan2 yang boleh dielakkan.
Parameter nak sama-sama berubah tu berbeza lah. Lain orang lainlah cara nak berubah tu. Dalam Buku Sebelum Kita Bernikah, saya selitkan kisah orang alim berkahwin dengan perempuan tak tutup aurat pun. Sebab ada rasa sayang yang jujur sesama mereka, dan itu pilihan hatinya.
Tetapi sudah semestinya lah perempuan itu, walaupun semasa kahwin belum terbuka hati nak menutup aurat, dia xlah masa belum kahwin ajak buat hal2 yg jatuhkan kredibiliti Si Alim.

Pada masa yang sama, dia buka hati kepada perubahan. Si Alim pula, buka hati untuk sabar mendidik.
Akhirnya, wanita itu hidupnya menutup aurat, matinya dalam khidmat kepada Islam(dah pencen dari jadi cikgu, sambung lagi kerja dengan sekolah agama rakyat sampai mati).

Ini kisah yang membumikan saya dalam hal-hal sebegini.
Penat tulis. Jemputlah dapatkan buku yang dinyatakan untuk lebih panjang dan detail.

😁😁😁
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hilal Asyraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!