My Authors
Read all threads
Ada kawan saya, seorang penyokong PBBM sedih dan meluah di media sosial.

"Aku sayang melayu Islam juga, tapi untuk bergabung dengan penyamun2 UMNO, memang tak lah. Berat hati nak taat tindakan pemimpin kali ni."

Saya komen: "Dulu pun kalau kita ingat, Anwar Ibrahim, Mat Sabu...
...Lim Kit Siang, menuduh Tun Mahathir kepala perompak, bapa kronisme, zalim, rasuah, selama dua dekad. Tapi kemudian bermudah-mudah aja bergabung demi jatuhkan DS Najib. Anwar Ibrahim siap sebut apa berlaku antara dia dan Tun Mahathir selama ini hanyalah 'luka kecil'....
...Kau nampak sekarang? Begitulah orang-orang politik. Bila ada kehendak mereka selari, mereka bergabung dengan pelbagai alasan. Bila tidak sehaluan, mereka berpecah juga dengan pelbagai alasan.

Hari ini, PBBM pula tanpa segan silu bekerjasama dengan kumpulan 'penyamun'...
...Begitulah orang politik.

Siapa masih boleh percaya & puja puji ahli politik belah-belah mana pihak pun, maka itu salah diri sendiri."

Itulah pendirian saya pun.

Sebab itu saya sebut, indah hidup tak bertuhankan parti politik.

Tak payah nak susah-susah hati.
😁😁😁
Jangan masa geng kita berpakat dengan 'penyamun', oh geng kita betul sbb geng kita berjiwa besar, sebab ada orang jahat lebih besar perlu ditumbangkan.

Masa geng orang lain berpakat dengan 'penyamun', oh orang tu tak ada integriti, tak ada maruah.

Come on la.
Takkan buta lagi.
Bila saya sudah agak dewasa ni, bicara fasal politik agak membawa perasaan campur baur. Dulu politik ni saya rasa perkara jauh.

Kini saya dah ada ramai kawan yg jadi pegawai politik menteri, ada yang jadi menteri pun & saya ada pengalaman pakcik saya sendiri jadi timb menteri.
Jangan terkejut, ada kawan saya semasa jadi pembangkang, dia tak habis suruh DS Najib bubar parlimen kononnya supaya DS Najib buktikan UMNO BN ada mandat rakyat.

Tapi bila berlaku krisis terkini, bila dicadangkan bubar parlimen, dia kata itu pembaziran. Kemudian dia kata...
...mandat rakyat ni masa PRU aja. So lepas PRU, rakyat tak ada kuasa. Kena tunggu PRU akan datang baru rakyat ada mandat.

Eh eh saya kata. Dulu hang duk ulang 'Rakyat Hakim Negara'. Kalau dulu DS Najib bubar parlimen, tak membazir juga ke?
Kawan kita kenal dari kecik pun, bila dah merasa kuasa, pandangan dia berubah. Walhal lain nada dia semasa jadi pembangkang dulu.

Satu lagi fenomena taksub parti ni saya lihat kadang buat kita jadi mereng.

Ada dua orang kawan saya, masa Anwar Ibrahim masih lawan Tun Mahathir...
...mereka bergaduh bagai nak rak. Saling menggelar bodoh & hipokrit tu biasa la.

Bila Anwar Ibrahim & Tun Mahathir bergabung jadi PH, mereka tiba-tiba turut berbaik macam tak pernah saling makin hamun.

Teka apa keadaan mereka sekarang?

Suprise2, saling makin hamun balik.
😂😂
Ada kawan tu, baik je dengan kita. Sekali bila kita kritik pemimpin psrti dia(yang kita pun undi sebenarnya) terus dia cop kita macai Najib.

Padahal kami kawan baik, dari kecil. Takkan kritik sebab nak bagi beringat, saya terus jadi macai?

Sebab tu saya ulang2 ini semua.
Rugi jadi pentaksub.

Nak sokong, nak sertai, terpulanglah. Tapi berpada-pada.

Pastikan, akar prinsip kita ialah kebenaran Islam, bukan kebenaran yang dikatakan kebenaran oleh parti/individu politik yang kita sokong.

Jangan jadi hamba politik.
Kita yang akan rugi.

Orang politik sekelip mata je boleh bergabung bila kehendak mereka selari, sekelip mata boleh berpecah bila kehendak mereka berlawanan.

Tapi kita, putus kawan, putus saudara, terlepas maki hamun, itu semua tak mudah nak perbetul sekelip mata.

Fikir2lah.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Hilal Asyraf

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!